Anda di halaman 1dari 17

SEMUT

YANG
POKOK BUNGA UJAI DAN
1 MAWAR DAN 7 JALUR GEMILANG
POKOK BULUH

2 JASA BUAH KELAPA 8


SAM MEMBALAS
JASA
BAIK HATI
LALAT DAN
3 PAK BELANG 9

PATUHI MAKANAN
4 NASIHAT IBU 10 BERKHASIAT
BADAN SIHAT

PETANI YANG SIAPA PALING


5 11 BERGUNA
BIJAK

SAHABAT YANG
6 SETIA
12 WAH, BERSIHNYA!
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia Rukun Negara kita
Anak-anak ceria Ada lima prinsipnya
Baik budi bahasa Kepercayaan kepada Tuhan
Kepada orang tua Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Suka bantu-membantu Keluhuran Perlembagaan
Tak mengira bangsa Kedaulatan Undang-undang
Mendengar kata ayah Kesopanan dan Kesusilaan
lbu dan juga guru Asas aman sentosa
Sayang-menyayangi
Berakhlak mulia Saya anak Malaysia
Tidak suka sengketa
Saya anak Malaysia Jujur dan beramanah
Tidak suka sengketa Amalan setiap masa
Jujur dan beramanah
Amalan setiap masa Saya anak Malaysia
lntegriti di hati
Saya anak Malaysia Saya sayang Malaysia
lntegriti di hati
Saya sayang Malaysia Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan
Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir

3
SEMUT
YANG
BAIK HATI

OBJEKTIF CERITA

Pada akhir cerita murid dapat:


1. Menyebut nilai integriti dalam cerita.
2. Menyatakan contoh sikap baik hati terhadap rakan.
3. Mengamalkan nilai baik hati sesama rakan.
4. Menunjukkan nilai berterima kasih atas bantuan
yang diterima.
4
Belalang tinggal dalam sebuah taman
bunga yang indah. Kawan-kawannya
iaitu kupu-kupu, kumbang, lebah dan
semut juga tinggal di taman itu.

Terdapat pelbagai jenis pokok bunga


di dalam taman. Setiap hari, Belalang
dan kawan-kawannya bermain-main
sambil menyanyi di taman itu.

5
Suatu hari, Belalang bermain bersendirian.
Semasa bermain, dia terjumpa dengan
sekumpulan semut. Kumpulan semut itu
sedang sibuk mengumpul makanan.

6
7
Hai semut, rajinnya kamu.
Buat apa tu?

Betul ke? Langit cerah saja.


Tak mungkin hujan akan
turun. Marilah kita main
bersama-sama.

8
Kami sedang bekerjasama
mengumpul makanan.
Tidak lama lagi musim
hujan akan tiba. Makanan
akan berkurangan.

Tak mahu. Kami belum


habis mengumpul makanan
lagi. Lebih baik kamu juga
kumpul makanan.

9
Belalang tidak mengendahkan
kata-kata semut. Dia terus bermain
dan menyanyi dengan gembiranya.

10
Setelah puas bermain, Belalang pulang
ke rumah. Dia tidur dengan nyenyaknya.
Tidak lama kemudian, hujan turun dengan
lebat. Belalang terjaga dari tidur.
Dia berasa lapar, namun tiada
makanan di rumahnya.

11
“Bila hujan berhenti,
bolehlah saya mencari
makanan,” katanya
dalam hati.

Malangnya, hujan masih turun


dengan lebat dan berlarutan
hingga beberapa hari.

12
Setelah beberapa hari
tidak makan, Belalang
jatuh sakit. Belalang
menyesal kerana
tidak mengikut
nasihat semut supaya
menyimpan makanan.

13
Apabila hujan berhenti, semut keluar dari
sarangnya. Dia tidak nampak kelibat belalang.
Dia terus ke rumah belalang. Semut terperanjat
melihat belalang terlantar sakit di rumahnya.

14
Belalang, apa terjadi
kepada kamu? Kamu
nampak sangat lemah.

Sudah beberapa hari


saya tidak makan. Tak
ada makanan di rumah
saya. Menyesal saya tidak
Jangan bimbang mengikut nasihat kamu.
sahabatku. Saya
sayang kamu. Saya
akan bantu. Saya beri
kamu makanan.
Terima kasih. Kamu sangat
baik hati. Lain kali saya
akan ikut nasihat kamu.

15
Akhirnya, belalang sembuh dan sihat.
Semut gembira melihat belalang
kembali sihat. Mereka dapat main
bersama-sama di taman itu.

16
17
Uji Minda

1. Apakah persediaan semut untuk menghadapi musim hujan?


2. Mengapakah belalang jatuh sakit?
3. Bezakan antara sikap belalang dengan semut.
4. Andaikan kamu belalang, apakah persediaan kamu untuk menghadapi
musim hujan?
5. Ramalkan keadaan belalang jika semut tidak membantu.
6. Nyatakan nilai integriti yang boleh dicontohi daripada cerita di atas.

Nyanyian Nilai lntegriti

Nyanyikan lagu di bawah dengan 1. Rajin 4. Membantu


menggunakan melodi Lemak Manis 2. Kerjasama 5. Terima kasih
3. Sayang 6. Baik hati
sambil membuat pergerakan kreatif.
Pengajaran
Semut dan
Belalang 1.
2.
Merancang masa depan dengan bijak.
Membantu orang dalam kesusahan.
3. Mendengar nasihat orang lain.
Mari kawan dengar cerita 4. Mengamalkan sikap berterima kasih.
Kisah semut dan belalang
Jadi teladan di hari muka
Kisahnya sedih bukan kepalang Cadangan Aktiviti

Semut rajin terus berusaha 1. Lakonkan watak dalam cerita.


Kumpul makanan sepenuh daya 2. Mengumpul buku cerita atau alat
Tapi belalang terus terleka permainan terpakai untuk
Jatuh sakit makanan tiada disumbangkan kepada pusat
sumber sekolah atau golongan
Semut sedih belalang sakit yang memerlukan.
Beri makanan tidak berkira
Sayang sahabat sayang semua Kosa Kata
Belalang sihat semua gembira (3x)
Melodi asal : Lemak Manis 1. Mengendahkan 4. Berlarutan
Penulis lirik : Shamsulmarzeni binti 2. Nyenyak 5. Kelibat
Manshor 3. Malangnya 6. Terlantar

18

Anda mungkin juga menyukai