Anda di halaman 1dari 15

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

SEMESTER 1/ 2019

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM Kuantan

0
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan ………………………………………………………………….. 3


Bahagian A
2.0 Isu Alam Sekitar……………………………………………………………... 4-5
Bahagian B
3.0 Infografik GCED…………………………………………………………….. 6-7
.1 Infografik Alam Sekitar………………………………………………………. 8-10
Bahagian C
.0 Manfaat 3 Dimensi Konsep Utama……………………………………………. 8-10
.1 Cara Atasi Isu Jerebu………………………………………………………...... 10-11

Kesimpulan ……………………………………………………………………….. 11-12

Refleksi Kendiri…………………………………………………………………… 13-14

Rujukan…………………………………………………………………………….. 15

1
.0 Pengenalan

Perubahan yang terjadi di dunia kini semakin pesat sama ada dari aspek teknologi,
pendidikan dan ekonomi. Namun begitu, adakah kita sedar bahawa teknologi kini telah
menguasai kehidupan? Sebagai contoh, gadgjet kini memberi kesan negatif sehingga
menyebabkan kekurangan pegambilan kerja ekoran isu tersebut berlakunya penggangguran di
kalangan masyarakat kita hari ini. Justeru GCED ini perlu diberi penekanan yang lebih agar
dapat menyelesaikan masalah tersebut supaya tiada lagi isu teknologi menguasai manusia
kelak. Persoalannya, bagaimana GCED membantu pelajar menjadi generasi yang berfikiran
kritis?

Pendidikan kewarganegaraan global (GCED) dilancarkan pada 12 September 2012 oleh


Setiausaha Agung PBB iaitu Encik Ban Ki Moon serta kerjasama pihak UNESCO. GCED
diwujudkan bagi menghasilkan generasi muda akan datang berfikiran lebih kristis dan
inovatif agar dapat meningkatakan kemahiran dan kebolehan dalam melaksanakan sesuatu
perkara dengan lebih efektif. Selain itu, pendidikan kewarganegaraan global abad-21 penting
untuk pelajar agar mereka boleh bertanggungjawab dan bertindak secara rasional dalam
menangani masalah global akan datang.

Objektif utama GCED adalah untuk melahirkan pelajar supaya mempunyai rasa hormat
kepada semua, serta bertanggungjawab dan aktif. Selain itu, GCED juga bertujuan untuk
melahirkan generasi yang mempunyai sikap menjaga antara satu sama sekaligus mewujudkan
sifat empati terhadap orang lain dan persekitaran yang dikongsi bersama. Seterusnya, GCED
juga penting dalam usaha memupuk pelajar supaya cakna serta memainkan peranan dalam
menyelesaikan cabaran global agar mereka lebih proaktif bagi mencapai dunia yang lebih
adil, selamat dan lestari (UNESCO 14).

Oleh itu, tugasan ini ditulis bagi membincangkan manfaat pendidikan global
kewarganegaraan untuk generasi akan datang lebih peka dengan dunia sekaligus menguasai
kemahiran abad ke-21 bagi menghadapi pelbagai cabaran yang datang kelak. Selain itu,
tugasan ini turut mengupas isu kelestarian alam sekitar agar diberi perhatian yang mendalam
untuk menyelesaikan isu alam sekitar. Di bahagian berikutnya turut membincangkan lebih
lanjut mengenai konsep 3 dimensi utama dalam pendidikan kewarganegaraan global
sekaligus menyatakan langkah-langkah untuk menangani isu-isu tersebut.

2
.0 Isu Alam Sekitar

Alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai semua benda hidup dan bukan hidup yang
wujud secara semula jadi di permukaan bumi. Alam sekitar juga boleh dipanggil sebagai
flora dan fauna. Alam sekitar juga merupakan elemen penting dalam menentukan
kesejahteraan dan kualiti hidup manusia sejagat. Oleh itu, alam sekitar sangat berkait rapat
dengan kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, manusia bukan sahaja perlukan udara yang
sihat untuk hidup bahkan tubuh badan manusia juga memerlukan vitamin dan serat yang baik
untuk makanan harian seperti gandum, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dalam konteks ini,
keperluan manusia tersebut sebenarnya terbentuk melalui hasil bumi yang menjadi bekalan
sumber keperluan manusia. Oleh itu, manusia hendaklah menjaga habitat dan ekologi alam
semula jadi dengan menitikberatkan kesan buruk terhadap alam sekitar supaya tidak
melakukan pembangunan yang menjejaskan ekosistem tersebut. Hal ini kerana, segala
keperluan atau kegiatan manusia akan berhubung dengan alam sekitar.

Perkembangan pesat tamadun kini, menyebabkan kebergantungan manusia kepada


dunia sains dan teknologi semakin meningkat. Malangnya kegiatan manusia hari ini banyak
mengundang kemusnahan terhadap alam sekitar seperti masalah pencemaran, banjir kilat,
perubahan iklim misalnya sejak kebelakangan ini musim tengkujuh tidak lagi teratur
mengikut musim yang sepatutnya. Hakikat sebenar perkara tersebut berpunca daripada
kerakusan mereka dalam mengaut hasil bumi tanpa mempunyai sifat ihsan terhadap ciptaan
anugerah Tuhan. Perkara ini juga telah dinyatakan dalam Alquran yang bermaksud: “Telah
timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Surah Al-Rum 30:41). Antara punca habitat
alam sekitar musnah adalah berpunca daripada pencemaran.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pencemaran merupakan satu perbuatan yang
mencemarkan alam sekitar sehingga memusnahkan serta membahayakan kesihatan. Namun
begitu, Pencemaran ini berlaku angkara perbuatan manusia yang tidak bertangunggjawab.
Pencemaran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya pencemaran air, udara dan tanah.

Isu pencemaran alam sekitar yang saya pilih ialah pencemaran dalam bentuk udara.
Pencemaran udara ditakrifkan sebagai satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, atau bahan

3
biologi yang akan memberi kemudaratan serta ketidakselesaan manusia. Contoh pencemaran
udara itu termasuklah jerebu.

Jerebu didefinisikan sebagai satu fenomena yang berpunca daripada kewujudan banyak
partikel kecil terapung di udara tetapi tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Masalah jerebu ini
berpunca daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab seperti membuat pembakaran
secara terbuka dan menyebabkan udara kita tercemar dengan gumpalan asap tanpa
memikirkan kesan akan datang. Seperti yang diketahui, kesan jerebu akan memberi impak
negatif kepada kesihatan dan kehidupan seharian masyarakat serta negara.

Mutakhir, Jabatan Alam Sekitar menyatakan jerebu yang berlaku di Semenanjung


Malaysia adalah berpunca daripada kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera. Tempias
kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera pada itu menyebabkan Malaysia dilanda
masalah Jerebu yang sangat teruk sehingga sekolah-sekolah perlu ditutup ekoran bacaan
Indeks Pencemaran Udara mencecah tahap yang tidak sihat dengan bacaan melebihi 150.
Persoalannya, adakah mereka peka terhadap kesan negatif yang akan terjadi apabila
melakukan kegiatan yang menyebabkan alam sekitar tercemar? Oleh itu, wajarlah kita
mempunyai pendidikan agar dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar. Sehubungan itu,
GCED telah mewujudkan Agenda Pembangunan Lestari 2030. Antaranya yang berkaitan isu
alam sekitar ialah, Matlamat ke-3 iaitu “Kehidupan sihat dan sejahtera”, matlamat ke-15 iaitu
“Hidupan Darat”. Kedua-dua matlamat tersebut bertujuan supaya kerajaan negeri boleh
meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Rentetan itu, wajarlah kita
bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menjaga persekitaran yang dikongsi bersama agar
masalah pencemaran udara dapat dibendung serta masalah kesihatan dijaga rapi.

4
Bahagian B

.0 Infografik Siber Buli

Rajah 1.0 – sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/370155/ancaman-buli-siber

Pada zaman millennium kini, masyarakat mempunyai pelbagai kemudahan dalam capaian
teknologi internet yang pesat membangun di Negara Malaysia. Namun, segelintir masyarakat

menyalahgunakan kemudahan capaian internet bagi tujuan mengancam, menakutkan individu


melalui media sosial dan sebagainya menyebabkan terjadinya jenayah buli siber. Berdasarkan
rajah 1.0 statistik kes buli siber yang tercatat oleh Pusat Bantuan Cyber, Bulan Mei 2017
mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 119 kes. Selain itu, statistik Seperti yang dinyatakan
jenayah siber buli melibatkan semua peringkat umur bermula dari 0 hingga 56 tahun ke atas.
Antara peringkat umur yang ketara terlibat dengan kes buli siber ialah golongan yang
berumur antara 26-40 dengan rekod sebanyak 314 kes, manakala golongan berumur 19-25
tahun mencatat rekod sebanyak 246 kes. Menurut Pusat Bantuan Cyber999 secara kasarnya
setiap tahun sebanyak 300 kes siber buli telah direkod. Kes siber buli menjadi semakin serius
pada masa ke semasa jika tidak dibendung dari awal. Oleh itu, sebagai warga global yang
bertanggungjawab, kita hendaklah bersepakat degan pihak berkuasa bagi membuat kempen

5
anti buli siber supaya orang ramai memperoleh pengetahuan terhadap kesan buruk jenayah
buli siber. Melalui pengetahuan yang diberikan masalah buli siber dapat dibendung. Di
samping itu, ancaman buli siber akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan dari segi
mental dan emosi. Secara tidak langsung masalah ini akan menyebabkan pemangsa
terjurumus dengan perkara yang boleh mengancam nyawa mereka. Dapat disimpulkan
bahawa kita perlu mempuyai rasa empati sesama manusia. Jelaslah bahawa, sifat empati ini
penting pada setiap insan agar tidak tercetusnya masalah buli siber seperti mengejek,
mengancam dan sebagainya. Dalam pada itu, kita perlu betindak secara waras seperti berfikir
terlebih dahulu sebelum menghantar pesanan serta perlu mempunyai tingkah laku yang baik
agar tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. Justeru pihak berkuasa juga perlu
memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber. Di sebalik itu, ibu bapa juga perlu
memainkan peranan penting seperti mengawasi anak-anak supaya menjaga tingkah laku dan
beretika ketika melayari internet.

.1 Infografik isu alam sekitar

Rajah 1.1 –
sumber :

https://www.sinarharian.com.my/article/48846/INFOGRAFIK/jerebu

Berdasarkan rajah 1.1 infografik tersebut berkaitan dengan penyakit yang berpunca
oleh jerebu. Rajah tersebut menyatakan perbezaaan kadar bilangan penyakit yang berlaku
akibat jerebu bermula tahun 30 Jun - 7 September 2019 dan 8 - 14 September. Antara
penyakit yang dinyatakan termasuklah Asma dimana kes tersebut meningkat sebanyak
15.8%. Seterusnya, penyakit konjunktivitis iaitu penyakit berkaitan dengan mata. Jadual

6
tersebut menunjukkan penyakit konjunktivitis pada 30Jun - 7 September 2019 dicatat
sebanyak 253 kes manakala pada 8 - 14 September penyakit konjunktivitis meningkat 317
kes daripada sebelumnya. Ini menunjukkan penyakit konjunktivitis meningkat 24.9%
disebabkan masalah jerebu. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan penduduk
seperti gatal-gatal pada kulit, selesema, batuk dan kesukaran bernafas. Sementara itu, grafik
tersebut menyatakan golongan yang berkemungkinan mendapat kesan kesihatan yang
dinyatakan ialah kanak-kanak, warga emas bahkan pesakit yang mempunyai masalah
kesihatan seperti jantung, masalah pernafasan dan pesakit yang mempunyai alahan. Dalam
pada itu, gas nitrogen dioksida, sulfur dioksida juga merupakan bahan utama yang
mencemarkan udara ketika jerebu. Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu memperbanyakkan
lagi hebahan berkaitan punca jerebu atau kempen kesedaran jerebu sama ada melalui Media
Massa dan pendidikan dalam sistem pendidikan dan pembelajaran (PnP) di sekolah. Oleh itu,
sebagai masyarakat yang prihatin terhadap udara tercemar wajarlah kita melakukan inisiatif
bagi mengurangkan perkara yang menyebabkan pencemaran udara ketika jerebu misalnya
menggunakan kemudahan awam seperti LRT, bas malah berkongsi kenderaan ke tempat
kerja agar dapat mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida oleh kenderaan yang
menggunakan “combustion engine”. Dalam pada itu, pihak berkuasa perlu memperkasakan
lagi kempen hentikan pembakaran terbuka agar orang ramai mengetahui tentang tersebut.

Bahagian C

.0 Manfaat 3 Dimensi Konsep Utama

Antara faedah konsep kognitif terhadap masyarakat ialah memberi pengetahuan serta
pemahaman melalui penyelidikan dan proses pembelajaran kepada manusia. Sebagai contoh,
proses pembelajaran dan pengajaran antara guru dan pelajar. Konsep kognitif ini penting
kepada masyarakat terutama untuk perkembangan seseorang. Dalam konteks ini, seorang
pendidik perlu memainkan peranan penting bagi meningkatkan kemahiran kognitif pelajar
agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

Seterusnya manfaat kemahiran kognitif kepada alam sekitar ialah dapat mengekalkan
kelestarian alam sekitar. Hal ini kerana, alam sekitar merupakan khazanah negara dan sumber
utama kepada hidupan di muka bumi. Oleh yang demikian, warga global perlu mempunyai
kesedaran terhadap alam sekitar dengan menitikberatkan amalan dalam kehidupan melalui
konsep 6R (Reduce, Rethink, Refuse, Recycle, Reuse, Repair). Melalui amalan 6R dalam
kehidupan seharian, maka kita dapat masalah pembakaran dapat dikawal secara tidak

7
langsung akan menyelamatkan udara tercemar dengan asap. Tuntasnya, kemahiran kognitif
terhadapa alam sekitar kepada manusia sangat penting agar kehidupan bumi dapat dikekalkan
dengan baik.

Manfaat konsep sosio-emosi kepada masyarakat termasuklah membantu warga global


dalam mengawal emosi, pemikiran dan tindakan agar dapat menyesuaikan diri dalam
kehidupan bermasyarakat. Sebagai contoh, kanak-kanak antara individu yang tidak tahu cara
untuk menyatakan pemahanan serta meluahkan perasaan melalui tutur bicara sebaliknya
emosi tersebut digambarkan melalui ekspresi muka dan tindakan mereka. Antara kelakuan
yang menunjukkan emosi kanak-kanak termasuklah, melalui lukisan, menari dan juga
tindakan yang menunjukkan emosi mereka terganggu seperti menangis, memberontak dan
lain-lain. Oleh itu, ibu bapa serta pendidik haruslah memainkan peranan dalam
menitikberatkan tindakan anak-anak melalui pembelajaran agar kita dapat memahami emosi
yang mereka gambarkan supaya perkara ini menyebabkan mereka mempunyai tekanan
perasaan.

Kebaikan sosio-emosi terhadap alam sekitar ialah manusia menjaga kelancaran


ekosistem. Justeru, individu yang mempunyai sikap “deep ecology” menyebabkan manusia
akan mempunyai sikap untuk menjaga kelancaran ekosistem. Falsafah alam sekitar yang
merangkumi kehidupan manusia sebagai salah satu komponen ekosistem global yang sama
dipanggil “Deep ecology”. Kesan “deep ecology” terhadap manusia termasuklah individu
akan prihatin terhadap moral sekaligus menjadikan inndividu tersebut beretika terhadap alam
sekitar. Oleh itu, jika seseorang individu mempunyai sikap “deep ecology” maka manusia
akan memahami penyebab jerebu berlaku yang akan memberi kesan negatif terhadap diri
sendiri, kehidupan lain dan alam sekitar. Sebagai contoh, manusia akan bersikap
menghormati alam sekitar dengan memastikan faktor jerebu seperti pembakaran terbuka
ditangani dengan cara yang lebih efektif bahkan perkara ini akan memberi kesan yang baik
kepada alam sekitar serta kehidupan bumi yang lain.

Pembentukan tingkah laku sosial yang positif terhadap masyarakat akan mendatangkan
perubahan ke dalam norma masyarakat. Hal ini berkaitan, kepentingan penerapan ilmu dan
nilai murni dalam diri individu. Melalui pendidikan, individu juga boleh menjadi pengguna
media sosial yang bijak secara tidak langsung memberi kebaikan kepada masyarakat agar
lebih matang dan rasional dalam tindakan serta membuat keputusan. Hal ini dikatakan
sedemikian, jika pengguna tidak beretika dan melakukan tingkah laku yang tidak sewajarnya

8
seperti membuat jenayah buli siber. Kesannya, mangsa akan mengalami tekanan serta
mungkin akan melakukan tindakan di luar kawalan, sebaliknya individu yang terjebak dengan
buli siber menjadikan akhlaknya merundum. Secara keseluruhan, setiap individu perlu
mendapatkan pendidikan untuk melatih diri agar membentuk tingkah laku yang baik supaya
boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.

Kebaikan Tingkah laku terhadap alam sekitar ialah keupayaan individu untuk mengubah
nasib alam sekitar. Oleh itu, warga global yang bertanggungjawab perlu menjalankan inisiatif
bagi mengurangkan masalah jerebu. Contohnya, individu memulakan langkah dengan
menghentikan pembakaran terbuka dan membuat penanaman pokok di sekitar rumah.
Penanaman pokok ini bertujuan bagi menambahkan bekalan oksigen yang sedia ada serta
menyerapkan karbon dioksida di udara. Melalui pokok yang ditanam ini, maka karbon
dioksida yang terhasil daripada asap-asap dapat diserap dengan baik sekaligus mengurangkan
masalah jerebu. Tegasnya, setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab agar tidak
melakukan perkara yang menjejaskan alam sekitar sekaligus bersikap prihatin terhadap alam
semulajadi dengan membuat penanaman pokok agar dapat menjaga kelestarian alam.

.1 Cara-cara Mengatasi Isu Jerebu

Antara langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah jerebu ialah membuat pembenihan


awan. Proses pembenihan awan bertujuan bagi mengurangkan masalah jerebu yang melanda
Malaysia. Konsep pembenihan awan ini mula diperkenalkan oleh Bernard Vonnegut pada era
40-an kerana menghadapi masalah berkaitan cuaca. Di Malaysia, proses ini akan
dikendalikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia serta kerjasama TUDM (Tentera Udara
Diraja Malaysia). Menurut Ketua Pengarah Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul
Rahman “Proses ini hanya akan dapat dilakukan sekiranya keadaan atmosfera dan awan yang
sesuai. Mudah-mudahan keadaan esok lebih membantu supaya proses pembenihan awan
lebih efektif untuk dijalankan”. Secara dasar, pembenihan awan merupakan satu inisiatif bagi
mengelak udara semakin tercemar sehingga menjejaskan had penglihatan. Pembenihan awan
merupakan satu proses campur tangan antara manusia dengan alam semula jadi di mana
campuran natrium klorida dan air disembur ke ruang awan. Seterusnya, wap air dinaikkan ke
udara melalui kehadiran angin dari pelbagai arah dan proses ini mengambil masa antara 20-
30 minit untuk menentukan sama ada pembenihan awan ini berjaya. Sekiranya proses
tersebut berhasil titisan air hujan akan terbentuk apabila sebatian garam dan wap air
berkumpul (Bernama, 2019).

9
Selain itu, membangunkan kaedah pertanian tanpa pembakaran terbuka juga merupakan
langkah untuk menyelesaikan isu jerebu. Seperti yang diketahui umum, petani kini masih
menjalankan proses pembakaran di tanah gambut bagi tujuan penyuburan tanah. Secara tidak
langsung perkara ini mengundang masalah jerebu di negera kita. Oleh itu, pembangunan
teknologi biochar mula diperkenalkan. Melalui teknologi ini, secara tidak langsung akan
mengurangkan pembakaran terbuka untuk kegiatan pertanian. Biochar merupakan arang
hitam yang terhasil daripada pembakaran sisa organik pertanian, dan perhutanan sekaligus
kualiti tanah akan bertambah baik. Justeru teknik ini dapat mengurangkan masalah jerebu di
Malaysia (Bernama, 2019).

Seterusnya, mengadakan kerjasama dan menandatangani memorandum of understanding


(MOU) utk mengatasi masalah jerebu secara bersama antara beberapa buah negara.
Antaranya dengan menyelaras dan menyeragamkn undang-undang antarabangsa berkaitan
alam sekitar khususnya masalah jerebu. Oleh itu, Perjanjian ASEAN mengenai
Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan dilaksanakan agar negara-negara yang
terlibat mengambil langkah melalui aspek undang-undang supaya masalah
pembakaran secara terbuka terkawal. Antara tanggungjawab negara yang
terlibat dengan perjanjian tersebut ialah Sehubungan itu, undang-undang serantau
ini diperuntukkan bagi mengenakan tindakan undang- undang keatas syarikat serta pihak
yang tidak bertanggungjawab yang sengaja melakukan pembakaran secara terbuka. Rentetan
itu, jika mana-mana negara ASEAN melanggar undang-undang tersebut, maka
mana-mana negara yang terkena tempias jerebu boleh menuntut pampasan atau
ganti rugi. Kesimpulannya, semua pihak perlu mematuhi undang-undang yang
digubal bagi melestarikan alam adalah untuk kebaikan seluruh Negara Asia
(Fauzi, 2019).

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Pendidikan kewarganegaraan global (GCED) bertujuan bagi


memperkasa pelajar untuk berfikir, dan bertindak dengan cekap demi mendapatkan dunia
yang adil, aman dan lestari. Namun begitu, Pendidikan Kewarganegaraan Global bukan
sahaja pengetahuan akademik semata-mata malah GCED memberi tunjuk ajar serta mengkaji
potensi individu demi mencapai kehidupan yang saling bergantungan dengan masyarakat
bagi mendapatkan kehidupan yang harmoni. Justeru, Pendidikan Kewarganegaaran Global
juga membantu pelajar lebih peka dan proaktif apabila isu dunia realiti seperti politik, sosial,
budaya dan ekonomi dikupaskan. Terdapat tiga dimensi konseptual GCED yang dipelajari.

10
Antaranya konsep dari aspek kognitif yang memberi pengetahuan dan pemahaman kepada
individu agar mereka dapat membuat atau menilai sesuatu perkara secara logik menggunakan
kewarasan akal. Seterusnya, aspek sosio-emosi. Sosio emosi ini dipelajari oleh pelajar masa
kini agar individu tersebut dapat mengawal tindakan dan pemikiran dengan kemahiran emosi
secara matang. Oleh itu, penguasaan emosi sangat penting supaya kita tidak bertindak melulu
mengikut perasaan.

Dalam pada itu, untuk memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, semua
individu perlu mengambil berat serta memberi perhatian terhadap kebersihan di dalam dan
juga di luar rumah terlebih dahulu. Hal ini kerana, kebersihan alam sekitar perlu bermula
daripada rumah sendiri, jika aspek kebersihan rumah tidak mustahil kita dapat menjaga
kebersihan di sekeliling kita. Tegasnya, Kebersihan perlu dijaga dan dipupuk sejak kecil lagi.
Jika perkara ini tidak dididik maka sifat untuk menjaga kebersihan amat sukar untuk
dilaksanakan sekaligus tercetusnya perkara yang menyebabkan kebersihan alam sekitar tidak
akan terjamin. Oleh itu, semua anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi
dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak sewenang-wenangnya membuat pembakaran
sampah secara terbuka, kerana pembakaran sampah akan menyebabkan udara menjadi kotor
atau berhabuk akibat pertambahan karbon dioksida dan bahan-bahan pencemar sekaligus
boleh menjejaskan kualiti udara sehingga menyebabkan masalah jerebu berlaku.

(2765 patah perkataan)

Refleksi kendiri

11
Sebelum saya memulakan refleksi ini, terlebih dahulu saya ingin megucapkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah yang merupakan pembimbing bagi subjek kemahiran belajar
untuk abad ke-21 (OUMH1603), Puan Suriyani kerana telah banyak menyumbangkan jasa
dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang tugasan ini dijalankan. Syukur ke hadrat Ilahi,
akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada waktunya. Tugasan ini
ditulis bagi mengupas isu alam sekitar serta manfaat Pendidikan Kewarganegaraan Global
melalui 3 dimensi konsep utama. Dalam melaksanakan tugasan ini saya mempunyai sedikit
kesukaran. Antaranya, saya menghadapi masalah dalam mencari pelbagai sumber rujukan.
Hal ini berikutan, kerana saya tidak pernah mempelajari subjek Kemahiran Belajar Abad ke-
21 ini serta tiada pengalaman dalam penulisan bagi tugasan sebegini. Oleh itu, saya
mempunyai sedikit masalah untuk memahami secara jelas tentang Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED). Namun, selepas bimbingan dari pensyarah saya maka
sedikit sebanyak ia membantu saya bagi menyiapkan tugasan ini.

Sesungguhnya, tugasan yang diberikan sudah tentu memberikan satu kesan yang
mendalam kepada diri saya. Berdasarkan tugasan berkaitan GCED yang telah dipelajari
sepanjang sesi kelas September 2019, saya mendapati bahawa pendidikan kewarganegaraan
global ini sememangnya memberi manfaat yang berguna kepada diri bagi tujuan masa kini
dan masa hadapan. Hal ini kerana, GCED merupakan satu proses pembelajaran tetapi ia juga
bertujuan untuk warga global mempelajari tentang dunia serta memberi kesedaran kepada
setiap individu terutama sekali generasi kini agar lebih peka dan mengambil berat serta
bertanggungjawab dalam semua perkara yang berkaitan dengan dunia kini. Sejurus dengan
itu, GCED ini juga menyedarkan saya supaya menjadi seorang yang proaktif serta tidak
pentingkan diri supaya menjadi warga global yang baik akan datang.

Saya akui tugasan ini juga memberi manfaat sekaligus menambahkan pengetahuan
kepada saya mengenai isu semasa yang berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih
mendalam. Saya juga dapat mengenal pasti bahawa terdapat banyak punca yang
menyebabkan alam sekitar kita tercemar. Hal ini demikian kerana, tanpa kita sedar dunia
sekarang semakin kehilangan sumber semula jadi akibat kerakusan manusia yang tidak
memikirkan impak negatif terhadap alam sekitar. Oleh itu, saya merasakan bahawa
Pendidikan Kewarganegaraan Global ini sangat penting supaya generasi akan datang tidak
melakukan perkara yang menjejaskan alam. Tuntasnya, ilmu pengetahuan berkaitan alam
sekitar amat penting diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana jika pengetahuan

12
tersebut diiringi dengan kesedaran yang tinggi ianya akan mampu membentuk amalan yang
baik dalam interaksi ahli masyarakat dengan alam sekitar.

Dalam pada itu, Ketika proses tugasan berkaitan kemahiran abad ke-21 ini dijalankan,
sejujurnya soalan ini agak mencabar diri saya kerana ini adalah kali pertama saya membuat
tugasan sebegini. Tambahan, tugasan ini memerlukan saya untuk membuat rujukan
menggunakan gaya APA atau lebih dikenali sebagai “American Psychological Association”
(APA). Perkara ini menyebabkan saya perlu mempelajari serta membuat penilitian secara
mendalam bagi membuat rujukan mengikut kaedah tersebut. Namun begitu, saya tetap
berusaha untuk meneruskan lagi pembelajaran untuk menyiapkan tugasan menggunakan
kaedah rujukan tersebut meskipun ianya agak sukar dan mencabar.

Akhir sekali, Setelah melaksanakan tugasan ini, saya juga dapat mempelajari untuk
membahagikan masa dengan baik supaya saya dapat menyiapkan semua tugasan tersebut
pada masa yang ditetapkan dengan tepat dan berkualiti. Pembahagian masa dengan baik akan
dapat membantu saya pada masa hadapan untuk menguruskan perkara yang lebih mencabar
dan dalam masa yang singkat. Seterusnya, saya semakin sedar bahawa tugasan ini merupakan
satu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan warga global.

Rujukan

13
Bernama. (2019, September 24). Mencari penyelesaian masalah jerebu. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/49087/BERITA/Nasional/Mencari-penyelesaian-
masalah-jerebu.

Bernama. (2019, September 15). Pembenihan awan di Selangor, Johor esok. Retrieved from
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/496920/pembenihan-awan-di-selangor-johor-
esok.

Fauzi, M. A. (2019, September 27). Percepat Akta Jerebu Rentas Sempadan. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/09/611436/percepat-akta-jerebu-rentas-
sempadan.

Illani, R. (2019, September 19). Bagaimana Pembenihan Awan Membantu Menangani


Jerebu? Retrieved from https://iluminasi.com/bm/apakah-pembenihan-awan-dan-bagaimana-
ia-membantu-menangani-jerebu.html.

Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin. (2018, January 22). Kepentingan Menguasai Teori
Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Kepada Guru. Retrieved from
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/01/kepentingan-menguasai-teori.html.

Oleh Ilah Hafiz Aziz dan Feride Hikmet Atak. (2018, January 3). Ancaman buli siber.
Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/370155/ancaman-buli-
siber.

Open University Malaysia (OUM). (2019). Kemahiran Belajar Untuk Abad Ke-21 (1st ed.,
Vol. 1).

[ CITATION DrH191 \l 1033 ]

Sinarharian. “Penyakit Yang Berkaitan Jerebu.” Sinarharian, Sinarharian, 22 Sept. 2019,


https://www.sinarharian.com.my/article/48846/INFOGRAFIK/jerebu.

Suhor, S. (2015). Isu dan undang-undang alam sekitar di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Support, A. (n.d.). Jerebu. Retrieved from https://www.infosihat.gov.my/index.php/jerebu

14

Anda mungkin juga menyukai