Anda di halaman 1dari 9

DIPLOMA IN MANAGEMENT

SEPTEMBER/2022

MPU2192

FALSAFAH DAN ISU SEMASA 1

NO. MATRIKULASI : 000417070136001


NO. KAD PENGENALAN : 000417070136
NO. TELEFON : 0132601471
E-MEL : nrirdin4@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SEBERANG JAYA, PULAU PINANG


ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN………………………………………………………………....1

2.0 PUNCA-PUNCA LAZIM DI TEMPAT KERJA.……………………………….1

3.0 AMALAN-AMALAN TERKINI TERKINI UNTUK MENGURANGKAN KADAR


KEMALANGAN DI ORGANISASI……………………………………………..
4.0 KESIMPULAN……………………………………………...…………………..

5.0 PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN…………………..……………

RUJUKAN………………………………………………………………………………

Tugasan 1
1.0 Pengenalan/ objektif

Kajian ini mengkaji teori metafizik iaitu, meta bermaksud “selepas” dan fizik (physics)
bermaksud “alam fizikal” bahkan mengkaji tentang alam ghaib yang dicerap di alam
nyata (secara langsung atau tidak) mengenai hukum-hukum tabi’e alam fizikal.
Metafizik turut membahaskan tentang hakikat kewujudan hubungan antara insan yang
di sebut mikrokosmos (alam saghir) yang merujuk membina negara kecil dan
seterusnya melihat hubungannya dengan alam yang lebih besar yang disebut
makrokosmos (alam kabir) ataupun disebut diri besar. Tujuan metafizik ialah mencari
makna kehidupan yang paling asas dan ilmu yang menghubungkan antara insan, alam,
dan Tuhan dengan cara yang lebih luas. Oleh itu, metafizik ditafsirkan sebagai ilmu yang
membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Dalam masyarakat pelbagai beragama di Malaysia, kita menjaga hubungan dengan
Tuhan kerana mengikut dalam kefahaman agama, realiti tidak hanya terhad kepada
perkara yang bersifat hiasan seperti jasmani ataupun fizikal tetapi boleh juga diketahui
dengan cara yang rasional melalui akal dan pancaindera. Menurut Syed Muhammad
Naquib Al-Attas (2019), agama merangkumi keimanan, kepercayaan, amalan dan ajaran
serta anutan yang dihidupkan oleh orang Muslim. Kepercayaan dan amalan agama ini
dihidupkan sama ada secara bersendirian mahupun secara berkumpul atau bergabung
sebagai kaum dan umat, serta menjelmakan hakikatnya sebagai agama yang digelar
sebagai Islam.

2.0 Rumusan konsep metafizik (kematian) agama dan kepercayaan

Perkataan agama bermaksud kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan
Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha Kuasa.
Agama pada lazimnya berkaitan anutan, keimanan, kepercayaan kepada Tuhan, atau
sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, bahkan ia juga amalan dan institusi
yang berkait dengan kepercayaan yang diyakini dapat menjadi panduan dalam
kehidupan. Agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan
tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Setiap kaum di
Malaysia mempunyai latar belakang yang berlainan seperti agama, tradisi, budaya dan
kepercayaan dari pelbagai pandangan dan pemikiran yang berbeza.

1
Kematian (ajal) dalam perspektif falsafah Islam adalah terlepasnya pengurusan dan
pengaturan jiwa (nafs) atas badan dan terpisahnya jiwa dari badan tatkala ruh dicabut
oleh malaikat maut sebagaimana pada waktu tidur. Bezanya, kematian (ajal)
merupakan sebuah tidur yang panjang, sedangkan tidur adalah kematian sementara
atau kematian pendek, maka itu kematian adalah wafat (berpindah). Kematian boleh
disebabkan dengan berbagai cara iaitu dari kecelakaan, faktor umur yang meningkat,
penyakit dan sebagainya. Kematian dalam perspektif Al-Quran merupakan putusnya
keterikatan ruh dengan badan dalam bentuk yang telah diketahui, disertai pergantian
keadaan, serta perpindahan dari satu alam ke alam yang lain.

Perjalanan kehidupan dan kematian disusun atur mengikut syariat dan tidak
bercanggah dengan apa-apa yang dilarang samada daripada al-Qur’an dan juga al-
Sunnah.

Perbahasan metafizik ini memberikan keyakinan terhadap ketuhanan dan


menunjukkan kehebatan penciptaan alam yang begitu luas dan tanpa sempadan ini.

3.0 Perkongsian pengalaman kehilangan orang tersayang


jelaskan penerimaan anda terhadap kehilangannya.

Setiap orang bertindak balas secara berbeza terhadap kehilangan orang tersayang.
Banyak faktor mempengaruhi sebab kehilangan yang dilalui seseorang iaitu jantina,
umur, keadaan kesihatan, emosi, didikan, hubungan emosi dengan si mati. Kesan
terkejut dengan ketakutan dan perasaan sedih, tertekan, sayu, sedih iaitu emosi yang
menyedihkan tidak boleh terlalu lama, jika tidak, mereka akan mula memusnahkan jiwa
manusia.

Tanggal 2 Oktober 2020, perginya seorang bapa angkat saya yang bernama Salim
Baisun yang telah dijemput kembali ke Rahmatullah dalam keadaan sangat tenang di
Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Tempoh perkenalan kami cuma 4 tahun. Walaupun
mengenali dalam masa yang singkat, kasih sayangnya sebagai seorang bapa tetap dapat
saya rasai. Beliau bertugas seorang pegawai di IPD Kota Setar manakala ibu angkat pula
seorang suri rumah yang menjaga seorang anak perempuan kurang upaya dan seorang
2
anak lelaki. Mereka mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Dua
anak mereka, seorang lelaki dan seorang perempuan telah bekerja di luar negeri. Beliau
seorang bapa yang tegas dalam mendisiplinkan anak-anaknya dan menunjukkan kasih
sayang pada masa sama serta sentiasa menjadi penyokong setia anak-anaknya bahkan
beliau sudah memberikan yang terbaik bagi untuk keluarganya.

Beliau menghidap penyakit jantung tersumbat dan paru paru berair yang baru saja
beberapa bulan dan telah menolak untuk menerima rawatan di hospital. Disebabkan
kedegilan beliau menolak rawatan hospital, kami sekeluarga terpaksa akur dengan
keinginan beliau. Selama menghidap penyakit ini, beliau di berikan cuti untuk
berkhidmat dan berehat sehingga penyakitnya pulih seperti sedia kala. Setelah lama
kelamaan, penyakit sesak nafas bapa bertambah teruk, dadanya sakit, mukanya pucat
dan kurang selera makan yang menimbulkan kerisauan seluruh keluarga dengan
keadaanya yang menanggung kesakitan. Beliau juga tidak pernah merungut akan
kesakitan yang dialami dan sentiasa dalam keadaan gembira agar anak-anaknya tidak
bimbang dengan kesihatannya yang kian merosot setiap hari. Pada suatu ketika saya
sedang sibuk bekerja, ibu menelefon menangis teresak esak mengkhabarkan bahawa
bapa sudah dibawa ke hospital kerana kesukaran bapa untuk bernafas semakin parah.
Bapa di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dirujuk sebagai unit penjagaan
kritikal atau wad penjagaan intensif disebabkan penyakitnya terlalu serius yang
memerlukan tahap pemantauan perubatan paling berhati-hati dan tahap rawatan
perubatan yang paling tinggi. Beliau tidak boleh bernafas sendiri dan memerlukan
bantuan pernafasan melalui mesin ventilator untuk meneruskan pernafasan. Bapa
berada di hospital selama seminggu kerana doktor tidak mengizinkannya pulang
berehat di rumah disebabkan statusnya yang kritikal mengrisaukan kami sekeluarga.

Selepas di masukkan ke wad kritikal, bapa tidak dapat bercakap banyak dan hanya
terlantar di atas katil. Saban hari, kesukarannya untuk bernafas hanya bergantung pada
mesin dan doktor memberikan pilihan kepada ibu samada mahu meneruskan
menggunakan mesin pernafasan atau melepaskan bapa dengan memberhentikan mesin
tersebut. Akhirnya ibu membuat keputusan untuk memberhentikan mesin pernafasan
tersebut kerana dia tidak sanggup melihat bapa yang bertarung dengan kesakitan yang
dihadapinya. Setelah beberapa hari berada di dalam wad kritikal, ibu menghantar
pesanan bahawa dia telah mengambil keputusan yang perit untuk melepaskan
3
kepergian bapa dan akhirnya bapa telah menghembuskan nafas terakhirnya pada
petang itu bertemankan ibu disisinya. Saya memaklumkan kepada bos syarikat dengan
meminta izin pulang untuk melihat bapa yang terakhir kali di hospital. Tibanya di
hospital, saya bersama keluarga yang lain tidak dibenarkan masuk dan menunggu di
ruang menunggu kerana dibenarkan masuk hanya seorang waris saja iaitu ibu.

Harapan kami sekeluarga yang mengharapkan beliau untuk pulih seperti sedia kala
tetapi takdir berkata lain yang memaksa saya mengikhlaskan kepergian bapa angkat.
Sebenarnya tak banyak momen kebersamaan yang kami lewati bersama sebelum bapa
memutuskan untuk pergi. Tapi, itulah sederhananya perasaan cinta dan kasih terhadap
kehilangan orang tersayang. Ia adalah fitrah yang dikurniakan oleh Allah. Hati dibanjiri
pelbagai perasaan, sedih, sunyi tidak berdaya bahkan bercampur marah, bersalah dan
takut. Oleh itu, saya harus menerima kenyataan bagi menyembuhkan diri dari duka
dalam menghadapi kehilangan orang tersayang. Dengan kembali menjalani rutin harian
dengan menyibukkan diri dengan hal dunia dapat menggelakkan dari terlampau
berfikir tentang pekara yang telah berlaku.

4.0 Tajuk / Tema.


Isi kandungan (pengetahuan):
Zaman/masa/tarikh/tahun/contoh/penjelasan ringkas, padat, tepat.

Tugasan 2

5.0 Refleksi

Kelebihan (Plus):

Apakah kelebihan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini?

Pada pandangan saya sebelum menyiapkan tugasan yang diberikan, saya kurang
memahami kebudayaan agama lain yang menimbulkan salah faham mengenai nilai
murni antara agama, perayaan, kematian dan kepercayaan agama lain. Hal ini
menyebabkan ketidakfahaman yang timbul akan membawa kepada sikap prasangka
dalam diri terhadap pegangan agama, adat istiadat dan budaya hidup yang berlainan.
Misalnya seperti perbezaan kematian agama lain dan agama Islam yang merupakan satu

4
pegangan ajaran yang dituntut. Manakala, semasa melakukan tugasan ini, saya dapat
memahami sedikit perbezaan agama dan kepercayaan setiap kaum dengan berfikiran
terbuka untuk memahami, menerima dan juga menghormati perbezaan yang wujud
dalam masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah
dapat kefahaman yang lebih mendalam bahawa masyarakat Malaysia mempunyai
berbilang agama dan kepercayaan yang berbeza mengikut pegangan ajaran agama
masing-masing dan sikap penganut agama tersebut. Sebagai contohnya, pemahaman
terhadap agama dan kepercayaan kaum lain dengan berinteraksi menziarahi kematian
berlainan kaum dengan memberi kata-kata semangat kepada mereka. Kepelbagaian
tentang keagamaan ini satu keunikan yang menjadikan ianya suatu keperluan yang
signifikan sepatutnya diusahakan dan dibangunkan.

Kelemahan (Minus):

Apakah kelemahan / kekurangan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini?

Seterusnya, bagi kelemahan sebelum menyiapkan tugasan ini, saya kurang minat atau
kurang menghayati kebudayaan agama yang berlainan maka timbul lah isu-isu
keregangan perpaduan antara kaum agama lain seperti merasa tercabar apabila
menyentuh isu-isu sensitif berkaitan ilmu keagamaan mengenai kematian. Maka,
semasa menghayati tugasan ini, saya dapat mengubah cara pemikiran dengan berfikiran
terbuka dan positif secara tidak langsung membuka ruang untuk mengenali
kepercayaan agama berlainan. Konklusinya, kelemahan selepas menyiapkan tugasan ini,
saya telah memperolehi dorongan dan sokongan daripada penghayatan ini untuk terus
mendekatkan diri dengan ilmu keagamaan sebagai penuntut agama Islam.

Menarik (Interesting):

Apakah yang menarik sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini?

Namun begitu, perkara menarik sebelum tugasan ini, kecenderungan dengan


pendedahan mengenai agama dan kepercayaan yang tidak sahih dan tepat. Oleh itu,
saya dapat mempelajari untuk membentuk sahsiah akhlak dan sikap dalam kehidupan
agama yang memberi ruang kepada akal untuk menerokai tentang kesahihan mengenai
agama dan kepercayaan berbagai kaum. Intihanya, saya telah menceburkan diri dalam
gerakan Islam untuk menyertai ceramah ilmu keagamaan yang mendorong untuk

5
mendekatkan diri dengan tuhan dalam memperbanyak ibadah atau mengikuti ajaran-
ajaran agama.

Syorkan bagaimana saya memperbaiki bahagian “Minus”.

Bagaimanakah saya akan membaiki kelemahan yang secara tidak langsung membantu
saya sebagai seorang pelajar dan pekerja.

Berdasarkan tugasan ini, cara saya membaiki kelemahan yang secara tidak langsung
membantu saya sebagai seorang pelajar dan pekerja ialah berfikiran positif dengan
melihat perkara-perkara yang berlaku dari perspektif yang lebih menggembirakan dan
optimis. Hal ini kerana berfikiran positif merupakan sikap mental dari dalam diri
sendiri seseorang untuk menghadapi pelbagai keadaan yang dialaminya. Oleh itu, ia
dapat meningkatkan motivasi kita yang mendorong diri lebih maju dan merasa
semangat untuk melakukan sesuatu tugas. Maka, jika selalu berfikiran positif membuat
diri lebih tenang menjalani hidup bahkan kesihatan rohani dan jasmani terjaga.
Manakala, berfikiran positif juga membantu untuk menghindari emosi negatif kerana
emosi negatif ini membuatkan diri kian buruk dan tidak bersemangat.

Seterusnya, pengurusan masa yang cekap secara berkesan sebagai seorang pelajar
mahupun pekerja merupakan satu cabang untuk mencapai kejayaan di dunia dan di
akhirat. Pengurusan masa yang cekap juga merupakan ciri penting di dalam gaya hidup
yang sihat. Misalnya menetapkan matlamat tentang apa yang ingin dicapaikan,
menyediakan jadual harian, menetapkan had masa dalam melakukan sesuatu kerja,
tidak melengah-lengah tugasan dan sebagainya. Oleh itu, kehidupan menjadi lebih
terurus, produktif dan kurangnya tekanan hidup bahkan mempunyai banyak masa
untuk melakukan aktiviti riadah yang lebih bermakna. Pengurusan masa yang baik
bukan sahaja dapat memberi ketenangan malah ia juga membantu untuk lebih
berdisiplin dan menghargai setiap masa yang diberikan.

Akhir kata, setiap tugas mestilah dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab,


sempurna dan penuh kejujuran kerana orang yang amanah akan mendapat
kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan
kehinaan. Kita harus sentiasa bersikap jujur dalam setiap aspek agar dapat mendorong
diri untuk sentiasa ikhlas dalam melakukan sebarang tindakan kerana kita menggalas
amanah untuk melaksanakan tugas dengan penuh minat, ketekunan, kegigihan dan
6
kesungguhan yang tinggi sebagai seorang pekerja dan pelajar. Misalnya memelihara,
melindungi kepentingan serta rahsia dalam mempertahankan nama baik atau imej
syarikat dan menjaga peralatan serta kemudahan yang disediakan oleh majikan. Oleh
itu, kita perlu memupukkan sikap jujur dan amanah dalam diri agar dapat
melaksanakan tugasan yang diberi dengan bersungguh-sungguh sehingga sempurna
dan mencapai matlamat dalam jangka waktu yang bersesuaian atau ditetapkan untuk
meningkatkan keberhasilan dan kemajuan dalam organisasi.

Tugasan 4

6.0 Aktiviti online

Rujukan

Dr Firdaus Abdul Gani adalah Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA). (2019,
Mac). Duka kehilangan: Memahami dan menangani. Rujukan daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/duka-kehilangan-memahami-dan-
menangani-201762

Anda mungkin juga menyukai