Anda di halaman 1dari 9

Bulat-bulat si buah duku, Bulat seperti buah rambai; Kalau rajin membaca buku, Tentu adik lekas pandai.

Bermain kejar-kejar, Duduk dan berdiri; Kalau adik malas belajar, Pasti rugi diri sendiri

Tahan pukat di sungai, Tanam padi di paya; Adik rajin dan pandai, Hidup adik maju dan jaya

Ikan gelama ikan kekek, Berenang di celah batu; Pesan datuk dan nenek, Rajinlah membaca buku.

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong tunjukkan; Kami budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan

Sedap sungguh daging rusa, Sedap juga daging serati; Hormati guru setiap masa, Pasti hidup akan diberkati.

Parang tajam tidak berhulu, Buat menetak si pokok Ru, Bila belajar tekun selalu, Jangan ingkar nasihat guru.

Adik ke kedai membeli halia, Emak memesan membeli laksa; Jadilah insan berhati mulia, Baik hati berbudi bahasa.

Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu, Murid perlu hormatkan guru, Kerana guru pembekal ilmu.

Anda mungkin juga menyukai