Anda di halaman 1dari 6

BAHAN AKTIVITI TAHUN 4

Pilih jawapan yang betul bagi pantun teka teki yang diberi.

1. Kalau tuan pergi ke kedai;


Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai;
Apa binatang keris di kaki?

Ayam
Itik
Kancil
Harimau

2. Ada sebiji roda pedati;


Bentuknya bulat daripada besi;
Selalu diikat sekuat hati;
Dilempar hidup dipegang mati?

Guli
Gasing
Roda
Bola

3. Burung nuri burung dara;


Terbang ke sisi taman kayangan;
Cubalah teka wahai saudara;
Semakin diisi makin ringan?

Plastik
Belon
Bola
Pelampung

4. Bunga orkid indah warnanya;


Penyeri taman perindah hutan;
Ramai orang datang bertanya;
Tapak siapa hidup di lautan?

Tapak kuda
Tapak Sulaiman
Tapak kaki penyelam
Tapak tukun tiruan
5. Pak Pung Pak Mustafa;
Encik Dollah di rumahnya;
Ada tepung ada kelapa;
Gula Melaka jadi intinya.

Buah Melaka
Tepung Bungkus
Ketayap
Buah Bom

6. Kelip-kelip kusangka api;


Kalau api mana asapnya;
Hilang ghaib disangkakan mati;
Kalau mati mana kuburnya?

Lilin
Lampu
Kilat
Jamung

7. Budak-budak bermain batu;


Batu dikira satu persatu;
Badannya lurus bermata satu;
Ekornya tajam apakah itu?

Penebuk lubang
Pen
Jarum
Wayar getah

8. Jika tuan membeli tikar;


Tikar anyaman dari mengkuang;
Kalau Tuan bijak pintar;
Ular apa membelit pinggang?

Pending
Bedung
Bengkung
Tali pinggang

9. Masak tumis sambal petai;


Makan kenyang lalu sendawa;
Anda menziarah sahabat handai;
Buah apakah akan dibawa.

Buah tangan
Buah mulut
Buah kaki
Buah hati
10. Pokoknya bulat dan juga rending;
Masam dan hijau ketika muda;
Bentuk buahnya seperti bintang;
Sudah masak, kuninglah ia.

Mangga
Betik
Belimbing
Durian

11. Belayar perahu dari Bentan;


Menyusur tepi Selat Melaka;
Lebar kepala dari badan;
Apakah ikan cubalah teka?

Ikan paus
Ikan pari
Ikan sebelah
Ikan keli

12. Mak Minah menanak minyak;


Kemenyan dibakar dengan setanggi;
Dua paha beranak banyak;
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

Kasut
Tangga
Tali
Kerusi

13. Orang bekerja diberikan upah;


Hidangan disaji dalam talam;
Gajah putih di tengah rumah;
Layar terkembang di waktu malam?

Tikar
Karpet
Kelambu
Lampu

14. Gigi berduri tatah bersigai;


Pembelah kayu ia berguna;
Apakah benda tuan yang pandai;
Duduk makannya dua cara?

Gergaji
Pisau
Gunting
Golok
15. Jika ke kedai pergi berbelanja;
Belikan saya sudu dan senduk;
Jika pandai katakan segera;
Semakin berisi semakin menunduk?

Buluh
Lalang
Tebu
Padi

16. Kalau tuan pakai lencana;


Pakailah songkok di atas kepala;
Kalau Tuan bijak laksana;
Binatang apakah tiada kepala?

Ketam
Udang
Ikan
Sotong

17. Pisau lipat dimainnya kera;


Tangannya luka lalu terjun;
Makannya kuat tidak terkira;
Kenyangnya tidak, tahi bertimbun?

Ulat
Rokok
Cacing
Api

18. Minah ketawa terjerit-jerit;


Melihat koyak pada seluar;
Orang putih duduk sederet;
  Pagar di dalam tebing di luar?

Gigi
Mulut
Air liur
Lidah

19. Tuan puteri belajar menari;


Tari diajar oleh Pak Harun;
Kalau Tuan bijak bestari;
Apa yang naik tak pernah turun?

Bukit
Umur
Berat badan
Tangga
20. Dari jauh nampak menjalar;
Tempat di tuju sudahlah pasti;
Badannya panjang bukannya ular;
Berhenti di stesen bukannya jeti.

Kapal terbang
Keretapi
Bas
Kapal selam

21. Dari mana asalnya kuah;


Cair dan pekat seakan susu;
Isi dimesin baru diperah;
Silalah jawab janganlah membisu.

Soya
Santan
Dadih
Jus

22. Pergi ke gerai minum kopi;


Selepas diminum terasa segar;
Sejenis besi seperti topi;
Punya telinga tidak mendengar.

Kuali
Piring
Sudu
Garpu

23. Perahu mudik ke hulu mandai;


Perahu bermuat seguni bijan;
Jika adik orang yang pandai;
Binatang apa memanggil hujan.

Ular
Cengkerik
Kelawar
Katak
24. Pagi-pagi pergi ke kedai;
Hendak membeli nasi lemak;
Cubalah adik yang pandai;
Dua ibu delapan anak.

Mata
Jari
Kaki
Muka

25. Mulut manis hati nak baik;


Itulan amalan turun temurun;
Apakah benda yang akan naik;
Apabila sahaja hujan turun.

Cendawan
Payung
Ikan
Pokok

Anda mungkin juga menyukai