Anda di halaman 1dari 4

Definisi dan Konsep Runoff

Menurut Arnell (2002:82) Runoff ialah jumlah hujan yang tidak disejatkan manakala
streamflow didefinisikan sebagai jumlah air dalam alur sungai. Melalui definisi yang
diberikan oleh Arnell, runoff merupakan baki air hujan setelah ditolak dengan air hujan yang
mengalami sejatan. Air hujan yang telah disejatkan tidak lagi dikira sebagai sebahagian
daripada Runoff atau air larian. Runoff tidak terdiri daripada keseluruhan kuantiti hujan yang
turun kerana hujan juga tidak terkecuali daripada mengalami proses sejatan semula yang
akan mengurangkan jumlah air yang akan menjadi larian air atau runoff. Definisi yang
diberikan oleh Arnell juga sangat umum kerana tidak menyentuh secara spesifik sama ada ia
melibatkan keadaan secara overland flow, lateral flow atau groundwater flow. Difenisi yang
diberikan oleh Arnell juga tidak menyentuh tentang pergerakan air tersebut. Hal ini
menyebabkan Runoff boleh merangkumi ketiga-tiga mekanisme iaitu overland flow, lateral
flow dan groundwater flow. Hal ini disebabkan air hujan yang tidak tersejat mengalami
susupan atau infiltrasi menjadikannya sebagai lateral flow dan groundwater flow. Hal ini
bergantung kepada beberapa faktor seperti kuantiti hujan, topografi, vegitasi dan jenis tanih
yang mempengaruhi keporosannya. Walau bagaimanapun, sekiranya tanah telah menjadi
tepu air yang berada dipermukaan akan menjadi overland flow dan pada masa yang sama
masih akan disejatkan.

Manakala menurut ASCE (1996) pula, air larian atau air larian permukaan, merujuk
kepada semua air yang mengalir di permukaan bumi, sama ada dengan aliran permukaan
secara lembaran atau oleh aliran dalam alur seperti rills, galur, anak sungai atau sungai.
Manakala aliran sungai merujuk kepada aliran dalam sungai semula jadi. Definisi yang
diberikan oleh ASCE menunjukkan bahawa setiap air yang bergerak dipermukaan bumi
merupakan air larian. Hal ini juga termasuklah air yang bergerak di alur sungai. ASCE juga
menyatakan melalui definisinya bahawa air larian bebas bergerak secara lembaran ataupun
mengikuti bentuk muka bumi yang dilaluinya seperti rills, galur, anak sungai atau sungai.
Walau bagaimanapun, ASCE mengkategorikan air semulajadi sungai yang bergerak sebagai
aliran sungai. Oleh itu, definisi yang diberikan oleh ASCE (1996) dapat disimpulkan kepada
sifat aliran air larian yang mengalir dipermukaan bumi dan dibezakan pula dengan air aliran
sungai yang bersifat semulajadi. Melalui definisi ini juga ASCE ini juga, air larian hanya
berlaku dipermukaan atau hanya merujuk kepada overland flow dan tidak melibatkan dua
mekanisme lain iaitu lateral flow dan groundwater flow. Hal ini jelas apabila definisi yang
diberikan oleh ASCE menunjukkan aliran air permukaan yang hanya mengikut sifat bentuk
dipermukaan bumi seperti rills, galur, anak sungai dan sungai.

Ward dan Robinson (1990:216) mengatakan runoff adalah meliputi pergerakan


graviti air dalam alur. Ia mungkin berbeza dari segi saiz iaitu bermula daripada pergerakan
paling kecil hingga pergerakan paling besar seperti sungai. Davie (2003:69) juga
mengatakan runoff adalah istilah yang meliputi pergerakan air ke alur sungai selepas ianya
sampai ke permukaan daripada kerpasan. Perbezaan yang paling ketara antara definisi yang
diberikan oleh Ward dan Robinson dengan Davie ialah wujudnya elemen pergerakan graviti
air dalam definisi yang diberikan oleh Ward dan Robinson. Hal ini menunjukkan bahawa
wujud pergerakan yang melalu sesebuah darjah kecerunan. Definisi yang diberikan oleh
Davie pula menunjukkan runoff sebagai air overland flow, lateral flow dan waterground flow
kerana ketiga-tiga mekanisme tersebut boleh menepati ciri “pergerakan air ke alur sungai”
dan “selepas ianya sampai ke permukaan daripada kerpasan”.

Proses Runoff

Gambar 1: Proses Runoff


Sumber: Davie, T (2008).

Air hujan yang jatuh ke permukaan tanah akan terus mengalir ke alur sungai (Nordin Sakke,
2017). Pengaliran air ke sungai terbahagi kepada beberapa proses. Runoff memiliki 3 proses
yang berbeza iaitu overland flow, lateral flow dan groundwater flow. Overland flow ialah air
yang mengalir melintasi permukaan tanah sebelum sampai ke sungai. Lateral flow adalah air
mengalir yang berlaku pada subsurface yang cetek. Manakala groundwater flow pula ialah
air mengalir yang berlaku di deeper saturated zone. Semua proses ini menyumbang kepada
streamflow.

Overland flow berlaku di permukaan tanah sebelum mengalir ke air sungai. Kadar
overland flow ini bergantung kepada kadar hujan yang diterima iaitu apabila kadar hujan
melebihi kadar susupan tanah (Horton, 1933). Menurut Horton (1933) juga, lebihan air
hujan digumpul di permukaan sebelum bergerak ke sungai. Kadar susupan sesuatu tanah itu
jelas sebagai pengawal kepada overland flow runoff. Hal ini kerana, overland flow akan
berlaku secara giat apabila kapasiti susupan sesuatu tanah itu berada pada tahap yang
rendah. Walaubagaimanapun, cara overland flow berlaku juga turut dikaji oleh pengkaji lain
selain Horton, iaitu Hewlett dan Hibbert pada 1967 (Davie.T,2008). Hewlett dan Hibbert
(1967) mengatakan apabila berlakunya hujan maka semua air akan menyusupi permukaan.
Air akan menyusupi sehingga ke permukaan paras bawah dan akan kembali ke permukaan.
Hal ini berlaku kerana water table di permukaan bawah adalah terlalu hampir dengan
permukaan tanah, oleh itu apabila hujan, ruangan itu akan mudah diisi oleh air dengan
cepat lalu melimpah keluar (Hewlett dan Hibbert, 1967).

Throught flow atau lateral flow adalah pergerakkan air melalui zon kering, selalunya
disebut sebagai soil matrix. Lateral flow terjadi apabila air menyusupi permukaan tanah dan
terus bergerak samaada melalu soil matrix atau lateral. Semasa tanah mula basah,
pergerakkan air tidak semestinya tegak. Kecondongan water table pada cerun menyebabkan
air bergerak menuruni cerun. Pergerakkan air melalui soil matrik yang basah berlaku
perlahan. Pergerakkan air yang perlahan, iaitu daripada subsurface ke sungai diterangkan
melalui mekanisma translatory (Horton dan Hawkins, 1965). Apabila air memasuki bahagian
atas tanah, air pada barisan bawah akan diganti. Oleh itu, air yang diganti itu tadi akan
bergerak ke sungai. Keadaan ini berlaku dikaitkan dengan tekanan.

Baseflow adalah sebahagian air hujan yang telah memenuhi permukaan lalu
menyusup ke dalam tanah sehingga memenuhi water table lalu mengalir ke sungai atau laut
(My Agriculture Information Bank, 2015). Pergerakkan air jenis baseflow ini adalah perlahan,
oleh itu ianya juga turut dikenali sebagai delayed runoff. Baseflow juga turut dikenali
sebagai groundwater flow (My Agriculture Information Bank, 2015). Menurut Davie (2008)
mengatakan sumber air bagi baseflow adalah air bawah tanah. Air bawah tanah adalah air
yang telah diserap oleh permukaan tanah lalu bergerak ke zon tepu. Apabila air itu sudah
berada di zon tepu, maka air itu tadi akan bergerak ke bawah menuju ke arah aliran. Secara
umumnya, baseflow juga adalah berpunca daripada rembesan air yang perlahan dari air
bawah tanah ke sungai (Davie T, 2008).

Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan definisi dan konsep runoff telah dikemukakan
oleh ramai pengkaji. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam setiap definisi dan konsep
yang telah diberikan. Perkara ini menunjukkan bidang berkaitan runoff telah dikaji dengan
giat oleh pelbagai pengkaji di seluruh dunia. Runoff dikaitkan dengan hujan kerana menurut
Arnell (2002) bahawa runoff ialah jumlah hujan yang tidak disejatkan. Air hujan yang jatuh
ke permukaan bumi akan mengalami tiga aliran iaitu overland flow, lateral flow dan
groundwater flow. Setiap daripada aliran ini pada akhirnya akan mengalir ke sungai atau
laut untuk disejat semula ke atmosfera. Keadaan inilah yang dinamakan sebagai kitaran
hidrologi yang mana prosesnya sentiasa berulang pada setiap masa.
RUJUKAN

Arnell, N. 2002. Hydrology and Global Environmental Change. Harlow: Pearson Education
Limited.

Ward, R. C. dan Robinson, M. 1990. Principles of Hydrology. 3rd edition. London: McGraw-
Hill.

Davie, T. 2008. Fundamentals Of Hydrology. Second edition. London: Routledge Taylor &
Francis Group.

Hewlett, J.D dan Hibbert, A.R. 1967. Factors Affecting The Response of Small Watersheds to
Precipitation in Humid Areas. New York: W.E. Sopper and H.W. Lull Forest Hydrology.

Horton, J.H. dan Hawkins, R.H. 1965. Flow Path of Rain From the Soil Surface to the Water
Table. Soil Science 100:377-383.

My Agriculture Information Bank. 2015. Runoff, And Their Types.


file:///C:/Users/user/Desktop/Hidrologi%20dan%20Sumber%20Air/Runoff%20and%20their
%20Types.pdf dilayari pada 25 Februari 2018.

Nordin Sakke. 2017. Lembangan Saliran: Memahami Fungsi, Struktur Dan Proses Gerak
Balas Dalam Kajian Hidrologi Dan Sumber Air. Dalam Ramzah Dambul et al. (ads). Antologi
Artikel Geografi 2017, hlm 261-284. Kota Kinabalu:UMS.

Anda mungkin juga menyukai