Anda di halaman 1dari 8

Sindrom Pernafasan Akut Teruk atau SARS ialah sejenis penyakit yang

menyebabkan gangguan pernafasan teruk kepada penghidapnya.


Penyakit ini dikesan buat pertama kalinya di Wilayah Guangdong
Republik Rakyat China pada November 2002.
Penyakit SARS berpunca daripada virus corona. Virus tersebut
tersebar melalui titisan cecair. Pesakit SARS yang batuk dan bersin
akan menyebarkan titisan cecair dari mata, hidung dan mulut ke udara
dan mencemari individu atau objek yang berdekatan seperti telefon,
tombol pintu dan lain-lain.

Terdapat beberapa simptom yang ditunjukkan oleh seseorang


menghidap SARS. Selain sakit kepala dan otot, penghidap SARS
turut diserang demam panas mendadak, iaitu melebihi 38 C atau 100
F yang berlarutan dalam tempoh 10 hari setelah terkena jangkitan. Di
samping itu, simptom SARS juga dikenal pasti melalui masalah
pernafasan seperti sesak nafas.
Individu yang berisiko tinggi untuk menghidap SARS ialah mereka
yang baru kembali dari kawasan yang dijangkiti atau yang berhubung
rapat dengan pesakit tersebut. Oleh itu dapatkan rawatan dengan
segera jika berasa sakit. Maklumkan kepada pihak kesihatan sekiranya
anda pernah ke kawasan yang dijangkiti SARS atau telah berhubung
rapat dengan pesakit SARS.
s
KOMSAS :
1. Beras telah menjadi makana ruji masyarakat Malaysia semenjak
beribu-ribu tahun yang lalu. Di Malaysia nasi dimakan dua hingga tiga
kali sehari kerana ia merupakan makanan utama yang memberikan
tenaga. Ia boleh dimakan dengan bermacam-macam lauk-pauk.
Makanan lain turut dihasilkan daripada beras seperti laksa, laksam
dan kuih-muih tradisional seperti dodol dan wajik.
2. Kelebihan orang yang bersikap gigih seperti Alif ialah mereka mampu
berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman.
Contohnya Alif gigih berusaha untuk mendapatkan pengalaman dan
maklumat tentang cara untuk mengendalikan estet padi di
kampungnya.
3. Kelebihan pertanian diusahakan secara moden ialah kerja menuai
padi dapat dipercepatkan dan boleh mendatangkan kemajuan
ekonomi. Disamping itu jika pertanian diusahakan secara moden
beras tidak perlu dibeli dari negara lain.

PRAKTIS 4: -TEMA : IBU


1. Kita perlu menghargai dan mengenang jasa ibu kerana ibu telah
banyak berbudi dan berjasa kepada kita. Contohnya dalam sajak
‘Bintang’ penyajak ingin menghadiahkan bintang di langit kepada
ayah dan ibunya sebagai membalas jasa mereka.
2. Seseorang ibu sentiasa mengingati anaknya kerana mereka
merindui, menyayangi, mendambakan kasih sayang dan perhatian
dari anak mereka. Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup
keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang menjenguknya.
3. Kita boleh menghargai jasa ibu dengan tidak membiarkannya untuk
tinggal bersendirian. Kita hendaklah sentiasa membahagiakan ibu
dengan mengambil tahu tentang kehidupannya, terutamanya sewaktu
ibu menjangkau usia tua dengan memberikan sepenuh perhatian
kepadanya.
Kawal anak daripada mengambil minuman bergula dan berkarbonat bagi
mengelakkan penambahan kalori yang tidak diperlukan.
Malah, air kosong juga dapat melindungi organ dan tisu dalam badan manusia.

Jadikan contoh kepada anak anda dengan membawa botol air ke tempat
kerja.

Selalunya anak anda mudah berpeluh akibat aktiviti dilakukan misalnya


bermain dan berlari.

Oleh itu, kandungan air dalam badan yang mencukupi perlu untuk membantu
sistem perkumuhan membabitkan pengeluaran bahan buangan daripada
badan dengan berkesan.

Jika anak anda mengalami kekurangan air, buah pinggangnya terpaksa


bekerja lebih keras menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh
menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Berikut disenaraikan panduan untuk meningkatkan pengambilan harian air


kosong untuk anak anda:

1. Sediakan jadual minum air dan berikan kepada anak anda supaya mereka
tidak lupa meminum air kosong.

2. Kawal anak anda daripada mengambil minuman bergula dan berkarbonat


bagi mengelakkan penambahan kalori yang tidak diperlukan.
3. Galakkan anak anda minum air kosong dengan banyak.

4. Pastikan air kosong sentiasa tersedia dan mudah untuk diambil di rumah.

5. Bekalkan air kosong ke sekolah.

6. Anak-anak harus diingatkan untuk minum air kosong walaupun tidak berasa
dahaga.

Disediakan oleh,

Jika kita tidak dapat menghentikan pengambilan minuman bergula dan


air berkarbonat ia akan menambahkan kalori yang tidak diperlukan.
Setiap kali berasa dahaga, ingatkan diri kita untuk minum air kosong
yang banyak kebaikannya. Selain memperbaiki pengaliran darah dalam
badan ia dapat mengelakkan dehidrasi yang boleh menyebabkan
gangguan pada sistem kognitif dan melemahkan fungsi kardiovaskular.

Pengambilan air kosong secukupnya dapat mengelakkan anak daripada


dehidrasi yang boleh menyebabkan gangguan pada sistem kognitif,
melemahkan fungsi kardiovaskular, mengurangkan keupayaan untuk
melakukan aktiviti harian dan mengganggu sistem kawalan suhu badan selain
gangguan keseimbangan cairan atau air dalam tubuh.

Petikan membincangkan usaha-usaha mengatasi kemalangan jalan raya.


Antaranya ialah pengeluaran lesen memandu diketatkan. Selain itu, para
pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu sebelum diberi
lesen. Tambahan pula, hukuman tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu
perlu dikenakan. Selanjutnya, pemandu-pemandu baru yang melakukan
kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama dikenakan hukuman tempoh
percubaan. Seterusnya, sistem ujian pemanduan yang dikenakan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan perlu dikaji semula. Akhir sekali, elemen sivik dipupuk
dalam jiwa pemandu. Kesimpulannya, kadar kemalangan yang tinggi di jalan
raya perlu dibendung supaya jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk
semua pengguna.
Petikan membincangkan usaha-usaha kerajaan untuk
membangunkan sektor pertanian di Malaysia.
Antaranya ialah dengan memperkenalkan Dasar Pertanian
Negara yang bertujuan untuk membangunkan industri asas tani.
Selain itu, kerajaan memberikan subsidi pertanian untuk
membantu para petani.
Tambahan pula, bidang penyelidikan dan pembangunan
pertanian terus ditingkatkan.
Selanjutnya, kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM 1.4
billion dalam Rancangan Malaysian Kesepuluh untuk memajukan
sektor pertanian.
Seterusnya, dari aspek pembangunan ‘modal insan’ motivasi
diberikan kepada para petani supaya berani menghadapi cabaran.
Akhir sekali, pembangunan pertanian digerakkan secara
bersepadu agar industri pertanian dapat menampung keperluan
bekalan makanan negara dan bahan berasas pertanian.
Kesimpulannya, pembangunan sektor pertanian diharap dapat
memacu ekonomi negara dengan memenuhi pasaran dalaman dan
luar negara disamping meningkatkan pendapatan para petani.

Contoh ulasan item Satu aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan di Taman Makmur. Ramai penduduk yang
mengambil bahagian. Mereka bergotong-royong membersihkan taman perumahan. Encik Musa dan hakim
membersihkan longkang dengan menggunakan alat pembersih longkang. Rahim mengutip sampah –sarap lalu
dimasukkan ke dalam plastik sampah. Jalal sedang tekun menyapu sampah di tepi jalan supaya kelihatan
bersih dan ceria. Encik Jaswan Singh mengumpul sampah yang sudah di kutip ke dalam kereta sorong untuk
dibuang. Penduduk kampung gembira kerana dapat membersihkan kawasan perumahan mereka. Kini,
kawasan perumahan mereka kelihatan bersih dan Ceria,

Kebaikan belajar secara berkumpulan adalah dapat bertukar-tukar pendapat tentang


sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain itu, pemahaman tentang sesuatu perkara
dapat dipertingkat. Seterusnya, nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan
rapi. Selanjutnya, ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar
difahami dengan terperinci. Pada masa yang sama, nota pelajaran juga dapat disusun
mengikut urutan yang tepat. Di samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil
daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali, kumpulan perbincangan dapat
meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.

Terdapat banyak kebaikan dalam aktiviti gotong-royong yang


diadakan di Taman Perumahan Seri Dahlia. Mereka bergotong-royong
untuk membersihkan taman mereka. Lelaki dewasa memotong rumput
dan membersihkan semak samun supaya nyamuk aedes tidak membiak
disitu. Wanita dewasa pula membersihkan longkang supaya air tidak
bertakung dan dapat mengalir dengan lancar. Manakala remaja lelaki
dan perempuan mengutip dan menyapu sampah sarap supaya kawasan
perumahan mereka kelihatan bersih dan ceria. Diantara kebaikan
aktiviti gotong-royong ialah ia dapat mempercepatkan sesuatu kerja
berbanding jika dilakukan secara bersendirian, menjimatkan kos dan
masa melaksanakan sesuatu pekerjaan. Selain itu, aktiviti gotong-
royong dapat mengeratkan hubungan kejiranan di sesuatu kawasan
perumahan. Kesimpulannya, kita haruslah terus menghidupkan budaya
mulia ini agar amalan ini dapat diwariskan kepada generasi yang akan
datang.
Jenayah ragut bukan sahaja melibatkan kehilangan wang atau barang kemas
malah turut melibatkan kecederaan. Lebih malang lagi, ada kes ragut yang
melibatkan kematian mangsa. Biasanya penjenayah ragut melakukan kegiatan
mereka menggunakan motosikal bagi memudahkan mereka melarikan diri selepas
meragut. Wanita pula merupakan golongan yang paling kerap menjadi sasaran
jenayah ragut terutamanya ketika mereka bersendirian dan agak leka.
Bagi mengelakkan diri menjadi mangsa ragut, golongan wanita terutamanya
dinasihastkan agar tidak memakai barang kemas berlebihan apabila keluar dari
rumah. Barang kemas sperti gelang dan rantai leher yang dapat dilihat dari jauh
bakal mendorong peragut untuk melakukan jenayah. Hal ini demikian kerana
kebanyakkan kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa melibatkan kes ragut
barang kemas. Selain itu, orang ramai perlu mengelak daripada berjalan di tempat-
tempat yang sunyi seperti lorong di belakang kedai. Seseorang itu sukar untuk
mendapatkan bantuan sekiranya menjadi mangsa ragut di tempat yang sunyi.
Selain itu, kita tidak digalakkan berjalan pada awal waktu pagi atau pada
waktu malam kerana peluang peragut mencari mangsa semakin mudah dalam
suasana yang samar. Sebaik-baiknya, elakkan diri daripada berjalan secara
bersendirian. Mereka yang gemar keluar rumah tanpa ditemani sesiapa mempunyai
keberangkalian yang tinggi untuk menjadi mangsa ragut. Bagi pejalan kaki, mereka
digalakkan berjalan melawan arus supaya dapat melihat kenderaan dari arah depan
seterusnya lebih berwaspada sekiranya ada peragut yang bermotosikal. Sebaik-
baiknya golongan wanita tidak membawa beg tangan ketika keluar kerana
memudahkan peragut meragut beg tersebut. Jika terpaksa juga membawa beg
tangan, mereka hendaklah meletakkan beg tangan itu di hadapan dengan kedua-da
tangan menutupi beg tersebut.
Pada waktu yang sama kita hendaklah memandang ke kiri dan ke kanan
ketika berjalan untuk memastikan jalan yang dilalui selamat. Disamping itu, kita
tidak boleh mudah terpedaya dengan helah penjenayah yang berpura-pura
bertanyakan arah jalan. Biarlah kita dikatakan sombong asal sahaja diri kita
selamat. Pendek kata, kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan tidak
memberikan peluang kepada peragut melakukan kegiatan mereka.
CIRI-CIRI JIRAN YANG BAIK
Malaysia yang dipimpin oleh negarawan terbilang semakin maju
dari hari ke hari. Namun begitu, hubungan dan semangat kejiranan
sering menjadi buah mulut masyarakat. Perkara ini perlulah dipandang
serius oleh segenap pihak demi kebaikan bersama. Hal ini dikatakan
demikaian kerana sesetengah anggota masyarakat kini lebih bersifat
materialistik dan individualistik. Contohnya, ramai masyarakt di bandar
hanya mengutamakan hal masing-masing tanpa mempunyai masa untuk
mengenali jiran mereka. Persoalannya, apakah ciri-ciri jiran yang baik ?
Persoalan yang bermain-main dalam fikiran ini akan kita rungkaikan ke
akar umbi.
Diantara ciri-ciri jiran yang baik ialah dengan mengamalkan sikap
baik hati dengan membantu jiran tetangga. Ini adalah kerana kadang-
kadang terdapat jiran yang memerlukan pertolongan kita. Contohnya
sebagai jiran yang baik hati, kita boleh mengangkat barang-barang jiran
yang baru berpindah seperti perabot dan lain-lain. Tindakan kita yang
ringan tulang tersebut akan meringankan beban jiran dan akan
dipandang mulia oleh orang lain.
Selain itu, masyarakat mesti mudah bekerjasama dengan jiran
supaya ahli masyarakat dapat membentuk satu komuniti yang saling
memerlukan. Contohnya, bergotong-royong ketika majlis kenduri-
kendara atau membersihkan kawasan akan menjimatkan masa, tenaga
dan kos serta mengeratkan hubungan kejiranan seperti berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
Disamping itu, masyarakat wajar prihatin terhadap masalah jiran
sebab jiran ialah orang yang paling rapat selepas keluarga. Contohnya,
menziarahi jiran yang terlantar kesakitan atau ditimpa kemalangan
dengan mengambil ikhtibar dan pedoman serta memberikan semangat
kepada jiran seperti berat mata memandang, berat lagi bahu
memikulnya.
mengukuhkan hubungan kejiranan.
pengamalan ciri-ciri jiran yang baik.
pengamalan ciri-ciri jiran yang baik
masyarakat yang mengutamakan hubungan kejiranan.

Anda mungkin juga menyukai