Anda di halaman 1dari 32

Folio Sejarah

MUZIUM NEGARA

NAMA ~ NURFARHANA BT MD NOOR


KELAS ~ 3 AVERROES
NAMA GURU ~ PN. SAFREEYANI
BANGUNAN BERSEJARAH YANG DIPILIH ~ MUZIUM NEGARA
( Mengumpul Fakta Sejarah )
( Merekod Fakta Sejarah )
Kandungan
Tajuk Muka surat

Penghargaan ………………………………………………… 1

Objektif Kajian ………………………………………….. 2–3

Kaedah Kajian …………………………………………… 4

Objektif Penubuhan Muzium ………………………….. 5

Hasil Kajian ………………………………………………. 6 - 11

Rumusan ………………………………………………….. 12

Lampiran …………………………………………………. 13

Rujukan …………………………………………………... 14
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Sejarah saya iaitu Pn. Safreeyani kerana
telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam
menjalankan Kajian Kursus Sejarah. Ucapan terima kasih juga
saya tujukan kepada pengetua Sekolah Datin Hajah Hasmah
Binti Abu AMW yang telah membenarkan kami menjalankan kajian
ini sehingga selesai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


bapa saya iaitu Dato’ Md Noor Bin Mohammad Yusuff dan ibu
saya Datin Nooraini Binti Awang yang sentiasa memberi
dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya
menjalankan tugas ini. Akhir sekali, kepada rakan-rakan
saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala
cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan
bersama.

Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih


sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah
sahaja yang dapat membalas budi kalian.

1
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu
bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih
oleh saya ialah bangunan Muzium Negara. Kajian saya ini
merangkumi objektif-objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal


pasti sumber-sumber Sejarah yang sahih. Ini akan dapat
membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara
yang betul, jelas dan tepat.

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang


banguanan bersejarah yang ada di Malaysia ini serta dapat
memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini
juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya
bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat
menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa
serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengetahui asal


usul tamadun Melayu. Misalnya seperti bangunan Muzium
Negara, untuk mewujudkan satu pusat dokumentasi kegiatan
belia yang induk bagi tujuan kajian dan informasi.

d) Untuk menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya golongan


belia mengenai sumbangan kegiatan belia kepada masyarakat,
bangsa dan negara.
2

e) Menjalankan penyelidikan terhadap bahan dan artifak yang


mempunyai kepentingan kepada sejarah negara.

f) Menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik,


menghimpun, merekod dan menerbitkan segala khazanah warisan
sejarah negara.

g) Mempamerkan dan memanfaatkan bahan artifak warisan


sejarah negara di galeri bagi tujuan pendidikan masyarakat
ke arah pembinaan jatidiri dan pembangunan bangsa.

h) Menjadikan salah satu produk pelancongan negara.

3
Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan
kajian tersebut.Antaranya ialah melalui teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT).Banyak maklumat yang saya perolehi
melalui kaedah tersebut.Salah satu laman web yang saya
layari ialah Wikipedia.Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam
internet.Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-
fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa.

Selain itu, saya juga merujuk kepada majalah Budaya. Di


dalamnya mempunyai sedikit sejarah tentang Muzium Negara.

Saya juga telah membuat lawatan ke Muzium Negara dan


pergi ke Perpustakaan Muzium Negara tersebut untuk mencari
bahan bukti dan bahan-bahan yang lain.

Disamping itu,saya mendapat maklumat melalui keratan


akhbar dimana berita –berita dan juga rencana mengenai
Muzium Negara ada ditulis bagi mempromosikannya.

Saya juga berkesempatan mendapat maklumat tentang Muzium


Negara ini daripada beberapa jurnal dan bulletin Muzium
Negara seperti Majalah Purba dan Jurnal National Museum.

4
Latar Belakang

Perkataan muzium pada asalnya diambil dari perkataan Inggeris “MUSEUM” yang di
pinjam dari bahasa Greek Kuno “MUSE” yang membawa makna hibur (amusement).

Muzium adalah sebuah bangunan atau sebahagian daripadanya yang memelihara dan
mempamerkan barangan seni dan sains sama ada satu jenis sahaja atau lebih yang
sentiasa mempunyai daya tarikan.

Majlis muzium-muzium Antarabangsa sebuah pertubuhan muzium-muzium sedunia di


Perhimpunan Agungnya pada tahun 1974 telah merdefinisikan muzium sebagai institusi
yang tidak berorentasikan keuntangan serta kekal di dalam perkhidmatan kemasyarakatan
dan pembangunan dan terbuka kepada umum dengan peranan memperolehi, memelihara,
menyelidik, berkomunikasi dan mempamerkan bagi tujuan pembelajaran, pendidikan dan
hiburan di samping memperlihatkan bukti kebendaan manusiawi dan persekitarannya.Ini
bermakna ia menjalankan tugas terhadap segala barangan seperti bahan-bahan
sejarah,ilmu kejadian,kebudayaan dan sebagainya tanpa sebarang pengkhususan.

Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British
menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan Muzium Sarawak
di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.

6
Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah
Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut
dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah
British.

Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman


yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Akibatnya,
sebahagian besar artifak telah musnah tetapi sebahagian daripada koleksi Muzium
Selangor yang terselamat dipindahkan ke tempat lain.Ada yang dibawa ke Muzium
Perak,Taiping oleh pegawai Jepun yang mentadbir Muzium Selangor ketika itu.Selepas
Jepun menyerah diri,kerja-kerja pengendalian muzium dilaksanakan oleh seorang
pegawai Inggeris.Usaha untuk menubuhkan sebuah muzium sementara bagi
menempatkan khazanah warisan Negara dilakukan oleh Jeneral Sir Gerald
Templer.Beliau telah mendirikan sebuah bangunan berukuran 60 kaki panjang dan 30
kaki lebar.Muzium sementara ini kekal selama kira-kira lapan tahun.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perdana
Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengambil daya usaha untuk membina Muzium
Negara di atas tapak Muzium Selangor.

Pada tahun 1959, sejurus selepas kemerdekaan, kerajaan melantik seorang arkitek iaitu
Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk Muzium Negara yang akan dibina di atas bekas
tapak Muzium Selangor.Dalam tempoh masa yang sama pihak UNESCO,Paris juga turut
membantu dengan menghantar seorang pakar muzium dan arkitek. Beliau ialah lother P.
Witterburgyang pernah menjadi Ketua Bahagian Pameran Di Natural History Museum,
New York.

Setelah Tunku Abdul Rahman Memilih reka bentuk bangunan(seperti yang ada sekarang)
sebuah syarikat pembinaan bernama Syarikat Yew Lee telah dilantik untuk mula
membina bangunan Muzium Negara pada 2 Januari 1962.

7
Muzium ini berukuran 124 kaki persegi,362 kaki panjang dan 60 kaki lebar.Kos untuk
pembinaan bangunan muzium ketika itu tidak termasuk gambar mural ialah RM 1.5
juta.Semasa Muzium Negara sedang dibina, beberapa orang pakar muzium telah datang
untuk memberi khidmat kepakaran dalam kerja-kerja mereka bentuk pameran.Antaranya
ialah John Irwin dan J.J.Lowry dari Victoria and Albert Museum,London.Mereka berada
di sini selama lima bulan tetapi J.J. Lowry kembali semula menggantikan Haji Abdul
Mubin Sheppard sebagai Pengarah Muzium.

Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-
Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.

Tujuan penubuhan Muzium Negara ini adalah untuk menghimpun segala khazanah
sesuatu bangsa. Harta benda yang wujud atau pernah hadir di dalam sejarah sesuatu
bangsa dapat menonjolkan keluhuran hati budi bangsa itu. Barangan yang dipergunakan
oleh bangsa tersebut pula berkait rapat dengan kebudayaan dan apabila ia di perturunkan
dari generasi ke generasi, maka ia dikatakan “Warisan Kebudayaan”.

Lokasi Muzium Negara ini terletak di Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50556
Kuala Lumpur. Iaitu terletak di tengah Bandar Kuala Lumpur.

Keistimewaan Bangunan

Pelan bangunan muzium ini juga merangkumi dua buah mural besar yang diabadikan di
dinding hadapan bangunan bagi menggambarkan tradisi seni budaya dan sejarah negara.
Setiap mural berukuran 115 kaki panjang dan 20 kaki tinggi, diperbuat daripada mozek
Itali, harga satu setengah juta ringgit, sumbangan seorang dermawaan, Dato’Lee Kong
Chian.

Gambar yang tertera pada mural ini adalah hasil karya Cheong Lai Tong dari Kuala
Lumpur yang memenangi satu pertandingan melukis anjuran Jabatan Perdana Menteri.

8
Kerajaan Pakistan juga telah menghadiahkan batu mozek biru di Dewan Tengah.Batu
mozek ini dilukis dan diimport khas dari Pakistan.Seorang dermawan dari Singarura
bernama Aw Cheng Chye turut menghulur bantuan dengan menderma batu mozek yang
menghiasi tangga utama Muzium Negara.Pada peringkat permulaan sebahagian daripada
bahan-bahan pameran Muzium Negara dihadiahkan oleh pelbagai golongan masyarakat
termasuk DYMM Sultan Johor. Seni bina muzium ini berasaskan seni bina Istana Raja-
raja Melayu dan mempunyai empat buah galeri utama.

Koleksi Dan Galeri

Galeri A - Kemunculan Masyarakat Awal


Galeri ini mempersembahkan segala maklumat dan bukti-bukti tingalan kebudayaan
(material Culture) masyarakat awal di Malaysia. Melalui kajian sejarah dan kerja-kerja
ekskavasi di lapangan oleh ahli-ahli akademik dan arkeologi mendapati bahawa
masyarakat terawal di negara ini muncul kira-kira 500,000 tahun SM. Masyarakat ini
menjalani kehidupan dengan berburu dan mendiami kawasan tebing-tebing sungai, tasik
dan juga gua.

Zaman ini dikenali sebagai zaman batu berdasarkan penemuan artifak-artifak yang
diperbuat daripada batu dan lukisan yang terdapat pada dinding gua seperti yang ditemui
di Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak), Ulu Tembeling (Pahang) dan Tingkayu
(Sabah). Pentarikhan (Geo-Paleontologi dan Geo-Morfologi) yang dilakukan ke atas
kawasan dan tinggalan artifak ini menunjukkan terdapatnya perkembangan kebudayaan
dan corak hidup masyarakat yang dibahagikan kepada tiga zaman iaitu Paleolitik,
Hoabinhian dan Neolitik. Selain itu, galeri ini juga memaparkan maklumat dan artifak-
artifak dari Zaman Logam, Kebudayaan Megalitik dan Proto Sejarah.

9
Galeri B - Kerajaan-kerajaan Melayu Awal
Galeri ini menyelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu selepas zaman pra sejarah
dengan pembentukan kerajaan-kerajaan awal yang mempunyai sistem kenegaraan,
ekonomi, keagamaan dan kebudayaan sebagai jatidiri wilayah Alam Melayu (Malay
World) termasuk Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo. Kemunculan penempatan dan
kerajaan awal yang digambarkan dalam galeri ini secara tidak langsung dapat
membuktikan perkembangan sosio-politik Melayu, jaringan sistem ekonomi terutama
perdagangan antarabangsa dan perluasan ciri-ciri kebudayaan serta keagamaan kelompok
rumpun Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan awal ini diperkuatkan lagi dengan
pameran artifak-artifak yang mempunyai pengaruh keagamaan yang menjadi mercu tanda
sesebuah kerajaan itu.

Galeri C - Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak 1511 -1945

Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak ketika berada
di bawah cengkaman kuasa asing yang bermula pada tahun 1511 menerusi penceroboh
Portugis ke atas Kota Melaka. Siri Penjajahan ini berlarutan dan silih berganti kepada
Belanda dan menular ke seluruh negara menerusi penguasaan British dan Jepun. tarikan
kepada kuasa asing ini adalah hasil-mahsul bumi Melayu.Mereka datang untuk menguasi
perdagangan rempah serta mengeksploitasi bahan mentah, khususnya bijih timah yang
merupakan bahan mentah yang terpenting semasa tercetusnya revolusi perindustrian di
negara-negara Eropah pada kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini
berlaku selama lebih 400 tahun. Tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot dan
dieksploitasi menyebabkan timbulnya bibit-bibit kesedaran dan semangat perjuangan
anak bangsa untuk bangkit membebaskan diri dari belenggu penjajahan. Turut dimuatkan
adalah perubahan-perubahan sosial, politik dan ekonomi yang berlaku di sepanjang
tempoh tersebut.
10

Galeri D - Gerakan Nasionalisma,


Kemerdekaan dan Malaysia Kini

Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh
kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau
UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara
menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan
pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka
sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja
rundingan. Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah,
Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu entiti
politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan
politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi
berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan termasuk
pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit turut menjadi
paparan galeri ini.
11

Rumusan
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,
pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui
banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak
memperoleh maklumat tentang sejarah Muzium Negara ini. Oleh itu, saya mesti
menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha
untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan
bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong dalam negara dan pelancong
asing.Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, kejujuran dan kerjasama. Nilai
kerjasama telah membuatkan saya berganding bahu untuk mencari maklumat tentang
bangunan bersejarah itu

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran
membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk
berkomunikasi, memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini,
saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

12
Rujukan
INTERNET - http://www.scribd.com/doc/3511130/FOLIO-SEJARAH
- http://id.wikipedia.org/wiki/Museum_Negara_Malaysia
- http://www.jmm.gov.my/ms/content/permuziuman

BUKU ILMIAH 1. Majalah Purba ,Bilangan 1983

2. Buletin 2002, JWA

3. DEwan Budaya, September 2004(Fokus)

4.Berita Newletter JMA, Jilid 7/ Bil 2 April- Jun

5.40 tahun Muzium Negara ,1963- 2003

6. National Museum ,Percetakan Jiwa Baru,2003

Keratan Akhbar - Berita Harian

Lawatan - Melawat Ke tempat kajian Lawatan bersama Ibu pada 12 April 2009
(cari sendiri)
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Dapat Memupuk Semangat Cintakan Warisan Bangsa
Dalam Kalangan Rakyat Malaysia.

Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai
bangunan bersejarah ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai
usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat
memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana,aktiviti semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat
Malaysia dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Sebagai
contoh,bangunan yang dibina iaitu bangunan Muzium Negara dapat lagi kita lihat dari
dahulu hingga sekarang. Bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti
berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong
menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.Dengan adanya
Muzium Negara ini generasi baru dapatlah mempelajari tentang warisan dahulu dan
sekarang serta banyak ilmu dapat diperolehi daripada pameran dan artifak yang di
pamerkan di galeri-galeri tersebut.

Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik
untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai
tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa
sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah
Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat
Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu dulu kita akan
lebih bersemangat, rajin dan gigih untuk meningkatkan diri sebagai rakyat negara yang
maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan
kedaulatan bangsa dan negara.

Selain itu, semangat setia negara akan tersemai di jiwa setiap masyarakat. Misalnya
tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-
habisan bagi memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang dan membina
bangunan bersejarah seperti Muzium Negara.

Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka
telah berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita
mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus
memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah
bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk
berusaha memerdekakan tanah air kita ini.Dengan usaha dan tenaga pemimpin kita juga
dapatlah membina bangunan bersejarah khasnya Muzium Negara ini yang kini menjadi
bangunan bersejarah yang dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam
kalangan rakyat Malaysia.
14
Brosur 1 | Brosur 2

Latar Belakang
Muzium Perak, Taiping dibina pada tahun 1883 dan merupakan muzium
yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Bangunan Muzium Perak mempunyai
keunikan dari segi seni bina yang mempunyai pengaruh bangunan
masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan seni bina ‘neo-
classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah. Ia direka bentuk oleh arkitek
berbangsa Inggeris dari England. Idea penubuhan Muzium Perak
dicetuskan oleh Sir Hugh Low, Residen British Ketiga di negeri Perak
ketika itu. Beliau merasakan perlunya ditubuhkan sebuah muzium di Tanah
Melayu untuk dijadikan sebagai sebuah pusat penyelidikan dan
pengumpulan bahan sejarah, budaya dan alam semulajadi Negara.
Tujuannya adalah untuk mengkaji budaya material masyarakat tempatan
sebagai salah satu usaha memahami cara hidup budaya setempat. Beliau
telah melantik Leonard Wray Jr., seorang ahli botani dan geologi untuk
mengumpulkan spesimen-spesimen alam semulajadi dan etnologi sebagai
koleksi awal Muzium Perak.

Muzium Perak yang kaya dengan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam
semulajadi, arkeologi dan etamobologi yang sebahagiannya diklasfikasikan
sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih seratus tahun seperti spesimen
binatang jenis binturong dan pulasan, tengkorak dan rangka binatang
serta tembikar tanah yang kini hampir pupus atau sukar ditemui.

Pelan Reka Bentuk

Direkabentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris yang didatangkan khas dari


England. Beliau mengaplikasi gaya dan ciri-ciri bangunan masyarakat
‘moor’ di India serta mengabungkan gaya klasik seni bina neo-classical
dan Victorian masyarakat Eropah. Reka bentuk bangunan agak unik,
sekiranya dilihat dari udara kelihatan seperti huruf ‘L’ dan diandaikan
mengambil sempena nama kurator pertama Muzium Perak iaitu Leonard
Wray Junior.

Bahan Binaan

Bahan-bahan binaan terdiri daripada batu bata yang diimport dari India
dan batu bata tempatan yang diperbuat di Selama, Perak. Menggunakan
kulit kerang yang dihancurkan halus, putih telur ‘lime tar’ sebagai bahan
asas simen. Manakala ketulan batu granit yang ditempa khas digunakan
dibahagian tangga, bingkai tingkap dan bahagian-bahagian tapak serta
dasar bangunan. Struktur pintu, lantai, tingkap, gelegar adalah dari kayu
tropika tempatan yang berkualiti tinggi seperti cengal batu, meranti dan
merbau.

Objektif
 Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan
memelihara warisan sejarah,budaya dan alam semulajadi negara.
 Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran tetap,
pameran sementara dan pameran bergerak.
 Mengadakan ‘out-reach’ dan ‘in-reach’ program bagi menwujudkan
hubungan dua hala dengan Masyarakat.
 Menjadi pusat rujukan penyelidikan warisan sejarah, budaya dan
alam semulajadi negara.
 Menjadi pusat ‘One Stop Centre’ yang menyediakan semua keperluan
dan keselesaan pelawat.
 Menjadi pusat pelancongan warisan terkenal di Malaysia.

Misi
Menjadi ‘One Stop Centre’ yang menyediakan semua keperluan
permuziuman, warisan dan budaya di samping memberi hiburan dan
keselesaan untuk semua lapisan masyarakat.

Visi
 Sebagai destinasi pusat pelancongan warisan terkenal di Malaysia.
 Pencetus inspirasi kepada masyarakat untuk mengkaji dan
berkongsi informasi kepelbagaian budaya, warisan dan fauna.
 Mengadakan ‘out-reach’ dan ‘in-reach’ program bagi mengwujudkan
hubungan dua hala dengan Masyarakat melalui aktiviti
pengembangan dan pendidikan muzium.

Pameran Terkini
Muzium Perak mempunyai empat buah galeri utama, iaitu :

GALERI PAMERAN SEMENTARA

Galeri (A)
Galeri khas ini adalah ruang untuk menempatkan pameran sementara
mengikut jadual berkala berdasarkan tajuk dan tema yang ditetapkan.
Setiap enam bulan sekali, pameran ini akan ditukar untuk membolehkan
lebih banyak penyebaran ilmu kepada masyarakat dapat disampaikan. Kini
sedang berlangsung Pameran ‘3D Art : Sepanjang Jalan Kenangan’ bermula
15 September 2016 hingga 15 September 2017.

GALERI PAMERAN TETAP

Galeri Alam Semulajadi (B)

Pameran di galeri ini menonjolkan pelbagai koleksi spesimen rangka


seperti gajah, ular sawa, harimau, buaya, beruang, kuda , kambing gurun
dan sebagainya. Spesimen haiwan di pamerkan dalam bentuk diorama
yang menarik iaitu berlatar belakangkan habitat. Sebanyak 242 koleksi
specimen di pamerkan dalam galeri ini termasuk koleksi burung, ikan dan
hidupan laut. Spesimen binatang seperti binturong dan pulasan yang di
pamerkan kini hampir pupus atau sukar ditemui. Salah satu tarikan utama
dalam galeri ini ialah rangka tulang buaya tembaga dan rangka ular sawa
yang terpanjang di negara Asia.

Galeri Pameran Kebudayaan (C)

Galeri ini memperagakan koleksi artifak dari pelbagai aktiviti pertukangan


tembaga, perak, cutam, tekatan, anyaman, busana Melayu Perak dan
sebagainya. Pameran permainan tradisional seperti congkak, wau, gasing,
sepak raga dan juga pameran perkahwinan dan perayaan masyarakat
Melayu, Cina dan India.Terdapat juga segmen diorama pertukangan logam
secara tradisional. Salah satu tarikan utama dalam galeri ini ialah artifak
cutam yang merupakan campuran logam emas dengan perak dan juga seni
tekatan.

Galeri Pameran Masyarakat Orang Asli dan Pelbagai Koleksi Tembikar (D)

Galeri ini dibahagikan kepada dua bahagian yang mempamerkan koleksi


sosio budaya masyarakat Orang Asli dan koleksi pelbagai tembikar dari
seluruh Malaysia. Bahagian masyarakat Orang Asli menonjolkan pelbagai
koleksi artifak unik seperti sumpit, jerat, topeng, ukiran kayu, kraf dan
sebagainya.Manakala bahagian tembikar menonjolkan pelbagai koleksi
seperti labu, terenang, pasu kechor dan sebagainya. Salah satu tarikan
utama dalam pameran ini ialah koleksi artifak labu air dan ukiran kayu
masyarakat Orang Asli.

PAMERAN LUAR

Terdiri daripada pelbagai koleksi khazanah warisan negara seperti


Pesawat F-86 Avon Sabre milik TUDM, Kereta Kuda , Koc Keretapi ,
Dandang Jana Kuasa Stim, Meriam Long Jaafar, Perahu Sagor, Kereta Antik
“Rolls Royce” dan sebagainya.

Pameran Terdahulu
PAMERAN MUZIUM PERAK 130 TAHUN “MUZIUM PERAK 1883 - 2013;
DULU, KINI DAN SELAMANYA..”

Pameran ini berlangsung dari Jun 2013 hingga Jun 2014. Pameran ini
diadakan sempena sambutan 130 tahun penubuhan Muzium Perak iaitu
1883 hingga 2013. Objektif pameran ini menonjolkan sejarah awal
penubuhan Muzium Perak dan perkembangan institusi permuziuman di
Malaysia. Konsep pameran berkaitan kronologi sejarah awal pentadbiran
pegawai Inggeris hingga kerja-kerja konservasi bangunan dan naik taraf
pameran terkini. Manakala koleksi artifak yang dipamerkan adalah seperti
peralatan pejabat dan fotografi terawal, dokumen pendaftaran koleksi,
buku-buku lama, batuan geologi, sijil dan cenderamata, artifak terpilih,
pakaian awal petugas galeri dan sebagainya.

PAMERAN MANIK

Pameran ini sedang berlangsung di galeri pameran sementara. Pameran ini


memaparkan lebih 105 artifak manik dari segi kecantikan dan keunikan
pelbagai bentuk ragam hias,saiz dan warna. Daya kreativiti yang
diilhamkan melalui jalinan biji-biji manik mampu memikat hati pelawat.
Kebanyakkan koleksi artifak manik yang dipamerkan adalah dari
masyarakat berbilang etnik Sabah, Sarawak dan golongan cina peranakan
Melaka. Salah satu tarikan utama dalam pameran ini ialah koleksi artifak
Pengendong Bayi masyarakat Kayan, Sarawak yang berusia antara abad
ke-19 sehingga awal abad ke-20.

Aktiviti Muzium
Lawatan Berpandu

Perkhidmatan lawatan berpandu juga disediakan oleh Muzium Perak


kepada para pelawat berkumpulan seperti IPTA, IPTS, Agensi Kerajaan,
Sekolah dan juga tetamu khas melalui permohonan rasmi kepada Pengarah
Muzium. Menerusi lawatan berpandu, pengunjung dapat peluang
berinteraksi secara langsung dengan pegawai muzium dan mendapat
penerangan yang lebih lengkap berkaitan artifak yang dipamerkan.

Program ‘Outreach’

Program ‘outreach’ adalah merupakan salah satu kaedah untuk muzium


mendekati komuniti tempatan dalam usaha untuk mempromosi muzium
dan juga menyebarkan maklumat tentang khazanah warisan sejarah dan
budaya negara. Lazimnya program ini akan disertakan dengan pameran
skala kecil dengan tema tertentu serta dipamerkan juga artifak -artifak
berkaitan sebagai tarikan utama. Aktiviti berunsurkan pendidikan
diselitkan untuk menambahkan kefahaman pelawat tentang pameran yang
diadakan dan kepentingan memelihara warisan dan budaya negara.
Night at the Museum

Program bermalam di Muzium Perak merupakan satu program khas yang


diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang peranan
institusi Muzium khususnya Muzium Perak. Memberi pendedahan Muzium
Perak sebagai sebuah pusat rujukan pendidikan berkaitan sejarah, budaya
dan warisan serta tempat yang menarik untuk dilawati. Program
seumpama ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk
mengenali dan mendekati muzium seterusnya memantapkan kefahaman
mereka. Program ini juga dapat mengubah persepsi bahawa muzium
bukanlah tempat menyimpan artifak lama tetapi berfungsi sebagai
institusi pendidikan yang bertanggungjawap memelihara dan
mempamerkan warisan sejarah dan budaya negara yang amat ternilai.
Pelajar juga dapat mengetahui dan memahami bidang kerjaya
permuziuman.

Kursus

1. Kursus Aplikasi Preventif dalam penjagaan koleksi buku nadir dan


manuskrip peringkat pertengahan di Pusat Latihan Muzium Matang.
( 2012)
2. Kursus konservasi pemuliharaan buku-buku nadir di Pusat Latihan
Muzium Matang.( 2014)

Galeri Gambar
1. Ruang Pameran

2. Aktiviti Muzium

3. Aktiviti Penyelidikan

Penyelidikan & Koleksi


 Penyelidikan Tarian Bubu di Pulau Tiga , Kampung Gajah, Perak
(2005)
 Penyelidikan & Pengumpulan Maklumat Sejarah Muzium Perak
(2013)

Koleksi Artifak Terpilih

 Set Lengkap Rangka Gajah Asia - Anggaran saiz ukuran ialah


panjang 13 kaki dan tinggi 9 kaki
 Rangka Ular Sawa Terpanjang yang terpanjang di Asia iaitu 23 kaki
9inci
 Rangka Buaya Terpanjang yang terpanjang di Asia iaitu 24 kaki 8 inci
 Kereta Antik “Rolls Royce”
 Topeng Orang Asli

Waktu Operasi
Isnin - Ahad : 9.00 pagi - 6.00 petang

Waktu Tutup
Tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Bayaran Masuk
 Dewasa : RM 2.00
 Percuma : Kanak-kanak bawah 12 tahun dan juga yang beruniform
sekolah
 Warga Emas / OKU : RM 1.00
 Warga Asing : RM 5.00

Kemudahan Yang Disediakan


Taman Permainan Kanak-Kanak (out-door), Sudut Permainan Kanak-Kanak
(in-door ‘Kids Corner’) Surau, Tempat Letak Kereta, Tandas Awam, Kerusi
Roda, ‘Wifi Free Zone’, Kedai Cenderamata dan Lawatan Berpandu.

Perpustakaan Khas

Perpustakaan Muzium Perak merupakan antara perpustakaan yang


terawal di Tanah Melayu. Semasa pembinaan bangunan Muzium Perak,
kurator pertama iaitu Leonard Wray Jr. telah menyediakan satu ruang
khas dalam bangunan sebagai perpustakaan. Oleh itu, perpustakaan ini
adalah seusia dengan bangunan Muzium Perak yang siap dibina pada
tahun 1886.

Koleksi Buku/Jurnal Terpilih Di Perpustakaan:

1. TWENTIETH CENTURY IMPRESSIONN OF BRITISH MALAYA 1908

2. BULLETIN OF THE RAFFLES MUSEUM

Perkhidmatan

Selain daripada menjadi tempat rujukan dan mencari maklumat,


Perpustakaan Muzium Perak juga menyediakan perkhidmatan seperti:

1. Perkhidmatan fotokopi
2. Penjualan bahan - bahan terbitan Jabatan Muzium Malaysia ( buku,
jurnal, vcd dan dvd )
3. Sudut bacaan ringan

Waktu Operasi Perpustakaan

 Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi - 5.00 petang


 Jumaat : 8.00 pagi - 12.15 tengahari; 12.15 tengahari - 2.45 petang
(ditutup); 2.45 petang - 5.00 petang
 Tutup : Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am / Cuti Umum

Kemudahan Penginapan
SSL Traders
Legend Inn Hotel Panorama Ho
No.43, Jln Medan Perwira Satu,
No. 2, Jalan Long Jaafar, No. 61-79, Jal
Medan Perwira,
34000 Taiping, Perak 34000 Taiping
34600 Kamunting, Perak
05-806 0000 (T) 05-808 4111 (
05-808 0000 (T)
http://www.legendinn.com http://www.pa
http://www.ssltradershotel.com/

Hotel Seri Malaysia Flemington Hotel Hotel Taiping

No. 4, Jalan Sultan Mansor No.1, Jalan Samanea Saman, No. 1, Lorong

34000 Taiping, Perak Taman Tasik Taiping, Medan Kopera

05-806 9502 (T) 34000 Taiping, Perak 34000 Taiping

http://www.serimalaysia.com.my 05-820 7777 (T) 05-808 2011 (


http://news.flemingtonhotel.com.my/ http://www.tai

Sentosa Villa The Regency


Kamalodge Cafe & Resort
Jalan 8, Taman Sentosa, No. 2453, Jala
No. 7, Jalan Bukit Larut,
34000 Taiping, Perak 34000 Taiping
34000 Taiping, Perak
05-805 1000 (T) 05-805 2312 (
05-806 1777 (T)
http://www.sentosa-villa.com/ https://www.th

Hotel Vistana Micassa Hotel Fuliyean

No. 18 & 20, Jalan Taming Sari, No. 14, Jalan Berek,

34000 Taiping, Perak 34000 Taiping, Perak

05-809 1188 (T) 05-806 8648 (T)

http://www.hotelfurama.com.my/

Tempat Menarik Berhampiran


Zoo Taiping & Night Safari, Taman Tasik Taiping , Bukit Larut ( Maxwell Hill), Taiping
Equine Park, Galeria Pertama dan Burmese Pool Taiping.

Peta Lokasi
Koordinat (GPS) 4.8606° N, 100.7450° E
Address:
Muzium Perak Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perak
Tel:
05-807 2057
Fax:
05-806 3643
Email:
pr.mp@jmm.gov.my
Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri
Perak
Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak

Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah yang terdapat di Perak antaranya


adalah Muzium Negeri Perak. Pada artikel ini kali ini, kami akan berkongsi
dengan anda semua berkenaan dengan sejarah bangunan Muzim Perak.
Oleh itu, anda boleh mendapat sedikit pencerahan dan membuat rujukan
mengenai Muzium Perak berdasarkan informasi di bawah.

Pelajar PT3 juga boleh menggunakan medium yang disediakan ini bagi
menyiapkan tugasan sejarah PT3 anda.

Diharapkan dengan perkongsian ini, pelajar PT3 khususnya warga Perak dapat
menyelesaikan kerja kursus PT3 2016 anda dengan jayanya.

Bangunan Bersejarah Perak : Sejarah


Pembinaan Muzium Negeri Perak
Muzium Negeri Perak terletak di Taiping, Perak.

Kenapa ia merupakan bangunan bersejarah Perak ini cukup penting di


malaysia? Ini kerana Muzium Perak merupakan muzium yang tertua di
Semenanjung Malaysia
Inggeris telah mengasaskan pembinaan bangunan ini pada tahun 1883. Bermula
pada tarikh ini, bangunan muzium telah dibina dan pada tahun 1886, ia mula
digunakan.

Namun begitu, dari semasa ke semasa dan secara berperingkat, kerja-kerja


pembesaran bangunan ini giat dijalankan hinggalah pada tahun 1903, ia siap
dengan sepenuhnya.

Leonard Wray Junior, seorang pengusaha kebun bunga di Larut telah diarahkan
oleh Sir Hugh Low, Residen British untuk mengumpulkan bahan-bahan yang
merangkumi bahan sejarah dan lain-lain untuk ditempatkan di muzium yang telah
dirancang dan dicadangkan akan dibina di Perak pada tahun 1883. Pembinaan
muzium di Perak ini adalah di atas usaha Residen British pada ketika itu.

Pelantikan Kurator pertama Muzium Perak telah diberikan kepada Leonard Wray
Junior setelah tertubuhnya muzium bersejarah ini. Pada ketika itu, Muzium Perak
berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Spesimen / Struktur Senibina Muzium Perak


Bermula pada tahun 1883, pembinaan bangunan utama dan perkembangan
Muzium Perak mula dilaksanakan dan reka bentuk bangunan ini berkekalan
hingga tahun 1886.

Pada tahun 1889, penambahan serambi belakang dan hadapan telah dilakukan
dan diikuti pada tahun 1891, ruang di sebelah barat telah ditambah.

Disebabkan ruang yang tidak cukup untuk menempatkan dan mempamerkan


bahan-bahan pamerah yang semakin bertambah, penambahan satu lagi ruang
telah dibuat di Muzium Perak pada tahun 1979.

Satu lagi tambahan ruang iaitu balai hadapan telah dilaksanakan pada tahun
1979 di Muzium Perak, sementara itu pada bulan Mei 1981, balai sejarah Negeri
Perak pula dibina.

Dengan penambahan segala ruang yang telah dibina, ruang kepada pameran
sejarah negeri Perak dapat diberikan khususnya di balai sejarahnya. Terdapat
5,000 bahan di Muzium Perak yang boleh didapati sehingga kini seperti bahan-
bahan kebudayaan orang Melayu dan Orang Asli, spesimen binatang, seramik
dan lain-lain lagi.

Sejarah / Tujuan Pembinaan


Tujuan bangunan bersejarah Perak ini didirikan atas usaha-usaha Sir Hugh Low
bagi mengumpulkan bahan-bahan warisan sejarah dan budaya masyarakat
pribumi di Semenanjung Tanah melayu pada ketika itu.

Etnologi dan antroplogi tempatan adalah antara elemen-elemen bahan yang


dikumpul dan dipamerkan di muzium tersebut.

Pada ketika itu, terdapat balai-balai Pra-Sejarah, Ethnologi, Ekonomi dan


Zoologi.

Fungsi / Pemulihan Bangunan


Muzium ini adalah yang tertua yang menyimpan dan mengumpulkan banyak
koleksi pameran sejarah.
Kira 5 rangka binatang, 117 jenis ikan, 637 ekor burung, 15 ekor, reptilia dan 127
ekor binatang yang telah dingin dibekukan adalah antara koleksi yang telah
dikumpulkan muzium ini dari tahun 1889.

Selain itu, kira-kira 500 batang pokok terkandung pada bahagian herbarium dan
kira-kira 412 barangan pada bahagian etnologi serta akhir sekali, pada bahagian
arkeologi terdapat 107 barang batu.

Muzium Perak sehingga kini masih berdiri teguh dan kukuh yang di dalamnya
tersimpan dan terpamer pelbagai tinggalan-tinggalan sejarah dan warisan
budaya penduduk Tanah Melayu khususnya masyarakat pribumi di semenanjung
Tanah Melayu buat tatapan dan tontonan generasi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai