Anda di halaman 1dari 6

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN STRATEGIK

Muqaddimah

Mengurus tanzim yang bersifat haraki memerlukan keseriusan, ketepatan,


kebijaksanaan dan memenuhi kehendak atau matlamat organisasi. Islam
yang sifatnya syumul memerlukan penganutnya supaya sentiasa
berdakwah dan memanggil manusia kepada jalan Allah dengan cara yang
bijaksana (hikmah). Tanggungjawab tersebut memanggil para pendukung
harakah ini untuk mengurus tanzimnya dengan penuh munazzamah dan
bersifat semasa. Kertas ini bertujuan untuk membantu amilin untuk
meninjau beberapa aspek dari pengurusan untuk mengemaskini dan
membaik pulih tanzim supaya sentiasa selari dengan matlamat wadah
perjuangan itu sendiri.

Pengurusan Tanzim

Jamaah Islam diperingatkan akan kata-kata Saidina Ali Karamallahu


Wajhah, bahawa gerkan Islam yang rapuh pengurusannya mudah
dilakahkan oleh gerakan musuh (kuffar) yang kemas tanzimnya. Malah
Al-Quran awal-awal lagi telah menekankan bahawa Allah menyukai orang-
orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-
akan seperti bangunan yang tersusun kukuh (Al-Saff: 4).

Dalil ini sebenarnya menuntut gerakan Islam supaya menyempurnakan,


memperkemaskan dan menjitukan urusan organisasinya. Kita sering
terdengar daripada komen dan muhasabah daripada para pendukung
gerakan Islam bahawa jamaah seolah-oleh tidak pandai menyusun atur
tenaga pekerjanya, program yang tidak tepat, lembap bekerja, kurang
program, tidak berkesan dan yang seumpamanya.

Kalau diamati masalah-masalah tersebut, kita akan bersetuju membuat


kesimpulan bahawa ia ada kaitan dengan bagaimana kita mengurus
jamaah. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam ucapannya semasa
Konvensyen Tarbiyyah PAS yang lepas berpendapat, bahawa masalah
yang perlu diatasi oleh kita termasuklah manhaj yang tidak sampai ke
bawah, bekerja secara bersendirian, keberkesanan dan kelembapan.

Analisis masalah-masalah yang disebutkan oleh Tuan Guru tadi


mencerminkan beberapa perkara yang berkait terus dengan pengurusan
tanzim. Mengenai manhaj yang tidak sampai ke bawah, ini mencerminkan
bahawa komunikasi kita masih tidak efektif atau usaha untuk
menjelaskan manhaj tersebut tidak meluas dalam jamaah.

1
Mengenai bekerja secara persendirian pula, ia menggambarkan pula
bahawa ada lagi di kalangan ahli yang tidak jelas mengenai konsep
perjuangan secara jamai. Manakala mengenai keberkesanan dan
kelembapan, ternyata kedua-dua perkara tersebut menjelaskan bahawa
kemahiran managerial dan supervision masih ketara kewujudannya. Tidak
hairanlah untuk dinyatakan di sini bahawa banyak perkara mengenai
pengurusan tanzim yang perlu kita pelajari dan perlulah jamaah serius
melengkapkan anggota jamaah dengan kemahiran dan pengetahuan
dalam bidang pengurusan.

ASAS PENGURUSAN YANG MUNAZZAMAH

Sistem pengurusan yang tersusun rapi perlu berasaskan kepada


pemikiran kepimpinan yang berstrategik dan mampu memandu ahli
kepada matlamat jamaah. Di antara asas-asas pengurusan organisasi
berstrategik termasuklah:

1.Menentu dan menjelaskan misi jamaah kepada anggota dan bukan


anggota

2.Sentiasa membuat analisis mengenai kekuatan dan kekurangan


dalaman jamaah serta menilai peluang-peluang dan ancaman luaran
jamaah

3.Menjelaskan objektif yang hendak dicapai

4.Membentuk strategi

5.Pelan tindakan

Sebelum asas-asas di atas dibahas, terdapat beberapa faktor yang perlu


dijelaskan kerana ia boleh dianggap sebagai teras kepada pengurusan
strategik. Di antaranya:

a) Kefahaman

b) Komunikasi

c) Komitmen

Ketiga-tiga faktor adalah initpati kepada pengurusan strategik. Taerlebih


dahulu ahli dan pimpinan jamaah mesti dijelaskan akan keperluan
pengurusan berstrategik. Ini adalah penting untuk mengelakkan salah
faham dan kurang minat bekerja atau lembap bekerja.

Selagi mereka tidak memahami kenapa kita perlu kepada urusan


pentadbiran yang kemas dan mempunyai matlamat tersendiri, selagi
itulah kita akan terdengar masalah-masalah yang berkaitan dengannya.

2
Justeru itu komunikasi adalah penting untuk menyebarkan dan
menjelaskan kenapa pengurusan berstrategik diperlukan oleh jamaah.
Komunikasi dua hala adalah paling sesuai sekali diamalkan. Hasil daripada
kefahaman kepada pengurusan tersebut, serta dibantu oleh system
komunikasi yang berterusan, maka aspek komitmen ahli untuk
melaksanakan kerja akan tinggi dan sentiasa terarah kepada matlamat
jamaah.

Visi Jamaah

Perhubungan negeri dan dewan perlu jelas mengenai visi parti


keseluruhannya. Barangkali perkara ini tidak banyak menimbulkan
masalah kerana kesemua ahli memahami bahawa visi dan matlamat
jemah adalah untuk mensyariatkan hukum Allah dalam negara kita.

Tetapi perlu diberi peringatan bahawa dalam merealisasikan visi ini


banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Inilah yang dikatakan sebagai
asas-asas pengurusan yang tersusun.

Misi Jemaah

Dengan cara yang mudah, misi bermaksud apakah urusan jamaah


sebenarnya. Jamaah mesti menjelaskan beberapa elemen antaranya ialah
siapakah sasaran, perkara yang disebarkan (produk atau perkhidmatan),
di manakah sasaran boleh mendapatkan perkara yang hendak
disebarkan, imej jamaah kepada masyarakat, keprihatinan jamaah
kepada anggota sendiri dan keprihatinan kepada pembangunan
organisasi.

Kesemua elemen perlu diperjelaskan kepada para pendukung. Adalah


wajar untuk memastikan anggota memahami misi jamaah, maka perlulah
ia ditulis dan dihafalkan (jika perlu). Cuba kita mengingatkan kembali
tatkala Al-Syahid Hassan Al-Banna menanamkan semangat jihad di
kalangan anggota Ikhwan di mana mereka menghafal slogan mereka,
siang dan malam, dengan tujuan untuk sentiasa mengingatkan dan
memperbaharui azam supaya matlamat perjuangan sentiasa dihayati.

Allah Matlamat Kami, Rasul Pemimpin Kami, Al-Quran Perlembagaan


Kami, Mati di jalan Allah Cita-cita Tertinggi Kami. Inilah di antara misi
Ikhwan. Lajnah Tarbiyah mencadangkan agar perkara misi mestilah jelas
di kalangan ahli dan pimpinan supaya kita sentiasa terdorong oleh agenda
yang mesti kita dibereskan.

Analisis Kekuatan, Kekurangan, Peluang dan Ancaman (SWOT


Analysis)

3
Selepas misi dibentuk dan dipersetujui oleh pimpinan, maka seterusnya
perlulah dibuat satu analisa mengenai dua faktor penting, faktor dalaman
dan faktor luaran.

Yang dimaksudkan dengan faktor dalaman ialah kekuatan dan


kekurangan kita dalam jamaah. Di antara perkara yang dimaksudkan
kekuatan ialah keupayaan sumber tenaga anggota, kewangan, sumber
fizikal dan lebih saingan (competitive advantage). Manakala kekurangan
juga perlu dikenalpasti di samping kekuatan dalaman jamaah.

Ini meliputi sumber kewangan, tenaga pekerja yang tidak mencukupi dan
lain-lain lagi.Kedua-dua aspek ini sungguh kritikal bagi tanzim kerana
dripada sini jamaah akan dapat menentukan sejauh manakah
kemampuan dan kapasiti organisasi dan juga pada masa yang sama
perkara-perkara yang perlu dibaiki dalam proses mencapai matlamat.

Faktor luaran termasuklah peluang-peluang luaran yang boleh


dimanfaatkan dalam mencapai matlamat organisasi. Di samping itu,
organisasi juga perlu mengenalpasti ancaman dan ugutan daripada
persekitaran yang boleh membantutkan atau melembapkan proses
pencapaian matlamat.

Contoh peluang ialah kesedaran masyarakat kepada Islam. Daripada


kesedaran ini maka bolehlah organisasi cuba memanfaatkannya dengan
mengemukakan kepada masyarakat program-program untuk mereka
(strategi).

Objektif

Kesilapan selama ini dalam mengurus tanzim ialah:

1. Tiada objektif yang jelas

2. Objektif yang susah hendak dinilai akan keberkesanan pencapaiannya

3. Tiada jangka waktu dalam proses mencapai objektif

4. Objektif yang tidak terurus kepada organisasi keseluruhannya

5. Keliru di antara matlamat dengan objektif

Masalah yang ketara dalam jamaah ialah sikap ahli yang tidak mahu
menyediakan objektif tanzim, sama ada untuk jangka masa pendek atau
jangka masa panjang.

Hasilnya ialah perlaksanaan program yang bersifat impromptu, ad-hoc


dan mengikut trend. Perlaksanaan program seumpama ini selalunya tidak
menjurus kepada matlamat organisasi keseluruhannya. Perlaksanaan

4
program hanyalah bersifat untuk memenuhi diari dan bukan dari
perancangan menyeluruh.

Apabila ditanya oleh pimpinan bahawa adakah mereka sudah


melaksanakan program, maka dirasakan boleh menjawab dengan
selamat bahawa mereka ada berbuat sesuatu. Sama ada program itu
adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh, ia masih lagi boleh
dipertikaikan.

Pembentukan objektif yang jelas adalah perlu untuk:

1. Mengukur atau menilai prestasi kerja tanzim

2. Kesepaduan tindakan daripada pimpinan dan ahli

3. Tindakan yang terarah

4. Sentiasa memperingatkan akan matlamat akhir tanzim

Pembentukan objektif perlu dinyatakan jangka masanya, samada objektif


tahunan atau onjektif jangka masa panjang. Dalam konteks organisasi
kita adalah perlu dinyatakan objektif jangka masa panjang selama 4 atau
5 tahun kerana ia bersesuaian dengan keperluan pilihanraya.

Contoh objektif jangka masa panjang: Dalam tahun 2000, PAS Sabah
dapat menambahkan bilangan kawasannya sebanyak 40 kawasan baru.

Contoh objektif tahunan: Dalam tahun 1997, PAS Sabah dapat


menambahkan bilangan kawasannya sebanyak 10 kawasan baru.

Dengan pembentukan objektif seumpama ini baharulah dapat dinilai


sejauhmana gerak kerja organisasi. Adakah ia berjaya atau gagal
menambahkan bilangan kawasannya.

Objektif ini dapat membantu mendorong ahli dan pimpinan untuk bekerja
dengan bermatlamat dan terarah. Selalunya pembentukan strategi
berdasarkan kepada analisis kekuatan, kekurangan, peluang dan
ancaman yang telah dikenalpasti oleh qiadah (pimpinan).

Ada beberapa cara untuk membentuk strategi organisasi antaranya ialah


dengan memanfaatkan kekuatan dalaman digandingkan dengan peluang
yang ada di persekitaran. Strategi yang baik adalah strategi yang
menjurus kepada objektif yang telah ditentukan oleh qiadah.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menilai strategi:

a) Consistent; ia memberi makna bahawa strategi yang hendak


dilaksanakan perlu menjurus kepada matlamat organisasi. Ini juga

5
bermakna jika perlaksanaan strategi mendatangkan kebaikan satu pihak
(dewan, lajnah atau jabatan) tetapi merugikan satu pihak yang lain, maka
ini dianggap tidak konsisten.

b) Feasible; ia memberi makna bahawa strategi tersebut perlulah


berdasarkan keupayaan dengan sumber-sumber tanzim, seperti tenaga
kerja, kewangan dan fizikal. Ianya juga perlulah tidak memberatkan
kapasiti yang ada dalam jamaah.

c) Advantage; ia bermakna bahawa tanzim perlulah memanfaatkan lebih


saingan yang ada dalam organisasi. Ini termasuklah kemahiran, sumber-
sumber dan kedudukan. Ia bertujuan supaya strategi yang hendak
dilaksanakan adalah berdasarkan ketrampilan organisasi dalam
masyarakat.

Pelan tindakan

Ini merupakan tahap yang paling sukar kerana ia mempengaruhi banyak


perkara. Secara mudahnya ia bermakna bahawa bagi sesuatu tindakan
yang hendak dilaksanakan perlu ada:

Aktiviti (perkara)

Ketua

Tarikh bermula

Tarikh dijangka tamat

Sepintas lalu, ia agak mudah tetapi realitinya tahap ini adalah rumit.
Banyak perkara terlibat dalam tahap ini antaranya ialah budaya kerja
tanzim yang sedia ada (membantu atau membantut), struktur organisasi,
motivasi, iltizam, penyelarasan, kepimpinan dan pengawasan.

Faktor-faktor ini boleh melicinkan pelan tindakan dengan andaian


perkara-perkara tersebut tidak banyak mendatangkan banyak masalah
kepada tanzim. Di sinilah perlunya peringatan daripada pimpinan dan
dorongan daripada ayat-ayat Allah akan tuntutan berjihad dan
berjamaah.

PENUTUP

Kertas ini dengan ringkas cuba untuk menjelaskan peri pentingnya


pengurusan tanzim yang sistematik dan berstrategik. Ia memerlukan
komitmen daripada kesemua anggota ahli organisasi untuk sama-sama
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Anda mungkin juga menyukai