Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN FACEBOOK:

Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja. Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul.Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas. Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia. Contohnya,Sasterawan Negara Datuk A. Samat Said dan Perdana Menteri DatoSeri Najib pun mempunyai Facebook khabarnya sudah mempunyai hamper tiga puluh ribu orang rakan dan telah ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai Facebook. Penggunaan Facebook juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh, menambh kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui Facebook pengguna boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian Facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan Facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris. Setiap kali kita masuk ke laman Facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama Facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke Facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman Facebook mereka. Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam Facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman di sesuati tempat yang menarik pasti ramai yang akan member respond an cadangan yang menarik. Melalui Facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Banyak permainan yang terdapat di dalam Facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi. Selain itu, Facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang. contonhya, Datuk Dr. Awang Adek

yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan.

Alat perantara untuk perniagaan:


Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook. Selain itu, perniagaan di alam maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa di tanggung oleh perniaga. Contohnya, kos pengiklanan, kos talian(telefon) dan sebagainya. Dengan cara ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada para peniaga. Langkah yang paling berkesan untuk mempromosikan jualan kita di Facebook ialah, kita mesti terus menerus berkongsi sesuatu di Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini bagi memastikan kita visible pada diri rakan-rakan di Facebook. Kalau sekejap timbul sekejap tenggelam,orang tidak akan ingat siapa kita. Utamakan kandungan berbanding mempromosi semata-mata. Dengan banyak memasukkan info seperti di bahagian status, rakan-rakan di Facebook akan sedar akan kewujudan kita. Daripada itu, Elakkan promosi berlebih-lebihan di Facebook kerana ia tidak membantu bisnes untuk jangka masa yang lama. Hal ini kerana, Facebook adalah tempat membina dan mengembangkan jenama (bisnes). Kurang sesuai untuk menjual semata-mata.

Sebagai medium menambahkan ilmu pengetahuan:


Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, Facebook memang sangat baik digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi,kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya manfaatkanlah jaringan maya di internet dengan sebaik mungkin. Pengguna Facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui Facebook ini melalui perbincangan, forum atau isi yang menarik yang boleh dibicangkan bersama rakan-rakan. Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diertikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang kita pahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun ceramah yang dilakukan juru agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi komunikasi yang tak terbendung lagi, maka aktiviti syiar pun berkembang mengikut perkembangan zaman. Saat ini, melalui apa yang disebut jejaring media, Facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur, 2009). Melalui Facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan bertukartukar pandangan. Contohya kita berminat untuk berbincang mengenai kegemaran bermain futsal. Jadi kita boleh membuka satu kumpulan pemain futsal . Dari kumpulan itu, kita akan memperolehi pelbagai info yang menarik tentang bermain futsal yang baik. Ini akan dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang bermain futsal ini.

Anda mungkin juga menyukai