Anda di halaman 1dari 4

PANTUN 2 KERAT

PANTUN 1

Ikan toman terkena joran,

Hidup aman sesama jiran.

PANTUN 2

Ikan keli ikan pelata,

Marilah hormati jiran kita.

PANTUN 3

Mangga dibelah tidak sekata,

Jiran ialah sahabat kita.

PANTUN 4

Pohon saga tegak berdiri,

Turun tangga usah berlari.

PANTUN 5

Sehelai kain di dalam peti,

Semasa bermain berhati-hati.

PANTUN 6

Bawa joran ke Tanjung Keramat,

Patuhi peraturan agar selamat.

PANTUN 7

Bunga kertas bunga tulip,

Nampak sampah kita kutip.

PANTUN 8

Adik mandi di tepi perigi,

Bangun pagi gosok gigi.

PANTUN 9

Ikan keli di atas rakit,

Gosok gigi supaya tak sakit.


PANTUN 10

Ikan gelama si ikan haruan,

Pupuk kerjasama erat perpaduan.

PANTUN 11

Mengutip batu di Gunung Daik,

Bantu-membantu amalan baik.

PANTUN 12

Sang Kancil di tepi pagar,

Sejak kecil mula belajar.

PANTUN 13

Dua, tiga, kucing berlari,

Mari menjaga kebersihan diri.

PANTUN 14

Beli sotong masak kari,

Kuku dipotong kuman lari.

PANTUN 15

Biji berangan biji selasih,

Cuci tangan sehingga bersih.

PANTUN 4 KERAT

PANTUN 1

Pakai baju warna biru,

Pergi ke sekolah pukul satu;

Murid sentiasa hormati guru,

Kerana guru pembekal ilmu.

PANTUN 2

Jangan pergi mandi di lombong,


Emak dan kakak sedang mencuci;

Jangan suka bercakap bohong,

Semua kawan akan membenci.

PANTUN 3

Jikalau tuan mengangkat peti,

Tolong masukkan segala barang;

Jikalau anak-anak bersatu hati,

Kerja yang susah menjadi senang.

PANTUN 4

Pergi berburu sampai sempadan,

Dapat kancil badan berjalur;

Biar carik baju di badan,

Asalkan hati bersih dan jujur.

PANTUN 5

Dalam semak ada duri,

Ayam kuning buat sarang;

Orang tamak selalu rugi,

Macam anjing dengan bayang.

PANTUN 6

Orang Daik memacu kuda,

Kuda dipacu deras sekali;

Buat baik berpada-pada,

Buat jahat jangan sekali.

PANTUN 7

Bintang tujuh sinar berseri,

Bulan purnama datang menerpa;


Ajaran guru hendak ditaati,

Mana yang dapat jangan dilupa.

PANTUN 8

Adik ke kedai membeli halia,

Emak memesan membeli laksa;

Jadilah insan berhati mulia,

Baik hati berbudi bahasa.

PANTUN 9

Budak-budak berkejar-kejar,

Rasa gembira bermain di sana;

Kalau kita rajin belajar,

Tentu kita akan berjaya.

PANTUN 10

Parang tajam tidak berhulu,

Buat menetak si pokok Ru;

Bila belajar tekun selalu,

Jangan ingkar nasihat guru.

PANTUN 11

Pergi ke kedai naik beca,

Beca dinaik Bersama tamu;

Rajin-rajin adik membaca,

Membaca baik menambah ilmu.

PANTUN 12

Pagi-pagi mendengar cerita,

Cerita dari Cikgu Rohayu;

Hidup kita punya cita-cita,

Untuk berjasa dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai