Anda di halaman 1dari 27

5

SIRI
PINTAR
BAHASA

perkataan dan ayat


diftong & vokal
berganding

 Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.


 Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal
berganding.
Prakata
Matlamat utama buku SIRI PINTAR BAHASA siri 1 hingga siri 6 adalah
untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran asas membaca. Sasaran
utama adalah kepada murid-murid prasekolah, murid-murid di Tahun Satu,
murid-murid Pemulihan Khas di sekolah rendah dan menengah.

Kaedah yang digunakan dalam buku ini adalah latih tubi menyebut dan
mengeja suku kata, ulang membaca perkataan tanpa menyebut suku kata, baca
ayat dan baca petikan cerita. Perkataan, frasa dan ayat-ayat dalam buku ini
disusun secara bersistematik dan mengikut tata tingkat bagi membina
penguasaan kemahiran membaca .

Perkataan dan susunan bahasa yang digunakan adalah mudah dan


ringkas sesuai dengan tahap kebolehan murid. Siri buku ini diharap dapat
membantu memupuk minat murid untuk membaca.

HALIJAH JUSOH
air buaya beruang

belalai biawak buah

air bakau biasa


ajaib balau biawak
aib bantai biola
bagai beruang bidai
baiduri berlian buah
baik belalai buaya

1
Saya dan keluarga pergi ke Zoo Negara di
Kuala Lumpur. Di Zoo Negara ada bermacam-
macam binatang. Kami melihat gajah, zirafah
dan harimau.
Kami juga dapat melihat sekumpulan buaya
sedang berendam di dalam air. Buaya itu
kelihatan seperti seekor biawak. Tetapi saiz
badan biawak lebih kecil.
Adik suka lihat gajah. Badan gajah besar.
Gajah ada belalai. Belalai gajah panjang. Di zoo
juga ada beruang. Beruang itu berwarna hitam.
Beruang makan daging.

2
cabai cuaca daun

duit dua durian

cabai cuaca dawai


cair cuai diam
canai cuit dua
cermai damai duit
cincau daulat durian
cincai daun dunia

3
Fauzan tinggal di kampung. Suasana di
kampung tenang dan damai. Bapa Fauzan
seorang petani. Bapa Fauzan ada dusun durian.
Di dusun bapa Fauzan juga ada pokok cermai.
Rasa buah cermai masam. Buah cermai kecil-
kecil. Daun pokok cermai juga kecil-kecil.
Bapa Fauzan juga ada kebun sayur. Di kebun
itu ada ditanam cabai. Rasa cabai pedas. Bapa
Fauzan ke kebun setiap hari. Jika cuaca
mendung, bapa Fauzan tidak ke kebun. Bapa
buat cincau. Bapa ada dua orang pembantu.
Bapa jual cincau di bandar. Bapa dapat duit.

4
gerai hadiah halia

haiwan haruan hijau

gaun hadiah hias


gaung halia hijau
gerai haiwan iaitu
giat hairan ialah
gulai haruan inai
gurau helai intai

5
Ini sekolah Maimun. Pada hari ini ramai ibu
bapa yang datang ke sekolah. Mereka datang
untuk meraikan kejayaan anak-anak mereka.
Sekolah Maimun dihias indah. Maimun pakai
baju cantik. Baju Maimun warna hijau.
Pada hari ini ada aktiviti jualan, pameran
dan persembahan pakaian beragam.
Terdapat juga gerai-gerai yang menjual
kuih-muih, alat tulis, pakaian dan lain-lain.
Ibu bapa amat gembira melihat kejayaan
anak mereka. Mereka ucapkan terima kasih di
atas usaha giat cikgu mendidik anak-anak
mereka.

6
kuini kain kedai

keluarga kiambang kuali

jadual kain kiambang


jauh kaum kilau
jual kecuali kuala
juara kedai kuali
juadah keluarga kuari
kacau kemudian kuini

7
buai
Makcik Juriah jual dodol. Makcik Juriah jual
dodol di kedai. Setiap hari Makcik Juriah buat
dodol. Makcik Juriah kacau dodol dalam kuali
besar. Suami Makcik Juriah membantu Makcik
Juriah kacau dodol.
Dodol ini kemudian dipeketkan supaya
kelihatan menarik. Semua ahli keluarga Makcik
Juriah turut membantu. Pelbagai kaum suka
menikmati dodol Makcik Juriah. Pelanggan puas
hati kerana dodol ini murah dan sedap.

8
laut limau lambai

lauk main meriam

lain limau meriam


lalai liur meriah
lambai luar media
lampai luas miang
laut maaf miau
lauk main muara
liat maut muat

9
Kami berkelah di tepi laut. Kami bawa
bekal nasi dan lauk ayam. Kami juga bawa
bekal buah limau.
Kami dapat lihat laut yang luas saujana
mata memandang. Kami juga dapat lihat
pokok kelapa melambai-lambai ditiup
hembusan bayu.
Kami mandi laut sambil bermain bola. Kami
juga main buai. Setelah penat bermain kami
makan makanan yang dibawa.

10
pisau piano piala

peria paus pau

naik pandai permai


niaga pau petua
nilai paus piala
paip payau piano
pakai peria pisau
panau perisai puaka

11
Pasukan sekolah kami telah menang dalam
perlawanan pingpong. Perlawanan pingpong itu
adalah di antara sekolah-sekolah di daerah
kami.
Kami telah mendapat Johan dan menerima
piala bersalut emas. Piala itu amat bernilai bagi
kami dan guru-guru.
Semua guru yang terlibat tidak pernah jemu
melatih kami, sehinggalah kami semua pandai
bermain pingpong dengan baik. Kami sungguh
gembira.

12
radio rantai

riang ruas

radio rantau riang


rahsia rahsia risau
ramai rayau ruam
rampai rekreasi ruas
rangkai ria ruang
rantai riadah rupiah

13
Saya bekerja di kilang membuat radio.
Selain radio, kilang ini juga membuat video.
Kilang ini terletak di Rembau. Ruang di dalam
kilang ini amat luas. Ramai orang yang bekerja
di kilang ini. Ada Melayu, Cina dan India.
Kilang ini terletak berhampiran taman
rekreasi. Setiap pagi saya dan rakan-rakan
akan melakukan senaman sebelum bekerja. Ini
adalah aktiviti riadah untuk kami. Aktiviti riadah
ini penting supaya badan kami cergas, sihat dan
ceria. Kami berasa riang sekali bekerja di kilang
ini.

14
saintis

serai
suria

sidai

saat saudagar serai


sadai saudara sesuai
saintis saudari siapa
saiz sedia siasat
sakai selesai sidai
sampai semai suria

15
Seorang saintis tempatan telah membuat
kejutan apabila berjaya membuat sebuah kereta
menggunakan tenaga suria. Saiz kereta itu kecil
yang hanya boleh memuatkan dua orang
penumpang sahaja. Kereta itu sesuai digunakan
g
oleh orang ramai kerana dapat menjimatkan kos.
Menurut pihak yang memasarkan kereta
tersebut, mereka sedia untuk menerima
tempahan sesiapa yang berminat. Setelah segala
urusan selesai, ia akan diserahkan kepada
pembeli.

16
taufan punai tua

tuala tiup wau

taat tiup tuan


tahniah tiung tuang
taufan tua tunai
tauke tuah usia
taun tuai video
tirai tuala wahai
tiub tuam wau

17
Tiung dan murai berkawan baik. Mereka hidup
aman dan damai. Tiung dan murai adalah burung
peliharaan seorang lelaki. Usia lelaki itu telah tua.
Waktu pagi tiung dan murai terbang mencari
makanan dan apabila petang mereka pulang ke
sangkar. Pada suatu hari murai telah ditembak
oleh seorang pemburu. Sayap murai luka.
Akibatnya murai tidak dapat terbang mencari
makanan.
Murai amat bertuah, ia telah dirawat oleh lelaki
tua itu. Lelaki tua itu lap luka murai guna tuala dan
tuam dengan air suam. Luka itu kemudian disapu
ubat. Tiung keluar mencari makanan untuk
sahabatnya, sehinggalah murai sembuh dan dapat
terbang semula.
18
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

19
Mendengar radio di pagi ceria,
Untuk mendapat berita semasa,
Berbudi bahasa amalan mulia,
Kita mesti amalkan sentiasa.

20
Pergi ke kedai membeli buah,
Buah bernama buah tembikai,
Jadilah kita anak bertuah,
Rajin belajar lekas pandai.

21
Haruan dibeli di kedai Laila,
Haruan dikukus letak halia,
Berbuat baik pada ibu bapa,
Hormat guru amalan mulia.

22
PERBENDAHARAAN
KATA

belalai gulai
biasa gurau
biawak hadiah
buah halia
buaya haiwan
cuaca hairan
cuai haruan
daun helai
gerai belai

23
PERBENDAHARAAN
KATA

jauh serai
jual sesuai
kain siapa
kaum tiup
keluarga tiung
luar tua
luas tuala
main tuam
meriah wau

24
Buku ini amat sesuai untuk :

 Guru prasekolah dan guru tahun satu bagi menjalankan pengajaran dan
pembelajaran secara sistematik.
 Guru-guru pemulihan khas di sekolah rendah dan menengah.
 Guru mata pelajaran Bahasa Melayu
 Bakal-bakal pendidik.

Penggunaan buku ini dapat :

 Merangsang minat murid untuk belajar membaca.


 Murid belajar bermula dari aras yang mudah kepada yang sukar.
 Meningkatkan keyakinan murid untuk meneruskan pembacaan sehingga
ke aras yang lebih tinggi.
 Memupuk sikap positif terhadap pelajaran Bahasa Melayu.
 Memperkayakan perbendaharaan kata murid.
 Meningkatkan prestasi murid.
 Memudahkan guru untuk mengetahui tahap kebolehan murid-murid

Siri Pintar Bahasa mengandungi 6 siri.

 Siri 1 mengandungi perkataan KV+KV (contoh : baju)


 Siri 2 mengandungi perkataan KV+KVK (contoh : cawan)
 Siri 3 mengandungi perkataan KVK+KVK (contoh : sampah)
 Siri 4 mengandungi melibatkan perkataan ’ng’ (contoh:burung, kambing,
songkok, longkang, tempurung )
 Siri 5 mengandungi perkataan yang melibatkan diftong dan vokal
berganding (contoh :pulau)
 Siri 6 mengandungi perkataan yang melibatkan huruf konsonan
bergabung (contoh : nyanyi)

Anda mungkin juga menyukai