Anda di halaman 1dari 21

OUM BUSINESS SCHOOL (OUMBS)

SEMESTER MAY 2016

MPU3223

ENTREPRENEURSHIP

NAMA : TENGKU ZULHILMI BIN TENGKU HARIFFADZILLAH

NO. MATRIKULASI :-

NO. KAD PENGENALAN: -

NO. TELEFON :-

E-MAIL : tengkuzulhilmi@oum.edu.my

NAMA TUTOR ONLINE : AZAHARI BIN JAMALUDIN

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MANJUNG,PERAK.

Open
ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Definisi Inovasi 1

3.0 Apple Inc. 2

3.1 Saiz Organisasi Apple 3

3.2 Produk-produk Apple 3-5

4.0 Sumber-sumber Inovasi Apple 6

4.1 Secara Tidak Sengaja 6-7

4.2 Konsep Pengetahuan Baharu 7-8

4.3 Perubahan Demografi 8-9

4.4 Keperluan Proses 9

5.0 Halangan Inovasi 10

5.1 Kakitangan Tidak Menggalakkan Inovasi 10-11

5.2 Sekatan Fokus Perubahan 11-12

5.3 Kumpulan Inersia 12-13

6.0 Cadangan Menambah Baik Budaya Inovasi Dalam Kalangan Kakitangan 13

6.1 Sedia Mendengar Idea dan Pendapat Kakitangan 14

6.2 Wujudkan Perjumpaan Untuk Sesi “Brainstorming”

atau Sumbang Saran 14-15

6.3 Pelbagaikan Idea Dari Divisyen Yang Berlainan 15-16

6.4 Wujudkan Program Mentor 16-17

7.0 Kesimpulan 17

Rujukan i-ii

Open
i
1.0 Pendahuluan

Perkembangan kehidupan yang serba moden pada hari ini telah membawa kita
ke suatu detik di mana terdapat banyaknya perubahan dan pembaharuan yang
dilakukan ke atas sesuatu produk atau perkhidmatan dalam memberikan manfaat yang
lebih baik kepada masyarakat. Pada masa kini, rahsia kejayaan sesuatu organisasi itu
terletak kepada inovasi yang dihasilkan. Syarikat yang sentiasa membangunkan
produk dan perkhidmatan yang baru atau menyediakan penambahbaikan kepada
produk dan perkhidmatan sedia ada dilihat mampu untuk terus berdaya saing, relevan
dan seterusnya menang dan mendahului pesaing yang lain di dalam arus pemodenan
ini.

2.0 Definisi Inovasi

Menurut Kinicki dan Williams(2003), inovasi didefinisikan sebagai mencari


kaedah atau cara-cara untuk memberikan produk atau perkhidmatan baharu atau
penambaikan kearah yang lebih baik. Sesebuah organisasi tidak seharusnya cepat
berpuas hati dengan pencapaian yang telah dicapai oleh mereka memandangkan
terdapat banyak pesaing-pesaing lain yang sentiasa mencari idea yang lebih kreatif
bagi menghasilkan sesuatu produk bagi memenuhi kehendak pasaran. Sesuatu inovasi
baharu yang dihasilkan di pasaran mampu mengubah persamaan dalam permintaan
dan juga penawaran. Kebiasaannya, seseorang usahawan mula mencipta sesuatu yang
baharu berdasarkan penggabungan semula faktor-faktor pengeluaran bagi mencipta
permintaan yang baharu. Kebiasaannya, inovasi akan melibatkan pemikiran kreatif
serta inovatif dan perkembangan idea yang dapat menyumbang kepada terjadinya
suatu inovasi baru. Sebagai contoh, syarikat yang berpusat di Cupertino, California
iaitu Apple Inc. (Apple) merupakan sebuah organisasi yang telah mencetuskan
fenomena dengan telefon skrin sentuh mereka iaitu iPhone. iPhone merupakan produk
inovasi yang paling dikagumi oleh masyarakat seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Open
1
3.0 Apple Inc.

Apple Inc. sebelum ini dikenali sebagai Apple Computer Inc. merupakan
sebuah syarikat multinasional yang beroperasi di Silicon Valley, Cupertino,
California, Amerika Syarikat. Apple merupakan penggerak inovasi dalam bidang
perancangan serta pengembangan dan juga penjualan barangan peranti elektronik,
komputer peribadi dan pelbagai lagi gajet yang mewarnai industri peranti pintar pada
hari ini. Apple ditubuhkan pada 1 April 1976 oleh dua pengasasnya iaitu Steve Jobs
dan Steve Wozniak. Terlalu banyak rintangan dan halangan yang terpaksa dilalui oleh
kedua-dua pengasas ini semata-mata untuk merealisasikan impian melihat Apple
berkembang dari sebuah syarikat yang kecil hingga kini berjaya menjadi gergasi
teknologi dunia. Pada 3 Januari 1977, Apple diperbadankan menggunakan nama
Apple Computer, Inc. Namun, demi memfokuskan kepada industri elektronik dalam
menyediakan telefon pintar popular mereka iaitu iPhone, nama “Computer”
digugurkan pada 9 Januari 2007 dan seterusnya menggunakan Apple Inc.

Rajah 1.0: Steve Jobs dan Steve Wozniak selaku pengasas Apple Inc.

Sumber: http://history.statisticbrain.com/wp-content/uploads/2016/03/Steve-Jobs-
Steve-Wozniak-1976.jpeg

Open
2
3.1 Saiz Organisasi Apple

Menurut Bantu (2015), sehingga hari ini Apple mempunyai seramai


92,600 orang pekerja secara keseluruhannya. Namun sebelum inovasi yang
dilakukan oleh Apple dengan memperkenalkan iPhone, mereka hanya
mempunyai kira-kira 14,000 orang pekerja sahaja. Peningkatan pengambilan
pekerja ini dilihat sebagai sesuatu yang positif dimana ianya mencerminkan
bahawa inovasi yang dilakukan oleh Apple telah berjaya hingga mewujudkan
pertumbuhan ekonomi yang mantap dalam syarikat mereka itu sendiri. Apple
kini mempunyai sebanyak 481 buah kedai di 18 buah negara dan juga
sebanyak 39 kedai atas talian yang kerap digunakan oleh pengguna-pengguna
iPhone.

Rajah 2.0: Sebahagian kakitangan Apple Inc.

Sumber: http://www.undeniableruth.com/wp-content/uploads/2011/10/Apple-Mob-group.jpg

3.2 Produk-produk Apple

Apple pada asalnya lebih memfokuskan kepada penghasilan komputer


sebelum beralih arah kepada memenuhi kehendak permintaan dari pelanggan-
pelanggan setia mereka iaitu dengan menghasilkan gajet serba fungsi, iPhone.
Komputer pertama yang dihasilkan oleh pemiliknya ketika itu, Steve Jobs dan Steve

Open
3
Wozniak adalah Apple I. Namun pada ketika itu, Apple I hanya memiliki beberapa
sahaja kelebihan seperti boleh menggunakan televisyen sebagai monitor di mana pada
ketika itu kebanyakan komputer tidak mempunyai monitor sama sekali. Monitor yang
dimaksudkan ini bukanlah seperti monitor yang ada pada hari ini tetapi ia hanya
memaparkan teks dengan kelajuan 60 huruf sesaat. Apple I di perkenalkan sebanyak
200 unit sahaja pada ketika itu.

Rajah 3.0: Komputer pertama yang dicipta Apple iaitu Apple I

Sumber: http://apple2history.org/wp-content/uploads/2008/11/applei.jpg

Setelah kejayaan menghasilkan Apple I, mereka terus-menerus menempa


kejayaan dengan memperkenalkan pelbagai generasi komputer dari masa ke semasa
sehinggalah berjaya mengeluarkan komputer yang mempunyai kemampuan tahap
tinggi iaitu Apple Macintosh atau lebih sinonim dengan Mac. Selepas kejayaan
mengeluarkan Mac, mereka tidak berhenti disitu sahaja, malah dengan kehadiran
semula Steve Jobs ke dalam Apple Inc., beliau membawakan idea untuk produk yang
tidak difikirkan langsung ketika itu iaitu pemain muzik yang tidak memerlukan kaset
atau cakera padat yang dikenali sebagai iPod.

Kesinambungan daripada kejayaan menghasilkan iPod inilah yang


membuatkan Steve Jobs mendapat idea untuk merangkumkan semua fungsi yang
biasa digunakan secara berasingan oleh manusia seperti telefon bimbit, kalkulator,
kamera, diari dan lain-lain ke dalam satu alat peranti pintar yang dikenali sebagai
iPhone. Setelah nama Apple melonjak naik dengan sambutan yang amat
menggalakkan hasil daripada kejayaan iPhone, mereka dilihat cenderung untuk
menambahbaik kesemua produk “hardware” mereka baik daripada komputer

Open
4
sehinggalah kepada iPhone dengan menambah ciri-ciri dan fungsi baru kepada peranti
tersebut mengikut generasi masing-masing.

Rajah 4.0: MacBook Pro

Sumber:
https://www.wired.com/images_blogs/gadgetlab/2014/01/131030_macbookpro_15_011.jpg

Apple juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan “software” yang banyak


membantu pereka-pereka grafik dalam menyiapkan tugasan grafik mereka seperti
Final Cut Pro. Selain daripada itu, pemain muzik yang kian popular kini iaitu iTunes
juga merupakan salah satu produk yang dihasilkan oleh Apple Inc. Dari segi sistem
operasi komputer pula, MacOs X diperkenalkan dengan reka bentuk antara muka
yang mudah difahami dan menarik.

4.0 Sumber-Sumber Inovasi Apple

Syarikat gergasi teknologi seperti Apple sudah pasti memerlukan idea yang
kreatif sebelum memberikan inspirasi kepada produk dan perkhidmatan yang
disediakan. Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat sumber inovasi
yang biasanya digunakan oleh sesebuah organisasi. Antara yang dapat dikenalpasti di
dalam perusahaan Apple itu sendiri ialah secara tidak sengaja, konsep pengetahuan
baru, perubahan demografi dan keperluan proses.

Open
5
4.1 Secara Tidak Sengaja

Kebiasaannya, idea yang diperoleh oleh sesebuah organisasi itu


datangnya secara tidak sengaja. Apple dilihat menggunakan kepakaran mereka
untuk melaksanakan aplikasi menerusi peristiwa yang tidak disangka. Apple
dahulunya pernah mengalami zaman kejatuhan sekitar 1990-an di mana
produk-produk yang dihasilkan tidak mendapat sambutan. Namun, Apple
berpendapat mereka memerlukan seseorang yang benar-benar mengenali
syarikat itu sendiri untuk mengemudi dan meningkatkan kembali imej dan
keuntungan Apple. Tahun 1998 menyaksikan Steve Jobs dipanggil semula
untuk menyertai Apple sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam usaha untuk
mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat.

Rajah 5.0: Steve Jobs ketika pelancaran Apple iPhone

Sumber: http://cdn.collider.com/wp-content/uploads/Steve-Jobs-Apple-image-10.jpg

Steve Jobs kemudiaannya membuat satu keputusan yang bijak apabila


memilih untuk memperkenalkan identiti baru kepada Apple dan seterusnya
menyumbangkan idea-idea beliau yang sangat inovatif. Steve Jobs dilihat tidak
cenderung untuk meniru kaedah pesaing mereka, Microsoft yang hanya menumpukan
kepada pelanggan yang berkonsepkan perniagaan. Secara tidak sengaja, Steve Jobs
melihat peluang dimana Microsoft tidak menggunakan medan pasaran sepenuhnya
danmemutuskanuntuk memburu kejayaan-kejayaan yang baru dengan memfokuskan
kepada pelanggan awam yang sememangnya lebih besar pasarannya melalui

Open
6
penghasilan produk-produk berinovasi ditambahkan pula dengan kaedah pemasaran
yang strategik dan menarik minat pengguna. Apple yakin melalui pemikiran yang
inovatif, mereka mampu untuk mendominasi pasaran industri teknologi mendahului
pesaing-pesaing mereka yang lain.

4.2 Konsep Pengetahuan Baharu

Di era serba moden kini, terlalu mudah untuk pelanggan mendapatkan


produk atau perkhidmatan baharu dengan mudah. Kebanyakan produk atau
perkhidmatan yang dipasarkan pada hari ini adalah menerusi pengetahuan
yang memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk tujuan kajian dan
penyelidikan dan kemudiaannya dibangunkan oleh segolongan pakar. Apple
juga turut tidak terlepas dalam mendalami pengetahuan baharu dalam
memberi dan menyediakan produk yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan
mereka. Melalui pembacaan, menghadirkan diri ke seminar atau persidangan
serta membuat perbincangan sesama para profesional juga merupakan salah
satu kaedah dalam memperoleh pengetahuan baharu. Istimewanya tentang
Apple adalah mereka selalu mempunyai kemampuan dalam mewujudkan
inovasi produk yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun sebelum ini.
Sebagai contoh, dahulunya orang ramai hanya bersandarkan kepada kaset,
cakera padat ataupun radio untuk mendengar muzik kegemaran mereka,
namun dengan kreativiti yang dimiliki Steve Jobs dan juga budaya inovasi di
dalam Apple itu sendiri telah mencipta sebuah peranti yang pernah
menggegarkan dunia teknologi suatu ketika dahulu iaitu iPod. Dengan
kehadiran iPod mewarnai industri teknologi, orang ramai tidak perlu lagi
untuk membawa cakera padat ataupun kaset bersama untuk ke mana-mana
kerana iPod hanya menggunakan simpanan muzik melalui format MP3 yang
hanya perlu dipindahkan dari komputer ke dalamnya.

Open
7
Rajah6.0: Apple iPod

Sumber: http://www.everymac.com/images/cpu_pictures/apple_ipod.jpg

4.3 Perubahan Demografi

Antara sumber utama untuk sesuatu organisasi itu berinovasi adalah


melalui perubahan demografi. Perubahan demografi merujuk kepada umur,
pendapatan masyarakat, tahap pendidikan dan juga jenis karier. Pertukaran
ciri-ciri demografi inilah yang mendorong sesebuah organisasi itu mencipta
peluang yang lebih besar untuk terus menjelajahi pasaran agar dapat mengaut
keuntungan yang lebih banyak untuk syarikat mereka. Sebagai contoh, apabila
terdapat peningkatan pendapatan dan taraf hidup dalam sesebuah masyarakat,
maka secara automatik ia akan mewujudkan peningkatan dalam permintaan
terhadap barangan yang mewah dan berkualiti tinggi. Apple menyedari di
mana masyarakat kini sangat mementingkan sesuatu yang berkualiti
disamping memudahkan mereka untuk menguruskan kehidupan seharian.
Kesinambungan daripada peluang yang terbentang luas ini, Apple
merealisasikan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai inovasi yang paling
memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat apabila hadir dengan
ciptaan peranti pintar mereka iaitu iPhone. Sehingga hari ini, Nick Statt (2016)
menyatakan bahawa terdapat sekitar satu billion pengguna peranti yang
dikeluarkan oleh Apple yang sedang aktifdigunakan.

Open
8
Rajah7.0: Apple iPhone 6s

Sumber: http://applesencia.com/files/2015/08/iPhone-6s-700x500.jpg

4.4 Keperluan Proses

Dalam bidang perniagaan, perkhidmatan dan industri, adalah amat


penting untuk mewujudkan keperluan proses. Ini bagi menambahbaik proses
yang sedia ada untuk menjadi lebih sempurna disamping menggantikan
bahagian yang mempunyai kelemahan selain mereka bentuk semula proses
yang sedia ada. Ini bagi memudahkan sesebuah organisasi dalam menghasil
sesuatu produk dan perkhidmatan atau proses yang mengikut kesesuaian dan
keperluan pengguna semasa. Sebagai contoh, Apple menambah baik fungsi
pada peranti pintar mereka iaitu iPhone bagi memudahkan urusan seharian
pengguna mereka. iPhone bukan sahaja mampu untuk digunakan untuk
membuat panggilan telefon, malah ia juga mampu untuk menetapkan ingatan
temujanji, panggilan video, mengambil gambar dan sebagainya. Sumber
inovasi ini telah memudahkan pengguna dan mereka tidak perlu lagi
membawa kamera, buku diari dan sebagainya secara berasingan kerana semua
fungsi yang diperlukan tersebut telah tersedia di dalam peranti pintar yang
dikeluarkan oleh Apple.

Open
9
5.0 Halangan Inovasi

Walaupun Apple dilihat sebagai sebuah firma yang mempunyai pelbagai jenis
idea yang inovatif dan dianggotai kakitangan yang mempunyai nilai kreativiti yang
tinggi, namun masih terdapat juga akan kekurangan yang mengekang inovasi dari
terjadi. Beberapa jenis halangan telah berjaya dikenalpasti yang menjadi punca
mengapa sesebuah organisasi itu tidak berinovasi. Apabila sesebuah organisasi itu
melakukan beberapa perubahan untuk penambahbaikan, sesetengah kakitangan akan
mula merasa bimbang akan kestabilan dan keharmonian di tempat kerja mereka
selama ini bakal terjejas. Hal ini dipanggil sebagai “Inersia Struktur”.Terdapat
beberapa jenis halangan yang dapat dikenalpasti sedang melanda Apple pada ketika
ini iaitu kakitangan tidak cenderung dan tidak menggalakkan inovasi, sekatan fokus
perubahan dan juga“Kumpulan Inersia”.

5.1 Kakitangan Tidak Menggalakkan Inovasi

Semenjak ketiadaan pengasas Apple, Steve Jobs yang


meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 kerana masalah pernafasan,
jawatan beliau selaku Ketua Pegawai Eksekutif diambil alih oleh Tim
Cook.

Rajah8.0: Tim Cook menggantikan Steve Jobs selaku Ketua Pegawai Eksekutif

Sumber: http://i1-news.softpedia-static.com/images/news2/Tim-Cook-Named-the-Best-
CEO-in-2014-468303-2.jpg

Open
10
Namun, kreativiti yang ada pada Steve Jobs tidak mampu
dibawa oleh Tim Cook memandangkan beliau bukanlah seseorang
yang mempunyai kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan idea yang
inovatif. Dapat dilihat perbezaan yang ketara apabila reka bentuk
iPhone yang direka sejak kepimpinan Steve Jobs sehingga hari ini tiada
banyak perbezaan dan perubahan. Perkara ini mungkin berlaku
disebabkan Tim Cook tidak mempunyai faktor istimewa yang dapat
mendorong kakitangannya untuk sama-sama berkongsi ideauntuk
tujuan penambahbaikan produk ataupun memberi buah fikiran yang
bernas agar Apple sentiasa mendahului pesaing-pesaing lain.
Kadangkala, kakitangan Apple sendiri tidak mahu menyumbangkan
idea-idea yang inovatif disebabkan mereka mempunyai sifat negatif
dan tidak gemar dengan perubahan. Bagi mereka, perubahan berupaya
untuk mengancam prosedur dan budaya kerja syarikat Apple tersebut.
Selain daripada itu, terdapat halangan atau batasan yang berlaku di
antara jabatan yang berlainan juga turut menjadi penghalang di dalam
komunikasi seterusnya membuatkan idea-idea yang berinovasi yang
sepatutnya dikongsi bersama lenyap begitu sahaja.

5.2 Sekatan Fokus Perubahan

Sekatan fokus perubahan berlaku apabila sesebuah organisasi


seperti Apple membuat perubahan pada sub-sistem yang tertentu
sahaja dan tidak melibatkan sub-sistem yang lain. Umum mengetahui
bahawa sesebuah organisasi itu saling bergantung melalui
penggabungan sub-sistem yang lain. Sekiranya perubahan hanya
menumpu kepada satu-satu sub-sistem sahaja, perubahan yang
dilakukan oleh organisasi itu berpotensi untuk tidak diterima dan
seterusnya gagal mencapai objektif yang diimpikan. Sejak
pengambilalihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif daripada mendiang
Steve Jobs, Tim Cook dilihat hanya membuat perubahan yang kecil
sahaja di dalam Apple. Jika sebelum ini Steve Jobs dilihat tidak terlalu
berminat untuk memikirkan tentang hal ehwal pentadbiran sebaliknya
lebih memfokuskan kepada idea inovatif dalam menghasilkan produk
yang berkualiti, lain pula halnya dengan Tim Cook yang lebih

Open
11
cenderung untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran dengan
memperkenalkan konsep mendekati para pekerja melalui emel dengan
memaklumkan setiap pelaporan atau promosi syarikat kepada
kakitangan di dalam divisyen tertentu sahaja. Perkara ini telah
membuatkan ramai dikalangan kakitangan khususnya bahagian
pembangunan rekabentuk dan rekacipta kurang bersetuju dengan
pendekatan yang diamalkan oleh Tim Cook kerana beliau tidak
menyeimbangkan fokus kepada seluruh organisasi. Ini mungkin
menjadi punca mengapa perbalahan di antara Scott dan Cook dan
seterusnya mendorong Cook untuk memecat Scott dari Apple.

Rajah9.0: Scott Forstall ketika memberi penerangan tentang fungsi sistem operasi iOS

Sumber: http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2012/11/30/article-2240852-15C075FF000005DC-
61_634x451.jpg

5.3 Kumpulan Inersia

Punca halangan seterusnya untuk Apple berinovasi adalah


dengan kewujudan “Kumpulan Inersia”. Kumpulan Inersia ini merujuk
kepada kumpulan yang sentiasa mewujudkan halangan ke arah
perubahan di dalam organisasi mereka. Menurut Hein (2012), Tim
Cook dilihat berjaya untuk mendekati kakitangannya melalui kaedah
emel dan sebagainya namun Scott Forstall tidak bersetuju dengan apa
yang cuba diterapkan oleh Tim Cook dengan melabelkan Tim Cook
sebagai seseorang yang tidak mempunyai wawasan dalam

Open
12
membangunkan Apple untuk menjadi sebuah syarikat yang berinovasi.
Seterusnya, Scott Forstall telah dipecat dari Apple oleh Tim Cook
memandangkan beliau tidak boleh menerima perubahan yang
dilakukan ini dan telah mengakibatkan beberapa lagi kakitangan yang
menyokong Scott turut sama meninggalkan Apple. Inilah antara punca
mengapa Apple sekarang dilihat kurang kreatif dalam penghasilan
gajet atau peranti pintar yang dahulunya pada setiap keluaran Apple,
akan ada sahaja perkara yang menarik dan baharu yang akan
ditawarkan seperti aplikasi Apple Maps, Siri, Touch ID, dan pelbagai
lagi. Tim Cook dilihat mengambil risiko yang agak besar apabila
memecat Scott Forstall kerana beliau tidak mahu wujudnya kumpulan
inersia di dalam pasukannya. Perubahan yang dilakukan di dalam
Apple dilihat menjadi ancaman kepada kepakaran kumpulan tertentu
khususnya bagi divisyen yang diketuai Scott. Scott dilihat bimbang
dengan perubahan ini bakal membuatkan kepakarannya mungkin tidak
diperlukan lagi dan perkara ini boleh menjejaskan keselamatan dan
kebajikan pekerjanya. Namun lain pula bagi Tim Cook, beliau melihat
serangan yang dilakukan oleh Scott membuatkan beliau berasa
terancam kerana bakal kehilangan kuasa selaku pengurus atau Ketua
Pegawai Eksekutif Apple.

6.0 Cadangan Menambah Baik Budaya Inovasi Dalam Kalangan Kakitangan

Dunia perniagaan yang semakin hebat dengan persaingan pada ketika ini
memerlukan sesebuah organisasi itu sentiasa berinovasi setiap masa. Terdapat
beberapa perkara yang dicadangkan untuk memastikan sesebuah organisasi itu
khususnya Apple untuk menambah baik suasana atau budaya inovasi dalam kalangan
kakitangannya. Berikutan terdapat beberapa permasalahan dalaman yang dihadapi
oleh Tim Cook sebaik sahaja menyandang jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif
Apple, cadangan berikut amat sesuai digunakan oleh beliau dalam memberi inspirasi
kepada kakitangan di bawah seliaan beliau.

Open
13
6.1 Sedia Mendengar Idea dan Pendapat Kakitangan

Kakitangan lebih cenderung untuk berkongsi sebarang idea atau


pendapat apabila sesebuah organisasi itu memberikan ruang untuk setiap yang
diutarakan oleh mereka didengar. Perkara ini bakal mewujudkan perasaan
gembira di kalangan kakitangan. Menurut kajian, perasaan gembira boleh
membuatkan seseorang itu untuk menjadi lebih produktif, berinovasi dan
berkesan dalam memastikan organisasi yang mereka bekerja itu terus maju ke
hadapan. Perkara ini sememangnya telah dilakukan oleh Cook sebelum ini
namun beliau tidak melibatkan semua peringkat kakitangan dalam
memberikan idea dan pendapat. Ini sesuatu yang perlu diperbaiki dalam
pengurusan Tim Cook bagi memastikan budaya inovasi di kalangan
kakitangannya berterusan. Hanya dengan kesediaan untuk mendengar sahaja
beliau mampu untuk menilai tahap kemampuan seseorang pekerja itu dalam
memberikan sumbangan yang bernilai kepada Apple Inc.

6.2 Wujudkan Perjumpaan Untuk Sesi “Brainstorming” atau Sumbang


Saran

Dalam memastikan setiap kakitangan terlibat dalam pembudayaan


inovasi dalam organisasi, tempoh masa perlu diberikan kepada mereka untuk
mencari atau mengumpul idea untuk manfaat organisasi. Kadangkala,
kakitangan terlalu sibuk dan leka dengan kerja sedia ada tanpa mempunyai
ruang atau masa untuk memikirkan sesuatu yang dapat memberi manfaat
tambahan kepada kakitangan atau organisasi itu sendiri khususnya. Saranan
kepada Tim Cook agar beliau dapat menggunakan peluang yang ada ini untuk
mempengaruhi setiap kakitangannya supaya bersedia mengadakan sesi
sumbang saran agar kakitangan Apple sedar bahawa ketua mereka bersedia
untuk berbincang bersama-sama mereka dalam memastikan Apple sentiasa
menjadi pendahulu dalam industri teknologi. Perjumpaan bagi sesi ini boleh
dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau sebaik-baiknya seminggu
sekali bagi memberi ruang kepada kakitangan untuk mengumpul seberapa
banyak idea yang inovatif supaya Apple dapat memanfaatkan idea tersebut.
Kaedah sebegini lebih berkesan kerana setiap kakitangan akan bersua muka

Open
14
dan akan sentiasa mengingati apa yang dibincangkan dalam perjumpaan
tersebut. Kaedah seperti menghantar emel kepada semua kakitangan dilihat
sudah kurang relevan kerana kadangkala mesej yang dihantar boleh
menimbulkan persepsi yang berbeza.

Rajah10.0: Aplikasi FaceTime yang boleh digunakan di mana-mana lokasi selagi ada
capaian Internet

Sumber: http://images.apple.com/mac/facetime/images/facetime_everywhere.jpg

Dengan teknologi terkini seperti aplikasi panggilan video sepertiSkype


dan Google Hangoutsyang membolehkan untuk semua kakitangan berkumpul
walaupun berada di lokasi berbeza, tidak menjadi masalah lagi buat Apple
untuk mengadakan perjumpaan atau mesyuarat secara jarak jauh tambahan
pula mereka memiliki aplikasi panggilan video sendiri yang dipanggil sebagai
“FaceTime”.Maka, tiada lagi alasan untuk para pekerja tidak mengekalkan
budaya inovasi di dalam Apple.

6.3 Pelbagaikan Idea Dari Divisyen Yang Berlainan

Kebiasaannya perbincangan atau sesi sumbang saran yang dilakukan


akan melibatkan sesetengah divisyen atau bahagian sahaja. Sebagai contoh,
dalam mendapatkan rekabentuk terkini untuk iPhone, sudah pasti hanya
Divisyen Rekabentuk sahaja yang akan berkumpul untuk memberikan idea
dan pendapat. Namun, perkara ini boleh menjadi berbeza jika Tim Cook
menggunakan kaedah yang berlainan seperti mengadakan perbincangan
dengan divisyenlain. Walaupun mereka tidak mempunyai kepakaran yang

Open
15
diperlukan dalam menghasilkan rekabentuk, namun apa yang paling
diutamakan adalah memberikan idea untuk rekabentuk terkini walaupun
kadangkala idea yang dilontarkan itu tidak logik diterima kerana perlu
diingatkan bahawa tiada istilah betul atau salah ketika sesi sumbang saran
berlangsung kerana setiap idea yang diberikan merupakan sesuatu yang amat
berharga bagi organisasi tersebut.

Rajah11.0: Inovasi antara kakitangan akan mula wujud melalui sesi sumbang saran

Sumber: https://spin.atomicobject.com/wp-content/uploads/fit-brainstorming-session.jpg

6.4 Wujudkan Program Mentor

Sukar untuk sesebuah organisasi itu dalam mendapatkan maklum balas


satu persatu daripada kakitangannya sekiranya organisasi tersebut terletak di
merata lokasi. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, suatu program yang
dipanggil “Program Mentor” boleh mewujudkan perhubungan yang sangat
berharga. Program ini akan membantu kakitangan mereka untuk berfikir di
luar kotak dan kepakaran mereka. Sebagai contoh, Tim Cook boleh
mewujudkan program mentor ini melalui kakitangan mereka yang
berpengalaman untuk mendidik serta memberi tunjuk ajar berkenaan
pembangunan teknologi untuk produk Apple khususnya kepada kakitangan
yang baru bekerja ataupun dilihat berpotensi untuk diserapkan ke mana-mana

Open
16
divisyen yang tidak pernah difikirkan selama ini. Berikan peluang untuk
generasi muda atau pun pekerja yang baru untuk menonjolkan bakat dan
kreativiti mereka agar mereka dapat menyumbangkan sesuatu kepada
pembangunan teknologi Apple pada suatu hari nanti. Dengan kaedah ini, Tim
Cook berupaya untuk memiliki kakitangan yang sentiasa kekal positif dan
kekal bersemangat untuk bekerja dengan Apple Inc.

7.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, sumber-sumber inovasi seperti peluang yang tiba


secara tidak sengaja, konsep pengetahuan baru, perubahan demografi dan juga
keperluan proses dilihat mampu mewujudkan inovasi yang tersendiri di dalam
sesebuah organisasi. Selain itu, halangan-halangan kepada inovasi seperti kakitangan
tidak menggalakkan inovasi, sekatan fokus perubahan dan kumpulan inersia harus
ditangani dengan profesional oleh sesebuah organisasi itu untuk mendapatkan
kesepakatan dikalangan kakitangan agar kekal positif dan sentiasa sedia untuk
berinovasi. Cadangan-cadangan dalam menambah baik budaya inovasi di kalangan
kakitangan yang dikemukakan di atas seperti sedia mendengar idea dan pendapat
kakitangan, mengadakan sesi sumbang saran untuk mendapatkan idea yang bernas
dan jitu, mendapatkan idea dari pelbagai lapisan kakitangan serta mewujudkan suatu
program mentor bagi menggalakkan lagi kakitangan untuk menjadi pelapis untuk
mengemudi organisasi suatu masa nanti. Jika corak kerja dengan budaya inovasi ini
diteruskan, sudah pasti Apple akan terus menjadi sebagai sebuah syarikat terulung
yang berjaya dan berinovatif di dunia ini.

(3250 patah perkataan)

Open
17
Rujukan

Anonymous (2015). Sejarah Berdirinya Apple Inc. Diambil dari laman sesawang pada 12

Julai 2016, http://hanyalakukan.blogspot.my/2015/03/sejarah-berdirinya-apple-inc-

iteknologi.html

Anonymous (2012). Sejarah Lambang Apple Inc. Diambil dari laman sesawang pada
14 Julai 2016, https://sejarahdanperkembanganapple.wordpress.com/

Bantu,T. (2015). 10 Fakta Menarik Tentang Apple (Syarikat & Produk). Diambil dari laman
sesawang pada 12 Julai 2016,http://blogspace.bantu.my/10-fakta-menarik-
tentang-apple-syarikat-produk/

Hein, B. (2012). Why Scott Forstall And John Browett Got Fired From Apple Today.
Diambil dari laman sesawang pada 14 Julai 2016, http://www.cultofmac.com/198726/why-
scott-forstall-and-john-browett-got-fired-from-apple-today/

Jogho,T. (2013). Mengapa Apple Begitu Inovatif?. Diambil dari laman sesawang pada

15 Julai 2016, http://panduanpercuma.info/info/4756/mengapa-apple-begitu-inovatif/

Kinicki, A. dan Williams, B. (2003) Management: A Practical Introduction 6th Edition.

Diambil dari laman sesawang pada 13 Julai 2016,


https://www.amazon.com/Management-Practical-Introduction-Angelo-
Kinicki/dp/0078029546

Kuratko,D.F dan Hodgetts,R.M. (2004) Entrepreneurship: Theory, Process, and Practice

(with InfoTrac) 6th Edition. Diambil dari laman sesawang pada 13 Julai
2016,https://www.amazon.com/Entrepreneurship-Theory-Process-Practice-
InfoTrac/dp/0324258267

Open
i
Mahpudeen,D. (2014). Macam-macam Produk Yang Dikeluarkan Apple. Diambil dari

laman sesawang pada 13 Julai 2016, http://falcon-


sk1.blogspot.my/2014/10/macam-macam-produk-yang-dikeluarkan.html

Norashidah Hashim, Prof Madya Abd Aziz Yusof, Keat,O.Y., Armanurah Mohamad, Abd

Razak Amir, Dr Hai,O.T., et al.,(2012). Keusahawanan.Open University Malaysia.


Selangor: Meteor Doc Sdn.Bhd.

Statt, N. (2016). 1 billion Apple Devices Are In Active Use Around The World. Diambil dari

laman sesawang pada 15 Julai 2016,


http://www.theverge.com/2016/1/26/10835748/apple-devices-active-1-billion-iphone-
ipad-ios

Open
ii

Anda mungkin juga menyukai