Anda di halaman 1dari 1

SECURITY AND INTEGRATED FLOOD OPERATION NETWORK (SAIFON)

SAIFON dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)


bersama Syarikat MSD Digital Intelligence Sdn Bhd (MSDDI) di bawah insiatif Program
Komuniti Pintar (Smart Community) untuk memastikan pengurusan bencana Daerah lebih
teratur dan lebih terkawal.

Perlaksanaan SAIFON menyediakan maklumat secara atas talian mengenai kejadian


bencana yang berlaku di daerah Kota Belud. Melalui aplikasi ini maklumat berkaitan paras
air di dua (2) sungai utama iaitu Sg. Kedamaian Piasau dan Sg. Abai Kg. Sembirai
yang menjadi penanda aras bencana banjir bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Daerah dapat membantu pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana dengan
lebih efisien.

Perlaksanaan aplikasi SAIFON ini dikawal selia oleh SKMM, MSDDI bersama Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Daerah Kota Belud.

PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KAMPUNG PIRASAN


Kos keseluruhan projek: RM162 juta
Kos seunit rumah: RM180,000
Harga jualan: RM42,000
Keluasan: 32.2 hektar
Jumlah unit PPR: 900 unit di Kampung Pirasan & 100 unit di Pulau Mantanani
Jenis rumah: Teres (700 kaki persegi 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan &
dapur)
Fasiliti: Tadika, masjid, dewan serbaguna, taman permainan dan kedai
Permulaan projek: Tahun 2015 (Majlis pecah tanah disempurnakan oleh YAB
Perdana Menteri pada Mei 2015)
Jangkaan siap: Pertengahan tahun 2018

PROJEK DATARAN KOTA BELUD


Kos projek: RM5.05 juta
Fasiliti: Kerusi taman, pavilion, ruang pejalan kaki, air pancuran dan tempat
permainan kanak-kanak
Pemaju: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Tempatan dan
Perumahan serta Jabatan Landskap Negara.

TAPAK JELAPANG PADI KAMPUNG SANGKIR


Tapak ini di bawah projek EPP 11 Padi Komersial Kota Belud oleh Jabatan Pengairan
dan Saliran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Projek padi
komersial di Kampung Sangkir/Tempasuk meliputi 350 hektar tanah di bawah perancangan
EPP 11 tahun 2014 dengan kos peruntukan berjumlah RM27 juta yang merangkumi
Belanja Pembangunan (DE), Belanja Mengurus (OE) dan Belanja Operation &
Management (O&M).

Anda mungkin juga menyukai