Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

“Freebies” mengikut terjemahan daripada Kamus Dwibahasa Oxford Fajar BI-BM/BM-BI

Edisi Keenam bermaksud barangan yang diberikan secara percuma daripada sesebuah atau

seseorang pengusaha perniagaan kepada para pelanggannya. Freebies ini boleh didapati

melalui dua cara iaitu dengan membeli sesuatu barangan yang turut disediakan freebies atau

meminta daripada pengusaha perniagaan tersebut memberikan freebies kepadanya.

Perundingan pula dapat ditakrifkan sebagai satu proses tawar-menawar dalam usaha

untuk mengurangkan perbezaan atau mencapai satu penyelesaian masalah. Lazimnya, dalam

sesuatu perundingan, individu yang terlibat akan cuba bertolak-ansur tentang isu yang

dirundingkan dalam usaha untuk mencapai persetujuan. Dalam keadaan ini, tawar-menawar

akan lebih banyak berlaku sekiranya seseorang itu percaya apa yang akan mereka peroleh

daripada sesuatu perundingan itu lebih buruk berbanding dengan keadaan yang lebih baik.

Menurut (Kennedy dan Gavin, 1992), perundingan juga boleh dihuraikan sebagai satu proses

untuk penyelesaian konflik antara dua atau lebih pihak di mana kedua-dua atau

keseluruhannya mengubahsuai tuntutan-tuntutan untuk mencapai satu kompromi yang saling

diterima.

Manakala istilah komunikasi atau dalam bahasa inggerisnya “communication” berasal

daripada bahasa latin iaitu “Communicatio”. Komunikasi adalah suatu proses ketika

seseorang atau kelompok masyarakat menggunakan informasi agar terhubung di dalam

linkungannya. Pada umumnya, komunikasi terjadi secara lisan atau verbal dan ianya terjadi

jika terdapat persamaan diantara penyampaian pesan dengan orang yang menerima pesan.

Menurut (Weaver, 1949) komunikasi adalah satu prosedur dimana seseorang mempengaruhi

orang lain agar menerima pendapatnya.

Justeru itu, apabila digabungkan takrifan komunikasi dan perundingan, maka

komunikasi perundingan dapat ditakrifkan sebagai satu interaksiyang melibatkan proses

tawar-menawar oleh individu (yang mewakili dirinya, kumpulan kerjanya atau


organisasinya) dan akhirnya satu persetujuan bersama dicapai iaitu matlamat antara mereka

yang berunding (mewakili dirinya, kumpulan kerjanya atau organisasinya) mencapai tahap

yang sama atau hampir sama.

2.0 LATAR BELAKANG PERUNDINGAN

Bagi menyempurnakan tugasan SCCG3123 yang diberikan, penulis telah memilih untuk

melakukan tugasan ini di syarikat Ice Watch cawangan alor setar, kedah. Syarikat ini dipilih

kerana penulis ingin memberikan hadiah sempena ulang tahun perkahwinan serta ulang tahun

kelahiran mertua penulis dan disamping itu juga syarikat Ice Watch ini sedang menjalankan

promosi penghabisan stok bagi penutupan kiosk syarikat itu di alor setar, kedah.

Penulis telah memilih dua buah jam ice watch warna ungu untuk diberikan sebagai

hadiah kepada isteri dan mertua penulis yang berharga Rm 99.90 setiap satu selepas diskaun

70 peratus. namun setelah pembayaran dibuat, satu konflik diantara penulis dan jurujual telah

berlaku dimana penulis cuma diberi satu beg goodies yang disertakan dengan pembelian jam

tersebut. penulis meminta jurujual tersebut memberikan satu lagi beg goodies tersebut kerana

jam tersebut ingin dihadiahkan kepada dua orang yang berbeza dan ia kelihatan janggal jika

hadiah tersebut berkongsi beg yang sama semasa dihadiahkan.

Namun begitu permintaan penulis ditolak mentah-mentah oleh jurujual berkenaan, ini

kerana menurutnya pemberian beg goodies tersebut adalah dengan setiap pembelian bernilai

rm200 ke atas dimana jika penulis ingin mengambil satu lagi beg goodies tersebut, penulis

terpaksa membuat satu lagi pembelian bernilai rm200. penulis menyatakan bahawa penulis

cuma memerlukan dua buah jam tangan dan jika penulis membeli satu atau dua buah jam

tangan lagi, ianya akan melebihi bajet yang telah ditetapkan oleh penulis dan pembaziran

akan turut berlaku.

Penulis cuba memujuk jurujual tersebut dengan cara memuji perwatakan jurujual

tersebut dan berjanji untuk menwar-warkan promosi jualan syarikat itu kepada rakan-rakan
penulis yang lain. teknik pujukan yang digunakan oleh penulis tidak berhasil kerana jurujual

tersebut tetap berkeras dengan keputusannya tidak ingin memberikan satu lagi beg goodies

secara percuma kepada penulis. penulis tetap tidak berputus asa dan masih cuba memujuknya

dan akhirnya jurujual tersebut mengalah. jurujual tersebut telah berjumpa dengan penyelianya

yang berada berhampiran dan menyatakan permintaan penulis. penyelia jurujual tersebut

seterusnya bersetuju untuk memberikan satu lagi beg goodies secara percuma dengan syarat

penulis menolongnya menwar-warkan jualan penghabisan stok syarikatnya kepada rakan-

rakan penulis dan penulis telah bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh penyelia jurujual

tersebut.

3.0 PENGALAMAN DAN PENGAJARAN

Semasa proses penulis menyempurnakan tugasan, terdapat tiga isu utama yang wujud dan

boleh dibincang iaitu proses awal dimana langkah-langkah awal yang diambil oleh penulis

selaku perunding sebelum memulakan rundingan, yang keduanya ialah konflik yang berlaku

ketika rundingan dan penyelesaian kepada rundingan dengan menggunakan Model

keprihatinan berganda (The dual concerns model) dan yang terakhir strategi dan teknik

memujuk yang digunakan penulis bagi mencapai matlamat.

Isu pertama iaitu sebelum penulis melakukan rundingan, penulis telah menyenaraikan

beberapa isu yang hendak dirundingkan. Pada ketika ini, penulis mengenal pasti matlamat

rundingan, mengenalpasti kekangan dan alternatif yang boleh digunakan semasa rundingan.

Penulis juga menganalisis pihak lawan iaitu pihak yang hendak dirunding dan akhir sekali

penulis menyenaraikan dan mengenalpasti strategi yang bakal penulis gunakan untuk

mempertahankan matlamat. Penulis juga mengambil kenyataan (Ramli Awang, 2000) iaitu

asas kejayaan sesuatu perundingan terletak kepada perancangan awal yang dilakukan oleh

perunding sebelum sesuatu perundingan itu dijalankan, sebagai asas bagi memulakan proses

perundingan tersebut.
Isu kedua dalam proses rundingan itu ialah apabila berlakunya konflik. Seperti yang

dinyatakan, konflik yang berlaku ketika proses rundingan tersebut adalah disebabkan timbul

ketidaksetujuan jurujual tersebut dengan matlamat yang diminta oleh penulis. Dengan kata

lain, konflik itu berlaku akibat daripada perbezaan matlamat, nilai dan persepsi sehingga

memberikan kesan negatif. (Kolbo dan Putnam,1992) berpendapat bahawa konflik wujud

apabila berlaku perbezaan pandangan yang menimbulkan emosi atau perasaan yang tidak

menyenangkan. Menurut (Brown,1983) juga berpendapat konflik berlaku apabila tidak ada

kesesuaian tingkah laku di kalangan pihak yang berbeza-beza kepentingan. Manakala

(Robbins & Van De Villert,1984) berpendapat Konflik juga dilihat sebagai sesuatu yang

berkaitan dengan perbezaan persepsi seseorang.

Penulis menggunakan Model keprihatinan berganda (The dual concerns model).

Model ini mencadangkan bahawa individu yang terlibat dalam sesuatu perundingan,

terutamanya yang melibatkan konflik, mempunyai dua tahap keprihatinan yang saling

bergantungan. Keprihatinan yang ada pada individu ialah keprihatinan terhadap hasil yang

akan diperolehnya dan keprihatinan terhadap hasil yang akan diperoleh oleh orang lain yang

terlibat dalam konflik dan perundingan tersebut.


Keprihatina

Mengalah Menyelesaikan
n Terhadap

Masalah

Berkompromi
Hasil yang
Tidak Bertindak Bersaing

Diperoleh
Akan
Orang
Lain
Keprihatinan Terhadap Hasil yang Akan Diperoleh Sendiri

RAJAH 1

RAJAH 1 menunjukkan Model keprihatinan berganda (The dual concerns model).

Terdapat lima strategi utama yang akan digunakan oleh perunding iaitu mengalah,

menyelesaikan masalah, berkompromi, tidak bertindak dan bersaing. Dalam situasi

perundingan yang berlaku diantara penulis dan jurujual tersebut, penulis menggunakan

strategi berkompromi.

berkompromi ialah strategi yang berada di bahagian tengah RAJAH 1 sebagai satu

strategi, penulis secara bersederhana berusaha untuk mencapai apa yang ingin penulis peroleh

serta memikirkan apa yang akan diperoleh sebelah pihak lagi. menurut (Pruitt dan

Rubin,1986), sekiranya perunding dalam sesuatu perundingan itu mengambil pendekatan

berkompromi,ini menggambarkan sama ada perunding tidak berminat terhadap penyelesaian

sesuatu masalah atau tidak ikhlas dalam memenuhi kehendak sesuatu pihak.

Isu ketiga ialah tenik memujuk yang digunakan oleh penulis bagi mencapai matlamat

penulis. terdapat enam taktik-taktik dalam pembujukan iaitu Teknik Ya-ya, Jangan bertanya

Jika,Tanya yang mana, jawab soalan dengan soalan, mendapatkan separuh komitmen, minta

lebih, mereka dapat kurang dan saya berhutang dengan kami. Di dalam perundingan diantara

penulis dan jurujual, penulis menggunakan teknik Minta lebih, mereka dapat kurang dimana

penulis menawarkan untuk menpromosikan syarikat mereka kepada kawan-kawan penulis

yang boleh dilakukan tanpa sebarang pengeluaran wang dan pihak jurujual mengalami

kerugian jualan kerana terpaksa memberi beg goodies tersebut secara percuma.
Pengajaran yang diperoleh daripada tugasan ini terutamanya dalam melakukan

komunikasi dan rundingan ialah setiap proses rundingan yang hendak dilakukan perlu

dirancang dengan baik agar ianya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Teknik-

teknik serta strategi-strategi yang perlu digunakan juga perlu diteliti dengan mengambil kira

faktor persekitaran dan keadaan semasa rundingan itu dijalankan agar matlamat yang ingin

dicapai oleh kesemua pihak yang terlibat didalam proses rundingan tersebut dapat diperolehi.

4.0 KESIMPULAN

Dapat disimpulkan disini bahawa proses perundingan sentiasa berubah-ubah mengikut

peredaran masa, maka perancangan yang baik diperlukan bagi menjayakan sesebuah

rundingan. selain daripada itu, kemahiran komunikasi yang baik juga perlu dititik beratkan di

dalam sesebuah rundingan dalam mencapai persetujuan kedua-dua belah pihak. Proses

perundingan yang baik dapat dilihat pada keputusan akhir rundingan tersebut dimana

interaksi tawar-menawar, bersaing dan berkompromi diantara pihak yang berunding akan

mencapai matlamat yang diingini.

keseluruhannya setiap proses perundingan yang berlaku memerlukan seseorang

perunding yang cekap dan mahir dalam menangani konflik serta keadaan semasa

perundinagn tersebut. perunding yang baik akan menggunakan segala teknik-teknik dan

strategi perundingan yang diperlukan bagi mempengaruhi pihak lain demi mencapai

matlamatnya. Namun begitu, perlu diingat bahawa perundingan bukanlah bertujuan untuk

mengalahkan atau mempergunakan pihak lawan tetapi lebih terarah kepada mencari jalan

penyelesaian bagi sesuatu masalah dan mengelakkan daripada berlakunya konflik lain atau

memburukkan lagi konflik yang telah timbul sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai