Anda di halaman 1dari 4

Item Contoh Bahagian C– Rumusan [ masa dicadangkan:15 minit]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
satu rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali
musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda,
wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka
pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya
ialah pengeluaran lesen memandu diperketat① demi membendung kejadian yang menyayat
hati terutamanya pada musim perayaan.

Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu ②yang teliti
sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif.
Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang
cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana
kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas
sebagai pengajaran③ terhadap pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang
melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan
perlanjutan tempoh percubaan④ sebelum mendapat lesen sepenuhnya.

Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah
pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak
berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem
pembelajaran dan pendidikan pemanduan⑤ di negara kita. Sistem pemanduan yang
dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para
pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar ⑥ sehingga amalan
tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.

Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai
nilai-nilai murni⑦ dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang
berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda⑧ yang dikenakan perlu diketatkan
supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh
raya dan di jalan-jalan biasa ⑨ perlu dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku
berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para
pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka
perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan
orang lain.
Bahagian C– Rumusan
[masa dicadangkan:15 minit]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan


meningkat setiap kali musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan
dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu
kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan masa.
Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu
diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran
lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang menyayat hati
terutamanya pada musim perayaan.

Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang
teliti sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan
yang positif. Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya
termasuklah sikap pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang
dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90
peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu.
Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai
pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang
melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan
perlanjutan tempoh percubaan sebelum mendapat lesen sepenuhnya.

Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu,


malah pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba
masanya pihak berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai
dalam sistem pembelajaran dan pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem
pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan
akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada
jiwa seseorang pelajar sehingga amalan tersebut tersemai dengan mendalam dan
menjadi amalan apabila dewasa nanti.

Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat


menyemai nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang
berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda yang dikenakan perlu
diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan
had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa perlu dikekalkan kerana banyak
kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal
sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan
raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka perlulah memandu secara
berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang lain.
Bahagian C : Rumusan
[Masa dicadangkan: 15 Minit ]

Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kebolehan melakukan tugas harian menyebabkan ramai orang menyangka bahawa


mereka cergas. Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka jarang-jarang sakit dan tidak
kerap mendapatkan rawatan perubatan tetapi hal ini tidak bermakna keadaan fizikal mereka
itu baik. Dari segi kesihatan, strategi yang berkesan untuk seseorang berada kekal dalam
keadaan cergas dan sihat adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Walaupun fakta ini diketahui umum, namun aktiviti yang berkait dengan kesihatan masih
berada di tangga terbawah dalam senarai keutamaan yang perlu dilakukan pada setiap
minggu.

“Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat.” Bagaimanakah senaman
menyumbang kepada akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang akan melancarkan
perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah akan menyalurkan darah ke otak yang
kurang mendapat darah, seterusnya meningkatkan keperluan oksigen kepada otak. Hal ini
menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan tidak mengantuk. Senaman aerobik pula
mampu meningkatkan proses pembelajaran walaupun kepada golongan dewasa. Kita juga
akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah melakukan senaman kerana wujudnya
kepercayaan dalam diri. Selain itu, senaman juga mampu menangani masalah kemurungan.

Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan
dibebaskan dan menyebabkan salur darah mengecil. Dengan itu tekanan darah akan
meningkat dan darah sampai kepada organ dalam masa yang singkat. Sebagai kesannya, salur
darah di otot pula dilebarkan untuk memenuhi keperluan oksigen kepada bahagian otot
berkenaan. Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan lebih baik kerana darah perlu
dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi. Hasilnya, seseorang akan
sentiasa gembira dan tenang.

Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat
badan yang berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti
diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka
hayat lebih panjang dalam kalangan orang yang dikategorikan mempunyai kecergasan
sederhana berbanding dengan mereka yang tidak cergas. Hal ini terbukti melalui satu kajian
yang mendapati kadar kematian kumpulan orang yang tidak cergas adalah sekali ganda lebih
tinggi berbanding dengan mereka dalam kumpulan sederhana cergas. Tuntasnya, jadikanlah
bersenam sebagai satu budaya hidup kita supaya kita kekal sihat sepanjang masa.
Cadangan skema ini hanya sebagai panduan sahaja.

Latihan 1 : Faedah-faedah senaman- Rumusan (Bahan Petikan-*jika ada tertinggal isi,cikgu tambah
sendiri)

1. Petikan membincangkan faedah-faedah senaman. (2M)

2 Rumusan membincangkan faedah-faedah senaman. (2M)

CADANGAN IDEA SAMPINGAN :

ISI TERSURAT TERDAPAT DALAM PETIKAN:

1.Senaman dalam jangka panjang akan melancarkan perjalanan darah ke otak.

2. . Senaman aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran walaupun kepada golongan dewasa.

3. Kita juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah melakukan senaman kerana wujudnya
kepercayaan dalam diri.

4. Selain itu, senaman juga mampu menangani masalah kemurungan.

5. Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan lebih baik kerana darah perlu dipam cepat untuk
memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi. Hasilnya, seseorang akan sentiasa gembira dan tenang.

6. Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat badan yang
berlebihan.

7. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih panjang dalam kalangan orang yang
dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding dengan mereka yang tidak cergas.

CADANGAN KESIMPULAN :

Kesimpulannya, bersenam banyak mendatangkan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat,justeru


masyarakat disarankan untuk bersenam agar kehidupan kita sentiasa sihat dan ceria.(2M)

Anda mungkin juga menyukai