Anda di halaman 1dari 19

JMG 101

RAKAMAN SEMASA KURSUS INTENSIF

Topik: Kartografi

Dr. Nik Norliati Fitri Md Nor


Kartografi

-merupakan satu teknik yang berupaya


mengecilkan ciri-ciri ruangan yang besar dan
apa sahaja yang terdapat di atas permukaan
bumi serta ruangannya dan mengolahnya
supaya dapat diteliti dengan cepat dan mudah
oleh manusia dan ahli kartografi.
• Definisi lain bagi kartografi ialah sebagai satu
seni, sains dan teknologi penghasilan peta serta
kajiannya sebagai dokumen saintifik dan kerja
seni. Ini termasuk semua jenis peta, pelan,
carta atau model 3 dimensi dan glob yang
mewakili bumi pada skala tertentu.

• Cartogragphy (dalam Bahasa Yunani, chartis=


peta dan graphein= tulis) ===kajian dan amalan
penyediaan peta.
Teknik mengecilkan ruang

• Apa yang dikecilkan?


- Objek atau fenomena yang berlaku di atas ruang
seperti rumah, penduduk, jalan, taburan hasil
pertanian dan migrasi.
oBagaimana cara ia dikecilkan?
-Menggunakan PETA yang boleh menunjukkan
lokasi, jarak, dan luas permukaan.
• Dalam proses mengecilkan ruang dan memindahkan
maklumat ruangan yang penting dalam bentuk yg mudah
difahami oleh manusia pelbagai kaedah dan kemahiran
digunakan termasuklah melalui penggunaan rajah, jadual
dan peta.

• Dalam konteks kartografi sebagai satu alat komunikasi,


dunia sebenar merupakan sumber dan konsepsi ahli
kartografi iaitu kemahirannya dalam mengecilkan,
mengeneralisasi dan mewakilkan fenomena dunia
sebenar dalam bentuk peta atau rajah.

• Terdapat tiga elemen peta iaitu; i) skala; ii) simbol; iii)


unjuran peta
Peta: Pengenalan

• Pada masa dahulu peta dilukis oleh manusia dan bukan dihasilkan oleh
komputer atau mesin seperti sekarang.
• Peta merupakan medium tradisi ahli geografi.
• Peta adalah alat dan medium yang membolehkan ahli geografi menunjukkan
bumi kepada orang ramai.
• Justeru itu, peta merupakan satu medium di mana ahli geografi cuba berhubung
dengan orang lain di dunia.
• Peta sememangnya merupakan sebuah alat perhubungan yang universal
yang tidak memerlukan bahasa.
• Peta yang dihasilkan oleh ahli kartografi adalah berdasarkan maklumat-
maklumat yang dikumpulkan dari bumi atau gambar-gambar dari satelit dan
foto udara.
Definisi Peta

• Peta didefinisikan sebagai sesuatu perwakilan ke


atas sesuatu kawasan tertentu di permukaan
bumi yang sebenar.
• Peta juga merupakan unjuran maklumat-
maklumat dari bumi sebenar yang berbentuk
sfera ke atas sesuatu permukaan yang
mendatar.
Tujuan Peta Dihasilkan

• Menyampaikan maklumat atau berkomunikasi dengan


menggunakan kaedah grafik.
• Peta menyediakan maklumat tentang kewujudan, lokasi,
jarak atau dua lokasi seperti lokasi tempat tinggal dan
laluan perjalanan dan jaringan komunikasi menunjukkan
bentuk muka bumi dan ketinggian.
• peta juga digunakan untuk menunjukkan taburan ciri
geografi,iaitu ciri fizikal dan ciri budaya, perancangan dan
penggunaan dalam ketenteraan-merancang kemasukan
tentera ke sesuatu lokasi.
Jenis-jenis peta yang sering digunakan dalam geografi:

Peta Sebenar Peta tujuan umum (peta rujukan)

- Digunakan sebagai rujukan


- -mempunyai pelbagai jenis maklumat
Peta tujuan khusus (peta tamatik)

- Digunakan untuk tujuan khusus


- -memaparkan satu tema sahaja
Peta Maya Peta Minda

-Persepsi seseorang terhadap dunia sebenar hasil


pemerhatian terhadap alam atau peta yang pernah
dilihat.
-hanya wujud dalam minda seseorang
Peta Digital

-Berbentuk digital sama ada didigit atau diimbas ke


dalam komputer
-wujud pada skrin komputer dan hilang apabila
komputer dimatikan.
Peta tamatik yang memaparkan satu tema khusus
sahaja iaitu mengenai kepadatan penduduk di Wilayah
Bali.
Kegunaan Peta

• 1. Alat paparan data


• 2. Penyimpanan peta
• 3. Indek ruangan
• 4. Alat analisis data
Kelebihan peta

• Peta amat berguna kepada masyarakat dalam


menyampaikan dan menyediakan maklumat
mengenai jumlah kejadian si sesuatu kawasan.
• Peta dijadikan alat penyimpanan data yang kekal
dan boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.
• Peta juga mampu menonjolkan sifat-sifat geografi
dan organisasi ruangan sesuatu kawasan, perkaitan
ruangan antara lokasi dengan lokasi yang lain.
Kelemahan Peta

• Banyak maklumat yang mungkin berguna telah ditinggalkan dalam


proses penyediaan peta tersebut.
• Perwakilan fenomena geografi adalah melalui simbol terpilih. Oleh yang
demikian, kesesuaiannya amat bergantung kepada kebijaksaan ahli
kartografi yang melukis peta tersebut. Sekiranya ahli kartografi tidak
menggunakan simbol yang efektif, kemungkinan proses
menyampaikan maklumat melalui peta ini akan terganggu.
• Berlaku herotan pada bahagian tertentu peta. Bumi berbentuk sfera
ditukarkan ke bentuk rata jadi akan berlakunya sedikit herotan dan
ketidaktepatan.
• Peta hanya mewakilkan atau menerangkan idea yang berlaku di
atas ruang dan tidak mewakilkan data yang tiada kaitan ruangan.
Sifat-sifat peta

• 1. Kejituan Ortomorfik
• 2. Nisbah Benar
• 3. Arah Benar
• 4. Jarak Sama
Penggunaan simbol dan petunjuk
pada peta
• Ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di sesuatu kawasan dapat
direkodkan dalam peta dengan menggunakan simbol.

• penggunaan simbol pada peta membolehkan kita mendapat maklumat


sesuatu ciri dengan cepat,mudah dan berkesan.

• jenis- jenis simbol yang digunakan ialah simbol titik,simbol garisan,


simbol kawasan dan simbol bergambar.

• petunjuk juga disediakan pada setiap peta untuk menerangkan makna


simbol yang digunakan.

• singkatan juga digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan


budaya.

• warna tertentu juga digunakan untuk melambangkan sesuatu ciri


dalam peta.
Pembuat peta mestilah:

• Ada tujuan khusus


• Memasukkan maklumat yang diperlukan sahaja
• Gunakan skala yang dapat menunjukkan fenomena
yang diperlukan.
• Tahu siapa pengguna peta atau siapa yang akan
menggunakan peta tersebut.
Simbol

• Simbol digunakan untuk mewakili maklumat yang


berkaitan dengan sesuatu fenomena yang terletak di atas
permukaan bumi di dalam peta.
• Penggunaan simbol yang berbeza warna, bentuk dan saiz
boleh membawa pelbagai makna sama ada hanya sekadar
menunjukkan kewujudannya, nilai yang diwakili atau
kepentingannya.
• Terdapat 4 sifat simbol berbeza yang sering digunakan;
simbol bersifat nominal, ordinal, interval (jeda) dan ratio
(nisbah).
Kesimpulan

• Kepentingan peta dalam kehidupan seharian tidak


dapat dinafikan kerana ianya merupakan
perwakilan dunia sebenar dalam bentuk
memudahkan pemahaman tentang taburan
ruangan dan perkaitan ruangan antara fenomena.
Rujukan

• Chan, N.W, Narimah Samat dan Jabil Mapjabil.


(2008). Teknik-teknik dalam Geografi. Pulau
Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai