Anda di halaman 1dari 9

SCCG3123 Komunikasi Perundingan Semester Oktober, JA192

Communication Department
School of Multimedia Technology and Communication
Communication
COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER OKTOBER 2019, JA192

SCCG 3123
KOMUNIKASI PERUNDINGAN

Pensyarah:

-------------------------------------------
Professor Madya  lina@uum.edu.my
Ketua Jabatan Komunikasi  04-9285805/5857
Bilik 3026, SMMTC  http://staf.uum.edu.my

Consultation Hours:
By appointment
KOD KURSUS : SCCG3123
NAMA KURSUS : KOMUNIKASI PERUNDINGAN
JAM KREDIT :3
JADUAL KELAS : SABTU (8.00- 12.00 PM)
TEMPAT : DKG 5/8

SINOPSIS

Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada komunikasi di dalam perundingan. Antara aspek-
aspek yang akan disentuh termasuklah pemilihan pendekatan perundingan, kepekaan kepada
komunikasi bukan lisan, kemahiran mendengar, menyoal dan memujuk, pemilihan saluran,
strategi dan taktik dalam perundingan serta etika dalam perundingan. Selain daripada itu,
kursus ini juga akan membincangkan tentang kualiti-kualiti yang perlu ada di dalam pada
seseorang perunding. Diharapkan para pelajar dapat meningkatkan pengetahuan tentang skil-
skil dalam perundingan dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan dalam urusan seharian.

OBJEKTIF

Setelah mengambil kursus ini, para pelajar akan ;

1.1 Mempelajari dan memahami teori-teori dan konsep-konsep penting dalam


perundingan;
1.2 Memahami teknik-teknik perundingan; dan
1.3 Mengaplikasikan pengetahuan dalam komunikasi perundingan dalam urusan seharian.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar-pelajar akan berupaya untuk:

1.1 Menjelaskan teori-teori dan konsep-konsep penting dalam perundingan (C2, A3, P2).
1.2 Menginterpretasi teknik-teknik komunikasi perundingan (C1, A1, P5)
1.3 Membentuk strategi dan taktik komunikasi dalam perundingan (C4)
1.4 Mengaplikasi kemahiran-kemahiran komunikasi dalam perundingan (C3, A3, P5)

TEKS

Haslina, H., Hassan, A. B., & Awan, I. (2012). Komunikasi perundingan. Modul Kendiri PLK.
Sintok: PACE

2
RUJUKAN

Kennedy, Gavin (2007). Strategic negotiation. Aldershot: Gower.

Lewicki, R. J., Saunders, D. M., Barry, B., & Minton, J. W. (2004). Essentials of negotiation (3rd
Ed.). Boston, MA: McGraw-Hill.

O’Hair, D., Friedrich, G. W., & Dixon, L. D. (2005). Strategy communication in business and the
professions (5th Ed.). Boston, MA: Houghton Mifflin.

Smeltzer, L. R., Leonard, D. J., & Hynes, G. E. (2002). Managerial communication: Strategies and
applications (2nd Ed.). Boston, MA: McGraw-Hill.

Zartman, I. William (2007). Negotiation and conflict management. London: Routledge.

KANDUNGAN KURSUS

Sila rujuk tajuk-tajuk dalam Jadual Pertemuan

KAEDAH PENGAJARAN

 Kuliah
 Perbincangan

* Kuliah akan dikendalikan secara bilingual

PENILAIAN KURSUS

Gred akhir kursus akan dikira mengikut markah yang diperolehi dari komponen-komponen
berikut:

 Peperiksaan akhir - 40%


 Kerja kursus
Tugasan 1 (individu) - 10%
Tugasan 2 (Individu) - 10%
Tugasan 3 (kumpulan) - 40%
-------
100%

3
Maklumat Lengkap Kerja Kursus

1. Kehadiran dan penglibatan

Kedatangan dan penglibatan dalam kelas (interaksi) adalah penting. Memandangkan


kursus ini dirangka bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan tentang teori dan
kemahiran, anda perlu hadir dan mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas.
Pemahaman dan kemahiran tidak akan dapat dipastikan tanpa kehadirian dan interaksi.
Interaksi di dalam kelas juga merangkumi aspek-aspek seperti bersedia untuk ke kelals
dengan membaca terlebih dahulu apa yang akan dipelajari, bersedia untuk berbincang
dan menyumbang secara positif kepada suasana pembelajaran sama ada secara lisan
atau bukan lisan. Oleh itu, persediaan amat penting sebelum anda hadir kesetiap
pertemuan.

Dalam keadaan tertentu seperti kecemasan, sakit atau kematian, anda boleh tidak hadir
ke kelas tetapi anda perlu mengambil perkara ini dengan serious sepertimana anda
bekerja. Surat kematian, surat pelepasan atau surat cuti sakit perlu dilampirkan.

2. Tugasan 1 (Reflection Paper) – Individu (10%)

Untuk tugasan ini, anda perlu menghantar DUA tugasan tiga-mukasurat (5% setiap satu)
yang merupakan refleksi daripada pembacaan atau tajuk yang diberikan oleh pensyarah
anda. Tajuk-tajuk perbincangan perlu berdasarkan kepada perundingan.

Di dalam kertas refleksi tersebut, anda boleh memberikan pandangan, komen, kritik
atau cadangan tentang apa yang telah anda baca dan fahami. Pendekatan penulisan
adalah bebas. Perlu diingat, respon atau refleksi pembacaan BUKAN RINGKASAN artikel
(summary).

Tugasan ini tidak boleh melebihi 3 mukasurat (tidak termasuk rujukan, jika ada, dan
muka depan).

Gunakan format yang bersesuaian (i.e. pengenalan, kandungan dan penutup),


Pemberat bagi tugasan ini adalah 5 markah setiap satu. Untuk tugasan ini, anda akan
dinilai berdasarkan kepada:

a. Pengenalan – 1 markah
b. Penilaian/respon/refleksi – 3 markah
c. Kesimpulan dan format – 1 markah

3. Tugasan 2 – Individu – Cabaran Freebie (10%)

Untuk tujuan ekperimentasi dan pengalaman, setiap pelajar dikehendaki untuk


menterjemahkan kemahiran komunikasi perundingan masing-masing dengan mencari
vendor menjual barangan yang bersesuaian (makanan – snek untuk minum petang atau
barangan), berunding dengan vendor/peniaga tersebut untuk mendapatkan makanan
atau apa-apa bentuk "freebies" untuk setiap rakan sekelas anda.
Sediakan satu esei (5 mukasurat) menceritakan pengalaman komunikasi perundingan
yang anda lalui, dengan mengaitkan pengalaman tersebut dengan apa yang telah anda

4
pelajari (rujuk tajuk-tajuk pembelajaran dalam perancangan kursus) sehingga tarikh
anda berunding. Format penulisan seperti yang diperjelaskan dalam Tugasan 1.
Untuk tugasan ini, markah penuh adalah 15,berdasarkan kepada:

a. Pengenalan – 3 markah
b. Latarbelakang rundingan – 3 markah
c. Pengalaman dan Pengajaran – 5 markah
d. Kesimpulan – 2 markah
e. Format – 2 markah

4. Tugasan 3 – Kumpulan (40% - 30% untuk penulisan dan 10% untuk pembentangan)

Bagi tugasan ini, anda perlu bekerja secara berkumpulan. Kaji dan tuliskan satu esei (7
– 10 mukasurat) berdasarkan kajian anda ke atas situasi konflik sebenar yang pernah
anda lalui atau situasi konflik yang diperolehi daripada maklumat sekunder seperti
media, buku, journal ataupun daripada maklumat primer (i.e. pengalaman seseorang)
yang melibatkan temubual anda dengan pihak-pihak terlibat.

Aplikasikan konsep-konsep yang telah anda pelajari dan bincang di dalam kelas bagi
menjelaskan situasi rundingan yang berlaku. Berikan cadangan bagaimana pihak-pihak
yang terlibat boleh mencapai persetujuan/kata sepakat untuk menyelesaikan masalah
yang dilalui, bagi mencapai hasil yang lebih baik.

Setiap ahli kumpulan akan dinilai secara saksama. Jadi bergantung kepada anda untuk
menentukan agihan tugas masing-masing. Perbezaan markah hanya diberikan
serkianya terdapat komplen ketidakpuasan hati dari rakan sekumpulan tentang
sumbangan yang diberikan. Bagi tugasan ini, anda akan dinilai berdasarkan kriteria
berikut:

a. Pengenalan – 4 markah
b. Latarbelakang kes – 4 markah
c. Analisa kes – 7 markah
d. Perbincangan dan dan cadangan (termasuk limitasi) – 10 markah
e. Kesimpulan – 3
f. Penulisan/Format - 2

Bersama dengan hasil penulisan tersebut, anda perlu menyediakan simulasi (dalam
bentuk PowerPoint atau penggunaan aplikasi seperti Powtoon dll) yang
menggambarkan pengajaran utama yang diperolehi daripada kajian yang anda lakukan.
Setiap kumpulan diberi masa 5 minit untuk pembentangan video tersebut. Kreativiti
pembentangan mampu memberikan markah yang tinggi untuk kumpulan. Kriteria
permarkahan untuk pembentangan adalah seperti berikut (20 markah @ 10%):

a. Pengurusan masa
b. Elemen-elemen pengajaran
c. Kejelasan/kualiti audio-video
d. Penyampaian/Kreativiti
e. Teamwork

5
Perlu diingat, matlamat pembentangan/simulasi ini BUKAN untuk menjelaskan apa yang
anda lakukan atau tulis dalam esei yang disedikan, TETAPI untuk berkongsi pengajaran
utama yang diperolehi dari kajian yang dilakukan, dan seterusnya untuk mempamerkan
kreativiti anda dalam memikirkan bagaimana untuk membuat suatu pembentangan
yang kreatif dan mampu menarik perhatian audien. SO, be creative in your video
presentation – create a dramatization, invent a short game, excersie or simulation –
whatever you think would worj to attract attention for the purpose of information
sharing. Consequently, the group(s) with the most interesting presentation will be
positively rewarded and reflected in your grade!

Hal-Hal Lain yang Berkaitan

1. Kerja kursus

Setiap kerja kursus perlu dihantar pada tarikh dan waktu yang telah dinyatakan. Anda
perlu sentiasa menyemak Jadual Pertemuan supaya anda sentiasa peka dengan tarikh-
tarikh penting sepanjang kursus ini berlangsung. Tugasan yang lewat akan dikenakan
penalti, setiap sehari lewat akan ditolak 1 markah.

Semua tugasan perlu ditaip menggunakan format APA Style Manual dengan margin
kiri 1½ inci dan yang lainnya 1”. Gunakan font Times New Roman bersaiz 12 dengan
menggunakan jarak dua.

Para pelajar boleh memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
untuk tugasan masing-masing. Pastikan tugasan anda disemak terlebih dahulu sebelum
dihantar bagi memastikan kualiti kerja tugasan dihantar. Kerja yang tidak disemak (i.e.
ejaan, struktur ayat, dsbnya) akan menghasilkan markah yang rendah.

Semua kerja kursus tidak perlu dijilid, hanya perlu diklip di penjuru sebelah kiri. Tidak
perlu menggunakan kertas warna untuk muka depan. Di muka hadapan, hanya
NAMA & No. MATRIK, No. TUGASAN dan TARIKH PENGHANTARAN sahaja perlu ada.

6
KOMUNIKASI PERUNDINGAN
(SCCG 3123)
JADUAL PERTEMUAN
SEMESTER OKTOBER 2019 (JA192)
DKG 5/8

Pertemuan 1 (Sabtu , 2 November 2019)

Kuliah Aktiviti Tugasan/Peringatan

8.00 pagi Pengenalan Kursus Sila semak kembali silibus yang


hingga  Tugasan diberikan. Baca & teliti.
12.00 t/hari  Peperiksaan
 Makluman

Topik 1: Pengenalan Kepada


Komunikasi Perundingan

 Pengenalan
 Konsep dan takrifan
 Model-model perundingan

Topik 2: Perundingan Individu dan


Kumpulan

 Pengenalan
 Faktor-faktor asas

Topik 3: Pendekatan Perundingan

 Perancangan
 Penyediaan isi
 Perancangan tempat

Pertemuan 2 (Sabtu, 30 November 2019)

Kuliah Aktiviti Tugasan/Peringatan

8.00 pagi Topik 4: Kepekaan kepada Komunikasi


Bukan Lisan DUE: Tugasan 1 (1)
hingga
12.00 t/hari
 Mesej lisan
 Komunikasi bukan lisan dalam
perundingan
 Komunikasi sewaktu rundingan

7
Topik 5: Kemahiran Mendengar

 Kepentingan mendengar dalam


perundingan
 Proses mendengar
 Strategi mendengar
 Halangan
 Pendekatan mendengar dalam
perundingan
 Sebab-sebab mendengar dalam
perundingan

Topik 6: Kemahiran Menyoal

 Proses menyoal
 Membentuk pola menyoal
 Penggunaan soalan dalam
perundingan

Pertemuan 3 (Sabtu, 21 Disember 2019)

Kuliah Aktiviti Tugasan/Peringatan

8.00 pagi Topik 7: Kemahiran Memujuk DUE: Tugasan 1 (2) dan Tugasan
2
hingga
12.00 t/hari  Asas penggunaan bahasa dalam
perundingan
 Taktik-taktik dalam
pembujukan
 Strategi-strategi pembujukan

Topik 8: Pemilihan Saluran Komunikasi

 Pengenalan
 Pemilihan saluran

Topik 9: Budaya dan Perundingan


Global

 Faktor-faktor yang
mempengaruhi
 Dimensi budaya Hofstede dan
perundingan
 Pengaruh perbezaan budaya ke
atas perundingan
 Strategi perundingan yang
responsif

8
Pertemuan 4 (Sabtu, 11 Januari 2020)

Kuliah Aktiviti Tugasan/Peringatan

8.00 pagi Topik 10: Strategi dan Taktik dalam * DUE: Tugasan 3 dan
Perundingan pembentangan
hingga
12.00 t/hari
 Strategi dan taktik dalam
penawaran/perundingan
distributif
 Strategi dan taktik dalam
rundingan integratif

Topik 11: Etika dalam Perundingan

 Etika dan aplikasi


 Penggunaaan taktik
 Tujuan dan motif menggunakan
taktik penipuan
 Strategi mendepani penipuan
dalam perundingan

PEPERIKSAAN AKHIR (12 – 19 Februari 2020)

Anda mungkin juga menyukai