Anda di halaman 1dari 9

AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

AKTIVITI 1 : MELENGKAPKAN PANTUN

Pergi ke hulu mencari selasih,

Duduk berehat makan keria;

Utamakan selalu makanan ………………………….,

Badan sihat hidup ……………………………

Hening pagi bayu menyapa,

Burung jelatik terbang ke awan;

Gosoklah gigi janganlah …………………………,

Gigimu cantik senyuman ………………………………..

Pergi empangan bersama rakan,

Naik rakit di tepi bukit;

Cucilah tangan sebelum …………………………,

Agar penyakit tidak ……………………………………..

Burung undan terbang ke ………………………………..,

Burung kenari terbang bertiga;

Pastikan badan tiada berkuman,

Kesihatan diri sentiasa ……………………………..

Turun ke laman bawa ………………………………,

Bawa sekali inti …………………………………;

Wahai teman saya berpesan,

Keselamatan diri usah dilupa.

Ikan pari di dalam ……………………………….,

Masak kari ikan kerapu;

Rajinlah cari ilmu berniaga,

Supaya diri tidak …………………………………


AKTIVITI 2 : BERBALAS PANTUN

Datuk Panglima pergi membajak


Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau adik orang yang bijak
Negara kita apa namanya?
Ikanlah keli di dalam perahu
Orang buta menangkap buaya
Kalau saudari/saudara orang yang bijak
Negara kita Malaysia namanya.
Rama-rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau saudara orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka?
Anak Benggali ke kebun nyonya
Memetik gambus anak Melaka
Wahai saudara/saudari ini jawabnya
Tiga puluh satu Ogos Malaysia merdeka.
Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri
Kalau saudari orang yang pandai
Di manakah letaknya ibu negeri?
Berlari-lari dari Mentakab
Pergi ke Johor makan kenduri
Soalan saudari mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri.
Buah durian buah berduri
Enak isinya tidak terkata
Jika anda bijak bistari
Siapakah pernah menjajah negara?
Tanam kekacang di tanah nyonya
Masuk ke kebun berselipar jepun
Wahai cik adik ini jawabnya
Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Gerak tari langkah melangkah
Merdu suara hamba dendangkan
Perak negeri warisan sejarah
Bagaimana cara mahu hebahkan?
Anak belibis luka berdarah
Hinggap sebentar di dahan ara
Perak negeri warisan sejarah
Banyakkan kempen itulah cara
AKTIVITI 3 : MEMBINA PANTUN 4 KERAT

Pergi ke kedai memakai topi,

Topi dipakai berhari-hari;

Jangan suka bermain api,

Kelak terbakar diri sendiri.

Hari minggu pergi berkelah,

Pergi berkelah di Tanjong Tuan;

Rajin-rajin pergi ke sekolah,

Agar mendapat ilmu pengetahuan.

Kalau pergi ke Batu Pahat,


Jangan lupa membeli lukisan;

Jika tidak mendengar nasihat,

Hidup akan ditimpa balasan.

Waktu pagi riuh Si angsa,

Hendak dikejar terus berlalu;

Untung rugi perkara biasa,

Teman ajar usaha selalu.

Anak kambing lalu di titi,

Jatuh ke parit patah gigi;

Akibat tidak berhati-hati,


Dia sendiri menanggung rugi.

Banyak sungguh buah tembikai,

Dimasuk orang di dalam baldi;

Biar buruk kain dipakai,

Asal hidup pandai berbudi.

Indah sungguh warna pelangi,

Terang warna menyenangka hati,


n

Yang muda kita sayangi,

Yang tua kita hormati.

Dari muda sampai ke tua,


Masa berbaris usahlah rebah;

Kalau berkawat berdua-dua,

Budaya yang baik jangan diubah.

Buah bidara buah keranji,

Buah mempelam di atas para;

Kitar semula amalan terpuji,

Sumber alam kekal terpelihara.

Anak muda berjalan malam,

Ilmu di dada tidak disia;


Usah dirosak rupanya alam,

Tempat tinggal semua manusia.


AKTIVITI 2 : MEMBINA PANTUN 4 KERAT

AKTIVITI 3 : BERBALAS PANTUN

…………………………………………………………………………………………………………………………,

…………………………………………………………………………………………………………………………;

…………………………………………………………………………………………………………………………,

……………………………………………………………………………………………………………………… .

Anda mungkin juga menyukai