Anda di halaman 1dari 45

LAPORAN PROJEK

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

PENAMBAHBAIKAN PENGETAHUAN REKOD


PENYELENGGARAAN SISTEM PENCEGAH
KEBAKARAN BANGUNAN UNIT GUGUSAN
SEMARANG PENINJAU

SHAHRIZAN BIN ABDUL AZIZ

241717
PENGURUSAN PENTADBIRAN
FB-025-4:2012
PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

TAJUK PROJEK : PENAMBAHBAIKAN PENGETAHUAN REKOD


PENYELENGGARAAN SISTEM PENCEGAH
KEBAKARAN BANGUNAN UNIT GUGUSAN
SEMARANG PENINJAU
DUTI/CU/ : CU 2 OFFICE ASSET & FACILITIES
BERKAITAN MANAGEMENT

Saya membuat akuan bahawa hasil laporan projek dibuat dengan mempraktikkan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang berdasarkan kepada
pengalaman dan kemahiran tanpa meniru dari mana-mana sumber.

TANDATANGAN PEMOHON :

NAMA : SHAHRIZAN BIN ABDUL AZIZ


NO KAD PENGENALAN : 840429 -01-6083
TARIKH : SEPTEMBER 2022

“Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya,
laporan ini adalah mencukupi dari skop dan kualiti bagi tujuan penganugerahan
Pensijilan Kemahiran Malaysia.”

TANDATANGAN PPL- PPT :

NAMA : NORA BINTI OTHMAN


NO KAD PENGENALAN : 701225-04-5130
TARIKH : 27 OKTOBER 2022

TANDATANGAN PPL- PPT :

NAMA : MUHAMAD FAIZAL BIN YUSOF


NO KAD PENGENALAN : 731108-08-5827
TARIKH : 27 OKTOBER 2022

i
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim dan Selamat Sejahtera.


Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayah-Nya dapat
saya menyempurnakan tugas yang diberikan ini mengikut tempoh masa di tempat
saya bertugas di Stesen Papa seperti yang ditetapkan. Terima kasih dan sekalung
penghargaan kepada semua yang terlibat terutama kepada Pegawai Memerintah,
Pegawai Laksana, Bintara bahagian dan anggota pasukan yang saya hormati dan
mengisi Borang Soal Selidik yang telah diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima ksih kepada pihak-pihak yang berkenaan
kerana memberi peluang kepada saya untuk memperolehi Diploma Kemahiran
Malaysia (DKM). Khususnya pihak pengurusan PERHEBAT, pegawai pembimbing
Haji Ariffin bin Bujang yang banyak membantu serta memberikan tunjuk ajar dalam
menyempurnakan tugasan mengenai Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu
(LPKT). Selain itu, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepada Pegawai Pembimbing dan keluarga serta rakan-rakan seperjuangan kerana
sudi membantu serta berkerjasama dalam merealisasikan usaha saya untuk
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka selama ini sangat
bermakna dan amat dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan padu mereka-
mereka ini berkemungkinan kajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Akhir sekali, saya amat berharap semoga hasil kajian ini dan penyelidikan ini dapat
memberi manfaat kepada semua peringkat anggota. Bagi mempertingkatkan mutu
kerja dan tugasan sebagai anggota stesen dan mendapat keberkatan serta keredhaan
Allah SWT hendaknya.

ii
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui cara penambahbaikan pengetahuan rekod


penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran bangunan unit gugusan semarang
peninjau Kota Kinabalu, Sabah. Satu kaji selidik telah dilakukan kepada anggota
stesen dengan menggunakan borang secara kuantitatif sebangai Instrumen Kajian dan
Penilaian yang dilaksanakan menilai keberkesanan pengurusan rekod dan tahap
kemahiran anggota stesen. Kaji selidik dilaksanakan adalah bertujuan sebagai satu
kaedah untuk mengenalpasti tahap pengurusan rekod penyelenggaraan dan tahap
kemahiran anggota stesen dalam sistem pencegah kebakaran penyelenggaraan sistem
pencegah kebakaran bangunan unit gugusan semarang peninjau seperti mana yang
dikehendaki oleh pasukan dan markas pemerintah. Permasalahan yang wujud
anggota stesen tidak mempunyai pengurusan rekod penyelenggaran sistem pencegah
kebakaran yang sistematik. Anggota Stesen dan pihak pentadbir tidak mengetahui
garis panduan pengurusan rekod penyeleggaraan pencegah kebakaran. Anggota
Stesen mempunyai pengetahunan yang kurang tentang kesedaran dalam perlaksanan
pengurusan alat pencegah kebakaran dan tidak mempunyai kemahiran asas
penggunaan alat pencegah kebakaran. Anggota stesen yang kurang mahir
mengendali alat pencegah kebakaran. Objektif kajian adalah mengenalpasti sejauh
mana keberkesanan pengurusan rekod dan tahap kemahiran anggota stesen. Analisis
data yang diperolehi daripada borang kaji selidik menunjukkan berlakunya
kelemahan tersebut ditujukkan dalam skala likert dan carta pai. Cadangan
penyelesaian mengadakan kursus pengurusan rekod keselamatan kebakaran, latihan
kebakaran, pengetahuan tentang langkah keselamatan dan sikap terhadap
keselamatan kebakaran. Kesimpulannya pasukan telah mencuba mengatasi
permasalahan tersebut walaupun tidak sepenuhnya mencapai sasaran ditetapkan..

iii
ISI KANDUNGAN

TAJUK PROJEK
PENGESAHAN LAPORAN PROJEK i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ISI KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL vi
SENARAI RAJAH vii
SENARAI GAMBAR viii
SENARAI LAMPIRAN xi
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 PENGENALAN 1
1.2 LATAR BELAKANG 1
1.3 PENYATAAN MASALAH 3
1.4 OBJEKTIF PROJEK 4
1.5 LIMITASI DAN SKOP KAJIAN 4
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 5
BAB 2 METODOLOGI KAJIAN 7
2.1 PENGENALAN 7
2.2 REKA BENTUK KAJI SELIDIK 7
2.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN 8
2.4 KAEDAH PENGAGIHAN BORANG KAJI SELIDIK 8
2.5 PROSEDUR KAJI SELIDIK 8
2.6 PENGUMPULAN DATA 9
2.7 TEKNIK ANALISA DATA 10
2.8 CARTA GANNT PERLAKSAAN PROJEK 11
BAB 3 ANALISA DATA 13
3.1 PENGENALAN 13
3.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN 13
3.3 ANALISA KAJIAN 16

iv
3.4 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF PERTAMA 16
3.5 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF KEDUA 19
3.6 PENILAIAN KESELURUHAN 22
3.7 KESIMPULAN 25
BAB 4 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 26
4.1 PENGENALAN 26
4.2 PERBINCANGAN 26
4.3 KELEBIHAN 28
4.4 KELEMAHAN 29
4.5 CADANGAN 29
4.6 KESIMPULAN 32
RUJUKAN
LAMPIRAN

v
SENARAI JADUAL

1.1 BILANGAN ANGGOTA MENGIKUT KEPAKARAN


3.1 TABURAN RESPONDEN MENGIKUT PANGKAT 14
3.2 TABURAN RESPONDEN MENGIKUT KEPAKARAN 15
3.3 TABURAN DATA SKALA LIKERT BERDASARKAN 17
SOALAN 1 LATIHAN KEBAKARAN YANG
DIJALANKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN
PENGETAHUAN ANGGOTA STESEN UNTUK
BERDEPAN DENGAN KEBAKARAN
3.4 TABURAN DATA SKALA LIKERT BERDASARKAN 18
SOALAN 2 GARIS PANDUAN DAPAT MEMBANTU
ANGGOTA STESEN DALAM PENGURUSAN REKOD
KESELAMATAN KEBAKARAN
3.5 TABURAN DATA SKALA LIKERT BERDASARKAN 20
SOALAN SAYA MENGETAHUI PROSEDUR
KESELAMATAN KEBAKARAN DAN MEMATUHI
PIAWAIAN YANG TELAH DITETAPKAN
3.6 TABURAN DATA SKALA LIKERT BERDASARKAN 21
SOALAN SAYA TELAH DILATIH UNTUK
MENGENDALIKAN PERALATAN KEBAKARAN
BAGI MEMASTIKAN PENGGUNAAN PERALATAN
KEBAKARAN DAPAT DIGUNAKAN DENGAN
BETUL

vi
SENARAI RAJAH

2.1 CARTA ALIRAN KERJA PROSEDUR KAJIAN 9


2.2 CARTA GANTT PELAKSANAAN KAJIAN 11
3.1 CARTA PAI PERATUSAN RESPONDEN MENGIKUT 14
PANGKAT
3.2 CARTA PAI PERATUSAN RESPONDEN MENGIKUT 15
KEPAKARAN
3.3 CARTA PAI PERATUSAN LATIHAN KEBAKARAN 17
YANG DIJALANKAN MENINGKATKAN
KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN ANGGOTA
STESEN UNTUK BERDEPAN DENGAN KEBAKARAN
3.4 CARTA PAI PERATUSAN GARIS PANDUAN DAPAT 19
MEMBANTU ANGGOTA STESEN DALAM
PENGURUSAN REKOD KESELAMATAN
KEBAKARAN
3.5 CARTA PAI PERATUSAN SAYA MENGETAHUI 20
PROSEDUR KESELAMATAN KEBAKARAN DAN
MEMATUHI PIAWAIAN YANG TELAH DITETAPKAN
3.6 CARTA PAI PERATUSAN SAYA TELAH DILATIH 22
UNTUK MENGENDALIKAN PERALATAN
KEBAKARAN BAGI MEMASTIKAN PENGGUNAAN
PERALATAN KEBAKARAN DAPAT DIGUNAKAN
DENGAN BETUL
3.7 TABURAN MENGENALPASTI TAHAP 23
KEBERKESANAN PENGURUSAN REKOD
3.8 TABURAN MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN 24
ANGGOTA STESEN

vii
SENARAI GAMBAR

1.1 KERJA SELENGGARA ALAT PEMADAM API 2


MUDAH ALIH, KESELAMATAN ALAT PEMADAM
API KECIL SERTA PENGENDALIAN ALAT
PEMADAM API KECIL DI STESEN PAPA
1.2 LATIHAN BERSAMA BOMBA DI PANGKALAN 3
TLDM TELUK SEPANGGAR KOTA KINABALU,
SABAH.
1.3 SITUASI LATIHAN MELAWAN KEBAKARAN DI 6
STESEN PAPA
1.4 SITUASI LATIHAN MELAWAN KEBAKARAN DI 6
PANGKALAN

viii
SENARAI LAMPIRAN

A BORANG SOAL SELIDIK L-1

ix
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Terumbu Peninjau @ Stesen Papa TLDM digelar “Wisma Kaki Langit”. Ia dibina
oleh Syarikat Penang Shipping Corporation – Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-ND) di
atas sebuah barge yang besar. Ada 5 Stesen yang berada di kawasan Kepulauan dan
Perairan Spratly. Stesen berkenaan telah dinamakan Stesen Luar Pantai (SLP) dan
diletakkan dibawah tanggungjawab Markas Wilayah Laut (2). Stesen itu ialah Pulau
Layang-layang, Terumbu Ubi, Terumbu Matanani, Terumbu Siput dan Terumbu
Peninjau.

Pasukan Bantuan Gugusan Semarang Peninjau (PBGSP) adalah pasukan yang


memberi perkhidmatan dalam aspek Pentadbiran, Logistik dan Kebajikan warga
stesen luar pantai (SLP).

1.2 LATAR BELAKANG

Bangunan Unit Gugusan Semarang Peninjau merupakan bangunan yang berfungsi


untuk menjalankan aktiviti penempatan para pekerja, mesin, peralatan, bahan,
dokumentasi, maklumat, ruang kerja, ruang urusniaga dengan para pelanggan dan
sebagainya dengan tujuan mendatangkan keuntungan kepada pemilik mahupun
pengguna dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Pembangunan
struktur bangunan yang semakin kompleks memerlukan pihak pengurusan dan
pentadbir memberi tumpuan kepada pengurusan keselamatan kebakaran.

Pengurusan keselamatan kebakaran sebagai dasar, piawaian, alat, maklumat dan


amalan yang digunakan oleh pegawai dan pentadbir untuk tugasan menganalisis,

1
menilai dan mengawal kebakaran. Setiap bangunan memerlukan polisi dan prosedur
sistem pencegah kebakaran yang berkesan dalam menguruskan operasi.

Sistem pencegah kebakaran berfungsi untuk memastikan keselamatan ketika


berlakunya hal-hal kecemasan. Kelengkapan sistem bermula daripada sistem amaran,
penggera, pencegahan dan pemadaman. Penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran
pada bangunan Unit Gugusan Semarang Peninjau adalah penting untuk mengekalkan
keselamatan bangunan.

Penyelenggaraan berkala dapat memastikan apabila berlaku kebakaran, semua


langkah keselamatan yang disediakan dapat digunakan dengan baik. Kegagalan
dalam menguruskan sesebuah bangunan akan memberi prestasi dan imej yang
kurang baik kepada setiap komuniti yang berada dalam persekitaran bagunan
(Omardin, 2011).

Anggota senggaraan perlu memainkan peranan penting di dalam pengoperasian serta


senggaraan berjadual peralatan tersebut. Selain itu, pegawai stesen dan bintara juga
perlu memainkan peranan penting di dalam meningkatkan pengurusan keselamatan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran. Ia juga akan memberi kesan yang
positif terhadap pengoperasian stesen.

Gambar 1.1: Kerja selenggara alat pemadam api mudah alih, keselamatan alat
pemadam api kecil serta pengendalian alat pemadam api kecil di Stesen Papa.

2
Selain itu, projek ini juga merupakan salah satu silibus dalam pembelajaran di
Sekolah Pengajian NBCD, Fakulti Kejuruteraan Marin KD Pelandok. Projek ini
lebih menekankan tentang kajian dalam penambahbaikan pengetahuan rekod
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran bangunan unit gugusan semarang
peninjau.

Gambar 1.2: Latihan bersama Bomba di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar


Kota Kinabalu, Sabah.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Sistem pencegahan kebakaran yang berkesan merupakan suatu sistem yang dapat
mencegah kebakaran daripada merebak yang bermula dari sesuatu tempat kepada
tempat-tempat yang lain dan seterusnya ke seluruh bangunan. Oleh itu, peralatan
pencegah kebakaran adalah bertujuan untuk melindungi keseluruhan bangunan
daripada kerosakan dan kemusnahan yang akibat oleh kebakaran sama ada
sebahagian kecil daripada bangunan tersebut atau keseluruhannya. Berikut adalah
persoalan ditimbulkan:

1.3.1 Anggota Stesen tidak mempunyai pengurusan rekod penyelenggaran


sistem pencegah kebakaran yang sistematik.

1.3.2 Anggota Stesen dan pihak pentadbir tidak mengetahui garis panduan
pengurusan rekod penyeleggaraan pencegah kebakaran.

3
1.3.3 Anggota Stesen mempunyai pengetahunan yang kurang tentang
kesedaran dalam perlaksanan pengurusan alat pencegah kebakaran.

1.3.4 Anggota Stesen yang kurang mahir mengendali alat pencegah


kebakaran.

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Terdapat dua (2) objektif utama kajian yang perlu dicapai adalah seperti berikut:

1. Keberkesanan Pengurusan Rekod


a. Mengenalpasti tahap pengurusan rekod penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran.
b. Mengenalpasti Anggota Stesen dan pihak pentadbir mengetahui garis
panduan pengurusan rekod penyeleggaraan sistem pencegah kebakaran

2. Tahap Kemahiran Anggota Stesen


a. Mengenalpasti tahap kesedaran anggota Stesen dalam pelaksanaan
pengurusan sistem pencegah kebakaran.
b. Mengenalpasti anggota Stesen mahir mengendalikan alat pencegah
kebakaran.

1.5 LIMITASI DAN SKOP KAJIAN

Kajian ini akan mengkaji cara untuk penambahbaikan pengetahuan rekod


penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran bangunan unit gugusan semarang
peninjau melalui kaedah soal selidik yang melibatkan 20 anggota. Dalam
menjalankan kajian, pengkaji telah menjalankan kajian di stesen PAPA TLDM yang
terdiri daripada 20 orang anggota dari pelbagai pangkat dan kepakaran. Anggota
yang terlibat adalah seperti berikut:

4
a. Teknikal - 6 orang
b. Kelasi - 4 orang
c. Komunikasi - 2 orang
d. Bekalan & Urusetia - 6 orang
e. Paskal - 2 orang

Jadual 1.1 Bilangan Anggota Mengikut Kepakaran

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan akan dapat memberi impak kepada pemahaman khususnya
meningkatkan kesedaran pengurusan rekod keselamatan kebakaran di kalangan
kepada anggota stesen dan pihak pentadbir. Di samping itu, hasil kajian diharapkan
dapat memberi pendedahan kepada anggota stesen dan pihak pentadbir betapa
pentinganya kaedah mengendalikan keselamatan kebakaran.

Kajian ini diharapkan akan membantu anggota dan pihak pentadbir supaya lebih
bertangjungjawab dalam pengurusan rekod keselamatan kebakaran di stesen. Ia juga
boleh membantu dalam mencegah atau mengelakan daripada berlaku kebakaran.
Melalui kajian ini juga akan dapat berkepentingan kepada semua pihak yang terlibat
berkaitan pengurusan rekod keselematan kebakaran di stesen.

5
Gambar 1.3: Situasi latihan melawan kebakaran di Stesen PAPA

Gambar 1.4:Situasi latihan melawan kebakaran di Pangkalan

BAB 2

6
METODOLOGI KAJI SELIDIK

2.1 PENGENALAN

Dalam Bab 2 ini juga menerangkan bagaimana bentuk kaji selidik yang dijalankan
dengan kaedah kuantitatif secara berkesan bagi mengumpul data-data dan maklumat
untuk melengkapkan kaji selidik ini. Pelbagai elemen-elemen berkaitan yang harus
diberikan tumpuan seperti rekabentuk kaji selidik, responden, rangka kerja, sumber
data, instrument kaji selidik, prosedur kaji selidik dan kaedah analisa yang digunakan
dalam memenuhi kaji selidik yang hendak dianalisis.

2.2 REKA BENTUK KAJI SELIDIK

Penilaian yang dilaksanakan bukanlah kajian berbentuk akademik, ianya


dilaksanakan secara kaedah kuantitatif untuk mengukur keberkesanan pengurusan
rekod dan tahap kemahiran anggota stesen. Setiap soal selidik merangkumi
beberapa soalan melibatkan anggota stesen tidak mempunyai pengurusan rekod
penyelenggaran sistem pencegah kebakaran yang sistematik, serta Anggota Stesen
dan pihak pentadbir yang tidak mengetahui garis panduan pengurusan rekod
penyeleggaraan pencegah kebakaran. Selain itu, Anggota Stesen mempunyai
pengetahunan yang kurang tentang kesedaran dalam perlaksanan pengurusan alat
pencegah kebakaran dan tidak mempunyai kemahiran asas penggunaan alat pencegah
kebakaran dan Anggota stesen yang kurang mahir mengendali alat pencegah
kebakaran.

Soal selidik menggunakan skala pengukuran 5 mata untuk mengukur kecenderungan


dan pemahaman responden tentang tahap kemahiran dan pengetahuan setiap elemen
yang dinilai.

7
2.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN

Populasi adalah kumpulan sasaran penyelidik dan persempelan adalah hasil kajian
untuk diaplikasikan. Dalam kajian ini sasaran penyelidik melibatkan responden 20
orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Manakala persempelan hasil kaji selidik
bertujuan memudahkan penyelidikan mendapatkan data-data sebenar melalui
responden untuk mengenalpasti punca sebenar permasalahan yang berlaku.

2.4 KAEDAH PENGAGIHAN BORANG KAJI SELIDIK

Pengagihan Borang Kaji Selidik diberikan melalui secara menyerah terus kepada
anggota stesen secara rawak. Borang kaji selidik yang telah disi oleh responden
diambil semula oleh penyelidik untuk rekod dan analisis. Tempoh masa yang
diberikan untuk menjawab soalan di antara 15 ke 20 minit bagi setiap responden.

2.5 PROSEDUR KAJI SELIDIK

Antara proses mengenalpasti ini dibuat sebelum kajian sebenarnya dijalankan


untuk memastikan instrument kajian dapat menyelesaikan masalah-masalah
yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Proses
mengenalpasti
langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut :

8
Tidak

Rajah 2.1: Carta Aliran Kerja Prosedur Kajian

2.6 PENGUMPULAN DATA

Data-data yang diperolehi melalui borang kaji selidik adalah dianggap sebagai data
mentah. Kemudian borang ini diasingkan mengikut penilaian skor 5 mata yang
diberikan oleh responden untuk direkodkan dalam jadual skala likert dan carta pie.
Data-data ini adalah amat penting untuk tujuan analisa bagi membolehkan sesuatu
keputusan yang tepat sesuai dengan objektif projek.

9
2.7 TEKNIK ANALISA DATA

Data-data yang diperolehi melalui borang kaji selidik dikumpulkan setelah


dikembalikan apabila selesai di jawab. Hasil daripada maklumbalas tersebut akan
dianalis bagi mendapatkan maklumat yang berguna dan boleh diguna pakai. Kaji
selidik telah menggunakan prosedur statistik yang mengandungi jadual dan graf bagi
meringkaskan kuantiti data supaya mudah difahami.

10
2.8 CARTA GANTT PERLAKSANAAN KAJIAN TERHADAP MENIGKATKAN KESELAMATAN PERALATAN
KEBOMBAAN DI STESEN PAPA
PERKARA BULAN / TAHUN
BIL OKT 2017 NOV 17 DIS 2017
MINGGU
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Mengenal pasti masalah dalam kajian dan menentukan objektif CADANGAN                        
1
serta metodologi kajian tercapai. SEBENAR                        
Mendapatkan maklumat awal dan rujukan berkenaan dengan CADANGAN                        
2
tajuk yang hendak dibuat kajian. SEBENAR                        
Mengenal pasti maklumat yang di perlukan untuk diadaptasikan CADANGAN                        
3
ke dalam borang kaji selidik. SEBENAR                        
CADANGAN                        
4 Mendapat maklum balas dari responden.
SEBENAR                        
Mengumpul data-data yang diperolehi dan membuat analisa CADANGAN                        
5
terhadap data-data yang telah di terima. SEBENAR                        
CADANGAN                        
6 Menyiapkan laporan di atas kajian yang telah di buat.
SEBENAR                        
Petunjuk:
Cadangan
Sebenar
Rajah 2.2: Carta Gantt Perlaksanaan Kajian

11
2.8.1 Pelaksanaan projek seperti carta gantt di atas adalah melibatkan enam aktiviti
berikut:
a. Bagi melaksanakan kajian ini, Perancangan awal telah dilakukan seawal
minggu pertama bulan Oktober 2017. Dalam perancangan ini juga tajuk
yang bersesuaian telah dikenal pasti sebelum melaksanakan tugasan
sebenar kajian.
b. Setelah mendapat tajuk yang bertepatan dan bersesuaian, masa yang
diambil untuk mendapatkan maklumat awal dan rujukan berkenaan tajuk
yang dipilih pada minggu kedua dan ketiga bulan Oktober 2017.
c. Manakala proses berikutnya mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam
kajian dan menentukan objektif ataupun tujuan sebenar kajian dan
seterusnya menentukan kaedah ataupun metodologi kajian yang akan
diguna pakai semasa kajian dilakukan. Selain itu, aktiviti mengenal
pasti maklumat yang diperlukan untuk diadaptasikan, ke dalam borang
kaji selidik adalah untuk merangka soalan-soalan dan jawapan sebenar
serta permasalahan dan juga cadangan daripada responden dilaksanakan
pada minggu keempat bulan Oktober 2017 hingga minggu kedua bulan
November 2017.
d. Setelah borang kaji selidik dan borang temu bual siap diadaptasikan,
borang tersebut akan diedarkan bagi mendapatkan maklum balas daripada
responden pada minggu ketiga November 2017.
e. Data-data yang diperolehi daripada responden akan dikumpulkan untuk
dianalisis. Membuat analisis kesemua data-data yang diperolehi pada
minggu kedua Disember 2017.
f. Pelaksanaan yang terakhir adalah membuat laporan analisis dilaksanakan
pada minggu pertama bulan Disember 2017 hingga minggu keempat
bulan Disember 2017.

12
BAB 3

ANALISA DATA

3.1 PENGENALAN

Bab 3 ini menerangkan mengenai hasil yang diperolehi daripada data yang telah
dikumpul melalui kaedah pengumpulan data yang telah dipilih. Data analisis ini
akan diterangkan melalui objektif kajian. Ini adalah bertujuan untuk memastikan
data yang dikumpul oleh penyelidik memenuhi kehendak objektif kajian ini.
Ketepatan data yang telah diperolehi dianalisis mengikut prosedur analisis
kuantitatif.

3.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Bahagian ini bertujuan mengenalpasti latar belakang responden yang terdiri daripada
pangkat dan kepakaran. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada anggota
stesen secara rawak seramai 20 orang anggota di Stesen. Anggota yang terlibat
adalah dikalangan anggota lain-lain (LLP) bermula dari Bintara Muda hingga Laskar
kelas 1 sahaja. Ianya terdiri daripada kepakaran Teknikal, Kelasi, Komunikasi,
Bekalan & Urusetia dan anggota tumpangan Pasukan Khas Laut iaitu PASKAL.

13
3.2.1 PANGKAT

Jadual 3.1: Taburan Responden Mengikut Pangkat

Pangkat Bilangan Responden Peratusan (%)

Bintara Muda 1 5%
Laskar Kanan 9 45%
Laskar Kelas 1 10 50%
JUMLAH 20 100%

Peratusan Responden Mengikut Pangkat

Bintara Muda
Laskar 5%
Kelas 1
50%

Laskar
Kanan
45%

Rajah 3.1: Carta Pai Peratusan Responden Mengikut Pangkat

Data yang diperoleh menunujukkan bahawa bilangan pangkat Laskar Kelas 1


adalah lebih ramai berbanding pangkat Bintara Muda iaitu 10 orang dan 1
orang. Bilangan dan peratusan pecahan anggota yang terlibat dalam kajian
ini mengikut pangkat ditunjukkan di Jadual 3.1. Taburan ini turut
dipersembahkan dalam bentuk grafik seperti di Rajah 3.1.

14
3.2.2 KEPAKARAN

Jadual 3.2: Taburan Responden Mengikut Kepakaran

Kepakaran Bilangan Responden Peratusan (%)


Teknikal 6 30%
Kelasi 4 20%
Komunikasi 2 10%
Bekalan & Urusetia 6 30%
Paskal 2 10%
JUMLAH 20 100%

Peratusan Responden Mengikut Kepakaran

BEKALA PASKAL
N& 10% TEKNIKA
URUSE- L
TIA 30%
30%

KELASI
KOMUNIKASI 20%
10%

Rajah 3.2: Carta Pai Peratusan Responden Mengikut Kepakaran

Kajian ini melibatkan lima kepakaran iaitu Teknikal, Kelasi, Komunikasi,


Bekalan & Urusetia dan PASKAL. Data yang diperoleh menunujukkan
bahawa bilangan kepakaran Teknikal dan Bekalan & Urusetia adalah lebih
ramai berbanding Komunikasi dan PASKAL iaitu 6 orang dan 2 orang. Data
yang jelas ditunjukkan seperti di Jadual 3.2. Taburan data ini turut
dipersembahkan dalam bentuk grafik seperti di Rajah 3.2.

15
3.3 ANALISA KAJIAN

Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada data yang telah dikumpul adalah


bertujuan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut:

3.3.1 Keberkesanan Pengurusan Rekod


a. Mengenalpasti tahap pengurusan rekod penyelenggaraan
sistem pencegah kebakaran.
b. Mengenalpasti Anggota Stesen dan pihak pentadbir
mengetahui garis panduan pengurusan rekod penyeleggaraan
sistem pencegah kebakaran.

3.3.2 Tahap Kemahiran Anggota Stesen


a. Mengenalpasti tahap kesedaran anggota Stesen dalam
pelaksanaan pengurusan sistem pencegah kebakaran.
b. Mengenalpasti anggota Stesen mahir mengendalikan alat
pencegah kebakaran.

3.4 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF PERTAMA

Dalam bahagian ini, pengkaji ingin menganalisa data bagi mencapai objektif
pertama. Objektif pertama pengkaji adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan
pengurusan rekod. Data dianalisa menggunakan data skala likert. Instrument yang
digunakan untuk mendapatkan data adalah melalui borang kaji selidik yang telah
diedarkan kepada responden

3.4.1 Mengenalpasti tahap pengurusan rekod penyelenggaraan sistem


pencegah kebakaran.

Analisis pertama adalah menganalisis mengenalpasti tahap pengurusan rekod


penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran. Berdasarkan soalan Latihan
kebakaran yang dijalankan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

16
anggota stesen untuk berdepan dengan kebakaran, data skala likert yang
diperolehi dari responden anggota.

Jadual 3.3: Taburan Data Skala Likert Berdasarkan Soalan 1 Latihan


kebakaran yang dijalankan meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan anggota stesen untuk berdepan dengan kebakaran

JADUAL TIDAK KURANG TIDAK MAHIR SANGAT JUMLAH


ANALISA MAHIR MAHIR PASTI MAHIR

SKALA 1 2 3 4 5

PENILAIAN 7 6 2 3 2 20
MATA OLEH
RESPONDEN
PERATUS 35% 30% 10% 15% 10% 100%

Peratusan Latihan Kebakaran Yang Dijalankan


Meningkatkan Kemahiran Dan Pengetahuan Anggota Stesen
Untuk Berdepan Dengan Kebakaran

SANGAT MAHIR
10% TIDAK
MAHIR
15% MAHIR
35%

TIDAK
PASTI
10% KURANG MAHIR
30%

Rajah 3.3: Carta Pai Peratusan Latihan Kebakaran Yang Dijalankan


Meningkatkan Kemahiran Dan Pengetahuan Anggota Stesen
Untuk Berdepan Dengan Kebakaran

Bilangan dan peratusan pecahan yang terlibat dalam kajian ini mengikut data
skala likert ditunjukkan Jadual 3.3. Di mana skala Tidak Mahir 7 orang
(35%), Kurang Mahir 6 orang (30%), Tidak Pasti 2 orang (10%), Mahir 3

17
orang (15%), Sangat Mahir 2 orang (10%). Jumlah responden kesemuanya
adalah 20 orang. Taburan ini turut dipersembahkan dalam bentuk grafik
seperti di Rajah 3.3.

3.4.2 Mengenalpasti Anggota Stesen Dan Pihak Pentadbir Mengetahui


Garis Panduan Pengurusan Rekod Penyeleggaraan Sistem Pencegah
Kebakaran.

Analisis kedua adalah menganalisis Anggota Stesen dan pihak pentadbir


mengetahui garis panduan pengurusan rekod penyeleggaraan sistem pencegah
kebakaran. Berdasarkan soalan, Garis panduan dapat membantu anggota
stesen dalam pengurusan rekod keselamatan kebakaran data skala likert yang
diperolehi dari responden anggota.

Jadual 3.4: Taburan Data Skala Likert Berdasarkan Soalan 2 Garis panduan
dapat membantu anggota stesen dalam pengurusan rekod
keselamatan kebakaran

JADUAL TIDAK KURANG TIDAK MAHIR SANGAT JUMLAH


ANALISA MAHIR MAHIR PASTI MAHIR
SKALA 1 2 3 4 5

PENILAIAN 4 5 4 4 3 20
MATA OLEH
RESPONDEN
PERATUS 20% 25% 20% 20% 15% 100%

18
Peratusan Garis Panduan Dapat Membantu Anggota Stesen
Dalam Pengurusan
SAN-Rekod Keselamatan Kebakaran
GAT TIDAK
MAHIR MAHIR
15% 20%

MAHIR
20%

KURANG MAHIR
25%
TIDAK PASTI
20%

Rajah 3.4: Carta Pai Peratusan Garis Panduan Dapat Membantu Anggota
Stesen Dalam Pengurusan Rekod Keselamatan Kebakaran

Bilangan dan peratusan pecahan yang terlibat dalam kajian ini mengikut data
skala likert ditunjukkan Jadual 3.4. Di mana skala Tidak Mahir 4 orang
(20%), Kurang Mahir 3 orang (25%), Tidak Pasti 4 orang (20%), Mahir 4
orang (20%), Sangat Mahir 3 orang (15%). Jumlah responden kesemuanya
adalah 20 orang. Taburan ini turut dipersembahkan dalam bentuk grafik
seperti di Rajah 3.4.

3.5 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF KEDUA

Bahagian ini bertujuan untuk menganalisa data bagi mencapai objektif kedua.
Objektif kedua kajian adalah menganalisa tahap kemahiran anggota stesen. Data
dianalisa menggunakan data skala likert. Instrument yang digunakan untuk
mendapatkan data adalah melalui borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada
responden.

19
3.5.1 Mengenalpasti tahap kesedaran anggota Stesen dalam pelaksanaan
pengurusan sistem pencegah kebakaran.

Analisis pertama adalah menganalisis mengenai mengenalpasti tahap kesedaran


Anggota Stesen dalam pelaksanaan pengurusan system pencegah kebakaran.
Berdasarkan soalan, Saya mengetahui prosedur keselamatan kebakaran dan
mematuhi piawaian yang telah ditetapkan data skala likert yang diperolehi dari
responden anggota.

JADUAL TIDAK KURANG TIDAK MAHIR SANGAT JUMLAH


ANALISA MAHIR MAHIR PASTI MAHIR
SKALA 1 2 3 4 5

PENILAIAN 4 4 2 5 5 20
MATA OLEH
RESPONDEN
PERATUS 20% 20% 10% 25% 25% 100%

Jadual 3.5: Taburan Data Skala Likert Berdasarkan Soalan Saya mengetahui
prosedur keselamatan kebakaran dan mematuhi piawaian yang
telah ditetapkan

Peratusan Saya mengetahui prosedur keselamatan ke-


bakaran dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan
SANGAT TIDAK
MAHIR MAHIR
25% 20%

KURANG
MAHIR
MAHIR 20%
25%

TIDAK PASTI
10%

Rajah 3.5: Carta Pai Peratusan Saya mengetahui prosedur keselamatan


kebakaran dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan
Bilangan dan peratusan pecahan yang terlibat dalam kajian ini mengikut data

20
skala likert ditunjukkan Jadual 3.5. Di mana skala Tidak Mahir 4 orang
(20%), Kurang Mahir 4 orang (20%), Tidak Pasti 2 orang (10%), Mahir 5
orang (25%), Sangat Mahir 5 orang (25%). Jumlah responden kesemuanya
adalah 20 orang. Taburan ini turut dipersembahkan dalam bentuk grafik
seperti di Rajah 3.5.

3.5.2 Mengenalpasti anggota Stesen mahir mengendalikan alat pencegah


kebakaran.
Analisis kedua adalah menganalisis anggota stesen mahir mengendalikan alat
pencegah kebakaran. Berdasarkan soalan, Saya telah dilatih untuk
mengendalikan peralatan kebakaran bagi memastikan penggunaan peralatan
kebakaran dapat digunakan dengan betul data skala likert yang diperolehi
dari responden anggota.

Jadual 3.6: Taburan Data Skala Likert Berdasarkan Soalan Saya telah dilatih
untuk mengendalikan peralatan kebakaran bagi memastikan
penggunaan peralatan kebakaran dapat digunakan dengan betul

JADUAL TIDAK KURANG TIDAK MAHIR SANGAT JUMLAH


ANALISA MAHIR MAHIR PASTI MAHIR
SKALA 1 2 3 4 5

PENILAIAN 3 3 4 7 3 20
MATA OLEH
RESPONDEN
PERATUS 15% 15% 20% 35% 15% 100%

21
Peratusan Saya telah dilatih untuk mengendalikan peralatan
kebakaran bagi memastikan penggunaan peralatan ke-
bakaran dapat digunakan dengan betul
TIDAK
SANGAT MAHIR
MAHIR KU-
15%
15% RANG
MAHIR
15%

MAHIR
35% TIDAK
PASTI
20%

Rajah 3.6: Carta Pai Peratusan Saya telah dilatih untuk mengendalikan
peralatan kebakaran bagi memastikan penggunaan peralatan
kebakaran dapat digunakan dengan betul

Bilangan dan peratusan pecahan yang terlibat dalam kajian ini mengikut data
skala likert ditunjukkan Jadual 3.7. Di mana skala Tidak Mahir 3 orang
(15%), Kurang Mahir 3 orang (15%), Tidak Pasti 4 orang (20%), Mahir 7
orang (35%), Sangat Mahir 3 orang (15%). Jumlah responden kesemuanya
adalah 20 orang. Taburan ini turut dipersembahkan dalam bentuk grafik
seperti di Rajah 3.6.

3.6 PENILAIAN KESELURUHAN

Setelah semua analisis dari kaedah pemerhatian dan borang soal selidik yang
telah dilaksanakan, semua hasil analisis latihan kebakaran yang dijalankan
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota stesen untuk berdepan
dengan kebakaran dan garis panduan dapat membantu anggota stesen dalam
pengurusan rekod keselamatan kebakaran adalah sangat rendah dan kurang
sempurna.

22
Hasil kajian data tahap pengurusan rekod penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran menunjukkan peratusan Latihan kebakaran meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan adalah sebanyak 10%. Manakala tahap garis panduan
membantu anggota stesen dalam pengurusan rekod keselamatan adalah sebanyak
15%. Bilangan dan peratusan pecahan yang terlibat dalam kajian ini mengikut
data skala likert yang telah dianalisis. Taburan ini turut dipersembahkan dalam
bentuk grafik seperti di Rajah 3.7.

Mengenalpasti Tahap Keberkesanan Pengurusan Rekod


sangat mahir

15%

10%

an
n
ua

at
am
ah
et

l
se
ng

ke
pe

od
n
da

k
re
n

an
ira

us
ah

ur
m

ng
ke

pe
an

m
tk

la
ka

da
ng

n
i

se
en

ste
m
n

ta
ra

go
ka

g
ba

an
ke

u
nt
an

ba
tih

em
La

m
n
ua
nd
pa
ris
Ga

Rajah 3.7: Taburan Mengenalpasti Tahap Keberkesanan Pengurusan Rekod

Hasil kajian data tahap kemahiran anggota stesen menunjukkan peratusan


mengetahui prosedur keselamatan kebakaran adalah sebanyak 25%. Manakala
dilatih mengendalikan peralatan kebakaran adalah sebanyak 15%. Bilangan dan
23
peratusan pecahan yang terlibat dalam kajian ini mengikut data skala likert yang
telah dianalisis. Taburan ini turut dipersembahkan dalam bentuk grafik seperti
di Rajah 3.8.

Mengenalpasti Tahap Kemahiran Anggota Stesen


sangat mahir

25%

15%

Mengetahui prosedur keselamatan Dilatih mengendalikan peralatan


kebakaran kebakaran

Rajah 3.8: Taburan mengenalpasti tahap kemahiran anggota stesen

Hasil maklumbalas responden terhadap masalah penggunaan peralatan pemadam api


mudah alih dan juga kemahiran penggunaan pemadam api mudah alih memang
wujud.

Secara keseluruhanya, peratus sangat mahir bagi tahap keberkesanan pengurusan


rekod 25 peratus. Manakala tahap kemahiran anggota stesen adalah sebanyak 40
peratus. Penyelidik mendapati kebarangkalian bahawa garis panduan sangat penting
dan mempengaruhi anggota stesen dalam pengurusan keselamatan kebakaran. Hal ini
selaras dengan pendapat H.H Wu (2013) yang menyatakan garis panduan
keselamatan kebakaran perlu diterapkan kepada semua anggota stesen.

3.7 KESIMPULAN
24
Secara keseluruhannya bab ini menerangkan tentang analisa yang dibuat untuk data-
data yang diperolehi melalui pemerhatian dan borang soal selidik. Semua objektif
yang disasarkan telah tercapai berdasarkan borang soal selidik yang dijalankan
secara kuantitatif dapat membantu penyelidik mengesan kelemahan penguran rekod
dan kemahiran anggota stesen dalam mengendalikan pemadam api mudah alih.

BAB 4

25
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini mengupas mengenai hasil analisis data yang telah dinyatakan dalam Bab 3.
Bahagian-bahagian yang terkandung dalam bab ini merangkumi perbincangan,
kelebihan, kelemahan dan seterusnya cadangan dan kesimpulan. Perbincangan amat
penting bagi mengupas secara mendalam mengenai persoalan kajian ini. Cadangan
yang dikemukan pula merupakan tindakan yang perlu diambil oleh pihak-pihak
tertentu bagi menyelesaikan isi yang dikemukakan serta panduan untuk kajian
lanjutan. Bahagian terakhir merupakan penutup yang dirumuskan kajian yang telah
dijalankan.

4.2 PERBINCANGAN

Perbincangan dalam bahagian ini bertujuan untuk merungkai dengan lebih mendalam
mengenai objektif yang telah dikemukakan seperti berikut:

4.2.1 Keberkesanan Pengurusan Rekod


a. Mengenalpasti tahap pengurusan rekod penyelenggaraan sistem
pencegah kebakaran.
i. Latihan kebakaran yang dijalankan meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan anggota stesen untuk
berdepan dengan kebakaran
Pengurusan rekod keselamatan kebakaran di kalangan pengawai
dan pihak pentadbir adalah tahap rendah. Analisis kajian ini
mendapati kurang kesedaran anggota dalam pelaksanaan
pengurusan rekod keselamatan kebakaran seperti pengurusan

26
keselamatan kebakaran, latihan kebakaran, pengetahuan tentang
langkah keselamatan dan sikap terhadap keselamatan kebakaran.
Pihak pentadbir dan pengawai perlu merekodkan segala
pengurusan keselamatan kebakaran ianya adalah berkesan kerana
pihak pengurusan telah menyediakan prosedur dan perlu dipatuhi.

Latihan kebakaran pula membantu anggota stesen dan pegawai


supaya mereka lebih bersedia dalam mengikuti latihan kebakaran
yang telah dianjurkan oleh pihak yang terlibat. Bagi pengetahuan
tentang langkah keselamatan ianya penting dan sekiranya tahap
pemahaman anggota dan pegawai berada di tahap yang baik
mereka dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.
Akhir sekali, sikap terhadap keselamatan kebakaran dikalangan
anggota dan pegawai perlu sentiasa menitikberatkan tentang
keselamatan kebakaran bagi mengelak daripada berlaku kecuaian
semasa berada di stesen.

b. Mengenalpasti Anggota Stesen dan pihak pentadbir mengetahui


garis panduan pengurusan rekod penyeleggaraan sistem pencegah
kebakaran.
i. Garis panduan dapat membantu anggota stesen dalam
pengurusan rekod keselamatan kebakaran
Pegawai, anggota stesen dan pihak pentadbir tidak mahir
dalam pengurusan rekod keselamatan kebakaran. Hasil kajian
ini mendapati setiap pegawai, anggota dan pihak pentadbir
tidak mengetahui dan mahir dalam garis panduan pengurusan
keselamatan kebakaran. Oleh itu, pihak yang terlibat perlu
mengadakan latihan secara berkala kepada setiap pegawai dan
pihak pentadbir agar mereka mahir dan memahami garis
panduan pengurusan keselamatan. Mereka percaya bahawa
pengurusan keselamatan kebakaran adalah penting dan boleh
membantu mereka meningkatkan kesedaran.

4.2.2 Tahap Kemahiran Anggota Stesen

27
a. Mengenalpasti tahap kesedaran anggota Stesen dalam pelaksanaan
pengurusan sistem pencegah kebakaran.
i. Saya mengetahui prosedur keselamatan kebakaran dan
mematuhi piawaian yang telah ditetapkan
Pengetahuan prosedur keselamatan kebakaran penting bagi setiap
anggota stesen berada tahap baik. Hasil kajian ini menunjukkan
pengawai dan pihak pentadir sentiasa memastikan setiap anggota
memahami segala garis panduan dipatuhi dan memberi sepenuh
komitmen terhadap pengurusan keselamatan kebakaran. Jelas
menunjukkan bahawa pengurusan terhadap prosedur dan piawaian
keselamatan kebakaran diikuti dan dipatuhi oleh semua anggota
stesen.

b. Mengenalpasti anggota Stesen mahir mengendalikan alat


pencegah kebakaran.
i. Saya telah dilatih untuk mengendalikan peralatan kebakaran
bagi memastikan penggunaan peralatan kebakaran dapat
digunakan dengan betul
Kemahiran menggunakan peralatan kebakaran dianggap sebagai
kemahiran yang tidak ternilai untuk pegawai dan anggota stesen.
Ia juga penting untuk membantu mencegah bencana atau
kebakaran kecil di stesen. Hasil kajian mendapati anggota dan
pegawai tidak berdisiplin dan cuai ketika menggunakan peralatan
tersebut. Oleh itu, pihak pentadir perlu meningkatkan
keselamatan peralatan melalui pemahaman dan kemahiran.
Anggota juga perlu diberi pendedahan pengetahuan supaya
mereka dapat bertindak dengan betul dan lebih bersedia apabila
kebakaran berlaku.

4.3 KELEBIHAN

Kajian ini dijalankan untuk penambahbaikan pengetahuan rekod penyelenggaraan


sistem pencegah kebakaran bangunan unit gugusan semarang peninjau.

28
4.4 KELEMAHAN

a. Anggota Stesen tidak mempunyai pengurusan rekod penyelenggaran


sistem pencegah kebakaran yang sistematik. Kegagalan dalam
perlaksanaan pengurusan rekod penyelenggaraan sistem pencegah
kebaran adalah disebabkan kurang pengetahuan serta kesedaran
mengenai keselamatan kebakaran.
b. Anggota Stesen dan pihak pentadbir tidak mengetahui garis panduan
pengurusan rekod penyeleggaraan pencegah kebakaran. Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mewujudkan satu garis
panduan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan dari aspek
keselematan kebakaran kepada Anggota Stesen. Namun masih
terdapat segelintir Anggota Stesen yang tidak mematuhi cara
pengurusan keselamatan kebakaran.
c. Anggota Stesen mempunyai pengetahunan yang kurang tentang
kesedaran dalam perlaksanan pengurusan alat pencegah kebakaran
dan tidak mempunyai kemahiran asas penggunaan alat pencegah
kebakaran.
d. Anggota stesen yang kurang mahir mengendali alat pencegah
kebakaran. Namum masih segelintir anggota stesen tidak tahu cara-
cara mengendalikan kebakaran seperti pemadam api yang perlu
digunakan jika berlaku pemindahan.

4.5 CADANGAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyelidik dapat mengutarakan beberapa


cadangan dan saranan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak berkenaan.
Cadangan kajian ini boleh dibahgikan kepada dua iaitu cadangan terhadap kajian dan
cadangan kajian lanjutan.

29
4.5.1 Cadangan Terhadap Dapatan Kajian

Merujuk kepada dapatan kajian dan perbincangan yang telah dikupas,


beberapa cadangan dapat dikemukakan sebagai langkah penambahbaikan
pengetahuan rekod penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran bangunan
unit gugusan semarang peninjau. Cadangan tersebut adalah seperti berikut:

a. Pihak pentadir adalah dicadangkan untuk mengambil tindakan


memastikan semua warga stesen dan pasukan perlu menjalani
latihan secara berkala.
b. Pihak pentadbir juga disarankan untuk menggalakkan semua
anggota stesen dan pasukan menyertai latihan kebombaan.
Antara latihan yang perlu disertai ialah pencegahan kebakaran
dan bencana, tindakan apabila mendengar bunyi penggera,
cara menghubungi perkhidmatan bomba dengan betul, lokasi
dan cara mengguna peralatan kebakaran, laluan
menyelamatkan diri, tempat berkumpul dan mengambil
kedatangan.
c. Pihak petadbir dan pegawai turut dicadangkan untuk
mengadakan Latihan Kebakaran bersama bomba dijalankan
(1) kali setahun. Latihan ini Berjaya jika semua orang dapat
mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul
dalam masa yang ditetapkan selepas lonceng penggera
keselamatan berbunyi.
d. Pihak Pentadir dan pegawai dicadangkan unutk mengikut
kursus pengurusan rekod keselamatan kebakaran, latihan
kebakaran, pengetahuan tentang langkah keselamatan dan
sikap terhadap keselamatan kebakaran
e. Anggota dicadangkan untuk sentiasa melibatkan diri dalam
kursus dan latihan asas kebombaan supaya setiasa bersedia
dan mengetahui tindakan yang perlu diambil jika berlaku
becana atau kebakaran. Anggota perlu menjalani kursus dan
latihan 1 bulan sekali.

30
f. Pihak pentadbir dicadangkan untuk memastikan Pegawai
Senggaraan yang dipertangungjawabkan perlu memantau
anggota membuat senggaraan mengikut jadual yang
ditetapkan.
g. Pihak petadbir turut dicadangkan untuk memastikan Pegawai
dan anggota perlu mempunyai pengetahuan yang jelas
mengenai alatan pencegah kebakaran yang disediakan dan
selok-belok bangunan tersebut. Pihak pentadbir perlu
menyediakan garis panduan kedudukan alat pemadam yang
paling berhampiran dan cara penggunaannya. Pegawai dan
anggota perlu mengetahui jalan keluar yang berhampiran dan
laluan kecemasan menuju jalan keluar sekiranya berlaku
bencana dan kebakaran.
h. Pihak pentadbir turut dicadangkan dari segi ciri-ciri
keselamatan, pegawai dan anggoto perlu melaporkan kepada
Pegawai Berkenaan jika anggota tidak mendengar isyarat
amaran semasa ujian pengungsian bangunan. Pegawai dan
anggota perlu tahu jika mana-mana pintu keluar atau jalan
keluar di halang dengan longgokan barang-barang. Sekiranya
sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan atau
tidak boleh digunakan lagi perlu dilaporkan. Sekiranya kunci
“Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang pegawai dan
anggota perlu melaporkan.

4.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan

Daripada dapatan kajian ini, beberapa cadangan dapat dikemukakan agar


dapat memberi nilai tambah untuk kajian akan datang. Antara cadangan
tersebut adalah seperti berikut:

a. Kajian ini boleh dibuat penambahbaikan dengan


memperbanyakkan instrument kajian. Temu bual bersama

31
beberapa orang Anggota Stesen dan Anggota Lain-lain
Pangkat serta kepakaran boleh dilakukan untuk mengetahui
tahap kesedaran keselamatan kebakaran dan pengurusan rekod
di Unit Gugusan Semarang Peninjau. Perkara ini bertujuan
untuk mendapatkan dapatan kajian yang lebih berkualiti.
b. Kajian ini juga boleh ditambahbaik dengan menetapkan fokus
kepada pengurusan rekod pelbagai jenis peralatan keselamatan
kebombaan di Unit Gugusan Semarang Peninjau.
c. Kajian ini juga boleh ditambahbaikan penglibatan Anggota
dan Pegawai dalam menyertai program-program seperti
ceramah, latihan amali, latihan kebakaran bersama bomba,
kursus keselamatan kebakaran dan kempen kesedaran tentang
kebakaran dapat lebih baik ditekankan.
d. Kajian ini boleh ditambah objektifnya dengan mencari
hubungan antara tahap kesedaran anggota dengan tahap
penguasaannya mengenai keselamatan peralatan kebombaan.

4.6 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini telah menepati tujuan dan objektif kajian serta
telah menjawab soalan kajian yang dikemukakan. Seluruh kajian ini berjalan
dengan lancar dengan kerjasama baik daripada kesemua Pegawai, anggota lain-lain
pangkat dan pihak pentadir di Unit Gugusan Semarang Peninjau. Mereka telah
memberi maklum balas soal selidik mengikut masa yang ditetapkan. Merujuk
kepada hasil analisis, tahap keberkesanan pengurusan rekod adalah tahap yang
kurang memuaskan. Selain itu, tahap kemahiran anggota stesen adalah tahap yang
memuaskan tidak bagi tahap pengetahuannya. Justeru itu, penyelidik berharap hasil
dapatan dan cadangan yang diberikan dalam kajian ini dapat memberikan
perkongsian yang bermakna kepada pihak berkenaan untuk dijadikan panduan dan
penambaikan.

32
RUJUKAN

Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)

Buku Nota Latihan Jurulatih CBRNDC (I)

BRL 9000 (Manual Bomba TLDM)

BRL 9020 (Manual Pertahanan CBRN)

BR 2170 Vol 1 (Ship NBCD Manual)

33
34
LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK


KAJI SELIDIK PENAMBAHBAIKAN PENGETAHUAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN UNIT
GUGUSAN SEMARANG PENINJAU

PRAKATA
Soal selidik oleh Team Kaji Selidik bagi Penambahbaikan Pengetahuan Rekod
Penyelenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Unit Gugusan Semarang Peninjau

BAHAGIAN SATU - DEMOGRAFI REPONDEN


1. Jawatan
Pegawai Lain-lain Pangkat

PASKAL

2. Tred/Kepakaran
Teknikal Bekalan & Urusetia
Kelasi PASKAL

Komunikasi

BAHAGIAN B – SOAL SELIDIK

SKALA:

5–Sangat Setuju 4 – Setuju 3 – Tidak Pasti 2–Tidak Setuju 1–Sangat Tidak Setuju

SKALA
BIL PERKARA
5 4 3 2 1
Mengenalpasti tahap keberkesanan pengurusan rekod
1 Latihan kebakaran yang dijalankan 5 4 3 2 1
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
anggota stesen untuk berdepan dengan
kebakaran
2 Garis panduan dapat membantu anggota
stesen dalam pengurusan rekod keselamatan
kebakaran
Mengenalpasti tahap kemahiran anggota stesen
1 Saya mengetahui prosedur keselamatan
kebakaran dan mematuhi piawaian yang telah
ditetapkan
2 Saya telah dilatih untuk mengendalikan
peralatan kebakaran bagi memastikan
penggunaan peralatan kebakaran dapat
digunakan dengan betul

35

Anda mungkin juga menyukai