Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Bagi kebanyakan pelajar, penyelesaian masalah merupakan satu prosedur yang perlu
dijalankan untuk menyiapkan satu tugasan yang diberi oleh guru. Mereka melihat masalah
sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan dalam satu jangka masa tertentu bagi mengelak tindakan
tatatertib yang tidak diingini. Namun begitu, para pelajar dan orang ramai secara umumnya
cenderung untuk terlalu menganalisis secara kritikal setiap tindakan atau peristiwa dalam
kehidupan yang dilihat sebagai bermasalah tanpa mengambil kira kemungkinan yang timbul
hasil daripada masalah tersebut.

Definisi Masalah.
Kebanyakan kita menganggap bahawa masalah merupakan bebanan dan akibat selalu
beranggapan sedemikian yang menjadikan diri anda mengelak dari masalah. Jika terlibat dengan
masalah cenderung mengadu, ketakutan, kekeliruan, dan sebagainya. Tetapi ada juga di antara
kita yang menghargai masalah ini sebagai satu cabaran. Penghakiman diri yang mempercepatkan
melakukan sesuatu untuk ditangani. Sebilangan kecil orang juga melihat masalah sebagai hadiah
dan akan diterima dengan sukacita. Perasaan yang membuat pandangan tajam mengenai
kejayaan di sebalik masalah ini.
Mari kita tanya diri kita sendiri, termasuk siapa kita? Semasa kita merenung jawapan kita, kita
perlu berfikir secara lebih luas untuk melihat sudut pandangan yang berbeza. Bagaimana dengan
berkesan membuat masalah itu peluang untuk masa depan.
Beberapa kamus mendefinisi penyelesaian masalah sebagai:
1. Satu persoalan bagi pertimbangan atau penyelesaian (WordNet©2.0, Princeton University
2003).
2. Satu persoalan yang dipertimbangkan, diselesaikan atau dijawab (The American
Heritage©Dictionary of the English Language, Fourth Edition, Updated 2009).
3. Apa-apa sahaja perkara, seseorang dan lain-lain, yang sukar diambil tindakan, diselesaikan
atau diatasi (Collins English Dictionary ă Complete and Unabridged Sixth Edition 2003).
4. Sebarang persoalan atau perkara yang melibatkan ketidakpastian, ketidaktentuan, atau
kesukaran (Dictionary.com Unabridged).
Maksud masalah ini bergantung kepada konteks, sesetengah masalah mungkin kecil, bersifat
peribadi atau disebabkan oleh faktor luaran. Sesetengah masalah mungkin terlalu besar atau
kompleks dan perlu diberikan kepada orang yang lebih berupaya untuk mengendalikannya.

Secara umum, kita boleh mendefinisikan masalah menggunakan tiga pendekatan berikut:
1. Masalah adalah peluang bagi pembaikan.
2. Masalah adalah perbezaan antara keadaan semasa anda dengan keadaan matlamat anda.
3. Masalah terhasil dari pengecaman satu ketidakkesempurnaan semasa dan kepercayaan yang
mungkin masa depan lebih baik.

Definisi Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah dan teknik yang berkaitan dengannya adalah komponen bebas ă iaitu
domain penakulan, yang menggariskan pola-pola tingkah laku yang boleh diguna kembali
merentasi aplikasi (Fensel & Motta, 1997). Ini bermakna penyelesaian masalah adalah satu siri
teknik, melibatkan kedua-dua aspek iaitu kognitif dan tingkah laku, yang boleh diaplikasi pada
pelbagai bidang untuk mendapatkan penyelesaian. Woods dan rakan-rakan (1975)
mencadangkan bahawa “penyelesaian masalah adalah proses perolehan satu penyelesaian yang
memuaskan bagi satu masalah baharu atau satu masalah yang mana sebelum ini individu yang
cuba menyelesaikannya tidak pernah mengalaminya”. Secara keseluruhan, penyelesaian masalah
melibatkan satu siri tahap yang bermula daripada pengenal pastian satu masalah dan seterusnya
membawa kepada pembinaan satu penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai satu
proses berstruktur serta berorientasi terarah. Walau bagaimanapun, dalam menentukan arah bagi
penyelesaian, kita perlu mendefinisi masalah terlebih dahulu, diikuti dengan matlamat yang
diingini atau perubahan yang diperlukan.

Definisi Pemikiran
Menurut Kamus Dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir manakala berfikir
mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.
Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untuk
menyelesaikan sesuatu. Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan pembentukan idea,
pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Menurut
John Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk
mencadangkan fakta-fakta yang lain supayafakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia
ada. Selain itu, menurut Beyer pula, beliau mendefinisikan berfikir sebagai memanipulasi input
deriadan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab atau
keputusan.

Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk
mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau
menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir secara menaakul dapat membantu dalam membuat
pertimbangan secara logic dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Kemahiran berfikir telah disusun mengikut hieraki daripada kemahiram asas kepada kemahiran
yang lebih kompleks. Berfikir melibatkan tiga komponen, iaitu operasi mental, pengetahuandan
sikap. Operasi mental dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kognitif dan metakognitif.
Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna danmeliputi kemahiran yang ringkas dan
strategi atau proses yang kompleks.

Jenis-jenis berfikir
Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi
bukan secara logik atau tradisional Ia adalah pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis
jawapan dan digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa
diamalkan. Ia menekankan kepada nilai kenyataan dan idea- idea yang baru . Tujuannya untuk
melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-
idea baru. Pemikiran ini diperkenalkan setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak
pemikiran konvensional. Bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi
ianya merupakan satu corak pemikiran yang cuba mencari jalan terpantas dan sememangnya ia
berjaya untuk menyelesaikan masalah bukan sahaja menepati kriteria yang dikehendaki tetapi ia
amat berkesan. Pemikiran De Bono telah dirumuskan oleh Ainon Mohd & Abdullah Hassan,
iaitu:“ Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik
menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 1996).”

Pemikiran Kritis- Ialah suatu penerokaan yang bertujuan untuk mengkaji situasi, fenomena,
persoalan, atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang
ada.- Merupakan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi.-
Melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu.- Penerokaan yang berlaku bagi kalangan
pemikiran kritis sangat berkaitan dengan pengalaman yang dialami melalui bahan bacaan,
pemerhatian, mendengar dan melihat atau menempuhinya sendiri.- Sumber yang diperolehi ini
akan diaplikasi pada pelbagai situasi yang sedang dihadapi.
3 kaedah yang digunakan dalam pemikiran kristis:-i) Bertanya soalan;ii) Cuba menjawab soalan
dengan memikirkan tentang jawapan; daniii) Percaya penaakulan seseorang.

Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea atau
mencipta idea, hasil, metafora, analogi dan definsi, ataupun mereka-cipta sesuatu yang baru.
Merupakan satu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang
belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seorang guru perlu
cekap dalam menjana pemikiran kreatif di kalangan murid-muridnya. Contohnya, guru perlu
memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-murid dapat
melahirkan idea-idea yang kreatif dan unik.
• Berani menjana idea yang pelbagai dan baru tanpa dikongkong oleh idea lama Keberanian
• Seorang yang berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko dan kritikan oang lain.
• Mempunyai ciri imaginasi yang mencapah serta kemahiran sintesis untum Imaginasi
mencantum idea-idea yang sedia ada agar menjadi idea atau hasilan yang baru.
• Perkembangan idea yang dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru. idea

Pemikiran reflektif, Birchall (1992) berpendapat, pemikiran reflektif memerlukan penggunaan


pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan-kemungkinan tindakan
alternatif yang boleh digunakan untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan
keputusan bagi tindakan seterusnya. Wilson J & Wing Jan L (1993), menyatakan pemikiran
reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain iaitu pemikiran kritis
dan kreatif yang digunakan sebagai pendekatan penyelesaian masalah. Komponen dan proses
pemikiran reflektif iaitu perkaitan dengan pengalaman sedia ada ialah pemikiran kritis dan
kreatif, penyelesaian dan renungan kembali refleksi (pemikiran metakognitif)

2.0 Kenalpasti Masalah

Tahap-tahap dalam Penyelesaian Masalah


Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bahagian terdahulu, untuk memahami penyelesaian
masalah dan memperbaiki keupayaan personal anda menyelesaikan masalah dengan lebih baik,
adalah penting untuk tidak melihat kepada produk penyelesaian masalah tetapi melihat
penyelesaian masalah sebagai satu proses yang membawa satu hasil positif. Kepentingan
pendekatan ini adalah kerana ia menfokus pada proses mendapatkan penyelesaian, bukannya
penyelesaian itu sendiri. Ini bermakna penekanan yang lebih diberikan pada tahap-tahap dalam
mencapai penyelesaian daripada hasil terakhirnya. Dengan itu, adalah penting kita memahami
pelbagai tahap yang terlibat. Empat tahap yang terlibat adalah seperti ditunjukkan dalam rajah di
bawah :

4 TAHAP
Mengecam dan PENYELESAIAN Melaksanakan
mendefinisi satu MASALAH penyelesaian
masalah

Mencari Memilih
kemungkinan penyelesaian
penyelesaian terbaik
a) Kenalpasti isu / masalah kes
Permasalahan yang timbul dalam kes ini ialah apabila Rogers yang telah bekerja di syarikat
tersebut hampir 15 tahun mendapat pengurus baru, Janice. Masalah kes tersebut ialah :

1. Janice, pengurus baru di Syarikat GHJ itu merupakan seorang ketua yang sangat keras
kepala. Janice merupakan pengurus baru di Syarikat GLC iaitu tempat Rogers bertugas.
Rogers yang bertugas di syarikat tersebut hampir 15 tahun lamanya dan pastinya untuk
tempoh masa tersebut amat selesa dan gembira berkhidmat di syarikat tersebut.
Tambahan pula rumahnya sangat berdekatan dengan tempat kerjanya dan ini amat
memudahkan kehadiran sehariannya. Namun kehadiran Janice, pengurus baru di syarikat
tempat Roges bekerja membuatkan situasi Rogers dalam keadaan tertekan. Pada pendapat
Rogers pengurus barunya seorang yang sangat keras kepala. Rogers merasakan, dia tidak
dapat bekerjasama dengan seorang ketua yang bersikap demikian.

2. Janice juga seorang yang tidak sopan ketika membuat permintaan dari orang bawahannya
untuk melakukan tugas. Rogers menggambarkan Janice merupakan seorang pengurus
yang tidak menjaga tatasusila sebagai seorang pemimpin. Ketika memberikan arahan
kerja kepada pekerjanya, beliau bersikap kurang sopan kepada mereka hingga
menimbulkan situasi kurang menyenangkan di kalangan pekerja denga sikap sedemikian.
Sikap kurang sopan ini ialah seperti memperkecilkan idea-idea pekerja, mengabaikan
pandangan mereka, dan mengkritik mereka secara tidak adil dan akibatnya mereka berasa
tidak dihormati.

3. Janice juga seorang yang suka meledakkan kemarahan di hadapan umum iaitu sekiranya
dia tidak berpuas hati dengan kerja yang disiapkan oleh kakitangannya. Sikap pengurus
barunya ini merupakan digambarkan Rogers seorang yang panas baran.

4. Situasi ini telah menjadikan Rogers berfikir sama ada untuk terus bekerja atau berhenti
kerja.
Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah berpusat pada matlamat dan keadaan unggul yang seseorang ingin capai.
Selalunya, apabila satu matlamat dicapai, masalah sepatutnya telah diselesaikan. Walau
bagaimanapun, ini hanya akan berlaku jika matlamat asal yang ditentukan adalah sesuai.
Mendefinisi satu matlamat adalah penting bagi menentukan betapa banyak satu masalah itu
wujud atau sama ada sudah terdapat satu masalah terlebih dahulu. Memang terdapat terlalu
banyak masalah yang perlu diselesaikan. Namun, jangan terlalu asyik dan cuba menyelesaikan
setiap masalah yang anda kenal pasti dan jangan membiarkan

Penyataan masalah

Kepimpinan dan pekerja merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi. Gaya kepimpinan,
motivasi, komitmen dan kepuasan bekerja di kalangan pekerja mempunyai kaitan di antara satu
sama lain dan akan memberi kesan kepada organisasi. Robbins (1991) menyatakan bahawa
keupayaan pemimpin mempengaruhi seseorang untuk melaksanakan suatu kerja dalam suatu
organisasi boleh memberi kesan terhadap pencapaian matlamat atau objektif. Kepimpinan adalah
suatu proses menggerakkan manusia dan organisasi yang dipimpinnya mara ke hadapan dengan
cara mempertingkatkan kecekapan dan sikap kerjasama di kalangan anggota sesuatu organisasi
itu.
Sehubungan dengan masalah Rogers ini, mengapa masalah ini timbul adalah seperti di bawah :

1. Mengapa Rogers berasa tidak begitu gembira kerana pengurus yang baru diambil bekerja
di jabatannya?

Rogers telah bekerja di Syarikat GHJ selama hampir 15 tahun dan dia sangat sukakan
pekerjaannya. Di tambah pula dengan rakan-rakannya ramah dan suka membantu. Pejabatnya
terletak berhampiran dengan rumahnya. Walau bagaimanapun, dia tidak begitu gembira kerana
pengurus yang baru diambil bekerja di jabatannya iaitu Janice sangat keras kepala. Benarkah
kunci kecemerlangan dalam organisasi itu adalah keseronokan bekerja? Ini mungkin ada kebenarannya
apabila gambaran keseronokan bekerja terhasil daripada sikap yang ditunjukkan oleh para
pekerjanya dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila
melaksanakan tugas seharian sehingga memberi kesan kepada kerja yang berkualiti, peningkatan
produktiviti dan mutu perkhidmatan yang memuaskan. Berdasarkan survey yang dilakukan oleh
portal pekerjaan terkenal, Jobstreet.com dalam kajian Kepuasan Bekerja di Kalangan Pekerja
pada tahun 2012, 78% daripada responden mendakwa yang mereka mereka tidak bahagia dengan
pekerjaan mereka sekarang. Sudah tentu keseronokan bekerja yang dicapai inilah akan menjadi
nadi serta tonggak kepada kecemerlangan organisasi. Slogan 'pekerja gembira adalah pekerja
yang produktif' seringkali dikaitkan dengan situasi di mana pekerja yang menyukai atau berasa
seronok dalam kerjayanya. Suasana kerja yang didukung oleh sikap dan nilai keseronokan
bekerja mampu mewujudkan amalan positif yang menjadikan kerja yang dibuat itu sebagai
ibadat, komitmen yang tinggi di kalangan pekerja, dapat menyuntik semangat seharian bekerja
serta sedia bekerjasama antara majikan dan pekerja.

2. Mengapakah pengurus baru seorang yang keras kepala

Janice merupakan pengurus yang baru diambil bekerja di jabatan Rogers bekerja digambarkan
rogers sebagai seoranga yang sangat keras kepala. Pemimpin terutamanya di kalangan kaum
wanita merupakan seorang ‘boss’ yang mempunyai sikap keras kepala. Di dalam pergaulan
khususnya dengan golong yang berkedudukan ataupun “bos”, kita sering bertemu dengan
manusia-manusia yang sombong dan bongkak. Orang yang suka berlagak dan menonjolkan
dirinya secara berlebih-lebihan. Bila bercakap sering menyebut-nyebut status dan kedudukannya,
“aku bos kamu”, “aku orang kuat di sini” dan segala macam kedudukan yang di sudut hatinya
mengharapkan simpati dan hormat orang kepadanya. Jangan gentar dan gerun dengan orang
seperti ini kerana mereka sebenarnya orang yang lemah dan kurang.
Kesombongan dan keangkuhan yang ditunjukkan mereka itu adalah semata-mata tabir palsu
yang dipasang dengan tujuan untuk melindungi sesuatu kekurangan dan kelemahan yang dirasa
ada pada dirinya. Fahamilah bahawa setiap orang yang terlampau menonjolkan keangkuhan dan
kesombongannya mempunyai kelemahan-kelemahan yang tertentu. Mereka adalah orang yang
dahagakan penghargaan, perhatian, pengakuan dan penghormatan orang sekelilingnya serta cuba
mencari dan mencapainya dengan cara yang salah dan ikhtiar yang palsu. Oleh kerana itu
manusia yang seperti ini seringkali mudah rebah bila dipuji dan diampu. Malah akan mudah
meletus kemarahannya dengan serta-merta bila dikritik atau disinggung perasaannya.
3. Mengapakah pengurus baru seorang yang kurang sopan?

Rogers menyatakan Janice adalah seorang ketua yang kurang sopan, iaitu ketika memberikan
arahan kepada pekerja bawahannya.

4. Mengapakah pengurus baru itu meledakkan kemarahan di hadapan umum ?

3.0 Analisis

4.0 Aplikasi

5.0 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai