Anda di halaman 1dari 21

SMK MUADZAM JAYA

MODUL
TERANCANG
CATCH UP PLAN
FASA 2
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2
TAHUN 2021
Tandakan senarai semak bagi yang telah hantar

BAHAN MODUL
(RUMUSAN)
LATIHAN 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
satu  rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat
setiap kali musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh
pihak berkuasa. Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang
melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan
bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu diambil untuk
mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu
diperketat demi membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim
perayaan.                                        

            Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang

teliti sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan
yang positif. Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah
sikap pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada
kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam memastikan
kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran terhadap
pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang melakukan kesalahan
dalam tempoh  dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh
percubaansebelum mendapat lesen sepenuhnya.

  Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah
pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah
tiba masanya pihak berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai
dalam sistem pembelajaran dan pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem
pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan akademik
yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang
pelajar sehingga amalan tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan
apabila dewasa nanti.

   Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat

menyemai nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang
berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda yang dikenakan perlu
diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan
had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa  perlu dikekalkan kerana banyak
kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal
sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya
bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka perlulah memandu secara berhemah
supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang lain.
  Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat
mahupun negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Semua pihak perlu menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi
kemelut ini, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu
kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi
bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa
kerana malang tidak berbau.

                                                (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai

Nyawa” oleh G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)

LATIHAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

        Kebolehan melakukan tugas harian menyebabkan ramai orang menyangka

bahawa mereka cergas. Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka jarang-jarang
sakit dan tidak kerap mendapatkan rawatan perubatan tetapi hal ini tidak bermakna
keadaan fizikal mereka itu baik. Dari segi kesihatan, strategi yang berkesan untuk
seseorang berada kekal dalam keadaan cergas dan sihat adalah dengan bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Walaupun fakta ini diketahui umum, namun
aktiviti yang berkait dengan kesihatan masih berada di tangga terbawah dalam senarai
keutamaan yang perlu dilakukan pada setiap minggu.

        “Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat.” Bagaimanakah senaman
menyumbang kepada akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang  akan
melancarkan perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah akan
menyalurkan  darah ke otak yang kurang mendapat darah, seterusnya meningkatkan
keperluan oksigen kepada otak. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan
tidak mengantuk. Senaman aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran
walaupun kepada golongan dewasa. Kita juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan
setelah melakukan senaman kerana wujudnya kepercayaan dalam diri. Selain itu,
senaman juga mampu menangani masalah kemurungan.

        Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan
dibebaskan dan menyebabkan salur darah mengecil. Dengan itu tekanan darah akan
meningkat dan darah sampai kepada organ dalam masa yang singkat. Sebagai
kesannya, salur darah di otot pula dilebarkan untuk memenuhi keperluan oksigen
kepada bahagian otot berkenaan.  Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan
lebih baik kerana darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang
bermetabolisme tinggi. Hasilnya, seseorang akan sentiasa gembira dan  tenang.

        Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu

mengawal berat badan yang berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat
pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Satu fakta
menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih panjang dalam kalangan orang yang
dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding dengan mereka yang
tidak cergas. Hal ini terbukti melalui satu kajian yang mendapati kadar kematian
kumpulan orang yang tidak cergas adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding dengan
mereka dalam kumpulan sederhana cergas. Tuntasnya, jadikanlah bersenam sebagai
satu budaya hidup kita supaya kita kekal sihat sepanjang masa.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Faedah-faedah Senaman’,
oleh Ziauddin Sharuddin,Berita Minggu, 12 Mac 2010)

LATIHAN 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.    

             Industri inap desa  sememangnya mempunyai potensi yang tidak kurang

pentingnya kepada pembangunan negara. Sebenarnya, terdapat beberapa potensi
industri inap desa dan cabaran-cabaran yang dihadapinya.

                Antara kepentingan industri inap desa adalah mampu membantu

meningkatkan ekonomi negara. Apabila inap desa ditubuhkan dengan giat, maka
keuntungan yang diperoleh daripada sektor ini akan menyumbang kepada pendapatan
negara. Hal ini akan membantu negara memperoleh keuntungan yang berlipat kali
ganda serta dapat memajukan negara.

                Di samping itu, industri inap desa dapat memperkenalkan sektor pelancongan
Malaysia di mata dunia.Pelancong yang menginap di inap desa dapat melakukan
pelbagai aktiviti terancang yang disediakan oleh pihak inap desa.Hal ini dapat
memperkenalkan pelbagai budaya Malaysia yang terdapat di kawasan inap desa
tersebut.Selain itu, industri inap desa juga mempunyai potensi dalam memajukan sektor
pelancongan negara.Penubuhan industri inap desa di kawasan luar bandar mampu
menarik minat ramai pelancong ke kawasan tersebut. Hal ini akan menyebabkan
penduduk setempat memperoleh pendapatan yang lumayan berikutan kehendak
pelancong untuk menyewa inap desa. Oleh itu, para pelancong yang ingin melawat ke
kawasan pedalaman tidak perlu bimbang tentang tempat penginapan kerana terdapat
inap desa.

                Seterusnya, potensi inap desa juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan.
Apabila industri inap desa dibina di kawasan luar bandar maka terdapat banyak
peluang  pekerjaan yang tersedia. Hal ini akan membantu penduduk setempat untuk
bekerja di inap desa.  Contohnya, bekerja sebagai tukang cuci, tukang kebun, pengawal
keselamatan dan sebagainya. Industri inap desa ini walaupun tidak membuka peluang
pekerjaan yang banyak namun  mampu membantu golongan penganggur bagi mencari
sumber rezeki.

                Antara cabaran yang dihadapi oleh industri inap desa ialah masalah
kekurangan modal. Pengusaha inap desa sering berhadapan dengan masalah
mendapatkan modal untuk kos pengurusan dan membayar gaji pekerja. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengusaha industri inap desa sukar mendapatkan pinjaman
daripada bank berikutan faktor ekonomi mereka yang kurang kukuh. Situasi ini akan
menyebabkan perkembangan inap desa agak perlahan dan terbatas. Selain itu,
kedudukan inap desa yang jauh dari bandar menyukarkan para pelancong untuk
mendapatkan kemudahan-kemudahan yang lain. Contohnya perkhidmatan bank,
liputan talian dan pasar raya. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu berganding
bahu dalam memajukan industri inap desa agar  terus berkembang dan menjadi salah
satu sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara kita.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Kepentingan Inap Desa`,
 oleh Zainal Mahmood,Utusan Malaysia, 12 Mac 2019)

LATIHAN 4
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.  

   Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah

melebihi dua juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah
bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan
daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti
Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor
pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini
sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan
penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke
negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding
dengan di negara asal mereka.

Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan

banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata
golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan.
Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga
mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita
yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini
amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia,
Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru,
walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang
kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.

Selain faktor di atas, kebanjiran penatang asing di negara kita turut disebabkan
oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di
Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah
berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja
tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih
menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada
pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan
pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki
permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi
membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan,
keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa
menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia
menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia.
Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran
pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan
rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang
memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan
rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian
besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.

Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat
parah, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan
turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap
pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat
tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan
sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara.

LATIHAN 5
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.  

Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah berada di pasaran

tempatan sejak beberapa tahun yang lalu. Gejala ini berterusan kerana memiliki
barangan berjenama terkenal menjadi idaman kebanyakan orang yang mengutamakan
prestij. Namun begitu, bukan semua orang mampu memiliki barangan yang berjenama
kerana harganya yang mahal. Untuk memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka
segelintir anggota masyarakat beralih kepada barangan tiruan. Mereka berpendapat
mutu barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti barangan asli.

Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang

memudahkan barangan berkenaan memasuki negara kita. Barangan tiruan ini biasanya
dibawa masuk melalui pintu sempadan dan pelabuhan dalam dua bentuk iaitu, separuh
siap atau siap sepenuhnya. Barangan separuh siap akan melalui proses
pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki pasaran. Dengan kemudahamn
logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke sesuatu destinasi dengan cepat
dan mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan lapangan
terbang menjadi satu cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti isinya.
Keadaan ini bertambah rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu
terhadap barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak
bertanggungjawab ini antaranya adalah melalui penghantaran cepat dengan
perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah kecanggihan teknologi kini
mengizinkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui talian laman web yang
dilayari oleh pelanggan.

Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan dibuat

secara tunai tanpa sebarang resit. Oleh itu, apabila serbuan dibuat ke atas penjual,
maka pembekalnya tidak dapat dikesan. Sekalipun dikenali pembekalnya namun
penjual tidak berani memaklumkannya kepada pihak berkuasa tentang identiti
pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan sindiket dan mengancam nyawa
mereka. Bagi para pengguna pula, mereka sukar membezakan antara barangan tiruan
dengan barangan asli. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan mesin canggih yang dapat
menghasilkan bahan tiruan yang hampir menyerupai barangan tulen. Pada masa ini,
barangan tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan,
alat ganti kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter. Barangan ini
laris di pasaran atas kecenderungan sebahagian pengguna yang tidak memperdulikan
ketulenannya asalkan barangan itu berjenama dan murah.

Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket besar
dengan modal yang banyak. Oleh sebab itulah kita dapati sekalipun barangan itu
dirampas hari ini, namun keesokan harinya mereka boleh beroperasi semula kerana
sumbernya mempunyai rangkaian perniagaan besar yang boleh bertukar ganti dan stok
barangan tersebut mungkin berada di mana-mana sahaja.
BAHAN MODUL
(RINGKASAN)
RINGKASAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan
tentang ciri-ciri seseorang telah diserang masalah nomofobia. Panjang ringkasan
anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Nomofobia ialah ketagihan tingkah laku yang berkaitan dengan telefon bimbit secara
berlebihan ialah satu penyakit baharu dalam kalangan remaja. Oleh sebab itu, mereka
perlu diberikan didikan dan ajaran tentang penggunaan telefon bimbit yang betul.
Sebelum itu, mereka yang mempunyai ciri-ciri nomofobia perlu dikenal pasti.
Satu daripada ciri nomofobia ialah seseorang banyak menghabiskan waktu untuk
mengemas kini status dalam media sosial. Hal ini berlaku demikian kerana dia selesa
meluahkan perasaan dan ketidakpuasannya agar berasa puas hati. Selain itu, dia juga
mahu mencari simpati dan perhatian orang lain. Seseorang yang mengalami gangguan
emosi jika capaian Internet terganggu juga dapat dikenal pasti sebagai pesakit
nomofobia.
Pesakit nomofobia juga dikatakan menggunakan telefon bimbit melebihi empat jam. Hal
ini menyebabkan kehidupannya tidak terurus, terutamanya remaja yang tidak
menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru kerana ketagihan penggunaan
telefon bimbit. Seseorang yang memberikan respons kepada telefon bimbit walaupun
berada dalam keadaan bahaya juga merupakan sifat nomofobia. Hal ini berlaku
terutamanya seseorang sedang memandu.
Seseorang pesakit nomofobia juga akan berasa panik apabila telefon bimbitnya tidak
berada di sisinya. Selain itu, dia juga akan berasa panik apabila telefon bimbit
kehabisan bateri. Masalah nomofobia semakin hari semakin serius dan memerlukan
perhatian daripada semua pihak. Adakah anda diserang nomofobia?
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Halaman 30,
Buku Teks Tingkatan 3, KSSM, Dewan Bahasa dan
Pustaka)
RINGKASAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan
tentang cara-cara untuk mencapai cita-cita dalam kehidupan. Panjang ringkasan
anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Semua murid menanam semangat yang tinggi untuk berjaya dalam akademik dan
kokurikulum apabila mula menjejakkan kaki ke sekolah. Walau bagaimanapun, kita
haruslah menentukan hala tuju agar setiap impian atau cita-cita yang kita tanam dapat
dicapai dengan perasaan yang membanggakan.
Untuk mencapai cita-cita, kita haruslah menanam semangat dan iltizam yang tinggi
agar semangat kita membara. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang yang
memiliki iltizam yang tinggi akan berusaha untuk mencapai sasaran yang ingin dicapai.
Pada masa yang sama, kita mestilah menumpukan perhatian dalam pelajaran sewaktu
guru sedang mengajarkan pelbagai jenis ilmu. Jika ada kekangan dan halangan yang
menimpa dalam usaha mencapai cita-cita, kita harus berusaha untuk meleraikan
kekusutan dan kesulitan yang kita hadapi.
Seseorang yang berjaya biasanya banyak membaca buku dan menimba ilmu. Ilmu dan
pengetahuan yang ditimbanya akan dapat meningkatkan keyakinannya untuk menjadi
insan yang berjaya. Murid yang menuntut ilmu sepanjang masa juga merupakan resipi
kejayaan mencapai cita-cita yang diimpikan. Mereka akan menubuhkan kumpulan kecil
untuk mengongsikan ilmu dan pengetahuan agar sama-sama mencapai kejayaan
dalam peperiksaan.
Murid yang ingin mencapai cita-citanya juga haruslah memiliki disiplin yang tinggi dalam
diri. Jadual pembelajaran dan ulang kaji mestilah disusun dengan teratur agar dapat
menjadi seorang insan yang berjaya. Hal ini dikatakan demikian kerana kunci kejayaan
yang utama ialah disiplin yang tekal.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Halaman 2,
Buku Teks Tingkatan 3, KSSM,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
RINGKASAN 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan
tentang simptom keradangan tonsil. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80
hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.
Masalah keradangan tonsil ialah masalah kesihatan yang agak lazim di negara kita dan
di mana-mana. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak kes perubatan ini dilaporkan.
Walau bagaimanapun, kes perubatan ini tidaklah serius dan menular. Yang pasti, kita
harus mengenal pasti simptom keradangan tonsil agar langkah kawalan dan rawatan
dapat diambil.
Yang utama, doktor akan mendapati tonsil pesakit kemerah-merahan dan bengkak.
Pada awal diagnosis, pesakit akan menunjukkan simptom seperti sakit tekak dan sukar
untuk menelan makanan. Hal ini berlaku demikian kerana tahap imunisasi seseorang
rendah. Oleh sebab itu, seseorang itu mudah demam dan menunjukkan simptom
keradangan tonsil dengan sakit di bahagian tekak dan tengkuk bengkak sedikit. Selain
itu, seseorang yang keradangan tonsil juga biasanya terdedah kepada bakteria yang
terdapat di udara sehingga mudah menghidap penyakit keradangan tonsil.
Masalah tonsil bukanlah disebabkan oleh masalah genetik atau masalah pemakanan
yang tidak seimbang. Simptom yang seterusnya ialah seseorang akan mengalami
masalah nafas berbau dan suara yang garau. Oleh sebab itu, masalah penyakit ini tidak
perlu ada pantang larang dari segi makanan. Ada juga yang disalah rawat sebagai
penyakit beguk. Yang paling penting, seseorang perlu mengamalkan gaya hidup yang
sihat agar dapat mengatasi masalah keradangan tonsil.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Halaman 2,
Buku Teks Tingkatan 2, KSSM, Dewan Bahasa dan
Pustaka)
RINGKASAN 4
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan
tentang tanggungjawab pesakit dermatofit.. Panjang ringkasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Dermatofit ialah sejenis kulat yang menyebabkan penyakit kurap atau tinea corporis.
Antara punca utama yang menyebabkan masalah kesihatan kulit ini berlaku ialah
pengabaian penjagaan kebersihan. Hal ini berlaku demikian kerana keadaan kulit
sentiasa lembap dan faktor iklim yang panas dan lembap juga mempergiat
perkembangan bakteria. Pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak
serap peluh juga merupakan puncanya.
Untuk mengatasi masalah ini, pesakit perlu bertanggungjawab dengan mendapatkan
rawatan segera di klinik atau di hospital. Hal ini dikatakan demikian kerana plak
kemerah-merahan yang bersisik dan bintik merah atau bisul halus di sekelilingnya akan
kelihatan. Pada waktu yang sama, kita harus memastikan penyakit ini tidak disebarkan
kepada orang lain. Masalah ini berlaku jika pesakit kulit berkurap ini tidak tahu bahawa
plak akan membesar dan membentuk gegelang yang kemerah-merahan di
sekelilingnya. Oleh sebab itu, jagalah kebersihan diri, pakaian, tempat tidur, dan
persekitaran seperti di dalam bilik tidur dan di rumah.
Pada masa yang sama, elakkan diri daripada berkongsi tuala, pakaian, atau kasut
dengan orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana bahagian yang mudah berpeluh
seperti bahagian pelipat, dan punggung, paha, perut, dan sebagainya mudah
menularkan penyakit ini. Lebih-lebih lagi, jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan
terhadap manusia atau haiwan yang berkurap dan sebarang objek yang mempunyai
kulat di atasnya.
Masalah dermatofit perlu diatasi dengan segeranya agar kita dapat berasa lebih selesa
dan tidak meninggalkan parut yang mungkin akan menurunkan tahap keyakinan diri
pada masa depan. Oleh sebab itu, kita boleh melayari laman sesawang untuk mencari
maklumat berkaitan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Halaman
9,
Buku Teks Tingkatan 2, KSSM,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
RINGKASAN 5
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan
tentang panduan menyejahterakan kehidupan dan kesihatan yang optimum.
Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Masalah obesiti ialah punca utama pelbagai penyakit berbahaya seperti kencing manis,
darah tinggi, dan sakit jantung. Oleh sebab itu, kita harus mengetahui indeks jisim
badan (IJB). Jika IJB kita melebihi bacaan ideal, kita harus meneliti panduan untuk
menyejahterakan kehidupan kita dengan agar kualiti kesihatan kita berada pada tahap
yang optimum.
Yang utama, amalkanlah panduan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum
kenyang. Seseorang boleh makan lima hingga tujuh kali sehari untuk memastikan tahap
metabolisme sentiasa tinggi. Dengan kadar metabolisme yang tinggi, makanan dapat
dicerna dengan lebih cepatnya. Selain itu, masalah kegemukan juga dapat diatasi.
Kesihatan merupakan aset kehidupan yang tidak ternilai. Tahap kesihatan yang baik
membolehkan seseorang mampu untuk berbuat apa-apa sahaja. Oleh sebab itu,
amalan mendapatkan tidur yang berkualiti juga dapat menjanakan daya fikir yang tinggi.
Hal ini dikatakan demikian kerana tidur yang cukup dapat merehatkan minda serta
menyegarkan badan.
Di samping itu, kita juga perlulah bersenam sekurang-kurangnya tiga hari seminggu
dalam tempoh 20 minit bagi setiap sesi. Hal ini dapat memastikan badan kita sihat dan
otak kita cerdas untuk memikirkan idea serta menjanakan pemikiran yang kritis dan
kreatif.
Seterusnya, kita haruslah sayang akan diri sendiri dengan memastikan tahap kesihatan
sentiasa dipantau secara berterusan. Oleh sebab itu, pemeriksaan kesihatan perlulah
dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun sebagai panduan menyejahterakan
kehidupan dan kesihatan kita.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Halaman 4,
Buku Teks Tingkatan 2, KSSM,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
ULASAN TINGKATAN 2

CONTOH SOALAN ULASAN:

Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Tema : Piramid Makanan

TERSURAT TERSIRAT
ISI CONTOH HURAIAN
8 – 12 hidangan Nasi, mi, roti, bijirin, ubi Membekalkan tenaga
3 – 5 hidangan Buah-buahan dan sayuran Membantu sistem penghadaman
2 – 3 hidangan Ikan, ayam, itik, daging Kekacang Membekalkan protein
1–2 hidangan Susu dan produk tenusu Mengelakkan obesiti
Guna sedikit Lemak minyak, gula, garam Mengelakkan penyakit

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan. Antara amalan pemakanan
yang dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana
makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita digalakkan mengambil
hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu,
kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut
kaya dengan protein. Kita juga seboleh-bolehnya mengurangkan pengambilan susu dan produk
tenusu untuk mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah
digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi
piramid makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.
(97 patah perkataan)
SOALAN 1:
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG

Memupuk nilai murni Kawasan persekitaran

dalam kalangan masyarakat menjadi bersih

Mengukuhkan semangat Menjimatkan masa

kejiranan

______________________________________________________________________________

SOALAN 2:
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Menyihatkan tubuh badan Menambahkan pendapatan

FAEDAH MENYERTAI
BIDANG SUKAN

Menghindarkan diri daripada Memupuk sikap bekerjasama

gejala negatif dan tolak ansur

SOALAN 3:
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PERATUSAN FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

DALAM KALANGAN REMAJA

Kurang Didikan Agama

14%

Pengaruh Rakan Sebaya

Kurang Perhatian Keluarga 44%
18%

Perasaan Ingin Mencuba

23%

SOALAN 4:
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

KESAN NEGATIF KETAGIHAN MEDIA SOSIAL

DALAM KALANGAN MURID

Mengabaikan tugasan sebagai

murid sekolah

Merenggangkan hubungan Prestasi pelajaran semakin

dalam sesebuah komuniti merosot

Terlibat dengan masalah sosial

dan jenayah

Anda mungkin juga menyukai