Anda di halaman 1dari 4

Negara apa kalau dibuang 1 huruf jadi benda, kalau dibuang 2 huruf jadi

manusia?

Sembunyikan

ITALI. Buang 1 huruf jadi TALI, buang 2 huruf jadi ALI.

Apakah yang bulan Disember ada, dan bulan lain tiada?

Sembunyikan

Huruf "D".

Ikan apakah yang boleh diberhentikan sementara?

Sembunyikan

Ikan paus (ikan pause).

Saya boleh melihat, tetapi tidak boleh mendengar. Siapakah saya?

Sembunyikan

Mata.

Di dalam sebuah bas terdapat :


Perempuan hamil - 24 tahun
Pengawal keselamatan - 37 tahun
Lelaki asing - 56 tahun
Pemandu - 68 tahun
Siapakah yang paling muda?

Sembunyikan
Bayi kepada perempuan hamil tersebut. .

Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?

Sembunyikan

Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

Apa beza disini dan disana?

Sembunyikan

Huruf 'i' dan 'a'.

Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri-biri hitam?

Sembunyikan

Kerana biri-biri putih lebih banyak di dalam dunia ini.

Apa yang mahal pada BMW?

Sembunyikan

Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu.

Kalau kita makan kita berasa, kalau kita tak makan pun kita berasa. Apakah
itu?

Sembunyikan
Makanan. Kerana kalau tak makan kita akan berasa lapar.

Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia
nak pergi tu 60 sen. Macam mana dia nak pergi ke tempat tu?

Sembunyikan

Dia buat muka seposen je. 50 sen + 10 sen = 60 sen.

Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?

Sembunyikan

Jawapan lain dia salah la.

Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi?

Sembunyikan

Tumpah la.

Antara penyu dan telur yang mana boleh makan?

Sembunyikan

Penyu, sebab dia ada mulut.

Bilik apa yang selalu nampak kita?


Sembunyikan

ICU.

Dalam banyak-banyak mee, mee apa yang ramai?

Sembunyikan

Meeting.

Pen apakah yang boleh dimakan?

Sembunyikan

PENadol. Hehehe. Gurau saja.

Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

Sembunyikan

BINatang.

Bagaimanakah caranya nak lembut kan lembu?

Sembunyikan

Tambahkan huruf "T" kat hujung perkataan Lembu, maka jadilah Lembut.

Anda mungkin juga menyukai