Anda di halaman 1dari 5

MOTIF DAN KEKERAPAN PENGGUNAAN FACEBOOK

DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

PENDAHULUAN

Jurnal yang diterbitkan oleh Mohd Zaidi Mahmud dari Kdu College Penang dan Bahiyah Omar
Universiti Sains Malaysia mengenai ‘Motif Dan Kekerapan Penggunaan Facebook Dalam
Kalangan Pelajar Universiti’ menerangkan betapa pada hari ini golongan manusia tidak kira dari
segi umur, bangsa, agama termasuk dalam golongan pelajar itu sendiri tidak lepas dari
teknologi media kini untuk berkomunikasi, bersosial di alam maya. Penggunaan Facebook pada
hari ini semakin kerap digunakan di kalangan pelajar Universiti yang menjadi suatu medium
berinteraksi. Ada yang dikatakan ketinggalan zaman jika pada hari ini tidak tahu menggunakan
Facebook sebagai media baru dalam berkomunikasi.

MOTIF DAN KEKERAPAN PENGGUNAAN FACEBOOK

Motif bermakusd tujuan atau matlamat. Kekerapan pula ditakrifkan sebagai kadar atau
peringkat. Urista et al., (2009) mengkaji tentang motif penggunaan Facebook dan mendapati
belia menggunakan Facebook untuk mendapatkan maklumat tentang orang yang mereka minati
tanpa pengetahuan orang tersebut,menghubungi kenalan lama dan membentuk imej peribadi
mereka. Lewis dan West (2009) turut mengkaji motif penggunaan Facebook melalui temu bual
(interview) dan mendapati belia menggunakan Facebook kerana tidak mahu ketinggalan
daripada kawan-kawan mereka. Khe Foon Hew (2010) juga menjalankan kajian mengenai motif
Facebook dari perspektif pelajar dan guru.

KEKERAPAN PENGGUNAAN FACEBOOK

Kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa pengguna akaun Facebook berkecenderungan
menambah kenalan yang dikenali sahaja. Ini kerana pengguna Facebook itu mungkin tidak
mahu berkongsi apa-apa maklumat dirinya yang secara peribadi atau tidak terhadap orang lain
yang mungkin boleh menjadi sebagai gangguan siber yang hal-hal perinbadi pengguna itu
sendiri. Dan ada juga pengguna akaun Facebook suka menambah kenalan yang tidak dikenali
kerana tarikan pada gambar profile akaun pengguna lain, suka berkongsi dengan orang luar
tentang apa-apa maklumat yang pengguna itu sendiri perolehi. pengguna ringan (light users).
Kajian tersebut mendapati bahwa pengguna akaun ada yang menjadi ‘heavy user’ meluangkan

1
masa yang lama menggunakan Facebook, manakala ‘light user’ hanya meluangkan masa yang
singkat menggunakan Facebook. Ini kerana apabila semakin kenalan yang ramai dalam akaun
tersebut, semakin lama penggunaan dan kekerapan itu berlaku dan semakin sedikit kenalan,
semakin kurang pengunaannya.

MOTIF PENGGUNAAN FACEBOOK

Faktor motif penggunaan Facebook adalah untuk mengekalkan hubungan,meluangkan masa,


menyertai komuniti maya, menghiburkan, merasa hebat berteman, mencari teman,
mendedahkan diri dan mencari maklumat. Faktor merasa hebat dikaitkan dengan berasa diri
hebat dikalangan kawan-kawan, menghilngkan kerisauan, mengurangkan rasa sunyi dan lain-
lain. Motif penggunaan facebook juga adalah menghiburkan apabila melihat gambar-gambar
pengguna Facebook yang lain, membaca status yang dimuat turun dan macam-macam lagi
dikaitkan. Walau bagaimana pun, penggunaan Facebook adalah satu platform untuk
mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan yang sudah lama terpisah dan mendengar khabar.
Ianya adalah satu medium interaksi dengan kenalan yang berada jauh.

ULASAN KRITIKAL

Berdasarkan jurnal ini, saya bersetuju kerana lihat pada hari ini semakin ramai pelajar
menggunakan Facebook sebagai media berkomunikasi. Dari segi kekerapan dan motif adalah
lebih kurang sama jika nk dibandingkan. Pada hari ini, pelajar menjadikan Facebook sebagai
platform untuk mencari wang sampingan dengan menjalankan pelbagai jenis jualan online. Oleh
itu, motif dan kekerapan menggunakan Facebook dikalangan pelajar adalah tepat sekali.
Individu harus kerap menggunakan Facebook kerana ingin mengemaskini produk-produk jualan
atau iklan penjualan setiap masa dan ini menjadi motif mengapa menggunakan Facebook.
Justeru, ini juga dikatakan berkomunikasi untuk penjualan. Jika dahulu penjualan barang
berkomunikasi dengan lisan,tapi dengan Facebook pengguna boleh berniaga dengan
berkomunikasi di alam maya.

Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target
pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau
membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi
tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari
jutaan pengguna Facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama Facebook
mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru

2
kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini
laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook.

Selain itu, perniagaan di alam maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa di tanggung oleh
perniaga. Contohnya, kos pengiklanan, kos talian(telefon) dan sebagainya. Dengan cara ini,
dapat membawa lebih keuntungan kepada para peniaga. Langkah yang paling berkesan untuk
mempromosikan jualan kita di Facebook ialah, kita mesti terus menerus berkongsi sesuatu di
Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini bagi memastikan kita ‘visible’ pada diri rakan-
rakan di Facebook. Kalau sekejap timbul sekejap tenggelam,orang tidak akan ingat siapa kita.
Utamakan kandungan berbanding mempromosi semata-mata. Dengan banyak memasukkan
info seperti di bahagian status, rakan-rakan di Facebook akan sedar akan kewujudan kita.
Daripada itu, Elakkan promosi berlebih-lebihan di Facebook kerana ia tidak membantu bisnes
untuk jangka masa yang lama. Hal ini kerana, Facebook adalah tempat membina dan
mengembangkan jenama (bisnes). Kurang sesuai untuk menjual semata-mata.

Selain itu, motif dan kekerapan menggunakan Facebook adalah untuk mencari info atau berita
terkini yang menjadi viral. Jika dahulu, berita-berita semasa hanya berkomunikasi di kaca
televisyen, radio dan surat khabar tetapi Facebook salah satu media komunikasi yang lebih
pantas untuk mendapat berita-berita semasa. Facebook mudah tersebar berita atau info yang
lebih cepat dari media massa yang lain. Ini kerana apabila sesautu berita itu tersebar pengguna
akaun mula akan berkongsi maklumat kemudian makin lama makin cepat tersebar. Apabila
seseorang pengguna berkongsi maklumat atau berita dengan lebih cepat, beliau merasa lebih
hebat dan jika mendapat ‘like’ yang banyak dari pengguna yang lain beliau akan merasa
perkongsiaan beliau mendapat perhatian dari pengguna yang lain.

Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, Facebook memang sangat baik
digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh
serta lain-lain hal yang wajar. Jadi,kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga
dan yang seumpama dengannya manfaatkanlah jaringan maya di internet dengan sebaik
mungkin. Pengguna Facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di samping
menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui
Facebook ini melalui perbincangan, forum atau isi yang menarik yang boleh dibicangkan
bersama rakan-rakan.

3
KESIMPULAN

Oleh itu, motif dan kekerapan menggunakan Facebook semestinya ada kesan baik dan buruk
nya. Apatah lagi zaman kini semakin banyak kes-kes jenayah siber semakin berleluasa. Dan,
masa yang terbuang semasa melayari Facebook haruslah digunakan dengan pekara
berfaedah. Seterusnya, beberapa penambahbaikan juga perlu dilakukan kepada Facebook. Hal
ini untuk menyesuaikan penggunaan Facebook dengan kehendak pengguna. Kehendak
pengguna bersifat dinamik atau selalu berubah mengikut masa, keadaan dan tempat. Facebook
dapat dilihat lebih bersifat sosial. Beberapa perubahan perlu dilakukan untuk menyesuaikan ia
dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Jadi, Facebook mampu meningkatkan kualiti
proses pembelajaran dan pengajaran. Tambahan pula, Facebook sudah menjadi kebiasaan
kepada masyarakat pada hari ini dan menjadi tempat berkomunikasi yang berkesan.

4
RUJUKAN

http://dy-izzaidy.blogspot.my/

http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2013/V29_1_35-54.pdf

http://hobyfarlet.blogspot.my/2010/03/fungsi-facebook-dan-kegunaan-facebook.html

http://wwwandivigainer.blogspot.my/

http://www.dianarashid.com/2016/11/ini-sebab-kenapa-anda-perlu-menambah.html

http://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/36293170/facebook_marketing.pdf?
AWSAccessKeyId=AKIAJ56TQJRTWSMTNPEA&Expires=1479204716&Signature=C91d9v6Ll
UlyNu2mXwPC1FEYTB4%3D&response-content-disposition=inline%3B%20filename
%3DFacebook_marketing.pdf

http://jpmm.um.edu.my/filebank/articles/2726/JPMM2010_No2_FinalSitiEzaleilaMustafa
%26Azizahhamzah.pdf

http://eprinthttp://eprints.uns.ac.id/6008/1/138771008201009011.pdfs.undip.ac.id/26418/1/SKRI
PSI_FULLTEXT.pdf

Anda mungkin juga menyukai