Anda di halaman 1dari 27

SBFS1103

THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/


KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

SBFS1103 KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN


MASALAH

NAMA : VILLINO BINTI SANGKAR

NO. MATRIKULASI :940121126890001

NO.KAD PENGNEALAN:940121-12-6890

NO.TELEFON: 019-8026890

PUSAT PEMBELAJARAN:KENINGAU LEARNING CENTRE

1
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 2-3
2 BAHAGIAN 1 4-7

3 BAHAGIAN 2 7-26

4 RUJUKAN 27

Pengenalan.

2
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita dapati lebih ramai pasangan
yang berkahwin adalah mereka yang berada di usia muda. Rata-rata boleh
dikatakan di usia antara 20-25 tahun. Mereka ini adalah dalam kategori usia
awal dewasa di mana di kala ini mereka rata-rata sudah mula bekerja setelah
tamat SPM, STPM, sijil, diploma ataupun ijazah sarjana muda. Tren ini
berbeza dengan golongan mereka di usia lewat 30an dan 40an di mana
mereka ini dahulu rata-rata berkahwin di usia lewat 20an atau awal 30an dan
mungkin sebahagiannya di pertengahan 30an. Pada hemat mereka, kerjaya
perlu diberikan penumpuan dahulu agar stabil dan dalam masa yang sama
punyai masa untuk mengumpul wang bagi melaksanakan perkahwinan. Ada
juga yang berpendapat bahawa mereka mahu berbakti dahulu kepada
keluarga sebelum membuat komitmen baharu dalam perkahwinan.

Secara umumnya kadar perkahwinan di Malaysia turut meningkat.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mencatatkan peningkatan
jumlah perkahwinan untuk tiga tahun berturut dengan catatan 156,674 (2013),
159,851 (2014) dan 174,321 (2015). Namun dalam masa yang sama, kadar
perceraian turut sama mengalami peningkatan dengan catatan 29,583 (2013),
33,842 (2014) dan 36,732 (2015). Sebilangan perkahwinan dan perceraian ini
mungkin datang daripada mereka yang berkahwin di usia muda. Tiada
sebarang kesalahan terhadap peningkatan perkahwinan di dalam negara
namun yang merunsingkan ialah kadar perceraian tidak sepatutnya melalui
tren peningkatan yang sama. Di Malaysia, statistik menunjukkan mereka yang
berkahwin di bawah usia yang ditetapkan oleh undangundang turut
meningkat. Umur sah berkahwin di negara ini adalah apabila kanak-kanak itu
telah mencapai umur 18 tahun, namun bagi gadis Muslim setelah mencapai
umur 16 tahun. Bagi gadis Muslim di bawah umur 16 tahun yang ingin
berkahwin mereka perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah.
Sebagai contoh, pada tahun 2012 mahkamah telah menerima sebanyak
1,165 permohonan perkahwinan dimana salah seorang.

Bahagian 1 ( Soalan 1 )
1.Isu Utama/Masalah berdasarkan kes

3
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kes ini, isu utama adalah berkaitan sorang pelajar kolej bernama
Halimah yang berusia 19 tahun yang sangat mencintai seorang pemuda yang
bernama Johan yang 10 tahun lebih daripada usia Halimah. Mereka
merancang untuk mendirikan rumahtangga pada tahun berikutnya, walau
bagaimanapun keluarga Halimah iaitu ibu bapanya tidak merestui hubungan
mereka atas dasar bahawa Halimah masih terlalu muda untuk berkahwin.
Selain daripada itu keluarga halimah juga sangat mengharapkannya untuk
membantu keluarga bila mana dia sudah bekerja kelak kerana dia merupakan
anak sulung daripada 7 orang adik beradiknya.

2.Empat Peringkat Penyelesaian Masalah Halimah.


(a) Mengenal pasti dan mendefinisi satu masalah. 
Satu masalah hanya boleh diselesaikan apabila kewujudannya dicam. Walau
bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, satu masalah hanya dicam apabila
ia telah menjadi satu perkara serius. Setelah pengecaman satu masalah,
tindakan seterusnya adalah mendefinisinya secara menyeluruh. Sesuatu
masalah boleh dirujuk sebagai masalah tertutup atau terbuka. Satu masalah
tertutup melibatkan kesemua keadaan di sekeliling penyimpangan daripada
norma yang perlu didefinisi. Di sebaliknya, satu masalah terbuka melibatkan
pengenal pastian dan pendefinisian objektif dan apa juga kekangan yang
boleh menghalang daripada mendapatkannya. Perbezaan utama antara
masalah tertutup dan terbuka dirumuskan dalam Jadual Menganalisis satu
masalah secara menyeluruh adalah penting untuk memahami sepenuhnya
dan menghasilkan pelbagai penyelesaian yang boleh membantu dalam
mencapai matlamat penyelesaian yang dihadapi oleh Halimah. Mengenal
pasti dan membawa bersama maklumat yang berkaitan dan
mempersembahkannya dengan cara yang bermakna adalah satu komponen
penting dalam menganalisa satu masalah. Selain daripada itu, analisis juga
membantu untuk membuat keputusan tentang apakah penyelesaian yang
terbaik, yang akhirnya memudahkan dan mendorong Halimah dalam
pencarian penyelesaian.

Masalah tertutup Masalah Terbuka


Memperoleh satu atau sejumlah Boleh diselesaikan dengan

4
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

terhad kemungkinan pelbagai kaedah


peneyelesaiannya
Menganalisisnya membantu Menganalsisnya melibatkan
dalam mengenal pasti semua pencarian maklumat yang akan
sebab yang berkemungkinan dan membantu mencadangkan satu
memastikan sebab atau halangan senarai cara-cara yang
adalah benar, sebelum mencari berkemungkinan untuk
penyelesaian menyelesaikan masalah.

(b) Mencari kemungkinan penyelesaian. 


Secara umum, mengilhamkan pelbagai tindakan untuk menyelesaikan satu
masalah melibatkan pencarian tindakan yang sesuai, mengenal pasti
kekangan dan akhir sekali bekerja ke arah mencapai matlamat. Adakalanya,
perlu untuk menukar dan menggabung idea menggunakan apa juga teknik
kreatif yang ada bagi menghasilkan satu penyelesaian.  Lebih banyak idea
untuk dipilih, semakin tinggi kebarangkalian bagi memperoleh satu
penyelesaian berkesan.

(c) Memilih penyelesaian terbaik  


Satu proses pembuatan keputusan yang berasaskan satu perbandingan hasil
berpotensi bagi penyelesaian alternatif. Tahap ini melibatkan langkah-langkah
berikut:
·         Mengenal pasti ciri-ciri penyelesaian terbaik, termasuklah apa juga
halangan yang mungkin dihadapi
·         Membuang penyelesaian yang tidak boleh mengatasi halangan
·         Menilai penyelesaian yang masih ada; dan
·         Memilih satu keputusan untuk mengimplimentasi penyelesaian ini.

Adalah dipercayai bahawa satu masalah dianggap selesai apabila satu


penyelesaian telah diimplimentasikan. Walau bagaimanapun, dalam
sesetengah keadaan, penyelesaian yang dipilih perlu diterima atau diperakui
oleh individu lain supaya ia boleh diimplimentasi dan ini
mungkin melibatkan beberapa strategi menggalak.

·         Melaksanakan penyelesaian : Tiga langkah terlibat dalam tahap ini

5
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

(sila (lihat Jadual 1.2):

Langkah-langkah Huraian

Merancang dan Melibatkan penyelesaian bagi kesemua usaha dan


menyediakan pelaksanaan perancangan menyeluruh yang menghurai urutan
penyelesaian tindakan yang perlu bagi memenuhi objektif, tempoh
masa dan sumber yang diperlukan pada setiap
tahap.
Mengambil tindakan sesuai Masalah atau bakal masalah perlu ditanggani
dan memantau kesannya. secepat mungkin bagi memastikan semuanya
berjalan lancar.
Menyemak semula kejayaan Penting untuk mengagak efikasinya dalam
mutlak bagi tindakan. menyelesaikan masalah yang sama di masa
hadapan dan memastikan masalah itu telah
diselesaikan.
Jadual 1.2: Langkah-langkah Pelaksanaan Sesuatu Penyelesaian
 

Kesimpulan
Akhirnya, tidak dinafi kan perkahwinan di usia muda turut mempunyai

6
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

kebaikan. Sekiranya pasangan muda sukar untuk mengawal nafsu


syahwatnya maka berkahwin di usia muda ini dapat memberi ruang kepada
pasangan muda untuk menyalurkan nafsu syawat dengan cara yang halal
lantas mengelakkan daripada melakukan dosa. Membesarkan anak-anak
kecil memerlukan kudrat yang banyak justeru berkahwin muda mempunyai
kelebihan di mana tenaga golongan ini masih di tahap yang terbaik. Selain itu,
berkahwin muda berupaya meransang diri individu tersebut untuk lebih fokus
dan bermotivasi dengan kehidupan bagi membentuk masa depan keluarga
yang lebih baik dan cerah. Gunakan kelebihan ini untuk sama-sama belajar
tentang cara gaya terbaik bagi membangunkan sebuah keluarga bahagia
yang mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Bahagian 2 (Soalan 2 )
Pengenalan

Isu akademik di Malaysia yang telah dikenlpasti adalah berkaitan


kemerosotan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) disamping
menghuraikan cadangan berdasarkan strategi yang dipilih jika UPSR
dimansuhkan dan digantikan dengan sistem Pentaksiran Berasakan Sekolah.

Menurut Mysumber(2016), pengumuman Analisis Keputusan Ujian Penilaian


Sekolah Rendah( UPSR) yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia Putrjaya. UPSR 2016 menyaksikan seramai 4896 calon
memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Jumlah pencapaian
cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,721 calon yang menduduki
peperiksaan tersebut.

RAJAH 1 : JADUAL ANALISIS KEPUTUSAN UPSR 2016


PENCAPAIAN CALON BILANGAN PERATUSAN

7
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

Semua A 4,896 1.11


Maksimum 1B 8,345 1.89
Minimum 2B 35,752 8.11
Minimum 1C 91,366 20.73
Minimum 1D 152,825 34.67
Minimum 1E 137,262 31.14
Semua E 9,519 2.16
Lain-lain kombinasi 817 0.19
Gred Purata 2.96 -

Sumber : https://www.mysumber.com/analisis-upsr.html

Sesungguhnya keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun


2016 ini telah memeranjatkan ramai orang termasuk ibu bapa dan guru-guru.
Banyak sebab kenapa pemasalahan ini berlaku. Perkara ini akan dikupas
selepas ini berdasarkan analisa rajah tulang ikan setelah mengenalpastinya
dari beberapa sumber termasuk media elektronik dan melalui percambahan
minda yang dibuat.

Menurut Cikgushare(2016) pula, UPSR 2016 dilihat sebagai percubaan


pertama Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan format baharu
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) manakala UPSR
2015 merupakan kohort terakhir menggunakan format kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR). Asalnya KBSR ialah Kurikulum Baru Sekolah
Rendah mula diperkenalkan secara rintis di 305 buah sekolah pada tahun
1982 dan setahun kemudian dilaksanakan ke seluruh sekolah bantuan
kerajaan. Setelah dilaksanakan selama 10 tahun, ia dinamakan KBSR tanpa
dilakukan apa-apa perubahan besar terhadap isi kandungannya. Diantara
masalah yang difikirkan kemungkinan kemerosotan ini berlaku adalah
disebabkan pelaksanaan sistem kohort yang mengikuti Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR), pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang terlalu
drastik.Sememangnya bukan mudah untuk melakukan sesesuatu yang
baharu apatah lagi berkaitan dengan pelajaran yang memang sukar untuk
difahami dan sebagai perintis dalam sistem pendidikan. Ia memerlukan masa
yang agak lama untuk menyesuaikan diri dan memahaminya. Walaupun

8
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

kurikulum ini telah dilaksanakan sejak 2011 lagi namun ia tidak mencukupi
bagi murid-murid untuk menguasai kurikulum tersebut.

Objektif tugasan ini pula adalah untuk mengkaji, menganalisa pemasalahan


dan memberi kefahaman kepada pembaca berhubung dengan kemerosotan
UPSR kali ini berbanding tahun lepas disamping mengenal pasti faktor-faktor
yang membawa kepada pemasalahan tersebut berlaku dan mencadangkan
strategi yang sesuai jika UPSR dimansuhkan.

Oleh yang demikian, banyak pihak terlibat dalam pemasalahan ini kerana ia
melibatkan masa depan anak-anak. Untuk melaksanakan sesuatu perkara
perlu ada keseimbangan kerana perkara yang baru perlu disesuaikan dengan
pemahaman dan latihan yang mencukupi.

RAJAH 2 : GAMBARAN AWAL TULANG IKAN SEBAB DAN AKIBAT

MANUSIA

KAEDAH
9
SEBAB
Kemerosotan
keputusan
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

PERSEKITARAN
PERSEKITARAN BAHAN

Sumber rajah 1

1. bp.blogspot.com/_Yn2Gic460uU/TScXXVGfIfI/AAAAAAAABOs/ShmgQMd
CzFY/s1600/tulang+ikan3.jpg

Berdasarkan rajah tulang ikan tersebut kita akan mengupas pemasalahan


yang timbul dan dan mengenal pasti penyebab kemerosotan keputusan
UPSR 2016 seperti mana yang dikehendaki oleh soalan melalui
percambahan minda yang dibuat dan melalui pelbagai sumber beikut:

RAJAH 3: TULANG IKAN SEBAB-SEBAB MASALAH

10
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

KAEDAH MANUSIA

Pembelajaran berorentasikan murid Kurang bersedia dengan perubahan

Format baharu perperiksaan berunsurkan KBAT Kemahiran berfikir aras tinggi

Sebab
kemerosotan
keputusan
peperiksaan
UPSR dibanding
tahun lepas

Masalah keluarga Perlaksanaan kurikulum KSSR secara drastik

Komitmen pelajar Kurang berehat kerana gimik kelas tuisyen

PERSEKITARAN BAHAN

Pengenalpastian empat pemasalahan utama sebab Kemerosotan


keputusan peperiksaan UPSR dibandingkan dengan keputusan tahun
lepas
Berdasarkan rajah tulang ikan tersebut dan setelah percambahan minda di
jalankan untuk mengenalpasti sebab-sebab kemerosotan keputusan
peperiksaan UPSR tahun 2016 berbanding tahun lepas, mendapati empat
masalah utama yang dikenalpasti yang menyebabkan kemerosotan
keputusan peperiksaan UPSR tersebut adalah disenaraikan seperti berikut:
Hasil yang ditemui ini adalah berdasarkan kepada kajian dan pengumpulan
maklumat dari sumber-sumber tertentu disamping percambahan minda yang
telah dibuat.
RAJAH 4: CONTOH PENGENAL PASTIAN MASALAH SELEPAS
PERCAMBAHAN MINDA
BIL MASALAH YANG DIKENAL PASTI JUMLAH
1 Pelajar kurang bersedia dengan perubahan 7

11
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

2 Kemahiran berfikir aras tinggi 5


3 Perlaksanaan kurikulum KSSR secara 8
drastik
4 Kurang berehat kerana gimik kelas tuisyen 8
5 Pembelajaran berorentasikan murid 6
6 Format baharu perperiksaan berunsurkan 7
KBAT
7 Masalah keluarga 5
8 Komitmen pelajar 4

Warna ungu adalah pilihan keutamaan pemasalahan yang dikenal


pasti

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara


drastik
Salah satu punca yang menyebabkan kemerosotan tersebut adalah
perubahan kurikulum secara drastik. Walaupun kaedah pembelajaran baru ini
telah diperkenalkan kepada pelajar berkenaan sejak tahun 2011 atau sejak
tahun satu lagi tapi ia tidak mencukupi untuk melatih dan membiasakan
pelajar dengan kaedah baru tersebut. Sistem ini memang bagus dan pernah
diperkenalkan di negara-negara maju. Tetapi untuk melaksanakannya biarlah
secara beransur-ansur dan dengan latihan yang komprehensif supaya pelajar
dapat membiasakan diri dengan sistem tersebut.

Sesungguhnya apa yang diilhamkan itu merupakan sesuatu yang baik


tetapi perlukan pelaksanaan yang menepati kaedah yang sepatutnya. Ramai
orang berpendapat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itu benar namun
sesetengah keadaan bukan semuanya begitu. Namun apa yang berlaku telah
menjejaskan prestasi anak-anak dan kegusaran ibu bapa terhadap masa
depan anak-anak mereka. Banyak yang akan difikirkan selepas keputusan
UPSR itu, tentang hala tuju anak-anak. Mereka harus menyambung
persekolahan di sekolah mana kerana keputusan peperiksaan semuanya
sudah berubah tidak seperti yang diimpikan. Memanglah UPSR ini bukanlah
pengakhiran kepada masa depan anak-anak tetapi Sekolah yang pada
asalnya menjadi pilihan sudah tidak dapat kerana keputusan yang kurang

12
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

memuaskan atau yang paling teruk ada sesetengahnya gagal.

Dalam keadaan ini siapa yang hendak dipersalahkan dan ke mana hala
tuju sekolah menengah anak-anak ini, keadaan inilah membuatkan ibu bapa
terutamanya anak-anak merasa amat kecewa kerana impian tidak menjadi
kenyataan. Selama ini para pelajar telah terbiasa dengan kaedah
penghafalan tradisional iaitu PdP (Pengajaran & Pembelajaran). Guru
mengajar dan murid mendengar tapi pembelajaran yang berunsur Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini agak baru bagi mereka dan perlukan latihan
dan bimbingan mencukupi.

Format baharu peperiksaan berunsurkan soalan KBAT


Berdasarkkan permasalahan yang telah dihuraikan di atas, salah satu
pemasalahan tersebut yang dikenal pasti adalah ”format baharu peperiksaan
yang berunsurkan soalan KBAT” ini telah menjadi masalah utama sebagai
penyebab kepada kemerosotan keputusan UPSR 2016. Oleh itu, satu strategi
telah ditemui sebagai alat penyelesaian masalah berdasarkan masalah utama
tersebut. Strategi tersebut adalah mengkaji semula Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Huraian terperinci dikupas berdasarkan
sumber berikut:

Format baru yang berunsurkan soalan KBAT atau Kemahiran berfikir aras
tinggi ataupun disebutkan juga sebagai pemikiran di luar kotak ini terlalu
sukar untuk anak-anak yang masih kecil untuk memahami walaupun ia telah
diperkenalkan sejak tahun satu lagi. Enam tahun tidak memadai bagi anak-
anak yang baru nak mengenal pelajaran untuk meneroka strategi ini.
Keadaan di usia ini memang agak kurang sesuai untuk diperkenalkan dengan
norma-norma pembelajaran seperti ini. Diperingkat anak-anak yang masih
hingusan ini apa lah yang boleh mereka fikirkan tentang sesuatu yang di luar
kotak. Bukan nak menafikan kebaikan yang ada pada sistem yang telah
diperkenal itu cuma kesesuaian meletakkan sistem tersebut pada tempatnya
itu yang menjadi persoalan.

13
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

Menurut Utusan.com(2016), keputusan ujian Pencapaian Sekolah


Rendah (UPSR) 2016, mengejutkan ramai ibu bapa, guru dan pelajar apabila
hanya 4,896 orang atau 1.11 peratus sahaja murid berjaya mendapat gred
semua A. Keputusan ini dipercayai mempunyai kaitan dengan format baharu
peperiksaan yang sekali gus memberi kesan langsung kepada pencapaian
UPSR. Menurut Azura Abas(2016) pula, walaupun difahami paling tertumpu
pada keputusan perperiksaan, mungkin menentang arus, saya mengalu-
alukan perubahan format kerana saya sentiasa merasakan bahawa
mempunyai purata 30,000 murid mencapai semua A tahun demi tahun sedikit
sebanyak bertukar peperiksaan UPSR menjadi alat ”tidak bertaring” berkesan
mengukur kemajuan akademik murid-murid kami.

Pelajar kurang bersedia dengan perubahan


Daripada keputusan yang diperolehi ternyata pelajar kurang bersedia dengan
perubahan yang diperkenalkan berhubung dengan sistem baru ini iaitu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bagi anak-anak yang masih
kecil mungkin sukar untuk menerima dan menghayati apa yang dikatakan
kemahiran berfikir aras tinggi atau berfikiran luar kotak kerana mereka baru
nak mengenal dunia pembelajaran.

Mungkin nilai-nilai sedemikian lebih sesuai diterapkan di peringkat menengah


atau Universiti kerana pada ketika itu pemikiran mereka sudah matang dan
penuh kreatif dan inovatif dan kalau mengikut pakar sekali pun pada usia
peringkat menengah inilah merupakan masa pemikiran yang penuh dengan
kreativiti dan inovasi yang luar biasa.

Kurang berehat kerana gimik kelas tuisyen


Selama setahun sebelum perperiksaan pelajar yang menghadapi
perperiksaan UPSR kurang berehat kerana masa mereka terlalu padat
dengan pembelajaran. Contohnya pagi belajar sampai pukul 1.00 lepas itu

14
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

disambung pula dengan kelas tiusyen di sekolah. Balik rumah kemudian


malam sambung lagi dengan tiusyen, jadi anak-anak ini tiada masa untuk
berehat. Hari Sabtu dan Ahad pun sama. Keadaan ini menyebabkan mereka
merasa sangat letih. Keletihan ini akan membuat mereka kurang menumpu
perhatian pada pelajaran dan pemikiran pun tidak berkembang. Justeru, ia
boleh mendatangkan kelemahan dalam pemikiran ketika peperiksaan
dijalankan. Anak-anak ini tidak dapat memikirkan dengan tenang disebabkan
keletihan.

Menurut Cikgushare (2016), gimik kelas-kelas tiusyen jua memberikan


harapan palsu kepada ibu bapa di mana ada iklan yang disebarkan menerusi
peti-peti surat di rumah, terutamanya di bandar-bandar utama bahawa ”guru
berpengalaman”, ”guru pemeriksa” dan ”guru penggubal soalan”, walaupun
sebenarnya, guru-guru tersebut sudah pun bersara. Guru-guru berkenaan
sudah ketinggalan dari aspek transformasi pendidikan yang sedang
dilaksanakan oleh KPM. Oleh itu, senario ini telah menjadi kegairahan dan
harapan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak tiusyen tanpa
memikirkan keadaan anak-anak.

RAJAH 5: TULANG IKAN PENYELESAIAN MASALAH

KAEDAH MANUSIA

15
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

Melatih pelajar dgn soalan KBAT Perlukan guru yang terlatih

Latihan yang mencukupi Komitmen pelajar


Kemerosotan
keputusan
peperiksaan
UPSR
dibanding
tahun lepas

Perhatian keluarga/guru/rakan Kertas soalan KBAT

Suasana pembelajaran kondusif Kajian semula kurikulum

PERSEKITARAN BAHAN

RAJAH 6: CONTOH CADANGAN PENYELESAIAN SELEPAS


PERCAMBAHAN MINDA

BIL STRATEGI CADANGAN PENYELESAIAN JUMLAH


1 Kajian semula kurikulum baru KSSR 8
2 Melatih pelajar dengan soalan KBAT 5
3 Latihan yang mencukupi 4
4 Komitmen pelajar 2
5 Kertas soalan kbat 3
6 Perhatian keluarga/guru/rakan 1
7 Suasana pembelajaran yang kondusif 4

16
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

8 Perlukan guru yang terlatih 2

Warna kuning adalah strategi cadangan penyelesaian yang


dikenal pasti

Strategi dan alat penyelesaian masalah berdasarkan masalah utama


yang dipilih
Strategi dan alat penyelesaian masalah berdasarkan masalah utama dipilih
adalah dihuraikan seperti berikut:

Strategi: Kajian semula Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) di peringkat Sekolah Rendah
Berdasarkkan permasalahan yang telah dinyatakan dalam rajah tulang ikan di
atas, salah satu strategi dan alat yang dikenal pasti dan menjadi pilihan untuk
penyelesaian kepada masalah kemerosotan keputusan UPSR 2016 ini adalah
”kajian Semula Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di
peringkat Sekolah Rendah” sama ada ia perlu diteruskan atau tidak.

Kajian semula Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di


peringkat Sekolah Rendah ini bertujuan untuk mencari kelemahan dan
kebaikan serta kesesuaian sistem ini kepada anak-anak diperingkat Sekolah
Rendah. Selain itu, ia bertujuan bagi mengelakkan peristiwa pemansuhan
sistem Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
daripada berulang. Pemansuhan sistem pembelajaran ini telah merugikan
pelajar yang mengakui keberkesanan pengajaran dua subjek ini banyak
membantu mereka menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Oleh itu strategi kajian semula Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) diperingkat Sekolah Rendah ini perlu demi masa depan
anak-anak supaya mereka lebih yakin dan berwibawa. Ini akan melonjakkan
semangat mereka sebelum melangkah ke peringkat menengah. Oleh yang
demikian satu kaedah telah ditemui untuk melengkapi pemilihan dan strategi

17
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

ini dinilai berdasarkan konsep penyelesaian masalah George Polya dan John
R Hayes.

Dr Haresh Kumar Kantial dan Dr Anton Espira(OUM)(2013) menjelaskan,


antara penyelidik awal dalam perkembangan konsep ini ialah George Polya,
John R. Hayes, John D. Bransford dan Barry S. Stein. Pernahkah anda
mendengar nama-nama penyelidik itu? Mari kita ketahui apakah sumbangan
dan idea mereka dalam konsep penyelesaian masalah. Penyelidik pertama
yang mengetengahkan konsep penyelesaian masalah ialah George Polya.
Pada tahun 1957, beliau telah mengenal pasti empat langkah penting dalam
penyelesaian masalah. Menurut Polya, penyelesaian masalah sepatutnya
dilakukan mengikut empat kaedah berikut:

a. Memahami masalah
b. Membina satu perancangan
c. Melaksanakan perancangan itu dan
D. Melihat kembali

Kemudian pada tahun 1981, Hayes meluaskan lagi konsep ini dengan
menambah dua langkah lain. Pertama, satu rujukan khusus untuk mewakili
masalah. Kedua beliau mengembangkan langkah melihat kembali kepada
menilai penyelesaian (sama seperti melihat kembali) dan menggabung
keuntungan (pembelajaran yang berguna pada masa hadapan setelah
penyelesaian dinilai).

RAJAH 7 : ENAM LANGKAH DALAM PENYELESAIAN MASALAH


(HAYES, 1981)
Mengenal pasti masalah

Mewakili masalah

Merangcang penyelesaian

Menjalankan perancangan

Menilai penyelesaian

18
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

Menggabung ganjaran

Sumber Rajah 7 : OUM edisi 2013

Alat penyelesaian masalah : Melatih pelajar dengan soalan KBAT


secara holistik dan berterusan

RAJAH 8: ALAT PEMBUAT KEPUTUSAN


Menyusun Keutamaan Pembuat Keputusan Menggunakan Matriks
Cadangan Masalah Kekerapan kepentingan Boleh Jumlah
dilaksanakan markah
Kajian semula 5 5 11 21
kurikulum
Melatih pelajar dengan 8 12 10 30
soalan KBAT
Latihan yang 4 3 2 9
mencukupi
Komitmen pelajar 2 2 1 5
Kertas soalan KBAT 3 1 1 5
Perhatian 1 2 1 4

19
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

keluarga/guru/rakan
Suasana pembelajaran 4 1 0 5
yang kondusif
Perlukan guru terlatih 2 1 4 7

Warna ungu adalah pilihan keutamaan strategi yang dikenal pasti

Andaikata sistem tersebut diteruskan selepas kajian dibuat, Kementerian


pendidikan perlu menambah baik format baharu peperiksaan yang
berunsurkan soalan KBAT” dan melatih pelajar dengan soalan KBAT secara
holistik dan berterusan disamping membuat post mortem berkaitan
kemerosotan keputusan keputusan UPSR 2016 ini. Dengan pendekatan
tersebut pasti ditemui sesuatu kaedah yang lebih baik. Dengan latihan secara
holistik dan berterusan ini sudah pasti akan menjadikan anak-anak seorang
yang kreatif dan berinovatif. Selain itu guru-guru juga perlu diberi latihan
serupa supaya dapat membimbing anak-anak dengan baik.

Dengan kemahiran yang mereka ada akan melahirkan anak-anak yang


Berfikir Aras Tinggi. Menurut Samurai Biru(2016), secara amnya tahun ini
merupakan tahun pertama perlaksanaan sistem kohort pertama yang
mengikuti kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) disamping
membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Oleh itu, ia boleh diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada
disamping mencari sesuatu yang lebih baik untuk diketengahkan sebagai
penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada.

Justifikasi pemilihan strategi


Justifikasi pemilihan strategi ini adalah berdasarkan perkara-perkara berikut:
RAJAH 9 : JUSTIFIKASI PEMILIHAN STRATEGI
STRATEGI JUSTIFIKASI
Kajian semula Pelaksanaan Untuk menilai dan mengkaji
Kurikulum Standard Sekolah sebab-sebab masalah dan
Rendah (KSSR) di peringkat seterusnnya menyelesaikan

20
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

Sekolah Rendah masalah yang dihadapi selaras


dengan kepentingan pendidikan.

Setiap yang baru pasti akan mengalami kelemahan dan kecicirannya tidak
kira apa sahaja yang kita lakukan sekalipun orang itu pakar dalam bidang
masing-masing kerana kita adalah manusia biasa yang lemah. Begitu juga
dengan sistem yang diperkenalkan ini. Kita belum pasti mana salah silap dan
kekurang yang ada. Apa yang pasti kita perlu mengkaji dan mencari
kelemahan yang ada. Oleh itu pemilihan strategi yang diperkenalkan ini
merupakan antara sesuatu yang difikirkan perlu demi untuk kebaikan dan
masa depan anak-anak bangsa.

Menurut Samurai Biru(2016), sebenarnya ada kemungkinan para murid yang


menduduki Perperiksaan UPSR tahun ini masih belum mengadaptasikan
sistem baru perperiksaan ini. Ini memandangkan sistem baru ini baharu
sahaja diperkenalkan kepada murid-murid tahun 6 dan ia memungkinkan
berlaku sedikit kesukaran untuk mereka memahami format sebenar
perperiksaan kali ini.

Menurut Cikgushare (2016) pula, ibu bapa hampir melupakan peranan


mereka juga penting dalam pembangunan modal insan, terutamanya
melahirkan anak-anak yang berjiwa berani, sanggup menghadapi cabaran
dan berakhlak, kerana apa yang diajar disekolah hanyalah dalam bentuk
pengetahuan. Anak-anak sentiasa memerlukan bimbingan ibu bapa dalam
membangunkan nilai-nilai murni dalam diri dan sering menjadikan ibu bapa
sebagai teladan terbaik. Kegagalan itulah sebenarnya menjadi punca kenapa
masalah sosial tidak pernah menampakkan surutnya.

Pemilihan strategi disokong dengan sebab-sebab


Justifikasi pemilihan strategi adalah disokong dengan sebab-sebab yang jelas
dan berdasarkan fakta-fakta dari sumber berikut:

21
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

Menurut Samurai Biru(2016), disaat kita masih merenungkan format baru ini,
usah dilupa, antara faktor utama menyumbang kepada penurunan ini adalah
pemansuhan sistem Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Walaupun ada pihak yang menentang sistem ini, hakikat
sebenarnya, sepanjang pelaksanaan PPSMI, peratusan kelulusan A penuh
mencatatkan peningkatan mendadak. Malah kebanyakan murid yang pernah
berada dalam sistem ini mengakui keberkesanan pengajaran dua subjek ini
banyak membantu mereka menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Namun, sayangnya, hanya kerana desakan yang tidak masuk akal, Menteri
Pelajaran pada waktu itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin memilih untuk
memansuhkan sistem ini. Sehingga kini, Kementerian Pendidikan masih
tercari-cari sistem yang diyakini mampu memberi kesan kepada pengajaran
anak-anak kecil untuk menjadikan kualiti yang dihasilkan oleh murid-murid ini
bertambah.

Oleh itu adalah lebih baik untuk mencari sesuatu yang boleh memberi
manfaat yang berguna kepada kita biarpun ia memakan masa yang agak
panjang daripada membuat keputusan dengan mendadak tapi merugikan kita.
Kita seharusnya belajar dari pengalaman dan pengalaman banyak mengajar
kita erti kehidupan dan masa depan.

Perbandiangan tiga cadangan dalam konteks pemikiran kritis dan kreatif


di mana UPSR akan digantikan dengan Sistem Pentaksiran Berasaskan
Sekolah
Berdasarkan strategi yang telah dipilih terdapat perbandingan tiga cadangan
sekiranya UPSR dimansuhkan dan digantikan dengan Sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah. Cadangan tersebut ialah: melatih pelajar dengan
soalan KBAT, guru yang terlatih dan latihan yang mencukupi. Huraiannya
adalah seperti berikut:

Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR merupakan Sistem baru


diperkenalkan menggantikan sistem lama Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan melalui PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan

22
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

sistem yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun


2011.

Menurut Cikgushare (2016), KSSR mula dibangunkan pada tahun 2009 dan
dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2011 bermula dengan mengambilkira
prinsip KBSR dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Prinsip KBSR
dikenali sebagai 4 M (Membaca, menulis, Mengira dan Menaakul). Menaakul
berasal dari perkataan Arab, taakul. Kamus Dewan (Edisi Keempat)
mentakrifkan taakul ”hal membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal, tinjauan akal” manakala menaakul ”membuat
pertimbangan dan lain-lain dengan logik”. (hal.1561).

RAJAH 10 : ANALISA GRID MENUNJUKKAN PERBANDINGAN


PEMBERAT BAGAIMANA SETIAP PEMASALAHAN PENYELESAIAN
SETIAP FAKTOR

FAKTOR KEPENTINGAN MERANCANG MELAKSANA JLM


Melatih pelajar
dengan soalan 8 5 2 15
KBAT
Perlukan guru
yang terlatih 8 5 1 14
Latihan yang
mencukupi 5 5 2 12

Cadangan pertama adalah melatih pelajar dengan soalan KBAT


Jika UPSR dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pentaksiran
berasaskan sekolah, perkara utama yang diambilkira adalah dengan melatih
pelajar dengan soalan KBAT kerana ia merupakan tunggak utama dalam
sistem ini. Pendedahan dengan kaedah pembelajaran yang berorentasikan
murid, dan bukannya dalam bentuk tradisional, iaitu guru mengajar manakala
pelajar mendengar.

Menurut Cikgushare(2016) sepatutnya, guru-guru yang mengajar kelas

23
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

peperiksaan (UPSR khususnya) merangka soalan yang mempunyai tahap 40


peratus KBAT, bukannya berasaskan soalan-soalan aneka pilihan lazim.
Kelemahan yang lain ialah kaedah pdp lebih tertumpu kepada kaedah lazim,
guru mengajar dan murid mendengar, menggalakkan pelajar menghafal dan
bukannya berusaha membangunkan budaya berfikir. Kaedah menghafal
adalah sesuatu yang mudah, dan sebab itulah guru-guru banyak
menggunakan buku-buku kerja berbanding merangka soalan yang selaras
dengan format baharu.

Cadangan kedua adalah perlukan guru yang terlatih


Menyediakan guru-guru yang terlatih untuk mendidik anak-anak dengan
sistem baru ini sangat penting. Dengan adanya guru-guru terlatih sudah pasti
akan membuat anak-anak ini mendapat satu garis panduan dalam melahirkan
pemikiran yang kreatif dan inovatif. Asas kepada Sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah perlu didedahkan dan dihayati dengan sebenar-
benarnya bagi memudahkan urusan pembelajaran anak-anak.

Cadangan ketiga adalah latihan yang mencukupi


Latihan yang mencukupi perlu selepas perubahan sistem kerana bukan
mudah untuk menyesuaikan sesuatu yang baharu kerana ia memerlukan
masa yang panjang dan banyak pengorbanan perlu dilakukan bukan sahaja
bagi anak-anak malah guru-guru, pihak sekolah dan juga Kementerian
Pendidikan itu sendiri.

Menurut Cikgushare (2016), berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh


Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), guru-guru sebenarnya telah
didedahkan dengan pelbagai teknik mengajar sebagaimana diperlukan dalam
KBAT dan KSSR. Guru-guru telah dilatih untuk menerapkan prinsip berfikir,
menerusi program i-Thinks sejak tahun 2010 lagi, iaitu sebelum KSSR
diperkenalkan ke semua Sekolah. Latihan secara berperingkat-peringkat itu
tidak diamalkan sepenuhnya oleh guru-guru dalam pdp mereka, sebaliknya
masih tertakluk kepada kelaziman berpandukan buku teks, buku kerja. Tidak

24
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

mengolah kurikulum menjadi bahan pdp yang menarik dan bersesuaian


dengan konsep pembelajaran abad ke-21 iaitu pendidikan berorientasikan
murid.bMenurut Pengarah Pendidikan Melaka(2016), calon peperiksaan
UPSR pada tahun ini merupakan kohort pertama yang telah mengikut KSSR
dan melalui PBS sejak berada di Tahun 1 pada tahun 2011. Hasrat
transformasi kurikulum dan pentaksiran pada peringkat pendidikan sekolah
rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara
menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.

Kesimpulan
Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan dan kupasan yang telah diberikan
teryata perubahan sistem KBSR kepada KSSR ada pro dan kontranya. Ini
adalah disebabkan kedua-duanya perlu penelitian dan kajian sebelum
menetapkan dan memutuskan untuk memansuh dan menggantikannya. Banyak
perkara yang harus difikirkan tentang implikasi atau resiko yang akan berlaku jika
kedua-duanya diimplimentasikan ke seluruh Sekolah secara drastik.
Sesungguhnya apa telah berlaku itu akan menjadi pengajaran buat kita.

Perubahan secara drastik ini sudah pasti akan menimbulkan pemasalah dan
resiko kepada anak-anak khasnya dan ibu bapa serta guru-guru amnya.
Kemerosotan keputusan UPSR 2016 berbanding sebelumnya amat ketara dan
masing-masing pihak menuding jari antara satu sama lain. Dalam hal ini bukan
mencari siapa salah tapi carilah punca kepada kemerosotan itu. Itu sahaja jalan
yang terbaik. Walau bagaimanapun dalam kita membincangkan pemasalahan
yang berlaku kita juga harus memikirkan hasrat kementerian Pendidikan dan
Kerajaan untuk melihat anak-anak dan generasi akan datang berjaya menjadi
modal insan yang sejati dan terkenal di mata dunia. Tiada siapa pun yang mahu
melihat pelajar dan generasi akan datang ini tercicir kerana merekalah yang
bakal memimpin negara.

Cikgushare(2016) menjelaskan, menurut Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof,


”hasrat transformasi kurikulum dan pentaksiran pada peringkat pendidikan

25
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

sekolah rendah adalah untuk memastikna perkembangan potensi murid secara


meyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.” Katanya, keputusan peperiksaan UPSR merujuk kepada tahap
pencapaian akademik calon berdasarkan stadard kandungan, standard
pembelajaran dan standard prestasi sebagaimana termaktub dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), bukannya merujuk kepada lulus
atau gagal. Sebab itulah tahap pencapaian dilaporkan dalam bentuk gred
berdasarkan pertimbangan kualiti, ketekalan, ketepatan dan keadilan.Oleh itu,
sama-samalah kita mendidik dan membimbing anak-anak bangsa ini agar
menjadi seorang modal insan yang berjaya dan berakhlak mulia.

RUJUKAN

BicaraMuslim.com (2003). Nikah Semasa Belajar, Tips-tips...


BicaraMuslim.com. http ://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?
f=4&t=4458&sid=cb57606d55c80350acdcd4488027f2a6&p=89255,[26.9.200]

Cari Forum (2007). Berkahwin ketika masih belajar.


http://malay.cari.com.my/viewthread.php?tid=302348&extra=&page=,
[26.9.2008].

Class of 2004 (2004). IPT Tempat Mencari Jodo h? The Malay College Kuala
Kangsar. http://www.mc0004.com/craps/108-ipt-tempat-mencari-jodoh.php,
[26.9.2008].

Datul Kisya (2008). Kahwin Semasa Belajar.


http://palabatas.blogspot.com/2008/ 07/kahwin-semasa-belajar.html,
[26.9.2008]

Nor Rashidah Abdul Jamal (2006). Persepsi Pelajar SPI yang Berkahwin
Semasa Belajar. PSM. UTM, Skudai.

Cikgushare(2016).Pendekatan pdp Guru Dalam Bilik Darjah Punca


Keputusan UPSR 2016 Sebegitu Rupa
http://www.cikgushare.com/2016/11/pendekatan-pdp-guru-dalam-bilik-
darjah.html

Dr Haresh Kumar Kantial dan Dr Anton Espira(OUM)(2013(rs)).Thinking Skills


And Problem Solving.Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul

26
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

Ehsan.Malaysia

Mysumber(2016).Jumlah Keseluruhan Calon Dapat Semua A UPSR 2016


Analisis
https://www.mysumber.com/analisis-upsr.html
Rajah 3 : Enam Langkah Dalam Penyelesaian Masalah (hayes, 1981)
OUM edisi 2013

Simurai Biru(2016).Banyak Sebab Punca Penurunan Prestasi UPSR


https://blusamurai.blogspot.my/2016/11/banyak-sebab-punca-
penurunan-prestasi.html

Utusan.com(2016).Bertenang Dengan Keputusan UPSR


http://m.utusan.com.my/rencana/bertenang-dengan-keputusan-upsr-
1.410101

27

Anda mungkin juga menyukai