Anda di halaman 1dari 2

1.

Pencemaran
 Akibat
 Menyebabkan banjir dan bencana alam
 Mengganggu kesih dan mendatangkan penyakit
 Kesan kenaikan suhu bumi
 Punca
 Pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda ini
telah membuatkan kita lupa akan tanggungjawab kita menghargai serta memelihara
keindahan alam semula jadi. Bumi yang indah dianugerahi oleh Tuhan dan kita tidak
bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar bumi sebaliknya mencemarkan bumi
dengan setiap hari. Masyarakat bertanggungjawab untuk memelihara keindahan alam
semula jadi. Persoalannya, apakah dalang yang menyebabkan pencemaran ini berlaku dan
menjadi semakin berleluasa mutakhir ini?
 Pertama sekali, punca utama dalam berlakunya pencemaran ini adalah seperti
pembuangan sisa industri dan pertanian yang tidak dikawal akan menyebabkan
pencemaran air. Pembuangan sisa industri yang tidak berurusan dengan baik menjadi di
Generasi baharu tidak berpeluang untuk merasai alam semula yang berflora dan berfauna.
 Selanjutnya, pembakaran terbuka merupakan penyebab utama kepada pencemaran udara.
Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan
sampah. Bukan itu sahaja, pembakaran hutan, ladang dan bahan sisa pertanian secara
terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan menyuburkan tanah. Gas-gas karbon
dioksida yang dilepaskan ke udara akan menyebabkan hujan asid yang dapat mengakis
bangunan-bangunan dan mengancam kesihatan insan.
 Pada masa yang sama, punca pencemaran alam sekitar adalah penggunaan sumber tenaga
yang tidak boleh diperbaharui. Sumber tenaga tersebut akan mencemarkan alam sekitar
seperti diesel dan bahan bakar yang lain. Kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas
yang akan melepaskan gas-gas karbon dioksida telah memyebabkan indeks udara berada
pada tahap yang membimbangkan bagi kesihatan manusia.
 Dalam pada itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga antara punca
berlakunya pencemaran yang semakin menjadi-jadi hari ini. Pihak peranan berkuasa
semakin kurang dan pemantauan yang tidak cukup menyebabkan ramai individua tau
organisasi tidak bertanggungjawab membuat onar dan mengendahkan kedaulatan
undang-undang.
 Konklusinya, pelbagai punca yang dapat dirumuskan dalam punca pencemaran ini terjadi.
Masyarakat dengan kerjasama media massa harus meningkatkan kesedaran memelihara
alam sekitar orang-orang sekeliling kita. Jika setiap pihak mengambil langkah yang
proaktif persis mutiara kata demi kelangsungan generasi akan datang. Bak kata pepatah
ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni. Jadi, generasi baharu dapat merasai
keindahan alam semula jadi secara langsung dan tidak hanya melihat video atau bentuk
digital keunikan flora dan fauna yang kita miliki hari ini.
2. Alam Sekitar
 Cara/Kebaikan/Kepentingan
3. Media Sosial
 Kebaikan
 Pada era globalisasi ini, media social boleh ditakrifkan sebagai platform untuk bersosial
dengan individu lain secara atas talian. Sebagai seorang manusia, kita mempunyai sifat
untuk bersosial dengan orang lain seperti rakan sekolah dan juga ahli keluarga. Aplikasi
media social seperti Facebook, Instagram dan berbagainya telah memudahkan kita untuk
mengetahui status atau kehidupan mereka. Namun, adakah media social membawa
manfaat kepada setiap lapisan umur masyarakat terutamanya golongan remaja?
 Antara kebaikan menggunakan media social dalam kalangan remaja adalah mereka dapat
meluaskan jaringan perhubungan.Remaja akan mengikuti rakan-rakan sekolah di media
social untuk mengetahui status mereka pada waktu luar sekolah. Perkongsian aktiviti di
luar sekolah bersama rakan-rakan juga akan merapatkan hubungan antara mereka sebab
mempunyai buah mulut yang sama. Tuntasnua, media social memberikan impak yang
positif kepada remaja.
 Selanjutnya, kebaikan lain yang mampu diperoleh golongan remaja apabila menggunakan
media social adalah menimba ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana pada hari kini
lebih banyak informasi dan ilmu yang terkini dapat diperoleh atas talian. Sebagai contoh,
Wikipedia dan Google menjadi aplikasi paling banyak menerima pengguna dalam
tempoh masa satu tahun. Kita yang mendiami di Malaysia dapat mengatahui berita luar
negara dan tidak akan menjadi katak di bawah tempurung. Dengan ini, media sosial jelas
membawa ilmu pengetahuan kepada golongan remaja jika digunakan dengan kaedah
yang betul.
 Pada masa yang berteknologi, seluruh dunia mempunyai trend untuk memberikan
dimensi dalam bidang perniagaan. Setiap orang mempunyai media sosial, pihak
perniagaan membuat promosi dan produk dapat diketengahkan kepada golongan sasaran.
Jika menggunakan pengiklanan di televisyen atau papan tanda di jalan raya berkos yang
tinggi dan tiada orang akan ambil hati. Pengusaha hendaklah kreatif dalam
menyampaikan imej produk mereka dan dapat berkongsi testimoni daripada pelanggan
terdahulu tentang produk anda sebagai strategi mempromosi produk di laman media
sosial.
 Ramai remaja akan menghabiskan setangah masa mereka dengan laman sosial. Dengan
adaya media sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari media
sosial. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka
belajar kemahiran yang baharu dan dapat berkongsi dengan kawan yang berminat sama
dengan sendiri. Mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat
merupakan serapang dua mata.
 Sebagai kesimpulan, media sosial terdapat banyak kebaikan dan juga keburukan. Buang
yang keruh, ambil yang jernih, mengingatkan kita untuk sentiasa mencari kebaikan dan
meninggalkan keburukan dalam melakukan sesuatu.Begitu juga dengan media sosial, ibu
bapa dan pihak sekolah bertangunggjawab mengawas kalangan remaja mengguna media
sosial demi keselamatan mereka. Amalan menggunakan media sosial dengan kaedah
tepat haruslah dipupuk sejak kecil lagi pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai