Anda di halaman 1dari 8

TIPS & PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN YANG MANTAP

Contoh 1:
Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi.
Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabung ini.
Analisis soalan:Tema/Isu

: Amalan menabung (AR)

Contoh
Nasional (AC)

: Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan

Tugasan/arahan soalan

: Kebaikan menabung (AA)

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN-TEKNIK ARCA


PW: Penanda Wacana
AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-T/Tanya)
AC: Ayat Contoh ( merujuk contoh tema)
AA: Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalan
PW: penanda wacana/perbahasa (PB)/kata-kata hikmat(KH)
[AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan
mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi. [AR-PU] Persis mutiara kata, melentur
buluh biarlah dari rebungnya(PB), sewajarnyalah ibu bapa dalam menerapkan
amalan menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. [AC] Sebagai
contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun simpanan anak-anak di mana-mana
institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Maybank. [AR-T]
Persoalannya kini, apakah kebaikan menabung kepada individu? [AA] Oleh hal yang
demikian, kebaikan amalan menabung yang mewarnai fokus perbincangan akan
dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama.

CONTOH 2:
Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan
jalan raya di negara kita.
Analisis soalan :
Tama/Isu

: kemalangan jalan raya semakin meningkat(AR)

Contoh
: ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau cuti umum
(AC- merujuk tema)

Arahan/Tugasan

: usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA


(PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di negara kita
semakin meningkat saban tahun. (AR)Saban hari kita dapat membaca berita tentang
kemalangan yang bukan sahaja mengakibatkan kecederaan malahan kehilangan
nyawa. (AC)Sebagai contoh, ketika cuti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau hari-hari
kelepasan umum yang lain , jumlah kemalangan turut meningkat apabila warga kota
berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. .(AR)Bilangan kenderaan
yang bertambah di jalan raya umpama cendawan tumbuh selepas hujan turut
menjadi punca peningkatan kes kemalangan di negara kita. (AR-T)Persoalannya,
haruskah kita hanya berpeluk tubuh melihat peningkatan kes kemalangan ini tanpa
berbuat apa-apa?. (AA)Jelaslah bahawa, usaha-usaha yang drastik perlu diambil oleh
pelbagai pihak untuk membendung masalah ini daripada terus bereleluasa.

Contoh 3:
Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk 'Langkahlangkah yang Paling Berkesan untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat", sempena Hari
Kesihatan Sedunia di sekolah anda. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
Analisis soalan:
Tema
Contoh

:
:

amalan gaya hidup sihat (AR)


kebaikan - meningkatkan kesihatan, menghindari diri daripada mudah
dijangkiti penyakit dan menjalani kehidupan dengan berkualiti(AC)

Arahan/tugasan: langkah-langkah berkesan untuk mengamalkan gaya hidup


sihat(AA)
PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA
(PW)Pada era globalisasi kini, (AR)amalan hidup sihat sangat penting untuk
dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. (AR) Hal ini demikian
kerana, amalan gaya hidup sihat memberi berbagai-bagai faedah dalam kehidupan
kita.(AC) Contohnya, tahap kesihatan akan meningkat dan menghindari diri daripada
mudah dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya (AR) seperti cogan kata, mencegah
lebih baik daripada mengubati. (AR)Apabila kesihatan terjamin, seseorang itu akan
dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih berkualiti. (AA-T) Persoalannya,
apakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini?
Tepuk dada tanya selera.

Jerebu
Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang
dialami oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam
takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda negara Jerebu berlaku
apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan
zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan
oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101400. Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat
membahayakan kesihatan rakyat. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya
masalah jerebu?
Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu
pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan
kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah
tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun
apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan
membakarnya. Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC)
juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau,
Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan
ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat
yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan
keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin
menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada
individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat
melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka
telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah
atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan
sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka
tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran
terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak
sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja
tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya,
pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan
mengakibatkan jerebu.
Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di
Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah
menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan
setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah
kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan
udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap
yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di

atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa
lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara
kita.
Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian
seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut
menjadi punca utama jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang
dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak
sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan
asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap
yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh
mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada
pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga
menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor
di Sandakan dan Lembah Klang.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing
untuk mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. sebelum terlambat, sebelum nasi
menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi
mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui negara kita. Rakyat
yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan negara kerana
'Rakyat Sihat Negara Maju'.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut menjadi lebih serius.


Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat
mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada
sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa
menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah
untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu,
apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat?
Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat
itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka.
Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang
banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut.
Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan
apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah
percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek
keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin
menjadi satu kebiasaan di negara ini pula.
Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang
sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan
syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan
permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang
dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus
mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri
pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai
pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara
mudah.
Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa
mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di
kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika
kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir
dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah
menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu
malam.
Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama
terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan
semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan
kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang
rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut

meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.


Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah
jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak
kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika
kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan
mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat
dunia. Mungkin peribahasa sudah terantuk baru tengadah memberikan kita satu
pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku

Penanda wacana ayat penutup karangan


(a)

Sebagai intiha,

(b) Akhir kalam / Akhirulkalam,

(c) Sudah terang lagi bersuluh bahawa (d) Bulan semakin terang, bayang kian
jelas bahawa
(e)

Secara tuntasnya,

(f)

Sebagai konklusinya

(g) Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar
untuk menafikan bahawa
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Secara keseluruhan,
i)

Secara total,

. Beberapa contoh masalah sosial


1. Kemiskinan
Yaitu merupakan suatu keadaan yang dimana terjadi ketidak mampuan untuk dapat
memenuhi kebutuhan dasar dalam kehidupan, diantaranya seperti: sandang, pangan
dan papan. Kemiskinan bukan hanya terjadi di daerah-daerah plosok saja akan tetapi
dapat terjadi juga di daerah perkotaan.
2.

Pengangguran

Pengangguran merupakan salah satu contoh dari permasalahan sosial saat ini,
meningkatnya jumlah penagguran biasanya disebabkan oleh jumlah penduduk yang
semakin meningkat sedangkan jumlah lapangan kerja yang masih terbatas atau
masih sedikit, hal seperti ini harus segera di atasi oleh pemerintah dengan cara
menyediakan lapangan kerja yang banyak supaya dapat mengurangi jumlah
pengangguran.
3.

Masalah pada pendidikan

Kurangnya pendidikan merupakan salah satu masalah sosial yang terjadi dalam

masyarakan, misalnya seperti banyak anak-anak membantu orang tuanya untuk


mencari nafkah, hal ini disebabkan karena ketidak mampuan mereka dalam
membiayai sekolah.
Itulah diatas beberapa contoh tentang masalah sosial, sebenarnya masih banyak
contoh yang lainnya. Baca juga: Mengenal pengertian ilmu sosial dan menurut para
ahli.
Cara mengatasi masalah sosial

Adapun beberapa cara untuk mengatasi masalah sosial, yang diantaranya sebagai
berikut ini:
Dapat meningkatkan mutu dan pemerataan pendidikan.
Dapat meningkatkan kesadaran sosial.
Dapat menyediakan lapangan kerja yang banyak.
Dapat meningkatkan pemerataan pembangunan atau fasilitas publik.
Dapat mensosialisasilkan norma sosial dan nilai-nilai sosial.
Dapat memberikan sanksi sosial yang tegas bagi yang melanggar, dan lain-lain.

Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita
akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan
asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang
dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos
2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di
mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang
mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di
kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan
kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah
terang lagi bersuluhbahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap
negara kita.
Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih
lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana
jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakitpenyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma
dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku
kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang
bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang
panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata
dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada
kesihatan orang ramai.

http://www.bmlabukau.blogspot.my/

Anda mungkin juga menyukai