Anda di halaman 1dari 11

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

PENGENALAN

Foster (1979: p.70) menyatakan bahawa Aristotle telah membuat tanggapan manusia

sebagai objek yang selalu bertindak mencari kebahagian dan ini menjelaskan bahawa

manusia memerlukan alam sekitar untuk mencapai tujuannya. Manusia banyak melakukan

perubahan kepada alam sekitar termasuk kerosakan atau kebaikan. Hubungan manusia dan

alam sekitar menjadi topik yang hangat diantara sarjana dan menjadi pendebatan dimana

persoalannya diantara manusia dan alam sekitar manakah saling memerlukan. Manusiakah

yang memerlukan alam sekitar atau alam sekitar yang memerlukan manusia.

Sudah menjadi fitrah kejadian alam dan kejadian ciptaan manusia oleh Tuhan bahawa

alam memerlukan manusia dan manusia memerlukan alam untuk meneruskan kehidupan.

Manusia menjadi bumi sebagai tempat untuk meneruskan kehidupan dan menjana ekonomi

untuk mengaut keuntungan dan kekayaan. Dan ada manusia menjadikan alam sekitar sebagai

tempat kembali kepada PenciptaNya dimana berfikir tentang kuasa kejadian alam dan

mensyukuri nikmat Tuhan yang diberikan kepada manusia.

Agen pngubah dunia adalah manusia itu sendiri dengan membina dan membuat

perubahan tetapi manusia juga yang merosakkan dn membinasakan.

KEPENTINGAN HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

FAKTOR GEOGRAFI MEMBANTU EKONOMI MANUSIA.

Boehm(1996) menyatakan alam sekitar merujuk pada ruang permukaan bumi yang

mempunyai perkaitan dengan cuaca, tanah-tanih, bentuk muka bumi, geomorfologi ,

hidrologi dan tumbuh-tumbuhan. Ini memberi kesan kepada manusia dikawasan pendalaman

menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Ekonomi merupakan faktor utama manusia

1
mengubah kehidupan lebih selesa dan mencapai kekayaan. Dengan bercucuk tanam dan

pertanian dapat menghasilkan keperluan makanan dan kehendak manusia. Sebagai contoh

bercucuk tanam apabila mendapat hasil apa yang ditanam boleh dimakan oeleh keluarga

petani dan ini dapat melangsungkan kehidupan dan pertanian seperti pokok getah dapat

digunkan untuk kehendak manusia contohnya tayar kereta untuk kegunaan manusia bandar

menggunakannya. Jika tiada pokok getah yang diusahakan oleh penduduk pendalaman atau

luar bandar maka manusia dibandar menajdi susah untuk menggunakan kereta.

Geografi atau bentuk muka bumi menjadi faktor kepada manusia untuk mencari

tempat tinggal manusia. Jarang manusia tinggal di tempat yang berisiko tinggi seperti ditepi

curam, lereng gunung berapi, kawasan yang tinggi suhu kepanasan dan kesejukan tetapi

manusia akan mencari lokasi geografi yang agak staregik yang boleh membantu kehidupan

yang baik dan mendapat kemudahan asas seperti di kawasan mudah mendapatkan bekalan air

yang menjadi asas utama kepada penempatan manusia, kawasan yang banyak binatang atau

kawasan yang benda yang boleh dimakan, kawasan yang lembab, dan kawasan mempunyai

tanah yang subur untuk pertanian.

Georgrafi juga menjadi salah faktor penting kepada ekonomi. Ekonomi seperti

perindustrian pembuatan, perkilangan, pemprosesan dapat membantu meningkatkan eknomi

sesebuah kawasan. Bayangkan kawasan perindustrian dikawasan atas bukit, kawasan yang

sejuk, kawasan yang panas atau lain-lain kawasan yang tidak sesuai, ini akan menggangu

proeses perindutrian itu sendiri dan produktiviti pengeluaran mungkin akan tidak berkualiti

atas fakor-faktor tersebut. Oleh itu, faktor geografi menjadi hubungan penting kepada

ekonomi manusia untuk mewujudkan kehidupan yang berkualiti.

Selain itu, geografi juga menjadi tempat tempat mengkaji sumber semulajadi. Diatas

muka bumi terdapat pelbagai sumber semulajadi atau setiap objek diatas bumi ini diperbuat

2
dari sumber semulajadi. Apa saja objek yang digunakan manusia pada hari ini, ianya adalah

daripada sumber alam semulajadi yang diproses kemudian dijadikan satu objek bagi

kegunaan manusia. Sebagai contoh biji timah diproses untuk dijadikan logam, minyak masak

dari pokok kelapa sawit, getah dari pokok getah, petroleum untuk menggerakkan kenderaan.

Oleh itu, geografi muka bumi menjadi faktor untuk manusia mencari hasil sumber alam

semulajadi untuk kegunaan manusia dan mencapai ekonomi sebuah kawasan. Oleh yang

demikian, aktiviti kehidupan manusia faktor geografi memainkan peranan ekonomi teramat

mustahak dalam meningkatkan kejayaan hubungan manusia dengan alam sekitar melalui

ekonomi.

Rajah 1 menujukkan kelangsungan hubungan manusia ekonomi dengan alam sekitar

berlangsung dalam ruang kotak putus-putus iaitu manusia dan alam sekitar berada di atas

permukaan bumi yang ditunjukkan oleh anak panah. Hubungan langsung ini sudah lama

3
wujud tetapi hubungan interaksi hanya bekesan apabila manusia mempunyai ilmu dan

penggunaan teknolgi yang cukup untuk menggarap keperluan di peringkat perimeter. Oleh

itu, manusia memerlukan pengetahuan untuk mengaut keuntungan melalui sumber dan

memberi faedah oleh manusia lain.

MEWUJUDKAN SUASANA HIDUP YANG SELESA.

Hubungan manusia dan alam sekitar amatlah penting sekali demi memastikan

kehidupan yang selesa dan mewujudkan keharmonian dalam hubungan manusia dan alam

sekitar. Apa yang dimaksudkan disini adalah manusia perlulah menjaga alam sekitar dengan

baik sekali dari segi pencemaran alam dan lain-lain. Pada masa kini, sering kali dilihat bumi

sering membawa bencana alam kepada kehidupan manusia. Ini disebabkan kejahatan dan

kerosakan tangan manusia itu sendiri. Sikap manusia yang tamak telah merakuskan alam

sekitar dan menyebabkan manusia lain turut sama merasai kesan bencana alam. Sikap

manusia yang telah menganggu fungsi semulajadi alam sekitar menyebabkan berlaku

bencana alam. Sebagai contoh, pembalakan yang semakin menjadi-jadi akhir ini

menyebabkan bukit-bukit ditarah dengan penuh ketamakan demi keuntungan menjadi faktor

berlakunya tanah runtuh dan banjir lumpur. Apabila bukit-bukit ditarah, kekuatan tanah untuk

menahan air hujan tidak berupaya lagi kerana fungsi pokok-pokok balak adalah mengelak

dari tanah runtuh terjadi.

Apabila bencana alam berlaku, bagaimana manusia mahu mewujudkan kehidpuan

yang selesa? Banyak kerosakan yang berlaku, kemudahan asas juga mungkin akan terganggu,

penyakit mula merebak, dan ekonomi mungkin akan jatuh akibat kesan dari bencan alam

yang berlaku. Selain itu, kesan perindustrian kilang-kilang yang telah membebaskan atau

melepaskan asap-asap yang beracun ke udara tanpa rasa bersalah. Kesan pencemaran udara

akan menyebabkan manusia akan lebih ramai menghidap penyakit seperti barah paru-paru,

4
batuk-batuk dan lain-lain penyakit yang kronik. Dengan pencemaran ini, kehidupan manusia

akan menjadi tidak berkualiti.

Hubungan manusia dan alam sekitar tidaklah hanya sementara ini saja tetapi

hubungan ini harus dijaga selama-lamanya untuk generasi yang akan datang dan terus

melestarikan kehidupan yang berkualiti. Jika sekarang alam sekitar sudah rosak akibat

kerakusan manusia, bagaimana kehidpuan generasi yang akan datang ? Jika hasil bumi sudah

hampir habis dikaut oleh manusia pada masa kini, adakah ada lagi sumber semulajadi untuk

generasi akan datang? Generasi akan datang juga mempunyai hak untuk meneruskan

kehidupan dengan selesa dan berkualiti dan menjana ekonomi dengan baik. Jika dilihat pada

masa kini, kebanyakkan tanah sudah dicerobohi dan didirikan pembangunan yang pesat.

Untuk generasi yang akan datang dimana mereka hendak mengusahakan tanah untuk

pertanian kerana tanah pada ketika itu sudah pun hampir tiada, keadaan air simpanan pun

akan berkurangan kerana kekurangan tanah untuk menyimpan air bekalan di empangan-

empangan. Keadaan akan lebih teruk jika kita pada masa kini tidak menjaga hubungan

dengan alam sekitar.

KADAR OKSIGEN YANG BAIK DAN BERKUALITI

Hubungan manusia dengan alam sekitar bukanlah hanya sekadar melalui udara sahaja

tetapi tumbuhan menjadi hubungan yang rapat dengan manusia. Bayangkan jika dunia ini

tiada pokok dan tumbuhan pasti dunia ini akan gersang dan kepanasan serta tiada teduhan

dari panas bagi mengurangkan cahaya matahari yang memancar ke bumi. Selain itu,

tumbuhan merupakan saluran oksigen kepada manusia kerana tumbuhan juga merupakan

mahluk yang hidup dan saling memerlukan antara manusia dan tumbuhan didalam

kehidupan. Tumbuhan menjadi tempat kepada mata manusia untuk melihat kecantikan, dan

apabila satu hari tumbuhan itu sudah tiada maka panaslah gersang bumi ini. Manusia berkait

5
rapat dengan tumbuhan untuk meneruskan kehidupan dengan cara memelihara dan

melestarikannya. Perbuatan pembakaran hutan secara terbuka akan mengakibatkan kesan

yang amat buruk kepada alam kerana hutan juga merupakan nyawa kepada dunia. Oleh itu,

manusia perlu menjaga hubungan dengan alam terutamanya tumbuhan-tumbuhan yang

memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia.

KELESTARIAN KEPADA KEHIDUPAN BINATANG.

Binatang atau haiwan merupakan makanan kepada manusia, jika habitat binatang itu

terganggu spesis binatang akan pupus dan manusia akan sukar mendapatkan makanan. Selain

kepada sumber makanan kepada manusia, binatang juga penting kepada manusia dalam

membantu menjalankan pekerjaan seperti menunggang, membajak di sawah, dan membawa

muatan. Setiap agama dalam dunia menyuruh manusia berbuat baik dengan binatang, tiada

dalam agama mana sekaliipun menyuruh manusia melakukan zalim terhadap binatang. Tetapi

sikap manusia yang tidak menjaga alam sekitar boleh digelarkan sebagai zalim kepada

binatang walaupun tidak melakukan secara zahir. Manusia telah banyak melakukan

pencerobohan habitat binatang dengan menebang pokok-pokok balak dihutan tebal, ini

menyebabkan binatang buas akan keluar ke perkampungan atau penempatan untuk mencari

makan. Selain itu, sikap pembuangan sampah sarap kedalam laut telah menyebabkan

ekosistem dilautan terjejas. Kematian binatang yang semakin banyak pada masa kini akibat

termakan plastik sampah yang dibuang kelaut. Binatang yang semakin diambang kepupusan

seperti Penyu dan Ikan Paus telah menunjukkan statistik paling tinggi kematian akibat

termakan plastik sampah.

Sikap manusia inilah menunjukkan manusia itu zalim dan memerlukan kesedaran

sivik dalam membentuk akhlak yang baik. Setiap manusia perlu bertanggungjawab dalam

menjaga hubungan manusia dengan alam sekitar. Alam sekitar bukanlah sekadar udara,

6
tanah, dan persekitaran sekeliling sahaja, mahkluk yang bernyawa juga menjadi salah satu

alam sekitar kerana ianya bersangku paut dengan eko sistem didunia. Itulah yang dikatakan,

manusia memerlukan alam sekitar, dan alam sekitar juga memerlukan manusia. Jika tidak

kerana alam sekitar manusia tidak dapat kehidupan yang berkualiti dan tanpa manusia, alam

sekitar juga akan terjejas.

LANGKAH MENGUATKAN HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR.

KUATKUASA UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR

Kesan tidak menjaga hubungan manusia dan alam sekitar amatlah buruk jika tidak

diambil langkah-langkah penjagaan yang sesuai. Negara kini berada dalam era pembangunan

yang amat pesat tikka kira dikawasan bandar-bandar utama ataupun kawasan pendalaman.

Banyak kawasan hutan belantara telah dicerobohi dan dijadikan kawasan projek

pembangunan,perumahan dan lain-lain. Kesan dari projek-projek pembangunan yang tidak

diselia dengan baik akan membawa bencana alam kepada manusia. Kejadian bencana hakisan

tanah dan tanah runtuh kerap berlaku. Insiden paling diingati adalah kejadian tanah runtuh di

Cameron highlands pada beberapa tahun yang lepas. Selain itu, banjir kilat yang sering

berlaku dikawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang adalah berkemungkinan dari sikap manusia

yang penting diri dengan membuang sampah dan menyebabkan longkang-longkang

tersumbat dan berpunca juga dari kerancakan dari projek pembangunan.

Hal ini, kita tidak perlu meuduh atau menunding jari pada sesiapa sahaja tetapi

pelaksanaan undang-undang alam sekitar hendaklah dikuatkuasakan. Tetapi kuatkuasa

undang-undang sahaja berbaloi, kita perlu memberi pemahaman dan pendidikan kepada

masyarakat mengenai undang-undang mengenai alam sekitar dan manfaatnya kepada

manusia. Di Malaysia, terdapat beberapa udang-undang yang boleh digunapakai contohnya

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang boleh digunakan dalam memberi

7
perlindungan dan pengutkuasaka undang-undang. Melalui Kerajaan Persekutuan pula,

Jabatan Alam Sekitar dibawah Kementerian Sumber Asli juga bertanggungjawab dalam

mengutkuasakan peraturan dan undang-undang mengenai alam sekitar serta berkuasa dalam

menggubal undang-undang yang sedia ada.

KEMPEN KESEDARAN.

Selain penguatkuasa undang-undang dan peraturan alam sekitar, badan-badan

kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu mengambil tempat dalam bersama-sama

mencegah pencemaran alam sekitar. Kempen kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam

sekitar, kesan buruk akibat pencemaran alam perlu dibuat disetiap organisasi dan kepada

masyakarat. Kempen ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat tentang

kebaikan dan keburukan. Dalam kempen ini dapat memberi pendidikan dan pendedahan

kepada masyarakat tentang kepettingan dan pengetahuan mengenai undang-undang alam

sekitar.

KITAR SEMULA

Kitar Semula bermaksud proses mengolah semula bahan buangan dalam

menghasilkan bahan barangan yang baru. Bahan-bahan seperti kaca, plastic, kertas, logam

dan tekstil boleh dikitar semula. Dengan kitar semula kita dapat kurangkan kos tenaga kerja

seperti pengangkutan, pengesktrakan dan proses bahan asli. Apabila berkurangan,

pembakaran gas fosil, pelepasan gas karbon dioksida juga akan berkurangan. Dengan kitar

semula, kita dapat kesan yang positif kepada bumi atau dunia yang kita duduki sekarang ini.

Sampah yang banyak mungkin akan menjejaskan kesihatan dan membei kehidupan yang

tidak selesa kepada manusia. Dengan mengitar semula kita dapat kurangkan sampah yang

dibuang kemudian menghalang atau mengawal penularan penyakit dengan cepat. Longgokan

sampah yang banyak dan merata tempat merupakan salah satu punca pencemaran utama.

8
Selain itu, dengan kitar semula dapat mengurangkan kos dan sumber. Sebagai contohnya,

kitar semula pengunaan semula kertas dapat mengurangkan pencerobohan dan penenbangan

pokok kemudian secara langsung dapat pelihara hutan dengan baik.

GOTONG – ROYONG MEMBERSIHKAN ALAM SEKITAR

Selain kitar semula, aktiviti gotong-royong juga dapat membantu mengurangkan

kadar pencemaran dan meningkatkan lagi hubungan sillaturahim serta hubungan manusia

dengan alam skitar. Setiap manusia perlu bertanggungjawab dalam membersihkan alam

sekitar dan dalam diri perlu ditanam dengan sikap sivik yang tinggi terhadap kecintaan alam

sekitar. Dengan aktiviti seperti ini, manusia akan berganding bahu dalam membersihkan

kawasan yang telah tercemar bersama-sama dan memupuk sikap tanggungjawab dalam diri

setiap manusia. Pembersihan sungai, longkang-longkang yang tersumbat dapat mengatasi

masalah pemparitan yang tersumbat yang mengakibatkan berlakunya banjir lumpur. Selain

itu, pembersihan sungai dapat menghalang air dari tercemar yang digunakan manusia untuk

minum serta menjaga kehidupan ikan-ikan yang ada.

KESIMPULAN

Hubungan manusia dan alam sekitar amatlah penting. Tuhan menjadikan manusia

untuk berbuat kebaikan diatas muka bumi dan memanfatkan anugerah nikmat yang Tuhan

berikan. Jangan kita sia-siakan nikmat yang Tuhan berikan kepada manusia. Alam sekitar

juga memerlukan manusia untuk terus berbakti kepada kehidupan. Jika rosak alam sekitar

maka rosaklah kehidupan manusia di bumi ini. Kerana manusia saling bergantungan kepada

alam sekitar. Semua pihak perlulah mengambil tindakan dan menanam sikap

bertanggungjawab dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

Hubungan manusia dan alam sekitar juga dapat meningkatkan ekonomi sesebuah

masyarakat dengan memanfaatkan hasil sumber alam dengan baik. Penjagaan alam sekitar

9
akan membuat kelangsungan tamadun itu tidak terus pupus contohnya kehidupan binatang

dan dan hidupan dilaut. Manusia juga akan terus hidup jika binatang dan hidupan laut masih

lagi hidup kerana ia merupakan makanan kepada manusia untuk terus hidup. Justeru itu,

bersama lah kita menjaga alam sekitar supaya kita dapat faedah dari alam. Jika khazanah ini

dirosakkan pada masa kini, malanglah generasi yang akan datang untuk menikmati faedah ala

mini pada masa akan datang.

10
RUJUKAN

Foster E.M.(1979). Aspek – aspek Novel. Kuala Lumpur:DBP

Fong C.T. (1994). Malaysia Wonders of The Heartland Pahang. Kuala Lumpur :

Country Editions Sdn. Bhd.

Friedrich Ratzel. (1926). Antropologie in geography. Annals of the Association

of American Geographers 53:429-40

Edward Goldsmith, Robert Allen, Micheal Allaby, John Davoll dan Sam

Lawrence. (1972). A Blueprint for Survival.The Ecologist Vol.2 1.

Petani Jaya Sdn. Bhd. (2003). “Sitting on a ‘Gold Mine’”.Berita Bandar Laguna

Merbok The Resort Township Vol. 15, KDN No: PP 9969/4/2004.

Author.

http://www.aag.org/Careers/Cultural_Human_Geography.html

http://www.unl.edu/ag/geography/human.htm

11

Anda mungkin juga menyukai