Anda di halaman 1dari 11

SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCCG3143
KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN
SEMESTER APRIL SESI 2019/2020 (JA191)

TUGASAN KUMPULAN
(BERDUA)

DISEDIAKAN UNTUK
Prof. Haslina Halim

DISEDIAKAN OLEH
Mohd Abd Rahman Bin Hamzah
(241999)
&
Shakeer Ahmad Bin Hameed Jagubar
(242131)

TARIKH
(21 Jun 2019)

1
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

1.
Isi Kandungan

Isi kandungan Muka Surat

Pengenalan 3

Analisa Masalah 4-5

Cadangan/Penyelesaian 6-7

Halangan dan Kekangan 8-9

Kesimpulan 10

Rujukan 11

2
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

Pengenalan

Istilah komunikasi pengurusan sering kali dikaitkan dengan empat aktiviti penting yang dikenali

dengan singkatan POLC. Empat komponen ini adalah merancang (P – Planning), Mengelola

(Organizing - O), Memimpin (Leading – L) dan Mengawal (Controlling – C). Manakala strategi

pula boleh kaitkan dengan rancangan yang disusun kemas dan teratur dalam usaha mencapai

matlamat atau kejayaan sesebuah organisasi (Kamus Dewan, 2007). Dengan kata lain,

pengurusan strategik merupakan aktiviti merancang, mengelola, memimpin dan mengawal

yang disusun secara kemas dan teratur bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi. Konsep

pengurusan strategik amat penting diketahui, difahami dan seterusnya diaplikasi (Bryson 2004;

Haberberg dan Rieple 2001; Thompson 1997) oleh pengurus atau pentadbir di sesebuah

organisasi. Dalam melaksanakan sebarang aktiviti, pengurusan strategik dilihat sebagai

keperluan asas dalam menjamin keberkesanan dan kejayaan organisasi tersebut. Dalam

konteks penulisan ini, pengurusan strategik dilihat sebagai salah satu elemen terpenting bagi

setiap individu sama ada sebagai pemimpin atau pengurus di sesebuah organisasi. Pengurusan

strategik juga dikenal pasti sebagai pentas bagi pengurus atau pentadbir untuk mengendalikan

program-program yang dilaksanakan di organisasi. Segala pengetahuan dan kemahiran yang

dipelajari secara teori, dapat diaplikasikan melalui program-program berasaskan konsep

pengurusan strategik ini (Institut Aminuddin Baki, 1999).

3
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

Analisa Masalah

Pengurus atau pemimpin perlu memahami pengurusan strategik semasa melaksanakan

program atau projek yang dirancangkan di organisasi. Bagi Ayob (2005), apabila pengurus atau

pemimpin ingin mencari kekuatan dalam sistem pengurusan, mereka perlu berpegang pada

pendekatan pengurusan strategik. Bagi beliau, benteng yang teguh perlu disediakan

memandangkan ancaman dan tekanan bukan sahaja muncul dari dalam organisasi tetapi dari

luar organisasi. Bagi beliau, pengurusan strategik dilihat sebagai proses mengurus yang

memberi tumpuan pada aspek jangka panjang dan memberi penekanan kepada operasi

penggubalan, pelaksanaan dan penilaian strategi yang ditetapkan oleh organisasi.

Antara jenis atau strategi komunikasi yang terdapat dalam artikel bertajuk “A Tricky Supervision

Challenge”, telah disenaraikan oleh Pearce & Robinson (1997), iaitu pengurusan strategik terdiri

daripada sembilan jenis strategi iaitu:

1. Menformulasi misi organisasi termasuk pernyataan umum tentang tujuan, falsafah dan

matlamatnya.

2. Membina profil organisasi yang menyatakan keadaan dalaman dan keupayaannya.

3. Mentaksir persekitaran luaran organisasi yang mengandungi persaingan dan faktor kontekstual

umum.

4. Menganalisis pilihan organisasi lalu memadankannya dengan persekitaran luaran.

5. Mengenal pasti pilihan terbaik dengan menilai setiap pilihan berdasarkan misi organisasi.

4
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

6. Memilih satu set objektif jangka panjang dan strategi utama yang sesuai yang boleh mencapai

pilihan terbaik tersebut.

7. Membina objektif tahunan dan strategi jangka pendek yang sesuai dengan objektif jangka

panjang dan strategi utama.

8. Melaksanakan pilihan strategik dengan menekankan tentang sumber yang ada di samping

tugasan, manusia, struktur, teknologi dan sistem ganjaran.

9. Menilai kejayaan proses strategik sebagai input untuk membuat keputusan pada masa akan

datang.

Merujuk Artikel seperti lampiran bertajuk “A Tricky Supervision Challenge”, dapat diketahui

bahawa kegagalan pengurus atau pemimpin melaksanakan strategi pengurusan dengan baik

dapat menyebabkan keberkesanan dalam organisasi mengalami tekanan menyeluruh di semua

bahagian operasi.

5
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

Cadangan / Penyelesaian

Dalam artikel tersebut, kita ingin meninjau sejauh mana karekteristik interaksi mempunyai

hubungan serta pengaruh terhadap bentuk iklim komunikasi. Disamping itu, kita juga ingin

meninjau kekuatan hubungan antara karekteristik interaksi dengan iklim komunikasi yang

diamalkan, begitu juga hubungan dan pengaruh dimensi-dimensi komunikasi yang diamalkan

terhadap iklim komunikasi yang diamalkan. Kepentingan kajian terhadap kes ini bertujuan

untuk mendapatkan pemahaman dan menganalisis secara teori dan pengaplikasian konsep

iklim komunikasi dalam organisasi dan hubungannya dengan tahap pencapaian organisasi.

Keputusan-keputusan yang diperolehi dari kajian ini diharap akan membantu masyarakat untuk

mendalami lagi kaedah yang paling efektif dalam membentuk amalan komunikasi yang lebih

berkesan dalam proses pengelolaan aktiviti kerja. Sebaliknya, hasil penyelesaian daripada kajian

ini melihat iklim komunikasi dalam sudut yang lebih menyeluruh, iaitu bukan sahaja melihat

interaksi dengan ketua tetapi juga melihat interaksi dengan subordinat. Selain iklim komunikasi

yang dilihat, kajian ini juga melihat dimensi-dimensi komunikasi yang bercirikan perlakuan

komunikasi dalam kalangan anggota kerja dan hubungannya dengan bentuk iklim komunikasi

yang diamalkan. Disamping itu, hasil kajian ini juga yang bersifat deskriptif terhadap amalan

komunikasi akan membantu pengurusan organisasi dalam merangka program-program

komunikasi yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semua peringkat anggota kerja.

Begitu juga dengan dimensi pengaruh maklumat persekitaran kepada gaya pengurusan

organisasi. Selain itu, hasil kajian ini akan dapat mempertingkatkan kesedaran pada semua

peringkat organisasi akan kepentingan komunikasi, khususnya proses perkongsian maklumat

dan corak jalinan hubungan atau interaksi kerja pada pelbagai peringkat kerja dalam mengatur

6
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

strategi operasi kerja harian yang berkesan dan memupuk kualiti kerja yang lebih produktif.

Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat menyumbang kepada para sarjana komunikasi

kepengurusan untuk membuat penyelidikan lanjut mengenai kaedah komunikasi yang berkesan

dalam menjana perubahan dalam organisasi. Seterusnya pada usaha pemupukan aktiviti

pengelolaan kerja yang berkesan ke arah kecemerlangan perkhidmatan yang ditawarkan. Kajian

ini juga akan mempertingkatkan dokumentasi ilmiah yang boleh dijadikan sebagai satu

sandaran bagi menyatakan kepentingan amalan komunikasi yang berkesan dalam pengurusan

organisasi. Sehingga kini sangat sedikit kajian di jalankan untuk menghubungkaitkan bidang

komunikasi keorganisasian sebagai bidang yang penting dalam menjayakan perubahan

paradigma corak pengurusan organisasi yang lebih berkesan dan cemerlang.

7
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

Halangan dan Kekangan

Kenyataan ini menunjukkan bahawa sebagai satu unit sosial dalam persekitaran yang besar

organisasi tidak dapat lari daripada apa sahaja perubahan yang berlaku pada persekitaran

dalaman dan persekitaran luarannya. Mengikut Rogers dan Agarwala (1976) dalam menyelidiki

persekitaran organisasi, terdapat beberapa halangan dan kekangan. Pada peringkat awal

penyelidikan terhadap persekitaran, kebanyakan penyelidik melihat pengaruh persekitaran

sosial, politik dan ekonomi terhadap pengurusan sesebuah organisasi di sesuatu lokasi. Ekoran

daripada perkembangan organisasi yang semakin kompleks, penyelidikan pengurusan

organisasi memberi fokus pada interaksi dan perkongsian maklumat di peringkat individu,

kumpulan dan organisasi. Kebiasaannya fokus penyelidikan melihat bagaimana proses

membuat keputusan di peringkat persekitaran dalaman. Terdapat juga penyelidikan yang

melihat bagaimana sesebuah organisasi berkomunikasi dengan persekitaran luarannya seperti

pelanggan, pembekal, pesaing dan kerajaan (Rogers & Agarwala,1976). 2.2 Perspektif-

Perspektif Dalam Penyelidikan Komunikasi Organisasi Mengikut Neher (1997) dan Shockley-

Zalabak (2002) untuk melihat perlakuan komunikasi dalam proses perlaksanaan kerja

organisasi, ia boleh di selidiki melalui tiga perspektif penyelidikan. Perspektif tersebut adalah

adalah perspektif fungsional, perspektif interpretivis dan perspektif kritikal. Setiap perspektif

akan memerihalkan aspek-aspek penting yang menjadi fokus dalam penyelidikan komunikasi

organisasi. Perspektif fungsional banyak digunakan oleh penyelidik–penyelidik dalam bidang

komunikasi organisasi (Neher, 1997; Jablin 2001 dan ShockleyZalabak, 2002). Ini kerana

tumpuan penyelidikan memberi fokus pada fungsi mesej dan perlakuan komunikasi pada

semua peringkat anggota kerja organisasi . Dengan kata lain perspektif ini memberi penekanan

8
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

pada usaha untuk mengenalpasti cara bagaimana untuk mempertingkatkan sistem komunikasi

yang diamalkan oleh anggota kerja organisasi. Ia bermatlamat untuk melihat sejauhmana

sistem atau perlakuan komunikasi berupaya mempertingkatkan kecekapan serta keberkesanan

sesebuah organisasi. Selain itu, perspektif ini juga memberi fokus pada aspek kerja serta

pengurusan organisasi, antaranya adalah bagaimana komunikasi digunakan untuk menyalurkan

maklumat prosedur kerja dan peraturan.

9
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

Kesimpulan

Pemimpin perlulah mengamalkan ketiga-tiga kemahiran asas pengurus dalam mencapai misi

dan visi organisasi. Ketiga-tiga kemahiran diterapkan ke dalam organisasi dalam memastikan

kelancaran dan keberkesanan sesebuah organisasi menjalankan operasi. Dalam mewujudkan

hubungan yang erat dan kerjasama, Pemimpin atau pengurus perlu menitikberatkan aspek

komunikasi di kalangan warga kerja disemua peringkat operasi. Kursus-kursus yang ditawarkan

dan latihan yang berterusan mampu meningkatkan wargakerja sesebuah organisasi dalam

menghadapi cabaran yang semakin mencabar di masa hadapan.

10
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

Rujukan

- Mustaffa, C.S., Othaman, M.B., Jalil, N. M., & Hussein, M.H. (2009). SCCG3143

Kemahiran Komunikasi Kepengurusan. Pengajian Luar Kampus Pusat Pendidikan

Profesional dan Lanjutan PACE Universiti Utara Malaysia. P-4

- Kechot,A.S (2013). Menangani Ruang Budaya : Peranan Pengurus Sebagai Penyebar

Maklumat Bagi Istana Budaya, Kuala Lumpur. GEOGRAFIA Online@tm Malaysia Journal

of Society and Space.Jilid 9(1),70-78. Retrieved from

http://www.ukm.my/geografia/images/upload/8.geografia-jan%202013-kechot-

edam(70%20-78).pdf

- Azman, I. (2015,June). Hubungan Antara Peranan Pengurus Dalam Program Kerjaya

dengan Pembangunan Kelakuan Proaktif Pekerja. The Committee on Publication Ethics

(COPE). Vol 5(1), 81-100. Retrieved from

http://www.gjat.my/gjat062015/8120150501.pdf

- Prof.Madya Sauli, Z.(n.d). Kemahiran Komunikasi Dalam Pengurusan Organisasi Dan

Perundingan Yang Berkesan. Pencetus Warisan Minda. Pp 13. Retrieved from

http://dspace.unimap.edu.my/xmlui/bitstream/handle/123456789/1680/kemahiran%2

0komunikasi%20dalam%20Pengurusan%20Organisasi%20Dan%20Perundingan%20Berk

esan.pdf?sequence=1

11

Anda mungkin juga menyukai