Anda di halaman 1dari 64

981116-xx-xxxx

PEMBELIAN HASIL-HASIL PASTRI DAN KEK MELALUI APLIKASI DALAM


TALIAN DI ROTI, CIKEDUT DAN KEK MARHANA DAUD ENTERPRISE DI
KAMPUNG BANGHURIS, SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif bagi mengenal pasti jenis-jenis
hasil pastri dan kek yang sering mendapat sambutan pembeli dan mengkaji faktor-faktor
yang mempengaruhi pembelian hasil-hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di
Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise dalam kalangan masyarakat Kampung
Banghuris. Marhana Daud Enterprise, Kampung Banghuris, Sepang, Selangor dipilih
sebagai lokasi kajian. Pengkaji menggunakan instrumen kajian soal selidik, temu bual
dan rujukan kepustakaan. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan
kualitatif untuk mendapatkan bilangan, peratus dan min keseluruhan. Seramai 30 orang
penduduk dari lokasi kajian telah dipilih secara bola salji sebagai responden. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tart merupakan item yang paling mendapat sambutan
pembeli manakala rasa pastri dan kek yang sedap menjadi faktor dominan yang
mempengaruhi pembelian tersebut. Kesimpulannya, sains dan teknologi mampu
menjadikan hasil-hasil pastri dan kek lebih baik.

i
981116-xx-xxxx

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Abstark i

Isi Kandungan ii - iv
Penghargaan ii

1.0 Pengenalan
1.1 Ekonomi 1
1.2 Perniagaan Dalam Talian 1-3
1.3 Pastri dan Kek 3-4
1.4 Pastri dan Kek di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud 4-5
Enterprises
2.0 Objektif Kajian 6
3.0 Lokasi Kajian
3.1 Peta Negeri Selangor 7-8
3.2 Peta Daerah Sepang 8-9
3.3 Gambar Pekan Sungai Pelek 9 - 10
3.4 Gambar Kampung Banghuris 10

3.5 Gambar Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprises 10 - 11


4.0 Metodoloji Kajian
4.1 Rekabentuk Kajian 12
4.2 Persampelan 12
4.3 Instrumen Kajian 13 - 15
4.3.1 Soal Selidik 13
4.3.2 Temubual 14

4.3.3 Rujukan Kepustakaan 14 - 15


4.4 Penganalisisan Data 15 - 16

ii
981116-xx-xxxx

5.0 Dapatan Kajian


5.1 Demografi Responden
5.1.1 Jantina Responden 17 - 18
5.1.2 Pekerjaan 19 - 20
5.1.3 Peringkat Umur 20 - 21
5.1.4 Pendapatan 22 - 23
5.2 Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek yang Sering Mendapat
Sambutan Pembeli Melalui Aplikasi Dalam Talian 24 - 28
5.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelian Jenis-jenis
Hasil Pastri dan Kek yang Sering Mendapat Sambutan
Pembeli Melalui Aplikasi Dalam Talian 29 - 34
6.0 Rumusan dan Kesimpulan 35 – 37
Rujukan vi - vii
Lampiran
Borang Soal Selidik viii - x
Temubual xi - xxii

Foto Kawasan Kajian xxiii - xxv

SENARAI PETA
No. Peta TAJUK HALAMAN
1. Negeri Selangor 7
2. Daerah Sepang 8

SENARAI GAMBAR
No. Foto TAJUK HALAMAN
1. Papan Tanda Sungai Pelek, Sepang 9
2. Kampung Banghuris 10
3. Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprises 11
4. Papan Tanda Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise xxiii
5. Peti sejuk menyimpan hasil-hasil pastri dan kek yang dihasilkan xxiii
6. Kek Cheese Leleh yang sudah siap disimpan di dalam peti sejuk xxiv

iii
981116-xx-xxxx

7. Pemilik kedai, Puan Marhana Binti Daud bersama-sama


pembantunya, Anis Suhana Binti Khirur Rahman dalam proses
membuat kuih.
xxiv
8. Mesin oven untuk membakar hasil pastri dan kek xxv
9. Kek, Cream Puff dan Cheesetart xxv

SENARAI JADUAL
No. Jadual TAJUK HALAMAN
1. Jantina Responden 17
2. Pekerjaan 19
3. Peringkat Umur Responden 20
4. Pendapatan Responden 22
5. Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek yang Sering Mendapat
Sambutan Pembeli Melalui Aplikasi Dalam Talian 24
6. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelian Jenis-jenis
Hasil Pastri dan Kek yang Sering Mendapat Sambutan
Pembeli Melalui Aplikasi Dalam Talian 28

SENARAI RAJAH
No. Rajah TAJUK HALAMAN
1. Jantina Responden 18
2. Pekerjaan 19
3. Peringkat Umur Responden 21
4. Pendapatan Responden 22

SENARAI GRAF
No. Graf TAJUK HALAMAN
1. Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek yang Sering Mendapat
Sambutan Pembeli Melalui Aplikasi Dalam Talian 25
2. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelian Jenis-jenis

iv
981116-xx-xxxx

Hasil Pastri dan Kek yang Sering Mendapat Sambutan

Pembeli Melalui Aplikasi Dalam Talian 29

v
981116-xx-xxxx

1.0 PENGENALAN

1.1 Ekonomi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), ekonomi merujuk kepada ilmu
berkenaan dengan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan
perkhidmatan. Ekonomi terbuka merupakan ekonomi yang melibatkan perdagangan
sesebuah negara dengan negara yang lain manakala ekonomi tertutup merujuk kepada
ekonomi yang tidak melibatkan perdagangan antarabangsa, iaitu tidak wujud aktiviti
import dan eksport barang dan faktor pengeluaran.

Menurut Sabariah Ali (2016), secara umumnya, ilmu ekonomi boleh didefinisikan
sebagai sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi
yang terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad. Analisis dalam teori
mikroekonomi pada umumnya meliputi bahagian-bahagian kecil daripada keseluruhan
kegiatan ekonomi. Ia menganalisis kegiatan seorang pengguna, sesuatu firma atau suatu
pasaran. Bagi analisis dalam teori makroekonomi lebih global atau bersifat menyeluruh.
Analisis makroekonomi meliputi tindakan pengguna secara keseluruhan, kegiatan
keseluruhan firma dalam pelaburan dan perubahan keseluruhan kegiatan ekonomi.

Kemajuan pembangunan Malaysia saban hari telah memantapkan ekonomi


negara. Keadaan ini dapat dilihat dengan pertambahan pelaburan dalam dan luar negara.
Ekonomi Malaysia yang kukuh dan kondusif mendorong masyarakat setempat
memulakan sesuatu perniagaan. Kerajaan telah menyediakan beberapa inisiatif kepada
usahawan-usahawan muda untuk memulakan perniagaan mereka seperti pinjaman modal
dan latihan kemahiran. Dengan perkembangan teknologi semasa, perniagaan dapat
dijalankan secara atas talian. Maka, tidak hairanlah ramai usahawan masa kini mampu
memperoleh pendapatan yang lumayan hasil daripada perniagaan yang dijalankan.

1.2 Perniagaan Dalam Talian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), perniagaan merupakan perihal


berniaga dan perdagangan manakala peniaga merujuk kepada orang yang berniaga atau
pedagang. Menurut Mokhtar Pet (2016), perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah
organisasi yang melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang

1
981116-xx-xxxx

atau perkhidmatan antara pihak penjual dengan pembeli pada masa, harga dan kuantiti
tertentu bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna yang bertujuan untuk
memaksimumkan keuntungan penjual.

Menurut Safinah Saufi (2014), internet adalah rangkaian komputer yang


merangkaikan satu komputer dengan komputer yang lain menggunakan protokol kawalan
pengantaraan yang direka khas iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol / Internet
Protocol). Ia berfungsi sebagai satu rangkaian yang menghubungkan badan kerajaan,
komersial, institusi pendidikan dan individu di seluruh dunia. Menurut Rohaizan
Abdullah (2017), peniaga dalam talian boleh menjalankan perniagaannya di seluruh
dunia kerana melalui internet, segala maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat.
Maka, mereka yang berminat akan berhubung terus dengan peniaga untuk mendapatkan
maklumat lebih lanjut. Sesungguhnya internet diperlukan oleh peniaga dan pembeli untuk
menjalankan urus niaga secara dalam talian.

Menurut Wan Raihan Wan Daud & Radzali Yahya (2014), teknologi internet
telah membuka peluang perniagaan yang sangat menguntungkan. Ini kerana potensi
perniagaan internet pada masa hadapan akan menjadi semakin luas. Menurut mereka lagi,
“Facebook” mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam menghubungkan terus
pelanggan kepada perniagaan kerana sifatnya sebagai ruang untuk bersosial. Ini
membuktikan bahawa perniagaan dalam talian memerlukan penggunaan aplikasi media
sosial seperti “Facebook” untuk menjalankan perniagaan dalam talian dan promosi
barang. Menggunakan “Facebook” sebagai medium untuk mempromosikan jenama atau
perniagaan mesti dilakukannya secara berhemah dan betul (Wan Raihan Wan Daud &
Radzali Yahya, 2014). Selain “Facebook”, media sosial yang sering digunakan oleh
peniaga dalam talian untuk mendapatkan tempahan dan promosi ialah “Whatsapp”,
“Instagram” dan “WeChat”.

Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang


mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga
pembeli. Perniagaan internet juga adalah sama dengan perniagaan offline lain di mana ia
tetap memerlukan tapak perniagaan, modal, barangan perniagaan dan juga promosi untuk
barang yang di niagakan itu. Apa yang membezakan cumalah mediumnya sahaja di mana

2
981116-xx-xxxx

perniagaan internet boleh dilakukan di atas talian sahaja (Azlina Ahmad & Ridzuan
Amin, 2015).

Kelebihan perniagaan dalam talian sering diuar-uarkan kepada masyarat agar


mereka menceburi bidang ini. Antara kelebihan perniagaan dalam talian menurut
Rohaizan Abdulah (2017) ialah kos untuk memulakan pernigaan tinggi tetapi, perniagaan
dalam talian tidak melibatkan kos sewa kedai, upah pekerja dan kos ubah suai kedai,
perniagaan dalam talian juga memberikan peluang kepada peniaga untuk menjalankan
perniagaannya selama 24 jam, anda juga dapat menikmati kebebasan tempat bekerja dan
perniagaan dalam talian dapat menggantikan perniagaan konvensional. Menurut Wan
Raihan Wan Daud & Radzali Yahya (2014), kebaikan utama menjalankan perniagaan
Internet adalah dapat menerima kunjungan pelawat bukan sahaja daripada pengguna
Internet di Malaysia malah sehingga ke seluruh dunia dengan jumlah pengguna Internet
melebihi 1 bilion orang, apatah lagi ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi, bangsa dan
agama.

Perniagaan dalam talian ini bukan sahaja memberi manfaat kepada peniaga tetapi
juga kepada pembeli. Kini, pembelian dalam talian menjadi trend hidup masyarakat
moden. Masyarakat kini juga gemar untuk membuat pembelian secara dalam talian
kerana harga barangan tersebut lebih murah berbanding dengan harga di kedai. Mereka
juga berasa senang apabila barangan yang ditempah secara dalam talian dapat dihantar
melalui pos laju atau syarikat penghantaran yang lain ke rumah mereka. Pengguna dapat
menjimatkan masa untuk pergi ke pusat beli-belah dan dapat menjalankan urusan yang
lain (Rohaizan Abdullah, 2017).

1.3 Pastri dan Kek

Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri daripada


karbohidrat, lemak, air atau protein yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan
haiwan untuk mendapat nutrien atau nikmat (Siti Nadia Ahmad, 2013). Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2016), pastri bermaksud adunan tepung dengan air, mentega atau
bahan lemak yang lain dan lain-lain. Pastri juga bermaksud kuih yang diperbuat daripada
adunan tepung, lemak dan sebagainya manakala kek ialah sejenis kuih yang dibuat
daripada adunan tepung, mentega, gula dan lain-lain dan dibakar.

3
981116-xx-xxxx

Menurut Harian Metro (2017), Delly Noriza bersyukur kerana sambutan diterima
amat menggalakkan terutama beberapa produk pilihan utama pelanggan antaranya krim
puf, donut, pavlova, tat keju dan pelbagai jenis roti. Tempahan semakin meningkat
terutama menjelang musim perayaan atau sambutan apa juga majlis. Ini menunjukkan
bahawa pasrti dan kek sering menjadi pilihan menu dalam sesuatu majlis seperti majlis
perkhawinan, majlis hari jadi dan majlis jamuan.

Menurut Ann Kay (2010), pencuci mulut sentiasa popular, sama ada mereka
adalah ciptaan yang mewah atau hidagan yang paling sederhana. Malah, pencuci mulut
yang terbaik dipilih menjamin pengakhiran hidagan dengan hati yang puas dan boleh
menukarkan hidangan yang paling biasa kepada peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
Sebagai kesimpulannya, keenakan tat buah, kehalusan perisa ais krim atau kemewahan
coklat akan menggembirakan tetamu dan memberikan anda, tukang masak kepuasan.

Ketika zaman pertengahan perbezaan antara roti dan kek adalah tidak jelas,
namun kedua-dua perkataan dipindahkan dari Anglo-Saxon ke bahasa Inggris. Saiz boleh
menjadi faktor maklumat, bahawa “kek” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
sebagai “pastillus”, yang bermaksud kek yang kecil atau pai. Pada abad ke-17,
ketidakjelasan telah terungkai dan Eropah sudah biasa dengan bahan-bahan utama untuk
membuat kek yang moden khususnya coklat, gula, vanila dan perisa (Melody Lord,
2011). Menurutnya lagi, orang-orang Rom menggunakan pastri daripada tepung, minyak
dan air untuk melindungi daging dan ayam semasa membakar, dengan itu jus dapat
diserap. Pastri tersebut bukan untuk dimakan, kerana ia sangat kering dan sukar dimakan.
Pada zaman pertengahan Eropah Utara, pastri telah digunakan untuk tujuan yang sama,
tetapi terdapat juga bukti pada masa itu pastri kaya yang halus diperbuat daripada tepung
putih halus, mentega dan gula yang memang bertujuan untuk dimakan.

1.4 Pastri dan Kek di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise

Kajian ini dijalankan di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise
mengenai pembelian hasil-hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Kampung
Banghuris, Sepang, Selangor. Perniagaan ini mengkhususkan perniagan pembuatan
makanan dan minuman yang dijual secara dalam talian dan secara konservatif iaitu secara
bersua muka. Perniagaan ini diusahakan oleh Puan Marhana Binti Daud berusia 45 tahun

4
981116-xx-xxxx

yang menjual produk pastri dan kek seperti tart buah, kek cheese leleh, congo bars dan
brownies. Puan Marhana melakukan promosi dan menerima tempahan produk melalui
aplikasi dalam talian seperti Facebook, Whatapps dan Instagram. Perniagan ini juga
menjual minuman jenama ‘Five Jump’ yang terdiri daripada pelbagai perisa kopi dan jus.
Perniagaan Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise telah dijalankan selama 5
tahun dan memulakan pernigaan dalam talian selama hampir 4 tahun serta mempunyai
seorang pembantu ketika proses membuat kek dan pastri. Selain itu, isu utama kajian ini
dijalankan adalah kerana semakin ramai penduduk Kampung Banghuris membeli hasil-
hasil pastri dan kek secara dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud
Enterprise menjadi pendorong pengkaji melakukan kajian ini.

5
981116-xx-xxxx

2.0 TAJUK & OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti Pembelian Hasil-hasil Pastri dan
Kek melalui aplikasi dalam Talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud
Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Objektif utama kajian ini
adalah seperti berikut:

a) Mengenal pasti jenis – jenis hasil pastri dan kek yang sering mendapat
sambutan pembeli di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di
Kampung Banghuris, Sungai Pelek, Sepang Selangor.

b) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian hasil – hasil pastri


dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana
Daud di Kampung Banghuris, Sungai Pelek, Sepang Selangor.

6
981116-xx-xxxx

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian yang bertajuk Pembelian Hasil-hasil Pastri dan Kek Melalui Aplikasi
dalam Talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise ini telah dijalankan di
sebuah tempat yang dikenali sebagai Kampung Banghuris berdekatan Pekan Sungai
Pelek di daerah Sepang dan terletak di negeri Selangor Darul Ehsan.

3.1 Negeri Selangor

Peta 1: Negeri Selangor


( sumber: Portal Rasmi Negeri Selangor )

Menurut Portal Rasmi Negeri Selangor ( 2014 ), Negeri Selangor Darul


Ehsan terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia bersempadan
dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sambilan di sebelah

7
981116-xx-xxxx

selatan. Terletak di bahagian barat Banjaran Titiwangsa, Selangor dibahagikan kepada


sembilan daerah yang terdiri dari Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor,
Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, dan Sepang. Secara umumnya
Selangor diairi oleh empat lembangan sungai utama iaitu lembangan Sungai Langat dan
lembangan Sungai Klang di bahagian selatan serta lembangan Sungai Bernam dan
lembangan Sungai Selangor (lembangan terbesar di negeri ini) di bahagian utaranya.
Sungai-sungai utama ini dilihat sebagai faktor utama kepada bermulanya petempatan
awal masyarakat di sekitar kawasan ini.

3.2 Daerah Sepang

Peta 2: Daerah Sepang


(sumber: Portal Rasmi Majlis Perbandaran Sepang)

Daerah Sepang adalah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.
Terletak di bahagian selatan Negeri Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan Daerah

8
981116-xx-xxxx

Hulu Langat, Daerah Kuala Langat dan Daerah Petaling. Daerah Sepang juga
bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Jika dilihat dari
pandangan atas, Daerah Sepang adalah berbentuk hulu sebatang keris, memanjang ke
arah selatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan lebuhraya Kuala Lumpur-
Seremban di sempadan sebelah timur sehingga ke kampung Sungai Buah atau Bukit
Unggul. Di sebelah baratnya pula, adalah Daerah Kuala Langat, sementara Daerah
Petaling menjadi jiran di sebelah utara. Di sebelah selatan pula, Daerah Sepang terbuka
mengadap Selat Melaka. Mengikut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil
bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang.
Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasan-kawasan daerah kecil Kuala Langat
(Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-
kawasan ini kemudian digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai
taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975 ( Portal Rasmi Majlis Perbandaran Sepang,
2017 ).

3.3 Pekan Sungai Pelek

Gambar 1 : Papan Tanda Pekan Sungai Pelek, Sepang, Selangor.


( sumber: Kajian Lapangan 2017 )

9
981116-xx-xxxx

Sungai Pelek ialah sebuah pekan yang terletak di daerah Sepang, Selangor
Darul Ehsan. Letaknya berhampiran pantai Bagan Lalang dan Gold Coast Sepang.
Lagenda mengatakan bahawa sungai yang diapit di antara Batu 4 dan Kampung
Baru Sungai Pelek, Sepang mengalir ke hulu. Oleh kerana fenomena pelik ini,
sungai itu dipanggil Sungai Pelek secara harfiah diterjemahkan ke dalam “sungai
pelek”.

3.4 Kampung Banghuris

Gambar 2 : Kampung Banghuris, Sepang, Selangor


( sumber : Kajian Lapangan 2017 )

Banghuris merupakan nama bagi memperkenalkan tiga buah kampung


yang berlainan iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung
Hulu Teris. Kampung – kampung ini digabungkan menjadi satu disebabkan program
Homestay atau Inap Desa di sini. Oleh itu, ketiga – tiga kampung tersebut lebih dikenali
sebagai Kampung Banghuris oleh penduduk luar yang berkunjung ke sini. Walau
bagaimanapun, Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung Hulu
Teris masih menggunakan nama kampung masing – masing dan mempunyai pentadbiran

10
981116-xx-xxxx

kampung yang tersendiri. Lokasi ini terletak berhampiran dengan Pekan Sungai Pelek
dan mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke lokasi tersebut.

3.5 Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise

Gambar 3: Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise


(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Kajian ini dijalankan di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise yang
terletak di Kampung Bukit Bangkong. Kampung Bukit Bangkong ini berhampiran
dengan Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung Hulu Teris. Kedai ini terletak di Jalan
Punai dan berhampiran dengan Surau An-Nur Kampung Bukit Bangkong. Lokasi kajian
ini terletak kira-kira 9 kilometer dari Pekan Sungai Pelek dan menggambil masa selama
15 minit untuk sampai ke sini jika seseorang datang dari arah Pekan Sungai Pelek. Lokasi
ini juga berhampiran dengan dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang
dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang.

11
981116-xx-xxxx

12
981116-xx-xxxx

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), metodologi ialah sistem yang
merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan.
Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian yang mengandungi persampelan,
instrumen kajian dan teknik penganalisasian data.

4.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk bermaksud rancangan yang menunjukkan susunan, struktur


atau aspek-aspek sesuatu (Kamus Dewan Edisi Baru, 1989). Menurut Noraini Idris
(2010), kajian tinjauan perlu direkabentuk dan ditadbir secara rapi sama seperti kaedah
kajian yang lain. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana pembelian hasil-hasil
pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana
Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Kaedah temu bual, soal
selidik dan rujukan kepustakaan telah digunakan untuk mengkaji maklumat dengan
terperinci.

4.2 Persampelan

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), sampel ialah bahagian yang
kecil yang mewakili bahagian dan sebagainya yang lebih besar. Pensempelan merupakan
suatu proses memilih kumpulan individu untuk sesuatu penyelidikan daripada suatu
kumpulan individu yang mewakili kumpulan besar yang dipilih (Noraini Idris, 2010).
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara “bola salji” (snow ball) yang
melibatkan 30 orang responden di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Dari 30 orang
responden ini 14 orang lelaki dan 16 orang perempuan yang meliputi peringkat umur,
pekerjaan dan pendapatan telah dipilih. Menurut Ang Kean Hua (2016), maksud
persampelan bola salji ialah subjek dipilih (dengan tiada maklumat yang diperlukan
untuk pengkajian) melalui cadangan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai
untuk kajian. Dalam hal ini soal selidik dan temu bual telah digunakan bagi mendapatkan

13
981116-xx-xxxx

maklumat dan data daripada 30 orang responden untuk mendapatkan data pembelian
hasil-hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek
Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor

4.3 Instrumen Kajian

Menurut Kamus Dewas Edisi Baru (1989), instrumen bermaksud alat,


perkakas. Kajian ini menggunakan soal selidik, temu bual dan kajian kepustakaan (arkib)
sebagai instrumen kajian.

4.3.1 Soal Selidik


Soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan
dengan sikap, persepsi dan pandangan selain dari keterangan latar belakang. Soal selidik
secara amnya merupakan alat ukur yang paling praktikal dan berkesan bagi kajian
tinjauan, terutamanya jika melibatkan populasi yang besar dan jika kedudukan sampel
atau subjek adalah jauh antara satu sama lain (Noraini Idris, 2010). Kajian ini
menggunakan borang soal selidik bagi meninjau pembelian hasil-hasil pastri dan kek
melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise
di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Pengkaji telah mengedarkan borang soal
selidik kepada 30 orang responden dalam kalangan penduduk di Kampung Banghuris,
Sepang, Selangor. Data yang dikutip daripada responden melalui borang soal selidik yang
telah diedarkan akan memudahkan pengkaji untuk menganalisis pendapat responden
terhadap pembelian hasil-hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti,
Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang,
Selangor .
Borang soal selidik yang diedarkan terdiri daripada item yang ringkas dengan
perkataan yang mudah difahami. Pengkaji telah menggunakan kaedah deskriptif dengan
pemilihan jawapan YA atau TIDAK selain menggunakan kaedah skala Likert bagi
memudahkan responden dalam menjawab item soal selidik yang diberikan. Borang soal
selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A yang terdiri daripada soalan-
soalan berkaitan demografi responden; Bahagian B pula mengandungi tujuh item soalan

14
981116-xx-xxxx

untuk mengenal pasti jenis – jenis hasil pastri dan kek yang sering mendapat sambutan
pembeli di Roti, Cikedut dan Kek di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor manakala
Bahagian C pula mengandungi tujuh item soalan yang menjurus kepada faktor-faktor
yang mempengaruhi pembelian hasil – hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian
di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang,
Selangor.

4.3.2 Temu Bual

Menurut Noraini Idris (2010), temu bual merupakan proses


mendapatkan data dan maklumat secara langsung dan kedua-dua responden dan
penyelidik perlu hadir bersama. Dalam kajian ini instrumen temu bual digunakan
untuk menemubual dan menganalisis pembelian hasil-hasil pastri dan kek
melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud
Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Penyelidik akan
mengajukan soalan dengan gaya dan dalam turutan yang sama setiap kali temu
bual dijalankan. Semasa temu bual pula, penyelidik tidak akan berusaha untuk
mencungkil dengan lebih mendalam atau bertanya dengan lebih lanjut tentang
soalan-soalan yang ditanya (Noraini Idris, 2010). Kaedah ini digunakan untuk
mendapatkan data dan maklumat daripada informan secara langsung.
Semasa temu bual dijalankan, pengkaji telah melakukan rakaman
keseluruhan audio sesi temubual yang dilakukan bersama – sama informan.
Pengkaji juga membuat transkrip perkataan demi perkataan (verbatim) bagi
mendapatkan data dan maklumat dengan lebih tepat dan terperinci untuk di
analisis oleh pengkaji. Semua transkrip yang telah disemak akan diproses bagi
memenuhi objektif dalam kajian dengan membaca teks.

4.3.3 Kajian Kepustakaan / Arkib

Bagi mengukuhkan lagi kajian yang dibuat terhadap pembelian


hasil-hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan

15
981116-xx-xxxx

Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor ini


juga menggunakan instrumen kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan
data. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), kepustakaan bermaksud
semua buku terbitan, buku hasil karya dan sebagainya tentang sesuatu bidang
ilmu pengetahuan dan sebagainya. Pengkaji menggunakan bahan – bahan bertulis
yang diterbitkan seperti kamus, buku, majalah dan sumber daripada internet bagi
mendapatkan maklumat berkenaan. Kamus merupakan bahan rujukan berisi kata-
kata yang disertai makna dan disusun mengikut abjad, dilengkapi cara mengeja,
menulis suku kata, asal kata, persamaan, lawan kata dan penggunaannya dalam
ayat (Safinah Saufi, 2014). Pengkaji juga memperoleh maklumat daripada laman
web rasmi kerajaan dalam usaha memudahkan pengkaji menjalankan
penyelidikan.

4.4 Penganalisisan Data

Menurut Noraini Idris (2010), tugas akhir penyelidik selepas


semua jawapan soal selidik kajian tinjauan dikumpul dan direkodkan ialah
merumus kesemua maklum balas responden supaya dapat menghasilkan satu
kesimpulan. Kajian ini menggunakan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik dalam bentuk peratusan, min dan
kekerapan. Seterusnya data yang diperoleh tersebut dipersembahkan dalam
bentuk jadual, graf bar dan carta pai dengan menggunakan perisian Microsof
Word dan Microsoft Excel supaya mendapat gambaran yang lebih jelas. Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan pilihan jawapan YA atau TIDAK untuk
mengenal pasti jenis – jenis hasil pastri dan kek yang sring mendapat sambutan
pembeli di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung
Banghuris, Sepang, Selangor. Soal selidik pula menggunakan Skala Likert lima
peringkat dalam mendapatkan faktor – faktor yang mempengaruhi pembelian
hasil – hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek
Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Setiap

16
981116-xx-xxxx

peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka dengan menggunakan Skala
Likert seperti jadual di bawah:

Skala Likert Peringkat


1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Bahagian ini membincangkan analisis data dan mempersembahkan hasil


penemuan kajian yang telah dikumpulkan melalui borang soal selidik yang telah diisi
oleh responden.

4.5 Kesimpulan

Bahagian ini merangkumi semua aspek kajian dalam bentuk esei ringkas.
Bahagian ini merangkumi objektif kajian, lokasi kajian, metodologi kajian dan dapatan
kajian.

17
981116-xx-xxxx

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan mempersembahkan penemuan


kajian yang telah dikumpulkan daripada borong soal selidik yang telah diisi oleh
responden. Data yang diperoleh itu telah diproses bagi mendapatkan jumlah, peratusan
dan min.

5.1 Demografi Responden

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Banghuris


telah terpilih untuk menjawab borang soal selidik. Huraian analisis latar belakang
responden yang melibatkan aspek jantina, pekerjaan, kumpulan umur dan pemdapatan
telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

5.1.1 Jantina

Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina adalah seperti jadual berikut :

BIL Bilangan Responden


Jantina Peratus (%)
(orang)
1. Lelaki 13 43.33
2. Perempuan 17 56.67
Jadual 1: Jantina Responden

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

18
981116-xx-xxxx

Peratusan responden mengikut jantina seperti dalam rajah berikut:

Jantina

46.67% Lelaki
53.33% Perempuan

Rajah 1: Peratus Jantina Responden

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

Berdasarkan data di atas, bilangan responden yang dipilih untuk menjawab


borang soal selidik adalah seramai 30 orang. Daripada 30 orang responden yang dipilih
didapati bahawa 14 orang responden iaitu 46.67% adalah lelaki manakala 16 orang
responden iaitu 53.33% adalah perempuan. Pemilihan responden adalah secara “bola
salji” (snow ball). Pengkaji tidak memihak kepada satu golongan jantina sahaja. Ini
bertepatan dengan Jaafar Muhamad (2013), sebernarnya, dalam hal ini tidak ada
perbezaan yang ketara di antara wanita dan lelaki dari segi kebolehan menyelesaikan
masalah, kemahiran menganalisis, motivasi, kebolehan sosial, kebolehan pembelajaran
dan sebagainya.

19
981116-xx-xxxx

5.1.2 Pekerjaan

Bilangan dan peratusan responden mengikut pekerjaan adalah seperti jadual berikut :

Bilangan Responden
Pekerjaan Peratus (%)
(orang)
Kerajaan 6 20.00
Sektor Swasta 7 23.33
Bekerja Sendiri 8 26.67
Tidak Bekerja / Pelajar 9 30.00
Jadual 2 : Pekerjaan Responden

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

Peratusan responden mengikut jantina seperti dalam rajah berikut:

Pekerjaan

30.00% 20.00%

23.33%
Kerajaan
26.67% Sektor Swasta
Bekerja Sendiri
Tidak Bekerja / Pelajar

Rajah 2: Peratus Pekerjaan Responden

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

20
981116-xx-xxxx

Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 6 orang (20.00%) adalah terdiri


daripada pekerja kerajaan manakala seramai 7 orang (23.33%) adalah terdiri daripada
pekerja sektor swasta. Pekerja yang bekerja sendiri pula mendapat sebanyak 8 orang
(26.67%). Bagi golongan yang tidak bekerja atau pelajar mendapat sebanyak 9 orang
(30.00%). Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pembelian hasil-hasil pastri dan kek
melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise
di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Oleh hal yang demikian, pekerjaan dibuat
adalah untuk mengenal pasti golongan mana yang ramai membeli hasil-hasil pastri dan
kek melalui aplikasi dalam talian di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Pengkaji
tidak memihak kepada satu pekerjaan sahaja.

5.1.3 Peringkat Umur

Bilangan dan peratusan responden mengikut peringkat umur adalah seperti jadual berikut:

Bilangan Responden
Peringkat Umur (tahun) Peratus (%)
(orang)
Bawah 20 Tahun 7 23.33
21 – 30 9 30.00
31 – 40 5 16.67
41 – 50 6 20.00
50 Tahun dan Ke atas 3 10.00
Jadual 3: Peringkat Umur Responden

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

21
981116-xx-xxxx

Peratusan responden mengikut peringkat umur seperti dalam rajah berikut:

Peringkat Umur

10%

23.33%

20%

30.00%
Bawah 20 Tahun
16.67%
21 - 30
31 - 40
41 - 50
51 Tahun dan Ke Atas

Rajah 3 : Peringkat Umur

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

Berdasarkan rajah di atas, seramai 7 orang (23.33%) adalah terdiri daripada


peringkat umur bawah 20 tahun. Pada peringkat umur 21 hingga 30 tahun adalah seramai
9 orang (30.00%) manakala pada peringkat umur 31 hingga 40 tahun adalah seramai 5
orang (16.67%). Pada peringkat umur 41 hingga 50 tahun mendapat sebanyak 6 orang
(20.00%) dan pada peringkat 50 tahun ke atas mendapat sebanyak 3 orang (10.00%).
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pembelian hasil-hasil pastri dan kek melalui
aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di
Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Oleh hal yang demikian, peringkat umur
dibuat adalah untuk mengenal pasti golongan peringkat umur yang mana lebih banyak
membeli hasil-hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Kampung Banghuris,
Sepang, Selangor. Pengkaji tidak memihak kepada satu tahap umur sahaja.

22
981116-xx-xxxx

5.1.4 Pendapatan

Bilangan dan peratusan responden mengikut pependapatan adalah seperti jadual berikut:

Bilangan Responden
Pendapatan (RM) Peratus (%)
(orang)
Bawah RM 1500 11 36.67
RM 1501 – RM 3000 9 30.00
RM 3001 – RM 4500 8 26.67
RM 4501 dan Ke Atas 2 6.67
Jadual 4 : Pendapatan Responden

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

Bilangan dan peratusan responden mengikut pendapatan adalah seperti rajah berikut:

Pendapatan
6.67%

36.67%
26.67%

Bawah RM 1500
RM 1501 - RM 3000
RM 3001 - RM 4500
30% RM 4501 dan Ke Atas

Rajah 4: Pendapatan

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

23
981116-xx-xxxx

Berdasarkan kajian ini, seramai 11 orang responden (36.67%) menerima


pendapatan sebanyak RM 1500 dan ke bawah manakala seramai 9 orang responden
(30.00%) menerima pendapatan antara RM 1501 hingga RM 3000. Bagi pendapatan
antara RM 3001 hingga RM 4500, seramai 8 orang responden (26.67%) dan bakinya
sebanyak 2 orang responden (6.67%) mendapat pendapatan RM 4501 dan ke atas. Kajian
ini dijalankan untuk mengkaji pembelian hasil-hasil pastri dan kek melalui aplikasi
dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung
Banghuris, Sepang, Selangor. Oleh hal yang demikian, pendapatan dibuat adalah untuk
mengenal pasti golongan berpendapatan yang mana lebih banyak membeli hasil-hasil
pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor.
Pengkaji tidak memihak kepada satu pendapatan sahaja.

24
981116-xx-xxxx

5.2 Analisis Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek yang Sering Mendapat
Sambutan Pembeli Melalui Aplikasi Dalam Talian di Roti, Cikedut
dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris,
Sepang, Selangor.

Bahagian ini memaparkan analisis tentang jenis-jenis hasil pastri dan kek yang
sering mendapat sambutan pembeli melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan
Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor.

YA TIDAK
BIL ITEM
BIL % BIL %

1 Tart (Tart buah/ Cheese tart/ Tart coklat ) 23 76.67 7 23.33

2 Cream Puff 19 63.33 11 36.67

Kek (Kek Cheese Leleh/ Kek Butter/ Kek


3 22 73.33 8 26.67
Coklat Moist/ Kek Cawan)

Roti (Roti Cheese/ Roti Coklat/ Roti


4 18 60.00 12 40.00
Tuna)

5 Brownies 17 56.67 13 43.33

6 Pavlova 14 46.67 16 53.33

7 Congo Bars 6 20.00 24 80.00

8 Pai (Pai Epal/ Pai Nanas/ Pai Cheese) 12 40.00 18 60.00

Jadual 5 : Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek yang Sering Mendapat Sambutan Pembeli
Melalui Aplikasi Dalam Talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di
Kampung Banghuris, Sepang, Selangor.

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

25
981116-xx-xxxx

Jenis-jenis Hasil Pastri yang Sering Mendapat Sambutan Pembeli


Melalui Aplikasi Dalam Talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana
Daud Enterprises
30

25
Bilangan Responden (orang)

20

15 YA
TIDAK
10

0
Tart Cream Kek Roti Brownies Pavlova Congo Pai
Puff Bars

Item

Graf 1 : Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek yang Sering Mendapat Sambutan Pembeli
Melalui Aplikasi Dalam Talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di
Kampung Banghuris, Sepang, Selangor.

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

Berdasarkan kajian ini, item yang pertama iaitu Tart (Tart buah/ Cheese tart/
Tart coklat ), daripada 30 orang responden, seramai 23 orang respondenn (76.67%)
memilih item jawapan YA manakala seramai 7 orang (23.33%) memilih item jawapan
TIDAK. Hal ini menunjukkan bahawa responden bersetuju item yang pertama sering
mendapat sambutan pembeli melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek
Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Item ini juga
merupakan item yang paling banyak peratusan jawapan YA. Menurut temubual, pengkaji
mendapati bahawa hasil-hasil pastri dan kek yang sering mendapat sambutan informen
ialah tart. Hal ini kerana informen menyatakan bahawa tart mempunyai rasa yang sedap
dan segar, harga yang dikenakan berpatutan dan memiliki kuantiti yang banyak.

Selain itu, item yang kedua iaitu Cream Puff mendapat sebanyak 19 orang
responden (63.33%) daripada 30 orang responden bagi item pilihan jawapan YA. Pilihan

26
981116-xx-xxxx

jawapan TIDAK pula memperoleh sebanyak 11 orang reponden (36.67%) daripada 30


orang responden. Berdasarkan data berikut, responden bersetuju bahawa item kedua
sering mendapat sambutan pembeli melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan
Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Menurut
temubual yang dijalankan, didapati bahawa dua daripada tiga orang informen sering
membeli hasil pastri, iaitu cream puff (Informan 1 dan Informan 2). Menurut Informan 2,
cream puff sering dibeli kerana isi krim dalam cream puff adalah banyak, rasa yang sedap
dan pembeli dapat makan dengan banyak.

Seterusnya, item yang ketiga iaitu, Kek (Kek Cheese Leleh/ Kek Butter/ Kek
Coklat Moist/ Kek Cawan) memperoleh sebanyak 22 (73.33%) bagi item jawapan YA
manakala bagi item jawapan TIDAK pula mendapat sebanyak 8 (26.67%) daripada 30
orang responden. Berdasarkan data berikut, responden bersetuju bahawa item yang ketiga
sering mendapat sambutan pembeli melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan
Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Menurut
temubual bersama-sama informen, didapati hanya Informan 2 dan Informan 3 sering
membeli kek terutamanya Kek Cheese Leleh dan Kek Coklat Moist. Informan 1
menyatakan bahawa beliau lebih suka membeli di kedai yang besar kerana risau kek yang
dihasilkan oleh Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise tidak sedap.

Selanjutnya, item yang keempat iaitu, Roti (Roti Cheese/ Roti Coklat/ Roti
Tuna) mendapat sebanyak 18 orang responden (60.00%) daripada 30 orang responden
bagi item pilihan jawapan YA. Pilihan jawapan TIDAK pula memperoleh sebanyak 12
orang reponden (40.00%) daripada 30 orang responden. Berdasarkan data berikut,
responden bersetuju bahawa item yang keempat juga sering mendapat sambutan pembeli
melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di
Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Menurut temubual yang dijalankan, didapati
hanya Informan 3 sering membeli roti manakala Informan 1 dan Informan 2 tidak
menyatakan sebab kenapa roti kurang menjadi pilihan informan.

Item yang kelima pula ialah, Brownies, daripada 30 orang responde, seramai 17
orang responden (56.67%) memilih item jawapan YA manakala seramai 13 orang
(43.33%) memilih item jawapan TIDAK. Berdasarkan data berikut, responden bersetuju

27
981116-xx-xxxx

bahawa item yang kelima sering mendapat sambutan pembeli melalui aplikasi dalam
talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris,
Sepang, Selangor. Menurut temubual yang dijalankan, didapati hanya Informan 3 sering
membeli Brownies manakala Informan 2 tidak menyatakan sebab mengapa brownies
kurang menjadi pilihan informan.

Bagi item yang keenam iaitu, Pavlova mendapat sebanyak 14 orang responden
(46.67%) daripada 30 orang responden bagi item pilihan jawapan YA. Pilihan jawapan
TIDAK pula memperoleh sebanyak 16 orang reponden (53.33%) daripada 30 orang
responden. Berdasarkan data berikut, responden tidak bersetuju bahawa item yang
keenam sering mendapat sambutan pembeli melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut
dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Menurut
temubual yang dijalankan, didapati bahawa Informan 1 sering membeli pavlova
manakala Informan 2 dan Informan 3 kurang membeli item keenam iaitu pavlova.
Menurut Informan 2, beliau akan rasa item keenam iaitu pavlova sekali tetapi tidak akan
membeli lagi.

Selanjutnya, item yang ketujuh ialah Congo Bars memperoleh sebanyak 6


(20.00%) bagi item jawapan YA manakala bagi item jawapan TIDAK pula mendapat
sebanyak 24 (80.00%) daripada 30 orang responden. Berdasarkan data berikut, responden
tidak bersetuju bahawa item yang ketujuh sering mendapat sambutan pembeli melalui
aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung
Banghuris, Sepang, Selangor. Item ini mendapat peratusan pilihan jawapan YA yang
paling sedikit. Ini bertepatan dengan hasil temubual pengkaji apabila kesemua informan
menyatakan bahawa mereka kurang membeli item congo bars. Menurut Informan 3,
congo bars hanya dibuat apabila mendapat tempahan daripada pelanggan dan tidak
sentiasa ada untuk pelanggan beli.

Akhir sekali, item yang kelapan ialah Pai (Pai Epal/ Pai Nanas/ Pai Cheese
mendapat sebanyak 12 orang responden (40.00%) daripada 30 orang responden bagi item
pilihan jawapan YA. Pilihan jawapan TIDAK pula memperoleh sebanyak 18 orang
reponden (60.00%) daripada 30 orang responden. Berdasarkan data berikut, responden
tidak bersetuju bahawa item yang kelapan sering mendapat sambutan pembeli melalui

28
981116-xx-xxxx

aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung
Banghuris, Sepang, Selangor. Menurut hasil temebual, didapati Informan 1 dan Informan
3 menyatakan bahawa mereka kurang membeli item pai.

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa item yang pertama, iaitu


Tart (Tart buah/ Cheese tart/ Tart coklat ) menjadi item yang sering mendapat
sambutan pembeli melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud
Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor dengan mencatatkan bilangan dan
peratusan yang tertinggi. Item pertama mendapat pilihan jawapan YA sebanyak 23 orang
responden (76.67%) daripada 30 orang responden yang dipilih. Hal ini kerana item tart
memenuhi kehendak pelanggan seperti rasa yang sedap dan segar, kuantiti yang banyak
dan harga yang berpatutan. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa responden bersetuju
memilih tart menjadi item yang sering mendapat sambutan pembeli bertepatan dengan
hasil temubual yang dijalankan oleh pengkaji.

Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa item yang ketuju, iaitu Congo Bars
menjadi item yang kurang mendapat sambutan pembeli melalui aplikasi dalam talian di
Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang,
Selangor dengan mencatatkan bilangan dan peratusan yang terendah. Item ketujuh
mendapat pilihan jawapan YA sebanyak 6 orang responden (20.00%) daripada 30 orang
reponden yang dipilih. Hasil daripada borang soal selidik dan maklumat daripada
informen, dapatlah dirumuskan bahawa item congor bars kurang mendapat sambutan
pembeli kerana Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise hanya menghasilkan
item tersebut apabila mendapat tempahan pelanggan sahaja.

Kesimpulannya, kebanyakan hasil pastri dan kek pilihan pembeli melalui aplikasi
dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise menjurus kepada item
tart, cream puff, kek, roti dan brownies. Pavlova, congo bars dan pai kurang menjadi
pilihan pembeli kerana tidak selalu ada untuk pelanggan beli, hanya dihasilkan apabila
mendapat tempahan daripada pelanggan dan pelanggan hanya membeli sekali untuk
merasa item-item tersebut tetapi tidak akan membeli lagi.

29
981116-xx-xxxx

30
981116-xx-xxxx

5.3 Analisis Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelian Jenis-jenis Hasil


Pastri dan Kek yang Sering Mendapat Sambutan Pembeli Melalui Aplikasi
Dalam Talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di
Kampung Banghuris, Sepang, Selangor.

Bahagian ini memaparkan analisis tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian


hasil-hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana
Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor.

STS TS KS S SS MIN
ITEM
BIL 1 2 3 4 5
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
Pastri dan kek yang
56.6
1 dihasilkan kemas, 0 0.00 2 6.67 8 26.67 17 3 10.00 3.70
7
menarik dan kreatif
Harga pastri dan kek
20.0
2 adalah mahal dan tidak 4 13.33 7 23.33 12 40.00 6 1 3.33 2.77
0
munasabah
Rasa pastri dan kek yang 50.0
3 0 0.00 1 3.33 3 10.00 15 11 36.67 4.20
dihasilkan adalah sedap 0

Pembeli mudah membuat


30.0
4 tempahan melalui aplikasi 0 0.00 8 26.67 3 10.00 9 10 33.33 3.70
0
dalam talian
Pastri dan kek yang dibeli
26.6
5 tidak menepati cita rasa 8 26.67 4 13.33 9 30.00 8 1 3.33 2.67
7
dan kehendak pembeli
Pembeli terpaksa
menunggu masa yang 16.6
6 6 20.00 4 13.33 10 33.33 5 5 16.67 2.97
lama untuk menrima 7
pengesahan tempahan
Pembeli mudah membeli 36.6
7 3 10.00 3 10.00 6 20.00 11 7 23.33 3.53
pastri dan kek dalam 7

31
981116-xx-xxxx

kuantiti yang dikehendaki


Jadual 6: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelian Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek
yang Sering Mendapat Sambutan Pembeli Melalui Aplikasi Dalam Talian di Roti,
Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor.

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

Graf 2 : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelian Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek
yang Sering Mendapat Sambutan Pembeli Melalui Aplikasi Dalam Talian di Roti,

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelian Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek yang
Sering Mendapat Sambutan Pembeli Melalui Aplikasi Dalam Talian
18
16
14
12
10
8
6
4
2
Bilangan Responden (orang)

0
tif h p n l i n ki
ea ba da l ia be ha da
kr as
a se ta em pa n
ah m he
da
n un al l am kp te ke
km ad da nd
a
an di
rik a n ng
a
tid ke
k
ha he ah ya
en ke es
,m
n n pa n ng titi
as da da em da e an
al tri t p u
m ah s at sa a k
ke pa bu ra im
k km a a er am
ke ke as em ci t en al
da
n n R m ati km kd
ri da ah ep tu ke
st rt i ud n n n
Pa s e u da
pa l im m a tri
a be ak la
m s
rg tid pa
Ha Pe
m k ng li
ke ya be
n a em
da as m
ri m
st u ah
Pa gg ud
un m
e n li
m be
m li Item
be Pe
e m
P
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor.

(Sumber : Kajian Lapangan 2017)

Berdasarkan kajian ini, item yang pertama iaitu pastri dan kek yang dihasilkan
kemas, menarik dan kreatif, daripada 30 orang responden, tiada responden yang
memilih sangat tidak setuju (0%), 2 orang responden memilih tidak setuju (6.67%), 8

32
981116-xx-xxxx

orang responden memilih kurang setuju (26.67%), 17 orang responden memilih setuju
(56.57%) dan 3 orang responden (10.00%) memilih sangat setuju dengan item ini. Min
bagi item yang pertama ialah 3.70, iaitu mendekati skala likert 4 yang bermaksud setuju.
Hal ini menunjukkan bahawa pernyataan pastri dan kek yang dihasilkan kemas, menarik
dan kreatif dipersetujui oleh responden. Menurut hasil temubual, Informan 3 menyatakan
bahawa faktor beliau membeli hasil-hasil pastri dan kek di kedai Roti, Cikedut dan Kek
Marhana Daud Enterprise disebabkan faktor ilustrasi gambar pastri dan kek yang
menarik.

Selain itu, item yang kedua iaitu, harga pastri dan kek adalah mahal dan tidak
munasabah. Daripada pernyataan tersebut, didapati bahawa 4 orang responden (13.33%)
menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju, 7 orang responden (23.33%) menyatakan
bahawa mereka tidak setuju dengan item ini, 12 orang responden (40.00%) menyatakan
bahawa mereka kurang setuju, 6 orang responden (20.00%) menyatakan bahawa mereka
setuju dan seorang responden menyatakan bahawa dia sangat setujuh dengan item ini.
Dengan skor min sebanyak 2.77 mendekati skala likert 3 iaitu kurang setuju, dapatlah
dirumuskan bahawa responden kurang bersetuju dengan pernyataan bahawa harga pastri
dan kek adalah mahal dan tidak munasabah. Menurut temubual yang dijalankan, didapati
kesemua informen menyatakan bahawa harga yang dikenakan untuk hasil-hasil pastri dan
kek sangat berpatutan dan mampu beli.

Selanjutnya, item yang ketiga iaitu, rasa pastri dan kek yang dihasilkan adalah
sedap. Pernyataan ini mendapati bahawa tiada responden yang sangat tidak setuju (0%),
seorang responden berpendapat tidak setuju (3.33%), 3 orang responden berpendapat
kurang setuju (10.00%), 15 orang responden berpendapat setuju (50.00%) dan seramai 11
orang responden berpendapat sangat setuju (36.67%). Min yang diperoleh ialah sebanyak
4.20 iaitu min yang tertinggi, yang hampir dengan skala likert 4, iaitu setuju. Ini
menunjukkan bahawa responden mempersetujui pernyataan bahawa rasa pastri dan kek
yang dihasilkan adalah sedap. Menurut hasil temubual bersama-sama informen, didapati
bahawa informen bersetuju bahawa hasil-hasil pastri dan kek yang dihasilkan sedap dan
tidak terlalu manis.

33
981116-xx-xxxx

Seterusnya, item yang keempat iaitu, pembeli mudah membuat tempahan


melalui aplikasi dalam talian, daripada 30 orang responden, tiada responden (0%) yang
memilih sangat tidak setuju, 8 orang responden (26.67%) memilih tidak setuju, 3 orang
responden (10.00%) memilih kurang setuju, 9 orang responden (30.00%) memilih setuju
dan 10 orang responden (33.33%) memilih sangat setuju. Dengan skor min sebanyak 3.70
mendekati skala likert 4, iaitu setuju, dapatlah dirumuskan bahawa responden bersetuju
dengan pernyataan bahawa pembeli mudah membuat tempahan melalui aplikasi dalam
talian. Menurut temubual yang dijalankan oleh pengkaji, didapati bahawa informen
berpendapat mereka mudah membuat tempahan melalui aplikasi dalam talian seperti
Whatapps dan Facebook.

Kemudian, item yang kelima iaitu pastri dan kek yang dibeli tidak menepati
cita rasa dan kehendak pembeli. Daripada pernyataan tersebut didapati bahawa 8 orang
responden (26.67%) menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju, 4 orang responden
(13.33%) menyatakan bahawa mereka tidak setuju, 9 orang responden (30.00%)
menyatakan bahawa mereka kurang setuju, 8 orang responden (26.67%) menyatakan
bahawa mereka bersetuju dan seorang responden (3.33%) menyatakan bahawa dia sangat
setuju dengan item tersebut. Min yang diperoleh adalah sebanyak 2.67 iaitu skor min
yang terendah menghampiri skala likert 3 iaitu, kurang setuju. Hal ini boleh dirumuskan
bahawa responden kurang bersetuju dengan pernyataan bahawa pastri dan kek yang
dibeli tidak menepati cita rasa dan kehendak pembeli. Menurut hasil temubual, pengkaji
mendapati bahawa informen tidak bersetuju dengan kenyataan pastri dan kek yang dibeli
tidak menepati cita rasa dan kehendak pembeli kerana mereka berpendapat hasil-hasil
pastri dan kek yang dihasilkan menepati cita rasa pembeli. Ini bertepatan dengan data
borang soal selidik yang menunjukkan bahawa responden kurang setuju dengan
pernyataan tersebut.

Seterusnya, item yang keenam iaitu pembeli terpaksa menunggu masa yang
lama untuk menerima pengesahan tempahan. Pernyataan ini mendapat 6 orang
reponden (20.00%) sangat tidak setuju, 4 orang responden (13.33%) tidak setuju, 10
orang responden (33.33%) kurang setuju dan masing-masing 5 orang responden (16.67%)
setuju dan sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Dengan skor min sebanyak 2.97

34
981116-xx-xxxx

yang mendekati skala likert 3 iaitu, kurang setuju, dapatlah dirumuskan bahawa
responden kurang bersetuju dengan pernyataan bahawa pembeli terpaksa menunggu masa
yang lama untuk menerima pengesahan tempahan. Menurut Informan 1, beliau
menyatakan bahawa membuat tempahan sangat senang kerana beliau boleh membuat
tempahan dan dalam masa sehari atau dua hari tempahan beliau sudah siap. Selain itu,
Informan 1 juga menyatakan bahawa beliau mengenali pemilik Roti, Cikedut dan Kek
Marhana Daud Enterprise iaitu Puan Marhana Binti Daud. Ini menunjukkan bahawa data
borang soal selidik dan hasil temubual bertepatan kerana responden kurang bersetuju
dengan pernyataan pembeli terpaksa menunggu masa yang lama untuk menerima
pengesahan tempahan dan Informan 1 menyatakan bahawa tempahan beliau cepat
disediakan.

Item yang ketujuh dan terakhir ialah pembeli mudah membeli pastri dan kek
dalam kuantiti yang dikehendaki. Daripada pernyataan tersebut, 3 orang responden
(10.00%) masing-masing berpendapat sangat tidak setuju dan tidank setuju, 6 orang
responden (20.00%) berpendapat kurang setuju, 11 orang responden (36.67%)
berpendapat setuju dan 7 orang responden (23.33%) berpendapat sangat setuju. Min yang
diperoleh adalah sebanyak 3.53 menghampiri skala likert 4 iaitu, setuju. Hal ini
menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan pernyataan bahawa pembeli mudah
membeli pastri dan kek dalam kuantiti yang dikehendaki. Menurut hasil temubual,
pengkaji mendapati bahawa kesemua informen bersetuju dengan pernyataan pembeli
mudah membeli pastri dan kek dalam kuantiti yang dikehendaki. Hal ini kerana mereka
berpendapat bahawa Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise mampu
menyediakan hasil-hasil pastri dan kek mengikut kuantiti yang dikehendaki pelanggan.
Menurut Informan 3, tempahan dengan kuantiti yang banyak akan mendapat harga yang
lebih murah berbanding harga asal per kuantiti.

Secara keseluruhannya, didapati item yang mempunyai min yang tertinggi ialah
rasa pastri dan kek yang dihasilkan adalah sedap dengan skor min sebanyak 4.20. Hal
ini menunjukkan bahawa responden di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor bersetuju
dengan pernyataan ini. Menurut data borang soal selidik dan hasil temubual, dapatlah
dirumuskan bahawa responden bersetuju dengan pernyataan rasa pastri dan kek yang

35
981116-xx-xxxx

dihasilkan adalah sedap bertepatan dengan pendapat kesemua informen bahawa hasil-
hasil pastri dan kek yang dihasilkan adalah sedap.

Selain itu, item yang kelima iaitu, pastri dan kek yang dibeli tidak menepati
cita rasa dan kehendak pembeli mencatatkan min yang terendah iaitu 2.67 yang
mendekati skala likert 3. Hal ini menunjukkan bahawa item tersebut tidak mendapat
sokongan responden di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor kerana responden berpuas
hati dengan pastri dan kek yang disediakan oleh Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud
Enterprise di samping pastri dan kek yang dihasilkan menepati kehendak pelanggan.
Menurut data daripada borang soal selidik dan hasil temubual, pengkaji dapat
merumuskan bahawa responden dan informen kurang bersetuju dengan pernyataan pastri
dan kek yang dibeli tidak menepati cita rasa dan kehendak pembeli dan menyatakan
bahawa hasil-hasil pastri dan kek memenuhi cita rasa dan kehendak pembeli.

Kesimpulannya, penghasilan produk pastri dan kek Marhana Daud Enterprise


yang boleh dibeli secara terus mahupun melalui pembelian dalam talian mempunyai
pelanggan tetapnya yang tersendiri. Item seperti tart, cream puff, kek, roti dan brownies
sering mendapat sambutan pembeli secara dalam talian. Faktor-faktor seperti rasa pastri
dan kek yang dihasilkan adalah sedap, pastri dan kek yang dihasilkan kemas, menarik
dan kreatif, serta pembeli mudah membuat tempahan melalui aplikasi dalam talian
menjadi penyebab produk pastri dan kek syarikat kecil ini masih terus mendapat
sambutan.

36
981116-xx-xxxx

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pendahuluan

Kajian ini secara keseluruhan mengenai pembelian hasil-hasil pastri dan kek
melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di
Kampung Banghuris, Sepang, Selangor. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah
untuk mengenal pasti jenis-jenis hasil pastri yang sering mendapat sambutan pembeli dan
mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian hasil-hasil pastri dan kek melalui
aplikasi dalam talian. Lokasi kajian ini dijalankan di Kampung Banghuris, Sepang,
Selangor. Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian seperti instrumen kajian, borang
soal selidik, temubual dan rujukan kepustakaan. Pengkaji telah menjalankan kajian ke
atas 30 orang responden berbeza jantina, umur, pekerjaan dan pendapatan yang telah
dipilih secara ‘snow ball’ (bola salji). Pengkaji telah menemu bual 3 orang informen
untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan kajian ini. Pengkaji juga menggunakan
analisis skala likert lima point untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kajian
ini.

6.2 Mengenal Pasti Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek yang Sering Mendapat
Sambutan Pembeli di Kampung Banghuris, Sepang, Selangor

Berdasarkan kajian yang dijalankan, dapatlah dirumuskan bahawa item yang


paling dominan dalam mengenal pasti jenis-jenis hasil pastri yang sering mendapat
sambutan pembeli di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise ialah tart (tart
buah/ cheese tart/ tart coklat). Item ini mendapat sebanyak 23 orang responden (76.67%)
yang bersetuju memilih item tersebut dan mendapat 7 orang responden (23.33%) yang
memilih pilihan jawapan TIDAK. Kesimpulannya, item tart (tart buah/ cheese tart/ tart
coklat) menjadi pilihan utama responden dalam pembelian melalui aplikasi dalam talian.
Menurut data daripada borang soal selidik dan hasil temubual yang dijalankan, pengkaji

37
981116-xx-xxxx

mendapati bahawa responden bersetuju dengan memilih tart (tart buah/ cheese tart/ tart
coklat) sebagai hasil pastri dan kek yang sering mendapat sambutan pembeli bertepatan
dengan kenyataan informen iaitu tart antara jenis pastri dan kek yang sering dibeli oleh
informan.

Selain itu, item yang kurang dominan dalam mengenal pasti jenis-jenis hasil pastri
yang sering mendapat sambutan pembeli di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud
Enterprise ialah Congo Bars. Hal ini kerana Congo Bars mendapat sebanyak 6 orang
responden (20.00%) yang memilih pilihan jawapan YA manakala bakinya 24 orang
responden (80.00%) memilih pilihan jawapan TIDAK. Kesimpulannya, congo bars tidak
menjadi pilihan responden dalam pembelian dalam talian. Menurut hasil temubual yang
dijalankan pengkaji, didapati faktor mengapa Congo Bars kurang mendapat sambutan
pembeli adalah kerana Conga Bars tidak selalu dihasilkan dan pembeli perlu membuat
tempahan dahulu jika mahu membeli Congo Bars.

6.3 Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelian Hasil-hasil Pastri


dan Kek di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung
Banghuris, Sepang, Selangor.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, dapatlah dirumuskan bahawa item yang


paling dominan ialah rasa pastri dan kek yang dihasilkan adalah sedap. Hal ini kerana
item ini mendapat min skor yang tertinggi iaitu sebanyak 4.20 yang hampir dengan skala
likert 4 iaitu setuju. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Kesimpulannya, pembelian dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana
Daud Enterprise disebabkan rasa pastri dan kek yang dihasilkan adalah sedap. Menurut
data daripada borang soal selidik dan hasil temubual, pengkaji dapat merumuskan
bahawa pembeli lebih mengutamakan rasa hasil pastri dan kek. Menurut kesemua
informen, mereka menyatakan antara salah satu sebab mereka membeli hasil-hasil pastri
dan kek adalah kerana rasa sedap dan tidak terlalu manis.

38
981116-xx-xxxx

Selain itu, item yang kurang dominan ialah pastri dan kek yang dibeli tidak
menepati cita rasa dan kehendak pembeli. Item berkenaan mendapat min skor yang
terendah iaitu, 2.67 mendekati skala likert 3 iaitu kurang setuju. Ini menunjukkan bahawa
responden kurang bersetuju denga kenyataan bahawa pastri dan kek yang dibeli tidak
menepati cita rasa dan kehendak pembeli. Menurut temubual yang dijalankan, informan
menyatakan bahawa kebanyakan hasil pastri dan kek yang dihasilkan oleh Roti, Cikedut
dan Kek Marhana Daud Enterprise mengikut cita rasa pembeli. Kesimpulannya, pengkaji
mendapati bahawa data daripada temubual dan borang soal selidik berkenaan item
tersebut bertepatan. Hal ini kerana responden kurang bersetuju dengan pernyataan
bahawa pastri dan kek yang dibeli tidak menepati cita rasa dan kehendak pembeli dan
menyatakan bahawa pastri dan kek tersebut memenuhi cita rasa mereka.

6.4 Kesimpulan

Industri pastri dan kek yang semakin mendapat tempat di hati pembeli dan
peminat manisan telah mengorak langkah dalam era teknologi ini apabila menggunakan
medium perantaraan elektronik seperti aplikasi Whatapps dan Facebook untuk
mempromosikan dan menjual hasil-hasil pastri dan kek. Menurut Utusan Online (2008),
industri penyediaan roti dan pastri di negara ini semakin pesat membangun lebih-lebih
lagi dengan kemunculan kedai roti atau bakeri yang membawa konsep baru dalam
perniagaan mereka. Mengunjungi kedai roti hari ini suasananya sudah cukup berbeza
dengan konsep lebih moden, santai dan kepelbagaian jenis produk roti yang ditawarkan.
Oleh itu, meningkatkan kemahiran dalam teknik pembuatan pastri dan kek amat perlu
kerana persaingan dalam industri pastri kini semakin mencabar. Selain itu, penggunaan
teknologi canggih dalam pembuatan pastri dan kek tidak boleh dipandang ringgan kerana
teknologi ini mampu meningkatan kualiti dan rasa pastri dan kek yang dihasilkan.

39
981116-xx-xxxx

RUJUKAN

Ang Kean Hua (2016). Pengenalan Rangka kerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan:
Satu Kajian Komprehensif. Dicapai pada Mac 23, 2017, from
https://www.researchgate.net

Ann Kay, 2010. Delicious Desserts 500. London: Anness Publishing Ltd.

Azlina Ahmad dan Ridzuan Amin, 2015. Siri Remaja Dan Pengurusan Kewangan:
Fenomena Perniagaan Online. Malaysia: Pustaka Dasar Jaya Sdn. Bhd.

Facebook (2017). Marhana Daud. Dicapai pada Mac 19, 2017, from http://facebook.com

Jaafar Muhammad, 2013. Kelakuan Organisasi. Edisi Kelapan. Malaysia: Leeds


Publications (M) Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Baru, 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Melody Lord, 2011. Essential Baking. China: Murdoch Books Pty Limited.

Mokhtar Pet, 2016. Ace Ahead Teks STPM: Pengajian Perniagaan: Perniagaan. Edisi
Ketiga. Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noraini Idris, 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia)


Sdn. Bhd.

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor (2017). Portal Rasmi Negeri Selangor Carian –
Sejarah Negeri Selangor. Dicapai pada Mac 4, 2017, from http://www2.selangor.gov.my

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Sepang (2014). Portal Rasmi Majlis Perbandaran
Sepang Carian – Sejarah Sepang & Peta Daerah Sepang. Dicapai pada Mac 4, 2017, from
http://www.mpsepang.gov.my

Rohaizan Abdullah. “Kelebihan Perniagaan Dalam Talian” dlm. Dewan Siswa Bil. 2,
hlm. 64, Februari 2017.

vi
981116-xx-xxxx

Roslan Othman (2008). MIB Lahirkan Chef Pastri. Dicapai pada Mac 23, 2017, from
https://ww1.utusan.com.my

Sabariah Ali, 2016. Ace Ahead Teks STPM: Mikroekonomi. Edisi Ketiga. Malaysia:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Safinah Saufi, 2014. Siri Menelusi Rahsia Puncak Kejayaan: Merujuk Ensiklopedia dan
Internet. Edisi Pertama. Malaysia: Penerbit Sinar Cemerlang.

Siti Nadia Ahmaad, 2013. Siri Modifikasi Gaya Hidup: Modifikasi Dalam Makanan.
Malaysia: Pustaka Minda Aktif.

Siti Nadirah Hafidzin. “Bakeri Dari Rumah” dlm. Harian Metro, 28 Februari 2017.

Wan Raihan Wan Daud dan Radzali Yahya, 2014. Siri Usahawan Berwawasan:
Keusahawanan Internet. Kuala Lumpur: Good Tree Publication.

vii
981116-xx-xxxx

LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TERHADAP PEMBELIAN HASIL – HASIL
PASTRI DAN KEK MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN DI ROTI, CIKEDUT
DAN KEK MARHANA DAUD ENTERPRISE DI KAMPUNG BANGHURIS,
SUNGAI PELEK, SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
 Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklum balas tentang pembelian
hasil-hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek
Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sungai Pelek, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.
 Diharap anda menjawab semua soalan dengan ikhlas.
 Kerjasama anda untuk melengkapkan soal selidik ini adalah amat berharga.
BAHAGIAN A : DEMOGRAFI
ARAHAN: Sila tandakan (/) pada ruangan yang berkenaan.
1. Jantina : Lelaki [ ]
: Perempuan [ ]

2. Pekerjaan : Kerajaan [ ]
: Sektor Swasta [ ]
: Berkerja Sendiri [ ]
: Tidak Bekerja / pelajar [ ]

3. Peringkat Umur : Bawah 20 Tahun [ ]


: 21 – 30 Tahun [ ]
: 31 – 40 Tahun [ ]
: 41 – 50 Tahun [ ]
: 51 Tahun dan Ke Atas [ ]

4. Pendapatan : Bawah RM 1500.00 [ ]


: RM 1501 – RM 3000 [ ]
: RM 3001 – RM 4500 [ ]
: RM 4501 dan Ke Atas [ ]

viii
981116-xx-xxxx

BAHAGIAN B : MENGENAL PASTI JENIS – JENIS PASTRI DAN KEK YANG


SERING MENDAPAT SAMBUTAN PEMBELI MELALUI APLIKASI DALAM
TALIAN DI ROTI, CIKEDUT DAN KEK MARHANA DAUD ENTERPRISE DI
KAMPUNG BANGHURIS, SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

ARAHAN : Sila jawab soalan BAHAGIAN B berdasarkan kepada pilihan jawapan YA


atau TIDAK dan tandakan ( / ) ruang yang berkenaan.

BI JENIS HASIL PASTRI DAN KEK YANG SERING


YA TIDAK
L MENDAPAT SAMBUTAN PEMBELI

1. Tart (Tart buah/ Cheese tart/ Tart coklat )

2. Cream Puff

Kek ( Kek Cheese Leleh / Kek Butter/ Kek Coklat Moist/


3.
Kek Cawan )

4. Roti ( Roti Cheese / Roti Sosej / Roti Coklat/ Roti Tuna)

5. Brownies

6. Pavlova

7. Congo Bars

8. Pai ( Pai Epal / Pai Nanas / Pai Keju )

ix
981116-xx-xxxx

BAHAGIAN C : MENGKAJI FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PEMBELIAN HASIL – HASIL PASTRI DAN KEK MELALUI APLIKASI DALAM
TALIAN DI ROTI, CIKEDUT DAN KEK MARHANA DAUD ENTERPRISE DI
KAMPUNG BANGHURIS, SEPANG, SELANGOR.

ARAHAN : Sila jawab BAHAGIAN C berdasarkan Skala Likert lima point di bawah
berikut :
Sangat Tidak Kurang
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Setuju Setuju
1 2 3 4 5
ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang berkenaan.

BIL PERNYATAAN 1 2 3 4 5
Pastri dan kek yang dihasilkan kemas,
1.
menarik dan kreatif.
Harga pastri dan kek adalah mahal dan tidak
2.
munasabah.
Rasa pastri dan kek yang dihasilkan adalah
3.
sedap
Pembeli mudah membuat tempahan melalui
4.
aplikasi dalam talian
Pastri dan kek yang dibeli tidak menepati
5.
cita rasa dan kehendak pembeli
Pembeli terpaksa menunggu masa yang lama
6. untuk menerima pengesahan penerimaan
tempahan
Pembeli mudah membeli pastri dan kek
7.
dalam kuantiti yang dikehendaki

Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

x
981116-xx-xxxx

LAMPIRAN

TEMUBUAL

Bahagian A : Data Demografi Informan

Nama :

Jantina :

Umur :

Pekerjaan :

Pendapatan :

Bahagian B : Mengenal Pasti Jenis-jenis Hasil Pastri dan Kek Melalui Aplikasi Dalam
Talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di
Kampung Banghuris, Sepang, Selangor.

1. Adakah tuan/puan pernah membeli hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam
talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise?
2. Apakah jenis pastri dan kek yang tuan/puan sering beli melalui aplikasi dalam
talian?
3. Mengapakah hasil pastri dan kek tadi sering menjadi pilihan tuan/puan?
4. Mengapakah hasil-hasil pastri dan kek seperti ________, ________ dan ________
bukan menjadi pilihan tuan/puan?

Bahagian C : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelian Hasil-hasil Pastri dan Kek


Melalui Aplikasi Dalam Talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di
Kampung Banghuris, Sepang, Selangor.

1. Menurut pendapat tuan/puan, apakah faktor yang mempengaruhi pembelian hasil


pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian?

xi
981116-xx-xxxx

2. Adakah harga pastri dan kek yang dihasilkan berpatutan?


3. Adakah rasa pastri dan kek yang dihasilkan mengikut cita rasa tuan/puan?
4. Pada pendapat tuan/puan, adakah pembelian hasil pastri dan kek dalam talian
dapat menyediakan produk mengikut kuantiti yang dikehendaki pelanggan?
5. Nyatakan tiga faktor utama anda gemar membeli hasil-hasil pastri dan kek dalam
talian?

xii
981116-xx-xxxx

LAMPIRAN

TEMUBUAL

Informan 1

Bahagian A: Data Demografi Informan

Nama : Siti Nur Balqis Binti Yusof

Jantina : Perempuan

Umur : 19 Tahun

Pekerjaan : Pelajar

Pendapatan : Bawah RM 1500

Pada 11 Mac 2017 yang lalu saya telah pergi ke rumah cik Balqis untuk
mendapatkan maklumat. Saya juga telah menemu bual cik Balqis bagi mendapatkan
beberapa informasi. Temubual itu adalah seperti berikut:

Pengkaji : Selamat petang. Terima kasih kepada cik Balqis kerana sudi di temubual.
Okay. Pada petang ini, kita akan menemubual mengenai pembelian hasil
pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan

xiii
981116-xx-xxxx

Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris, Sepang,


Selangor. Sebelum kita mulakan temu bual ini, bolehkah cik
Balqis... cik Balqis memberitahu kepada saya mengenai latar belakang
cik Balqis saperti nama, jantina, umur, pekerjaan dan pendapatan
sekiranya ada?

Informan : Nama ... nama Sitinur Balqis binti Mohd Yusof. Jantina perempuanlah.
Umur 19 tahun. Pekerjaan tiada. Pendapatan pun tiada. Duit
belanja je ada.

Pengkaji : Baiklah, soalan pertama, adakah cik Balqis pernah membeli hasil pastri
dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut dan Kek
Marhana Daud Enterprise?

Informan : Ada. Ada. Menggunakan Whatapps, Instagram.

Pengkaji : Apakah jenis pastri dan kek yang cik Balqis sering beli melalui aplikasi
dalam talian? Nyatakan tiga yang utama?

Informan : Ahh Cream Puff, cikedut tu dengan Pavlova. Ahh Tart buah lagi ada
apam polkadot.

Pengkaji : Mengapakah hasil pastri dan kek tadi sering menjadi pilihan cik?

Informan : Sebab favourite saya. Sebab saya suka makan tu. Ahh dia guna kuantiti
yang ahh banyaklah lepas tu sedap. Harga yang berpatutan.

Pengkaji : Mengapakah hasil pastri dan kek seperti Kek Cheese Leleh, Pavlova,
maaf bukan Pavlova ahh seperti Congo Bars dan Pai bukan menjadi pilihan cik
Balqis?

Informan : Sebab saya lebih suka beli dekat kedai lagi besar kut takut tak sedap.

Pengkaji : Menurut pendapat cik Balqis, apakah faktor yang mempengaruhi


pembelian hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian?

xiv
981116-xx-xxxx

Informan : Faktor yang mempengaruhi mungkin sebab senang kut. Boleh terus call
lepas itu dalam masa sehari dua hari dia dah siap. So, lepas tu
kenal dengan penjualnya.

Pengkaji : Adakah harga pastri dan kek yang dihasilkan berpatutan?

Informan : Berpatutan dengan kuantiti yang dia sediakanlah. Mampu beli.

Pengkaji : Adakah rasa pastri dan kek yang dihasilkan mengikut cita rasa cik?

Informan : Ahh bolehlah sebab kadang-kadang dia manis sangat pun tak sedap
sangat. Dia kena yang okay-okay jelah tapi buat masa sekarang ini apa
yang dia jual tu ahh semua ikut cita rasalah.

Pengkaji : Okay. Pada pendapat cik, adakah pembelian hasil pastri dan kek dalam
talian dapat menyediakan produk dalam kuantiti yang dikehendaki
pelanggan?

Informan : Ahh mampu sebab sebelum ini ada buat order ahh cream puff dalam
kuantiti yang banyak tapi dia dalam masa yang sehari ahh dalam
masa yang saya mintak dia boleh sediakan lah. Memang sedaplah.

Pengkaji : Okay, nyatakan tiga faktor utama anda gemar membeli hasil-hasil pastri
dan kek dalam talian?

Informan : Ahh sebab satu mudahlah senang nak beli, tak adalah nak susah nak
pergi kedai tu, nak pergi guna minyak kereta, semuakan. So, lepas tu, harga dia
pula tak ada mahal sangat macam kedai besar dekat luar sana itu. Lagi
satu. Lepas itu, rasa dia pun sedap juga. So, kalau nak buat ... nak beli lagi itu
memang patutlah beli sebab sedap.

Pengkaji : Baiklah, itu sahaja soalan temubual kita hari ini. Terima kasih saya
ucapkan kepada cik Balqis kerana sanggup ditemu bual.

Informan : Sama-sama.

xv
981116-xx-xxxx

LAMPIRAN

TEMUBUAL

Informan 2

Bahagian A: Data Demografi Informan

Nama : Siti Nabilah Aisyah Binti Suhairi

Jantina : Perempuan

Pekerjaan : Pelajar

Pendapatan : Bawah RM 1500

Pada 11 Mac 2017 yang lalu saya telah pergi ke rumah cik Nabilah untuk
mendapatkan maklumat. Saya juga telah menemu bual cik Nabilah bagi mendapatkan
beberapa informasi. Temubual itu adalah seperti berikut:

Pengkaji : Selamat petang. Terima kasih kepada cik Nabilah kerana sudi di
temubual. Pada hari ini, kita akan menemubual mengenai pembelian hasil
pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti,
Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise di Kampung Banghuris,

xvi
981116-xx-xxxx

Sepang, Selangor. Sebelum kita mulakan temu bual ini, boleh cik
Nabilah terangkan sedikit mengenai latar belakang cik Nabilah
saperti nama, jantina, umur, pekerjaan dan pendapatan?

Informan : Okay, nama saya Siti Nabilah Aisyah Binti Suhair, jantina iaitu
perempuan, umur 19 tahun, pekerjaan sebagai pelajarlah STPM
SMK Sungai Pelek dan pendapatan tiada lagi.

Pengkaji : Okay, adakah cik Nabilah pernah membeli hasil pastri dan kek melalui
aplikasi dalam talian?

Informan : Pernah.

Pengkaji : Okay. Apakah jenis pastri dan kek yang cik Nabilah sering beli melalui
aplikasi dalam talian di kedai Roti, Cikedut dan Kek Marhana
Daud Enterprise?

Informan : Saya selalu membeli ahh Tart buah, ahh air Five Jump. Saya juga
membeli Cream Puff dengan Kek Cheese Leleh. So banyak benda jugalah
yang dibeli.

Pengkaji : Mengapakah hasil pastri dan kek tadi sering menjadi pilihan cik?

Informan : Ahh sebab dia punya rasa yang saya selalu beli adalah Cream Puff. Rasa
dia sedap. Kira bolehlah orang cakap benda itu dijual dekat
Banghuris sebab tiada lagi yang jual. Selapas itu, kalau beli Kek Leleh
Cheese, Tart buah itu kira macam freash sebab macam dia punya buah
itu banyak, dia punya isi cream itu pun banyak. Saya rasa sedap
even ada perisa blueberry, strawberi tapi dia punya buah itu still dia letak itu,
topping atas itu, memang segarlah bagi saya.

Pengkaji : Okay. Mengapakah hasil pastri dan kek seperti Pavlova, Brownies dan
Congo Bars bukan menjadi pilihan cik Nabila?

Informan : Bagi saya yang benda itu kita senang nak buat or... ahh jaranglah. Bagi
saya, Congo Bars itu, Pavlova itu yang macam, kita akan rasa
sekali tapi kita tak akan beli lagi. Contoh, macam kalau kita beli

xvii
981116-xx-xxxx

Cream Puff, Tart buah itu, dia kecil-kecil. Bila kecil-kecil kita boleh
rasa semua tanpa membuat pilihan buah.

Pengkaji : Baiklah. Soalan seterusnya ialah menurut pendapat cik Nabilah, apakah
faktor yang mempengaruhi pembelian hasil pastri dan kek melalui
aplikasi dalam talian?

Informan : Hmm.. Pada pendapat saya, faktor ini mempengaruhi hasil pastri dengan
kek melalui aplikasi dalam talian, saya selalu ahh disebabkan
pastri dia sedap, menarik, mudah untuk membuat tempahan melalui
dalam talian seperti Whatapps dan Facebook. Saya juga selalu pergi
kesana sebab ahh memang harganya berpatutan dengan apa yang ahh jenis
pastri yang dilakukan, ahh yang dibuat ahh kek leleh dia memang
sedaplah bagi saya.

Pengkaji : Adakah harga pastri dan kek yang dihasilkan berpatutan?

Informan : Harga dia memang berpatutan. Saya rasa setakat ini memang berpatutan,
sangat berpatutan sebab satu dia punya isi dia, dia punya inti dia, perasa
dia itu, kira sedap.

Pengkaji : Okay. Adakah rasa pastri dan kek yang dihasilkan mengikut cita rasa cik
Nabilah?

Informan : Kadang cita rasa itu ikut juga apa yang saya nak. Kadang bagi saya,
biasalah dua tiga kali tempah rasanya lain. Kadang rasanya tak
sedap. So, bagi saya just okay-okay saja. Bolehlah. Bolehlah.

Pengkaji : Pada pendapat cik Nabilah, adakah pembelian hasil pastri dan kek dalam
talian dapat menyediakan produk dalam kuantiti yang
dikehendaki pelanggan?

Informan : Okay. Bagi pendapat saya memang betul dan hasil pastri dengan kek ini,
dia menyediakan hmm produk mengikut kuantiti yang pelanggan
nak sebab bila saya tempah dia akan beritahu berapa kuantiti yang
kita nak. So, nanti dia akan siapkan mengikut kuantiti yang kita nak.

xviii
981116-xx-xxxx

Pengkaji : Okay, nyatakan tiga faktor utama anda gemar membeli hasil-hasil pastri
dan kek dalam talian?

Informan : Tiga faktor utamanya adalah Kek, Pastri or Tart buah, Cream Puff itu
yang saya beli ahh dia mempunyai harga yang berpatutan. Yang kedua, rasa dia
sedap, menarik dan memang boleh diterima cita rasa dia. Lepas itu,
yang ketiga apa yang kita nak produk itu atau jenis makanan itu boleh
mengikut kuantiti yang kita hendak. So, benda itu memang berpatutanlah.

Pengkaji : Baiklah, itu saja temubual kita setakat ini. Saya mengucapkan terima
kasih kepada cik Nabilah kerana sudi meluangkan masa.

Informan : Okay, terima kasih.

xix
981116-xx-xxxx

LAMPIRAN

TEMUBUAL

Informan 3

Bahagian A: Data Demografi Informan

Nama : Nur Farhana Binti Maarof

Jantina : Perempuan

Umur : 27 Tahun

Pekerjaan : Bekerja Sendiri

Pendapatan : RM 1501 – RM 3000

Pada 13 Mac 2017 yang lalu saya telah pergi ke rumah Puan Farhana Binti
Makrof untuk mendapatkan maklumat. Saya juga telah menemu bual Puan Farhana bagi
mendapatkan beberapa informasi. Temubual itu adalah seperti berikut:

Pengkaji : Selamat petang, puan. Jika tidak keberatan ingin menemubual puan
mengenai pembelian hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam
talian di Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud. Baiklah, Sebelum

xx
981116-xx-xxxx

kita mulakan temubual ini dengan penerangan latar belakang puan


saperti nama, umur, pekerjaan dan pendapatan sekiranya ada?

Informan : [Bunyi bising] Nama akak Nur Farhana, umur akak 27 tahun, pekerjaan
akak adalah berkerja sendiri dan pendapatan sekarang RM 2000
ke atas. [Bunyi bising]

Pengkaji : Okay, kita akan mulakan soalan pertama, adakah puan pernah membeli
hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian di Roti, Cikedut
dan Kek Marhana Daud Enterprise?

Informan : Pernah. Pernah membelinya.

Pengkaji : [Bunyi bising] Apakah jenis pastri dan kek yang puan sering beli melalui
aplikasi dalam talian?

Informan : Macam Tart, Kek Cheese Leleh, lepas itu Coklat Moist, Roti, Brownies.

Pengkaji : Mengapakah hasil pastri dan kek tadi sering menjadi pilihan tuan ...
puan?

Informan : Pertamanya pastri yang dihasilkan kemas. [Bunyi bising] Pastrinya rasa
sedap. Lepas itu, cantik. [Bunyi bising] Harga pun berbaloi.
[Bunyi bising]

Pengkaji : Mengapakah hasil pastri dan kek seperti Pavlova, Pai dan Congo Bars
bukan menjadi pilihan puan?

Informan : [Bunyi bising] Yang itu jarang buat Congo Bars sebab kecuali kalau kita
ahh tempah. Sebab itu, dia tak available selalu lah dalam kedai dia.

Pengkaji : Menurut pendapat puan, apakah faktor yang mempengaruhi


pembelian hasil pastri dan kek melalui aplikasi dalam talian?

Informan : [Bunyi bising] Hmm faktor dia, ilustrasi gambar dia menarik. Lepas
itu, ... [Bunyi bising]

Pengkaji : Adakah harga pastri dan kek yang dihasilkan berpatutan?

xxi
981116-xx-xxxx

Informan : Sangat berpatutan.

Pengkaji : Adakah rasa pastri dan kek yang dihasilkan mengikut cita rasa puan?

Informan : Ahh ya. Pastri yang dihasilkan tidak terlampau manis dan okay lah sedap.

Pengkaji : Pada pendapat puan, adakah pembelian hasil pastri dan kek dalam
talian dapat menyediakan produk mengikut kuantiti yang
dikehendaki pelanggan?

Informan : Ahh boleh dan ketikanya kalau kita order lebih harga dia pun berbeza
lah. Harganya lebih murah, jauh lebih murah daripada harga satu per kuantiti.

Pengkaji : Okay, nyatakan tiga faktor utama anda gemar membeli hasil-hasil pastri
dan kek dalam talian?

Informan : [Bunyi bising] Kita boleh beli lalu online, lalu dalam taliahlah. Senang.
[Bunyi bising] Pastri yang dihasilkan itu pun sedap dan harganya
berpatutan.

Pengkaji : Baiklah, terima kasih kerana puan sudi memberikan kerjasama dalam
temubual ini.

Informan : Sama-sama.

xxii
981116-xx-xxxx

LAMPIRAN

FOTO KAWASAN KAJIAN

Gambar 4: Papan Tanda Roti, Cikedut dan Kek Marhana Daud Enterprise

Gambar 5: Peti sejuk menyimpan hasil-hasil pastri dan kek yang dihasilkan.

xxiii
981116-xx-xxxx

Gambar 6: Kek Cheese Leleh yang sudah siap disimpan di dalam peti sejuk.

Gambar 7: Pemilik kedai, Puan Marhana Binti Daud bersama-sama pembantunya, Anis
Suhana Binti Khirur Rahman dalam proses membuat kuih.

xxiv
981116-xx-xxxx

Gambar 8: Mesin oven untuk membakar hasil pastri dan kek

Gambar 9 : Kek, Cream Puff dan cheesetart

xxv

Anda mungkin juga menyukai