Anda di halaman 1dari 5

MODULBAHASA MELAYU LATIHAN BLACK PANTHER BMSEVASPM

BIL YANG MANA YANG BETUL. BETULKAN DENGAN BETUL-BETUL


1. pelajar tingkatan tiga pelajar-pelajar tingkatan tiga
2. menjanakan pendapatan menjana pendapatan
3. menguruskan masa terluang mengurus masa terluang
4. menemukan senjata menemui senjata
5. merupakan novel sejarah merupakan novel Sejarah
6. mengemas kini fail mengemaskinikan fail
7. gambaran kemeriahan menggambarkan kemeriahan
8. semua pengetua diwajibkan hadir semua Pengetua diwajibkan hadir
9. memperoleh keputusan memperolehi keputusan
10. penyiapan yang dilakukan persiapan yang dilakukan
11. mempersenda niat murni mempersendakan niat murni
12. menamai kucingnya Oren menamakan kucingnya Oren
13. perlanggaran disiplin pelanggaran disiplin
14. menghabiskan masa lapang menghabis masa lapang
15. beberapa orang kanak beberapa orang kanak-kanak
16. memulang buku memulangkan buku
17. penyembunyian bukti jenayah persembunyian bukti jenayah
18. menasihatkan pelajar menasihati pelajar
19. memerahi bibirnya dengan gincu memerahkan bibirnya dengan gincu
20. berbekalkan dengan ilmu agama berbekalkan ilmu agama

Baca petikan 1 dan teliti sajak yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

                Malaysia kini berhadapan dengan cabaran era globalisasi yang semakin rancak.  Penggunaan dan kemahiran bahasa
sangat penting dalam meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan bertaraf dunia untuk menjadi negara maju menjelang
tahun 2020.  Tahap penguasaan pelajar dalam bahasa juga penting kerana mereka bakal menjadi peneraju ekonomi negara.

                Bahasa merupakan elemen terpenting dalam kehidupan seharian manusia.  Bahasa berperanan sebagai medium
komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat.  Melalui bahasa juga seseorang individu mampu untuk
memnyampaikan kehendak perasaan, pendapat , pengalaman, buah fikiran dan pengetahuan.  Dalam sistem Pendidikan di
Malaysia, bahasa utama yang diangkat sebagai medium penyampaian ilmu ialah bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. 
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara termasuklah dalam pendidikan.  Peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa pendidikan membolehkan pelajar yang menuturkan dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk menguasai
pelbagai bidang ilmu. 

                Kebanyakan penutur berbangsa Melayu juga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka.  Kepada
pelajar yang bukan golongan penutur bahasa Melayu, bahasa Melayu ini akan menjadi bahasa kedua mereka.   Proses
penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dipengaruhi oleh elemen penting dalam diri pelajar.  Anaranya melibatkan
sikap dan motivasi pelajar itu sendiri terhadap bahasa Melayu.  Oleh sebab itu, pelajar perlulah mempunyai sikap yang positif
terhadap bahasa yang dipelajari.  Sikap positif ini perlu ditunjukkan melalui tingkah laku, persediaan dan pengetahuan yang
diteroka melalui pelbagai elemen seperti persekitaran, hubungan komunikasi dengan rakan, membuat rujukan, dan membaca
pelbagai bahan.  Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Melayu, maka pelajar tersebut akan berusaha
untuk mengukuhkan dan membaiki kelemhan dalam menggunakan bahasa Melayu sabagai bahasa pertuturan.

                Sebagai kesimpulannya, penerimaan dan penguasaan  bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kalangan bukan
penutur bahasa Melayu adalah amat penting.  Kebolehan untuk menguasai bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan
budaya ilmu di samping berkebolehan untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.

(Dipetik dan diubah  suai daripada “Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Utama” oleh Jaymani Sevanathan Dewan Siswa, Bil.8/201
MODULBAHASA MELAYU LATIHAN BLACK PANTHER BMSEVASPM
kiasan tamsil dan ibarat
sedap terasa ke lubuk jiwa
INDAHNYA BAHASA KITA bulat kata bangsa bermuafakat.

Rasailah keindahan bahasa Syair pantun dan juga seloka


pada kesempurnaannya perumpamaan bidalan
bahasa Melayu; bahasa kita pepatah orang tua-tua
dianyam kata-kata indah madah gurindam dan sajak
amat dalam pengertiannya. bahasa berjiwa berdiri tegak
santun berbudi sopan dan segak.
Isi tersurat dalam ayat
susunan kata indah memikat Yang indah itu bahasa
bahasa baik cermin masyarakat pada akal rasa dan juga kata
bermadah kata bersalut amanat. yang baik itu budi
tersusun madah dalam makna
Itulah bahasa terpancar indah dari hati
bunga-bungaan indah terasa

LATIHAN PEMAHAMAN

BAHAN 1

Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan melalui pentas
halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitat
semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang
menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu akan latihan yang intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan
latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.

BAHAN 2 BAHAN 3
BANGKITLAH GURINDAM HATI WAJA
Anak-anak yang sedang lena Jika teguh azam dan cita,
bangkitlah
Yang dibuat menjadi nyata.
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Jika kau asah potensi dirt
Lihat jernihnya pagi ini
Yang diusahakan pasti menjadi.
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit? Jika ilmu penuh di dada,
Bangkitlah Idea terbaik sentiasa ada.
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan Jika semangat tersemat di dada,
isi laut kekosongan Hasil kau dapat berlipat ganda.
dan perut belantara menjadi ladang.
Anak-anak Jika tabah juga semangat,
esok apa yang akan kaumakan? Tidak rugi menumpah keringat.
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
Jika bekerja utamakan muafakat,
tanpa air mata?
Semua usaha membawa berkat.
Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang Jika idea sungguh kreatif,
dan burung-burung belum lagi menjamah Kelak kau dapat pelbagai insentif.
awan!
Rejab Langit di Tangan, 1995 Dewan Bahasa Jika hidup selalu berbakti,
dan Pustaka Namamu harum tersemat di hati.
MODULBAHASA MELAYU LATIHAN BLACK PANTHER BMSEVASPM
i] Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud potensi diri. [2 markah]

ii] Berdasarkan semua bahan, nyatakan ciri-ciri untuk menjadi remaja yang cemerlang. [4 markah]

iii] Remaja dituntut untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan belajar menonjolkan keistimewaan
masing-masing sejak di bangku sekolah lagi.
Pada pendapat anda, mengapakah remaja patut bersiap sedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan? [4
markah]

iv] Anda diminta untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran bagi memenuhi impian ibu dan ayah sebagai
doktor pakar bedah. Namun anda tidak pasti hala tuju anda selepas menduduki SPM kerana anda lebih berminat
dalam bidang perakaunan.
Sebagai seorang remaja yang prihatin terhadap masa depan, apakah cara anda berdepan dengan konflik ini? [[4
markah]

PENULISAN KARANGAN

PUTRAJAYA, 5 Ogos — Dengan berbaki 14 hari lagi untuk Sukan SEA ke-29 hermula secara rasmi, Malaysia kini
sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di rantau ini. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk
M. Saravanan berkata, pihak penganjur, iaitu Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) yang memulakan tugas
mereka kira-kira dua tahun lepas, kini berada dalam peringkat terakhir untuk merealisasikan penganjuran terbaik
dalam sejarah.
'Malaysia Sedia Anjur Sukan SEA'
Berita Harlan Online, 5 Ogos 2017

Petikan akhbar di atas menunjukkan kesediaan Malaysia menganjurkan temasya sukan bertaraf antarabangsa.
Persediaan selama dua tahun ini dianggap berbaloi kerana banyak manfaat yang akan diperoleh negara.
Bincangkan manfaat penganjuran temasya sukan bertaraf antarabangsa tersebut. Panjang karangan anda
hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
MODULBAHASA MELAYU LATIHAN BLACK PANTHER BMSEVASPM

Bahan 1 Fokus 1 – kepentingan penguasaan bahasa Melayu

1. meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan bertaraf dunia

2. sebagai medium komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat.

3. seseorang individu mampu untuk menyampaikan kehendak perasaan, pendapat , pengalaman, buah fikiran dan
pengetahuan.

4. diangkat sebagai medium penyampaian ilmu ialah bahasa kebangsaan

5. membolehkan pelajar (yang menuturkan dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk) menguasai
pelbagai bidang ilmu.

6. dapat membantu meningkatkan budaya ilmu

7. berkebolehan untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.

Fokus 2 – Cara meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu

1. penutur berbangsa Melayu juga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka.

2. pelajar yang bukan golongan penutur bahasa Melayu, bahasa Melayu ini akan menjadi bahasa kedua mereka

3. pelajar perlulah mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa yang dipelajari.

4. pelajar perlulah mempunyai motivasi diri untuk menguasai bahasa Melayu

Bahan 2 –

Fokus 1 – Kepentingan penguasaan bahasa Melayu

Jawaban

Maksud potensi diri ialah kemampuan kendiri.

(ii) Antara ciri untuk menjadi remaja yang cemerlang ialah mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi.

Selain itu, mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang terpuji. Remaja yang cemerlang juga perlu
mempunyai keperibadian yang unggul dan berketerampilan diri.

iii. Pada pendapat saya, remaja patut bersiap sedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana ilmu akan
memandu remaja pada masa akan datang. Selain itu, remaja merupakan pemimpin masa akan datang. Akhir sekali,
remaja diperlukan untuk membina negara dengan ilmu dalam pelbagai bidang. - boleh mengurangkan
kebergantungan negara pada tenaga pakar dari negara luar

(iv) Sebagai seorang remaja yang prihatin terhadap masa depan, tindakan yang akan saya ambil untuk berdepan
dengan konflik ini ialah saya akan meminta nasihat daripada guru/ guru kaunseling. Selain itu, saya akan mencari/
menyelidik maklumat berkaitan program pengajian yang bersesuaian dengan keputusan SPM yang diperoleh. Saya
juga akan berbincang dengan ibu bapa secara terbuka. Akhir sekali, saya akan meminta bantuan daripada orang yang
dipercayai dan dihormati oleh orang tua seperti datuk, nenek atau ibu bapa saudara.
MODULBAHASA MELAYU LATIHAN BLACK PANTHER BMSEVASPM

KARANGAN
Format : Rencana
Pendahuluan
Malaysia pernah terkenal dengan penganjuran perlumbaan Formula One (F1) suatu ketika dahulu,
- Malaysia juga sering membida hak penganjuran kejohanan sukan bertaraf antarabangsa yang lain.
- Terdapat banyak manfaat penganjuran temasya sukan antarabangsa kepada masyarakat dan negara.
Is' 1 : Menarik pelancong ke dalam negara
- Peminat-peminat sukan akan berkunjung ke negara sepanjang tempoh temasya sukan dijalankan.
- Lokasi-lokasi pertandingan akan dibanjiri pelancong luar yang datang untuk menyokong pasukan masing-
masing.
Kita dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelancong luar.
hi 2 : Meningkatkan ekonomi negara
- Atlet dan penyokong yang bertandang sepanjang tempoh kejohanan akan meningkatkan ekonomi negara.
- Jualan-jualan di lokasi pertandingan juga akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
- Industri perkhidmatan seperti perhotelan dan pengangkutan juga akan mendapat manfaat melalui
penganjuran sukan antarabangsa ini.
1si 3 : Meningkatkan semangat patriotisme rakyat
- Membangkitkan semangat juang atlet dan penyokong di Malaysia.
- Memberi peluang kepada penyokong untuk memberi semangat secara dekat berbanding hanya menonton
siaran langsung pertandingan di kaca televisyen sahaja.
- Membentuk perpaduan kaum melalui sukan.
Penutup
- Terdapat banyak manfaat penganjuran sukan antarabangsa kepada masyarakat dan negara.
- Usaha ini boleh diibaratkan seperti serampang dua mata.

pelajar tingkatan tiga / pelajar-pelajar tingkatan tiga


menjanakan pendapatan / menjana pendapatan
menguruskan masa terluang mengurus masa terluang
menemukan senjata / menemui senjata
merupakan novel sejarah merupakan novel Sejarah
mengemas kini fail mengemaskinikan fail
gambaran kemeriahan / menggambarkan kemeriahan
semua pengetua diwajibkan hadir / semua Pengetua diwajibkan hadir
memperoleh keputusan / memperolehi keputusan
penyiapan yang dilakukan persiapan yang dilakukan
mempersenda niat murni mempersendakan niat murni
menamai kucingnya Oren / menamakan kucingnya Oren
perlanggaran disiplin pelanggaran disiplin
menghabiskan masa lapang / menghabis masa lapang
beberapa orang kanak beberapa orang kanak-kanak
memulang buku memulangkan buku
penyembunyian bukti jenayah / persembunyian bukti jenayah
menasihatkan pelajar x menasihati pelajar
memerahi bibirnya dengan gincu memerahkan bibirnya dengan gincu
berbekalkan dengan ilmu agama berbekalkan ilmu agama

Anda mungkin juga menyukai