Anda di halaman 1dari 13

1.1.

1 Tujuan Kajian
 Pemikiran secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalaH
 Latar belakang tugasan
1.1.2 Objektif Kajian

1.0 MODEL / TEORI / STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH / MEMBUAT


KEPUTUSAN

2.0 ANALISIS MASALAH

3.0 APLIKASI MODEL / TEORI / STRATEGI

4.0 KESIMPULAN

5.0 RUJUKAN

PENGENALAN

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah.
Proses ini telah melibatkan aktiviti-aktiviti dalam menyusun idea, membuat kesimpulan untuk
mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah yang
kian mencabar.

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

Ruggierio (2008) telah mendefinisikan berfikir secara formal sebagai “sebarang aktiviti mental
yang membantu memformulasikan atau menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan
atau memenuhi kehendak untuk memahami”. Selain itu, terdapat beberapa definisi lain yang
boleh ditakrifkan bagi menerangkan konsep kemahiran berfikir.

 Menurut Beyer (1987), kemahiran berfikir ditakrifkan sebagai satu proses intelektual
yang melibatkan pembentukan konsep, aplikasi, analisis, sintaksis dan juga untuk menilai
maklumat melalui penghasilan pengamatan dan pengalaman seseorang
 Ennis (1985), telah berpendapat bahawa kemahiran berfikir adalah sebagai pemikiran
yang tajam dan munasabah serta dapat difokuskan untuk memastikan apa yang hendak
dibuat atau dipercayai

KEMAHIRAN KRITIS DAN KREATIF

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan
secara kreatif. Pemikiran kritis boleh didefinisikan sebagai “pemikiran berdisiplin yang dikawal
oleh standard intelektual yang jelas” (Bassham, 2000) manakala pemikiran kreatif boleh
didefinisikan sebagai “berada dalam keadaan minda yang optimum yang boleh menjana idea
baharu” (Abd Hamid, 2001). Kesemua kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan
digunakan untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF


 Merupakan kecekapan dan keupayaan
dalam menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan atau  Kecekapan atau keupayaan untuk
kewajaran sesuatu idea berdasarkan menggunakan minda bagi menjana
alasan dan bukti yang munasabah dan menghasilkan idea yang tidak
serta mendorong ke arah terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa,
pertimbangan yang baik. provokatif, mencabar, mudah di ubah
 Melibatkan penjelasan idea bagi dan dapat dikembangkan kepada idea
mempertingkatkan pemahaman dan yang lebih luas dan terbuka.
keupayaan untuk menggunakan  Ianya berfungsi untuk memperluas dan
maklumat dengan berkesan memperkembangkan daya imaginasi
 Melibatkan proses menganalisis dan innovasi dan kreatif untuk menjana
menilai idea, data atau maklumat idea yang banyak, pelbagai dan baru.
untuk kefahaman yang jelas, kukuh
dan bermakna.

PENYELESAIAN MASALAH

Kemahiran menyelesaikan masalah dalam satu kaedah atau cara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah dengan berkesan adalah dengan menggunakan pendekatan paling tepat dan cekap.
Menurut Fensel & Motta, 1997) penyelesaian masalah merupakan suatu teknik berkaitan
melalui komponen menaakul domain bebas yang digunakan untuk menetapkan corak tingkah
laku yang boleh digunakan semula melalui aplikasi. Ini bermakna pemyelesaian masalah adalah
merupakan satu siri teknik yang telah melibatkan kedua-dua aspek iaitu, kognitif dan tingkah
laku yang mana boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang untuk menghasilkan penyelesaian.

DEFINISI
Terdapat beberapa definisi lain yang boleh ditakrifkan untuk menerangkan konsep penyelesaian
masalah ini. Secara umumnya, kita boleh menganggap bahawa penyelesaian masalah adalah
merupakan satu proses berstruktur dan berorientasi terarah.

 Menurut Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2003), penyelesaian masalah adalah
satu cubaan mencari atau satu cara yang sesuai dan berkesan dalam mencapai sesuatu
matlamat.
 Menurut Azlena Zainal dan Munir Shuib (2004) pula menerangkan bahawa
penyelesaian masalah adalah meliputi usaha-usaha mencari jalan atau strategi yang dapat
menghasilkan matlamat yang belum ditemui.

Ahli psikologi menyatakan bahawa manusia sedang mempelajari sesuatu apabila sedang
berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Secara umumnya, kebanyakan pengkaji telah
menjadikan konsep penyelesaian masalah sebagai proses langkah demi langkah (stepwise), Polya
(1957), telah mengenal pasti empat langkah penting dalam kaedah penyelesaian masalah yang
sepatutnya dilakukan iaitu:
 Memahami masalah
 Membina satu perancangan
 Melaksanakan perancangan
 Melihat kembali

Kemudian, Hayes (1981) meluaskan lagi konsep ini dengan menambah rujukan khusus untuk
mewakilkan masalah dan mengembangkan langkah “ melihat kembali” kepada dua bahagaian
iaitu, menilai penyelesaian dan pembelajaran yang berguna pada masa hadapoan setelah dinilai.
Berikut adalah:
 Mengenalpasti masalah
 Mewakili masalah
 Merancang penyelesaian
 Menjalankan perancangan
 Menilai penyelesaian
 mengukuhkannya
Seterusnya, menurut Bransford dan Stein (1984) penyelesaian masalah dapat dibahagikan
kepada 5 tahap yang menggunakan akronim IDEAL untuk menyelesaikan masalah iaitu seperti
dibawah:
 Mengenalpasti masalah (I)
 Takrifkan dan gambarkan masalah (D)
 Membuat penilaian (E)
 Membuat strategi tindakan (A)
 Kaji semula dan menilai keberkesanan tindakan anda (L)

PENYATAAN MASALAH

Menyelesaikan masalah adalah merupakan satu proses mental bagi tujuan mengatasi halangan
yang sedang dihadapi oleh seseorang berdasarkan tujuan tertentu. Ia boleh dijadikan sebagai
cabaran dalam hidup seseorang. Oleh itu, mereka akan bersungguh-sungguh untuk
menyelesaikan masalah tersebut sekiranya mereka perlu untuk menangani keadaan yang tidak
menyenangkan itu. Penyelesaian yang terbaik adalah penyelesaian yang akan mengambil kira
kesemua kesan akibatnya.

Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan beberapa model / teori / strategi yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam membuat sebarang keputusan terhadap Helen
yang memerlukan pendapat bagaimana untuk menyelesaikan masalah beliau bagi memenuhi
permintaan ibu bapanya untuk membantu keluarganya atau dengan memilih untuk mengahwini
Johnny yang sangat dicintai beliau selepas menamatkan pengajian nanti.

TUJUAN KAJIAN
Tugasan ini adalah bertujuan untuk meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi
diri pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian mereka. Di
samping itu, pelajar juga turut didedahkan bagaimana untuk menyokong idea dan pandangan
masing-masing dengan merujuk sumber-sumber yang berkaitan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi.

MENGENALPASTI MASALAH / ISU

 Helen merupakan seorang pelajar kolej yang berusia 19 tahun.


 Helen merancang untuk berkahwin dengan Johnny.
 Ibu bapa Helen tidak merestui hubungan mereka kerana beranggapan Helen terlalu muda
untuk berkahwin.
 Helen masih terlalu muda untuk berkahwin.
 Ibu bapa Helen masih mengharapkan beliau untuk membantu keluarga ketika beliau
sudah mula bekerja nanti.

OBJEKTIF KAJIAN

 Helen memilih untuk meneruskan hubungan cinta bersama Johnny dan merancang untuk
berkahwin dengannya selepas beliau menamatkan pelajaran dan mempunyai kerjaya
untuk menyara hidup serta keluarganya nanti.
 Helen memilih untuk memutuskan hubungan cinta bersama Johnny dan memilih untuk
tidak berkahwin dengan Johnny kerana beliau msih bergelar seorang pelajar dan tidak
mempunyai kerjaya bagi menyara hidupnya sendiri serta keluarganya.

MODEL / TEORI / STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH / MEMBUAT


KEPUTUSAN
3.0 PENYELESAIAN KEPADA MASALAH

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Strategi umum merujuk kepada prosedur yang akan membantu kita untuk memilih pengetahuan
dan kemahiran yang digunakan dalam semua langkah penyelesaian masalah. Strategi yang
dipilih haruslah fleksibel agar dapat digunakan dan berikut merupakan beberapa strategi yang
boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Terdapat lima
strategi yang telah ditemui oleh pengkaji melalui kaedah pengalaman iaitu:

 Pembahagian masalah atau sub-masalah


 Bergerak ke belakang
 Mendaki bukit (hill-climbing)
 Analisis cara akhir (means-end)
 Rantaian hadapan (forward chaining)

Antara yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah Helen dan Johnny adalah strategi
dalam pembahagian masalah atau sub-masalah. Cara yang sesuai digunakan untuk
menyelesaikan masalah dengan bijak dan berkesan ialah dengan memecahkan masalah yang
kompleks kepada satu set jujukan bermula dengan masalah yang mudah terdahulu. Contohnya,
masalah Helen dan Johnny yang telah merancang untuk berkahwin tahun depan dan hubungan
mereka tidak direstui oleh keluarga Helen kerana merasakan dia masih terlalu muda untuk
berkahwin. Kemudian, barulah kita mencuba untuk menyelesaikan masalah kompleks dengan
cara menggabungkan beberapa penyelesaian sub-masalah mudah yang telah diselesaikan seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 1 berikut.
MASALAH

Helen dan Johnny merancang untuk Berkahwin

SUB-MASALAH SUB-MASALAH

Hubungan tidak direstui oleh Helen merupakan anak sulung dari 7


keluarga Helen beradik
ANALISIS MASALAH

ETIKA MEMBUAT KEPUTUSAN


PERHUBUNGANN TERBURU-BURU

Berfikir/Fokus Menjaga Batas


Pergaulan
Tidak terlalu
mementingkan Tidak kerap berjumpa Mencari Sumber
hubungan Bersikap professional Maklumat
Saling percaya Memikirkan kesan
buruk Minta pendapat keluarga
Menstabilkan kewangan Melakukan perbincangan
Simpanan tetap
Mempunyai asset MASALAH
HELEN DAN
JOHNNY
Berbincang
Komunikasi
yang baik
Kepentingan terhadap keluarga
Memahami
Tanggungjawab
terhadap keluarga
Memikirkan orang
Tidak
lain
mementingkan
diri sendiri Menjaga maruah keluarga
Membuang
ego Menabur bakti

KELUARGA
DIAGRAM TULANG IKAN ISHIKAWA ATAU FISHBONE

Diagram tulang ikan atau fishbone diagram adalah merupakan salah satu alat atau metode yang
digunakan untuk menganalisa penyebab dari sebuah masalah dalam tugasan ini. Penemuan bagi
diagram tulang ikan ini adalah Professor Kaoru Ishikawa, merupakan seorang saintis Jepun yang
juga seorang alumni kejuruteraan kimia dari University of Tokyo pada tahun 1943. Diagram
tulang ikan ini sering digunakan untuk:
 Kenal pasti sebab-sebab utama masalah.
 Mendapatkan idea yang boleh memberikan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah.
 Membantu dalam pencarian dan penyelidikan fakta dengan lebih lanjut.

Fungsi dasar bagi diagram tulang ikan adalah untuk mengenalpasti dan mengorganisasikan
penyebab-penyebab yang mungkin timbul daripada kesan tertentu dan kemudian memisahkan
akar penyebabnya. Diagram tulang ikan itu sendiri digunakan secara meluas untuk membantu
dalam mengenalpasti punca-punca masalah dan juga untuk mencari idea bagi menyelesaikan
masalah (Mind Tools, 2014). Merujuk kepada diagram tulang ikan tersebut, terdapat beberapa
permasalahan yang berlaku dan kesemuanya mempunyai cara penyelesaiannya yang tersendiri
yang boleh dilakukan oleh Helen.

PERMASALAHAN YANG PERTAMA: ETIKA DALAM PERHUBUNGAN

Permasalahan yang pertama adalah berpunca daripada hubungan cinta yang dijalinkan bersama
di antara Helen dan Johnny. Di samping itu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh
Helen dan Johnny untuk menyelesaikan masalah mereka. Cara-cara yang boleh dilakukan Helen
dan Johnny adalah mereka seharusnya memikirkan atau memfokus kepada kerjaya dan
pembelajaran mereka terdahulu sebelum meneruskan rancangan untuk berkahwin seperti yang
dirancangkan. Sebagai seorang pelajar, Helen sepatutnya tidak terlalu memikirkan soal
perkahwinan terlebih dahulu tambahan pula, beliau masih berusia 19 tahun yang bergelar
seorang pelajar kolej dan masih muda untuk memikirkan soal jodoh. Pada usia sekarang, Helen
seharusnya memikirkan soal pelajaran dan mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
pelajaran untuk menjamin masa hadapan.
Begitu juga dengan Johnny, beliau seharusnya memikirkan soal kerjayanya terlebih dahulu
kerana dengan mengambil keputusan untuk mengahwini Helen adalah merupakan sebuah
tanggungjawab yang sangat berat kerana Helen merupakan seorang anak perempuan sulung
daripada 7 orang adik beradik yang masih mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga beliau.
Pada masa yang sama, selepas menamatkan pelajaran nanti, beliau juga turut akan hidup sebagai
seorang yang bekerjaya untuk membina kewangan yang stabil dengan membuat simpanan,
pembelian asset contohnya seperti rumah, kereta dan sebagainya untuk menjamin masa hadapan.

Tidak dinafikan juga, cinta antara lelaki dan perempuan merupakan suatu fitrah yang harus ada
pada setiap insan maka dengan itu, seperti cinta Helen dan Johnny mereka seharusnya
mempunyai kepercayaan antara satu sama lain demi untuk mengekalkan perhubungan. Mereka
harus percaya bahawa jodoh itu pasti akan tiba. Oleh itu, Helen tidak perlu untuk mengorbankan
usia muda beliau dengan hanya kerana untuk mempertahankan hubungan beliau bersama Johnny
dengan berkahwin di usia yang muda. Selain itu juga, mereka harus pandai menjaga batas dalam
pergaulan mereka bagi mengelakkan berlakunya masalah sosial malahan juga, mereka
seharusnya tidak kerap berjumpa supaya tidak menimbulkan fitnah antara satu sama lain demi
menjaga perhubungan. Mereka juga seharusnya bersikap professional memandangkan mereka
berada di kolej yang sama dan perlu memikirkan kesan buruk yang akan ditanggung akibat
daripada perhubungan tersebut.

PERMASALAHAN YANG KEDUA: MENGAMBIL KEPUTUSAN DENGAN TERBURU-


BURU
RUJUKAN

Abd Hamid, M. A. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai.


Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Azlena Zainal & Munir Shuib, (2004), Meningkatkan Potensi Minda, Bentong; PTS Publications
& Distributors.

Bassham, G.(2000). Critical thinking: A student’s introduction. Chapter 1: Introduction to


Critical Thinking, hlmn 7. East Tennessee State University-ETSU, (2006), Seven Step Decision-
making Model. Dicapai dari http://www.etsu.edu/acadvantage/acadv/decision.htm

Beyer, B.K. (1987). Practical strategies for the teaching of thinking. Boston : Allyn and Bacon

Bransford, J.D, & Stein, B.S (1984). The ideal problem solver: A guider for improving thinking,
learning and creativity: New York: Freeman

Fensel, D. & Motta, E. (2001), Structured development of problem solving methods, IEEE
Transactions On Knowledge and Data Engineering (913-932). Dicapai dari
http://people.kmi.open.ac.uk/motta
Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah, (2003). Psikologi. (2nded), Universiti Putra Malaysia,
Shah Alam: Mc Graw-Hill

Mind Tools Editorial Team. (2014, May 05). Cause and Effect Analysis. Retrieved February 18,
2019, from Mind Tools: https://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_03.htm

 Ruggiero, V.R. (2008). The art of thinking: A guide to critical and creative throught (Ed. Ke-9).
Essex, England: Longman Publishing Group

http://lisayulista.blogspot.com/2012/01/teori-belajar-yang-dikemukakan-oleh.html

https://www.academia.edu/6749021/CREATIVE_PROBLEM_SOLVING_PENYELESAIAN_
MASALAH_SECARA_KREATIF

https://ayuhkitamaju.wordpress.com/2009/06/15/tips-meyakinkan-ibu-bapa-tentang-
perkahwinan-awal/

Anda mungkin juga menyukai