Anda di halaman 1dari 10

Antara kebaikan bersukan ialah menyihatkan tubuh badan.

Seseorang yang selalu


bersukan, badannya akan menjadi cergas dan kuat. Aktiviti sukan seperti bermain
badminton, sepak takraw, joging dan sebagainya boleh membantu badan kita
untukmengeluarkan peluh dan saluran darah akan menjadi lancar. Dengan bersukan, kita
dapat menjauhkan diri daripada penyakit seperti penyakit kencing manis, penyakit jantung
dan sebagainya. Di samping itu, aktiviti sukan ini juga dapat menambahkan stamina
seseorang. Oleh itu, pelajar harus sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Selain itu, meningkatkan disiplin diri juga dikenal pasti sebagai salah satu kepentingan
melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan
perlulah mematuhi peraturan sukan yang telah ditetapkan. Mereka juga perlu mematuhi
arahan daripada jurulatih ataupengadil pertandingan sukan. Sekiranya pelajarmelibatkan diri
dalam pasukan sukan, mereka juga boleh melatih diri supaya sentiasa menepati masa.
Dengan bantuan aktiviti sukan, negara kita dapatmelahirkan modal insan yang bersahsiah
unggul dan berkeperibadian mulia.

Seterusnya, aktiviti sukan boleh membantu pelajar mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Sekiranya semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka tidak akan membuang
masa dengan sia-sia. Ini juga membantu mereka untuk mengelakkan diri daripada kes
jenayah dangejala sosial yang tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah, aktiviti mat
rempit dan sebagainya. Dengan aktiviti yang berfaedah ini, mestilah dapat membentuk satu
masyarakat yang aman sentosa.

Sebagai kesimpulannya, aktiviti bersukan memberi banyak faedah kepada pelajar. Pihak
sekolah dan kerajaan haruslah memastikan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti ini.
Sekiranya masyarakat remaja kita mempunyai tabiat bersukan, mestilah dapat menjaminkan
kesihatan mereka dan negara kita akan semakin maju.
Hempasan Ombak karya Zailaini Taslim

Persoalan

1. Cabaran dalam dunia perniagaan- farid menghadapi pelbagai cabaran dalam


menguruskan perniagaan batik milik keluarganya.
2. Ketabahan dalam dunia perniagaan- Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi
mengembangkan Syarikat Batik Nusantani
3. Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain- Mokhsein menjadi mentor
kepada Farid dalam usaha membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara.
Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid. Dia juga membantu Farid
mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik
milik keluarga Farid

Nilai perwatakan

1. Ketabahan- Farid tabah menghadapi pelbagai cabaran demi memajukan Perusaha


Batik Nusantara
2. Bertanggunjawab- Farid menjalankan tugas sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik
Nusantara. Dia memastikan proses menghasilkan batik moden berjalan dengan baik.
3. Kerajinan- Farid rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para pekerjanya
dengan melihat proses penghasilan batik.

Pengajaran

1. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai rintangan dugaan hidup Farid tabah
menghadapi pelbagai cabaran demi memajukan Perusahaan Batik Nusantara
2. Kita hendaklah bertanggunjawab melaksanakan Amanah yang diberi. Masri
bertanggunjawab menyelematkan Azmi daripada serangan Mahmood.
3. Kita mestilah menyanyangi setiap anggota ahli keluarga kita. Hajah Zaoyah sangat
akan keluarga dan warisan perniagaan milik suaminiya.
Punca Pencemaran Sungai 
Pencemaran air ialah perubahan kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi air sehingga
menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan
dan keselamatan awam atau kepada hidupan dan tumbuhan.

Punca-punca pencemaran sungai amnya terdiri daripada punca tetap seperti pelepasan dari kawasan
perindustrian dan dari loji pengolehan kumbahan serta punca tidak tetap seperti air larian dari gunatanah
pertanian, kediaman, perdagangan perniagaan, industri dan sebaginya.

 Pembuangan Sampah Sarap ke Dalam Sungai

Sikap individu mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar menyebabkan
situasi ini berlaku. Pembuangan sampah sarap mengakibatkan kualiti air sungai merosot dan tidak lagi
selamat untuk kegunaan domestik. Hal ini boleh mengundang krisis air dan menyusahkan individu yang
hidup bergantung kepada sungai. Tambahan pula, pembuangan sampah sarap akan menyebabkan sungai
berbau busuk. Oleh itu, setiap individu mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai.

Perumahan Setinggan Di Atas Air

Kewujudan perumahan setinggan di atas air menyumbang kepada pencemaran air sungai secara langsung
penghuni rumah tersebut mudah untuk membuang sampah terus ke sungai. Kesannya menyebabkan
pencemaran sungai, persekitaran sungai dan perumahan setinggan penuh dengan sampah sarap
membuatkan tidak elok di pandangan masyarakat dan pelancong.

Aktiviti Pertanian

Penggunaan baja kimia/racun serangga yang berlebihan menjejaskan tahap kebersihan dan kualiti air
kerana dicemari bahan kimia yang berlebihan sehinggakan sumber air tidak Selamat untuk diminum dan
digunakan oleh manusia mahupun hidupuan akuatik.
Peranan Ibu Bapa dalam memupuk Minat Bersukan kepada Anak

Bidang sukan memberi pelbagai faedah kepada masyarakat dan negara kita. Selain
melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, bidang sukan juga dapat menjulang
nama negara Malaysia di persada dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol
David. Untuk melahirkan lebih banyak golongan muda yang berminat dalam aktiviti
sukan, ibu bapa berperanan penting untuk menyemai minat bersukan kepada anak-
anak. Ibu bapa mampu mempengaruhi anak-anak mereka dan memberi galakan
kepada anak-anak supaya menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah ini.

menggalakkan anak bersukan di sekolah

 menggalakkan anak-anak bergiat aktif dalam aktiviti sukan di sekolah


 memastikan anak-anak tidak culas  menghadiri aktiviti sukan
 menghantar anak untuk sesi latihan di sekolah
 anak-anak mungkin berjaya mewakili sekolah, daerah atau negeri
 mungkin dapat mewakili negara pada masa depan
 perlu disemai sejak di bangku sekolah lagi
 melentur buluh biarlah daripada rebungnya

membelikan peralatan sukan

 kasut, pakaian, raket. supaya anak-anak tidak menghadapi masalah semasa


bersukan
 misalnya, mereka tidak perlu meminjam daripada kawan atau tersingkir
daripada pemilihan gara-gara tidak mempunyai peralatan sukan yang cukup
 peralatan tersebut harus berkualiti kerana sukan ialah aktiviti yang lasak
– alah membeli menang memakai
 ibu bapa tidak harus lokek/bersikap tangkai jering/bakhil  untuk melabur
sekiranya anak-anak berminat

memberikan sokongan padu

 hadir memberikan sokongan sewaktu anak-anak terlibat semasa sesi latihan


atau pertandingan
 kehadiran ibu bapa amat bermakna –
 dapat menjadi suntikan semangat  kepada mereka
 sudah tentu mereka dapat meraih kejayaan  dengan adanya sokongan padu
daripada ibu bapa
Penutup Karangan

 kejayaan anak-anak dalam bidang sukan ialah tanggungjawab ibu bapa


 sukan dapat dijadikan kerjaya yang mampu memberikan pulangan yang
lumayan
 ibu bapa harus merebut peluang
Langkah-langkah mengatasi pencemaran sungai

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara
yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan
keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius
sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melahirkan rasa kecewanya kerana tidak
terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita. Persoalannya,
apakah langkah-langkah yang boleh mengatasi pencemaran sungai.

Salah satu punca berlakunya masalah pencemaran sungai ialahpengurusan sampah yang
lemah. Untuk mengatasi pencemaran sungai, pihakmajlis perbandaran perlulah menambah
bilangan tong sampah di tempat awam. Kekurangan tong sampah akan menyebabkan
sampah sarap bertaburan merata tempat. Sampah ini akandialirkan oleh air melalui longkang
dan seterusnya mengalir ke sungai. Oleh itu, tong sampah perlu ditambah di tempat
strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah. Selain itu,
pihak yang berkenaan juga memasang perangkap sampah di tempat-tempat strategik
seperti di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap supaya tidak mengalir
ke sungai.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara
membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting
sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan
sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga
perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai
mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa
pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap
pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa
dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah
segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Rakyat Malaysia amat kurang
prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Oleh itu, kesedaran demikian ini seharusnya
dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap
persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak
mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh
memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya
sungai dipelihara supaya terus bersih.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan
dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian
tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan. Oleh itu,masalah pencemaran sungai
di negara kita haruslah ditangani dengan kerjasama daripada semua pihak. Mudah –
mudahan generasi yang akan datang dapat menikmati keindahan sungai yang
dianugerahkan kepada manusia.
Kesan-kesan Pencemaran Sungai

1. Menambahkan bebanan kerajaan


- kos pembersihan meningkat
- umpamanya, dalam RMK-8, sebanyak RM250 juta telah diperuntukan bagi pembersihan
dan pengindahan sungai
- kempen ‘Cintai Sungai Kita’ perlu diperkasakan lagi
- membazir kerana lebih perlu disalurkan untuk pembangunan negara

2. Kepupusan hidupan akuatik


- menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga ekologi dan rantaian
makanan
- membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau
- burung pula jika terkena minyak akan menyebabkan sukar terbang seterusnya mati
- spesis terancam semakin pupus, contohnya penyu
- sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu masa dahulu
menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan makanan

4. Menjejaskan kesihatan
- sumber air bersih berkurangan
- laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari
penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian
mereka
- penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan
- penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan meningkat
- Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air
yang tidak bersih

5. Menjejaskan industri pelancongan


- tumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesa
- kawasan terumbu karang boleh terjejas teruk apabila berlaku pencemaran air
- pulau dan pantai akan kurang dikunjungi seandaianya tarikan alam marin ini terjejas dan
musnah

6. Aktiviti rekreasi tidak lagi sesuai


- sungai dan tasik yang digunakan sebagai tempat berekreasi seperti berenang, berkayak
dan memancing hilang fungsinya
- persekitaran yang telah tercemar tidak lagi sesuai sebagai tempat menenangkan fikiran
dan diri
Punca pencemaran udara

1. Aktiviti pembangunan dan perindustrian. Perkembangan ekonomi dunia bergantung


kepada industry-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk
aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah buruk keadaan
pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan
karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas pencemar dilepaskan oleh industry, manakala habuk-
habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas juga dilepaskan.

2. Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat


moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta,motor,lori,
kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang
banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil
untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida,
hydrocarbon dan habuk-habuk terhasil.

3. Pembakaran terbuka sering berlaku di Kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepkal
di Kawasan industry dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kerbun serta
pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel kelaga yang boleh diterbangkan ke
jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling
tempat.

Kesan pencemaran udara

1. Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah system pernafasan. Gas-gas
seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah
dam melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan
seorang itu mengantuk, mempunyai penyakit Lelah dan mengurangkan fungsi paru-
paru.
2. Tumbuhan akan mengalami kerosakan nekrosis, klorosis dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan
sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menggangu kehidupan seharian dan
keseimbangan ekosistem.
3. Hujan asid akan berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfur dan asid nitric.
Hujan asid akan membunuh tumbuh-tumbuhan dan jufa hidupan air. Tambahan pula,
ia juga menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid
tersebut juafa meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tabah berjurang
serta tidak subur.
Cara mengatasi pencemaran udara

1. Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan


dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida
dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui
prosos fotosintesis.
2. Penggunaan petrol dapat dikurangkan melalui aktiviti perkongsian kereta. Kita dapat
menggunakan pengangkutan awam atau kongsi kereta dgn kawan-kawan apabila
ingin keluar. Ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku pada
waktu pagi.
3. Kempen mencintai alam sekitar dapat disiarkan dalam TV dan radio supaya
masyarakat dapat sedarkan diri. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap
individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

Punca pencemaran bunyi

1. Kebanyakan bunyi yg dikeluarkan daripada keja kilang seperti jentera, mesin kilang serta
pemprosesan dan pembuatan material boleh menggangu ketenteraman masyarakat
setempat yg tinggal berhampiran dgn kilang tersebut
2. Bunyi deruman enjin kenderaan di jln raya serta bunyi hon yg tiada henti boleh
memekakkan pendengaran dan mengakibatkan stress terutamanya di jlnraya yg sesak. Hai
ini bertambah teruk dgn kewujudan kereta dan motosikal yg enjinnya telah diubahsuai
supaya manjadi lebih bising dan mengganggu ketenteraman.
3. Kerja-kerja pembangunan yg melibatkan kren,gerudi,cerucuk besi dan lain-lain dapat
merosakkan suasana aman di sesuatu Kawasan. Tambahan lagi jika ia merupakan Kawasan
kuari, bunyi kuat akan terhasil daripada bahan letupan yg digunakan untuk memecahkan
bongkah-bongkah batu yg besar.

Kesan pencemaran bunyi

1. Kesihatan manusia- masalah pendengaran, menjadi rimas dan mengalami isu seperti
takanan, gangguan tidur dan hipertensi.

Anda mungkin juga menyukai