Anda di halaman 1dari 24

<PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

PENGAJIAN ISLAM>

<SEMESTER SEPTEMBER / 2020 >

<SBFS1103>

<KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH>

NO. MATRIKULASI : <780429125229001>


NO. KAD PENGENALAN : <7804129125229>
NO. TELEFON : <013-8107857>
E-MEL : <ESHAM78@OUM.EDU.MY>

PUSAT PEMBELAJARAN : <KENINGAU>


<SBFS1103>
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

TUGASAN 1
 PENGENALAN 2
 LATAR BELAKANG 2
 OBJEKTIF 3
 MENGENALPASTI MASALAH DAN ISU 4-6
 MENERIMA ATAU MENOLAK SUMBER 6-8
 KONSEP PENYELESAIAN MASALAH 8-12
 ALAT PENYELESAIAN MASALAH 13-14
 KESIMPULAN 15
 REFERENSI 16

TUGASAN 2
 PENDAHULUAN
 LATAR BELAKANG 16
 OBJEKTIF 17
 MENGENALPASTI MASALAH 18
 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH 19-20
 ALAT PENYELESAIAN MASALAH 21
 JURNAL REFLEKTIF 22

1
<SBFS1103>

BAHAGIAN 1

PENGENALAN

LATAR BELAKANG
Masalah memang wujud pada setiap individu mahupun organisasi kecil atau besar. Ini
disebabkan oleh matlamat manusia yang begitu kompleks dan pelbagai dalam kelangsungan
hidup. Jika dilihat dalam persfektif berbeza, setiap masalah memerlukan penyelesaian. Dan
sudah tentu minda akan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut mengikut
kehendak dan matlamat individu tersebut. Justeru itu, kemahiran berfikir dan penyelesaian
masalah akan bertindak sebagai “Man Of The Match” untuk menentukan cara dan kaedah
penyelesaian masalah yang terbaik. Oleh itu, peranan kedua-dua konsep kemahiran ini
berkembang dan sebati dalam kehidupan individu bermula dari zaman kanak-kanak lagi.
Setiap masalah yang dihadapi melatih kredibiliti si pemikir dalam menghasilkan idea-idea
yang relevan dan mahir dalam membuat pertimbangan untuk memperolehi keputusan yang
terbaik.
Konsep Penyelesaian Masalah (stepwise, Polya 1957) merupakan proses langkah demi
langkah iaitu memahami masalah, membina satu perancangan, melaksanakan perancangan itu
dan melihat kembali. Kemudian Hayes (1981) meluaskan konsep ini kepada enam langkah
untuk rujukan khusus untuk mewakilkan masalah dan mengembangkan langkah melihat
kembali kepada menilai penyelesaian masalah secara cepat dan pembelajaran yang berguna
pada masa hadapan setelah penyelesaian dinilai. Proses Hayes tersebut ialah Mengenalpasti
masalah, mewakili masalah, merancang penyelesaian masalah, menjalankan perancangan,
menilai penyelesaian dan mengukuhkannya.
Kemahiran Berfikir adalah merupakan satu kemahiran menggunakan minda untuk
mencetuskan idea-idea bernas, menjana keputusan dan menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan matlamat pemikiran. Kemahiran Berfikir terbahagi kepada Kemahiran
kritikal dan Kemahiran Kreatif.
Kemahiran Berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi. Kemahiran menaakul
membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.
Kemahiran berfikir juga merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna,
maksud tersurat dan tersirat dan pemahaman terhadap sesuatu. Ia juga berperanan untuk
2
<SBFS1103>
meneroka pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar kearah
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan
metakognisi terhadap proses yangb di alami.
Manakala Penyelesaian Masalah merupakan gabungan kedua-dua kemahiran berfikir iaitu
berfikir secara kritis dan berfikir secara kreatif. Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif
elemen terpenting dalam mencari maklumat, sumber, fakta dan informasi serta idea untuk
menyelesaikan masalah. Proses penyelesaian masalah dapat disimpulkan apabaila kaedah-
kaedah dan strategi operasi mental diperlukan untuk mencapai matlamat penyelesaian.
Merujuk kepada isu yang diberikan, masalah utama ialah dalam menentukan keputusan
terbaik berkenaan yang bakal mempengaruhi masa depan karier, sumber kewangan,
tangguingjawab menyara keluarga dan kehidupan sosial. Masalah peribadi tersebut boleh di
bahagikan kepada dua kebarangkalian iaitu pertamanya ialah mengambil keputusan untuk
berhenti kerja dan mencari pekerjaan lain. Kedua ialah mengambil keputusan untuk kekal dan
bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan.
Untuk menyelesaikan isu utama, enam komponen utama konsep penyelesaian masalah
Hayes(1981) boleh digunakan dan diamalkan.

OBJEKTIF
Tujuan utama tugasan ini ialah memberikan pendedahan kepada pelajar dalam membuat
penyelesaian yang terbaik. Selain itu, tugasan ini memberikan kefahaman dengan
menganalisis pelbagai jenis strategi penyelesaian masalah dan alat penyelesaian masalah.
Tujuan tugasan ini juga boleh disimpulkan bahwa bertujuan untuk menyalurkan informasi
tentang kemahiran menyelesaiakan masalah untuk mengatasi halangan yang dihadapi
berdasarkan matlamat yang diingini.
Objektif kedua bertujuan melatih pelejar dalam membuat penyelesaian masalah yang terbaik.
Keputusan hasil dari penyelesaian masalah yang efektif adalah hasil dari proses analisis,
penilaian dan pertimbangan segala idea, andaian, perincian kebolehpercayaan sumber
masalah serta idea dan matlamat berjaya dicapai dan dilaksanakan mengikut model strategi
yang diaplikasikan. Di samping itu juga, kaedah mempertimbangkan banyak pilihan untuk
membolehkan satu tindakan matlamat diambil dengan bijak setelah memikirkan pro dan
kontra dan kemungkinan kesan-kesan akibatnya.

3
<SBFS1103>
1. MENGENALPASTI MASALAH ATAU ISU

PERNYATAAN MASALAH
Menyatakan masalah dalam aspek berbeza
Ini merupakan langkah pertama dalam proses penyelesaian masalah yang berkesan. Masalah
disiasat dan dipecahkan kepada sub-masalah, istilah didefinifikan dan sifat masalah
ditentukan. Penyelidikan perlu dilakukan untuk dinyatakan aspek-aspek permasalahan.
Menyatakan masalah dalam mana-mana definisi penting untuk mengetahui apa yang bukan
dan tiada kaitan dengan masalah itu. Disamping itu Menyatakan masalah tersebut menerusi
cara yang berbeza membantu mengasingkan masalah sebenar daripada pernyataan lisan.
Masalah dinyatakan secara meluas
Selain itu, masalah perlu dinyatakan dengan meluas iaitu menyatakan masalah dalam bentuk
abstrak ataupun perspektif falsafah. Oleh yang demikian, masalah yang pada dasarnya
bersifat umum dapat dispesifikkan. Dan juga menyatakannya semula dalam istilah yang lebih
umum akan berupaya menentukan sama ada ia benar atau tidak.
Penggunaan istilah-istilah umum membolehkan sebarang isu yang mengelilingi masalah itu
dihujahkan daripada perspektif yang berbeza, mencadangkan penyelesaian yang mungkin
tidak di ambil kira.

PENJELASAN MASALAH
Manakala penjelasan masalah pula bertujuan untuk menyatakan istilah utama
masalah merujuk kepada atributnya,komponen dan ciri-ciri umum supaya penyelesaian
berkemungkinan akan ketara. Perincian apa sahaja yang tidak jelas dan tidak pasti tentang
masalah akan dapat dijelaskan.
Seterusnya langkah menyenaraikan semua tanggapan yang dibuat boleh dikenalpasti.
Senarai tanggapan mesti neutral, tanpa prejudis atau pertimbangan. Ia akan menentukan
dalam keadaan bagaimana penyelesaian itu memuaskan.
Kita perlu mendapatkan maklumat lanjut tentang masalah dengan membuat pencarian
menyeluruh segala idea dan cara penyelesaian masalah sama yang dihadapi atau diselesaikan
pada masa dahulu. Lazimnya kita akan mendapat penyelesaian alternative yang pernah
digunakan terdahulu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang.
Seterusnya memberi sebab tentang masalah yang di hadapi dengan menjalankan
aktiviti penyelesaian masalah dengan orang lain tentang isu di sekitar masalah tersebut
dengan cara berbincang dan bertanyakan pendapat orang lain. Ini munghkin memberikan idea
tambahan atau perspektif berbeza jika orang lain tersebut pernah menghadapi situasi sama.
4
<SBFS1103>
Umumnya, perbincangan dan perkongsian pendapat akan menghasilkan keputusan yang lebih
baik.
Masalah perlu dilihat dari kaca mata pandangan orang lain iaitu mereka yang
menyebabkannya, mereka yang mengalaminya, mereka yang perlu membetulkannya, mereka
yang perlu menangggung bebannya dan lain-lain lagi.

Menyoal satu siri penjelasan “ Mengapa”.


Bertanyakan soalan “mengapa” boleh menghasilkan satu tujuan yang sama dengan
memperluaskan skop definisi masalah, yang akan membawa kepada cara baharu melihat dan
kemungkinan penyelesaian. Boleh juga menyoal diri sendiri jika masalah itu ialah satu
simptom atau hasil daripada masalah lain.
Peta pemikiran bertujuan menganalisis bentuk kemahiran dan penilaian hujah. Kunci kepada
pemikiran kritikal berkesan adalah dengan bertanyakan soalan kenapa…? Peta Pemikiran
merupakan satu model asas atau alat yang boleh membantu dan menilai penaakulan.
Antaranya ialah sebarang kesimpulan yang tersurat atau tersirat dan boleh dinyatakan dalam
bentuk cadangan atau penjelasan. Tujuannya ialah membantu dalam mengorganisasikan
pemikiran tentang penakulan.
Berdasarkan kes tersebut, dakwaan dan hujah serta terma perlu dijelaskan. Masalah atau isu
utama dalam kes boleh dibahagikan kepada dua sub-isu/masalah yang kecil. Tujuannya,
konteks hujah dan dakwaan dapat di spesifikkan dan di asingkan untuk mendapatkan
keputusan yang tepat dan relevan.Contohnya, isu pertama dari masalah utama ialah untuk
berhenti kerja dan mencari pekerjaan baru..Dalam situasi keadaan ekonomi dan factor
pergerakkan unjuran pendapatan Negara sangat terkesan dengan Pandemik Covid-19 sedikit
sebanyak memberikan keputusan diluar terma dakwaan. Jika memilih untuk berhenti kerja,
dan mencari pekerjaan baru merupakan keputusan yang diputuskan, penilaian kesan perlu di
lakukan bagi tujuan pertimbangan dan penilaian keseluruhan keputusan. Namun begitu, jika
sub-isu kedua di putuskan sebagai keputusan, tanpa membuat pertimbangan dakwaan dan
menilai konteks dengan berkesan, masalah utama masih belum mencapai keputusan akhir
kerana isu masih berkaitan dengan kesan jika dakwaan tersebut berkaitan dengan
kebarangkalian bakal diberhentikan kerja..selama mana isu tersebut tidak di analisis dan
kenalpasti akan kebolehpercayaan sesuatu dakwaan , selama itulah masalah masih ada.
Peta Pemikiran bukan sahaja sepatutnya digunakan semasa mempertimbangkan penaakulan
orang lain, ia juga sepatutnya di gunakan apabila membangunkan penaakulan sendiri.

5
<SBFS1103>
Meletakkan masalah dalam konteks berbeza seperti sejarah, persekitaran, keadaan dan
kekangan
Langkah yang seterusnya ialah meletakkan Masalah dalam konteks yang berbeza.
Meletakkan masalah dalam konteks sejarah membantu memberi pengetahuan latarbelakang
kepada masalah tersebut. Selain itu mengetahui aspek yang dicapai atau tidak pada masa
dahulu membolehkan tumpuan kepada usaha mendapatkan penyelesaian yang boleh dicapai.
Walaupun masalah itu sama, akan tetapi konteks yang digunakan dalam penyelesaian
masalah sebelum ini akan memberikan kesan yang berlainan terhadap penyelesaian sekarang.
Selain itu, perlu juga member perhatian kepada konteks persekitaran masalah yakni perkara-
perkara yang berkaitan mengelilingi masalah. Faktor yang menyebabkan masalah dan
menyebabkannya terus di anggap masalah perlu di fahami di samping mengambil langkah
untuk menghindar dari berlaku lagi. Seterusnya penelitian terhadap konteks keadaan yang
mempengaruhi masalah perlu di ambil perhatian dengan mengenalpasti adakah masalah
dipengaruhi keadaan tertentu atau menjadikan masalah lebih teruk dan lebih baik.
Dan memikirkan adakah dengan mengubah keadaan masalah tersebut akan terhapus juga
perlu di ambil kira.
Akhir sekali melihat kepada halangan-halangan yang wujud ataupuun keperluan yang mesti
disediakan dalam menyelesaikan masalah. Maka adalah penting mengenalpasti halangan
tersebut. Contoh halangan tersebut ialah tanggungjawab undang-undang, keperluan kontrak,
keprihatinan persekitaran, keadaan fizikal, pertimbangan kewangan dan belanjawan dan
faktor-faktor lain di luar kawalan anda.
Kesimpulannya masalah perlu dinyatakan dengan tepat supaya dapat dijelaskan dengan
mengambil kira beberapa faktor termasuk penjelasan masalah dalam konteks yang berbeza,
persoalan mengapa serta dengan melihat dari sudut perspektif berbeza

2. MENILAI DAN MEMBUAT PERTIMBANGAN KEBOLEHPERCAYAAN


SUMBER DAN DAKWAAN UNTUK SETUJU ATAU TIDAK
Setiap dakwaan perlu di nilai dan di pertimbangkan sama ada di persetujui atau tidak.
Kepercayaan dan pendapat di bentuk oleh apa sahaja yang di baca di dalam surat khabar,
media massa, di tonton di TV, di dengar di corong radio ataupun melalui capaian internet
menerusi gajet telekomunikasi ataupun komputer. Sumber-sumber ini boleh menjadi rujukan
apabila kita perlu menentukan sama ada apa yang di perkatakan itu benar atau tidak.

6
<SBFS1103>
1. Dakwaan pertama: Rita, Shidi dan Janet
Berita tersebut benar disebabkan syarikat dalam masalah hutang yang
banyak.
2. Dakwaan kedua : Zana, Ramli dan Jamil
Berita tersebut hanya khabar angin dan syarikat dalam keadaan baik.
Oleh itu, kebarangkalian untuk menerima atau menolak dakwaan pertama atau kedua,
sumber seperti dakwaan, sebab dan alasan diatas perlu di analisis mengikut kaedah
mempertimbangkan kebolehpercayaan sumber dakwaan dan kredibilitinya.
Antara elemen terpenting dalam kaedah menyelesaikan masalah dengan membuat
pertimbangan kebolehpercayaan sesuatu dakwaan dan sumber. Terdapat Lima Kriteria untuk
memeriksa kebolehpercayaan sumber.
Antara riteria yang perlu ditumpukan ialah
a. Menganalisis dari individu atau sumber
Beberapa soalan tumpuan perlu ditanya untuk mengenal pasti kredibiliti sumber
berdasarkan bidang kemahiran yang di milikinya, tingkat pengetahuan, pengalaman dan
latihan dalam bidang yang dikuasainya, mempunyai cirri-ciri individu yang mempunyai
kepentingan diri atau menunjukkan sikap berat sebelah atau bias individu.
Dalam kes tersebut terdapat dua sumber berkumpulan yang membuat dakwaan yang tidak
sama antara sama satu lain. Saya perlu mngenalpasti kedua-dua kumpulan tersebut untuk
menganalisis kebolehpercayaan dakwaan mereka.
Kumpulan 1 berpendapat syarikat dalam situasi pemberhentian pekerja akibat sumber
kewangan syarikat yang terhad. Saya perlu member tumpuan dengan menganalisis dakwaan
mereka berdasarkan jawatan mereka dalam syarikat. Andaikan mereka bukan memegang
jawatan eksekutif pengurusan atau pekerja senior yang berpengalaman, sudah tentu saya
boleh menerima dan setuju segala dakwaan , kerena mereka dikalangan individu yang
mempunyai kelayakan pengetahuan dan pengalaman tentang status dan keupayaan syarikat.
Manakala jika kumpulan kedua terdiri dari mereka yang mempunyai bidang kerja yang biasa,
maka segala dakwaan mereka juga boleh diambil utnutk membentuk keputusan.

b. Selain itu, saya juga bertanggungjawab untuk membuat penelitian berdasarkan keadaan
dan lokasi konteks dakwaan tersebut disampaikan. Kriteria ini juga membantu saya dalam
membuat pertimbangan kebolehpercayaan kredibiliti sumber.

7
<SBFS1103>
c. Kriteria yang seterusnya ialah mengenalpasti bidang kuasa mereka yang mempunyai
kredibiliti memberi sokongan berdasarkan bukti secara langsung atau tidak seperti membuat
dakwaan berdasarkan sekeping memo pemberitahuan perkara tersebut telah diedarkan
ataupun perkara pemberrhentian pekerja telah bincangkan dalam mesyuarat syarikat.

d. Kriteria seterusnya ialah sama ada sifat dakwaan tersebut mempengaruhi kredibilitinya.
Kriteria ini mengkehendaki saya untuk menilai dan membuat rumusan bahawasanya setiap
dakwaan itu boleh dipercayai kesahihannya. Di samping itu, dengan menggunakan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, saya perlu mengenal pasti dan membuat kesimpulan bahawa
dakwaan itu jelas dan bukan satu elemen pemerhatian asas atau pertimbangan yang
dirumuskan.

e. Sama ada terdapatnya bukti atau keesahan darpada sumber lain. Dakwaan yang
dimaksudkan di sini ialah sama ada terdapatnya bukti yang menjelaskan dakwaan tersebut
juga telah menjadi buah mulut dikalangan pekerja dan personnel di syarikat lain.

Kesimpulannya, ketika berhujah tentang sesuatu permasalahn melalui kaedah


menganalisis secara kritis kredibiliti kebolehpercayaan dakwaan dari individu atau sumber,
tidak di nafikan bahawa setiap analisis yang daya buat mengandungi sebab atau alasan untuk
menyokong kesimpulan, tafsiran dan pembuatan keputusan. Sebagai contoh menggunakan
alasan sendiri atau sebab dakwaan untuk membuat kesimpulan. Selalunya , hujah
mengandungi kedua-dua alasan dan inferens. Oleh itu, inferens lah yang digunakan untuk
berpindah daripada alasan ke kesimpulan. Namun begitu, sebab dan inferens perlu di nilai
secara berbeza. Dalam kebanyakan situasi , penting untuk menilai sama ada sebab yang
diberi adalah benar atau boleh diterima. Sebaliknya petimbangan sama ada inferens
berasaskan sebab itu adalah benar atau tidak adalah satu perkara yang lain.
Kesimpulannya, kita boleh mengkategorikan kriteria tadi kepada lima bahagian yang
mengandungi soalan tentang individu,keadaan atau konteks, menjustifikasikan sumber, sifat
dakwaan dan sebarang bukti atau keesahan yang mempengaruhi kredibilitinya masing-
masing. Merujuk kepada situasi tersebut, saya bersetuju dengan dakwaan pertama bahawa
syarikat dalam proses pemberhentian pekerja disebabkan keadaan hutang syarikat.
Dan berharap sebelum ianya menjadi tidak terurus, langkah seterusnya ialah membuat satu
pelan jangkapanjang terhadap masalah pekerjaan di smping menjaga keperluan anak-anak
yang masih kecil.
8
<SBFS1103>

3. KONSEP PENYELESAIAN MASALAH


Konsep penyelesaian masalah dan teknik berkaitan dengannya ialah komponen
menaakul domain-bebas yang menetapkan corak tingkahlaku yang boleh digunakan semula.
Ini bermakna penyelesaian masalah ialah sastu siri teknik , melibatkan kedua-dua aspek iaitu
kognitif dan tingkahlaku yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang untuk
menghasilkan penyelesaian.
Woods(1975) dan rakan-rakan mencadangkan bahawa penyelesaian masalah ialah
proses memperoleh penyelesaian yang memuaskan bagi satu masalah baharu atau sekurang-
kurangnya masalah yang belum pernah dilihat oleh penyelesai masalah.
Secara keseluruhan penyelesaian masalah melibatkan satu siri tahap yang bermula
daripada mengenal pasti satu masalah dan seterusnya membawa kepada pembinaan satu
penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai proses berstruktur dan berorientasi
terarah. Walaubagaimanapun dalam menentukan arah bagi penyelesaian masalah kita perlu
mendefinisikan masalah terlebih dahulu diikuti dengan maklumat yang diingini atau
perubahan yang diperlukan.

1. Meneroka masalah
Setelah masalah dikenalpasti iaitu melalui proses mengenalpasti isu yang wujud dan
menimbang kebolehpercayaan kredibiliti sumber dakwaan proses seterusnya ialah membuat
satu pelan jangka panjang yang melibatkan dua sub-masalah yang masih ada iaitu dari segi
sumber kewangan(pekerjaan) dan social(mengurus anak-anak).
Masalah perlu dikenalpasti melalui kaedah mengenalpasti masalah tersebut. Ia terbahagi
kepada dua bahagian iaitu menganalisis pernyataan masalah dan penjelasan masalah
a). Pernyataan masalah
 Apakah masalah itu? Definisi dan aspek masalah
 Menyatakan semula masalah secara berbeza
 Melakukan satu pernyataan meluas tentang masalah untuk isu yang khusus.
b). Penjelasan Masalah
 Apakah istilah masalah untuk memecahkan komponen,attributnya
kepada maksud spesifik

9
<SBFS1103>
 Apakah sebarang tanggapan dan keadaan apa yang bersesuian untuk
diselesaikan
 Maklumat lanjut diperolehi untuk penyelesaian alternatif
c). Memberi sebab tentang masalah
 Apakah sejarah dan konteks kepada masalah
 Persekitaran masalah iaitu faktor yang menyebabkan masalah kekal sebagai
masalah
 Keadaan yang mempengaruhi masalah menjadi lebih baik atau lebih teruk
 Halangan atau kekangan yang wujud seperti tanggungjawab undang-undang
yang perlu disediakan dalam menyelesaikan masalah.

2. Membina Matlamat
Masalah yang perlu dihadapi sekarang boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu
masalah kewangan dan masalah sosial.
Seteleh memilih untuk berhenti kerja sumber yang menyumbang kepada sumber
kewangan telah tiada. Sumber kewangan hanya bergantung sepenuh nya kepada jumlah
simpanan yang terkumpul.
Justeru itu, satu matlamat perlu dirangka. Ini merupakan langkah kedua penyelesaian masalah
iaitu menetapkan matlamat. Terdapat beberapa garispanduan dalam menetapkan matlamat
iaitu ;
a). Matlamat apa yang dianggap sebagai ideal
Selalunya , kita hanya memilih satu penyelesaian yang cepat daripada memikirkan
apakah penyelesaian ideal bagi masalah tersebut. Kita mungkin merendahkan harapan kita
sebab praktikal seperti halangan yang telah dibincangkan hingga kita tidak perlu
melakukannya hingga kita dapat menggambarkan senarioa ideal. Selain itu, kadangkala
scenario ideal mungkin Nampak lebih mudah dicapai daripada apa yang difikirkan setelah
melakukan analisis dan perbincangan.

b). Membina matlamat yang Realistik dan Praktikal


Satu senarai matlamat boleh digunakan untuk memantau peningkatan usaha penyelesaian
masalah. Tujuannya ialah untuk membolehkan matlamat diukur dan dijelaskan dengan pasti
dan tepat. Disamping itu menetapkan matlamat member hala tuju pada tugasan penyelesaian
masalah dan member penyelesaian masalah satu objektif untuk dicapai. Matlamat yang

10
<SBFS1103>
ditetapkan mestilah bersifat realistic untuk diramal dengan mudah. Mengkuantifikasikan
matlamat yang masih kabur dengan menghuraikan matlamat menjadi spesifik adalah satu
percubaan yang terbaik.

3. Menghasilkan Idea
Langkah seterusnya ialah menghasilkan idea untuk mendapatkan penyelesaian yang sesuai.
a). Baca, Selidik, Fikir , Tanya Soalan dan Bincang
Ia bermula dengan mengumpul maklumat tentang masalah. Ia merangkumi membaca,
berbincang, mencambah minda, bertanya soalan dan mencari pendapat.
b). Menggunakan teknik menghasilkan idea seperti penyelesaian msalah, simulasi
rawak dan sebagainya. Dengan menghasilkan idea yang banyak, ia member banyak pilihan
untuk merangsang idea lain.
c). Memberikan masa untuk idea berkembang semasa dihasilkan dalam tahap berbeza
mendapatkan idea. Kitaran utama kreativiti mempunyai beberapa tahap termasuklah
persediaan iaitu penyelidikan dan pembelajaran, inkubasi iaitu masa untuk membenarkan
pemikiran tidak sedar bekerja. Pemahaman diri iaitu pemahaman tentang jalan penyelesaian,
pelaksanaan dalam melakukan penyelesaian dan penilaian.
Terdapat beberapa idea yang perlu dilakukan kepada masalah pertama iaitu masalah
kewanagan dengan mencuba mencari pekerjaan melalui internet. Setelah mengemaskini
maklumat resume, terdapat banyak laman web yang merekrut pekerja seperti Job’sStreets,
Jabatan sumber Manusia dan banyak lagi. Menghantar permohonan kerja mungkin
mengambil masa yang tidak dijangka untuk di panggil temuduga. Dengan masa yang terluang
bolehlah mengasah bakat yang ada dengan membuat perniagaan kecil dari rumah contohnya
menjual makanan bermasak, jualan penghantaran makanan terus, dan macam-macam lagi.
Selain usaha sebigini yang membuahkan hasil pendapatan secara kecil-kecilan, secara tidak
langsung keadaan anak-anak dapat dipantau didalam rumah.

4. Memilih Idea
Berdasarkan idea yang telah dikumpul, langkah seterusnya ialah nilai idea dan pilih
penyelesaian yang terbaik.
a). Nilai penyelesaian yang sesuai supaya penyelesaian dapat di capai
Menilai idea dan penyelesaian sesuai untuk memilih penyelesaian terbaik. Dalam
situasi ini, perlu menetapkan penyelesaian yang sesuai. Sekiranya rancangan asal tidak
Berjaya, menetapkan penyelesaian yang lain seperti “Rancangan B” adalah diperlukan.
11
<SBFS1103>
Selain itu menyediakan senarai penyelesaian yang sesuia mengikut tuntutan adalah cara yang
terbaik.
b). Pilih Penyelesaian
Penyelesaian satau atau lebih perlu dicuba.Daripada senarai penyelesaian masalah
yang telah disusun, penyelesaian yang terpilih untuk dilaksanakan tidak semestinya yang
paling atas dalam senarai.
Untuk mendapatkan penambahbaikan dan sebarang penyelesaian alternative, kita boleh
meminta pendapat orang lain serta kritikan yang diberikan memberikan peluang untukm
diperbaiki. Dan sebarang kritikan yang diperolehi mesti dijauhkan supaya tidak
mempengaruhi keyakinan kita bahawa idea yang telah dibuat itu adalah baik. Sikap bersedia
untuk menerima idea baharu amatlah penting.
Merujuk kepada situasi kes, idea untuk memohon pekerjaan secara permohonan atas talian
atau online adalah idea terbaik kerana hanya menghantar resume berkaitan pendidikan dan
pengalaman kerja kepada JOBs Street dapat dipertimbangkan untuk masalah kepada
kewangan. Manakala mencuba membuat perniagaan kecil dari rumah boleh menyelesaikan
masalah kewangan dan sosial anak-anak untuk sementara waktu sebelum mendapat
pekerjaan.

5. Melaksanakan Rancangan Tindakan


Sebaik sahaja memilih satu penyelesaian, rancangan boleh dilaksanakan.
Walaubagaimanapun adalah lebih baik untuk mencuba penyelesaian dan melakukan
perubahan yang perlu sebelum dilaksanakan.
a). Mencuba Penyelesaian
Eksperimen dengan idea dengan mengujinya dengan sesuatu yang sangat sama
dengan scenario kehidupan sebenar yang dihadapi. Inin adalah penting khususnya jika
penyelesaian tersebut mungkin mempengaruhi kesihatan atau kehidupan seseorang.
b). Melakukan Perubahan Sebagaimana yang diperlukan semasa perlakasanaan.
Iaitu sentiasa fleksibel dalam fasa aplikasi. Secara praktikalnya setiap penyelesaian
perlu bebrapa modifikasi apabila digunakan. Perlu diberi perhatian bahawa matlamat adalah
untuk menyelesaikan masalah bukan untuk melaksanakan penyelesaian. Tidak perlu menaruh
harapan yang tinggi pada setiap penyelesaian adalah mengikut apa yang kita kehendaki
semata-mata.

12
<SBFS1103>

6. Menilai dan Tindakan Susulan


Dalam situasi ini, setiap langkah-langkah penyelesaian perlu dinilai dengan membuat
analisis siasatan sama ada penyelesaian tersebut berkesasn dan sejauhmanakah
keberkesanannya. Ia membolehkan penyelesaian itu dimodifikasi dan diuji dengan
pendekatan yang lain. Dan salah satu daripada kegagalan paling kerap dalam penyelesaian
masalah ialah kekurangan penilaian terhadap penyelesaian yang dilaksanakan. Penyelesaian
masalah itu tidak berjaya atau kurang berkesan langsung mungkin menyebabkan timbulnya
masalah lain semasa dalam proses itu.

4. ALAT PENYELESAIAN KEPADA MASALAH

Sumber terakhir
pendapatan

Kewangan Emosi

Keperluan Keperluan Kekecewaan


anak peribadi

13
<SBFS1103>

Matlamat
Dan
Keputusan

Permohonan Pekerjaan Perniagaan kecil Mengawal


baru Dari rumah Emosi
Online Anak-anak

Jobs Street, Tanya kawan Berjumpa


Masak, kek Kaunselor
Dan lain-lain

14
<SBFS1103>

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, setiap masalah yang telah dikenalpasti dan di analisis
akan dapat diselesaiakan melalui pengaplikasian model strategi penyelesaian masalah yang
berkesan disamping alat penyelesaian masalah yang memudahkan mencapai matlamat yang
di inginkan.

15
RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

 OPEN UNIVERSITI MALAYSIA (OUM), KEMAHIRAN BERFIKIR DAN

MENYELESAIKAN MASALAH,OGOS 2017,SBFS1103

 Konsep kemahiran berfikir (slideshare.net)

BAHAGIAN 2

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG

Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat

dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan

kondusif. Sehubungan itu perlindungan terhadap kanak-kanak terhadap sebarang bentuk

pengabaian, penderaan, keganasan dan juga eksploitasi adalah aspek penting dan

hendaklah diberi keutamaan. Justeru dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada

masa ini bagi menggalakkan setiap agensi dan anggota masyarakat memberi keutamaan

kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.

Dasar ini selaras dengan falsafah Konvensyen kanak-kanak dan Akta kanak-kanak 2001

yang hanya menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan

terbaik mereka

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seorang yang dibawah umur 18 tahun sepertimana

yang termaktub dibawah Akta kanak-kanak 2001.

16
Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan

bertindak balas terhadap sebarang aktiviti tidak bermoral seperti pengabaian, penderaan

fizikal,emosi mahupun seksual, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Penganiayaan kanak-kanak bermaksud satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada

golongan kanak-kanak dengan tujuan mendera dan mencederakan fizikal, emosi, seksual

atau sebarang bentuk keganasan melalui pelanggaran hak asasi mereka seperti

pengabaian serta eksploitasi terhadap kanak-kanak yang mempengaruhi masa depan

mereka.

OBJEKTIF

Tujuan tugasan ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan eksklusif

tentang penganiayaan kanak-kanak yang masih berlaku di dalam negara kita sehingga

masa kini. Masalah ini merupakan masalah pencabulan hak kanak-kanak yang berlaku

bukan sahaja di dalam negara malah ia merupakan masalah global yang perlu kita tangani

bersama-sama. Selian itu, tugasan ini bertujuan menyingkap jenis-jenis penganiayaan

kanak-kanak- yang menjadi agenda utama dalam masyarakat yang perlu ditangani segera.

Masalah tersebut termasuklah penderaan, pengabaian, keganasan dan eksploitasi terhadap

kanak-kanak.

Selain itu, tugasan ini juga bertujuan mengenalpasti dan membincangkan pelbagai

strategi penyelesaian kepada masalah dan mencari keputusan yang sesuai dalam langkah

mengatasinya. Di samping itu dasar ini menjadi pemangkin kepada kesedaran dan

komitmen serta peranan semua agensi-agensi yang terlibat mahupun setiap tingkatan

anggota masyarakat perlu digerakkan secepat mungkin untuk membasmi atau menangani

senario ini untuk melindungi golongan kerdil ini.

17
Oleh itu, Dasar perlindungan kanak-kanak yang berkaitan dengan prinsip perlindungan

kanak-kanak yang memberi tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat

sokongan dan penyelidikan dan pembangunan akan dibincangkan untuk melindungin

kanak-kanak ini.

Justeru, objektif dan tujuan tugasan ini dapat memberikan informasi dan pemahaman

kepada kita semua tentang peranan perlindungan kepada hak kanak-kanak yang

merupakan masa depan negara kita kelak.

1. MENGENALPASTI MASALAH

Penganiayaan kanak-kanak diketegorikan kepada empat jenis iaitu

a. Penderaan

Penderaan kanak-kanak didefinisikan sebagai satu pencabulan atau pelanggaran yang

serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah

si samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan ini

termasuk penderaan fizikal, emosi dan seksual ataupun sebarang pengabaian.

Penderaan fizikal bermaksud kanak-kanak yang dicederakan dari segi fizikal yang boleh

dilihat pada mana-mana anggota tubuh badan kanak-kanak itu akibat kekerasan atau

penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak tersebut.

Penderaan emosi pula mengikut Akta kanak-kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-

kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada

fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku,

keresahan, kemurungan, penyendirian dan lembat dari aspek perkembangan intelektual.

Ciri-ciri penderaan ini banyak dilaporkan dalam negara kita seperti yang pernah

18
dilaporkan iaitu punca sesetengah kanak-kanak yang lari dari rumah, terlibat dengan

gejala sosial termasuklah ada yang sanggup untuk mencederakan diri sendiri ataupun lagi

teruk sehingga sasnggup mencuba membunuh diri akibat tekanan emosi yang tidak dapat

dikawal.

Manakala penderaan seksual bleh ditakrifkan apabila seseorang kanak-kanak teraniaya

dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati,

dalam apa-apa aktiviti berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh

mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

b. Pengabaian

Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan

keperluan asas, fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan,

perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk

kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya

termasuklah yang boleh mengancam nyawa mereka. Biasanya berlaku disebabkan ibu

dan bapa yang telah berpisah ataupun seorang yang diamanahkan oleh undang-undang

untuk menjaga kanak-kanak serta institusi yang terlibat dalam menjaga dan mengasuh

contohnya pusat jagaan kanak-kanak, pusat asuhan mahupun taska.

c. Keganasan

Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang

bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak. Contoh yang boleh

dilihat dari keganasan ialah keganasan oleh anggota keluarga sendiri ataupun orang lain

yang telah melakukan kecederaan terhadap kanak-kanak seperti memukul, membelasah

19
dan macam-macam lagi sehingga mengakibatkan kecederaan dan kesan yang kekal

mahupun tidak.

d. Eksploitasi

Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan

pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain

yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan

hidup kanak-kanak. Sebagai contoh sindiket peminta sedekah dikalangan kanak-kanak

terbiar yang banyak berlaku di bandar-bandar besar, mengupah kanak-kanak di bawah

umur untuk membuat kerja yang tidak setaraf dengan fizikal mereka serta menjadikan

kanak-kanak perempuan alat memuas nafsu seks di rumah pelacuran dan banyak lagi.

2. STRATEGI DAN ALAT PENYELESAIAN MASALAH


Dasar Perlindungan kanak-kanak Negara menetapkan sebelas objektif utama seperti
berikut
1. Meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi
kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama termasuk mewujudkan perkongsian pintar
(smart partnership) dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk
sektor swasta dan anggota masyarakat
2. Mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak
3. Menggalakkan organisasi yang berhubung langsung dan tidak langsung mewujudkan
dasar perlindungan kanak-kanak organisasi masing-masing dan berupaya melaporkan
kes-kes pengabaian,penderaan, keganasan dan eskploitasi
4. Melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan seperti
pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi
5. Menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung
dengan kanak-kanak

20
6. Meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian,penderaan, keganasan
dan eksploitasi terhadap kanak-kanak dengan memberi kefahaman tentang hak kanak-
kanak dengan fokus kepada aspek perlindungan
7. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambahbaik perlindungan
terhadap kanak-kanak
8. Menyediakan pengetahuan asas kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka
melindungi diri sertan mengenalpasti keadaan yang berisiko kepada mereka
9. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan
kanak-kanak diperingkat global dan nasional
10. Mewujudkan sistem saringan , pengiktirafan dan latihan bagi mereka yang bekerja
secara langsung dengan kanak-kanak
11. Memperluas dan meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa, keluarga,
pesalah dewasa, pesalah kanak-kanak dan komuniti setempat
Strategi penyelesaian kepada objektif-objektif diatas dibahagikan kepada empat
komponen iaitu Advokasi, khidmat sokongan, Pencegahan dan Penyelidikan dan
Pembangunan.

21
Rangka Tulang Ikan

Perkhidmatan
Kaunseling Mekanisme Amaran awal

Pengetahuan asas
KHIIDMAT SOKONGAN PerkhidmatanPENCEGAHAN Sistem saringan,latihan
Perlindungan Pengiktirafan

DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK


AKTA KANAK-KANAK 2001

Persekitaran selamat
Dasar dan peraturan

ADVOKASI Melaporkan segera


PENYELIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN

Hak Kanak-kanak
Kesedaran Tanggungjawab Penyelidikan dan
Pembangunan
Perlindungan kanak-kanak

Rajah 1.1: Dasar Perlindungan Kanak-kanak

22
JURNAL REFLEKTIF
Pautan Video: Penganiayaan kanak-kanak.mp4 - Google Drive

23

Anda mungkin juga menyukai