Anda di halaman 1dari 14

BACHELOR OF ACCOUNTING WITH HONOURS

SEMESTER SEPTEMBER/ 2019

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

NO. MATRIKULASI : 970107265154001


NO. KAD PENGENALAN : 970107-26-5154
NO. TELEFON : 016-4016684
E-MEL : fazeerarahim@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI
ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT


1 PENGENALAN 3
2 ISU ALAM SEKITAR 4-5
3 INFOGRAFIK GCED 6-8
4 INFOGRAFIK ALAM SEKITAR 9 - 10
CARA-CARA MENYELESAIKAN ISU
5 10 – 12
ALAM SEKITAR
6 KESIMPULAN 12
7 REFLEKSI KENDIRI 13
8 APENDIKS 14

2
PENGENALAN

Pada arus globalisasi yang makin pesat membangun, aspek pendidikan dilihat antara
aspek yang paling memberi impak positif kepada pembangunan masyarakat sejagat.
Untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia, semua pihak yang terlibat dengan kegiatan
pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan
dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang
berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan
sumber tenaga manusia yang produktif di negara yang sedang mengorak langkah
mencapai status negara maju. Bidang pendidikan merupakan satu pelaburan yang perlu
diberikan tumpuan dan perhatian, secara formal mahupun tidak formal bagi menaikkan
nama sesebuah negara. Konsep pendidikan pada abad ke-21 harus bergerak melangkaui
standard pembelajaran tradisional tanpa bergantung kepada pihak lain. Memandangkan
pendidikan boleh diterima sebagai alat yang asas untuk membentuk sesebuah negara
menjadi negara yang lebih maju dan juga untuk pembangunan lestari, masyarakat global
zaman sekarang perlu mengambil inisiatif untuk mempraktikkan teori, konsep atau model
mengenai sifat jati diri dalam kehidupan seharian. Pendidikan Kewarganegaraan Global
ataupun dikenali sebagai GCED adalah transformatif, memberikan pelajar peluang dan
kecekapan untuk menyedari hak dan kewajipan mereka untuk membangunkan dunia
kepada yang lebih baik di masa hadapan. GCED melalui proses pembelajaran
transformatif dapat memperkasakan pelajar untuk berfikir, berkongsi dan bertindak demi
dunia yang lebih aman, terangkum dan lestari. GCED meliputi tiga dimensi konseptual
iaitu kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku. Selaras dengan objektif GCED, masyarakat
zaman global perlu dipupuk dengan rasa hormat kepada individu mahupun masyarakat,
membangunkan rasa kepunyaan sesama manusia dan membantu pelajar menjadi
warganegara global yang bertangungjawab dan aktif kepada masyarakat sejagat. Oleh itu,
aspek pendidikan dilihat mempunyai potensi untuk memberi impak kepada sesuatu
situasi dalam sesebuah negara. Pendidikan yang diberikan juga dapat diperkasakan
supaya mereka lebih memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kesejahteraan
dan kelangsungan hidup masyarakat agar berkekalan jika usaha terancang dapat
dilakukan untuk mendidik masyarakat secara formal atau sebaliknya.

3
ISU ALAM SEKITAR

Manusia dan plastik tidak dapat dipisahkan lagi, Barangan berunsurkan plastik banyak
digunakan dalam kegunaan harian bagi masyarakat dunia kini. Setiap rumah dikatakan
pasti mempunyai barangan berunsurkan plastik kerana kelebihannya yang tahan lama,
kalis air dan memudahkan banyak urusan dalam harian mereka. Manusia juga mengambil
isu pembuangan plastik merupakan perkara yang remeh-temeh sehingga ada segelintir
daripada masyarakat kita sanggup membuang sampah merata-rata tanpa merasa serba
salah. Tetapi tanpa kita sedari, ia memberi impak yang negatif terutamanya kepada
ekosistem kita. Pencemaran alam sekitar terutamanya yang berpunca daripada produk
berasaskan plastik sangat dikhuatiri pada masa sekarang dan meningkat dengan kadar
yang amat membimbangkan. Masyarakat sering diberitahu yang makanan laut merupakan
makanan yang mempunyai zat besi yang bagus untuk kesihatan tubuh badan dalam
kuantiti yang dikehendaki. Namun adakah mereka sedar menjelang tahun yang akan
datang, semua makanan laut akan tercemar dengan plastik dan ada diantaranya tidak
dapat disingkirkan daripada badan hasil laut sebelum dimakan oleh manusia?) Antonio
Guterres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB memberi peringatan
bahawa lautan akan dipenuhi dengan plastik berbanding daripada ikan menjelang 2050.
Pada ketika ini, laut memperolehi 170 juta tan plastik dan sesetengahnya dimakan oleh
hidupan laut yang menjadi hidangan harian kita tanpa kita sedari. Berbeza dengan sifat
sisa bahan bukan organik, plastik mengambil masa yang lama untuk terurai secara semula
jadi serta memerlukan banyak kos untuk plastik diproses semula bergantung kepada
komposisi dan struktur kimia. Walaupun plastik boleh dikitar semula tetapi kos tambahan
proses yang melibatkan pengumpulan dan pembersihan plastik amat membebankan dan
tidak menjadi keutamaan kepada industri kerana tidak mendatangkan hasil. Lebih
memburukkan keadaan, dianggarkan setiap tahun sebanyak lapan juta tan metrik sisa
plastik dihasilkan memasuki sistem perairan dunia dan berakhir di lautan. Pada tahun
1950-an, proses kitar semula plastik mula diperkenalkan dan dikatakan 6.3 billion tan
plastik hanya sembilan peratus plastik yang dikitar semula yang dihasilkan di seluruh

4
dunia pada zaman itu. Ekonomi dunia yang pelbagai dan berkembang pesat serta maju
seiring pertambahan manusia juga mengiringi pertambahan plastik di lautan dunia dalam
keadaan yang sangat membimbangkan. Terdapat banyak kes yang didokumentasikan
mengenai hidupan marin yang terancam akibat memakan plastik atau terperangkap dalam
sisa plastik. Walaupun hidupan laut berkenaan tidak mati, tetapi bahan plastik yang
dimakan masih tersimpan dalam badannya. Kebimbingan utama adalah plastik mikro
yang dimakan oleh ikan kecil dan kerang-kerangan yang lebih kecil boleh meresap ke
dalam isinya dan tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Memang tidak dapat disangkal,
plastik dapat mereput secara perlahan-lahan namun ia tidak dapat mereput sepenuhnya
dalam masa yang singkat. Namun sebaliknya, kepingan halus plastik ini akan berada
dalam lingkungan ekosistem lautan dan mengancam hidupan marin serta mencemarkan
ekosistem lautan. Beberapa jenis plastik telah dikenalpasti antaranya ialah phthalate,
bisphenol A (BPA) dan Polybrominated diphenyl ethers (PBDEs) yang boleh melarutkan
resapan toksin plastik ini, oleh itu terdapat kebimbangan jika plastik mikro ini terkumpul
dalam tubuh manusia dan mendatang kemudaratan kepada kesihatan manusia samada
dari jangka masa pendek mahupun panjang. Selain itu, dikhuatiri jika partikal plastik
yang sangat halus boleh meresap ke dalam saluran darah manusia. Hal ini dapat memberi
kesan negatif kepada kesihatan individu dalam sesebuah negara serta menjadi beban
kepada sistem kesihatan awam yang perlu menanggung pesakit yang berlebihan.
Pencemaran ini secara umumya menjejaskan fisiologi kehidupan marin yang mungkin
memberikan kesan jangka panjang jika tidak dikawal dan diselia oleh individu dan
masyarakat dalam masa terdekat.

5
INFOGRAFIK GCED

Sumber: https://www.gcedclearinghouse.org/resources/global-citizenship-education-
gced-infographic

Semasa Perhimpunan Agung PBB, terdapat 17 Matlamat Pembangunan Lestari


disenaraikan di bawah Agenda Pembangunan Lestari 2030 yang akan dicapai dalam
tempoh 15 tahun akan datang. GCED mengutamakan hak asasi manusia dalam menuju
masyarakat global. Di dalam 17 matlamat yang diberikan, terdapat satu hak asasi manusia
yang diketengahkan iaitu hak kesaksamaan jantina. Hak kesaksamaan jantina ini wujud
dari abad ke-21 dan dikaitkan dengan pembangunan lestari serta penting untuk mencapai

6
hak asasi manusia yang sama rata untuk semua tanpa mengira jantina. Pada masa kini,
jantina dianggap sinonim dengan wanita tanpa mengira saiz tubuh badan dan warna kulit
serta taraf sesorang wanita tersebut. Dunia percaya wanita adalah seorang yang lemah
serta memerlukan perlindungan hak sama rata seperti lelaki juga. Kesaksamaan jantina
merupakan objektif pembangunan yang penting dan berkait rapat dengan pembangunan
ekonomi.

Seterusnya merujuk kepada infografik dari UNESCO, tiada diskriminasi terhadap kaum
wanita juga perlu diberikan penekanan oleh dunia. Diskriminasi terhadap kaum wanita
mempunyai simbolik sebagai keganasan, penindasan dan pelabelan kepada kaum selain
lelaki di atas muka bumi ini. Diskriminasi pada zaman sekarang ini terdorong kepada
perbezaan antara sesuatu kaum atau entiti lain yang sering menjadi topik utama dalam
kalangan masyarakat global. Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) yang mewakili dunia
untuk menyelesaikan masalah yang timbul di dunia pada abad ini agar dunia dapat hidup
dalam keadaan aman dan makmur. Sebagai contoh yang boleh dilihat dari zaman
terdahulu adalah peperangan antara Israel dan Syria yang belum lagi selesai setelah
berabad-abad kerana tiada campur tangan dari orang luar.

Merujuk kepada gambar infografik dari UNESCO juga dalam membina masyarakat yang
aman dan harmoni, GCED sepatutnya mengetengahkan prinsip-prinsip alam semula jadi
seperti hak asasi manusia. Hak asasi manusia meliputi hak kesaksamaan jantina, tidak
disrikminasi antara satu entiti dengan entiti yang lain, sifat ambik tahu antara satu sama
lain, menguasai atas niat kebaikkan dan penambahbaikkan, tidak mengasari antara satu
sama lain dan saling menghormati sesama masyarakat.

Antara objektif dan matlamat GCED adalah untuk menjadi masyarakat yang maju selaras
dengan pembangunan lestari. Untuk menjadi masyarakat yang global, individu perlu
mengambil tindakan bermula daripada diri sendiri dan dijadikan contoh kepada
masyarakat diluar sana. GCED menerapkan kemahiran seperti kognitif, sosio-emosi dan
tingkah laku. Dalam tiga dimensi konseptual utama GCED, kognitif membawa maksud
masyarakat boleh berfikir dengan lebih mendalam untuk mengetahui isu-isu berkaitan

7
yang menjadi topik hangat dan mengkritiknya bagi hak asasi manusia yang lain agar tiada
menindas yang berlaku kepada mana-mana individu, masyarakat dan negara. Selain itu,
sosio-emosi melahirkan rasa tanggungjawab, simpati serta mengajar kita menghormati
perbezaan yang terdapat dalam diri individu itu sendiri contohnya dari segi agama,
budaya dan bahasa. Tingkah laku bermaksud setiap tindakan yang kita lakukan haruslah
dilakukan dengan rasa tanggungjawab agar berkesan dan memberi contoh kepada
masyarakat untuk dijadikan teladan kelak hari demi mencapai negara yang aman dan
damai. Tiga dimensi konseptual utama yang dipilih bawah GCED ini amatlah bertepatan
untuk merealisasikan 17 matlamat sebelum 15 tahun akan datang. Oleh itu, Pendidikan
dianggap satu asset pelaburan yang amat sesuai dan bernilai dan seharusnya bermula dari
zaman kanak-kanak agar dunia dapat melahirkan masyarakat yang berkualiti serta dapat
meyumbang kepada negara seiring dengan arus modenisasi tanpa ketinggalan dibelakang
dunia yang berdaya saing untuk mempertingkatkan ekonomi negara masing-masing.

8
INFOGRAFIK ISU ALAM SEKITAR

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/613/INFOGRAFIK/Plastik-ancaman-
serius-kepada-alam-sekitar

Berdasarkan artikel dari Sinar Harian sumber dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT), plastik boleh dikategorikan sebagai ancaman yang serius dan juga
pembunuh dalam senyap kepada alam sekitar. Terdapat 300 juta tan sisa pepejal
dihasilkan setiap tahun dan sebanyak 13.2% daripadanya adalah sisa plastik serta

9
daripada jumlah ini 1,050 tan beg plastik dihasilkan oleh alam dalam masa sehari. Kajian
Komposisi Sisa Pepejal yang telah dilaksanakan oleh KPKT, sisa plastik telah
menyumbang sebanyak 13.2% dari keseluruhan penjanaan sisa di Malaysia pada tahun
2017 dan daripada sisa plastik tersebut, 29.2% adalah terdiri daripada jenis Low Density
Polyethylene (LDPE) iaitu komponen utama dalam pembuatan beg plastik. Tambahan
pula, plastik mengambil masa selama 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan secara
semulajadi. Penguraian sisa plastik dapat disingkatkan dengan adanya teknologi yang
canggih serta dapat menjimatkan tenaga dan masa. Namun, menjadi bebanan kepada
ekonomi kerana proses pengumpulan dan pembersihan pembuangan sisa plastic menelan
kos yang amat tinggi dan tidak mendatangkan hasil kepada negara. Selain itu, sisa
buangan plastik yang dibuang di lautan membuatkan hidupan laut semakin terancam
kerana mereka beranggapan plastik itu menyerupai seperti sumber makanan mereka.
Menjadi kebimbingan sekiranya sisa plastik itu tidak musnah tetapi terlarut ke dalam
badan hidupan laut dan tidak dapat dikesan kerana sisa plastik yang bersaiz mikro. Selain
itu, plastik yang dibuang merata-rata berpotensi menghalang aliran air terutamanya di
dalam longkang boleh menyebabkan berlakunya masalah air bertakung lalu
menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Punca utama berlakunya perkara sedemikian
rupa adalah berpunca daripada perilaku kita sendiri yang tidak mempraktikkan
pembuangan sampah terutamanya plastik ditempat yang sepatutnya. Pembinaan
bangunan yang semakin pesat, pusat perindustrian dan jalan tar menyebabkan air hujan
tidak mampu meresap ke dalam komposisi tanah menyebabkan berlakunya banjir kilat.

CARA-CARA MENYELESAIKAN ALAM SEKITAR

Walaupun pendedahan berkenaan isu kelestarian alam sekitar sudah banyak


diketengahkan dan dijuarai oleh pelbagai pihak, namun usaha untuk meningkatkan
kesedaran kepada masyarakat perlu terus dilakukan lagi. Pelbagai inisiatif dan
penyelidikan telah diwar-warkan oleh media massa tetapi masyarakat masih tidak peka
terhadap isu-isu alam sekitar pada masa kini. Lebih membimbangkan lagi, jika cara hidup
masyarakat kini tidak diubah kepada yang lebih baik, dikhuatiri generasi akan datang

10
harus menanggung risiko hasil dari generasi sekarang. Selain itu, masyarakat banyak
beranggapan bahawa pembakaran adalah cara penyelesaian kepada sisa buangan plastik.
Pembakaran sisa plastik dapat membebaskan gas dan bahan berbahaya yang mengambil
masa sangat lama untuk terbiodegradasi, jadi ia akan kekal dalam persekitaran dan
memberi ancaman kepada kesihatan manusia. Terdapat beberapa cara untuk
mengurangkan penggunaan plastik tetapi ia melibatkan perubahan yang drastik dalam
kehidupan seharian jika masyarakat masih dalam tempoh permulaan dan percubaan.
Untuk menyokong inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan atau dari mana-mana NGO,
kempen kesedaran seperti 3R (Reduce, Reuse and Recycle), “No Plastic”, “Go Green”
dan pelbagai lagi kempen yang banyak diperkenalkan untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat sejagat. Menurut artikel yang ditulis di Bernama pada 27 Julai 2018 untuk
permulaan dalam menyokong inisiatif ini, penggunaan botol yang diperbuat daripada
kaca atau keluli tahan karat yang boleh digunakan semula amatlah digalakkan. Sebuah
syarikat penyelidikan pasaran, Euromonitor International mendedahkan satu juta botol
plastik dibeli setiap minit, jadi ianya memberi impak yang besar dalam pengurangan sisa
plastik dengan menggunakan botol yang boleh diguna semula. Selain itu, penggunaan
pembungkusan makanan sering dilihat di kedai makanan. Kita perlu melatih diri untuk
mengunakan bekas kedap udara yang selamat digunakan dan penggunaan “green bag”
semasa keluar membeli-belah sebagai langkah pertama untuk menyelamatkan alam
sekitar. Masyarakat juga perlu melatih diri untuk membawa sudu, garfu dan penyedut
minuman keluli atau buluh sendiri ke kedai makan. Pada mulanya, ia mungkin akan
berasa janggal, tetapi jika seseorang individu tidak memulakan dari awal, amalan contoh
mencontohi ini tidak dapat dizahirkan dengan sempurna dalam sistem kemasyarakatan.
Kempen yang dianjurkan oleh kerajaan dan NGO yang berterusan dapat meningkatkan
kesedaran orang ramai mengenai akibat daripada penggunaan plastik. Antara contoh yang
dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian adalah membawa makanan yang dimasak
dari rumah di dalam bekas yang selamat dan boleh diguna semula ke sekolah, tempat
kerja dan semasa perjalanan ke mana saja juga merupakan satu lagi cara terbaik untuk
mengurangkan penggunaan plastik. Sementara itu, negara luar seperti Kenya, England,
Australia, New York dan Indonesia mengharamkan atau mengenakan cukai terhadap
penggunaan plastik pakai buang. Malah, Kenya mengenakan denda sebanyak USD38,000

11
(kira-kira RM155,000) atau hukuman penjara 4 tahun bagi mereka yang ditangkap
melanggar peraturan yang ditetapkan itu. Tidak mustahil juga suatu hari negara Malaysia
dapat melakukan perubahan seperti negara luar untuk menyelamatkan alam sekitar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita semua berada dalam bumi dan langit yang sama. Maka kita
seharusnya mempunyai kesedaran untuk mengurangkan masalah yang akan mengancam
alam sekitar dan nyawa kita. Pendidikan kewarganegaraan global (GCED) memberi
manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu alam sekitar sekiranya setiap
individu bertanggungjawab keatas perilaku individu tersebut serta dapat melahirkan
masyarakat global yang bertamadun di dunia ini. Bidang pendidikan alam sekitar yang
diterapkan melalui alma mater perlu dilakukan secara berterusan dari peringkat kanak –
kanak agar nilai – nilai murni dapat dipupuk secara semula jadi tanpa paksaan apabila
kanak- kanak ini meningkat dewasa kelak. Tidak dapat dinafikan pendidikan mengenai
isu- isu alam sekitar belum mencapai objektif yang ditetapkan iaitu dengan menanam dan
memupuk minat pelajar agar mengamalkan setiap benda yang dipelajari di sekolah untuk
diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, usaha kerajaan dengan memperkenalkan
pendidikan alam sekitar di sekolah – sekolah dipertingkatkan agar dapat menyemai sikap
menyayangi alam sekitar selain meningkatkan kesedaran terhadap isu berkaitan
persekitaran di kalangan generasi belia. Kita juga harus menanam perasaan untuk
berusaha memulihara dan memelihara alam sekitar supaya menjadi lebih bersih, segar
dan cantik dan juga dapat menarik minat pendatang asing untuk melancong ke negara
kita.

12
JURNAL REFLEKSI

Jurnal refleksi ditulis untuk melaporkan setiap langkah kerja yang diperlukan dalam
usaha menyiapkan tugasan ini. Dalam jurnal ini, dikemukan beberapa refleksi diri yang
diperolehi dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Selain itu, berpandukan artikel – artikel
yang diperolehi dari sumber internet, saya mendapatkan pengalaman pembelajaran yang
efektif. Sebelum ini pengalaman terakhir mempelajari kajian tentang alam sekitar adalah
di peringkat sekolah menengah. Oleh itu terdapat banyak perbezaan isu – isu alam sekitar
yang dahulu dengan yang terkini. Ternyata terdapat banyak usaha yang dilakukan dari
segi pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar seiring arus modenisasi.
Selain itu, antara kelemahan yang kekuatan yang terdapat dalam diri saya adalah semasa
menjalankan tugasan ini kerana isu alam sekitar yang dipilih oleh saya iaitu pencemaran
plastik amat baru dalam trend abad ini. Disebabkan isu pencemaran plastik ini masih
baru, oleh itu terdapat banyak kekangan dari segi laporan dan artikel kerana masih
diperingkat kajian oleh saintis dan professor di dunia ini. Walaubagaimanapun, saya
menganggap tugasan ini sebagai cabaran kerana isu pencemaran plastik yang dipilih
amatlah unik dan asing kepada saya. Saya yakin dengan memilih isu pencemaran plastik
dapat membantu menyedarkan dan menyebarkan kepada masyarakat diluar sana agar
dapat diterapkan dalam masyarakat global. Akhir kata, saya ingin memberi cadangan,
langkah – langkah untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan terhadap isu
pencemaran plastik ini. Walaupun saya bukan pakar berkaitan dengan ilmu isu alam
sekitar, tetapi saya tetap mahu memainkan peranan sebagai ahli masyarakat yang prihatin
dan berkongsi pendapat agar semua individu dapat mempraktikkan secara serius amalan
– amalan yang bakal diterapkan dalam diri individu pada masa akan datang.

(2521 patah perkataan)

13
APENDIKS

RUJUKAN

Haryati Shafii (2017, Aug 22). Pendidikan Alam Sekitar Menyumbang Ke Arah
Peningkatan Kualiti Hidup Masyarakat Di Malaysia. Retrieved from
https://www.academia.edu/4548616/PENDIDIKAN_ALAM_SEKITAR_MENYUMBA
NG_KE_ARAH_PENINGKATAN_KUALITI_HIDUP_MASYARAKAT_DI_MALAY
SIAPembangunan_Lestari_Kemajuan_Ekonomi_Sosial_and_Kebudayaan

Bernama (2018, July 27) Pencemaran plastik ganggu ekosistem laut dan manusia.
Retrieved from
https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/07/27/pencemaran-plastik-
ganggu-ekosistem-laut-dan-manusia/

Fazurawati Che Lah (2019, April 8) Impak pencemaran plastik. Retrieved from
https://www.hmetro.com.my/bestari/2019/04/442215/impak-pencemaran-plastik

Sinar Harian (2018, November 22) Plastik ancaman serius kepada alam sekitar
Retrieved from: https://www.sinarharian.com.my/article/613/INFOGRAFIK/Plastik-
ancaman-serius-kepada-alam-sekitar

14

Anda mungkin juga menyukai