Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

----------------------------------------

PROJEK WAKAF

1 KELAS 1 SMART TELEVISYEN

ANJURAN :

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUHIBBAH,

JALAN JAMBU AIR, SALENG,

81400 SENAI, JOHOR.

------------------------------------
PROJEK WAKAF ‘1 KELAS 1 SMART TELEVISYEN’
ANJURAN PIBG SK TAMAN MUHIBBAH, SALENG, SENAI, JOHOR.

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pesanan ahli kebijaksanaan, “ Didiklah anak-anak kalian sesuai
dengan zamannya”, maka Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Muhibbah telah
bercadang untuk menjalankan Projek Wakaf 1 Kelas 1 Smart Televisyen.

Selain menjadi program terpenting PIBG SKTM bagi tahun 2018, ia juga merupakan
satu program yang amat baik sebagai alat untuk membina hubungan kerjasama
positif antara PIBG dengan komuniti yang terdiri daripada pelbagai pihak seperti
syarikat-syarikat, golongan usahawan, sukarelawan, dermawan, tokoh masyarakat,
badan bukan kerajaan, orang perseorangan.

2.0 RASIONAL
Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah mempunyai hanya sebuah projektor
usang di dalam makmal komputer.

Para guru sering berhadapan dengan kesulitan apabila ingin menggunakan


kemudahan projektor tunggal itu bagi tujuan pengajaran, tayangan ilmiah,
keperluan latihan untuk persembahan dan lain-lain lagi menerusi slaid dan video
bermanfaat pada satu waktu yang sama.

Selain itu, faktor lokasi makmal komputer dan faktor tempoh masa yang diambil
semasa pergerakan murid dari bilik darjah menuju ke makmal komputer, didapati
tidak menguntungkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Setelah melihat kepada keistimewaan yang terdapat pada televisyen pintar dalam
dunia pendidikan hari ini, iaitu dari aspek penjimatan masa, tenaga, bahan mentah,
kos, daya tahan, kemudahan simpanan memori serta kepelbagaian fungsi, maka ia
menjadi penyebab kecenderungan terhadap penggunaan televisyen pintar
berbanding projektor LCD semasa aktiviti pembelajaran di bilik darjah.
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama projek ini adalah untuk melengkapkan kesemua 18 buah kelas
(tahun 1 hingga 6 ) di SKTM dengan kemudahan televisyen pintar.

Hal ini berkait rapat dengan tuntutan Pendidikan Abad ke-21 (PAK21), yang
menitikberatkan elemen Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) dalam aktiviti
pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc).

4.0 OBJEKTIF
Adalah amat diharapkan dengan kemudahan televisyen pintar ini, kita dapat :

1. menjimatkan masa, tenaga dan kos dalam menyediakan Bahan


Bantu Belajar bagi menggantikan peranan kad imbasan, plastik
laminate dan sebagainya.

2. menarik minat para pelajar terhadap aktiviti pembelajaran


dengan memberikan ransangan visual, auditori dan kinestetik.

3. menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, sesuai


dengan peredaran zaman dan kepelbagaian gaya belajar.

5.0 PELAKSANAAN PROJEK

5.1 Tempoh
Tempoh pelaksanaan projek ini adalah 1 tahun ( mulai Disember
2017 sehingga Disember 2018 ) sehingga dana yang diperlukan
cukup untuk melengkapkan kemudahan Smart TV bagi kesemua
kelas yang terlibat.

5.2 Bilangan kelas yang terlibat


18 buah kelas ( tahun 1 hingga 6 )
Senarai Nama Kelas 2018 (Tahun 1 Hingga 6)
1 IBNU KHADUN ** 1 Ibnu Nafis 1 Ibnu Sina

2 Ibnu Khadun 2 Ibnu Nafis 2 Ibnu Sina


3 Ibnu Khadun 3 Ibnu Nafis 3 Ibnu Sina
4 Ibnu Khadun 4 Ibnu Nafis 4 Ibnu Sina
5 Ibnu Khadun 5 Ibnu Nafis 5 Ibnu Sina
6 Ibnu Khadun 6 Ibnu Nafis 6 Ibnu Sina

** Kelas 1 Ibnu Khaldun telah menerima sebuah Smart TV pada akhir Disember
2017. Kelas ini telah dirasmikan sebagai Kelas Rintis Projek Wakaf 1 Kelas 1 Smart
TV oleh Tuan Haji Muhamad bin Salih, Ahli Majlis Perbandaran Kulai pada hari
Sabtu, 10 Februari 2018 yang lalu.

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Bil Nama Jawatan (dalam program) Telefon


1. En. Abdul Aziz Pengerusi 019-7712750
bin Yusoff
2. En. Hamzah Naib Pengerusi 014-9167829
bin Moideen
3 En. Muhammad Ketua Projek 013-4133839
Naqiuddin
bin Mustapakamal
4. Pn. Siti Sarah Setiausaha 019-7249140
binti Ismail
5. Cik Roszaiema Bendahari 017-2974839
binti Zulbahrim
6. En. Muhammad Shafiq Unit Perhubungan 013-7513551
bin Elias
7. Pn Nik Liyana Unit Pembentangan 016-9878705
binti Nik Ahmad
7.0 ANGGARAN KOS PELAKSANAAN PROJEK

Sumber Pendapatan :

1) Sumbangan PIBG

Perbelanjaan :

BIL. PERKARA JUMLAH (RINGGIT MALAYSIA)


1 Banner 80.00
2 Billboard 500.00
3 Sijil Wakaf 200.00
JUMLAH RM 780.00

8.0 ANGGARAN SUMBANGAN DANA YANG DIPERLUKAN UNTUK


PROJEK WAKAF ‘1 KELAS 1 SMART TV’

Bil. PERKARA (UNTUK SEBUAH KELAS) JUMLAH (RINGGIT MALAYSIA)


1 Kos Smart TV 49’’ 2700.00
2 Kos Bracket TV 300.00
3 Kos Pendawaian+Upah 500.00
JUMLAH RM 3500.00

8.1 JUMLAH KESELURUHAN :

17 KELAS X RM3500 = RM 59,500.00

Kedudukan kewangan bagi menjayakan projek wakaf ini adalah tidak mencukupi.
Pihak PIBG SK Taman Muhibbah telah melancarkan kempen sumbangan wakaf di
kalangan Ibu Bapa murid SK Taman Muhibbah dan individu bukan warga SK Taman
Muhibbah dengan menghantar surat kepada semua ibu bapa murid melalui grup
Whatsapp dan Facebook.
8.2 Baki penyata kewangan PIBG di CIMB Bank :
Nama : PIBG SK TAMAN MUHIBAH
Nombor akaun : 8005947798
Bulan Jumlah terkumpul
Januari 2018
Februari 2018
Mac 2018
Mei 2018
JUMLAH TERKUMPUL

9.0 SUMBER PEMBIAYAAN PROJEK

Kutipan dana projek dilaksanakan melalui kaedah-kaedah berikut :

1. Menjalankan kempen dalaman untuk mengumpul sumbangan daripada


individu, ibu bapa murid dan Badan Perhubungan Guru dan Kakitangan SK
Taman Muhibbah.

Hasil kutipan daripada sumbangan ini telah disalurkan dalam pembelian


Smart TV yang pertama pada penghujung tahun Disember 2017 bagi kelas
1 Ibnu Khaldun.

2. Menjalankan kempen kutipan dana menggunakan Sijil Wakaf : RM50,


RM100, RM500, RM1000, dan lain-lain amaun , atau wakaf dengan sebuah
Smart TV 49”.

3. Menganjurkan majlis makan amal. Hasil kutipan jualan kupon daripada


majlis makan amal tersebut akan disumbangkan dalam projek ini.

4. Menyebarkan iklan projek wakaf di media sosial ( Facebook, Telegram dan


Whatsapp).
LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

Pn. Nik Liyana Nik Ahmad sedang mengendalikan micro-


teaching Bahasa Inggeris menggunakan Smart TV di kelas
1 Ibnu Khaldun.

Tn. Hj. Muhamad bin Salih, Ahli Majlis Perbandaran Kulai bersama barisan
pentadbir sekolah dan AJK PIBG SKTM sedang menyaksikan micro-teaching
menggunakan Smart TV.
KESIMPULAN

Berdasarkan maklumat-maklumat yang dibentangkan, projek wakaf 1 KELAS


1 SMART TV ini sememangnya memerlukan bantuan kewangan. Memandangkan
tujuannya ialah untuk pembelian SMART TV, maka usaha-usaha dalam mengumpul
dana dan sumbangan adalah amat wajar.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun berikut:

Nama : PIBG SK TAMAN MUHIBAH

Nombor akaun : 8005947798 ( CIMB Bank)

Untuk pertanyaan sila hubungi ( telefon/sms/whatsapp )

Yang Dipertua PIBG En Abdul Aziz b Yusoff


019-771 2750
Ketua projek En Muhammad Naqiuddin b Mustapakamal
013-413 3839
Bendahari Cik Roszaiema bt Zulbahrim
017-297 4839

Disediakan oleh : …………………………………………


( Pn. Siti Sarah binti Ismail )

Disemak oleh : …………………………………………


( En. Muhammad Naqiuddin b. Mustapakamal )

Diperakukan oleh : ………………………………………


( En Abdul Aziz b Yusoff )

Anda mungkin juga menyukai