Anda di halaman 1dari 10

Kepentingan pengunaan GIS.

GIS ialah satu system yang melengkapi antara satu sama lain. GIS dapat
mengumpul,menyimpan,mendapatkan semula,mengubah sesuka hati dan memaparkan
data.

GIS perlu pada masa kini kerana dunia mempunyai banyak data ruangan.
Mengunakan GIS kita dapat mengolah, menganalisis dan mempersembahkan kedudukan
letakan sesuatu di permukaan bumi. Misalnya, ianya akan memudahkan kerja-kerja
mengenalpasti kawasan bersesuaian untuk perletakan kawasan perumahan, laluan
kecemasan, tempat bersejarah dan kawasan tentera.

Selain itu, sumber mengenai ruang di muka bumi juga adalah terhad.
Buktinya selalu berlaku pertindihan dan percanggahan kawasan tentang sesuatu kawasan.
Malah pemilikan sesuatu kawasan juga sering berlaku. Maka dengan adanya GIS, suautu
keputusan rasional tentang pengunaan ruang dapat dibuat dalam masa singkat. Maklumat
yang diberi juga berkualiti dan cepat diperoleh dan dipertontonkan pada umum.

Ketiga, GIS penting kerana pengurusan data adalah kompleks. Seperti yang kita
sedia maklum, kawasan permukaan bumi sangatlah luas dan memiliki data yang banyak
untuk didapatkan dan disusun. Melalui GIS, maka kita dapat mengabungkan dan memproses
data-data yang banyak. Dengan adanya data yang telah dikenalpasti, maka kerja-kerja
meramal situasi bakal berlaku di sesuatu kawasan akan dapat diketahui.

Akhir sekali ialah persaingan yang hebat. Banyak negara telah mencapai
kemajuan kerana mengamalkan pengunaan GIS. Oleh itu, sesebuah negara perlu
menggunakan teknologi demi kemajuan sesebuah negara. Misalnya, mengaplikasikan GIS
dalam pengendalian data keruangan dalam sesebuah negara merupakan satu cara
mengatasi negara-negara lain khususnya hal-hal berkaitan dengan sumber alam.

Kepentingan GIS

GIS ialah satu system yang melengkapi antara satu sama lain. GIS dapat
mengumpul,menyimpan,mendapatkan semula,mengubah sesuka hati dan memaparkan
data.

GIS diperlukan dalam pengurusan alam sekitar. GIS memudahkan kita


mengenalpasti letakan sumber semula jadi di permukaan bumi. Maka GIS secara tidak
langsung memudahkan sesebuah negara untuk mengendalikan pengurusan sumber seperti
tanah, hutan, marin dan lain-lain. Jika terdapat kejadian pencemaran alam misalnya
pencemaran sungai, GIS dapat membantu mengenalpasti kawasan punca pencemaran
tersebut. Hasil daripada pemerhatian terhadap pencemaran mengunakan GIS, maka kita
dapat juga mengukur kesan pencemaran itu tadi.

Seterusnya kepentingan GIS dalam pembinaan dan pengendalian infrastruktur.


Infrastruktur terbahagi kepada elektrik, air, gas, telefon dan jalan raya. GIS boleh
membantu mengenalpasti kawsan yang berpotensi untuk pembinaan jalan raya.
Berpandukan GIS juga akan memudahkan kerja penyelengaraan seperti paip kerana setiap
GIS boleh mendapatkan data kedudukan paip di bawah tanah. Maka kedudukan kebocoran
paip dibawah tanah juga senang dikenalpasti. GIS juga membantu memberi keputusan
rasional berkenaan keadaan kesesuaian tanah untuk pembinaan. Hal ini kerana sesuatu
pembinaan seperti bangunan amat memerlukan penelitian yang mendalam terhadap
keadaan tanah. Hal ini bagi mengelakkan kes-kes runtuhan seperti kes Highland Tower
berlaku.

Ketiga, GIS penting untuk pemangkin sosio ekonomi. Berpandukan data-data


keruangan GIS, maka kerja-kerja perancangan bandar dan wilayah menjadi mudah.
Pembanguna setiap kawasan baik bandar atau luar bandar dapat diseimbangkan. Maka
dengan itu, ianya sekali gus dapat mengawal proses perpindahan penduduk. Pengagihan
kemudahan seperti klinik, sekolah dan pejabat-pejabat penting untuk urusan penting
penduduk dapat dilakukan dengan seimbang melalui GIS.

Akhir sekali kepentingan GIS dalam ketenteraan. Markas tentera perlu diletakkan di
kawasan yang sesuai, jauh daripada bandar. Oleh itu melalui GIS kawasan yang sesuai
untuk perletakan markas tentera dapat ditentukan. Kawasan ketenteraan memerlukan
kawasan yang luas khasnya untuk penyimpanan peralatan dan jentera ketenteraan seperti
kereta kebal, pesawat perang dan lain-lain.

Komponen GIS

GIS ialah satu system yang melengkapi antara satu sama lain. GIS dapat
mengumpul,menyimpan,mendapatkan semula,mengubah sesuka hati dan memaparkan
data. Komponen GIS terbahagi kepada perkakasan, perisian, data dan manusia.

Perkakasan ialah peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti


GIS. Perkakasan meliputi tetikus, papan kekunci, dan pengimbas. Tetikus penting untuk
kerja-kerja pendigitan peta manakala pengimbas penting untuk menukar peta kertas
menjadi digital. Perkakasan yang terlibat dalam pemprosesan ialah CPU yang terdiri
daripada RAM dan Graphic Card. Perkakasan untuk simpanan pula ialah Disket, HardDisk,
dan Cakera padat. Perkakasan untuk paparan ialah skrin computer, LCD, pengimbas dan
pencetak.

Kedua ialah perisian. Perisian ialah tulang belakang dalam pembinaan projek GIS.
Perisian GIS dilengkapi dengan pelbagai fungsi analisis dan pemaparan data yang
mempunyai format berlainan. Perisian untuk operasi ialah Windows dan Apple. Manakala
untuk pangkalan data ialah seperti SPSS dan Microsoft Excel. Jenama perisian GIS banyak
antaranya ialah ArcGIs, ArcView dan Global Mapper. Perisian untuk grafik pula ialah
ArcScene dan Photoshop.

Seterusnya ialah data. Data dalam GIS terbahagi kepada data ruangan dan atribut.
Data reruang terbahagi kepada dua iaitu vector dan raster. Data atribut lebih kepada jadual.
Data vector adalah data yang sangat tepat manakala raster adalah data yang berkaitan
dengan piksel. Sumber data boleh didapati daripada data digital dan bukan digital. Data
digital adalah seperti Imej remote sensing dan GPS. Sumber data bukan digital pula ialah
soal selidik, laporan, peta, jadual dan foto udara.

Komponen terakhir ialah manusia. Komponen ini terbahagi kepada dua iaitu
pembangun dan pengguna. Pembangun dikaitkan dengan golongan yang mahir
mengendalikan GIS seperti pensyarah GIS dan jurutera GIS manakala pengguna ialah
individu yang kurang mahir mengunakan GIS tetapi memahami paparan GIS.

Sub Sistem GIS

GIS ialah satu system yang melengkapi antara satu sama lain. GIS dapat
mengumpul,menyimpan,mendapatkan semula,mengubah sesuka hati dan memaparkan
data. GIS mempunyai beberapa sub system iaitu perolehan data, pengurusan data,
penganalisaan data dan persembahan data.

Pertama Perolehan data. Data terbahagi kepada dua iaitu sekunder dan primer.
Data sekunder ialah data sedia ada seperti peta lama, foto udara dan imej remote sensing.
Manakala data primer ialah data mentah yang dicerap terus dari lapangan samada melalui
kaedah pemerhatian atau soal selidik. Pengunaan jenis data bergantung kepada gunapakai
dan kewangan. Setelah mendapatkan data, barulah proses pra pemprosesan dijalankan
seperti pendigitan dan penukaran format serta lain-lain.
Kedua pengurusan data. Bahagian ini mengawal kewujudan dan capaian kepada
pangkalan data. Memerlukan system bantuan pengurusan pangkalan data supaya
pengurusan lebih teratur dan praktikal. Sub Sistem ini termasuk juga proses kemasukan,
kemaskini, perolehan semula dan penghapusan data. Misalnya dalam penghapusan batu
sempadan apabila dua lot tanah disatukan. Peringkat ini memerlukan penjagaan
keselamatan data dengan menyediakan prosedur kepada pengguna.

Ketiga ialah penganalisaan data. Proses analisi data bergantung kepada krateria
syarat yang dikehendaki pengguna. Antara contoh penganlisaan data ialah buffer,
pertindihan data dan gabungan data. Penjanaan maklumat baru menggunakan data yang
sedia ada. Contohnya kawasan yang sesuai untuk mendirikan sekolah adalah berasaskan
jenis tanah kawasan industry dan jalan raya.

Terakhir ialah persembahan data. Persembahan data ialah proses menyampaikan


maklumat kepada pengguna. Cara persembahan maklumat adalah melalui skrin computer,
alat pemplot dan pencetak. Maklumat juga boleh disimpan dalam bentuk digital untuk
proses input data. Oleh itu, format data amat penting bagi membolehkan system lain
membacanya.

Model vector

Dalam model vector, fenomena dunia diwakili titik-titik dan garisan-garisan yang
mendefinisikan sempadannya. Vektor ialah satu kuantiti fizikal yang mempunyai koordinat
permulaan dan anjakan serta arahnya yang asas dengan perwakilan titik. Dalam vector
mempunyai titik samaada nod atau vertex, garisan yang mempunyai panjang jarak, arah
yang digambarkan sebagai angle dan lokasi arah. Paling dekat untuk mengambarkan bentuk
semula jadi entiti geografi dengan tepat. Terbahagi kepada dua jenis iaitu sphageti dan
topologi.

Sphagetti ialah koleksi titik dan segmen garis yang tidak mempunyai hubungan
yang nyata. Turut dikenali sebagai sphagetti and meatball dan diperkenalkan pada tahun
1960 an. Ia melihat objek geografi sebagai sesuatu yang bebas dan perhubungan setiap
objek tidak dibentuk. Mempunyai set koordinat tanpa ada struktur lanjutan. Hanya
menyimpan objek geometri seperti atribut, ID dan koordinat yang membina objek tersebut.
Objek sempadan disimpan dua kali dan tiada maklumat jiran disimpan. Kamus titik
digunakan untuk mengelakkan ralat.
Topologikal memustahakkan titk silang yang dinamakan nod dan verteks. Nod
adalah titik hujung bagi setiap garisan manakala verteks titik sepanjang nod. Strutur data
topologi terbahagi kepada tiga iaitu topologi saling hubungan, topologi penentuan kawasan
dan topologi contiguity.

Topologi saling hubungan ialah gabungan arka yang menyambung antara satu sama
lain dalam nod. Nod berfungsi menghubung antara arka dan bilangan nod dan verteks
disimpan dalam jadual.

Seterusnya topologi penetuan kawasan ialah gabungan arka-arka yang mengelilingi


sesuatu kawasan bagi menetukan bentuk sesuatu polygon. Arka yang bersambung pada nod
membentuk polygon dan setiap polygon ditentukan berdasarkan arah dan magnitude-
magnitud arka-arka. Arka terbentuk oleh nod dan verteks.

Topologi contiguity ialah arka yang mempunyai arah dan maklumat di kiri dan kanan
laluannya. Arah arka ditentukan oleh nod. Penentuan arah arka akan memberi maklumat
setiap poligon yang wujud di kiri dan kanan.

Kebaikkan model vector ialah mewakilkan struktur fenomena dengan baik. Struktur
datanya juga padat dan perwakilan grafik tepat. Membolehkan capaian kembali, kemas kini
dan generalisasi grafik dan atribut serta digunakan dengan meluas untuk menerangkan zon-
zon pentadbiran.

Kelemahannya pula adalah struktur datanya yang kompleks. Penindanan beberapa peta
poligon vektor dengan raster adalah sukar. Setip unit mempunyai bentuk topologi yang
bebrbeza memnyebabkan sukar untuk disimulasi. Kos yang tinggi kerana pencetakan dan
pemplotan adalah mahal. Analisis ruangan menjadi sukar kerana kepelbagaian ruangan
tidak diwakilkan secara langsung.

Model Raster

Raster adalah satu set susunan unit yang berstruktur dalam bentuk imbasan garisan
iaitu satu baris diikuti baris-baris lain yang sama. Turut dipanggil model data pembahagian
(Tessalasi). Unit-unit ini selalu berbentuk segi empat, segi tiga dan heksagon serta
mempunyai saiz. Model data raster diwakili titik, garisan dan polygon. Titiknya adalah satu
piksel yang terpisah daripada piksel yang lain. Garisannya pula merupakan susunan piksel
bersambung dan polygon pula ialah susunan piksel yang bersambung dan bersentuhan
antara satu sama lain.
Model raster memiliki sifat tersendiri, yang pertama sel-sel merupakan unit ruangan
yang merupakan logika bagi sesuatu objek. Mementingkan kandungan sel bukan pa yang
ada di sepanjang sempadan. Perletakkan sesuatu fenomena (x,y) di permukaan bumi
dirujuk sebagai baris dan lajur. Atribut objek mengunakan nili-nilai tertentu. Semakin besar
piksel semakin kurang ketepatan data.

Model data raste tiga jenis struktur data, yang pertama tesselasi seragam. Jenis
ini mengandungi satu set susunan grid dan yang kerap digunakan ialah sel segi empat
tepat. Kedudukan setap sel ditentukan oleh nombor baris dan lajur. Nilai satu piksel
mewakili atribut tertentu sesuatu objek. Resolusi sesuatu data bergantung kepada saiz
piksel. Semakin kecil pikselnya semakin tinggi resolusinya tetapi banyak ruang simpanan
diperlukan.

Kedua ialah tesselasi bersarang. Model ini membahagikan ruangan kepada grid yang
kecil bagi data yang terperinci dan sel besar digunakan untuk kawasan yang homogeny
tetapi bentuk asalnya masih dikekalkan. Membolehkan pemampatan data dibuat dengan
memfokuskan kawasan yang perlu sahaja. Pendekatan Quadtree iaitu pecahan suku antara
yang popular digunakan.

Akhir sekali yag ketiga adalah tesselasi tak sekata. Sama dengan model seragam.
Cuma saiz sel berubah. Model yang kerap digunakan meluas ialah rangkaian persegitigaan
tak sekata. Juga dipanggil sebagai polygon voronoi. Segitiga dibentuk berdasarkan
himpunan titik dengan penyambung setiap tiga titik yang berdekatan. Setiap titik x,y dan
ketinggian z. model ini mengabungkan maklumat geometrid an topologi.

Sistem pangkalan data (DBMS)

DBMS ialah satu set aturcara untuk menguruskan struktur pangkalan data.
Memudahkan penambahan data, mengubahsuai data, mendapatkan semula data dan
sebagai laluan data yang disimpan dalam GIS. Pangkalan data adalah satu fail data yang
diintegrasikan bersama. Penyediaan pangkalan data haruslah dimulakan dengan kamus
data. Kamus data ialah data yang menerangkan tentang data.

Terdapat dua sistem pangkalan data iaitu spatial dan atribut. Pangkalan data spatial
ialah set fail bersifat ruangan yang diintegrasikan. Meliputi himpunan titik, garisan dan
polygon. Manakala pangkalan data atribut pula ialah satu set fail yang bersifat jadualyang
diintegrasikan, meliputi himpunan aksara, medan, rekod dan fail. Aksara mewakili huruf dan
nombor. Medan pula satu set aksara yang dianggap sebagai satu unit maklumat. Rekod
ialah himpunan medan yang berkaitan secara logic dan fail ialah himpunan rekod yang
berkaitan.

Terdapat empat jenis model pangkalan data. Yang pertama ialah model jadual.
Model ini paling ringkas, kerana terdiri daripada fail sahaja yang meliputi rekod mengikut
medan. Kedua, model hirarki. Model ini berasakan rekod dalam fail yang distruktur
dibeberapa peringkat yang mempunyai pertalian rekod. Rekod disetiap peingkat memiliki
data sepunya di peringkat bawah. Namun tidak mempunyai hubungan terus dengan rekod
sama peringkat. Model ini memerlukan fail indeks yang besar dan perlu sentiasa
dikemaskini.

Ketiga model rangkaian. Model ini serupa dengan hirarki Cuma berbeza pada
rekod dalam fail kerana boleh saling berhubung antara rekod yang lain. Tujuannya adalah
untuk mengurangkan kemasukkan rekod berganda. Rekod dapat dicari terus tanpa perlu
meninjau semua peringkat. Namun model ini mengunakan masa yang banyak untuk
dikemaskini sekiranya terdapat perubahan.

Keempat ialah model hubungan. Model ini dikatakan sebagai koleksi jadual dimana
tempat data disimpan. Setiap jadual adalah dalam bentuk matriik terdiri daripada siri-siri
baris dan kolum. Satu jadual boleh berhubung dengan jadual yang lain kerana medan jadual
bertindak sebagai kunci untuk mengabungkan rekod-rekod berkenaan. Pada peringkat yag
lebih tinggi dapat disaksikan bahawa akan timbul pertanyaan piawaiaan (SQL). Strukturnya
yang mudah menjadikan model ini menjadi pilihan dalam pelaksanaan GIS.

Jenis jenis analisis asas dalam GIS

Jenis jenis analisis asas terbahagi kepada lima iaitu eksploratori, pengukuran,
pengkelasan dan reklasifikasi, tindanan dan zon penampan. Eksploratori ialah set operasi
yang termudah kerana boleh menjelajah keseluruhan pangkalan data bagi mengetahui
objek yang ada, lokasi, hubungan dengan objek lain, bilangan dan pemilihan data tertentu.

Kedua ialah pengukuran. Pengukuran ialah set operasi untuk mendapatkan


maklumat perimeter, luas, jarak dan panjang. Terbahagi kepada dua jenis pengukuran iaitu
jarak dan polygon. Bagi jarak, boleh diuur secara lurus iaitu mengunakan fungsi jarring
untuk melibatkan perimeter. Manakal polygon pula ialah mendapatkan maklumat perimeter,
panjang sisi dan luas.
Ketiga ialah pengkelasan. Pengkelasan ialah operasi meletakkan objek-objek dalam
satu framework bagi memudahkan kajian dan dapat memahami sifat-sifat sesuatu objek
dalam kelas tertentu. Terbahagi kepada pengkelasan dan pengkelasan semula. Pengkelasan
melibatkan teknik frekuensi dan constant interval. Manakala pengkelasan semula melibatkan
renumber dan dissolve.

Keempat ialah tindanan. Tindanan dilakukan dengan mengabungan lapisan dengan


lapisan yang lain untuk melihat hasil yang baharu. Tindanan merupakan analisis multi
lapisan. Antara prosesnya ialah tindihan CAD, Aritmatik dan topological. Terakhir ialah
penimbal. Penimbal ialah set operasi menjana polygon berdasarkan objek tertentu melalui
penentuan jarak.

Data GIS

Data merupakan perkara penting untuk membangunkan pengunaan GIS. Terbahagi


kepada data spatial dan atribut. Data spatial mewakili objek di permukaan bumi, misalnya
mengunakan polygon mewakili kawasan guna tanah. Data atribut pula menerangkan data
spatial dalam bentuk jadual dengan menyatakan nama tuan tanah, alamat dan luas tanah.

Sumber data boleh didapati dalam bentuk grafik, digital dan laporan. Sumber
pertama ialah salinan keras dan digital. Sumber jenis ini biasanya berbentuk peta atau
pelan. Data ini boleh didapatkan daripada JUPEM. Sumber kedua ialah kamus data. Kamus
data ialah merupakan tempat simpanan data lanjut mengenai sesuatu data. Boleh
digunakan untuk menilai kualiti sesuatu data. Contoh kamus data ialah alatan yang
digunakan, kaedah cerapan dan skema pengekodan.

Sumber data ketiga ialah data remote sensing. Melibatkan pengukuran dan
tenaga electromagnet yang dipancar dari permukaan bumi dan atmosfera dengan
menggunakan penderia yang dipasang pada satelit. Hasilnya akan membentuk imej
permukaan bumi sesuatu kawasan lalu ditukar ke menjadi data digital. Data remote sensing
amat sesuai digunakan dalam GIS kerana tidak memerlukan ketepatan yang tinggi.

Sumber data keempat ialah GPS. GPS digunakan untuk menetukan kedudukan
sesuatu di bumi mengunakan satelit. Penentududukan dilakukan selama 24 jam. Terdiri
daripada tiga segmen iaitu angkasa, bumi dan pengguna. Data kelima ialah fotogrametri.
Ditakrifkan sebagai teknik pengukuran dari udara. Foto ini diambil menggunakan kamera
metric. Boleh juga mengambil gambar dari permukaan bumi.
Komponen data GIS

Komponen pertama ialah ruang. melibatkan keduduka objek yang perlu dinyatakan
dalam system coordinate. System koordinat ditakrifkan sebagai matematik untuk
memudahkan nilainya boleh ditukar kepada nilai system koordinat lain. Kedua komponen
topologi. Merupakan data berbentuk makklumat yang menerangkan hubungan antara
objek dan ruang. ketiga komponen atribut. Komponen ini menerangkan keadaan dan sifat
objek. Sesuatu objek boleh memiliki beberapa atribut. Akhir sekali ialah komponen masa.
Komponen ini melibatkan masa yang menunjukkan perubahan dengan mengunakan
maklumat yang terhasil daripada GIS. Misalnya sebuah kawasan yang dahulunya hutan kini
telah dibangunkan menjadi kawasan bandar.Kompenen masa ini penting untuk
mengemaskini data.

Proses kemasukan data

Proses kemasuka data sangat rumit, memakan masa, memerlukan ramai tenaga dan
sering berlaku kesilapan. Terdapat empat kaedah memasukkan data dan yang pertama ialah
pendigitan. Kaedah ini digunakan untuk memetik data spatial ke dalam bentuk salinan
keras dan digital. Melibatkan proses menukarkan data raster ke vector. Dalam pendigitan
terdapat dua cara iaitu meja pendigit dan pendigitan on screen.

Kaedah kedua ialah pengimbasan. Kaedah ini memerlukan alat pengimbas untuk
menukarkan peta bentuk grafik ke bentuk digital. Memerlukan ruang storan computer yang
besar dan ram tinggi. Kaedah ketiga ialah papan kekunci. Digunakan untuk memasukkan
maklumat atribut. Data atribut biasanya disimpan dalam bentuk jadual. Kaedah terakhir
ialah penukaran format. Format merupakan masalah utama system pemindahan data ke
system yang lain. GIS menyediakan fungsi convert to shapefile dalam ArcView. Data spatial
disimpan dalam bentuk shp manakala data atribut disimpan dalam bentuk dbf.

Kualitii data

Terdapat enam komponen kualiti data iaitu ketepatan ruang. ketepatan ruang
berkaitan dengan kedudukan objek. Ketepatan ruang terbahagi kepada dua iaitu mutlak dan
relative. Mutlak ialah ketepatan yang dinyatakan berbanding dengan asalan. Relative pula
ialah perbezaan koordinat antara dua objek. Ketepatan ini lebih penting daripada ketepatan
mutlak. Komponen kedua ialah ketepatan atribut. Atribut boleh dinyatakan sebagai
pemboleh ubah diskrit dan selanjar. Diskrit adalah pembolehubah yang jelas kelihatan
seperti tanah, manakala selanjar yang tidak kelihatan seperti suhu. Komponen ketiga ialah
kekonsistenan. Lapisan data GIS perlu sentiasa konsisten dan diberi perhatian kerana
sering berlaku data disimpan dalam dua tempat. Kerap berlaku pada data spatial. Komponen
empat ialah kebezajelasan. Kebezajelasan bermaksud kualiti data dari konteks skala
antara penyimpanan data dan persembahan maklumat GIS. Data GIS boleh dipersembahkan
pada sebarang skala dan ini menyebabkan data GIS disimpan tanpa skala. Komponen kelima
ialah kesempurnaan. Kesempurnaan yang diambil kira ialah liputan, kesahihan dan
pengkelasan. Kesempurnaan ini hanya dapat ditunjukkan dalam data atribut. Komponen
terakhir ialah terkini. Data demografi boleh berubah pada bila-bila masa. Oleh itu masa pada
ketika data diambil adalah penting. Tarikh perolehan data biasanya akan diambil seperti
tarikh pengambilan foto udara. Pengabaian aspek masa menyebabkan maklumat
disampaikan salah.

Anda mungkin juga menyukai