Anda di halaman 1dari 9

01 Langkah-langkah untuk menangani isu pencemaran sungai.

1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah
untuk menangani isu pencemaran sungai. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Setiap rakyat harus dididik supaya mereka lebih bertanggungjawab serta peka terhadap isu
ini. Rakyat haruslah memahami bahawa alam sekitar merupakan anugerah Tuhan dan
mereka mempunyai tanggungjawab untuk menghargai alam sekitar. Selain
penguatkuasaan undang-undang daripada pihak kerajaan, kesedaran yang meluas dalam
kalangan rakyat akan memberikan kesan jangka panjang yang lebih mantap.

Pada masa ini, memang terdapat program kesedaran alam sekitar terutamanya
menerusi media elektronik dan media cetak. Namun demikian, mesejnya seakan-akan tidak
sampai kepada sebahagian besar rakyat. Banyak orang tidak membaca surat khabar dan
mendengar berita atau hanya menonton program televisyen dan membaca ruangan
akhbar yang bercorak hiburan sahaja. Oleh itu, ruangan kesedaran alam sekitar di media
utama perlu diperluas dengan penyampaian yang lebih menarik dan disesuaikan dengan
setiap kelompok masyarakat.

Di peringkat sekolah, pendidikan alam sekitar sebenarnya telah lama diterapkan

1
dalam beberapa mata pelajaran melalui pendekatan pendidikan alam sekitar merentas
kurikulum. Sekolah-sekolah juga digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam. Guru-guru
penasihat pula dilibatkan dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah, negeri dan
kebangsaan. Sekolah-sekolah juga boleh mengadakan program sungai angkat dengan
kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam
Sekitar. Program kesedaran alam sekitar perlu diadakan secara berterusan dan seharusnya
melibatkan semua pelajar.

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada komitmen dan kreativiti guru-guru.
Mereka perlu peka akan isu semasa tentang alam sekitar untuk menarik minat dan
tumpuan pelajar. Selain itu, proses penghayatan hubungan manusia dan alam sekitar akan
lebih berkesan jika pelajar-pelajar dibawa melihat sendiri realiti sebenar di luar bilik darjah.
Namun cara ini memerlukan masa pengajaran yang lebih lama di samping pelaksanaannya
yang agak mencabar.

2
2. Faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara.

1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang
menghalang pembangunan sukan negara. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak.
Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih
dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan
sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk
memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menuding jari kepada pihak lain daripada
mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka
seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran
persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak
mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan.

Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara
tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang
lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang
mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada
mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelanggang untuk
melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet
negara sehingga mencapai taraf dunia.

3
Walau bagaimanapun, tindakan kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa
meninjau dilema atlet adalah tidak adil. Secara umumnya, moral atlet kita berada di
tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf
dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan
pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk
meningkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang
sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak
berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan,
ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan
sukar ditegur ini menimbulkan masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara
menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet
mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai
suatu budaya kehidupan.

3. Kebaikan makan buah-buahan tempatan.

1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan makan
buah-buahan tempatan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan. Contoh
buah-buahan tempatan adalah seperti jambu batu, betik, dan nanas. Terdapat banyak
faedah yang boleh kita peroleh dengan memakan buah-buahan tempatan ini.

Jambu batu merupakan buah-buahan tropika dan banyak terjual di pasar-pasar


termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Jambu batu dipercayai mempunyai beberapa khasiat

4
kepada manusia. Jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan
vitamin kepada tubuh manusia. Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai
dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah
selama empat minggu.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara
penyediaannya perlu asli, iaitu tidak ada gula di dalamnya. Menurut Dr. Rokiah, jambu batu
sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah
berat badan yang berlebihan. Beliau menyarankan agar buah jambu batu dijadikan sebagai
amalan tetap dalam gaya pemakanan. Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah
paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol dalam
darah, iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2
peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu. Buah betik yang
masak selain kaya dengan vitamin C berkesan merawat hemoroid atau buasir. Nanas turut
tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan boleh diambil
dalam jumlah yang sama, iaitu 400 gram. Menurut Dr. Rokiah lagi, asid yang ada dalam
nanas membantu tubuh dan tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya. Dalam
nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida. Malahan
nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga
minggu sahaja.

5
Peranan remaja dalam menghayati kemerdekaan.
Format latihan: Subjektif. Tiada sistem pemarkahan, contoh jawapan
diberikan.

1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang peranan remaja
dalam menghayati kemerdekaan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan
dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang
perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini terutamanya
remaja negara ini. Remaja negara ini seharusnya bersyukur kerana dilahirkan dalam suasana
pascamerdeka yang serba aman makmur. Namun, di sebalik kemakmuran dan kejayaan
yang dicapai, para remaja harus menyedari kepentingan menghayati semangat
kemerdekaan yang sebenar agar kemerdekaan negara dijaga dan dihormati.

Dalam menikmati kebebasan, para remaja seharusnya tidak lalai dalam


mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan keterampilan. Remaja seharusnya sentiasa
berfikiran terbuka dan bersedia untuk memajukan diri dan negara. Apabila negara
membangun dalam keseimbangan, negara akan lebih disegani dan dihormati oleh negara
lain. Sekiranya perkara ini tidak menjadi asas pegangan, maka negara akan jauh
ketinggalan dalam aspek pembangunan fizikal dan rohaniah.

6
Remaja tidak boleh terlalu bebas dan sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang
menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Dalam masyarakat majmuk, hal ini menjadi cabaran
yang besar dalam memupuk perpaduan kaum. Yang amat menyedihkan apabila terdapat
segelintir remaja bertindak di luar batasan dengan memperlekeh dan menghina agama dan
bangsa lain, apatah lagi disuarakan dalam bulan kemerdekaan ini. Dalam hal ini, remaja
diajar supaya berakhlak mulia sesama insan lain walaupun berlainan bangsa dan agama.
Remaja mestilah menghormati adat resam dan budaya orang lain, tanpa mengira bangsa
dan agama.

Sambutan hari kemerdekaan merupakan satu peluang kepada remaja untuk


berhimpun dengan kawan serta bergembira atau bersuka ria. Namun remaja harus bijak
memilih acara-acara yang berfaedah agar tidak melibatkan diri dalam acara-acara yang
mungkin membawa remaja ke arah mendekati perkara negatif. Contohnya, kegiatan lumba
haram, pergaulan bebas dan meminum arak. Sambutan hari ulang tahun kemerdekaan
negara haruslah diadakan dengan penuh penghayatan dan bukan menjadi satu peluang
kepada remaja untuk melibatkan diri dalam gejala negatif.

7
Langkah-langkah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Teras dasar sektor pertanian secara keseluruhan akan ditumpukan kepada usaha orientasi
semula sektor ini ke arah pengkomersialan yang lebih meluas dan melahirkan petani
berpendapatan tinggi, serta menggalakkan pelaburan sektor swasta. Usaha akan
dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran pertanian melalui pembangunan tanah
baharu, tanam semula penyatuan dan pemulihan tanah, serta penggunaan lebih meluas
klon dan baka berhasil tinggi. Penjenteraan ladang dan amalan agronomi juga antara usaha
yang baik ke arah peningkatan produktiviti. Sektor kecil komoditi makanan dijangka
berkembang pada kadar purata 7.6 peratus setahun melalui penambahbaikan kecekapan
dan produktiviti serta penambahan keluasan. Pengeluaran padi akan ditingkatkan untuk
mencapai sasaran tahap sara diri 90 peratus manakala pengeluaran buah-buahan akan
dilaksanakan secara berskala besar di zon pengeluaran buah-buahan menggunakan
pendekatan berkelompok dan ditumpukan kepada sembilan jenis buah-buahan yang
berpotensi untuk dieksport.

Pengeluaran sayur-sayuran pula akan ditumpukan kepada jenis bernilai tinggi


untuk penggunaan tempatan dan pasaran eksport terpilih. Program Buku Hijau untuk

8
menggalakkan pengeluaran makanan oleh masyarakat setempat akan diaktifkan semula.
Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh
dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil
sebagai bioteknologi. Bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos
pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan
racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti
pengeluaran makanan.

Pihak bank pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk
memulakan projek pertanian mereka. Pinjaman yang dibuat dapat membantu petani
membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih
bermutu. Skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank,
terutamanya pinjaman daripada bank Agrobank untuk pekebun kecil.

Anda mungkin juga menyukai