Anda di halaman 1dari 21

Villino Binti Sangkar

BBEK4203 Prinsip Makroekonomi


May Semester 2022

BBEK4203
PRINSIP MAKROEKONOMI
MAY SEMESTER 2022

VILLINO BINTI SANGKAR


STUDENT NO:
940121126890001
EMAIL:
villinoenno@gmail.com
MOBILE NO
019-8026890

1
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Artikel 4-7

3.0 Dasar Fiskal 7-16

4.0 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi 17


Negara

5.0 Kesan-Kesan Tindakan Kerajaan Ke Arah Mencapai Matlamat 17-20


Makroekonomi Jangka Panjang Negara.

6.0 Kesimpulan 20

Rujukan 21

1.0 Pendahuluan

2
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

Setiap tahun kerajaan akan membentangkan belanjawan. Setiap kali Menteri


Kewangan membentangkan belanjawan pasti kita akan mendengar perkataan ‘fiskal’
disebut berulang kali. Apakah sebenarnya ‘fiskal’ itu?. Belanjawan sesebuah negara
mengandungi perancangan kerajaan terhadap perbelanjaan yang akan dilakukan
oleh kerajaan dan dari mana kerajaan akan mendapat sumber untuk membiayai
perbelanjaan yang ingin dibuat itu.Fiskal secara asasnya adalah perbincangan
tentang dua alat utama dalam belanjawan iaitu yang pertama ialah cukai dan alat
yang kedua ialah perbelanjaan kerajaan.

Jadi, apa dia dasar fiskal ini? Dalam bahasa mudahnya dasar fiskal ini merujuk
kepada keputusan kerajaan untuk menaik atau menurunkan cukai dan menaik atau
menurunkan perbelanjaan kerajaan, berdasarkan masalah ekonomi yang dihadapi
oleh sesebuah negara. Selain cukai dan perbelanjaan yang menjadi alat untuk dasar
fiskal ini, ia juga mempunyai dua strategi yang biasa digunakan oleh kerajaan iaitu
‘strategi fiskal mengembang’ atau ‘strategi fiskal menguncup’ yang akan penulis
terangkan selepas ini. Untuk kita memahami bagaimana polisi fiskal ini dilaksanakan
kita akan terus melihat kepada masalah ekonomi yang biasa dilalui oleh sesebuah
negara. Di situ kita akan melihat bagaimana polisi fiskal ini diaplikasikan untuk
mengatasi masalah ekonomi ini. Biasanya ekonomi akan berhadapan dengan dua
masalah besar iaitu samada kemelesetan atau inflasi.

Masalah ekonomi yang pertama iaitu kemelesetan ini berlaku apabila terdapat
penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara dalam
dua suku tahun berturut-turut. Maknanya nilai barang-barang yang dikeluarkan oleh
kilang dan yang dijual oleh peniaga-peniaga semakin berkurang. Ini disebabkan oleh
kurangnya permintaan agregat (jumlah permintaan keseluruhan dalam negara).
Rakyat pada masa ini kurang berbelanja kerana mereka tidak ada banyak duit. Pada
masa kemelesetan kadar pengangguran tinggi. Ramai orang tidak bekerja kerana
tidak banyak peluang pekerjaan. Ini berpunca daripada syarikat-syarikat perniagaan
yang tidak dapat menjana keuntungan dan banyak yang ditutup.

2.0 Artikel

3
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

Dasar Fiskal: Kerajaan fokus pacu negara keluar daripada pandemik

Kuala Lumpur: Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara


memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong
kerajaan secara proaktif meneruskan dasar yang fleksibel dan pragmatik demi
melindungi rakyat dan perniagaan serta menyokong ekonomi dalam menghadapi
situasi luar biasa ini. Kerajaan terus menyediakan sokongan fiskal yang besar pada
2021 melalui pakej bantuan dan rangsangan ekonomi tambahan bagi
mengurangkan impak buruk pandemik dan langkah kawalan, demikian menurut
laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang
dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Jumaat. Kerajaan mengumumkan lapan
pakej bantuan dan rangsangan bernilai RM530 bilion dengan sokongan fiskal
sebanyak RM80 bilion disediakan di bawah Kumpulan Wang Covid-19 sejak
penularan pandemik tahun lepas, jelasnya.

Laporan itu menambah, pendirian fiskal kerajaan Persekutuan ialah terus


mengutamakan untuk memacu negara keluar daripada krisis pandemik, dengan
sokongan fiskal yang ketara dijangka mampu membendungnya, menyokong aktiviti
ekonomi domestik, menjana pelaburan, merangsangkan perbelanjaan pengguna
dan mewujudkan peluang pekerjaan.Pelaksanaan langkah pemulihan yang lebih
bersasar telah memberi kesan positif kepada ekonomi dan dibuktikan melalui
pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada 7.1 peratus pada separuh pertama tahun
ini, menurutnya. "Susulan proses peralihan politik yang lancar serta kesinambungan
dasar yang jelas, kerajaan yakin ekonomi akan pulih dan mencatatkan pertumbuhan
positif pada 2021," tambahnya.Kerajaan memanfaatkan pelbagai instrumen fiskal
untuk mengimbangi keperluan perbelanjaan dan kemampanan fiskal bagi memacu
pemulihan ekonomi dan kesihatan, termasuk penggunaan sebahagian dana
Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAP) bagi memastikan pembiayaan mencukupi
dan mempercepat pelaksanaan program vaksinasi di bawah Program Imunisasi
Covid-19 Kebangsaan (PICK).

4
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

"Kadar vaksinasi di Malaysia adalah antara yang terpantas di dunia, sekali gus
membolehkan kerajaan membuka semula lebih banyak sektor ekonomi untuk
menyokong pertumbuhan," jelasnya.Selain itu, agenda sosioekonomi dan
pembangunan kekal menjadi keutamaan kerajaan dalam jangka sederhana, seperti
yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2021
hingga 2025. Justeru, sumber fiskal juga akan disalurkan bagi melaksanakan
program dan projek di bawah RMK12, yang akan bertindak sebagai pemangkin
dalam mencorak hala tuju ke arah negara yang makmur, inklusif dan mampan,
tambahnya. Kerajaan juga telah mengemukakan usul di Parlimen untuk
meningkatkan had statutori hutang, dengan mengambil kira keperluan pembiayaan
langkah pemulihan dan pelaksanaan RMK12.

"Kerajaan menerusi Belanjawan 2021 telah mengunjurkan defisit fiskal


berbanding KDNK berkurangan kepada 5.4 peratus berdasarkan andaian pemulihan
ekonomi yang stabil pada separuh kedua 2020 dan berlanjutan hingga 2021,
bagaimanapun, kemunculan varian baharu Covid-19 yang lebih berbahaya dan
mudah merebak memberi cabaran besar kepada kerajaan dalam melindungi rakyat,
perniagaan dan ekonomi," jelasnya.Menurut laporan itu, hasil dianggarkan menyusut
6.7 peratus daripada anggaran belanjawan kepada RM221 bilion atau 14.6 peratus
kepada KDNK pada 2021.Kerajaan juga telah menyusun semula keutamaan
perbelanjaan ke arah menyokong sistem penjagaan kesihatan, meringankan beban
rakyat dan memastikan kelangsungan perniagaan dengan mengambil kira keperluan
fiskal yang semakin meningkat.

"Justeru, perbelanjaan dijangka kekal signifikan sebanyak RM320.6 bilion,


walaupun lebih rendah secara marginal sebanyak 0.6 peratus berbanding anggaran
belanjawan sebanyak RM322.5 bilion," menurutnya.Perbelanjaan mengurus pula
dijangka berkurangan sebanyak 7.1 peratus atau RM16.9 bilion, kepada RM219.6
bilion, terutama daripada bekalan dan perkhidmatan serta pemberian kepada badan
berkanun yang mempunyai rizab kewangan tinggi.Begitu juga, perbelanjaan
pembangunan yang dijangka turun 10.1 peratus kepada RM62 bilion daripada
anggaran belanjawan sebanyak RM69 bilion.

5
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

Laporan itu menambah, beberapa projek pembangunan telah dikaji dan dijadualkan
semula berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah
menjejaskan kemajuan pelaksanaan projek, namun peruntukan Kumpulan Wang
Covid-19 (KWC-19) dianggarkan meningkat sebanyak 129.4 peratus atau RM22
bilion kepada RM39 bilion bagi membiayai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi
tambahan. "Pandemik yang berpanjangan melangkaui jangkaan telah memaksa
kerajaan meningkatkan kapasiti perbelanjaannya dalam menyediakan sokongan
fiskal tambahan. Justeru, defisit fiskal kerajaan Persekutuan berbanding KDNK
diunjur meningkat kepada 6.5 peratus berikutan suntikan fiskal tambahan dan
unjuran KDNK yang lebih rendah," jelasnya.Pada 2022, prospek ekonomi dijangka
bertambah baik dan kembali kepada trajektori pertumbuhan disokong oleh liputan
vaksinasi yang lebih luas serta permintaan domestik dan luar yang stabil.

Kutipan hasil kerajaan Persekutuan pada 2022 dianggarkan lebih tinggi pada
RM234 bilion atau 14.3 peratus kepada KDNK didorong oleh jangkaan peningkatan
kutipan hasil cukai kepada RM171.4 bilion dan hasil bukan cukai berjumlah RM62.6
bilion.Selain itu, jumlah perbelanjaan dianggarkan meningkat kepada RM332.1 bilion
atau 20.3 peratus daripada KDNK, disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan
mengurusan kepada RM233.5 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak
RM75.6 bilion manakala baki RM23 bilion merupakan peruntukan KWC-
19.Peruntukan perbelanjaan pembangunan akan disalurkan kepada pelaksanaan
program dan projek di bawah RMK12, termasuk pembinaan Landasan Berkembar
Elektrik Gemas-Johor Bahru, Sistem Transit Rapid dan Lebuhraya Pan Borneo.

"Defisit fiskal berbanding KDNK dijangka berkurangan kepada enam peratus


selepas mengambil kira pertumbuhan hasil dan keperluan perbelanjaan," demikian
menurut laporan itu.Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata kerajaan terus komited melaksanakan dasar yang lebih terperinci dan
bersasar untuk memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya tahan negara
dan memangkin pembaharuan."Bagi tujuan ini, Bajet 2022 telah dirangka sebagai
usaha untuk merancakkan semula ekonomi dalam jangka terdekat serta strategi
pembangunan dan pembaharuan jangka sederhana yang akan menghidupkan
aspirasi yang diilhamkan dalam RMK12," katanya menerusi kata pengantar dalam
laporan tersebut.

6
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

Beliau berkata sebagaimana pentingnya dasar jangka pendek dalam memacu


pemulihan sosioekonomi pada 2022, pengukuhan asas bagi pembaharuan institusi
dan fiskal jangka panjang turut kritikal bagi membina semula daya tahan negara
pascapandemik, supaya negara bersedia menghadapi krisis seumpama ini pada
masa hadapan.

Disiarkan pada: Oktober 29, 2021 @ 4:26pm


My Metro

3.0 Dasar Fiskal

Dasar fiskal ialah satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan dasar
cukai dan perbelanjaan kerajaan agar keadaan ekonomi yang stabil dapat dicapai.

 Tujuan kerajaan melaksanakan dasar fiscal adalah untuk mencapai keadaan


ekonomi yang stabil tanpa inflasi dan pengangguran

 Kerajaan juga ingin mencapai pengagihan pendapatan yang lebih saksama


dengan merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan miskin

 Kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh diubah berdasarkan masalah


ekonomi semasa

Aspek Dasar fiskal mengembang Dasar fiskal menguncup

Masalah ekonomi Pengangguran Inflasi

Tujuan Meningkatkan permintaan agregat Mengurangkan permintaan agregat

Kadar cukai Menurunkan kadar cukai Menaikkan kadar cukai

Perbelanjaan kerajaan Meningkatkan perbelanjaan kerajaan Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

Kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh digabungkan untuk menghasilkan


dasar fiskal yang berbeza seperti yang berikut:

7
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

i) dasar fiskal mengembang

ii) dasar fiskal menguncup

Dasar Fiskal Mengembang

 Bertujuan meningkatkan permintaan agregat melalui penurunan kadar cukai


dan pertambahan perbelanjaan kerajaan

 Dasar fiskal mengembang digunakan ketika ekonomi mengalami kemelesetan


dan menghadapi masalah pengangguran

 Kadar cukai diturunkan supaya pendapatan boleh guna bertambah

 Kuasa beli dan permintaan pengguna meningkat dan perbelanjaan agregat


juga meningkat

 Begitu juga dengan peningkatan perbelanjaan kerajaan

 Permintaan agregat yang meningkat akan menggalakkan pengeluar untuk


menambah pengeluaran

 Lebih ramai buruh untuk menambahkan aktiviti pengeluaran

 Masalah pengangguran dikurangkan

Dasar Fiskal Menguncup

 Bertujuan mengurangkan permintaan agregat melalui peningkatan kadar


cukai dan pengurangan perbelanjaan kerajaan

 Dasar fiskal menguncup digunakan ketika ekonomi mengalami inflasi

 Kadar cukai dinaikkan supaya pendapatan boleh guna menurun

8
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

 Kuasa beli dan permintaan pengguna menurun dan perbelanjaan agregat


juga menurun

 Perbelanjaan kerajaan dikurangkan supaya perbelanjaan dan permintaan


agregat dikurangkan

 Permintaan agregat yang menurun akan memperlahankan pertumbuhan


ekonomi dan menurunkan kuasa beli pengguna

 Tingkat harga umum di pasaran menurun dan kadar inflasi menurun

Hasil kerajaan

 Merupakan semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam


bentuk cukai, yuran, lesen dan perkhidmatan

 Hasil kerajaan digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan

Sumber hasil kerajaan boleh dibahagikan kepada :

Sumber Hasil kerajaan.

9
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

Hasil cukai

Cukai merupakan bayaran wajib dalam bentuk wang yang dikenakan oleh kerajaan
berdasarkan akta-akta parlimen. Cukai kerajaan terbahagi kepada cukai langsung
dan cukai tak langsung

Cukai Langsung

 Sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain

 Sumber hasil cukai langsung merupakan sumbangan terbesar hasil kerajaan

 Cukai ini wajib dikenakan atas individu dan firma yang memperoleh sejumlah
pendapatan tertentu

Cukai pendapatan individu

 Dikenakan ke atas individu di Malaysia yang memperoleh pendapatan lebih


daripada satu amaun tertentu dalam tempoh setahun

 Dikenakan atas pelbagai bentuk pendapatan individu termasuk upah, elaun,


bonus, dividen, faedah dan sewa

 Jenis-jenis elaun kakitangan awam yang dikecualikan cukai ialah imbuhan


tetapperumahan, imbuhan tetap keraian, bantuan sara hidup dan bantuan
khas kewangan

 Tujuan kerajaan mengenakan cukai ini ialah :

1. Sebagai sumber hasil kerajaan

2. Merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin

3. Sebagai alat kawalan kerajaan untuk mengatasi masalah inflasi dan


kemelesetan ekonomi

10
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

Cukai pendapatan syarikat

 Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh oleh syarikat berhad

 Kadar cukai pendapatan syarikat antara 19% – 24%

Cukai pendapatan koperasi

 Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh oleh koperasi yang beroperasi di


Malaysia kecuali koperasi sekolah

 Cukai pendapatan koperasi merupakan sumbangan terendah dalam jumlah


hasil cukai langsung kerajaan

Cukai pendapatan petroleum

 Dikenakan atas semua syarikat petroleum yang menjalankan operasi di


Malaysia

 Kadar cukai pendapatan petroleum pada tahun taksiran 2016 ialah 38%

Cukai keuntungan hartanah

Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh daripada penjualan sesuatu hartanah

Duti setem

 Bayaran yang dikenakan berdasarkan nilai sesuatu harta apabila dokumen


harta yang dipindah milik disetemkan.

 Contoh proses pindah milik pembelian hartanah dan permohonan peminjam


atau bantuan kewangan

11
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

Cukai tanah

 Dikenakan atas pemilik tanah pertanian, tanah perusahaan, dan tanah


bangunan

 Bayaran cukai tanah adalah berbeza mengikut lokasi dan jenis tanah

Cukai pintu

Dikenakan atas pemilik rumah dengan tujuan untuk membiayai perbelanjaan


penyediaan prasarana dan perkhidatan awam oleh kerajaan tempatan

Cukai Tak Langsung

 Sejenis cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada pihak lain

 Jenis cukai ini dikenakan atas barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh pihak firma

 Pihak firma yang ingin mengekalkan margin keuntungan biasanya akan


memindahkan sebahagian atau sepenuhnya beban cukai tersebut kepada
pengguna dengan menaikkan harga jualan barang dan perkhidmatan

Duti eksais

 Dikenakan atas barang seperti rokok, tembakau, minuman keras dan


kenderaan bermotor yang dikeluarkan dalam negara untuk dijual di pasaran
tempatan

 Tujuan kerajaan mengenakan duti eksais ialah :

1. Sebagai hasil kerajaan

12
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

2. Menyekat penggunaan orang ramai teradap barang tertentu seperti


rokok dan minuman keras yang membahayakan kesihatan

Duti import

 Dikenakan atas barang penggunaan yang diimport dari luar negara seperti
buah-buahan, rokok, minuman keras dan barang-barang mewah

 Tujuan kerajaan mengenakan duti import ialah :

1. Sebagai sumber hasil kerajaan

2. Melindungi industri tempatan kerana pengenaan duti import


menyebabkan harga barang import naik

3. Mewujudkan lebihan banyak peluang pekerjaan kerana perkembangan


industri tempatan

4. Memperbaiki imbangan dagangan dan imbangan pembayaran negara

5. Mengatasi masalah lambakan dalam perdagangan antarabangsa iaitu


menjual barang dengan harga yang sangat murah di pasaran luar
negara berbanding dengan harga di negara asalnya

Duti eksport

 Dikenakan atas komoditi utama seperti petroleum, kelapa sawit, kayu balak
dan getah yang diekport ke luar negara

 Tujuan kerajaan mengenakan duti eksport ialah :

1. Sebagai hasil kerajaan

2. Menyekat eksport barang komoditi mentah yang tidak diproses secara


berlebihan dan menggalakkan pengeluar memproses barang komoditi

13
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

kepada barang siap atau separuh siap sebelum dieksport keluar


negara

3. Memajukan industri yang berasakan sumber tempatan kerana bahan


mentah diproses dalam negara

Cukai barang dan perkhidmatan (GST)

 GST merupakan cukai yang dikenakan ke atas penggunaan barangan dan


perkhidmatan yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2015

 GST merupakan cukai penggunaan yang berasakan konsep nilai ditambah

 Golongan berpendapatan tinggi yang menggunakan lebih banyak barangan


akan membayar lebih banyak cukai, manakala golongan berpendapatan
rendah yang menggunakan sedikit barang membayar cukai yang rendah

 Kadar GST pada tahun 2016 adalah 6%

Cukai perjudian

Dikenakan atas firma yang menjalankan operasi perjudian berlesen di Malaysia

Levi

 Dikenakan atas majikan bagi membawa masuk barang dan perkhidmatan ke


dalam negara

 Cukai ini biasa digunakan terhadap pekerja asing yang datang ke sesebuah
negara

Hasil bukan cukai

Kerajaan juga menerima hasil daripada sumber pendapatan yang lain seperti :

 bayaran denda dan penalti

14
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

 bayaran lesen dan permit

 faedah dan pulangan pelaburan kerajaan

 bayaran sewa, harta / aset kerajaan

 dividen, royalti petroleum dan gas asli

 pemberian kerajaan luar negara dan agensi antarabangsa

 dividen daripada saham dan GLC

Kesan Cukai atas Agihan Pendapatan

Agihan pendapatan merujuk kepada pembahagian jumlah pendapatan antara


individu atau kumpulan dalam ekonomi.

 Jurang pendapatan yang besar dalam masyarakat boleh memberi kesan


negatif terhadap pertumbuhan ekonomi jangka panjang, guna tenaga dan
menimbulkan konflik antara kelas sosial

 Kerajaan mengagihkan semula pendapatan dalam masyarakat dengan


mengutip cukai daripaad golongan kaya dan memberi bantuan kepada
golongan miskin dengan cukai yang diperoleh

 Setiap golongan rakyat harus membayar cukai kepada kerajaan mengikut


kadar yang ditentukan

 Kesan cukai adalah berbeza bergantung kepada kategori agihan pendapatan


dan jenis cukai yang dikenakan

Cukai progresif

 Cukai progresif ialah bentuk cukai yang kadarnya semakin tinggi apabila
pendapatan bertambah

15
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

 Apabila pendapatan seseorang individu meningkat, kadar cukaiyang


dikenakan terhadapnya adalah lebih tinggi

 Contoh cukai progresif ialah cukai pendapatan individu

 Pendapatan individu dikenakan kadar cuka yang berbeza berdasarkan tingkat


pendapatan boleh cukai masing-masing

Cukai regresif

 Cukai yang kadarnya semakin menurun apabila pendapatan bertambah

 Bentuk cukai ini memberi beban yang lebih besar atas golongan
berpendapatan rendah berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi

 Contohnya cukai barang dan perkhidmatan (GST)

 Kerajaan mengenakan kadar cukai yang sama bagi semua pengguna tetapi
golongan yang berpendapatan rendah menerima kesan yang lebih besar

Cukai berkadar malar

 Bentuk cukai yang kadarnya tetap walaupun pendapatan berubah

 Cukai berkadar malar menetapkan kadar cukai yang sama bagi semua
pembayar cukai tanpa mengira jumlah pendapatan syarikat

 Contohnya cukai pendapatan syarikat, firma dikenakan cukai pada kadar


yang sama tanpa mengira pendapatan yang diperoleh pada tahun tersebut

Perbelanjaan kerajaan

Kerajaan akan membuat perbelanjaan dengan menggunakan sumber hasil cukai


dan hasil bukan cukai

 Perbelanjaan kerajaan boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu :

16
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

1. perbelanjaan mengurus

2. perbelanjaan pembangunan

4.0 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara

Alat dasar ekonomi yang berbeza boleh digunakan untuk mengatasi masalah
ekonomi. Alat-alat dasar ekonomi yang digunakan akan memberi kesan yang
berbeza atas objektif makroekonomi.

5.0 Kesan-Kesan Tindakan Kerajaan Ke Arah Mencapai Matlamat


Makroekonomi Jangka Panjang Negara.

Tiada siapa dapat menduga bahawa COVID-19 menjadi krisis begitu besar dan
menjejaskan ekonomi dunia pada 2020.Bank Dunia menganggarkan 90 peratus
ekonomi dunia mengalami penguncupan tahun ini. Kemerosotan teruk yang berlaku
bermakna berjuta-juta orang di seluruh dunia, termasuk di Malaysia akan terjejas
akibat penyakit dan kehilangan pekerjaan serta mata pencarian.Kesan pandemik ini
dijangka menyebabkan peningkatan kemiskinan ekstrem global buat kali pertama
sejak 1998. Perkembangan ini turut melenyapkan kemajuan dicapai sejak 2017.
Walaupun berdepan pelbagai cabaran, ada tanda menggalakkan yang menunjukkan
bahawa Malaysia mampu menangani krisis ini dengan lebih baik berbanding negara

17
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

lain.Ekonomi negara mempunyai asas kukuh. Struktur ekonomi yang pelbagai,


sistem kewangan yang mantap dan langkah pengurusan kesihatan awam yang
berkesan serta sokongan dasar makroekonomi yang proaktif membantu
mengurangkan kesan pandemik.

Walaupun kita menjangka ekonomi akan menguncup ketara tahun ini, dengan
keluaran dalam negara kasar (KDNK) turun 3.1 peratus, termasuk penguncupan
ketara pada suku kedua serta ketidaktentuan terhadap pemulihan ekonomi, kita
masih ada harapan. Kerajaan menggerakkan strategi enam peringkat yang mampu
memacu semula ekonomi secara kukuh dan berdaya tahan. Kita memasuki
peringkat 'pemulihan' keempat yang menjadi asas kepada peringkat seterusnya
dalam usaha menghidupkan dan membentuk semula ekonomi. Ini bermakna
kerajaan bukan sahaja berazam untuk keluar daripada krisis ini, tetapi juga untuk
berada dalam kedudukan lebih baik berbanding sebelum ini supaya dapat
menangani krisis lain pada masa akan datang.Sejak sebelum krisis COVID-19,
ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mula berasakan bahawa pertumbuhan
menjadi semakin tidak menyeluruh dengan kadar pertumbuhan pendapatan tidak
sejajar dengan kos sara hidup.Mereka juga berasakan ekonomi tidak dapat
mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi yang mencukupi.Terdapat juga
kebimbangan standard tadbir urus perlu dipertingkatkan dan kualiti perkhidmatan
awam tidak sebaik seperti diharapkan masyarakat kelas pertengahan yang semakin
bertambah.Kami cuba menyelami isu ini dalam edisi terkini Malaysia Economic
Monitor, bukan sekadar melihat bagaimana negara dapat mengharungi krisis yang
dibawa oleh wabak COVID-19, tetapi mengambil peluang daripada krisis ini untuk
muncul dengan lebih gagah lagi. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan
perhatian.

Pertama, secara jangka pendek kerajaan mungkin perlu melakukan lebih lagi
untuk melindungi mereka yang sangat memerlukan, terutama isi rumah dan
perniagaan yang mudah terjejas, walaupun sokongan dasar yang penting
dilaksanakan.Walaupun sesetengah aktiviti ekonomi akan meningkat semula
selepas sekatan pergerakan ditamatkan, pendapatan dan peluang pekerjaan akan
mengambil masa untuk pulih, walaupun sesetengah bahagian ekonomi (seperti

18
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

sektor perkilangan) akan menyaksikan pertumbuhan lebih cepat berbanding sektor


lain (seperti pelancongan).

Ini mungkin bermakna bantuan kewangan tambahan perlu diberikan kepada


golongan terjejas, terutama kumpulan B40 yang tiada wang simpanan dan rangkaian
sokongan untuk berdepan kesan berpanjangan yang menjejaskan punca
pendapatan mereka.Krisis ini juga menekankan keperluan Malaysia mewujudkan
sistem perlindungan sosial lebih kukuh dengan kos lebih berkesan serta dasar lebih
bersepadu bagi meningkatkan kebajikan individu dan isi rumah ketika tempoh
pemulihan dan pada masa depan.Sistem berkenaan perlu menjamin tahap
perlindungan minimum bagi mereka memerlukan, berupaya menangani keadaan
yang berubah, menggalakkan pekerjaan dan mapan secara fiskal.Pengumuman
dibuat baru-baru ini untuk mengemas kini dan menaikkan garis kemiskinan Malaysia
adalah satu langkah penting. Dimensi kemiskinan bukan pendapatan dalam Indeks
Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) seharusnya dinaikkan juga dalam Rancangan
Malaysia Ke-12 yang akan datang.

Langkah ini akan membantu memaklumkan dasar dan program kerajaan bagi
memastikan rakyat Malaysia yang terjejas menerima sokongan diperlukan.Usaha
untuk menyokong isi rumah yang terjejas bermakna mewujudkan ruang fiskal
tambahan agar kerajaan mempunyai keupayaan menangani krisis lebih
berkesan.Walaupun sesetengah ruang boleh diwujudkan dengan memperuntukkan
semula perbelanjaan awam bukan teras dan mengembangkan hasil bukan cukai
(memastikan sumbangan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan
untuk perbendaharaan), apa yang diperlukan adalah untuk menghentikan buat
sementara had jumlah dan penggunaan pinjaman dikenakan oleh peraturan fiskal
Malaysia.Bagaimanapun, langkah ini memerlukan tindakan perundangan di
Parlimen.

Secara jangka sederhana pula, langkah perlu diambil dengan menyediakan


ekonomi untuk beroperasi di bawah normal baharu. Ini bermakna memulihkan
penampan fiskal Malaysia untuk bersedia menghadapi krisis akan datang.COVID-19
melanda secara mengejut di mana Malaysia memiliki ruang belanjawan terhad untuk
bertindak balas menerusi suntikan fiskal secara langsung. Apabila ekonomi pulih

19
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

nanti, langkah pembaharuan perlu diambil untuk meningkatkan hasil cukai (termasuk
mencari sumber hasil baharu yang lebih progresif).Fokus utama juga perlu diberikan
untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula tenaga kerja dalam ekonomi
baharu, serta merancakkan agenda digital dan mengurangkan jurang digital.

Malah, ketika sebelum krisis, kesedaran sudah wujud mengenai keperluan Malaysia
untuk menganjakkan pendekatan persaingannya ke arah menarik pelaburan lebih
berkualiti. Cabaran ini kini menjadi semakin kritikal untuk ditangani.Sekarang ialah
masa untuk mengatur perubahan menyeluruh bagi membantu melonjakkan negara
ke peringkat seterusnya untuk terus membangun pada tahun akan datang.Usaha
dijalankan Bank Dunia menunjukkan walaupun Malaysia dijangka mencapai status
negara berpendapatan tinggi dalam beberapa tahun akan datang, terdapat jurang
besar dalam rangka kerja dasar yang menghalang negara mencapai potensi
penuhnya – bahkan jurang ini menjadi lebih memudaratkan ketika krisis. Maka,
sekarang adalah masa untuk merancang dan melaksanakan dasar yang akan
membantu meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, meningkatkan kualiti
modal insan, meningkatkan daya saing, mewujudkan pekerjaan yang berkualiti,
memodenkan institusi dan mempromosikan rangkuman melalui rangka kerja
perlindungan sosial yang lebih kukuh, sesuai dengan aspirasi Malaysia untuk
menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju.

6.0 Kesimpulan

Dasar fiskal terus memainkan peranan utama bagi menyokong pemulihan ekonomi
dalam situasi pandemik COVID-19 yang berpanjangan. Gelombang ketiga penularan
wabak ini memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal Kerajaan terutamanya
dalam mengimbangi impak kepada generasi masa hadapan. Susulan peningkatan
mendadak kes COVID-19, proklamasi darurat telah diisytiharkan berkuatkuasa pada
11 Januari hingga 1 Ogos 2021 bagi meningkatkan penguatkuasaan, menambah
baik langkah pencegahan dan memperketat kawalan sempadan. Kerajaan juga
secara proaktif telah meneruskan dasar yang fleksibel dan pragmatik demi
melindungi rakyat dan perniagaan serta menyokong ekonomi dalam menghadapi

20
Villino Binti Sangkar
BBEK4203 Prinsip Makroekonomi
May Semester 2022

situasi luar biasa ini. Kerajaan terus menyediakan sokongan fiskal yang besar pada
tahun 2021 melalui pakej bantuan dan rangsangan ekonomi tambahan bagi
mengurangkan impak buruk pandemik dan langkah kawalan. Empat pakej tersebut
yang bernilai RM225 bilion telah diperkenalkan pada tahun ini iaitu Perlindungan
Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat
dan Ekonomi (PEMERKASA), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi
Tambahan (PEMERKASA+) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan
Ekonomi (PEMULIH).

Rujukan

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/07/712767/dasar-lebih-kukuh-ke-arah-
ekonomi-berpendapatan-tinggi.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/771710/dasar-fiskal-kerajaan-fokus-
pacu-negara-keluar-daripada-pandemik.

https://budget.mof.gov.my/pdf/2022/hasil/seksyen1.pdf

https://www.sinarharian.com.my/article/89602/BERITA/Nasional/Dasar-fiskal-
kerajaan-susulan-Covid-19-satu-respon-yang-tepat

21

Anda mungkin juga menyukai