Anda di halaman 1dari 39

LAPORAN PROJEK

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENGENDALIAN STOR ALAT GANTI
KUMPULAN STOR ORDNANS DIRAJA 43
WOKSYOP, KEM MAHKOTA, KLUANG

FANDI BIN SUDIN

219834
PENGURUSAN PENTADBIRAN
FB-025-4:2012
PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

TAJUK PROJEK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN


PENGENDALIAN STOR ALAT GANTI
KUMPULAN STOR ORDNANS,
KEM MAHKOTA, KLUANG

DUTI/CU/BERKAITAN : 02: OFFICE ASSET & FACILITIES


MANAGEMENT

Saya membuat akuan bahawa hasil laporan projek yang telah dilaksanakan dibuat
dengan cara mempratikkan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan berkaitan
dengan bidang Pengurusan Pentadbiran berdasarkan kepada pengalaman dan
kemahiran saya tanpa meniru dari mana-mana sumber.

TANDATANGAN PEMOHON :
NAMA : FANDI BIN SUDIN
NO KAD PENGENALAN : 801129-02-5541
TARIKH : 13 APRIL 2022
NAMA MAJIKAN (Jika ada) : TENTERA DARAT MALAYSIA

“Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya, laporan
ini adalah mencukupi dari skop dan kualiti bagi tujuan penganugerahan Persijilan
Kemahiran Malaysia”.

TANDATANGAN PEMBIMBING :

NAMA : HAJI ARIFFIN BIN BUJANG


NO. KAD PENGENALAN : 670309-01-5773
TARIKH : 13 APRIL 2022

i
PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya
menyempurnakan tugasan yang diberikan mengikut tempoh masa yang telah
ditetapkan. Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua induvidu yang
terlibat dalam projek ini khususnya anggota Kumpulan Stor Ordnans DiRaja 43
Woksyop (KSOD 43 Wksp) khususnya kepada Ketua KSOD yang memberi
kebenaran projek ini dilaksanakan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak-pihak yang berkenaan kerana memberi peluang kepada saya untuk
memperolehi Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) khususnya pihak pengurusan
PERHEBAT dan Angkatan Tentera Malaysia. Tidak lupa juga sejuta penghargaan
kepada Pegawai Pembimbing iaitu Tuan Haji Ariffin bin Bujang yang banyak
membantu memberi tunjuk ajar dalam memahamkan Competency Unit (CU)
berpandukan National Occupational Skill Standard (NOSS) serta membangunkan
Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT) mengikut format Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK). Tidak dilupakan untuk ahli keluarga saya yang
menjadi perangsang dan rakan-rakan seperjuangan yang sudi membantu berkongsi
input-input berguna dalam menyempurnakan tugasan ini. Akhir kata, saya amat
berharap semoga hasil laporan projek dan penyelidikan ini dapat memberi manfaat
kepada semua pihak dalam mempertingkatkan lagi tahap kemahiran menjalankan
tugas yang diamanahkan.

ii
ABSTRAK

Laporan Projek ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kemahiran Pekerja Stor
43 KSOD dalam pengendalian stor alatganti. Pernyataan Masalah yang ingin
dikemukakan adalah penyusunan alat-alat ganti masih berterabur, pekerja stor masih
tidak mengenal nombor bahagian alatganti dan pengendalian lejar inventori masih
lemah tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Objektif utama projek untuk
meningkatkan kemahiran pengendalian stor alat ganti 43 KSOD, Kem Mahkota,
Kluang. Kepentingan projek untuk memberi pendedahan faktor-faktor pengendalian
stor yang berkualiti. Metodologi adalah melalui kaedah kuantitatif menggunakan
borang kaji selidik. Skop projek hanya tertumpu di 43 KSOD sahaja. Limitasi yang
dihadapi melibatkan kewangan dan pengurusan pelbagai peringkat pengurusan yang
lain. Populasi seramai 30 orang responden di 43 KSOD dan persampelan atau input
yang diperoleh dianalisa sejauh mana ketepatan data seperti disasarkan. Hasil input
diperoleh dibawa perbincangan oleh Tim Kaji Selidik dan beberapa penemuan
kelemahan berpunca masalah ruang terhad, penyusunan dan pengendalian lejar yang
masih lemah. Cadangan mengatasi yang dikenalpasti pasukan perlu menambah
keperluan rak penyimpanan jenis steel berukuran 8 kali tinggi dan 4 kaki lebar. Ini
bagi mengatasi masalah susunan stok yang tidak tersusun kesan ruang penyimpanan
stok yang terhad. Bagi mengatasi masalah pekerja stor mengingati kod item alatganti,
manual rujukan perlulah diletak di kaunter penerimaan. Bagi masalah pengendalian
inventori tidak mengikut garis panduan, setiap item masuk dan keluar hendaklah
segera direkodkan dalam lejar tanpa bertangguh. Bengkel pemulihan perlu kerap
diadakan bagi mengatasi skill pekerja. Kesimpulannya pencapaian pasukan mengatasi
masalah yang wujud sekirar 70 peratus selain kekangan berpunca kos tiada dalam
peruntukan.

iii
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

TAJUK PROJEK

PENGESAHAN LAPORAN PROJEK i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ISI KANDUNGAN iv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN 1

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK 1

1.3 PERNYATAAN MASALAH 1

1.4 OBJEKTIF PROJEK 2

1.5 SKOP DAN LIMITASI PROJEK 2

1.6 KEPENTINGAN PROJEK 3

BAB 2 METODOLOGI PROJEK

2.1 PENGENALAN 4

2.2 REKABENTUK PROJEK 4

2.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN 4

2.4 PENGAGIHAN BORANG KAJI SELIDIK 5

2.5 PROSEDUR PROJEK 5

iv
2.6 PENGUMPULAN DATA 6

2.7 TEKNIK ANALISIS 6

2.8 CARTA GANTT PELAKSANAAN PROJEK 7

2.9 HURAIAN PROSES PROJEK 8

BAB 3 ANALISA DATA

3.1 PENGENALAN 9

3.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN 9

3.3 HASIL ANALISIS PROJEK 9

3.4 PENILAIAN KESELURUHAN 19

3.5 KESIMPULAN 19

BAB 4 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

4.1 PENGENALAN 20

4.2 PERBINCANGAN 20

4.3 PENEMUAN 21

4.4 KELEBIHAN 21

4.5 KELEMAHAN 22

4.6 CADANGAN 22

4.7 KESIMPULAN 24

RUJUKAN

i. Akta Angkatan Tentera, 1972.


ii Arahan Pengendalian Inventori Angkatan Tentera Bil 2 Tahun
2010 - Dasar Pengurusan Stor Pasukan
iii. Perintah Tetap Pasukan Bil 11 bertarikh 5 Mac 2014 (Prosedur
Pengurusan Inventori)
v
LAMPIRAN

i. Borang Kaji Selidik

ii. Gambar Stor

SENARAI RAJAH

i. Rajah 2.5 Carta Alir Kaji Selidik 5

SENARAI JADUAL

i. Jadual 3..3.1 Taburan Tahap Susunan Alatganti Berterabur 5


Mengikut Jantina

ii. Jadual 3.3.2 Taburan Tahap Susunan Alatganti Tidak 5


Bersistem Mengikut Jantina

iii. Jadual 3.3.3 Taburan Tahap Kelemahan Pekerja Stor Tidak 5


Mengenal Nombor Bahagian Alatganti Mengikut Pangkat

iv. Jadual 3.3.4 Taburan Tahap Kelemahan Pekerja Stor Tidak 5


Hafal Nombor Alatganti Mengikut Pangkat

v. Jadual 3.3.5 Taburan Tahap Kelemahan Pengendalian Lejar 7


Mengikut Tempoh Perkhidmatan

vi. Jadual 3.3.6 Taburan Tahap Kelemahan Pengendalian Lejar 7


Tidak Hadir Kursus Mengikut Tempoh Perkhidmatan

SENARAI CARTA

i. Carta 2.8 Carta Gantt Pelaksanaan Kerja 5

ii. Carta 3.3.2 Taburan Susunan Alatganti Berterabur Mengikut 7


Jantina

iii. Carta 3.3.3 Taburan Susunan Alatganti Tidak Bersistem 5


Mengikut Jantina

iv. Carta 3.3.4 Taburan Pekerja Stor Tidak Hafal Nombor 7


Bahagian Alatganti Mengikut Pangkat

v. Carta 3.3.5 Taburan Kelemahan Pengendalian Lejar Mengikut 5


Tempoh Perkhidmatan

vi. Carta 3.3.6 Taburan Kelemahan Pengendalian Lejar Tidak 7


Hadir Kursus Mengikut Tempoh Perkhidmatan
vi
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

43 Kumpulan Stor Ordnans DiRaja (43 KSOD) adalah sebuah pasukan tumpangan di
Rejimen Ke-33 Rejimen Artileri DiRaja (33 RAD) bermula tahun 2000 yang
bertanggungjawab menguruskan perolehan logistik.

1.2. LATAR BELAKANG PROJEK

Setiap depot Ordnans diberi tanggungjawab mengendalikan penerimaan,


pengeluaran, penyimpanan dan penyusunan barang yang sistematik dan teratur. Oleh
itu, pasukan-pasukan Ordnans perlu menjaga kualiti dan berusaha meningkatkan
prestasi pengurusan stok di setiap stor depot pasukan.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Stor Alatganti di Rejimen 33 RAD adalah elemen penting dalam menempatkan item-
item alatganti kenderaan tentera. Justeru pekerja stor perlu mahir dan cekap dalam
sistem pengendalian stor meliputi menguasai nombor kod alatganti, sistem kad bin,
penerimaan dan penghantaran barang; penyusunan inventori di rak; dan juga
pengendalian lejar stok. Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam
pengendalian stor seperti berikut:

1
1.3.1 Penyusunan alat-alat ganti masih berterabur di rak mengakibatkan
kesukaran penempatan peralatan yang baru diterima.

1.3.2 Pekerja stor masih tidak cekap mengenal nombor bahagian alatganti
kenderaan menyebabkan ketidaklancaran semasa proses pertukaran dan
penerimaan alatganti.

1.3.3 Pekerja stor kurang mahir mengendalikan lejar inventori mengikut


garis panduan pengurusan stor pasukan menyebabkan teguran oleh
pihak audit.

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Objektif utama projek ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kecekapan


pengendalian stor alatganti 43 KSOD. Projek ini telah menggariskan beberapa
objektif seperti berikut:

1.4.1 Memastikan penyusunan item alatganti dilakukan dengan betul dan


tersusun di rak seperti panduan pengurusan stor.

1.4.2 Menilai sejauh mana kemahiran pekerja stor mengenali nombor kod
item alatganti bagi memudahkan pengurusan demand dan permohonan
perolehan stok.

1.4.3 Meningkatkan tahap pengetahuan pekerja stor mengendali lejar


inventori.

1.5 SKOP DAN LIMITASI PROJEK

Skop projek ini tertumpu kepada kemahiran pekerja stor 43 KSOD sahaja dan
limitasi yang wujud sepanjang projek dilaksanakan tidak semua anggota dapat
dijadikan responden kerana penglibatan pelbagai tugas.

2
1.6 KEPENTINGAN PROJEK

Di akhir projek, penyelidik berharap hasil projek yang dibentang dapat memberi
manfaat kepada pihak pengurusan dan semua peringkat pekerja stor 43 KSOD agar
lebih profesional dan efisien dalam mengendalikan stor pasukan.

3
BAB 2

METODOLOGI PROJEK

2.1 PENGENALAN

Dalam bab 2 ini menerangkan bagaimana bentuk projek dijalankan. Kaedah


kuantitatif adalah pilihan melalui soal selidik menggunakan borang. Aktiviti yang
disasarkan adalah mengumpulkan data dan maklumat yang diperoleh daripada
responden. Pelbagai elemen telah diberikan keutamaan ketika mereka bentuk projek
iaitu memilih sasaran responden, kerangka kerja, sumber data, instrumen, prosedur
kajian dan kaedah analisis yang digunakan semasa menilai ketepatan data yang
diperolehi.

2.2 REKA BENTUK PROJEK

Penilaian yang dilaksanakan bukanlah berbentuk akademik tetapi pengukuran


tahap prestasi melalui penyediaan Laporan Projek Penambahbaikan
Pengurusan Stor 43 KSOD. Tujuan laporan projek ini untuk mengukur tahap
kemahiran dan pengetahuan anggota dalam mengurus stor 43 KSOD. Projek ini
dilaksanakan menggunakan Borang Kaji Selidik yang diagihkan kepada responden.
Skala nilai 5 mata telah digunakan untuk mengukur kecenderungan dan kefahaman
responden terhadap tahap kepuasan pelanggan setiap elemen yang dinilai.

2.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN

Populasi adalah kumpulan sasaran penyelidik. Manakala persampelan pula adalah


input-input atau sesuatu maklumat hasil kajian dapat diaplikasikan. Dalam projek ini
seramai 30 anggota tentera telah menjadi responden.

4
2.4 KAEDAH PENGAGIHAN BORANG SOAL SELIDIK

Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 30 responden di 43 KSOD sahaja.


Anggota pasukan yang dipilih dikehendaki menjawab soalan kaji selidik dalam
tempoh masa yang ditetapkan iaitu 20 ke 30 minit dan mengembalikan semula
kepada penyelidik setelah lengkap diisi.

2.5 PROSEDUR PROJEK

Beberapa langkah sebelum kaji selidik dilaksanakan telah diambil bagi memastikan
kajian yang dilakukan mempunyai keberkesanan. Antara proses mengenalpasti tahap
keberkesanan dengan melakukan kajian percubaan sebelum kajian sebenar
dijalankan. Ini bertujuan memastikan instrumen kajian dapat menyelesaikan masalah-
masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Proses
mengenalpasti langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

MULA

MENGENALPASTI MASALAH DALAM LAPORAN DAN MENENTUKAN OBJEKTIF,


METODOLOGI PROJEK DAN KEPENTINGAN YANG INGIN DICAPAI

MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN BAHAN RUJUKAN

MENGENALPASTI MAKLUMAT YANGDIPERLUKAN UNTUK DIADAPTASIKAN


DALAM BORANG KAJI SELIDIK

MENGENALPASTI MAKLUMBALAS DARIPADA RESPONDEN

5
MENGUMPUL DATA-DATA YANG DIPEROLEHI DAN MEMBUAT ANALISA
TERHADAP DATA-DATA YANG DITERIMA

MEMBUAT LAPORAN DAN PEMBENTANGAN KE ATAS KAJI SELIDIK YANG


TELAH DIBUAT

AKHIR

Rajah 2.5: Carta Alir Kaji Selidik

2.6 PENGUMPULAN DATA

Dalam proses pengumpulan data, kaedah mengasingkan borang kaji selidik


mengikut nilai mata skor yang diisi oleh responden adalah bertepatan. Melalui kiraan
peratus memudahkan andaian terhadap kemahiran dan kecekapan mengurus
diterjemahkan.

2.7 TEKNIK ANALISA DATA

Data-data yang diperoleh melalui borang kaji selidik dikumpulkan. Kemudian


borang-borang tersebut dianalisis untuk mendapatkan makumat yang berguna.
Penyelidik telah menggunakan prosedur statistik yang mengandungi jadual, graf dan
carta pie bagi meringkaskan data supaya mudah difahami.

6
2.8 CARTA GANTT PELAKSANAAN PROJEK

2018
Bil. Aktiviti
SEP OKT NOV DIS

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Menentukan permasalahan dan 111


1
bentuk kajian

Mencari maklumat dan

er
P
n

g
n

n
a

a
c

a
2
membuat rujukan

Menyediakan metodologi/ bahan


3
kajian yang diperlukan

4 Membuat soal selidik

el
P
n

k
a
a

a
s
Mengumpul & menganalisa data
5
bagi mendapatkan keputusan

Perbincangan, Cadangan
6 Penyelesaian, Membuat
Laporan/dan Pembentangan

5
2.9 CARTA GANTT PELAKSANAAN PROJEK
6
2.9.1 Bagi melaksanakan projek ini, perancangan awal pada minggu
pertama dan kedua bulan Sep 2018, tetapi pelaksanaan telah
dilakukan 4 minggu dalam bulan Sep 2018 Ini bagi mengenalpasti
masalah, menentukan objektif ataupun tujuan sebenar projek
dilaksanakan, seterusnya memilih kaedah ataupun metodologi projek
yang dijalankan.

2.9.2 Mendapatkan maklumat awal dan rujukan berkenaan tajuk yang


hendak dibuat kajian mulai awal minggu ketiga dan keempat bulan
Sep 2018. Tetapi pelaksanaan 3 minggu sehingga minggu pertama
bulan Okt 2018.

2.9.3 Perancangan menyediakan metodologi kaji selidik mulai minggu


kedua hingga keempat bulan Okt tetapi pelaksanaan menjadi 4
minggu mulai minggu kedua hingga keempat bulan Okt 2018 dan
minggu pertama bulan Nov 2018.

2.9.4 Perancangan membuat kaji selidik selama 2 minggu telah menjadi 4


minggu dalam bulan Nov 2018. Tujuan untuk mendapatkan
maklumbalas daripada responden.

2.9.5 Mengumpul data-data yang diperoleh daripada responden dan


membuat analisa terhadap data-data tersebut mulai awal minggu
pertama dan kedua bulan Dis 2018 selama 2 minggu.

2.9.6 Menyiapkan laporan projek termasuk pembentangan pada minggu


ketiga dan keempat bulan Dis 2018 selama 2 minggu yangmana
keseluruhan projek selama 4 bulan .

8
BAB 3

ANALISA DATA

3.1 PENGENALAN

Dalam bab 3 ini menerangkan hasil dapatan yang telah dianalisa melalui borang kaji
selidik. Penyelidik memilih kaedah kuantitatif dalam pelaksanaan projek kerana
kaedah ini agak mudah dilaksanakan dengan kos yang minima.

3.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Responden yang dipilih mengikut jantina lelaki dan perempuan memandangkan


purata terdapat staf logistik daripada kedua-dua jantina. Dalam borang soal selidik
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden
dan Bahagian B - Soalanl Kaji Selidik. Jumlah resonden adalah 30 orang dalam
kalangan pekerja stor 43 KSOD iaitu 18 anggota lelaki dan 12 anggota wanita,
termasuk anggota Rejimen 33 Rejimen Artileri DiRaja.

3.3 HASIL ANALISIS PROJEK

Input-input yang diperoleh melalui borang kaji selidik dianalisa berdasarkan item
permasalahan yang dikemukakan kepada responden mengikut jantina lelaki dan
perempuan dan juga mengikut pangkat. Ini meliputi kaji selidik terhadap tahap
pengetahuan mengendali stor, kemahiran menyusun item alatganti di rak dan
pengendalian lejar stor berpandukan soalan-soalan berikut:

9
3.3.1 Adakah anda bersetuju susunan alatganti kenderaan berterabur dan
tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Panduan Pengendalian
Stor ?

Jadual 3.3.1: Taburan Tahap Penyusunan Stor Alatganti Yang Berterabur


Mengikut Jantina

Sangat
Sangat Tidak Tidak Jumlah
Jantina Setuju Tidak
Setuju Pasti Setuju (orang)
Setuju
Lelaki 6 4 1 3 4 18
Perempuan 4 3 1 1 3 12
10 7 2 4 6 30
Jumlah
(34%) (24%) (7%) (14%) (21%) (100%)

Carta 3.3.1: Taburan Tahap Penyusunan Stor Alatganti Yang Berterabur


Mengikut Jantina

10
Jadual dan Carta 3.3.1 menunjukkan data skala likert yang diperolehi
daripada responden terhadap tahap pengetahuan anggota menyusun inventori.
Pecahan taburan iaitu sangat setuju 10 orang (34%), setuju 7 orang (24%), tidak
pasti 2 orang (7%), tidak setuju 4 orang (14%) dan sangat tidak setuju 6 orang
(21%). Jumlah keseluruhan responden adalah 30 orang (100%). Kesimpulan
responden berpendapat penyusunan alatganti didapati berterabur.

3.3.2. Adakah anda bersetuju susunan alatganti kenderaan tidak bersistem


mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Panduan Pengendalian Stor?

Jadual 3.3.2: Taburan Tahap Penyusunan Stor Alatganti Tidak Bersistem


Mengikut Jantina

Sangat
Sangat Tidak Tidak Jumlah
Jantina Setuju Tidak
Setuju Pasti Setuju (orang)
Setuju
Lelaki 10 4 0 3 1 18
Perempuan 4 4 1 1 2 12
14 8 1 4 3 30
Jumlah
(47%) (33%) (3%) (10%) (7%) (100%)

11
Jadual 3.3.2: Taburan Tahap Penyusunan Stor Alatganti Tidak Bersistem
Mengikut Jantina
Jadual dan Carta 3.3.2 menunjukkan data skala likert yang diperolehi
daripada responden terhadap tahap pengetahuan anggota menyusun inventori.
Pecahan taburan iaitu sangat setuju 14 orang (47%), setuju 8 orang (33%), tidak
pasti 1 orang (3%), tidak setuju 4 orang (10%) dan sangat tidak setuju 3 orang (7%).
Jumlah keseluruhan responden adalah 30 orang (100%). Kesimpulan responden
berpendapat penyusunan alatganti didapati tidak bersistem sebanyak dengan 47
peratus.

3.3.3 Adakah anda bersetuju pekerja stor lemah dalam mengenal nombor
bahagian alatganti kenderaan ? 12

Jadual 3.3.3 Tahap Kelemahan Pekerja Stor Mengenal Nombor Bahagian


Alatganti Kenderaan Mengikut Pangkat

Sangat
Sangat Tidak Tidak Jumlah
Pangkat Setuju Tidak
Setuju Pasti Setuju (orang)
Setuju
Pegawai
1 - - - - 1
Waran 2
Staf Sarjan 1 1 - 1 - 3
Sarjan 1 1 - 2 - 4
Koperal - 3 1 1 - 5
Lans
- 2 1 4 - 7
Koperal
Prebet 1 2 1 5 1 10
13 9 3 4 1 30
JUMLAH
(44%) (30%) (10%) (13%) (3%) (100%)
Taburan Anggota Tidak Mengenal Alatganti Mengikut Pangkat

Sangat Tidak
Tidak Setuju
Setuju
13% 3%
Sangat Setuju
44%
Tidak Pasti
10%
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidk Setuju

Setuju
30%

Carta 3.3.3 Tahap Kelemahan Pekerja Stor Mengenal Nombor Bahagian


Alatganti Kenderaan Mengikut Pangkat
13

Jadual dan Carta 3.3.3 menunjukkan data skala likert yang diperolehi
daripada responden terhadap tahap kecekapan mengenal nombor bahagian alatganti
kenderaan iaitu sangat setuju 13 orang (44%), setuju 9 orang (30%), tidak pasti 3
orang (10%), tidak setuju 4 orang (13%) dan sangat tidak setuju 1 orang (3%).
Jumlah keseluruhan responden adalah 30 orang. Kesimpulannya mendapati
responden bersetuju kelemahan pekerja stor dalam mengenal nombor bahagian
alatganti kenderaan ditunjukkan dengan 44 peratus (%).

3.3.4. Adakah anda bersetuju kelemahan mengenal nombor bahagian


alatganti kenderaan disebabkan anggota kurang inisiatif untuk menghafal ?

Jadual 3.3.4 Tahap Kelemahan Pekerja Stor Menghafal Nombor Bahagian


Alatganti Kenderaan Mengikut Pangkat

Sangat
Sangat Tidak Tidak Jumlah
Pangkat Setuju Tidak
Setuju Pasti Setuju (orang)
Setuju
Pegawai
1 - - - - 1
Waran 2
Staf Sarjan 1 1 - - - 2
Sarjan 1 1 - - - 2
Koperal 9 2 - - - 11
Lans
2 4 - 1 1 8
Koperal
Prebet 1 2 1 1 1 6
15 10 1 2 2 30
JUMLAH
(44%) (30%) (10%) (13%) (3%) (100%)

14
Carta 3.3.4 Taburan Tahap Kelemahan Pekerja Stor Menghafal Nombor
Bahagian Alatganti Kenderaan Mengikut Pangkat

Jadual dan Carta 3.3.4 menunjukkan data skala likert yang diperolehi
daripada responden terhadap tahap kecekapan menghafal nombor bahagian alatganti
kenderaan iaitu sangat setuju 15 orang (44%), setuju 10 orang (30%), tidak pasti 1
orang (10%), tidak setuju 2 orang (13%) dan sangat tidak setuju 2 orang (3%).
Jumlah keseluruhan responden adalah 30 orang. Kesimpulannya mendapati
responden bersetuju kelemahan pekerja stor dalam mengenal nombor bahagian
alatganti kenderaan disebabkan kurang daya inisiatif untuk menghafal nombor
bahagian alatganti bagi memudahkan urusan kerja. Ini ditunjukkan dalam carta 3.3.4
dengan 44 peratus (%).

15
3.3.5 Adakah anda bersetuju pekerja stor tidak mahir mengendalikan lejar
inventori mengikut garis panduan pengendalian lejar stor pasukan?

Jadual 3.3.5: Tahap Kelemahan Pengendalian Lejar Inventori


Mengikut Tempoh Perkhidmatan

Sangat
Sangat Tidak Tidak Jumlah
Pangkat Setuju Tidak
Setuju Pasti Setuju (orang)
Setuju
5 - 10 tahun 1 - - - - 1
11 - 15
1 1 - - - 2
tahun
16 Tahun ke
1 3 - - - 4
atas
8 10 2 8 2 30
JUMLAH
(27%) (33%) (6%) (27%) (7%) (100%)
16

Carta 3.3.5: Tahap Kelemahan Pengendalian Lejar Inventori


Mengikut Tempoh Perkhidmatan
Jadual dan Carta 3.3.5 menunjukkan data skala likert yang diperolehi
daripada responden terhadap tahap pengetahuan anggota mengurus lejar
inventori. Pecahan taburan kelemahan mengurus lejar iaitu sangat setuju
8 orang (27%), setuju 10 orang (33%), tidak pasti 2 orang (6%), tidak setuju
8 orang (27%) dan sangat tidak setuju 2 orang (7%). Jumlah keseluruhan
responden adalah 30 orang. Kesimpulannya majoriti responden berpendapat
memang wujudnya kelemahan dalam mengendali lejar inventori.

3.3.6. Adakah anda bersetuju pekerja stor tidak mahir mengendalikan lejar
inventori disebabkan tidak menghadiri kursus lejar secara formal ?

Jadual 3.3.6: Tahap Kelemahan Pengendalian Lejar Kerana Tidak Hadir Kursus
Mengikut Tempoh Perkhidmatan

Pangkat Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat Jumlah


Tidak
Setuju Pasti Setuju (orang)
Setuju
5 - 10 tahun 1 - - - - 1
11 - 15 tahun 1 4 - 1 - 6
16 Tahun ke
14 6 1 1 1 23
atas
16 10 3 2 1 30
JUMLAH
(54%) (33%) (6%) (7%) (3%) (100%)

17
Carta 3.3.6: Tahap Kelemahan Pengendalian Lejar Kerana Tidak Hadir
Kursus Mengikut Tempoh Perkhidmatan

Jadual dan Carta 3.3.6 menunjukkan data skala likert yang diperolehi
daripada responden terhadap tahap pengetahuan anggota mengurus lejar
inventori. Pecahan taburan kelemahan mengurus lejar sebab Tidak Hadir
Kursus mengikut tempoh perkhidmatan iaitu sangat setuju 16 orang (54%),
setuju 10 orang (33%), tidak pasti 3 orang (6%), tidak setuju 2 orang (7%)
dan sangat tidak setuju 1 orang (3%). Jumlah keseluruhan responden adalah
30 orang. Kesimpulannya majoriti responden berpendapat memang
wujudnya kelemahan dalam mengendali lejar inventori disebabkan tidak
hadir kursus dengan ditunjukkan dalam carta 3.3.6 sebanyak 54 peratus (%).

18
3.4 PENILAIAN KESELURUHAN

Melalui analisa yang dibuat ke atas borang kaji selidik yang diterima daripada 30 orang
responden mendapati memang wujud kelemahan-kelemahan dalam pengendalian stor
alatganti kenderaan 43 KSOD. Peratusan kelemahan ditunjukkan melalui data pada carta
pie dan juga jadual skala likert di atas.

3.5 KESIMPULAN

Berdasarkan analisa yang telah dibuat terhadap projek ini, kesemua objektif yang
disasarkan telah tercapai. Soal selidik yang dijalankan secara kuantitatif dapat
membantu penyelidik mengesan terhadap kelemahan dan tahap pencapaian anggota
menguasai keperluan pengurusan stor dan pengendalian lejar stor alatganti.
19

14
BAB 4

PERBINCANGAN, PENEMUAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

4.1 PENGENALAN

Bab 4 adalah bab yang terakhir dalam penyediaan laporan projek. Hasil analisis
yang dibuat dalam Bab 3, mendapati beberapa penemuan terhadap masalah yang
dikenalpasti perlu penyelesaian dan penambahbaikan.

4.2 PERBINCANGAN

Semasa proses pengumpulan dan analisis data, penyelidik mendapati kelemahan


pekerja stor alatganti kenderaan menguasai sistem pengurusan inventori dan
pengurusan lejar perlu dibendung segera kerana kelemahan tersebut boleh
menyumbang kepada kehilangan barang dan ketirisan. Justeru pemantauan melalui
Lembaga Semak Stok dan Audit Dalaman perlu lebih kerap diadakan untuk
memantau pengurusan dilakukan dengan teliti seperti termaktub dalam panduan
pengurusan stor. Semua pihak tidak kira pangkat perlu sentiasa memantau perkara
ini bagi meningkatkan pengurusan stor ke arah lebih tersusun dan berkesan.

20
4.3 PENEMUAN

Melalui analisa yang dibuat, kelemahan dalam pengendalian stor alatganti seperti
berikut:

4.3.1 Kelemahan menyusun alatganti / inventori disebabkan rak yang sedia


ada amat terhad dan tidak dapat menampung ruang penyimpanan stok
selain ruangan bilik yang agak sempit.

4.3.2 Kelemahan mengenal nombor bahagian alatganti disebabkan


kekurangan bekalan manual rujukan daripada syarikat pembekal.
Pasukan terpaksa mengeluarkan kos sendiri dan inisiatif mengadakan
buku rujukan nombor-nombor item alatganti bagi memudahkan
rujukan kepada pekerja stor. Selain itu, kecekapan dan daya ingatan
dalam menghafal nombor-nombor item alatganti adalah satu
kelebihan dan daya usaha sendiri.

4.3.3 Kelemahan mengendali lejar inventori disebabkan kesilapan dalam


merekodkan butiran di dalam lejar.

4.4 KELEBIHAN

4.4.1 Kaji selidik ini dapat membantu pasukan mengenal pasti punca
permasalahan dalam pengendalian dan pengurusan stor pasukan.

4.4.2 Setiap kelemahan pengendalian stor perlulah diatasi segera bagi


mengelakkan prestasi pengendalian stor merosot dan boleh
mengakibatkan kehilangan wang kerajaan.

21
4.5 KELEMAHAN

4.5.1 Semasa kaji selidik dibuat ramai anggota mempunyai pelbagai tugas
lain menyebabkan pandangan yang diterima tidak begitu
menyeluruh. Penyelidik beranggapan bahawa sejumlah pandangan
30 responden dapat mewakili pandangan anggota-anggota pasukan
lain terhadap kaji selidik yang dibuat.

4.5.2 Tidak semua permasalahan yang dikemukakan dapat segera diatasi


oleh pasukan disebabkan kekangan kewangan bagi menyediakan
penambahan rak dan juga untuk menganjurkan kursus atau bengkel.

4.6 CADANGAN

Beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan seperti berikut:

4.6.1 Masalah Penyusunan alatganti masih berterabur. Kepentingan


penyusunan item dan barang perlu untuk memudahkan pengeluaran
dan kemasukan stok baru agar bersistematik. Kelemahan penyusunan
mengakibatkan lambat mengenalpasti kedudukan barang dan
pengawalan baki stok.

Cadangan:

i. Satu sistem penyusunan semula barang-barang inventori perlu


dibuat iaitu mengikut item barang laris dan tidak laris.
Susunan juga mesti mengikut seksyen dan nombor bahagian
supaya mudah dicari.

22
ii. Penambahan rak jenis steel berukuran 8 kaki tinggi dan 4 kaki
lebar perlu diadakan bagi menampung kekurangan ruang
penyimpanan alatganti kenderaan.

4.6.2 Pekerja stor masih tidak cekap mengenal nombor bahagian


alatganti kenderaan. Kemahiran dan kecekapan mengenal dan menghafal
nombor-nombor item alatganti kenderaan adalah satu kelebihan dan
kemahiran yang menunjukkan tahap profesional pekerja stor alatganti.
Kelemahan dalam menguasai dan mengingati nombor-nombor bahagian akan
menyukarkan kerja-kerja pengeluaran item yang diperlukan oleh pelanggan
serta melambatkan masa bekerja,

Cadangan:

i. Anggota yang kurang mahir mengingati nombor siri alatganti


dibekalkan buku panduan nombor siri alatganti dan diletakkan
di kaunter penerimaan dan pengeluaran barang.

ii. Anggota boleh diberikan latihan berterusan untuk mengingati


nombor siri alatganti kenderaan melalui latihan intensif in-
house ataupun mengadakan ujian bulanan tahap kemahiran
mengenal item dan nombor bahagian.

4.4.3 Pekerja stor kurang mahir mengendalikan lejar inventori


mengikut garis panduan pengurusan stor pasukan. Pengendalian lejar
stok adalah elemen penting dalam mengurus stor. Kelemahan memasukkan
data-data yang tepat akan menyebabkan kehilangan wang kerajaan dan boleh
mengakibatkan ketirisan. Langkah-langkah mengatasi perlu diatasi segera,
antaranya:

23
i. Mengadakan Bengkel Mengurus Lejar yang dilatih oleh
anggota yang mahir secara in-house. Bengkel ini boleh
dilaksanakan sebulan sekali di pasukan. Selain itu, pasukan
boleh menghantar anggota yang kurang mahir untuk
mengikuti kursus formal mengendalikan lejar di Pusat Latihan
Ordnans (PULNORD).

ii. Setiap kemasukan (entri data) perlu disemak oleh penyelia


dan pegawai selepas pengeluaran dan kemasukan stok setiap
hari bagi mengelakkan menangguhkan entri data.

4.5 KESIMPULAN

Keseluruhan penilaian terhadap tahap kemahiran dan pengetahuan mengurus stor


dan pengendalian lejar bagi pekerja stor alatganti kenderaan 43 KSOD ini telah
mencapai sasaran oleh pasukan. Ini kerana masih terdapat anggota yang baharu
dalam perkhidmatan dan masih perlu diberi pendedahan tentang peraturan dan
sistem pengurusan stor dari masa ke semasa. Selain itu, sikap menangguh kerja
dan kurang bertanggungjawab juga mempengaruhi kelemahan yang berlaku.

24
RUJUKAN

Akta Angkatan Tentera, 1972.


Arahan Pengendalian Inventori Angkatan Tentera Bil 2 Tahun 2010 - Dasar
Pengurusan Stor Pasukan
Perintah Tetap Pasukan Bil 11 bertarikh 5 Mac 2014 (Prosedur Pengurusan
Inventori)
Lampiran 1

BORANG SOAL SELIDIK

KAJI SELIDIK PENGENDALIAN STOR ALATGANTI


43 KUMPULAN STOR ORDNANS DIRAJA,
KEM MAHKOTA, KLUANG

PRAKATA

Soal selidik yang akan anda jawab ini adalah merupakan satu kajian yang sedang
dijalankan oleh Tim Kaji Selidik bagi Penambahbaikan Prestasi Pengendalian Stor
43 KSOD.

BAHAGIAN A – DEMOGRAFI RESPONDEN

Arahan: Sila tandakan √ di tempat kosong yang berkaitan:

1. Jantina

a. Lelaki

b. Perempuan

2. Sila nyatakan pangkat yang anda sandang sekarang.

a. PW 2
b. SSjn
c. Sjn

2. Tempoh Perkhidmatan:

a. 5 – 10 tahun

b. 11 – 15 tahun

c. 16 tahun ke atas
BAHAGIAN B – SOAL SELIDIK

ARAHAN MENJAWAB KAJI SELIDIK

Sila tandakan √ di kotak nilai skor yang disediakan di bawah setiap soalan kaji
selidik.
SKOR PENILAIAN

NILAI SKOR PENILAIAN

5 Sangat Setuju

4 Setuju

3 Tidak Pasti

2 Tidak Setuju

1 Sangat Tidak Setuju

1. Adakah anda bersetuju susunan alatganti kenderaan berterabur dan


tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Panduan Pengendalian Stor?

Sangat Kurang Sangat Tidak


Setuju Tidak Pasti
Setuju Setuju Setuju
5 4 3 2 1
2. Adakah anda bersetuju susunan alatganti kenderaan tidak bersistem
mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Panduan Pengendalian Stor?

Sangat Kurang Sangat Tidak


Setuju Tidak Pasti
Setuju Setuju Setuju
5 4 3 2 1

3. Adakah anda bersetuju pekerja stor lemah dalam mengenal nombor


bahagian alatganti kenderaan ?

Sangat Kurang Sangat Tidak


Setuju Tidak Pasti
Setuju Setuju Setuju
5 4 3 2 1

4. Adakah anda bersetuju kelemahan mengenal nombor bahagian


alatganti kenderaan disebabkan anggota kurang inisiatif untuk menghafal ?

Sangat Kurang Sangat Tidak


Setuju Tidak Pasti
Setuju Setuju Setuju
5 4 3 2 1
5. Adakah anda bersetuju pekerja stor tidak mahir mengendalikan lejar
inventori mengikut garis panduan pengendalian lejar stor pasukan ?

Sangat Kurang Sangat Tidak


Setuju Tidak Pasti
Setuju Setuju Setuju
5 4 3 2 1

6. Adakah anda bersetuju pekerja stor tidak mahir mengendalikan lejar


inventori disebabkan tidak menghadiri kursus lejar secara formal ?

Sangat Kurang Sangat Tidak


Setuju Tidak Pasti
Setuju Setuju Setuju
5 4 3 2 1

Lampiran 2
Foto 1: Ruangan Stor Alatganti Yang Sempit

Foto 2: Susunan Alatganti Yang Berterabur

Anda mungkin juga menyukai