Anda di halaman 1dari 144

PRA KATA

Siri Modul Kreativiti dan Inovasi Dalam Perniagaan merupakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Professional dan Lanjutan (PACE),
Universiti Utara Malaysia (UUM) di bawah program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

Modul ini membincangkan ilmu kreativiti dan inovasi dalam perniagaan secara teori dan
praktikal. Pemusatan modul ini memfokuskan kepada pembangunan daya kreativiti dan
inovasi individu yang bergelar usahawan dari aspek kontemporari. Melalui pembacaan dan
pemahaman modul ini, pelajar diharap mendapat pendedahan fungsi kreativiti dan inovasi
dalam konteks sebenar. Pelajar juga didedahkan dengan isu-isu semasa kreativiti dan inovasi
serta perkembangan bidang teknolgi dan sains yang semakin pesat berubah.

Modul ini ditulis dan direka bentuk khusus untuk kegunaan pelajar program pendidikan jarak
jauh. Justeru itu, terdapat Soalan Dalam Teks (SDT) pada setiap bab yang bertujuan untuk
menguji tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Jawapan juga disediakan
pada akhir bab atau modul khusus ini.

Memandangkan modul ini adalah edisi pertama, para penulis mengalu-alukan sebarang
komen dan cadangan bagi mempertingkatkan lagi fakta dan isi kandungan modul ini agar
sentiasa membawa maklumat yang terkini dan relevan kepada pelajar.

Penulis Modul BPME2023

Lily Julienti Abu Bakar


Azahari Ramli
Syahrina Abdullah

1
KATA KUNCI

Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat di dalam modul ini. Lambang tersebut
memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di bawah. Lambang ini disediakan bagi
membimbing dan melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran anda.
Soalan Dalam Teks (SDT) adalah soalan latihan yang merujuk
kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari. Contoh jawapan
disediakan di akhir setiap bab.
Soalan Penilaian Kendiri (SPK) adalah soalan ulang kaji yang
berkaitan dengan keseluruhan perbincangan bab. Cadangan
jawapan disediakan di akhir modul kursus.

Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan


cadangan/skema jawapan yang disediakan di akhir bab atau
modul kursus.
Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di sekeliling
anda atau mengimbas kembali pelajaran yang lepas. Pelbagai
soalan berkaitan dengan pelajaran anda akan dikemukakan.

2
OBJEKTIF MODUL

Di akhir pembelajaran modul ini, pelajar seharusnya dapat:


1. Mendefinisikan konsep kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan.
2. Mengenalpasti kepentingan kreativiti dan inovasi dalam membangunkan usahawan.
3. Memahami konsep-konsep, mitos dan proses kreativiti dan inovasi dalam perniagaan.
4. Mengenalpasti kepentingan kreativiti dan inovasi dalam perniagaan hari ini.
5. Menghuraikan kaedah-kaedah untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovasi serta
merebut peluang-peluang dalam perniagaan.
6. Memahami kaedah-kaedah perlindungan idea-idea perniagaan serta kepentingannya.
7. Membangunkan bakat dan kreativiti melalui tugasan yang diberi.

3
PENDAHULUAN

Kreativiti dan inovasi merupakan satu kebolehan yang dimiliki oleh semua manusia. Semua
manusia di dunia ini mempunyai kebolehan dan kreativiti masing-masing. Jika ada yang
mengatakan dia tidak kreatif, seolah-olah dia telah menafikan anugerah yang diberikan oleh
Tuhannya. Disiplin kreativiti dan inovasi masih dianggap baru berbanding dengan disiplin-
displin lain. Walaubagaimanapun, disiplin kreativiti dan inovasi telah wujud sejak awal tahun
1920-an sejajar dengan disiplin dan ilmu psikologi. Terdapat ramai pakar-pakar psikologi
pada masa tersebut mengutarakan cara pemikiran dan penyelesaian kreatif. Sebagai contoh
disiplin kreativiti terhadap cara pemikiran seseorang dan pemakaian topi (Six Thinking Hat)
yang diutarakan oleh Edward DeBono pada awal tahun 1930-an lagi telah menjadi panduan
orang ramai dalam disiplin kreativiti. Selain itu, pada tahun 1950-an disiplin kreativiti menjadi
sangat penting apabila Presiden Psikologi Amerika iaitu J.P Guildford mengutarakan
kepentingan kreativiti dalam ucap utamanya. Semenjak dari itu, disiplin kreativiti menjadi
penting dalam pelbagai bidang di Amerika dan Eropah.

Kini disiplin kreativiti dan inovasi berkembang pesat dan menjadi pemangkin kepada
kejayaan sesebuah perniagaan sehinggalah membentuk budaya kerja kreatif dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Justeru, disiplin kreativiti telah mula diperkenalkan di peringkat
pengajian tinggi dan kini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil inisiatif
memperkenalkan subjek kreativiti dan inovasi di peringkat sekolah menengah mahupun
rendah. Hasilnya, ramai pelajar-pelajar berupaya mencipta produk baru yang dapat
memanfaatkan masyarakat di samping mengharmonikan persekitaran. Modul ini dihasilkan
dengan menstruktur dan memberi gambaran secara asas supaya pelajar dapat menyelami
disiplin ilmu kreativiti dan inovasi sebagai satu cara untuk kita sama-sama praktikkan dalam
kehidupan seharian. Justeru, modul ini juga dapat memberi maklumat tentang perkembangan
disiplin kreativiti dan inovasi sama ada di Malaysia mahupun di luar negara kepada semua
pelajar jurusan pengurusan perniagaan atau jurusan lain yang meminati disiplin kreativiti dan
inovasi.

4
BAB 1
KONSEP KREATIVITI

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


 Mendefinisikan konsep kreativiti dan inovasi.
 Menjelaskan konsep inovasi dan usahawan.
 Menjelaskan peranan kretiviti kepada usahawan.
 Mengenalpasti proses-proses inovasi perniagaan.

1.0 PENGENALAN

Kreativiti dan inovasi merupakan satu kebolehan yang dimiliki oleh semua manusia. Semua
manusia di dunia ini mempunyai kebolehan dan kreativiti masing-masing. Jika ada yang
mengatakan dia tidak kreatif, seolah-olah dia telah menafikan anugerah yang diberikan oleh
Tuhannya. Disiplin kreativiti dan inovasi masih dianggap baru berbanding dengan disiplin-
displin lain. Walaubagaimanapun, disiplin kreativiti dan inovasi telah wujud sejak awal tahun
1920-an sejajar dengan disiplin dan ilmu psikologi. Terdapat ramai pakar-pakar psikologi
pada masa tersebut mengutarakan cara pemikiran dan penyelesaian kreatif. Sebagai contoh
disiplin kreativiti terhadap cara pemikiran seseorang dan pemakaian topi (Six Thinking Hat)
yang diutarakan oleh Edward DeBono pada awal tahun 1930-an lagi telah menjadi panduan
orang ramai dalam disiplin kreativiti. Selain itu, pada tahun 1950-an disiplin kreativiti menjadi
sangat penting apabila Presiden Psikologi Amerika iaitu J.P Guildford mengutarakan
kepentingan kreativiti dalam ucap utamanya. Semenjak dari itu, disiplin kreativiti menjadi
penting dalam pelbagai bidang di Amerika dan Eropah.

Konsep kreativiti telah dipelopori oleh Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul
Torrance. Beliau juga merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang
kreativiti. Karya-karya penyelidikannya banyak mendalami bidang kreativiti dan berjaya
mengembangkan bidang kreativiti sehingga beliau diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
Beliau berpendapat ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya kreativiti seseorang.

5
Justeru beliau telah memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti seseorang
menggunakan ‘Torrence Test of Creative Thinking’. Oleh yang demikian, banyak ujian-ujian
kreativiti telah dibangunkan sejajar perkembangan ilmu kreativiti pada abad kini.

Pernahkah anda menguji tahap kreativiti anda?


Sila layari http://www.testmycreativity.com
untuk menguji tahap kreativiti anda. Kongsikan
hasil analisis ujian kreativiti anda di dalam
kuliah. Bandingkan keputusan ujian dengan
rakan-rakan sekelas anda.

Menurut Jack Ma, CEO Alibaba.com, dunia hari ini bergerak sangat pantas. Oleh itu
usahawan atau sesiapa saja haruslah bergerak pantas. Kepesatan teknologi dan perubahan
teknologi kini menjadikan usahawan berlumba-lumba untuk memperkenalkan produk baru
yang berteknologi tinggi. Ilmu kreativiti tidak pernah menghalang sesiapa untuk berkreativiti
mahupun menghasilkan produk baru. Malah, penciptaan produk baru dengan penambahan
nilai yang bermutu tinggi amatlah digalakkan. Tambahan pula agama Islam sangat
menggalakkan umatnya melakukan perubahan dan berkreativiti dengan menghasilkan produk
baru yang dapat memanfaatkan umat manusia sejagat. Justeru, kreativiti dan inovasi yang
diciptakan dapat memanfaatkan sekelian makhluk di alam ini.

1.1 INOVASI DAN USAHAWAN


Pelajar-pelajar, apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Topik ini akan mengupas
hubungan inovasi dan usahawan. Ini adalah kerana inovasi dan usahawan ibarat pantai dan
ombak ataupun lagu dan irama, masing-masing tidak dapat dipisahkan. Inovasi merupakan
fungsi utama dalam bidang keusahawanan dan hasil bagi kreativiti. Kini inovasi dapat
mencipta kekayaan dengan menyediakan pelbagai sumber serta penambahan peluang kepada
bidang keusahawanan. Inovasi bukan sekadar idea, ianya satu keadaan di mana idea dan
pemikiran kreatif bertukar kepada pembangunan produk atau perkhidmatan yang inovatif
yang boleh dipasarkan. Tanpa inovasi, perniagaan abad kini tidak dapat meneruskan jangka
hayat perniagaan dengan berkesan. Malahan, banyak usaha teroka yang berjaya menjadi
‘pemimpin’ dalam pasaran kini terpaksa berhadapan dengan sisa-sisa akhir hayat organisasi

6
malahan terpaksa berhadapan dengan kerugian saban tahun kerana gagal atau menolak
kepada terma inovasi.

1.2 KONSEP KREATIVITI


Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli
akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam
mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah
diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Beliau mengatakan bahawa ujian IQ bukanlah satu-
satunya cara mengukur daya kreativiti seseorang dan beliau telah memperkenalkan instrumen
untuk menguji tahap kreativiti seseorang menggunakan Torrence Test of Creative Thinking
(Torrance, 1980; Runco et.al, 2010). Lowenfeld (1975), beliau percaya bahawa setiap kanak-
kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang
gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

June King McFee (1978) mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta
sesuatu yang baru atau mampu mengolah idea baru yang lain yang lebih bermakna. Seni tidak
terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah
satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya. Carl Rogers pula
menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembentukkan kreativiti sama ada
dalam bidang seni atau sains. Faktornya adalah seperti keterbukaan dan fleksibel kepada
pengalaman, menikmati kehidupan yang dialami, menghargai diri sendiri, mengamalkan
kebebasan dan menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran.

1.3 PERANAN KREATIVITI

Menurut Frederick, Kuratko & Hodgetts (2007), kreativiti adalah penghasilan idea yang
dapat meningkatkan keefisyenan dan keberkesanan sesuatu sistem. Kreativiti adalah satu
kebolehan untuk menjana idea manakala proses inovasi menukarkan idea tersebut kepada
realiti. Adalah menjadi satu kerugian sekiranya idea kreatif tidak ditukar kepada produk yang
boleh dipasarkan. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui aspek-aspek kreativiti
kerana ianya penting untuk memastikan idea kreatif dapat direalisasikan. Aspek utama
kreativiti adalah proses dan manusia. Proses haruslah berorientasikan matlamat serta

7
digunakan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah. Manusia pula adalah sumber
yang boleh mengenal pasti jalan penyelesaian tersebut. Proses penyelesaian masalah biasanya
sama, tetapi kaedah yang digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan masalah adalah
pelbagai. Sebagai contoh, manusia kadangkala mengadaptasikan bentuk penyelesaian masalah
daripada pengalaman lampau, tetapi adakalanya mereka sendiri yang mencipta formula
penyelesaian masalah yang baru.

Kreativiti juga mempunyai peranan tersendiri. Antara peranan lain kreativiti kepada
usahawan ialah:
• Kreativiti dapat menaikkan jenama produk dan nama perniagaan.
• Kreativiti dapat menjadikan usahawan mempunyai perasaan yang kuat (passionate)
terhadap produk yang diniagakan.
• Kreativiti menjadikan usahawan lebih berkeyakinan tinggi dan cekal dalam
perniagaan.
• Kreativiti menjadikan usahawan berfikiran kritis dan dinamik.
• Kreativiti dapat mengetengahkan produk di pasaran tempatan mahupun
antarabangsa.

1.3.1 Pendekatan kreativiti terhadap Penyelesaian Masalah

Kreativi kadangkala terbentuk hasil dari permasalahan yang dihadapi oleh individu dan
masyarakat. Manakala individu dan masyakarat tidak dapat lari dari sebarang yang
mendatang. Justeru, terdapat dua (2) pendekatan dalam menyelesaikan masalah secara kreatif
iaitu cara pemikiran ‘adaptor’ dan ‘innovator’. Jadual di bawah menggambarkan perbezaan di
antara ‘adaptor’ dan ‘innovator’.

8
Jadual 1.1: Perbezaan antara adaptor dan innovator.
ADAPTOR INNOVATOR
 Disiplin, jelas dan mengikut kaedah  Melihat kepada sudut yang berbeza
tertentu
 Memberi tumpuan kepada  Mencari dan menemui masalah dan
menyelesaikan masalah berbanding jalan penyelesaian bagi masalah
mencari masalah
 Menentukan amalan semasa  Mempersoalkan andaian asas
berkaitan dengan amalan semasa
 Cenderung untuk menjadi orientasi  Cenderung untuk melihat hasil
 Melanjutkan kerja secara terperinci  Kurang bertoleransi terhadap kerja
rutin
 Sensitif kepada perpaduan kumpulan  Tiada keperluan untuk keizinan dan
dan kerjasama insentif
(Sumber: Frederick, Kuratko & Hodgetts, 2007)

1.4 DEFINISI KREATIVITI DAN INOVASI

Pertama sekali adalah penting untuk kita mengetahui asal usul serta definisi kreativiti dan
inovasi. Perkataan kreativiti berasal daripada perkataan bahasa Latin iaitu ‘creare’ yang
membawa maksud ‘membuat’, manakala daripada perkataan Greek pula ‘creare’ bermaksud
‘memenuhi’. Menurut Kamus Dewan (2010), kreativiti ditakrifkan sebagai satu kemampuan
atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif merujuk kepada kebolehan
untuk berfikir, membuahkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Maka di sini
jelaslah bahawa kreativiti merujuk kepada penghasilan sebarang idea baru mahupun idea
tersebut dianggap tidak logik.

9
1.5 PROSES KREATIF

Daya kreativiti seseorang individu boleh dibangunkan serta ditingkatkan. Frederick, Kuratko
& Hodgetts (2007) menyifatkan proses kreatif melibatkan empat fasa penting. Fasa-fasa
berikut ialah :-

 Fasa 1 : Pengumpulan pengetahuan dan latar belakang


Fasa ini melibatkan proses pengumpulan pengetahuan melalui pemerhatian dan
penyelidikan, pembacaan majalah, surat khabar atau jurnal secara mendalam,
menghadiri kursus mahupun seminar keusahawanan, melancong ke luar negara,
perbualan dengan orang yang sama bidang kerjaya serta berjumpa dengan pegawai-
pegawai dari agensi tertentu untuk mendapatkan maklumat keusahawanan terkini. Ini
penting kepada usahawan yang memerlukan maklumat berkenaan pembangunan
produk baru, perkhidmatan dan usaha teroka perniagaan. Maklumat yang banyak dan
berguna boleh diperolehi menerusi pendidikan secara formal mahupun tidak formal.

 Fasa 2 : Proses inkubasi


Pada fasa kedua ini, usahawan membiarkan minda mereka bebas dari memikirkan
sesuatu masalah. Usahawan akan lebih melakukan aktiviti santai seperti beriadah,
berkebun, bersukan mahupun membaca buku yang tidak berkaitan dengan masalah
yang difikirkan. Proses inkubasi juga boleh berlaku apabila usahawan berbual-bual
dengan rakan niaga mahupun pelanggan. Proses inkubasi juga boleh berlaku dalam
keadaan seperti berikut:
 Tidur sekejap
 Mengecat rumah
 Menanam pokok
 Berehat sebentar
 Bermeditasi
 Tenangkan fikiran

10
 Fasa 3 : Pengalaman idea
Fasa ketiga merupakan fasa yang paling menyeronokkan dalam proses kreatif kerana
usahawan telah mendapat jawapan terhadap permasalahan yang difikirkan. Fasa ini
juga dikenali sebagai ‘faktor eureka’ di mana sesuatu idea datang secara tiba-tiba
ketika seseorang usahawan sedang sibuk melakukan kerja yang tiada kaitan langsung
dengan masalah yang difikirkan. Biasanya, idea yang diperolehi boleh datang secara
berperingkat-peringkat mahupun mendadak. Berikut adalah cara-cara untuk
mempercapatkan proses pengalaman idea:
 Berangan-angan dan berfantasi tentang perlaksanaan projek.
 Mempraktikkan hobi.
 Bekerja di persekitaran yang santai.
 Melupakan sebentar masalah.
 Meletakkan buku nota berdekatan anda.
 Berehat sebentar semasa bekerja.

 Fasa 4 : Penilaian dan pelaksanaan

Pada fasa terakhir ini, usahawan sudah mengenalpasti idea yang betul-betul boleh
dilaksanakan berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada diri usahawan.
Usahawan akan meneliti idea yang benar-benar boleh dilaksanakan sahaja untuk
menyelesaikan masalah. Usahawan juga perlu memiliki semangat, keberanian,
kekuatan, ketabahan dan disiplin diri yang kental bagi menghadapi sebarang
kemungkinan yang berlaku jika idea yang dilaksanakan gagal. Ini adalah kerana idea-
idea yang diperolehi pada fasa ketiga perlu dinilai, dimodifikasi dan diuji dahulu
sebelum hasil sebenar diperolehi. Namun, terdapat juga keadaan di mana idea pada
fasa ketiga tidak perlu diubahsuai kerana idea tersebut berupaya memberi
penyelesaian yang terbaik terhadap permasalahan yang dihadapi. Berikut adalah
cadangan-cadangan pada fasa ke empat:
 Tingkatkan tahap kekuatan diri.
 Mendidik diri tentang proses perancangan perniagaan.
 Uji idea bersama rakan yang berpengetahuan.

11
 Mengambilkira gerak hati.
 Mohon nasihat dari pihak lain.

1.6 MEMBANGUNKAN KREATIVITI DIRI


Individu bebas untuk membangun dan melaksanakan kreativiti. Anda boleh mempraktikkan
beberapa perkara dengan kebolehan kreativiti yang dianugerahkan kepada anda. Dengan ini
anda dapat mengenalpasti tabiat-tabiat yang menghalang kepada peningkatan kreativiti diri.
Berikut adalah perkara-perkara yang dapat membangunkan daya kreativiti individu:

1. Pengiktirafan terhadap perhubungan


Abad kini berlaku hubungan yang baru dan berbeza antara objek, proses, sumber bahan-
bahan, teknologi dan manusia. Contohnya menambah jus buah-buahan ke dalam
minuman ringan atau berkarbonat; cincau di tambah ke dalam minuman soya. Teknologi
solar atau hybrid digunakan bagi enjin automotif. Kini teknologi hybrid dan inverter
digunakan untuk perkakasan elektrik untuk penjimatan elektrik.

2. Membangunkan fungsi perspektif


Usahawan atau individu yang kreatif berupaya untuk melihat benda dan manusia kepada
suatu keadaan yang membolehkan mereka menyempurkan keperluan orang lain. Ianya
ibarat penukar skrew dan pisau yang masing-masing berfungsi untuk mengeluarkan
skrew. Contoh yang lain ialah, pengeluar produk cereal menambah buah-buahan ke
dalam produk cereal yang dapat menyempurnakan kesihatan pengguna. Manakala,
syarikat Dumex mencampurkan buah-buhan dan sayur-sayuran ke dalam susu tepung
untuk kanak-kanak.

3. Menggunakan kebolehan otak


Manusia dianugerahkan dengan otak dan minda yang mempunyai kebolehan berfikir, dan
meransang idea yang tidak dianugerahkan kepada makhluk lain. Maka, otak kanan dan
kiri berfungsi untuk membantu manusia membangunkan kreativiti. Fungsi otak kanan
dan kiri akan dibincangkan secara lanjut dalam topik fungsi otak.

12
4. Menghapuskan kecelaruan minda
Dalam membangunkan fungsi kreativiti, usahawan perlu menghapuskan andaian-andaian
yang tidak tepat atau menghukum tanpa alasan yang kukuh. Usahawan juga perlu
menghapuskan perasaan ketidakselesaan terhadap perubahan, mengelakkan pemikiran
stereotaip dan pemikiran kebarangkalian atau bersandarkan kepada kemungkinan sahaja .

5. Berfikir di luar kotak


Kini daya kreativiti boleh dibangunkan dengan berfikir di luar kotak. Usahawan harus
berfikir secara tidak logik untuk keluar dari cara pemikiran biasa. Kadang kala usahawan
boleh bertindak ‘gila-gila’ untuk membuat sesuatu keunikan baru terhadap proses dan
teknik kreativiti. Walaupun berfikiran di luar kotak bukan satu perkara yang mudah,
namun ianya dapat memberi tindak balas kepada rangsangan minda agar laluan untuk
berkreativiti itu lebih cerah. Pemikiran kotak biasa mudah menjadikan pelanggan bosan
maka pemikiran di luar kotak merupakan satu teknik baru untuk membangunkan daya
kreativiti usahawan dalam membangunkan formula produk baru.

1.7 PROSES INOVASI

Apakah yang dimaksudkan dengan proses inovasi? Topik ini mendedahkan kepada pelajar
tentang proses inovasi sesebuah perniagaan. Inovasi bukanlah satu aktiviti atau peristiwa,
malahan inovasi merupakan satu proses yang perlu dilalui dengan terancang. Inovasi
didefinisikan sebagai aplikasi pendekatan baru bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang
disuarakan oleh pelanggan. Pencapaian inovasi dapat dicapai dengan terhasilnya produk dan
servis yang efektif, proses, teknologi atau idea yang tersedia di pasaran. Justeru, proses
inovasi berupaya untuk mencipta pasaran dan pengguna baru di mana usahawan akan
menukarkan peluang-peluang inovasi kepada produk baru yang boleh dimanfaatkan.

Inovasi berbeza dengan penciptaan kerana inovasi merujuk kepada penggunaan yang lebih
baik sebagai hasil dalam bentuk rekacipta atau kaedah amanakala penciptaan merujuk kepada
penciptaan produk melalui idea dan proses itu sendiri. Selain itu, inovasi juga berbeza dengan
penambahbaikan kerana inovasi adalah tanggapan melakukan kelainan dari kebiasaan
walaupun kebiasaan itu lebih baik. Justeru, inovasi terbentuk dari keputusan untuk mencari

13
peluang dan manfaat baru bagi sesuatu produk, di mana proses inovasi bermula dari analisis
sumber-sumber yang ada di persekitaran yang dapat mencipta peluang baru. Inovasi juga
melibatkan kedua-dua aspek konsep (conceptual) dan persepsi (perceptual). Thomas Edison
menyifatkan proses inovasi melibatkan 1% inspirasi dan 99% perspiration (perpeluhan).

SOALAN DALAM TEKS

1. Terangkan konsep kreativiti.

2. Terangkan konsep inovasi.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

1.7.1 Fungsi Otak


Dalam proses inovasi usahawan akan menggunakan kedua-dua belah otaknya kiri dan kanan
secara maksimum. Secara ringkas, otak kanan membantu usahawan memahami analogi,
berimaginasi dan menggabungkan maklumat. Manakala, otak kiri akan membantu usahawan
menganalisis, berkata-kata dan menggunakan rasional dalam menyelesaikan masalah. Jadual
1.2 di bawah adalah ringkasan tentang fungsi-fungsi otak kanan dan kiri.

Jadual 1.2 Fungsi Otak Kanan dan Kiri


OTAK KANAN OTAK KIRI
 Bukan lisan  Lisan
 Sintesis  Analitikal
 Melihat anologi  Abstrak
 Tidak rasional  Rasional
 Mementingkan ruang  Logikal
 Gerak hati  Linear
 Berimaginasi
Sumber : Frederick, Kuratko & Hodgetts (2007).

14
1.8 JENIS-JENIS INOVASI
Seterusnya kita akan membincangkan jenis-jenis inovasi yang boleh dipraktikkan oleh
usahawan bagi menjana idea dan produk baru. Oleh yang demikian, inovasi terdiri dari empat
kategori atau jenis yang akan kita kupas satu persatu. Inovasi bermula daripada usahawan
merekacipta produk sehinggalah kepada proses penambahbaikan produk. Berikut adalah
empat jenis inovasi iaitu:

1. Penciptaan (invention)
Penciptaan adalah rekacipta produk atau proses baru yang asli dan belum pernah dicipta oleh
orang lain. Contohnya penciptaan kapal terbang oleh adik beradik Wright, teknologi
komputer pertama dicipta oleh J. Presper Ecker Jr. dan John W. Mauchly. Manakala Henry
Sutton mencipta mesin faksimili dan Sir Ernest Rutherford mengasingkan atom dalam zarah.

2. Pengembangan (extension)
Pengembangan dalam inovasi ialah penggunaan aplikasi yang berbeza ke atas produk atau
proses yang sedia ada. Sebagai contoh pengembangan bagi aplikasi facebook oleh Mark
Zuckerberg dan pengembangan produk McDonald’s oleh Ray Kroc.

3. Peniruan (duplication)
Duplikasi ialah replikasi ke atas produk atau proses sedia ada. Ia bukanlah peniruan seratus
peratus, tetapi berlaku penambahbaikan ke atas sesuatu produk dengan sentuhan kreatif
usahawan untuk bersaing di dalam pasaran. Contohnya Pizza Hut membuat peniruan
terhadap Pizza Parlour dan jenama Samsung menggunakan teknik peniruan terhadap Iphone
(Apple).

4. Sintesis (synthesis)
Sentesis pula gabungan konsep dan faktor sedia ada ke dalam formulasi baru. Ia juga boleh
diaplikasikan ke atas penciptaan sedia ada. Contohnya Howard Schultz bagi produk
Starbucks dan Alan Gibb bagi produk Aquada (kereta boleh bergerak atas air).

Senaraikan contoh-contoh lain produk baru


dan kenal pasti individu yang mencipta produk
tersebut bagi setiap jenis inovasi tersebut.
15
1.9 SUMBER-SUMBER INOVASI
Sumber inovasi boleh berlaku dalam beberapa keadaan. Antara sumber-sumber inovasi
adalah seperti berikut:

1. Situasi di luar jangka


Inovasi boleh berlaku tanpa dirancang dan dijangka. Ini adalah kerana inovasi kadangkala
terhasil daripada kegagalan usahawan. Inovasi berbentuk ini akan memberi kejutan kedapa
penciptanya. Contohnya, penciptaan komputer pada asalnya adalah untuk tujuan ketenteraan
dan sistem pertahanan negara, namum inovasi diluar jangka menjadikan komputer bukan
sahaja sebagai alat memberi maklumat tetapi alat untuk berhibur dan bermedia sosial.

2. Ketaksamaan
Ketaksamaan berlaku apabila adanya jurang pemisah antara jangkaan dan realiti. Dalam
keadaan tertentu, keinginan pengguna diluar jangkaan realiti. Oleh itu usahawan perlu
berfikir diluar kotak pemikiran (thinking out of the box). Sebagai contoh, perkhidmatan
penghantaran bungkusan kebiasaannya dilakukan pada siang hari sahaja dan bukan 24jam
sehari. Namun FedEx telah mencabar kebiasaan ini dengan memperkenalkan perkhidmatan
penghantaran bungkusan waktu malam. Ramai yang menjangkakan FedEx akan mengalami
kerugian. Namun, jangkaan tersebut meleset sama sekali apabila FedEx ternyata berjaya
memberikan inovasi kepada perkhidmatan mel dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

3. Keperluan proses
Keperluan proses terjadi apabila usahawan cuba memenuhi permintaan pasaran dan
kemahuan pengguna. Oleh yang demikian, usahawan akan berinovasi mengikut dengan
kehendak dan kemahuan pelanggan.

4. Perubahan pasaran dan inovasi


Perubahan pasaran dan industri berlaku dengan cepat dan pantas kini kerana gelagat
pengguna berubah, kepesatan ilmu dan teknologi tinggi, perkembangan pasaran dan industri
dan sebagainya.

16
5. Perubahan demografi
Perubahan demografi berlaku dengan melihat perubahan ke atas faktor-faktor demografi
penduduk di suatu kawasan. Ia boleh berlaku apabila terdapat perubahan terhadap trend
populasi suatu kawasan, umur, pendidikan, pekerjaan, lokasi geografi dan sebagainya.

6. Perubahan persepsi
Perubahan persepsi terlahir daripada interpretasi masyarakat terhadap sesuatu fakta dan
konsep. Kini perubahan persepsi menjadikan makanan organik, rendah lemak mahupun
produk tanpa bahan kimia semakin popular dalam kalangan masyarakat.

7. Konsep berasaskan pengetahuan


Peredaran zaman menjadikan ilmu pengetahun semakin penting untuk dipelajari. Oleh itu
lahir ramai cendekiawan yang berpengetahuan tinggi serta dapat mengaplikasi sains dan
teknologi dalam kehidupan seharian.

SOALAN DALAM TEKS

3. Senaraikan dua aspek dalam kreativiti.

4. Senaraikan sumber-sumber inovasi.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

17
Jadual 1.2 Sumber-sumber Inovasi
SUMBER INOVASI CONTOH
Kejadian luar jangka Kejayaan luar jangka: Komputer Apple,
Viagra
Kegagalan luar jangka: 2008 - krisis
kewangan global
Ketidaksamaan Pakej penghantaran malam
Keperluan Proses Produk tanpa gula
Kopi tanpa kefein
Oven microwave
Perubahan industri dan pasaran Industri penjagaan kesihatan bertukar ke
penjagaan di rumah
Perubahan demografi Komuniti bersara untuk warga emas
Perubahan persepsi Senaman (aerobik) dan ‘fitness centre’ untuk
kecergasan
Konsep berasaskan pengetahuan Teknologi android, industri farmasuetikal
dan pengetahuan berasaskan robotik
(Sumber: Frederick, Kuratko & Hodgetts, 2007)

1.10 KESIMPULAN

Bab ini telah membincangkan secara menyeluruh tentang konsep kreativiti dan inovasi,
peranan dan seterusnya dari sini kita dapat melihat kepentingan kreativiti dan inovasi dalam
kehidupan seharian. Usahawan seharusnya dapat mencipta daan merebut peluang dengan
membangunkan idea dan produk baru yang boleh dipasarkan. Oleh yang demikian usahawan
boleh menggunakan mana-mana teknik yang dirasakan sesuai dengan perniagaan bagi
membangunkan produk kreatif. Proses kreatif juga dibincangkan dalam bab ini dan adalah
diharapkan agar usahawan dapat mengaplikasikan proses kreativiti, menggabungkan jenis
inovasi serta sumber-sumber di dalam bidang inovasi untuk berhadapan dengan pasaran yang
serba mencabar.

18
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan peranan dan kepentingan


kreativiti kepada usahawan IKS.
2. Bincangkan perbezaan antara adaptor dan
innovator.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Menurut Kamus Dewan (2010), kreativiti ditakrifkan sebagai satu kemampuan atau
kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif merujuk kepada kebolehan untuk
berfikir, membuahkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Konsep kreativiti
keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru atau mampu mengolah idea baru yang lain
yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan
pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks
budaya.
2. Inovasi didefinisikan sebagai aplikasi pendekatan baru bagi memenuhi keperluan dan
kehendak yang disuarakan oleh pelanggan. Pencapaian inovasi dapat dicapai dengan
terhasilnya produk dan servis yang efektf, proses, teknologi atau idea yang tersedia di
pasaran.
3. Dua aspek kreativiti ialah proses dan manusia.
4. Sumber-sumber inovasi terdiri dari situasi di luar jangka, ketaksamaan, keperluan proses,
perubahan pasaran, perubahan demografi, perubahan persepsi dan konsep berasaskan
pengetahuan.

19
BAB 2
PENDIDIK, NEGARA KREATIF & KEUSAHAWANAN SOSIAL

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mengenal pasti konsep asas pemikiran inovatif.
2. Menjelaskan negara kreatif dan industri kreatif.
3. Mengenal pasti konsep keusahawanan sosial.
4. Membezakan terma keusahawanan dan keusahawanan sosial.
5. Mengetahui cabaran keusahawanan sosial masa kini.
6. Mengetahui cabaran menguruskan keusahawanan sosial dan
inovasi kepada usahawan.

2.0 PENGENALAN

Bab ini memfokuskan kepada perubahan dan cabaran masa kini terhadap bidang
keusahawanan. Bidang keusahawanan kini bukan sekadar menjana keuntungan semata-mata,
malah ianya juga meliputi bagaimana usahawan dapat menyumbang semula kepada
masyarakat. Keadaan ini dikenali sebagai keusahawanan sosial. Mulai tahun 1990-an hingga
kini, konsep keusahawanan sosial adalah lebih universal dan bagi sesetengah negara, ianya
dipraktikkan oleh semua peringkat dalam masyarakat yang merangkumi kerajaan,
perbadanan, swasta hinggalah kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Malahan badan-
badan utama dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia turut
menyokong dan mewujudkan panduan berkaitan infrastruktur institusi dan tanggungjawab
korporat yang bersesuaian. Perkembangan keusahawanan sosial juga semakin ketara kerana
sokongan komunikasi global yang berkembang pesat melalui internet dan sokongan gajet
pintar dapat menggalakkan pelaksanaan tanggungjawab sosial pada skala yang lebih besar.
Kini, pelbagai bentuk keusahawanan sosial dapat diperhatikan serta dilaksanakan oleh
pelbagai pihak. Malahan, keusahawanan sosial tidak hanya dipraktikkan oleh organisasi beraiz
besar malahan ianya turut menjadi amalan di organisasi dalam kategori sederhana dan kecil
(PKS).

20
2.1 PEMIKIRAN TERHADAP INOVASI

Kenapakah pemikiran tentang inovatif sangat penting masa kini? Secara kritisnya, kita
melihat pemikiran inovatif sangat penting masa kini ekoran berlaku perubahan teknologi dan
peningkatan ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Ia juga
melibatkan bagaimana usahawan sama ada individu atau berkumpulan, mahupun di dalam
organisasi menangani cabaran tersebut. Inovasi dilaksanakan bukanlah sekadar suka-suka
atau ‘melepaskan batuk ditangga’, malah inovasi merangkumi proses-proses menukarkan idea
yang bernas kepada kejayaan bentuk realiti dan nyata. Ianya merangkumi perubahan kepada
produk atau servis, cara bagaimana ianya dicipta dan kesediaan produk tersebut untuk
pengguna (proses inovasi), aspek konteks serta cara ianya diperkenalkan kepada konteks
tersebut (inovasi posisi) sehinggalah kepada pemikiran dan pengaplikasian model/rekabentuk
yang ingin ditambah nilai (model perniagaan/paradigma inovasi).

Bagi menerangkan konsep pemikiran inovatif ini, Bessant & Tidd (2011), telah
mengemukakan satu model berkaitan inovasi dan keusahawanan. Rajah 2.1 di bawah
menunjukkan ilustrasi berkaitan hubungan usahawan dan inovasi. Secara umumnya, inovasi
yang dicipta oleh usahawan akan memberi nilai tambah kepada pengguna mahupun
masyarakat. Rajah di bawah menjelaskan bagaimanakah proses penambahan nilai dapat
diadaptasi.

21
Rajah 2.1: Illustrasi Model Inovasi dan Keusahawanan

(Sumber: Bessant & Tidd, 2011)

Rajah 2.1 menunjukkan Model Inovasi dan Keusahawanan yang dibangunkan oleh Bessant
& Tidd. Model ini menerangkan bagaimana inovasi dan keusahawanan dapat memanfaatkan
kehidupan manusia seterusnya memberi nilai tambah kepada kehidupan manusia. Terdapat
empat langkah utama dalam model inovasi dan keusahawanan bagi mencapai matlamat dan
konteks keusahawanan, iaitu mengenalpasti peluang, mendapatkan sumber, membangunkan
usaha teroka seterusnya penciptaan nilai.

i) Mengenalpasti peluang
Pencetus inovasi datang dalam pelbagai rupa, bentuk, cabang, bidang dan arahan.
Inovasi yang dicetus diambil dari peluang teknologi terkini, perubahan permintaan
oleh pasaran, juga boleh terbentuk dari sudut perundangan yang digubal ataupun
tindakan pesaing. Dalam mengenal pasti peluang, idea yang terbaik dapat dijana
seperti Archemedes di dalam tab mandi (satu pemikiran seni dan logik oleh
Archemedes – rujuk artikel pemikiran logik oleh Archemedes). Peluang juga boleh
dikenal pasti melalui membeli idea dari pihak luar organisasi mahupun ketidakpuasan
yang lahir ekoran dari keadaan sosial serta keinginan untuk menjadikan dunia lebih
baik dan teratur.

22
Gambar 2.1: Illustrasi langkah mengenalpasti peluang oleh Achemedes

ii) Mendapatkan sumber


Langkah seterusnya dalam model inovasi dan keusahawanan ialah mencari atau
mendapatkankan sumber. Sumber yang dimaksudkan di sini merangkumi sumber
bahan mentah, sumber kewangan dan sumber manusia. Masalah yang wujud dalam
inovasi ialah jika secara naturalnya perniagaan tersebut berisiko, maka kebarangkalian
untuk gagal dalam melaksanakan inovasi juga tinggi. Tambahan pula, usahawan sukar
untuk menjangkakan inovasi yang dilaksanakan akan beroleh kejayaan atau
sebaliknya. Justeru, pada peringkat ini usahawan perlu mendapatkan sumber-sumber
yang berkualiti untuk melaksanakan peluang yang datang. Proses mendapatkan
sumber dikatakan proses yang agak rumit berbanding dengan proses memulakan
perniagaan. Ini adalah kerana usahawan perlu memastikan sumber yang diperolehi
adalah berkualiti kerana pelaburan kewangan dari aspek modal telah digunakan untuk
mendapatkan sumber-sumber dalam melaksanakan inovasi tersebut.

iii) Membangunkan usaha teroka


Pada tahap awal untuk melaksanakan idea dan membangunkan usaha teroka, banyak
ketidakpastian perlu dihadapi oleh usahawan. Usahawan perlu menukarkan idea-idea
inovasi perniagaan ke dalam bentuk realiti, suatu produk yang boleh dipasarkan!
Untuk menukarkan idea ke suatu produk yang boleh dipasarkan, keputusan strategik
wajar diambil dengan mengintegrasikan pelbagai ilmu pengetahuan tentang teknologi,
pasaran, gelagat pesaing bagi memastikan kejayaan inovasi yang dilaksanakan. Oleh
itu, usahawan perlu melaburkan masa, wang dan sumber manusia untuk
melaksanakan kajian dan pembangunan yang terperinci tentang pasaran, analisis

23
pesaing, prototype idea, ujian terhadap idea dan lain-lain kajian yang dirasakan sesuai
bagi membolehkan usahawan mendapat gambaran terperinci tentang idea yang ingin
dilaksanakan tersebut berjaya taupun tidak. Seterusnya, idea tersebut dapat
dilancarkan untuk pasaran dalam dan luaran. Maka dengan itu, usahawan akan
mendapat maklum balas penerimaan inovasi yang dilaksanakan. Pada tahap ini juga
usahawan perlu memperkasakan rancangan perniagaan yang asal dengan mengambil
kira kejayaan inovasi produk yang merupakan kunci kejayaan sesebuah perniagaan.

Pada fasa perlaksanaan, usahawan perlu menyeimbangkan idea kreativiti dengan


mencari ribuan idea bernas di mana idea ini dapat menyelesaiakn permasalahan yang
wujud. Pastikan pada fasa perlaksanaan ini usahawan mengambilkira tentang wang,
masa, sumber dan tenaga. Tindakan yang seimbang dalam perancangan projek
inovasi perlu diambilkira bagi menghadapi ketidakpastian terutama dalam permintaan
pasaran. Ada kalanya, usahawan perlu merekrut pelbagai staf dari bidang yang
berbeza bagi menghadapi persoalan berkaitan kerjasama kumpulan pengurusan.

Bagi sesetengah usaha teroka, usahawan akan mengurus pengurusan risiko organisasi
dengan meletakkan sejumlah wang sebagai simpanan jika berhadapan dengan
ketidaktentuan. Dengan membina benteng penahan ini, usahawan mudah untuk
membuat semakan bagi kemajuan inovasi produk yang dilaksanakan. Usahawan perlu
membuat keputusan dalam keadaan perniagaan berhadapan dengan risiko dan
ketidakpastian, sama ada untuk membuat pembaharuan, penerusan, pemberhentaian
ataupun memulakan semula inovasi produk yang baru.

Pada tahap ini usahawan boleh mengandaikan produknya telah berkembang melepasi
populasi manjangkaui masa, dengan mengambilkira keluk kitaran hayat sesebuah
produk (keluk berbentuk-S). Hanya usahawan yang mempunyai jiwa yang kuat saja
yang dapat melaksanakan idea baru terhadap inovasi produk. Mengurus inovasi yang
baik pada tahap ini perlu mengambilkira bagaimana pengguna bertindakbalas
terhadap pelancaran produk baru ini. Ini adalah untuk memastikan kejayaan syarikat
dalam melaksanakan inovasi produk baru.

24
iv) Penciptaan nilai
Langkah terakhir ialah penciptaan nilai iaitu bagaimana usahawan dapat mencipta
nilai bagi setiap inovasi produk. Walaupun usahawan telah meletakkan keseluruhan
usaha bagi mengenalpasti peluang, mendapatkan sumber dan membangunkan usaha
teroka serta mengkomersialkan produk, namun tidak ada jaminan bagi mereka untuk
memberi jaminan bahawa produk tersebut mempunyai nilai kepada pengguna.
Sekiranya, usahawan lebih memberi tumpuan kepada inovasi komersial, maka
usahawan perlu bijak untuk mengurus setiap perubahan secara maksimum dengan
memberi perlindungan terhadap harta intelak dan pulangan kewangan syarikat.
Usahawan juga perlu menyebarkan setiap perubahan inovasi yang dilaksanakan agar
masyarakat bersedia untuk menerima produk baru yang diketengahkan. Dengan
penyebaran maklumat, masyarakat mendapat maklumat tentang produk baru
mahupun teknologi terkini yang dibawa oleh syarikat. Usahawan juga perlu melihat
peluang-peluang yang muncuk di saat akhir dalam langkah proses inovasi dengan
melihat kesan terhadap syarikat. Maka dengan ini, usahawan berupaya untuk
mencipta nilai kepada produk baru pada masa depan. Dalam erti kata lain, usahawan
dapat menimba pengalaman dan ilmu yang bernilai tentang bagaimana untuk
membangunkan keupayaan berinovasi.

Jadual 2.1: Membangunkan Keupayaan Berinovasi


NASIHAT KEPADA BAKAL USAHAWAN
Sekiranya anda ingin mengurus inovasi, sila jawab soalan-soalan di bawah:
 Adakah anda mempunyai mekanisme yang efektif terhadap proses asas?
 Adakah anda mempunyai hala tuju yang strategik terhadap inovasi?
 Adakah kita mempunyai organisasi yang berinovatif?
 Adakah anda telah membangunkan link syarikat yang pro-aktif?
 Adakah anda membangunkan keupayaan berinovasi?

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.iande.info

25
2.2 NEGARA KREATIF (CREATIVE NATION)

Negara kreatif adalah satu keadaan tentang ekonomi yang kreatif bagi sesebuah negara
yang produktif. Oleh itu, negara bangsa kreatif merujuk kepada generasi yang
mengeksploitasi ilmu pengetahuan dan maklumat dalam kepelbagaian aktiviti ekonomi
dalam sesebuah negara. Negara bangsa kreatif boleh dibentuk dengan membangunkan
budaya kreatif di dalam ssebuah negara. Maka, bagi membangunkan negarabangsa yang
kreatif, empat (4) domain (komponen utama) aktiviti kreatif perlu difokuskan iaitu
kreativiti sainstifik, kreativiti teknologi, kreativiti ekonomi dan kreativiti budaya.

1. Kreativiti Sainstifik
Merujuk kepada perkembangan ilmu sainstifik bagi sesebuah negara. Kini, ilmu
berkaitan sains menjadi penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara.
Perkembangan ilmu sains dapat dilihat dengan penemuan-penemuan terbaru
dalam bidang sains terutamanya aplikasi sains dalam kehidupan manusia,
binatang dan tumbuhan yang saling berhubungan antara satu sama lain.
Perkembangan sains hayat sejajar dengan perkembangan teknologi kini termasuk
bidang biologi, kimia, fizik dan sebagainya. Perkembangan dalam ilmu-ilmu ini
menyaksikan kita bagaimana ianya dapat membangunkan negara bangsa yang
kreatif dalam menghasilkan produk baru di pasaran. Contohnya pengenalan
produk tanpa bahan kimia kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat dunia.
Justeru, bidang sains dan teknologi merupakan satu bidang yang semakin penting
untuk membangunkan negra bangsa kreatif.

2. Kreativiti Teknologi
Kreatif teknologi merangkumi semua aspek teknologi terkini seperti teknologi
maklumat, teknologi biologi, teknologi agroteknologi, teknologi aeroangkasa,
teknologi automatif dan lain-lain teknologi yang berkaitan dengan
membangunkan negara bangsa kreatif. Teknologi-teknologi ini dapat membantu
membangunkan negara bangsa yang kreatif. Justeru, peranan kerajaan untuk
menggalakkan lagi eksploitasi terhadap bidang teknologi tersebut dalam kalangan
masyarakat di Malaysia.

26
3. Kreativiti Ekonomi
Kreatif ekonomi merujuk kepada bagaimana masyarakat berinteraksi untuk
mengaktifkan sistem ekonomi sesebuah negara. Kerajaan perlu menggalakkan
masyarakat agar dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang lebih
kreatif terutama dalam keadaan ekonomi dan pasaran dunia yang tidak menentu.
Manakala ketika kitaran ekonomi memuncak negara akan mudah menjana
pendapatan untuk kemajuan negara dan ini menjadikan negara bangsa yang
berjaya. Justeru, satu kaedah aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan dengan
membangunkan dimensi and hubungan silang budaya pada tahap persekitaran
mikro dan makro kepada ekonomi yang menyeluruh. Jantung bagi ekonomi
kreatif ialah industri kreatif.

4. Kreativiti Budaya
Budaya kreatif sangat penting bagi membentuk negarabangsa yang kreatif supaya
generasi kini dapat menjana sumber pendapatan, penciptaan kerjaya dan
mengeksport produk dan pendapatan, pada masa yang sama dapat
mempromosikan kepelbagaian budaya dan pembangunan tenaga manusia.

Hubungan yang wujud bagi interaksi empat (4) komponen utama yang dibincangkan di atas
adalah seperti Rajah 2.2 di bawah.

27
Rajah 2.2 Komponen (Domain) Yang Membangunkan Negara Kreatif

(Sumber: National Academies Press, 2003)

SOALAN DALAM TEKS

1. Senaraikan 4 komponen utama (domain)


dalam membangunkan negara bangsa yang
kreatif.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

28
2.3 INDUSTRI KREATIF

Perkembangan semasa ekonomi global menunjukkan industri kreatif adalah salah satu
sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di negara-negara maju.
Contohnya, industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat. Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya
Malaysia, industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK
negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta
memartabatkan budaya bangsa. Justeru, amat penting industri ini dibangunkan secara
bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala tuju yang komprehensif.

Menyedari hakikat kepentingan industri ini, Kementerian telah mengadakan Persidangan


Industri Kreatif pada 17 Mac 2009. Antara perkara yang menyentuh industri ini adalah
ketiadaan penyelarasan dan dasar yang jelas tentang pembangunan industri kreatif di negara
ini. Oleh yang demikian, satu dasar industri kreatif perlu diwujudkan bagi menjelaskan hala
tuju dan pembangunan industri kreatif negara.

Bagi tujuan ini, Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) digubal sebagai dasar induk untuk
menetapkan prinsip-prinsip asas pembangunan industri kreatif. Dasar ini akan menjurus dan
memacu segala kegiatan kreatif secara lebih produktif dan ekonomik melalui sinergi sektor
awam dan swasta. Secara umum industri kreatif mempunyai 13 sektor yang meliputi
pengiklanan, artikek, sastera dan pasaran antik, kraftangan, rekabentuk, pereka fesyen,
perfileman, software interaktif santai (permainan video), muzik, perlaksanaan sastera,
penerbitan, lain-lain software , televisyen dan radio. Contoh industri kreatif yang semakin
popular di Malaysia industri perfileman seni animasi seperti Upin dan Ipin, Boboi boy dan Lat
the Kampung Boy.

29
SOALAN DALAM TEKS

2. Senaraikan sektor-sektor di dalam industri


kreatif.

Semak jawapan anda di akhir bab ini

2.4 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

Istilah tanggungjawab sosial korporat merupakan gabungan beberapa konsep yang


menitikberatkan elemen komuniti atau masyarakat. Tanggungjawab sosial merujuk kepada
budaya atau nilai yang dipegang oleh sesebuah syarikat atau individu dalam melaksanakan
tangggungjawab terhadap masyarakat dan alam sekitar secara sukarela. Tanggungjawab sosial
ini di mana komuniti atau masyarakat mendapat manfaat sosial yang menyeluruh yang dapat
dinikmati oleh setiap ahlinya. Tanggungjawab Sosial Korporat kini menjadi agenda global
kerana dikebanyakkan negara, sama ada pihak kerajaan, swasta mahupun NGO, sudah mula
melihat perkara ini sebagai satu amalan yang mampu menghubungkan antara pihak institusi
perniagaan dengan pembangunan negara.

Pada masa kini, tanggungjawab sosial korporat telah menjadi topik hangat dalam organisasi.
Tanggungjawab sosial korporat (CSR) menjadi satu aspek penting dalam strategi keseluruhan
korporat yang memberikan satu kelebihan dan memberi kesan kepada pengguna sekaligus
membezakan penawaran produk antara organisasi lain. Menurut Kuratko & Hodgetts (2004),
tanggungjawab sosial terdiri dari obligasi-obligasi sebuah perniagaan terhadap masyarakat.
Terdapat dua konsep utama berkaitan masyarakat, iaitu tanggungjawab sosial dan pihak-
pihak berkepentingan (stakeholders). Setiap korporat perlu memahami bahawa mereka berada
di dalam eko-sistem baik bersifat ekonomi, budaya mahupun sosial. Menerusi konsep ini,
setiap korporat dalam setiap sistem ekonomi dan sub-sistemnya mempunyai peranan dan
kepentingannya.

30
Menurut Sharmila M.S, Reevany B dan Salfarina A.G (2012) pula, CSR adalah salah satu
bentuk inisiatif dan strategi yang dilaksanakan oleh syarikat bagi menghubungkan syarikat
korporat dengan masyarakat awam. Sebagai tambahan, Abagail dan Donald (2001)
mendefinasikan CSR sebagai satu tindakan untuk menjalankan aktiviti sosial diluar
kepentingan firma dan apa yang diperlukan oleh undang-undang. Jadi tidak hairanlah jika
aktiviti sosial menjadi satu perkara yang mendapat perhatian dalam kalangan syarikat
korporat di luar negara.

Tanggungjawab sosial korporat yang juga dikenali sebagai hati nurani korporat, prestasi
korporat juga merupakan satu bentuk peraturan korporat yang disepadukan ke dalam model
perniagaan. Aktiviti CSR bertindak sebagai satu fungsi yang terbina dari dalam organisasi
melalui mekanisme pengawalan sendiri yang mana aktiviti perniagaan dapat memantau dan
memastikan pematuhan aktif berdasarkan undang-undang, standard etika dan norma
pengantarabangsaan. Matlamat CSR adalah untuk mengambil tanggungjawab untuk tindakan
syarikat bagi menggalakkan kesan positif melalui aktiviti-aktiviti alam sekitar, pengguna,
pekerja, masyarakat dan pihak berkepentingan. Jika diamati, aktiviti CSR menjadi aktiviti
utama bagi kebanyakkan entiti perniagaan dan ianya menggunakan kaedah-kaedah yang
berbentuk formal contohnya melalui kerjasama organisasi dan pemegang taruh (stakeholders)
(Bessant & Tidd, 2011).

Cari contoh-contoh penglibatan pemegang


taruh (stakeholders) dalam aktiviti CSR di
Malaysia.

2.5 KEUSAHAWANAN SOSIAL

Apakah yang dimaksudkan dengan keusahawanan sosial? Mutakhir kini konsep


keusahawanan telah diperluaskan kepada konsep yang lebih mesra pengguna mahupun
masyarakat. Konsep ini dikenali sebagai keusahawanan sosial. Keusahawanan sosial
merupakan aplikasi baru konsep keusahawanan konvensional yang diterjemahkan bagi
memenuhi objektif sosial. Objektif sosial boleh merangkumi masyarakat, pengguna, badan
kerajaan atau berkanun, badan NGO dan pertubuhan sosial seperti rumah anak yatim.

31
Terdapat beberapa pandangan mengenai keusahawanan sosial dengan menganggap
keusahawanan sosial merupakan respon kepada masalah sosial masyarakat umpamanya
pengangguran, kemiskinan, fragmentasi komuniti dan kelaparan, yang semakin kronik dan
mencapai keadilan sosial sejagat (Kostetska dan Berezyak, 2014 dan Jain, 2012). Maka di sini
istilah keusahawanan sosial boleh didefinisikan sebagai aplikasi tanggungjawab sosial
usahawan bukan berlandaskan keuntungan, malah sanggup berkongsi keuntungan perniagaan
untuk memenuhi keperluan masyarakat.

Apakah kaitan keusahawanan sosial dengan tanggungjawab sosial? Istilah tanggungjawab


sosial korporat merupakan gabungan beberapa konsep yang menitikberatkan elemen
komuniti atau masyarakat. Tanggungjawab sosial merujuk kepada budaya atau nilai yang
dipegang oleh sesebuah syarikat atau individu dalam melaksanakan tangggungjawab terhadap
masyarakat dan alam sekitar secara sukarela. Tanggungjawab sosial ini di mana komuniti atau
masyarakat mendapat manfaat sosial yang menyeluruh yang dapat dinikmati oleh setiap
ahlinya.

Fikirkan contoh-contoh keusahawanan sosial


yang dilakukan oleh usahawan berjaya di
Malaysia. Nyatakan usaha-usaha sumbangan
sosial yang dilakukan oleh mereka.

2.6 INOVASI SOSIAL


Terma inovasi sosial mula diketengahkan oleh para akademik masa kini. Inovasi sosial
berkait rapat dengan kreativiti sosial. Namun inovasi sosial satu terma merujuk kepada satu
pencarian terhadap jawapan baru bagi masalah sosial dengan mengenal pasti servis terkini
yang dapat meningkatkan kualiti hidup individu dan komuniti. Melalui Inovasi sosial juga,
usahawan mencari kompetensi yang baru, cara kerja baru dan penyertaan dari pelbagai
bentuk dan element dalam meningkatkan kedudukan individu dalam tenaga kerja.

Inovasi sosial berbeza dengan inovasi ekonomi kerana inovasi sosial tidak memerlukan
usahawan memperkenalkan produk baru atau mengeksploitasi pasaran, ia hanyalah sekadar
memenuhi kehendak masyarakat yang belum dilaksanakan oleh pihak lain. Ini termasuklah

32
dari aspek bantuan kepada komuniti dengan memebri peranan dalam sektor pekerjaan.
Contohnya, Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Mustapha Kamal bin Haji Abu Bakar (MK Land )
membantu masyarakat orang Asli di Malaysia mendapatkan tempat tinggal dan peluang
berniaga dengan menawarkan lot-lot berniaga kepada mereka. Maka perbezaan utama inovasi
sosial berhadapan dengan kerja sosial oleh individu terhadap komuniti melalui penawaran
kerja, membantu menawarkan jalan penyelesaian bagi komuniti di suatu kawasan.

2.7 CABARAN KEUSAHAWANAN SOSIAL

Dalam melaksanakan tanggungjawab sosial, terdapat pelbagai masalah dan cabaran yang
perlu diharungi oleh usahawan. Kajian terdahulu mendapati usahawan kecil dan sederhana
terutamanya di negara-negara membangun berhadapan dengan masalah dan cabaran dalam
melaksanakan CSR. Antara cabaran yang dihadapi oleh usahawan di negara sedang
membangun ialah mencangkupi isu kemiskinan, wabak dan kebuluran, penerusan keluarga,
pendidikan kanak-kanak, hak sama rata terhadap wanita dan isu persekitaran (Visser, 2007).
Oleh yang demikian, ruang lingkup tanggungjawab sosial di negara-negara sedang
membangun ialah dari aspek untuk memenuhi keperluan asas manusia itu sendiri.

Berdasarkan dari angka statistik, PKS di Malaysia kurang melibatkan diri secara aktif dalam
program-program sosial berbanding dengan syarikat korporat yang berstatus syarikat
multinasional. Perlaksanaan CSR di negara-negara Asia sangat rendah namun, jika
diperincikan secara spesifik, Visser (2007) menyatakan perlaksanaan CSR di Malaysia
relatifnya rendah dan agak lemah berbanding negara-negara Asia yang lain. Hanya 32 peratus
syarikat besar di Malaysia yang menunjukkan kesungguhan dalam perlaksanaan aktiviti CSR
berbanding Thailand iaitu 42 peratus.

Usahawan PKS berpendapat sumber kewangan penting dalam menjayakan aktiviti CSR.
Oleh yang demikian, ini juga merupakan cabaran kepada PKS untuk melaksanakan CSR
secara konsisten. Untuk menjayakan aktiviti CSR, sumber kewangan perlu diambilkira oleh
usahawan dan faktor kekayaan sesebuah perniagaan (Fara & Waddel, 2009). Kekayaan yang
dimiliki oleh sesebuah perniagaan akan mempengaruhi usahawan untuk melaksanakan
tanggungjawab sosial mahupun tidak. Selain itu, faktor-faktor seperti minat terhadap kerja
sosial juga boleh mempengaruhi perlaksanaan CSR oleh usahawan.

33
Dalam menjayakan aktiviti CSR dan membentuk nilai serta jati diri usahawan, modal sosial
juga memainkan peranan penting untuk menjayakan perlaksanaan CSR. Terdapat kajian
terdapat hubungan antara modal sosial dengan aktiviti CSR oleh organisasi perniagaan (Fara
& Waddel, 2009). Ini juga merupakan cabaran kepada usahawan untuk melaksanakan
tanggungjawab sosial korporatnya. Terdapat juga usahawan IKS mempunyai cabaran dalam
mendapatkan sumber maklumat tentang tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Seperti
yang kita sedia maklum, majoriti usahawan IKS mempunyai tahap pendidikan menengah,
justeru mereka berhadapan dengan masalah untuk mengakses maklumat berkaitan
tanggungjawab sosial. Usahawan IKS mengharapkan agensi untuk memaklumkan segala
maklumat berkaitan perniagaan. Maka begitu juga halnya dengan aktiviti CSR, mereka juga
mengharapkan agensi kerajaan untuk memaklumkannya.

Oleh yang demikian adalah penting untuk kita sama-sama mengetahui ciri-ciri sebenar
usahawan sosial bagi membantu golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dan
sokongan. Rajah 2.2 di bawah menjelaskan tentang ciri-ciri usahawan sosial.

Jadual 2.2 : Ciri-ciri usahawan sosial


 Bercita-cita tinggi: Usahawan sosial cenderung untuk menyelesaikan masalah sosial
yang paling utama seperti masalah kemiskinan, kesihatan, ketidaksamarataan
hak/peluang dan membuat perubahan ke atas masalah tersebut. Usahawan sosial
akan bertindak sama ada secara bersendirian, dengan pantas atas masalah-masalah
yang wujud termasuklah elemen-elemen tidak bersandarkan untung mahupun aktiviti
berasaskan keuntungan.

 Kecenderungan ke arah matlamat: Usahawan sosial menitikberatkan nilai sosial


berbanding keuntungan. Penciptaan keuntungan penting sekadar sebagai proses
penerusan perniagaan. Seperti usahawan lain juga, usahawan sosial akan
memfokuskan untuk memenuhi keperluan masyarakat.

 Stragetik: Cara usahawan sosial melihat dan bertindak juga berbeza, mereka akan
merebut peluang yang orang lain lepaskan. Usahawan sosial bertindak untuk
membaiki sistem sokongan, mencipta jalan penyelesaian malahan mencipta

34
pendekatan baru yang memberi nilai tambah kepada sosial.

 Mempunyai sumber: Usahawan sosial tidak gusar bekerja dalam keadaan sumber-
sumber yang terhad dan pasaran konvensional. Maka sebagai hasil, usahawan sosial
sangat mahir dalam mencari sumber kewangan dan politik serta menggerakkan
manusia.

 Berorientasikan hasil: Usahawan sosial dimotivasikan oleh keinginan merubah


sesuatu perkara dan menghasilkan pulangan yang boleh diukur. Hasilnya, usahawan
sosial melihat adalah perlu untuk berhubung dan menjadikan dunia sebagai tempat
yang lebih baik melalui kualiti kehidupan, mengakses kepada maklumat mahupun
memberi sokongann kepada kumpulan yang kurang berkemampuan.
(Sumber: Bessant & Tidd, 2011).

SOALAN DALAM TEKS

3. Senaraikan tips untuk usahawan sosial untuk


membangunkan kompetensi diri dalam
melaksanakan keusahawanan sosial.

Semak jawapan anda di akhir bab ini

35
2.8 CABARAN MENGURUS KEUSAHAWANAN SOSIAL DAN INOVASI
Tahukah anda mengurus inovasi memerlukan kepakaran dan kesabaran? Banyak cabaran
yang perlu ditempuhi oleh usahawan dalam mengurus inovasi. Begitu juga dengan
keusahawanan sosial. Terdapat juga cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan dalam
mengurus keusahawanan sosial. Ini adalah kerana keusahawanan sosial merupakan satu
konsep dan terma baru dalam kalangan usahawan di Malaysia. Keusahawanan sosial
memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta spiritual yang tinggi.

Mengurus keusahawanan sosial bukanlah perkara yang mudah. Kajian oleh Siwar dan
Hossain (2009) mendapati bahawa hanya sebahagian kecil Perusahaan Kecil dan Sederhana
di Malaysia mempunyai polisi tanggungjawab sosial. Berdasarkan dari angka statistik, PKS di
Malaysia kurang melibatkan diri secara aktif dalam program-program sosial berbanding
dengan syarikat korporat yang berstatus syarikat multinasional. Perlaksanaan CSR di negara-
negara Asia sangat rendah namun, jika diperincikan secara spesifik, Visser (2007) menyatakan
perlaksanaan tanggungjawab sosial di Malaysia relatifnya rendah dan agak lemah berbanding
negara-negara Asia yang lain. Hanya 32 peratus syarikat besar di Malaysia yang menunjukkan
kesungguhan dalam perlaksanaan aktiviti keusahawanan sosial berbanding Thailand iaitu 42
peratus.

Amalan yang kurang dipraktikkan oleh industri ini adalah berkait rapat dengan masalah
kewangan organisasi dan kebergantungan mereka terhadap kerajaan untuk melaksanakan
amalan keusahawanan sosial di organisasi. Cabaran yang dihadapi oleh usahawan kecil dan
sederhana ialah berkaitan dengan sumber kewangan perniagaan yang merupakan cabaran
utama untuk melaksanakan keusahawanan sosial (Fara & Waddel, 2009).

Merujuk kepada Model Inovasi dan Keusahawanan yang dibincangkan sebelum ini, inovasi
tidak terjadi dengan sengaja, malah ianya merupakan satu proses yang dirancang dan
tersusun. Kupasan terhadap cabaran mengurus keusahawanan sosial dan inovasi adalah
merujuk kepada model untuk inovasi dan keusahawanan seperti rajah 2.2 di bawah.

36
Rajah 2.2 Model Inovasi dan Keusahawanan

Strategic vision and direction


Pro-active linkages

Innovative Organization

Berdasarkan rajah 2.2 di atas, terdapat elemen yang telah ditambah dan perlu diambilkira
dalam mengurus keusahawanan sosial seperti visi strategik dan hala tuju organisasi, organisasi
inovatif serta hubungan yang pro-aktif. Manakala penerangan tentang cabaran mengurus
inovasi dan keusahawanan sosial menurut Bessant & Tidd (2011) adalah seperti jadual 2.1
berikut.

Jadual 2.1: Cabaran dalam keusahawanan sosial


Perkara yang perlu diuruskan Bentuk-bentuk Cabaran Keusahawanan Sosial
1. Mengenalpasti Peluang  Usahawan sosial cenderung untuk melakukan
perubahan kepada masyarakat membasmi
kemiskinan, sumbangan pendidikan, bantuan
kesihatan dan sebagainya.
 Cabarannya di mana usahawan perlu mempunyai
kemahiran untuk merebut peluang, membina
jaringan, membangunkan idea-idea bagi membantu
masyarakat agar dapat menyelesaikan masalah yang
wujud.
 Sebagai contoh, usahawan sosial perlu memastikan
jurang yang wujud dalam kalangan petani luar
bandar dapat dikurangkan dengan mendedahkan
mereka kepada teknologi tinggi dan software
perdagangan yang lebih efisyen.
 Dalam konteks ini, usahawan sosial memerlukan
keghairahan (passionate) dan matlamat/visi (vision)
bagi menjayakan amalan keusahawanan sosial.

37
2. Mencari Sumber  Cabaran untuk menyakinkan pihak-pihak terlibat
terhadap aktiviti keusahawanan sosial yang bakal
dilaksanakan.
 Cabaran juga wujud dalam mencari sumber
kewangan, sumber manusia, sumber jaringan serta
sokongan dari pihak-pihak berkepentingan seperti
NGO’s, agensi kerajaan mahupun swasta.
 Setiap projek sosial yang ingin dijalankan usahawan
mungkin berhadapan dengan matlamat
keusahawanan sosial yang berbeza dengan teras
perniagaan firma.
 Cabaran untuk menyakinkan dan mendapat
sokongan daripada ahli lembaga pengarah atau
pemodal teroka memandangkan mereka memegang
sumber kepada aktiviti keusahawanan sosial dan
inovasi sosial.
3. Membangunkan usaha teroka  Pada tahap ini, inovasi sosial memerlukan daya
kreativiti usahawan untuk mencari pembiayaan,
membina jaringan yang lebih kukuh, menarik minat
orang ramai terhadap kerja sosial yang hendak
dilaksanakan.
 Faktor terpenting pada tahap ini ialah
mengenalpasti idea yang paling bernas iaitu idea
yang telah dilaksanakan oleh pihak tertentu sebagai
rujukan aktiviti keusahawanan sosial yang boleh
diikuti.
 Contohnya, mengutip pakaian baru atau terpakai
untuk membantu penduduk miskin di kawasan
setempat. Kini terdapat juga konsep ‘free market’ di
mana masyarakat yang kurang berkemampuan
boleh mendapatkan barangan yang diperlukan
secara percuma.

4. Strategi Inovasi  Pada tahap ini, matlamat dan visi dianalisis secara
kritikal, usahawan sosial perlu memberi komitmen
dengan mengukuhkan jaringa luar.
 Usahawan perlu mempunyai idea yang unik,
fantastik dan gila-gila untuk melaksanakan
keusahawanan sosial.
 Usahawan perlu memastikan perancangan yang
diambil menterjemahkan matlamat perniagaan satu
per satu.
5. Organisasi Berinovatif/  Bagi merealisasikan inovasi sosial, ia memerlukan
Pengkayaan Jaringan struktur organisasi yang fleksibel dan bersifat
organik.
 Usahawan perlu memastikan struktur yang jelas dan

38
efektif bagi memastikan aktiviti keusahawanan
sosial dapat dilaksanakan.
 Kejayaan keusahawanan sosial bergantung kepada
jaringan, sokongan logistik (memudahkan
pergerakan), akses kepada kepelbagaian sumber
melalui pengkayaan jaringan.

(Sumber: Bessant & Tidd, 2011)

2.9 POTENSI PIRAMAID DI TAHAP BAWAH (BOTTOM OF THE PYRAMID)


Dalam menangani cabaran dalam keusahawanan sosial, wujud potensi terhadap piramid
keperluan masyarakat di bahagian bawah poramid tersebut. Seperti yang anda maklum
bahawa terdapat lima keperluan fisiologi manusia yang utama seprti yang dikemukakan oleh
Maslow (rujuk Teori Keperluan Maslow). Rajah Teori keperluan Maslow digambarkan
seperti gambarajah di bawah. Dalam memenuhi keperluan asas manusia (tahap paling
rendah), usahawan perlu membuat anjakan paradigma inovasi; iaitu bukan sekadar membuat
kerja amal namun usahawan juga perlu memikirkan model perniagaan yang sesuai.

Adalah menjadi cabaran kepada usahawan yang ingin mengubah tanggapan manusia untuk
memenuhi keperluan asas seperti makan minum, tempat tinggal, perlindungan dan penjagaan
kesihatan ianya memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Hakikat, potensi peluang ini haruslah
sejajar dengan agenda sosial. Ianya perlu dirangka semula terhadap peraturan biasa bagi
permainan pasaran dan cabaran terhadap andaian asas seperti yang dinyatakan dalam jadual
2.2.

Jadual 2.2: Andaian terhadap Cabaran ‘Piramid pada tahap bawah’


Andaian Realiti dan peluang
 Orang miskin tidak  Cabaran inovasi kepada usahawan apabila perlu
mempunyai kuasa untuk menawarkan peluang kepada individu yang
membeli berpendapatan rendah dengan menawarkan produk
pada harga yang rendah dan tinggi kualiti bagi
meminjam wang, air bersih, telekomunikasi dan asas
ubatan.
 Ini adalah kerana mereka tidak mendapat akses
kepada maklumat yang betul, kedai untuk
mendapatkan barang atau bank untuk mendapatkan
sumber kewangan.

39
 Terdapat potensi pasaran 4 billion orang.

 Orang miskin tidak  Terdapat bukti menunjukkan individu


mementingkan jenama berpendapatan rendah juga inginkan produk
berjenama.
 Cabaran kepada usahawan untuk menawarkan
produk berjenama pada kos yang lebih rendah
namun kualiti yang tinggi.
 Namun ianya mungkin akan menyebabkan gangguan
dalam inovasi.
 Orang miskin sukar  Sehingga tahun 2015, 400 bandar dalam dunia yang
untuk didekati membangun dengan populasi melebihi 1 milion
merupakan potensi untuk melaksanakan inovasi
saluran pengagihan.
 Usahawan boleh cuba menggunakan pemikiran
inovasi dari aspek saluran agihan. Contohnya
Syarikat Avan memperkenalkan ‘Avon Ladies’ di
kawasan luar bandar di Brazil.

 Orang miskin tidak tahu  Pengalaman dengan kiosk-kiosk komputer, gajet atau
dan tidak berminat telefon bimbit rendah harga dapat mendekatkan
tentang teknologi terkini. golongan pendapatan rendah dengan teknologi.
 Melalui inovasi sosial, petani di luar bandar
mendapat info berkaitan pertanian melalui internet.
 ITC company telah memperkenalkan perisian
kepada petani untuk menyemak senarai harga melalui
laman web.

Sumber: Bessant & Tidd (2011)


Rajah 2.3: Hubungan Teori Maslow dengan Inovasi Sosial

(Sumber: Rahman, Hassan & Floyd, 2013)

40
SOALAN DALAM TEKS

4. Senaraikan elemen-elemen yang terdapat di


dalam Model Inovasi Sosial dan
Keusahawanan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini

2.10 KESIMPULAN

Bab ini telah membincangkan dengan terperinci topik pemikiran kreatif dan inovasi serta
bagaimana untuk membangunkan negara bangsa kreatif. Keusahawanan sosial juga menjadi
topik pilihan bagi bab ini kerana terma keusahawanan sosial sangat berkait rapat dengan
kejayaan sesebuah perniagaan kini. Ini adalah kerana usahawan berjaya bukanlah diukr dari
aspek keuntungan semata-mata, namun akan dinilai dari aspek sumbangan mereka kepada
masyarakat. Cabaran dalam menguruskan keusahawanan sosial mungkin wujud dalam
monteks yang berbeza, justeru usahawan haruslah pandai menguruskan cabaran-cabaran
dalam menjayakan aktiviti keusahawan sosial.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan cabaran tanggungjawab sosial


korporat kepada usahawan.
2. Huraikan kepentingan tanggungjawab
sosial korporat kepada usahawan.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

41
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS
1. Kreativiti sainstifik, kreativiti teknologi, kreativiti ekonomi, kreativiti budaya.
2. Sektor pengiklanan, artikek, sastera dan pasaran antik, kraftangan, rekabentuk, pereka
fesyen, perfileman, software interaktif santai, muzik, perlaksanaan satera, penerbitan, lain-lain
software, televisyen dan radio.
3. Antara tips; cari jurang di dalam pasaran dan penuhi jurang tersebut, jelas terhadap perkara
yang hendak dilaksanakan, membangunkan jaringan dengan pelbagai invidivu, bijak dalm
mengitar semula, jangan takut untuk melakukan kesilapan.
4. Mengenalpasti peluang, mencari sumber, membangunkan usaha teroka (perniagaan),
mencipta nilai di tambah dengan visi strategik, hala tuju organisasi, organisasi kreatif serta
hubungan pro-aktif.

42
BAB 3

PENGENALAN KEPADA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN


INOVASI (MOSTI)

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, pelajar seharusnya boleh:


1. Memahami apakah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
2. Mengetahui Misi dan Visi MOSTI
3. Menyenaraikan usahawan-usahawan di bawah Program MOSTI

4. Mengetahui laman web MOSTI dan program di bawah anjuran MOSTI

3.0 PENGENALAN

Ilmu kreativiti dan inovasi di Malaysia semakin penting masa kini. Perlaksanaan kreativiti dan
inovasi di dalam negara dapat menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Maju pada
tahun 2020 akan datang. Justeru, kerajaan Malaysia telah menubuhkan sebuah kementerian
bagi merancang dan mengawasi bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang kian pesat
membangun di Malaysia agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan
tersusun. Kementerian ini telah diberi nafas baru di atas nama Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI). Peranan MOSTI adalah untuk menyelaraskan semua program-
program anjuran kerajaan dan agensinya dalam memperkasakan bidang Sains, Teknologi dan
Inovasi di Malaysia. Selain itu MOSTI juga berperanan mengagihkan dana-dana kepada
usahawan yang menceburi bidang Sains, Teknologi dan Inovasi.

3.1 LATARBELAKANG MOSTI

Pelajar-pelajar, bilakah MOSTI ditubuhkan? Kementerian Sains, Teknolgi dan Inovasi atau
MOSTI yang wujud kini telah ditubuhkan pada 1973 sebagai Kementerian Teknologi,
Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Pada tahun 1976, selaras dengan fungsi dan
tanggungjawab baru yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar, nama Kementerian telah
ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE). Seterusnya,
Jemaah Menteri pada 27 Mac 2004 telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE
dan nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
bagi menerajui fungsi pembangunan ICT negara, Multimedia dan Inovasi. Pada tahun 2007,
fungsi sains dan teknologi dipecahkan mengikut kluster Bioteknologi, ICT, Industri,
Angkasa, Laut dan Atmosfera dan Teras Sains dan Teknologi.

43
Pernahkah anda mendengar tentang MOSTI?
Senaraikan peranan MOSTI kepada usahawan.

3.1.1 MISI dan VISI

MOSTI juga telah membangunkan visi dan misi organisasinya. Misi MOSTI ialah ingin
menjadi “Peneraju agenda Sains, Teknologi dan Inovasi Negara”. Dalam erti kata lainnya,
Misi MOSTI ialah “Untuk membawa dan mengurus Sains, Teknologi dan Inovasi bagi
pembangunan sosio ekonomi secara intensif ke atas kreativiti dan inovasi; pengukuhan dalam
pasaran pembangunan dan penyelidikan; membekalkan dan menyerap teknologi baru;
membangunkan bakat; mendalami kesedaran STI; dan mengukuhkan kolaborasi dan
kerjasama searntau”. Manakala Visi MOSTI pula ialah “Meneroka, membangun dan
memanfaatkan STI untuk menjana ilmu pengetahuan, mencipta kekayaan dan menjamin
kesejahteraan masyarakat ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi yang kompetitif,
mapan dan terangkum.” Misi dan visi inilah menjadikan MOSTI berupaya bergerak pantas
dalam mencapai pelan strategiknya.

3.1.2 TERAS STRATEGIK

Dalam mencapai untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Maju pada 2020, MOSTI
telah merangka teras strategik untuk dicapai. Antara teras strategik bagi MOSTI adalah
seperti berikut:

i. Membangunkan modal insan dalam bidang Sains Teknologi dan Inovasi (STI) ke
arah menjana dan meningkatkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpandukan
modal inovasi;

ii. Manfaat dan memperhebatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan,


perolehan teknologi dan inovasi untuk pasaran;

iii. Mengarus perdana STI, memupuk dan membudayakan pemikiran kreatif dan
inovatif;

iv. Meningkat dan memperkukuhkan jalinan dan jaringan strategik (kolaborasi,


kerjasama dan perkongsian);

v. Memperkukuhkan dana penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan;

vi. Memperhebatkan pengkomersilan dan harta intelek bagi penghasilan kekayaan dan
kesejahteraan masyarakat;

vii. Memperkasakan komuniti melalui sains, teknologi dan inovasi untuk pembangunan
mapan;

44
viii. Pengantarabangsaan; dan

ix. Pemerkasaan keupayaan dan kapasiti perkhidmatan sokongan MOSTI.

3.1.3 FOKUS UTAMA MOSTI

Terdapat empat (4) fokus utama MOSTI dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan
yang cekap, beretika dan professional kepada pelanggannya. Antara fokus tersebut ialah:

i) Mengurus dan mengagihkan peruntukan untuk penyelidikan dan perundingan serta


kerjasama teknologi.
ii) Meningkatkan kuantiti dan kualiti bidang Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Sumber
Manusia.
iii) Aplikasi teknologi untuk kepentingan asas pertumbuhan.
iv) Penambahbaikan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan.

3.3.4 KLUSTER MOSTI

MOSTI juga telah memperkenalkan konsep kluster sebagai satu usaha untuk mencapai
objektifnya. Terdapat lima (5) kluster di bawah MOSTI iaitu:

i) Bioteknologi
Dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan bidang
bioteknologi di dalam negara, MOSTI telah memperkenalkan konsep cluster bagi
melaksanakan Polisi Bioteknologi Kebangsaan dan inisiatif ini dikoordinasikan
oleh Divisyen Bitokenologi Kebangsaan (BIOTEK). Setiap ahli kluster perlu
menyediakan perkhidmatan dan kemudahan program sokongan di bawah Polisi
Bioteknologi Kebangsaan. Pihak agensi dan ahli kluster adalah seperti berikut:-

 Technology Park Malaysia


 Agro-Biotech Institute Malaysia
 Malaysian Biotechnology Corporation
 Malaysia Institute of Pharmaceuticals & Nutraceuticals
 Inno Biologics Sdn. Bhd.
 Malaysia GENOME Institute

ii) Informasi Komunikasi dan Teknologi (ICT)


Kluster ICT adalah dibawah koordinasi Divisyen Polisi, yang diselenggarakan
bagi mencapai target ICT kebangsaan iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara berpengetahuan berasaskan ekonomi (knowledge-based economy).

45
Objektif kluster ICT adalah untuk menjadi aspirasi terhadap pembangunan
industri ICT dan teknologi asli dan keupayaan; untuk membangun dan
mengekalkan ICT kebangsaan dan persekitaran yang baik; untuk memberi
sokongan dalam menjadikan Malaysia sebagai Hub Global ICT untuk menjana
kekayaan, generasi berpengetahuan dan kesejahteraan sosial.

Beberapa agensi di bawah kluster Industri ialah:


 MIMOS Berhad
 Cyber Security Malaysia

iii) Industri
Divisyen industrri telah ditubuhkan pada 16 Disember 2007. Divisyen ini
dibangunkan untuk mengkordinasi dan memudahkan aktiviti dan program di
bawah Kluster Industri dalam usaha untuk mengukuhkan sistem penyampaian
kerajaan.

Objektif Divisyen Industri adalah untuk membangunkan kepakaran teknikal yang


releven yang diperlukan oleh pihak industri. Objektif yang lain juga ialah untuk
mempromosikan aktiviti penyelidikan dan pembangunan secara komersial
seterusnya membangunkan teknologi industri tempatan dalam bidang keutamaan
dalam aspek material termaju, perkilangan termaju, nano teknologi, tenaga
alternatif serta sisa pembuangan kepada kekayaan.

Agensi di bawah kluster ini ialah:


 Malaysian Nuclear Agency
 SIRIM Berhad
 Department of Standards Malaysia
 Malaysia Technology Development Corporation
 Malaysia Design Council
 Atomatic Energy Licensing Board

iv) Teras Sains dan Teknologi


Bahagian Teras Sains & Teknologi (T S&T) bertanggungjawab menyelaras
penilaian permohonan-permohonan projek dan memantau projek-projek yang
telah diluluskan di bawah Dana Sains (SF) dan Dana Pra Pengkomersilan yang
terdiri daripada Dana Inovasi Komuniti (CIF) dan Dana Teknologi (TF). Bidang
kajian Bahagian ini termasuklah sains fizikal dan matematik, sains kimia, sains
sosial dan kemanusiaan dan sains pertanian. Bahagian ini juga telah diamanahkan
untuk memantau dan menyelaras program dan aktiviti di bawah Jabatan Kimia
Malaysia (KIMIA) dan Pusat Sains Negara (PSN).

46
Objektif Divisyen Teras Sains dan Teknologi ialah:
i) Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi Teras Sains dan
Teknologi (TS&T)
ii) Memaju dan menambahkan kelompok sumber manusia yang yang
berkemahiran Sains dan Teknologi di bawah kluster teras S&T
iii) Menimgkatkan kesedaran terhadap Sains dan Teknologi dalam kalangan
masyaraat khususnya di Malaysia
iv) Memastikan program dan aktiviti di bawah kluster Teras S&T di bawah
Jabatan KIMIA Malaysia dan Pusat Saians Negara mengikut dasar-dasar
yang ditetapkan oleh Kementerian
v) Memastikan jbatan dan egensi di bawah kluster ini mencapai objektif selaras
dengan fungsi dan tanggungjawab masing-masing.

Agensi di bawah kluster ini ialah:


 Jabatan Kimia Malaysia
 Pusat Sains Negara (PSN)

v) Angkasa, Laut dan Atmosfera


Penubuhan Bahagian Angkasa, Laut dan Atmosfera (S2S) pada 2 Februari 2007
adalah selaras dengan perubahan dan peranan MOSTI yang baru ke arah
memantapkan lagi sistem penyampaian Kerajaan. Bahagian S2S
bertanggungjawab dalam menyelaras dan mengurus geran penyelidikan,
pembangunan, pengkomersilan dan inovasi serta program kesedaran sains dan
teknologi dalam bidang angkasa, remote sensing, meterologi dan oseanografi.

Bahagian ini juga bertanggungjawab di dalam merancang, menyelaras dan


meneraju dasar dan arah tuju Klaster S2S yang melibatkan tiga agensi: Agensi
Angkasa Negara, Agensi Remote Sensing Malaysia dan Jabatan Meteorologi
Malaysia; dan sebuah syarikat kerajaan: Astronautics Technology (M) Sdn Bhd.

Objektif utama divisyen ini ialah:

i) Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan teknologi dan aplikasi di


bawah bidang keutamaan S2S
ii) Membangunkan dan menyediakan perkhidmatan di dalam bidang S2S
(Meteorologi, Oseanografi, Remote Sensing dan Angkasa)
iii) Membangunkan dan mengendalikan infrastruktur S2S di dalam
memanfaatkan keperluan antarabangsa
iv) Memasarkan dan mengkomersilkan teknologi S2S di peringkat serantau dan
antarabangsa

47
v) Membangunkan para Saintis Penyelidik dan Jurutera Penyelidik di dalam
bidang keutamaan S2S
vi) Membangunkan komuniti pengguna dan kesedaran awam bagi penyelesaian
S2S
vii) Mencapai pengurusan yang cemerlang dalam melaksanakan semua inisiatif
S2S
viii) Menaiktaraf kedudukan S2S sebagai peneraju dunia yang relevan

Manakala fungsi utama kluster ini ialah:

 Memudahkan pembangunan pengetahuan dan inovasi usahawan tekno


 Menilai kertas cadangan projek/ permohonan geran di bawah Dana
Penyelidikan & Pembangunan (R&D) MOSTI
 Memantau projek yang diluluskan di bawah Dana Penyelidikan &
Pembangunan (R&D) MOSTI
 Meningkatkan peluang pekerjaan melalui program-program penyelidikan
dan pembangunan (R&D) di bawah Klaster S2S untuk memenuhi
keperluan industri
 Menyedia, menyelaras dan mengurus aktiviti Dasar dan Korporat
khususnya pembentukan dasar-dasar baru yang relevan selaras dengan
halatuju MOSTI, program penggalakkan dan penjenamaan semula
Kluster S2S
 Mengkoordinasi kerjasama penyelidikan antara institut penyelidikan
dengan industri tempatan dan antarabangsa
 Mengenalpasti dan menilai teknologi baru tempatan dan antarabangsa
bagi projek-projek pembangunan
 Memproses permohonan menghadiri mesyuarat, persidangan, seminar,
bengkel dan kursus di dalam dan luar negara bagi pegawai-pegawai
Jabatan dan Agensi di bawah Kluster S2S
 Memberi ulasan dan input bagi Kertas Kabinet, maklumbalas Mesyuarat
Jemaah Menteri dan maklumbalas Parlimen

Pihak yang menganggotai kluster ini ialah:

 Angkasa Malaysia
 Remote Sensing
 Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
 Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. ATSB®

48
SOALAN DALAM TEKS

2. Senaraikan jenis-jenis kluster di bawah MOSTI.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

3.1.3 PEMBANGUNAN MODAL INSAN (Human Capital Development)

Pembangunan Modal Insan (Human Capital Development-HCD) adalah satu teras dalam
Perancangan Malaysia sejajar dengan Misi Kebangsaan. Program Pembangunan Modal Insan
dalam aspek Sains, Teknolgi dan Inovasi (STI) merupakan satu usaha dan pelaburan kerajaan
unutk meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi dalam menuju ekonomi
berasaskan pengetahuan.

Objektif Kluster Pembangunan Modal Insan ialah:

 Untuk meningkatkan massa kritikal penyelidik, sainstis dan jurutera (RSE) bagi
mencapai nisbah 50 RSE: 10,000 buruh bagi bidang keutamaan
 Untuk meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan kualiti tinggi dan hala tuju
pasaran penyelidikan bagi memenuhi standard global dan,
 Untuk meningkatkan kelebihan kompetitif dan kemahiran pengurusan penyelidikan
dan pembangunan.

3.2 USAHAWAN DI BAWAH MOSTI

MOSTI telah menjadikan Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai teras utama dalam
membangunkan usahawan-usahawan berteknologi seluruh Malaysia. Peranan MOSTI dalam
membangunkan usahawan teknologi dan menghasilkan produk-produk yang
mengaplikasikan teknologi tinggi tidak dapat dipertikaikan lagi. MOSTI bukan sahaja
menyediakan infrastuktur, merangka program dan polisi malah, MOSTI juga berperanan
membimbing usahawan-usahawan yang menggunakan aplikasi teknologi dalam
mengeluarkan produk mereka. Justeru, telah terbukti bahawa MOSTI berupaya dan berjaya
menghasilkan usahawan-usahawan yang menggunakan aplikasi teknologi di Malaysia.

49
En. Ramli bin Ishak, Pengarah Urusan GranuLab (M) Sdn.Bhd seorang usahawan
Malaysia yang berjaya mengetengahkan idea dan menginovasikan produk tulang gantian
berasaskan sintetik. GranuLab (M) Sdn. Bhd. mengeluarkan produk GranuMasR, produk
gentian tulang berasaskan sintetik. Granulab dulunya dikenali sebagai Headline Sdn. Bhd.
dan bertukar nama secara rasmi pada Julai 2006. GranuLab (M) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada
2005 yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada 25 Mei 2007, operasi Granulab (M) Sdn.
Bhd. telah diletakkan di bawah Sindora.

GranuMasR merupakan nama bagi produk tulang gantian yang dipasarkan oleh Granulab.
Granulab (M) Sdn. Bhd. adalah penerima dana CRDF di bawah Rancangan Malaysia ke-9.
Sejarah penghasilan tulang tiruan bernama Granulab ini agak panjang, menunjukkan bahawa
penghasilan produk inovasi ini dihasilkan dengan teliti. Kejayaan Granulab pernah disiarkan
dalam akhbar tempatan. Penghasilan produk tersebut adalah hasil usaha sama dengan
penyelidik Sirim Berhad (Sirim) yang diketuai oleh Penyelidik Kanannya Dr. Fazilah Fazan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sirim, Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof, yang
berkongsi kejayaan tersebut selepas lebih 10 tahun berkata, penyelidikan tersebut penting
bagi menyelesaikan masalah kecacatan tulang akibat pelbagai sebab.

Menurut Dr. Zainal Abidin lagi, projek tersebut di bawah Program Penyelidikan Bidang
Keutamaan (IRPA) yang dibiayai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu
Biobahan Untuk Aplikasi Perubatan - Pembangunan Tulang Graf Gantian Berasaskan fosfat
bioseramik dengan jumlah dana RM12 juta. Hasilnya, GranuMasR yang mengandungi lebih
99 peratus HA tulen berjaya dihasilkan untuk implan atau pacakan pembedahan yang
didatangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti granul, cip, pin dan kiub.

Menurut Dr. Fazilah lagi, GranuMasR dihasilkan daripada mineral sintetik yang boleh
diterima oleh tubuh manusia. Berbanding dengan bahan tulang sintetik lain yang
menggunakan sebatian kimia yang boleh menjejaskan badan manusia GranuMasR lebih sesuai
digunakan. Sesuai dengan sifatnya menyerupai tulang kerana berasaskan kalsium, ia mudah
terurai dalam badan bergantung kepada kuantiti dan umur pesakit. Beliau berkata,
penggunaan GranuMasR diharap dapat mengurangkan kos perubatan pesakit kerana harganya
lebih murah berbanding produk import. Menurutnya, harga produk import satu ketika
pernah mencecah RM1,500 bagi satu sentimeter padu manakala penggunaan GranuMasR
untuk rawatan pergigian bagi kuantiti yang sama hanyalah RM150.

Kejayaan GranuMasR menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin
menunjukkan pelancaran Tahun Pengkomersialan MOSTI 2014 berada pada landasan betul
dengan sasaran 60 produk sepanjang tahun ini atau 360 produk menjelang 2020. Katanya,
penghasilan produk graf tulang sintetik itu membolehkan bahan perubatan lebih tersedia dan
mampu dimiliki rakyat Malaysia terutama melibatkan pembedahan tulang tanpa perlu
bergantung kepada produk import.

50
GranuMasR adalah sebahagian daripada produk R&D yang dibiayai MOSTI yang telah
berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Selain GranuMasR, dua lagi produk yang sedang
diusahakan Granulab dan Sirim untuk dikomersialkan ialah beta-TCP sebagai tulang bioresap
dan Osteopaste iaitu simen tulang bioseramik terkeras sendiri.

(sumber: www1.utusan.com.my & www.granulab.com/index)

Berikan contoh-contoh lain usahawan di


bawah MOSTI.

3.3 WEBSITE MOSTI

MOSTI juga telah membangunkan laman webnya bagi memudahkan orang ramai
mendapatkan maklumat terkini mengenai MOSTI, program-program MOSTI serta
usahawan-usahawan di bawah naungan MOSTI. Terdapat pelbagai program yang dianjurkan
oleh pihak MOSTI di mana maklumat ini boleh diakses terus melalui laman web MOSTI.
Antara program-program yang dilaksanakan oleh pihak MOSTI ialah Program Outcome
Based Budgetting (OBB), Program 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program
Trnasformasi Ekonomi dan Program di bawah Rancangan Malaysia ke-10. Untuk mendapat
maklumat lanjut berkenaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), anda boleh
layari laman web www.mosti.gov.my.

3.4 KESIMPULAN

Bidang Sains, Teknologi dan Inovasi tidak asing lagi buat kita hari ini. Malaysia merupakan
sebuah negara yang mementingkan pembangunan negara selaras dengan bidang sains,
teknologi, ICT, automotif, udara, laut dan angkasa. Oleh yang demikian, MOSTI telah
dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengawalselia dan merangka pelan pembangunan
negara kearah pencapaian sebagi sebuah negara maju.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan objekti penubuhan Kluster


Pembangunan Modal Insan di bawah
MOSTI.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

51
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Teras strategik MOSTI ialah:

i. Membangunkan modal insan dalam bidang Sains Teknologi dan Inovasi (STI) ke
arah menjana dan meningkatkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpandukan
modal inovasi;

ii. Manfaat dan memperhebatkan R&D tempatan, perolehan teknologi dan inovasi
untuk pasaran;

iii. Mengarus perdana STI, memupuk dan membudayakan pemikiran kreatif dan
inovatif;

iv. Meningkat dan memperkukuhkan jalinan dan jaringan strategik (kolaborasi,


kerjasama dan perkongsian);

v. Memperkukuhkan dana penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan;

vi. Memperhebatkan pengkomersilan dan harta intelek bagi penghasilan kekayaan dan
kesejahteraan masyarakat;

vii. Memperkasakan komuniti melalui sains, teknologi dan inovasi untuk pembangunan
mapan;

viii. Pengantarabangsaan; dan

ix. Pemerkasaan keupayaan dan kapasiti perkhidmatan sokongan MOSTI.

2. Kluster yand terdapat di bawah MOSTI ialah kluster Bioteknologi, Kluster Informasi
Komunikasi dan Teknologi (ICT), Kluster Industri, Kluster Teras Sains dan Teknologi serta
Kluster Angkasa, Laut dan Atmosfera.

52
BAB 4

MEMBANGUNKAN KREATIVITI DAN MEMAHAMI INOVASI

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami inovasi dan keusahawanan dan kepentingannya untuk kelangsungan dan
pembangunan perniagaan.
2. Memahami inovasi sebagai satu proses.
3. Menyedari kesukaran menguruskan proses di luar jangkaan dan berisiko.
4. Mengenalpasti peluang-peluang untuk perubahan, mencari sumber-sumber,
membangunkan idea baharu dan mencipta nilai daripada inovasi.

4.1 PENGENALAN

Inovasi adalah fungsi utama di dalam proses keusahawanan di mana usahawan menukarkan
peluang-peluang kepada idea-idea yang boleh dipasarkan. Inovasi bukan sahaja sekadar idea
yang bernas, tetapi ia adalah suatu proses di mana usahawan menggabungkan imaginasi dan
pemikiran yang kreatif dengan keupayaan yang sistematik dan logik. Usahawan yang
berpotensi akan sedia mencari peluang-peluang yang unik untuk memenuhi penawaran dan
permintaan pasaran.

Inovasi mempunyai perkaitan dengan perkembangan perniagaan di mana perniagaan yang


baharu tercipta daripada idea baharu yang dapat menawarkan kelebihan strategik kepada
pasaran. Inovasi digerakkan oleh kebolehan usahawan untuk melihat perkaitan,
mengenalpasti peluang-peluang dan mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang
tersebut. Usahawan juga perlu mempunyai keupayaan untuk mengenalpasti di mana dan
bagaimana pasaran boleh dicipta dan berkembang. Namun demikian, inovasi bukanlah
semata-mata membuka pasaran baharu tetapi menawarkan cara-cara yang baharu dan lebih
baik.

4.2 INOVASI DAN KEUSAHAWANAN

Inovasi dipandu oleh keusahawanan yang merupakan kombinasi visi, keinginan, tenaga serta
kerja keras yang membolehkan idea-idea yang baik menjadi kenyataan. Seperti yang
dinyatakan oleh Peter Drucker (1985):

“Inovasi adalah alat yang spesifik untuk keusahawanan, alat untuk mengeksploitasi perubahan kepada
peluang di dalam Perniagaan dan perkhidmatan yang berbeza. Inovasi boleh dijadikan satu bentuk
disiplin, dipelajari dan dipraktikkan”.

53
4.2.1 Praktis Keusahawanan di dalam Konteks yang Berbeza

Usahawan Dalaman – Bekerja di dalam Keusahawanan Korporat atau Jabatan Pelaburan


Korporat yang menyediakan visi untuk idea-idea baharu yang berisiko.

Keusahawanan Sosial – Keinginan untuk mengubah sesuatu dengan tujuan bukan untuk
mencipta nilai komersil tetapi untuk meningkatkan kondisi dan perubahan di dalam
persekitaran sosial.

4.2.2 Konsep-Konsep Pengurusan Inovasi dan Keusahawanan

 Inovasi sebagai proses yang boleh disusun dan diurus sama ada di dalam perniagaan
baharu atau memperbaharui perniagaan yang telah lama bertapak (Rujuk jadual 3.0).
 Keusahawanan sebagai kuasa untuk membawa proses ini melalui usaha-usaha
individu, kumpulan dan jaringan yang difokuskan.
 Mencipta nilai sebagai tujuan inovasi yang boleh dinyatakan di dalam terma
kewangan, keboleh pasaran kerja dan perkembangan, kelangsungan atau peningkatan
di dalam kebajikan sosial.

Jadual 4.0 Keusahawanan dan Inovasi serta Kitaran Hayat Organisasi

Peringkat Permulaan Pengembangan Pengekalan Penyambungan


Kitaran
Hayat
Mencipta Mengeksploitasi Menambah Membangunkan Inovasi radikal
Kekayaan teknologi dan produk/perkhidmatan portfolio yang boleh
pasaran baru. baharu atau inovasi radikal membawa
memasuki pasaran atau kenaikan perubahan
baharu. untuk kepada
mengekalkan perniagaan.
perniagaan atau
memasuki
pasaran baharu.
Mencipta Membawa Membangunkan idea Menyebarkan Mengubah
nilai sosial perubahan atau dan melibatkan pihak idea kepada sistem dan
peningkatan di lain di dalam jaringan masyarakat atau menjadi agen
dalam untuk membawa usahawan social kepada
persekitaran. perubahan. yang lain serta perubahan.
melibatkan
sektor kerajaan
dan agensi.
Sumber: Bessant & Tidd (2011).

54
SOALAN DALAM TEKS

1. Terangkan peringkat kitaran hayat organisasi


dan perkaitannya dengan inovasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini

4.3 MENGURUSKAN INOVASI DAN KEUSAHAWANAN

Pengurusan proses inovasi perlu melibatkan perkara-perkara berikut:

1. Mengenalpasti Peluang

Inovasi terhasil daripada inspirasi, memindahkan sesuatu ke dalam konteks yang


baharu, mendengar kehendak pengguna, melalui kajian atau kombinasi idea yang
sedia wujud dengan sesuatu yang baharu. Usahawan yang sukses adalah mereka yang
boleh mengenalpasti peluang-peluang yang ada di dalam pasaran.

2. Mencari Sumber-Sumber

Pencarian sumber memerlukan masa, wang, pengetahuan dan sebagainya. Pencarian


sumber juga memerlukan perancangan iaitu apa yang kita perlukan dan bila kita
perlukan sumber tersebut? Kita juga perlu mengetahui peluang yang mana perlu
dibangunkan dan kenapa?

3. Membangunkan Perniagaan

Membangunkan Perniagaan adalah sesuatu yang mencabar kerana usahawan perlu


mengimbangkan sumber dan belanjawan serta akan berhadapan dengan
ketidakpastian produk/servis diterima oleh pasaran.

4. Mencipta Nilai
Penciptaan yang baharu perlu mempunyai nilai yang boleh memberi kepuasan kepada
pengguna serta masyarakat. Nilai yang terhasil perlulah boleh memberi nilai
kewangan, kebolehpasaran kerja atau nilai sosial kepada pengguna atau masyarakat.
Usahawan perlu memastikan pelaburan masa, tenaga dan wang yang dikeluarkan

55
adalah berbaloi. Usahawan juga perlu memastikan idea dapat dilindungi supaya tidak
ditiru dan di ambil kesempatan oleh pihak lain.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah perkara-perkara yang terlibat di dalam proses


pengurusan inovasi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.4 PERUBAHAN DI DALAM INOVASI

Inovasi boleh dibahagikan kepada empat dimensi perubahan:

1. Inovasi produk – perubahan di dalam produk/perkhidmatan yang ditawarkan


organisasi. Contoh: rekabentuk kereta yang baru atau pakej insuran kemalangan
untuk bayi.
2. Inovasi proses – perubahan di dalam cara di mana produk/perkhidmatan dicipta dan
disampaikan kepada pengguna. Contoh: perubahan kaedah pengeluaran produk atau
prosedur pejabat.
3. Inovasi posisi – perubahan di dalam konteks di mana produk/perkhidmatan
diperkenalkan. Contoh: mengubah persepsi terhadap makanan kesihatan atau
mengubah sasaran pasaran ais krim kepada orang dewasa.
4. Inovasi paradigma – perubahan di dalam model mental yang membingkaikan aktiviti
organisasi. Contoh: perkhidmatan penerbangan tambang rendah atau produk
minuman yang diubah menjadi minuman premium dan mewah.

4.5 KONTEKS KEJAYAAN INOVASI

Kejayaan sesebuah inovasi bergantung kepada:

1. Kepimpinan yang strategik dan arah tuju, serta komitmen sumber akan menghasilkan
inovasi. Inovasi juga melibatkan risiko. Oleh yang demikian inovasi memerlukan
strategi, keberanian dan kepimpinan bervisi yang boleh membawa organisasi ke arah
inovasi.

56
2. Inovasi juga memerlukan struktur dan suasana yang menggalakkan inovasi yang
memboleh pekerja menggunakan kreativiti dan berkongsi pengetahuan untuk
membawa perubahan.
3. Perhubungan yang proaktif di dalam dan di luar organisasi juga memainkan peranan
di dalam proses inovasi. Contohnya jaringan yang aktif bersama pembekal,
pelanggan, sumber-kewangan, sumber-sumber berkemahiran, pengetahuan dan lain-
lain.

SOALAN DALAM TEKS

2. Terangkan konteks kejayaan inovasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini

4.6 KELEBIHAN STRATEGIK MELALUI INOVASI

Membina keupayaan untuk berinovasi adalah satu pencapaian bagi sesebuah organisasi.
Namun demikian ia adalah satu cabaran yang besar terutamanya kepada usahawan-usahawan
yang masih di dalam peringkat permulaan. Tanpa arah tuju dan visi yang jelas, sesebuah
inovasi itu tidak mungkin dapat berjaya. Oleh yang demikian, usahawan perlu mengenalpasti
di mana dan bagaimana inovasi dapat digunakan untuk mencapai kelebihan strategik. Jadual
berikut menunjukkan pelbagai cara bagaimana kelebihan strtaegik ini dapat dicapai.

Jadual 4.1 Kelebihan Strategik melalui Inovasi

Bil Mekanisma Kelebihan Strategik Contoh


1. Keaslian di dalam penawaran Menawarkan sesuatu yang Pengenalan produk
produk dan perkhidmatan orang lain tidak boleh Walkman, kamera,
lakukan pembasuh pinggan
automatik, peruncitan
atas talian dan lain-
lain.
2. Keaslian di dalam proses Menawarkan satu cara yang Perbankan internet
orang lain tidak boleh banking, peruncitan
tawarkan dari segi atas talian dan lain-
kepantasan, kos yang rendah, lain.
customized dan lain-lain.
3. Kompleksiti Menawarkan sesuatu yang Enjin kapal terbang
orang lain tidak ada Rolls Royce
kepakaran

57
4. Perlindungan harta intelektual Menawarkan sesuatu yang Ubat-ubatan seperti
orang lain tidak dapat protac, zantac dan
lakukan selagi tidak Viagra
membayar yuran lesen dan
lain-lain.
5. Menambah atau Fokus kepada asas Pengeluar kereta
mengembangkan persaingan seperti harga dan Jepun yang yang
produk/perkhidmatan dengan kaualiti, pilihan produk dan berganjak kepada
memberi tumpuan kepada sebagainya agenda kompetitif
faktor-faktor kompetitif daripada harga
kepada kualiti,
fleksibiliti kepada
pilihan, jangkamasa
antara pengeluaran
dan pengenalan
produk dan
sebagainya.
6. Masa Kelebihan sebagai penggerak Amazon dan yahoo
pertama – menjadi yang
pertama adalah signifikan
dengan pasaran saham bagi
produk baru.

Kelebihan senagai pengikut Personal Digital


yang pantas – melihat assistance (PDAs)
kesilapan orang lain dan dan smartphone yang
bertindak pantas mengatasi ditambahbaik selepas
produk sedia ada. kegagalan Apple dan
Newton.
7. Platform rekabentuk yang Menawarkan sesuatu yang Rekabentuk Sony
mantap dapat menawarkan platform Walkman yang
di mana kepelbagaian produk menghasilkan
dapat dihasilkan. generasi peralatan
audio seperti mini
disk, CD, DVD,
MP3, iPod
7. Menulis semula peraturan Menawarkan sesuatu yang Mesin taip lwn
dapat mewakili konsep pepmprosesan
produk atau proses – cara perkataan komputer,
yang berbeza di dalam ais lwn peti sejuk,
melakukan sesuatu – elektrik lwn gas dan
menjadikan pertindihan minyak lwn lampu.
kepada produk lama
8. Menilai semula sebahagian Memikirkan semula cara Syarikat pakaian Zara
daripada proses sistem berjalan contohnya dan Benetton, Dell
membina jaringan yang lebih dan Pengurusan
efektif, outsourcing dan rantaian bekalan

58
koordinasi organisasi secara Toyota.
maya.
9. Pemindahan kepada konteks Kombinasi semula untuk Roda polikarbonat
yang berbeza memperkukuhkan lagi yang dipindahkan
elemen pasaran yang daripada aplikasi
berbeza. pasaran beg beroda
kepada mainan
kanak-kanak iaitu
skuter mikro ringan.

SOALAN DALAM TEKS

4. Apakah kelebihan strategik inovasi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini

4.7 KESIMPULAN

Bab ini menerangkan praktis keusahawanan di dalam konteks yang berbeza dan konsep-
konsep Pengurusan inovasi dan keusahawanan. Ia juga memperincikan keusahawanan dan
inovasi serta kitaran hayat organisasi. Pelajar juga telah memahami bagaimana menguruskan
inovasi dan keusahawanan di dalam organisasi. Selain itu pelajar diperkenalkan perubahan di
dalam inovasi dan konteks kejayaan inovasi di samping kelebihan strategik yang boleh
diperolehi daripada aktiviti inovasi.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Inovasi adalah fungsi utama di dalam proses keusahawanan di


mana usahawan menukarkan peluang-peluang kepada
_________________ yang boleh dipasarkan.
2. Keusahawanan Sosial adalah
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
3. Inovasi paradigma adalah
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________

59
4. Usahawan perlu mengenalpasti di mana dan bagaimana
inovasi dapat digunakan untuk mencapai kelebihan
_______________________________________________ .

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Terdapat lima peringkat hayat organisasi dan inovasi terlibat di dalam setiap fasa
seperti berikut:
Peringkat Permulaan Pengembangan Pengekalan Penyambungan
Kitaran
Hayat
Mencipta Mengeksploitasi Menambah Membangunkan Inovasi radikal
Kekayaan teknologi dan produk/perkhidmatan portfolio inovasi yang boleh
pasaran baru. baharu atau memasuki radikal atau membawa
pasaran baharu. kenaikan untuk perubahan
mengekalkan kepada
perniagaan atau perniagaan.
memasuki
pasaran baharu.
Mencipta nilai Membawa Membangunkan idea Menyebarkan Mengubah sistem
sosial perubahan atau dan melibatkan pihak idea kepada dan menjadi agen
peningkatan di lain di dalam jaringan masyarakat atau kepada
dalam untuk membawa usahawan social perubahan.
persekitaran. perubahan. yang lain serta
melibatkan
sektor kerajaan
dan agensi.

2. Pengurusan proses inovasi perlu melibatkan perkara-perkara berikut:

a. Mengenalpasti Peluang
Inovasi terhasil daripada inspirasi, memindahkan sesuatu ke dalam konteks yang
baharu, mendengar kehendak pengguna, melalui kajian atau kombinasi idea yang
sedia wujud dengan sesuatu yang baharu. Usahawan yang sukses adalah mereka yang
boleh mengenalpasti peluang-peluang yang ada di dalam pasaran.

b. Mencari Sumber-Sumber
Pencarian sumber memerlukan masa, wang, pengetahuan dan sebagainya. Pencarian
sumber juga memerlukan perancangan iaitu apa yang kita perlukan dan bila kita
perlukan sumber tersebut? Kita juga perlu mengetahui peluang yang mana perlu
dibangunkan dan kenapa?
60
c. Membangunkan Perniagaan
Membangunkan perniagaan adalah sesuatu yang mencabar kerana usahawan perlu
mengimbangkan sumber dan belanjawan serta akan berhadapan dengan
ketidakpastian produk/servis diterima oleh pasaran.

d. Mencipta Nilai

Penciptaan yang baharu perlu mempunyai nilai yang boleh memberi kepuasan kepada
pengguna serta masyarakat. Nilai yang terhasil perlulah boleh memberi nilai
kewangan, kebolehpasaran kerja atau nilai sosial kepada pengguna atau masyarakat.
Usahawan perlu memastikan pelaburan masa, tenaga dan wang yang dikeluarkan
adalah berbaloi. Usahawan juga perlu memastikan idea dapat dilindungi supaya tidak
ditiru dan di ambil kesempatan oleh pihak lain.

3. Kejayaan sesebuah inovasi bergantung kepada:

a. Kepimpinan yang strategik dan arah tuju, serta komitmen sumber akan menghasilkan
inovasi. Inovasi juga melibatkan risiko. Oleh yang demikian inovasi memerlukan
strategi, keberanian dan kepimpinan bervisi yang boleh membawa organisasi ke arah
inovasi.
b. Inovasi juga memerlukan struktur dan suasana yang menggalakkan inovasi yang
memboleh pekerja menggunakan kreativiti dan berkongsi pengetahuan untuk
membawa perubahan.
c. Perhubungan yang proaktif di dalam dan di luar organisasi juga memainkan peranan
di dalam proses inovasi. Contohnya jaringan yang aktif bersama pembekal,
pelanggan, sumber-kewangan, sumber-sumber berkemahiran, pengetahuan dan lain-
lain.

4. Kelebihan strategik inovasi sebuah organisasi adalah:

a) Menawarkan sesuatu yang orang lain tidak boleh lakukan


b) Menawarkan satu cara yang orang lain tidak boleh tawarkan dari segi kepantasan, kos
yang rendah, customized dan lain-lain.
c) Menawarkan sesuatu yang orang lain tidak ada kepakaran
d) Menawarkan sesuatu yang orang lain tidak dapat lakukan selagi tidak membayar
yuran lessen dan lain-lain.
e) Fokus kepada asas persaingan seperti harga dan kaualiti, pilihan produk dan
sebagainya
f) Kelebihan sebagai penggerak pertama – menjadi yang pertama adalah signifikan
dengan pasaran saham bagi produk baru.
g) Kelebihan senagai pengikut yang pantas – melihat kesilapan orang lain dan bertindak
pantas mengatasi produk sedia ada.

61
h) Menawarkan sesuatu yang dapat menawarkan platform di mana kepelbagaian produk
dapat dihasilkan.
i) Menawarkan sesuatu yang dapat mewakili konsep produk atau proses – cara yang
berbeza di dalam melakukan sesuatu – menjadikan pertindihan kepada produk lama
j) Memikirkan semula cara sistem berjalan contohnya membina jaringan yang lebih
efektif, outsourcing dan koordinasi organisasi secara maya.
k) Kombinasi semula untuk memperkukuhkan lagi elemen pasaran yang berbeza.

62
BAB 5

MITOS-MITOS BERKAITAN KREATIVITI & INOVASI

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:

1. Menerangkan maksud Mitos.


2. Menjelaskan mitos-mitos berkaitan dengan Kreativiti
3. Menerangkan mitos-mitos berkaitan dengan Inovasi
4. Membincangkan faktor-faktor penghalang kepada Inovasi

5.0 PENGENALAN

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Kemunculan inovasi
berpunca daripada keupayaan untuk menjana idea kreatif. Kegagalan untuk menjana idea
akan membawa kepada kegagalan untuk berinovasi. Setelah diteliti, kebanyakan kegagalan ini
berpunca daripada salah faham ke atas kreativiti dan inovasi dan ia dinamakan sebagai mitos.

Mitos ialah cerita atau kisah yang disampaikan secara turun temurun berkaitan dengan
seseorang atau sesuatu kejadian yang telah belaku. Kisah-kisah yang berbentuk tradisi atau
lagenda mungkin merupakan kejadian yang pernah berlaku di suatu masa dahulu tetapi telah
ditokok tambah oleh para penyampainya. Kisah yang diceritakan ini akan membentuk satu
kepercayaan yang membentuk gelagat seseorang. Kisah tersebut tidak pula disandarkan pula
pada asas-asas yang kukuh dan tanpa pembuktian. Dengan lain perkataan, mitos merupakan
satu kepercayaan yang dipegang oleh kebanyakkan orang tetapi adalah salah dari segi idea
dan fakta mengenainya.

Terdapat banyak mitos berkaitan dengan kreativiti dan inovasi. Kemunculan mitos-mitos ini
telah menyebabkan ramai pihak mengurangkan penglibatan dalam menjana idea-idea kreatif
dan membangunkan inovasi. Oleh itu, usahawan perlu mengetahui mitos-mitos ini supaya
kepercayaan salah ini dapat dikikis daripada setiap ahli di dalam organisasinya. Jika usaha ini
berjaya, sudah tentu usahawan mempunyai peluang cerah untuk membangunkan organisasi
yang kreatif dan berinovastif. Perbincangan mengenai mitos ini akan dimulai dengan mitos-
mitos berkaitan kreativiti.

63
5.1 MITOS BERKAITAN DENGAN KREATIVITI.

Terdapat enam mitos yang sering diperkatakan berkaitan dengan kreativiti. Pendedahan ini
akan dapat membantu anda mengatasi sebarang salah faham tentang kreativiti. Enam mitos
ini merupakan pandangan daripada Dr. Teresa Amabile iaitu seorang professor di
Entrepreneurial Management Unit di Harvard Business School.

5.1.1 Kreativiti datang daripada jenis individu yang kreatif.

Bagaimana kita dapat mengetahui seseorang itu adalah seorang yang kreatif? Ia dapat
dikenalpasti jika individu berkenaan dapat memberikan pendapat dan idea yang dapat atau
berpotensi untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Sering kali kita beranggapan
bahawa individu seperti ini adalah di kalangan jenis yang kreatif. Dengan lain perkataan,
bermula sejak lahir lagi individu berkenaan sudah dianugerahkan sebagai seorang yang
kreatif.

Tahukah anda bahawa pandangan seperti itu adalah salah. Kreativiti wujud dalam diri
seseorang disebabkan oleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan keupayaan berfikir dari
sudut yang berbeza daripada orang lain. Jika anda mendapati diri anda kurang kreatif, anda
boleh mempertingkatkan tahap kreativiti anda dengan cara meningkatkan pengetahuan,
pengalaman, kemahiran dan cara bagaimana amda berfikir.

Selain itu, individu yang mempunyai motivasi intrinsik akan lebih kreatif dalam pekerjaannya.
Motivasi seperti ini mendorong seseorang untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat
dan pengetahuan sebagai alat untuk membantunya berfikir secara kreatif bagi menyelesaikan
sesuatu masalah atau tugasan dalam pekerjaannya. Jika seseorang itu, hanya mengharapkan
dorongan daripada orang lain untuk memotivasikan dirinya untuk melakukan pekerjaan,
sudah tentu, individu ini akan bersikap malas untuk mencari pengetahuan dan maklumat
serta gagal berfikir secara kreatif.

5.1.2 Persaingan mengatasi kerjasama.

Ramai berpendapat bahawa persaingan menjadi pemangkin kepada individu atau kumpulan
untuk menjana lebih banyak idea kreatif. Apabila ada persaingan, setiap pihak akan
berlumba-lumba dan cuba mengatasi antara satu sama lain. Maka, ramai yang mempercayai
bahawa melalui persaingan ia dapat menghasilkan lebih banyak kreativiti. Walau
bagaimanapun, kita perlu sedar, jika berlaku persaingan ia menyebabkan semua pihak yang
terlibat akan bersikap untuk tidak mahu berkongsi pengetahuan dan maklumat dengan orang
lain.

Kreativiti bukan usaha yang dapat dilakukan secara solo dan bantuan daripada orang lain
dalam bentuk pengetahuan, maklumat atau pengalaman amatlah diperlukan. Tidak ada
individu atau kumpulan yang serba tahu dalam semua perkara. Pihak yang berjaya dalam
membangunkan kreativiti adalah pihak yang sanggup berkongsi maklumat dan pengetahuan

64
dengan orang lain. Selain itu, mengadakan perbincangan dengan banyak pihak dapat
meluaskan minda kita untuk berfikir secara kreatif.

5.1.3 Tekanan masa menghasilkan kreativiti.

Kita akan menjadi gelabah dan tergesa-gesa apabila diperuntukan masa yang sedikit untuk
menyiapkan sesuatu perkara. Dalam keadaan lain pula, kita sering mengalami tekanan masa
apabila kerja yang sepatutnya dapat dilakukan dengan lebih awal mula dibuat disaat-saat
akhir. Ramai yang mempercayai bahawa keadaan seperti ini telah menyebabkan kita akan
berusaha dengan gigih dan akhirnya kerja tersebut dapat disiapkan mengikut jadual.
Walaupun kerja tersebut dapat disiapkan tetapi di dalam hati kita terasa tidak puas dengan
hasil kerja tersebut. Sebetulnya, membuat kerja dalam di bawah tekanan masa boleh
menyebabkan kerja yang dihasilkan kurang berkualiti.

Idea-idea kreatif tidak dapat diadakan di bawah tekanan masa. Untuk berfikir secara kreatif,
manusia perlu memperolehi pengetahuan dan proses inkubasi perlu diberikan selepas
tindakan tersebut. Melalui proses inkubasi, ia membantu otak manusia menyusun semula
pengetahuan yang diperolehi sebagai persediaan kepada proses berfikir. Masa juga diperlukan
bagi mengenalpasti dan mengupas permasalahan dengan teliti dan kritis. Dapat
mengenalpasti isu sebenar dalam sesuatu permasalahan akan dapat membantu untuk
menghasilkan idea yang benar-benar dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Hal ini memerlukan masa dan idea yang berkualiti tidak mampu diadakan dalam masa yang
singkat. Peruntukan masa yang optimum perlu diberikan kepada pihak yang terbabit.
Menyediakan peruntukan masa yang terlalu panjang atau tiada tempoh had masa merupakan
perkara yang tidak sihat untuk kreativiti.

5.1.4 Wang menjadi faktor motivasi kepada kreativiti.

Wang adalah untuk segala-galanya. Oleh sebab itulah ada pihak mengunakan faktor
kewangan untuk memotivasi pihak lain untuk berkreatif. Mereka berjanji akan memberikan
ganjaran kewangan jika idea-idea kreatif dapat diadakan. Malah kita selalu beranggapan,
kreativiti hanya akan terhasil apabila ada elemen kewangan yang dapat diperolehi melalui
usaha tersebut. Ini merupakan anggapan yang salah dan perlu diperbetulkan.

Penyediaan ganjaran kewangan menyebabkan pihak yang ingin mendapatkan ganjaran


tersebut terlalu berfikir tentang ganjaran mengatasi keperluan untuk berfikir bagi
menghasilkan idea-idea yang kreatif. Malah terdapat kajian yang mendapati ganjaran
kewangan boleh menyebabkan manusia kurang bermotivasi untuk melakukan kreativiti
dalam pekerjaan mereka. Individu yang kreatif merupakan individu yang mempunyai
semangat yang tinggi, minat yang mendalam dan mahukan kepuasan diri daripada usahanya
yang mengatasi nilai kewangan.

65
5.1.5 Ketakutan menghasilkan penemuan yang kreatif.

Ada tanggapan yang mempercayai bahawa unsur ketakutan dan kesedihan dapat merangsang
kreativiti. Ini disokong dengan pendapat sebahagian ahli psikologi yang menyatakan insiden
seperti kemurungan, kekecewaan atau ketakutan yang dialami telah digunakan oleh pelukis
atau penulis yang terkenal untuk menghasilkan sebuah ciptaan yang kreatif. Takut kepada
kegagalan juga dikatakan sebagai faktor yang dapat menjadi pemangkin kepada seseorang
individu untuk berusaha sehingga berjaya. Kejayaan diperolehi kerana individu berkenaan
cuba untuk melakukan sesuatu dengan mengunakan segala potensi yang ada di dalam dirinya.

Walau bagaimnapun, kajian oleh telah membuktikan bahawa terdapat hubungan antara
kegembiraan dengan kreativiti. Kajian telah menemukan bahawa manusia akan dapat
menghasilkan idea kreatif apabila berada pada kedaan dia merasa gembira. Kebarangkalian
untuk menemui penemuan yang menarik menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu gembira
pada hari sebelumnya. Perkara ini berlaku kerana seseorang yang berasa gembira dan seronok
akan lebih bersemangat kerana kognitif mereka diinkubasi semalaman dan kemudian timbul
idea-idea kreatif yang hebat pada hari berikutnya.

5.1.6 Menstrukturkan semula organisasi mengubah organisasi menjadi lebih kreatif.

Organisasi akan menjadi lebih kreatif apabial ia distrukturkan semula. Penstrukturan akan
melibatkan pemberhentian dan pembuangan pekerja di mana sebahagian jabatan dan jawatan
dimansuhkan daripada carta organisasi. Usaha ini dilihat oleh sesetengah pihak dapat
menjadikan kerja lebih pantas, kurang birokrasi, meningkatkan produktiviti dan kreativititi.
Bilangan pekerja yang lebih kecil setelah proses penstrukturan akan dapat mewujudkan kerja
berpasukan yang lebih berkesan. Hal ini selalu dikatakan sebagai kenyataan yang nyata dan
bukan satu slogan.

Walau bagaimanapun, kajian yang diperolehi oleh firma kumpulan perunding Hill mendapati
apabila pihak pengurusan menyatakan akan melaksanakan penstrukturan organisasi, didapati
tahap kreativiti menjadi jatuh merudum. Malah selepas lima bulan penstrukturan
dilaksanakan kreativiti masih lagi berada di paras yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana
penstrukturan menyebabkan semua ahli dalam organisasi berasa takut dan mereka akan
mengurangkan penglibatan dalam pekerjaan mereka.

66
SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah itu mitos?

2. Senaraikan enam mitos yang didedahkan oleh


Teresa Amabile?

Semak jawapan anda di akhir bab ini

5.2 MITOS-MITOS TENTANG INOVASI

Selain mitos berkaitan dengan kreativiti, terdapat pula mitos berkaitan dengan inovasi. Mitos
berkaitan inovasi merupakan pandangan salah mengenai pembangunan dan perlaksanaan
sesuatu inovasi dalm organisasi. Terdapat lima mitos ke semuanya yang dikutip daripada
Kuratko & Hodgetts (2007).

Mitos 1: Inovasi ialah sesuatu yang dirancang dan dapat diramal.

Ini merupakan mitos yang menganggap tanggungjawab untuk membangunkan inovasi


terletak di sebuah jabatan atau pihak yang tertentu sahaja dalam organisasi seperti Jabatan
Penyelidikan & Pembangunan (R&D). Akibatnya, ramai berpendapat untuk membangunkan
inovasi ia memerlukan perancangan yang tepat dan sempurna dan dengan mempunyai
sebuah jabatan seperti R&D sahaja yang dapat melakukan perkara-perkara tersebut.

Semua ini merupakan tanggapan yang salah. Inovasi boleh wujud secara tiba-tiba tanpa
dirancang. Malah inovasi mampu diperkenalkan oleh sesiapa sahaja dalam organisasi tanpa
mengira pangkat dan kedudukannya. Ini akan berlaku jika organisasi memberi ruang dan
kebebasan untuk ahli-ahli organisasi membangun dan menjayakan inovasi masing-masing.

Mitos 2: Spesifikasi teknikal perlu disediakan sepenuhnya.

Adalah tidak semestinya untuk membangunkan sesuatu rekacipta atau inovasi, ia perlu
mempunyai pelan spesifikasi yang cukup lengkap dan sempurna. Untuk mempunyai pelan
sedemikian adalah bagus tetapi dikhuatiri ia boleh melambatkan usaha untuk membangunkan
inovasi berkenaan kerana banyak masa telah diambil untuk menyediakan pelan berkenaan.
Oleh itu, pembangunan secara berperingkat-peringkat atau melakukan pendekatan uji dan
semak merupakan antara langkah yang dapat mempercepatkan pembangunan sesebuah
inovasi.

Mitos 3: Kreativiti bergantung kepada mimpi dan angan-angan.

67
Perekacipta tidak bermimpi dan berangan-angan dalam melahirkan inovasi. Mereka
merupakan individu yang praktikal di mana mereka nampak peluang yang wujud dalam
persekitaran yang boleh dimanfaatkan oleh inovasi tersebut. Penyataan ini adalah amat tidak
benar kerana inovas. merupakan hasil daripada sebuah pemikiran yang kreatif. Kewujudan
inovasilah yang membezakan antara angan-angan dan kreativiti.

Mitos 4: Projek besar dapat membangunkan inovasi yang lebih baik berbanding
dengan projek kecil.

Tidak semestinya projek yang besar dapat membangunkan inovasi yang lebih baik
berbanding projek kecil. Dalam keadaan apa pun, jika manfaat dapat diberikan kepada
golongan teramai dapat diadakan oleh sesuatu inovasi, walaupun ia bersaiz kecil, ia dianggap
sesuatu yang berjaya. Sudah tentu projek yang besar memerlukan jumlah tenaga, masa, dan
wang yang banyak, tetapi inovasi yang dibangunkan tidak setimpal dengan pelaburan
tersebut, sudah tentu ia tidak dianggap sebagai sebuah inovasi yang berjaya.

Mitos 5: Teknologi adalah pemangkin kepada inovasi dan kejayaan.

Teknologi merupakan salah satu daripada sumber inovasi. Walau bagaimanapun, jika inovasi
yang dibangunkan tidak menepati kehendak dan kemahuan pengguna, ia dianggap tidak
berjaya. Oleh itu, dalam kebanyakkan kes, inovasi yang bersifat biasa dan mengunakan tahap
teknologi yang mudah dan ringkas tetapi menepati kehendak dan kemahuan pelanggan,
sudah tentu ia mempunyai kebarangkalian yang besar untuk berjaya. Oleh itu, inovasi yang
berjaya tidak semestinya bergantung kepada penemuan atau pemerolehan sesuatu teknologi.

5.3 HALANGAN-HALANGAN KEPADA INOVASI.

Selain daripada mitos, terdapat halangan-halangan kepada inovasi. Halangan ini ditemui
melalui aktiviti tinjauan yang dilakukan oleh Biro Statistik Australia (2014-2015) ke atas 6870
buah syarikat di 17 jenis industri di seluruh Australia. Syarikat perniagaan yang ditemui telah
menyenaraikan faktor-faktor menjadi penghalang kepada pembangunan inovasi di syarikat
masing-masing. Kajian telah mengenalpasti terdapat lima halangan utama kepada inovasi
iaitu seperti berikut:

1. Kekurang akses kepada sumber pembiayaan.


2. Kos untuk membangunkan atau memperkenalkan/melaksanakan inovasi.
3. Kekurangan tenaga kerja mahir untuk membangunkan inovasi.
4. Kekurangan akses kepada pengetahuan atau teknologi untuk membolehkan
pembangunan atau pengenalan / pelaksanaan inovasi.
5. Peraturan dan pematuhan kerajaan.

Semua halangan ini melibatkan semua jenis saiz organsasi sama ada besar, sederhana maupun
kecil. Memandangkan 95% organisasi perniagaan di Malaysia adalah dalam bentuk
perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mari kita lihat apakah factor-faktor yang menghalang

68
inovasi di PKS. Berdasarkan kepada kajian oleh Jabatan Inovasi dan Kemahiran Perniagaan,
United Kingdom pada tahun 2012 mendapati terdapat lima halangan utama kepada
keupayaan berinovasi di kalangan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Huraian lanjut
mengenai halangan berkenaan adalah seperti berikut.

i) Keterbatasan masa dan sumber-sumber organisasi


Pihak PKS memberikan alasan seperti bilangan pekerja sedikit dan terlalu sibuk dengan tugas
harian dalam perniagaan menyebabkan mereka tidak berdaya untuk berkreatif dan
berinovatif. Selain itu pihak PKS menganggap usaha untuk pembangunan inovasi merupakan
usaha yang mahal. Menyebabkan mereka tidak mampu memperuntukan sumber-sumber
organisasi untuk tujuan tersebut.

ii) Praktis pengurusan tradisional.


Antara yang menjadi faktor penghalang kepada inovasi ialah amalan pengurusan oleh
pengurus di PKS. Terdapat pengurus yang tidak mahu untuk mengambil berat ke atas idea-
idea yang dicadangkan oleh pihak pekerja dan akhirnya, idea-idea tersebut tidak diambil
tindakan seterusnya. Malah terdapat pengurus yang mengamalkan pendekatan pengurusan
yang tidak mengalakkan pekerja melahirkan idea kreatif dan berinovasi.

iii) Mengelak risiko


Membangunan inovasi menyebabkan pihak PKS perlu berhadapan dengan pelbagai risiko
dalam perniagaan. Banyak PKS yang Berjaya adalah pihak yang berani untuk berhadapan
dengan risiko. Semangat ini diperolehi apabila risiko-risiko tersebut dinilai dan dihitung
dengan sebaiknya bertujuan untuk melihat magnitud kerosakan kepada organisasi jika risiko
tersebut benar-benar terjadi.

iv) Siloing
Inovasi dalam organisasi akan terhalang apabila setiap jabatan, unit dan individu berfungsi
sebagai pihak-pihak yang berasingan. Perkara seperti ini akan menyekat pengaliran maklumat
dan perkongsian pengetahuan antara pihak-pihak berkenaan. Pembangunan dan
perlaksanaan inovasi tidak dapat dilakukan secara bersendirian, ia memerlukan kerjasama
daripada semua pihak dalam organisasi. Selain itu, kerjasama dengan pihak di luar organisasi
juga digalakkan kerana maklumat dan pengetahuan baru dapat mengalir masuk ke dalam
organisasi. Ini sudah tentu dapat menyediakan satu perspektif baru kepada organisasi dalam
membangun dan melaksanakan inovasi.

69
SOALAN DALAM TEKS

3. Apakah kesan mitos ke atas pembangunan


inovasi?Senaraikan lima halangan kepada
inovasi yang ditemui oleh Biro Statistik
Australia.

Semak jawapan anda di akhir bab ini

5.4 KESIMPULAN

Bab ini telah mendedahkan mitos-mitos berkaitan dengan kreativiti dan inovasi. Selain itu, ia
diikuti pula perbincangan tentang faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada inovasi
dalam organisasi perniagaan. Pengetahuan ini penting kepada usahawan kerana ia dapat
menyediakan maklumat berguna dalam merancang organisasi ke arah menjadi organisasi
yang kreatif dan berinovatif. Permulaan kepada usaha ini ialah mengikis sebarang salah
faham atau kepercayaan yang salah dalam diri semua ahli-ahli dalam organisasi. Melalui usaha
ini, semua ahli dalam organisasi akan mula berkerja dengan bersungguh-sungguh dan
berdedikasi.

Walau bagaimanapun, masih banyak mitos dan faktor yang menjadi penghalang kepada
inovasi yang tidak dimasukkan ke dalam bab ini. Manusia mempunyai banyak perbezaan
antara satu sama lain iaitu dari sudut jantina, etnik, kepercayaan agama, kawasan geografi dan
budaya nasional. Perbezaan-perbezaan ini boleh menyebabkan berlakunya kemunculan
mitos-mitos yang berbeza-beza. Oleh itu, disarankan supaya usahawan perlu
memperbanyakan pembacaan untuk melihat perkara-perkara yang dinyatakan tadi.

70
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Terangkan mengapa mitos boleh menjadi penghalang kepada penjanaan idea kreatif
dan pembangunan inovasi.
2. Senaraikan lima mitos yang didedahkan oleh Kuratko dan Hodgetts
(2007).Terangkan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku jika organisasi
gagal memperkenalkan pembaharuan melalui pembangunan inovasi dalam semua
perkara di dalam bidang perniagaan yang dijalankannya.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS.

1. Mitos adalah kepercayaan salah berkaitan dengan sesuatu perkara, fakta atau idea.
2. Terdapat lima mitos yang didedahkan oleh Teresa Amabile iaitu:
i. Kreativiti datang daripada jenis individu yang kreatif.
ii. Persaingan mengatasi kerjasama.
iii. Tekanan masa menghasilkan kreativiti.
iv. Wang menjadi faktor motivasi kepada kreativiti.
v. Ketakutan menghasilkan penemuan yang kreatif.
vi. Menstrukturkan semula organisasi mengubah organisasi menjadi lebih kreatif.
3. Kesan mitos ke atas inovasi ialah ia boleh menyebabkan ahli-ahli atau organisasi itu
secara keseluruhan gagal untuk membangunkan inovasi. Kegagalan membangunkan
inovasi menyebabkan organisasi gagal untuk menyediakan pembaharuan dalam
semua perkara.
4. Lima halangan kepada inovasi yang ditemui oleh Biro Statistik Australia ialah:
I. Kekurang akses kepada sumber pembiayaan.
II. Kos untuk membangunkan atau memperkenalkan/melaksanakan inovasi.
III. Kekurangan tenaga kerja mahir untuk membangunkan inovasi.
IV. Kekurangan akses kepada pengetahuan atau teknologi untuk membolehkan
pembangunan atau pengenalan / pelaksanaan inovasi.
V. Peraturan dan pematuhan kerajaan.

71
BAB 6

KREATIVITI DAN PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mengenalpasti sumber-sumber inovasi.
2. Memahami bagaimana sumber-sumber inovasi dapat membuka peluang-peluang
kepada perubahan.
3. Memahami faktor-faktor tolakan dan tarikan sumber inovasi.
4. Mengenalpasti kepentingan sumber-sumber inovasi
5. Mengetahui bila dan di mana kita boleh mencari peluang-peluang inovasi.

6.0 PENGENALAN

Usahawan adalah seseorang yang melihat peluang-peluang dan melakukan sesuatu terhadap
peluang-peluang tersebut. Sama ada seseorang usahawan mencari produk atau perkhidmatan
baru atau seorang usahawan sosial yang ingin mengubah dunia, cabaran mereka adalah untuk
mencari peluang-peluang untuk berinovasi. Oleh yang demikian, untuk membantu proses ini,
adalah penting untuk kita mengetahui dari mana datangnya inovasi.

6.1 DARI MANA DATANGNYA INOVASI?

Inovasi adalah satu proses di mana kita membawa ke hadapan idea-idea yang kita ada,
meneliti dan menguji idea-idea tersebut untuk menjadikan ia satu produk, proses atau
perkhidmatan yang baru. Proses tersebut bukan hanya terhasil daripada inspirasi tetapi ianya
terhasil daripada pelbagai arah dan sudut. Berikut merupakan gambarajah sumber inovasi.

72
Rajah 6.1 Sumber Inovasi

1. Peraturan

Perubahan di dalam peraturan organisasi, kerajaan dan persekitaran akan


menolak atau menarik inovasi ke arah satu haluan yang baru di mana
peraturan mungkin menghadkan sesuatu tetapi ia akan membuka peluang
kepada sesuatu inovasi. Contohnya, peraturan kitar semula di dalam
persekitaran telah membuka idea penghasilan bahan plastik boleh lupus dan
sebagainya.

2. Inovasi rekombinan
Ia adalah satu bentuk inovasi yang memindahkan atau menggabungkan idea
yang lama ke dalam satu konteks yang baru. Contohnya pump running shoe
daripada Reebok adalah inovasi daripada industri sukan yang
menggabungkan pengetahuan di dalam industri kesihatan iaitu idea daripada
peralatan paramedik dan peralatan bilik pembedahan.

73
3. Memerhatikan orang lain

Strategi idea inovasi boleh berlaku dengan mempelajari idea tersebut daripada
orang lain. Contohnya reverse engineering di dalam produk dan proses serta
pembangunan produk tiruan. Ia juga melibatkan konsep penanda aras di
mana enterprais membuat perbandingan dengan pihak lain di dalam
menjalankan sesuatu proses atau mendalami konsep produk atau
perkhidmatan yang baru.

4. Situasi luar jangka

Sesuatu yang berlaku di luar jangkaan mungkin akan menggerakkan inovasi.


Contohnya kesilapan yang berlaku di dalam proses penghasilan gam oleh
seorang pakar kimia polimer telah menghasilkan produk 3M’s post it notes
yang menggunakan gam yang melekat tetapi tidak begitu kuat di mana
produk ini telah menjadi produk utama yang telah membawa kejayaan kepada
organisasi.

5. Tolakan Pengetahuan

Salah satu sumber inovasi yang nyata adalah kemungkinan inovasi yang
terhasil daripada kajian saintifik. Idea-idea atau output yang terhasil daripada
kajian-kajian ini dapat menghasilkan inovasi produk, inovasi proses,
automasi, teknologi maklumat dan komunikasi. Penyelidikan dan
Pembangunan terhasil daripada komitmen tenaga pakar, peralatan,
kemudahan dan sumber-sumber yang disasarkan kepada masalah dan cabaran
teknologi. Usaha-usaha ini kebanyakannya melibatkan inovasi kenaikan yang
bergerak secara perlahan dan sistematik bersama-sama pengetahuan yang ada.

Contohnya, peningkatan industri farmasi antarabangsa adalah terhasil


daripada penyelidikan dan pembangunan yang membelanjakan jutaan ringgit
untuk pembangunan dan penghasilah dadah/unat-ubatan blokbuster. Begitu
juga inovasi yang diberikan kepada rekabentuk kamera. Setiap inovasi ini
terhasil daripada penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan.

6. Tarikan keperluan

Penciptaan akan menolak sesuatu peluang sebagai kemungkinan untuk


berinovasi. Tarikan keperluan adalah komplimentari kepada tarikan
pengetahun. Menurut Bessant & Tidd (2011), “Neccessity is the mother of

74
invention” – di mana inovasi akan berlaku bilamana adanya perubahan kepada
keperluan. Jadi, kita perlu memahami keperluan tersebut dan mencari jalan
untuk memenuhi keperluan tersebut. Contohnya, Henry Ford menyedari
keperluan manusia terhadap pengangkutan, Procter & Gamble memulakan
perniagaan mereka dengan produk lilin dan seterusnya mengembangkan
produk-produknya kepada keperluan rumah yang lain.Begitu juga sistem
perbankan kewangan mikro yang mensasarkan pelanggan miskin sebagai
sasaran mereka.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk memahami tingkahlaku pembeli.


Pengiklanan dan penjenamaan juga memainkan peranan penting di dalam
proses ini. Tarikan pengetahuan adalah pentimg semasa fasa kematangan
industri atau kitaran hayat produk kerana di ketika ini persaingn mungkin
agak sengit. Tarikan keperluan juga penting di saat kecemasan contohnya
ketika peperangan, krisis makanan, bencana alam dan sebagainya.

7. Pengguna sebagai inovator


Tarikan keperluan disasarkan kepada pengguna pasif yang memerlukan
sesuatu produk yang sesuai untuk mereka. Namun demikian, di dalam
kebanyakan kes, pengguna sendiri lebih pantas di dalam menjana idea-idea
untuk produk baharu lebih-lebih lagi jika mereka kecewa dengan sesuatu
produk. Kekecewaan mereka akan membuatkan mereka melakukan
eksperimen dan mencipta prototaip yang baharu. Contohnya, Tim Craft,
seorang anesthetist membangunkan pelbagai peralatan baharu kerana kecewa
dengan aspek keselamatan peralatan yang beliau gunakan di dalam bilik
pembedahan.

Pengguna juga boleh dikategorikan sebagai pengguna ekstrim yang


memerlukan sumber inovasi di dalam persekitaran yang ekstrim. Contohnya
antilock breaking system yang digunakan di dalam kenderaan dan penciptaan
kapalterbang halimunan yang tidak dapat dikesan oleh radar yang membuka
ruang kepada inovasi radikal.

8. Ramalan masa hadapan

Salah satu strategi inovasi adalah melalui imaginasi dan mendalami alternatif-
alternatif kepada sumber sedia ada. Contohnya Shell yang telah banyak
menjalankan kajian untuk menghasilkan sumber-sumber baru pada masa
hadapan yang dapat menggantikan sumber sedia ada.

75
9. Pengiklanan

Melalui pengiklanan, seseorang usahawan dapat mengetahui keperluan


pasaran dan apa sebenarnya yang diinginkan oleh pengguna. Usahawan juga
dapat mengenalpasti bahawa produknya diterima atau tidak diterima
pengguna dan inovasi dan penambahbaikan yang lebih baik dapat dilakukan
terhadap produk sedia ada.

10. Inspirasi

Inovasi melalui inspirasi adalah suatu keadaan di mana usahawan mendapat


idea-idea untuk berinovasi melalui pemerhatian, pembacaan, perbualan dan
persekitaran yang dapat membuahkan idea-idea yang bernas untuk
berinovasi.

11. Kejutan kepada sistem

Ia adalah suatu keaadaan di mana berlaku perubahan kepada sesuatu sistem di


dalam organisasai, negara atau dunia secara amnya yang telah mengubah
pemikiran kita terhadap sesuatu dan memaksa kita untuk berinovasi ke suatu
arah yang baharu.

SOALAN DALAM TEKS

1. Terangkan sebelas sumber inovasi beserta


contoh yang sesuai.

Semak jawapan anda di akhir bab ini

76
6.2 PENYESUAIAN MASSA

Selain daripada sumber inovasi di atas, terdapat satu lagi bentuk tren atau sumber inovasi
yang terhasil daripada proses penyesuaian. Di dalam pasaran sekarang, tidak semua orang
memerlukan produk yang serupa dan adalah menjadi cabaran seorang usahawan untuk
memenuhi setiap permintaan pengguna yang pelbagai. Hal ini telah meningkatkan
penghasilan produk secara penyesuaian. Ia adalah suatu cara di mana usahawan boleh
berinovasi di mana produk-produk yang terhad dari segi bekalan dapat dihasilkan secara
penyesuaian untuk meningkatkan permintaan yang berbeza-beza.

Pasaran untuk produk yang disesuaikan secara peribadi sentiasa ada contohnya pembelian
secara peribadi, agen pelancongan peribadi, jururawat peribadi dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, produk-produk yang disesuaikan biasanya adalah sangat mahal dan
hanya mampu dimiliki oleh sesetengah orang sahaja. Namun demikian, dengan peningkatan
teknologi, harga dan penyesuaian dapat diseimbangkan.

Penyesuaian massa adalah keupayaan untuk menawarkan produk-produk berharga tinggi


yang disesuaikan dengan segmentasi pasaran. Terdapat beberapa pilihan untuk penyesuaian
seperti di dalam jadual 4.0.

Jadual 6.1 Pilihan di dalam Penyesuaian

Jenis-jenis penyesuaian Ciri-ciri Contoh

Penyesuaian pengedaran Pelanggan akan Penghantaran buku kepada


menyesuaikan produk/servis seorang kawan melalui
dari segi pembungkusan, Amazon.com. Buku boleh
masa penerimaan dan lokasi dibungkus secara peribadi
penerimaan tetapi dan ditulis mesej peribadi
produk/servis adalah setara. secara atas talian di gudang
pengedaran.

Penyesuaian pemasangan Pelanggan ditwarkan Pembelian komputer


beberapa pilihan. daripada Dell secara atas
Produk/servis disediakan talian. Pelanggan memilih
selepas pesanan dibuat komputer yang sesuai
menggunakan komponen- dengan mereka daripada
komponen setara. pelbagai pilihan, tetapi pihak
Dell hanya akan memasang
produk tersebut apabila
pesanan telah muktamad.

Penyesuaian fabrikasi Pelanggan ditawarkan Pembelian kereta mewah

77
pelbagai rekabentuk. seperti BMW di mana
Produk/servis dikeluarkan pelanggan terlibat di dalam
selepas pesanan muktamad. pemilihan rekabentuk dan
aksesori kereta mengikut
kesesuaian mereka. Prototaip
secara maya akan disediakan.
Apabila pelanggan berpuas
hati, kereta akan mula
dikeluarkan dan pelanggan
boleh datang ke kilang pada
bila-bila masa untuk melihat
pengeluaran kereta mereka.

Penyesuaian rekabentuk Pelanggan akan melakarkan Penggunaan co-creator di mana


idea mereka sebagai pelanggan dan pereka akan
permulaan proses bekerjasama di dalam
pengeluaran. Produk/servis penghasilan produk.
tidak akan wujud sehingga Contohnya: rekaan baju
pelanggan memulakan pengantin, bangunan dan
pesanan. sebagainya.

SOALAN DALAM TEKS

2. Mengapa penyesuaian massa adalah sangat sesuai pada


zaman sekarang?

Semak jawapan anda di akhir bab ini

78
6.3 MENCARI PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, inovasi didatangkan di dalam pelbagai bentuk iaitu
produk, proses, posisi dan paradigma. Kepelbagaian bentuk inovasi ini boleh dihasilkan
secara ‘kenaikan’ atau ‘radikal’.

Inovasi Kenaikan/Radikal – Melaksanakan dengan lebih baik/Melaksanakan


dengan berbeza

Inovasi boleh berlaku secara kenaikan atau radikal. Inovasi kenaikan risikonya agak rendah
dan berlaku di dalam skala yang kecil dan kesannya adalah kumulatif. Manakala inovasi
radikal pula membawa perubahan yang sangat besar serta risikonya sangat besar kerana kita
cuba memasuki ruangan yang tidak diketahui yang memerlukan kita untuk bereksperimen.
Jadual 4.1 menunjukkan antara contoh-contoh yang membezakan di antara ke dua-dua
bentuk inovasi ini:

Jadual 4.2 Daripada Kenaikan kepada Radikal

Jenis Inovasi Kenaikan/ Melaksanakan Radikal/ Melaksanakan


dengan lebih baik dengan berbeza

Produk – apa yang kita Window Vista menggantikan Perisian yang sangat baru
tawarkan kepada dunia XP kepada dunia – Program
speech recognition yang pertama
di dunia

Proses – bagaimana kita Menambahbaik operasi Online share trading eBay


mencipta dan menyampaikan perkilangan supaya lebih
tawaran tersebut. efisyen dengan
menambahbaik peralatan.

Posisi – di mana kita Haagen Daaz menukarkan Sistem kewangan kredit


sasarkan tawaran itu sasaran pasaran aiskrim mikro – Garmeen Bank
daripada kanak-kanak kepada menawarkan kredit kepada
orang dewasa. pelanggan yang miskin. -

Paradigma – bagaimana kita IBM bergerak daripada iTunes platform – sistem


membingkaikan apa yang kita pembuat mesin kepada lengkap bagi hiburan
laksanakan syarikat yang menawarkan peribadi
perkhidmatan dan solusi.

79
6.4 MELAKSANAKAN STRATEGI CARIAN INOVASI

Individu atau organisasi boleh menggunapakai sumber pengetahuan dan asset-aset sebagai
langkah selamat mendapatkan keuntungan. Proses ini dinamakan “eksploitasi”. Namun
demikian, di dalam sesetengah keadaan, organisasi perlu bersaing di dalam pasaran dan perlu
melakukan sesuatu yang berbeza melalui inovasi radikal. Proses ini dinamakan “eksplorasi”.

6.4.1 Inovasi Terbuka

Inovasi terbuka memerlukan kombinasi lengkap tiga ruangan carian inovasi seperti di dalam
rajah 4.2 berikut:

Rajah 6.2: Kombinasi di sekitar Inovasi Terbuka

Keterbukaan
terhadap carian

Keterbukaan Keterbukaan
terhadap ikatan penglibatan
perhubungan pemegang taruh

80
Keterbukaan terhadap carian inovasi melibatkan beberapa kombinasi kawasan carian iaitu:

a) Keterbukaan terhadap carian

Strategi carian ini memerlukan cara yang baru di dalam mendapatkan idea-idea dan
menggunakan idea-idea tersebut dengan efektif. Di dalam hal ini, pengurusan
maklumat di dalam organisasi serta pengurusan jaringan adalah sangat penting.

b) Keterbukaan terhadap ikatan perhubungan

Inovasi memerlukan penglibatan yang tinggi khususnya daripada pekerja-pekerja di


dalam organisasi. Pekerja-pekerja di dalam organisasi merupakan sumber idea
terpenting dan berkuasa bagi organisasi.. Organisasi juga perlu mempunyai hubungan
yang baik dengan para pekerja dan melibatkan diri di dalam keusahawanan sosial di
dalam organisasi bagi memudahkan pertukaran idea.

c) Keterbukaan terhadap penglibatan pemegang taruh

Pemegang taruh atau peengguna itu sendiri merupakan agen kepada perubahan.
Teknologi Komunikasi yang sangat canggih pada sekarang membolehkan penglibatan
pemegang taruh sebagai co-creator dan perkongsian idea bersama organisasi.

6.5 ALAT, STRUKTUR DAN MEKANISME CARIAN

Menguruskan inovasi adalah apabila organisasi belajar untuk mencuba jaya, meniru dan
meminjam praktis-praktis yang baik, menambahbaik dan sebagainya. Pengalaman dikumpul
dan praktis yang terbaik akan dapat dilaksanakan. Contohnya, pengalaman dapat diperolehi
semasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan.

6.5.1 Carian di dalam organisasi

Pengurusan pengetahuan di dalam organisasi adalah sangat penting untuk berinovasi. Oleh
yang demikian, Komunikasi yang baik adalah perlu di antara pelbagai jabatan dan fungsi di
dalam organisasi. Salah satu daripada cara yang terbaik adalah dengan menukarkan staf ke
jabatan-jabatan lain supaya mereka turut mendapat kemahiran di dalam bentuk operasi
pekerjaan yang berbeza.

Jaringan sosial juga boleh digunakan untuk mendapatkan idea-idea di dalam organisasi itu
sendiri. Contohnya dengan menggunakan ‘gatekeeper’ sebagai penghubung pihak bawahan
dan atasan di mana beliau bertindak sebagai jaringan komunikasi tidak formal dan menjadi
pentafsir kepada maklumat-maklumat penting yang diperolehi.

Contohnya, Procter & Gamble berjaya menghubung dan membangunkan pekerja-pekerjanya


dengan menggunakan praktis komuniti iaitu kelab kebolehan internet di mana pekerja

81
dengan pemgetahuan yang berbeza akan mengerekrut kumpulan inovasi mereka dan
bertindak sebagai prospector, broker dan gatekeeper kepada pengetahuan yang mengalir di
dalam organisasi. Adalah sangat penting bagi organisasi untuk mengiktiraf idea pekerja-
pekerja biasa di dalam organisasi dan tidak terlalu bergantung kepada pakar dan R&D
semata-mata.

6.5.2 Carian di dalam organisasi

Organisasi juga perlu mempunyai perhubungan yang kuat dengan pihak di luar organisasi
bagi mendapatkan sumber idea dan pengetahuan. Contohnya, IBM telah menjalankan
bancian kepada 750 CEO seluruh dunia, rakan kongsi dan pelanggan-pelanggannya di dalam
mendapatkan idea baru dan menjadikan pemegang-pemegang taruh ini sebagai sumber idea
dan pengetahuan. Organisasi juga perlu bijak menggunakan agen-agen inovasi sebagai
sumber inovasi, contohnya jabatan jualan dan pembelian sebagai pemantau dan membawa
balik idea-idea kepada organisasi. Oleh yang demikian adalah sangat penting untuk organisasi
membina jaringan sejak fasa permulaan perniagaan lagi. Jadual 4.2 menunjukkan cara-cara
carian idea inovasi di dalam dan di luar organisasi:

Jadual 6.3: Membangunkan cara baru di dalam carian inovasi

Strategi Carian Mod Operasi

Kumpulan inovasi Menghantar pemburu-pemburu idea untuk mendapatkan


inovasi terkini.

Mendalami masa hadapan Menggunakan teknik-teknik masa hadapan untuk mendalami


masa hadapan dan membangunkan pilihan inovasi.

Menggunakan sesawang Menggunakan kuasa sesawang melalui komuniti atas talian dan
dunia maya untuk mengenalpasti tren.

Bekerja dengan pengguna Bekerjasama dengan pengguna yang aktif untuk melihat
aktif perubahan kehendak dan keperluan mereka.

Deep-diving Mempelajari apa yang penggunakan lakukan.

Menguji dan belajar Menggunakan prototaip sebagai mekanisme untuk mendalami


fenomena inovasi.

Menggerakkan tenaga pakar Mebawa masuk pakar di dalam proses pembangunan produk
dan perkhidmatan.

Usaha teroka korporat Membentuk unit usaha teroka di dalam organisasi.

Keusahawanan Korporat Membangunkan bakat-bakat keusahawanan di dalam

82
dan usahawan dalaman organisasi.

Menggunakan broker dan Mendapatkan idea-idea daripada luar organisasi menggunakan


pengantara pengantara yang dapat menghubungkan antara industri.

Kepelbagaian Membangunkan pelbagai kumpulan dan pelbagai pekerja.

Penjanaan idea Menggunakan alatan kreativiti untuk menjana idea.

SOALAN DALAM TEKS

3. Senaraikan cara-cara baru di dalam carian


inovasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini

6.6 KESIMPULAN

Idea untuk berinovasi terhasil daripada imaginasi yang membawa perubahan kepada dunia
dan idea-idea ini terhasil daripada pelbagai sumber. Sumber inovasi boleh diklasifikasikan
sebagai tolakan pengetahuan dan tarikan keperluan. Peraturan juga adalah penting untuk
membentuk arah tuju sesuatu inovasi. Inovasi diperolehi melalui idea-idea yang dijana di
dalam dan di luar organisasi. Di dalam hal ini, perhubungan dan jaringan yang kuat adalah
penting di antara pihak atasan dan pekerja bawahan serta bersama pemegang taruh, kerana
mereka adalah antara sumber idea yang terbaik.

83
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Yang manakah lebih penting? Faktor


penolakan atau penarikan? Terangkan
2. Senaraikan jenis-jenis penyesuaian massa
beserta contoh yang sesuai.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Terdapat sebelas sumber inovasi beserta contoh seperti berikut:

 Peraturan
Perubahan di dalam peraturan organisasi, kerajaan dan persekitaran akan menolak
atau menarik inovasi ke arah satu haluan yang baru di mana peraturan mungkin
menghadkan sesuatu tetapi ia akan membuka peluang kepada sesuatu inovasi.
Contohnya, peraturan kitar semula di dalam persekitaran telah membuka idea
penghasilan bahan plastik boleh lupus dan sebagainya.

 Inovasi rekombinan
Ia adalah satu bentuk inovasi yang memindahkan atau menggabungkan idea yang
lama ke dalam satu konteks yang baru. Contohnya pump running shoe daripada Reebok
adalah inovasi daripada industri sukan yang menggabungkan pengetahuan di dalam
industri kesihatan iaitu idea daripada peralatan paramedik dan peralatan bilik
pembedahan.

 Memerhatikan orang lain


Strategi idea inovasi boleh berlaku dengan mempelajari idea tersebut daripada orang
lain. Contohnya reverse engineering di dalam produk dan proses serta pembangunan
produk tiruan. Ia juga melibatkan konsep penanda aras di mana enterprais membuat
perbandingan dengan pihak lain di dalam menjalankan sesuatu proses atau
mendalami konsep produk atau perkhidmatan yang baru.

 Situasi luar jangka


Sesuatu yang berlaku di luar jangkaan mungkin akan menggerakkan inovasi.
Contohnya kesilapan yang berlaku di dalam proses penghasilan gam oleh seorang
pakar kimia polimer telah menghasilkan produk 3M’s post it notes yang menggunakan

84
gam yang melekat tetapi tidak begitu kuat di mana produk ini telah menjadi produk
utama yang telah membawa kejayaan kepada organisasi.

 Tolakan Pengetahuan
Salah satu sumber inovasi yang nyata adalah kemungkinan inovasi yang terhasil
daripada kajian saintifik. Idea-idea atau output yang terhasil daripada kajian-kajian ini
dapat menghasilkan inovasi produk, inovasi proses, automasi, teknologi maklumat
dan komunikasi. Penyelidikan dan Pembangunan terhasil daripada komitmen tenaga
pakar, peralatan, kemudahan dan sumber-sumber yang disasarkan kepada masalah
dan cabaran teknologi. Usaha-usaha ini kebanyakannya melibatkan inovasi kenaikan
yang bergerak secara perlahan dan sistematik bersama-sama pengetahuan yang ada.
Contonhya, peningkatan industri farmasi antarabangsa adalah terhasil daripada
penyelidikan dan pembangunan yang membelanjakan jutaan ringgit untuk
pembangunan dan penghasilah dadah/unat-ubatan blokbuster.

 Tarikan keperluan
Penciptaan akan menolak sesuatu peluang sebagai kemungkinan untuk berinovasi.
Tarikan keperluan adalah komplimentari kepada tarikan pengetahun. Menurut
Bessant & Tidd (2011), “Neccessity is the mother of invention” – di mana inovasi akan
berlaku bilamana adanya perubahan kepada keperluan. Jadi, kita perlu memahami
keperluan tersebut dan mencari jalan untuk memenuhi keperluan tersebut.
Contohnya, Henry Ford menyedari keperluan manusia terhadap pengangkutan.

 Pengguna sebagai inovator


Tarikan keperluan disasarkan kepada pengguna pasif yang memerlukan sesuatu
produk yang sesuai untuk mereka. Namun demikian, di dalam kebanyakan kes,
pengguna sendiri lebih pantas di dalam menjan idea-idea untuk produk baru lebih-
lebih lagi jika mereka kecewa dengan sesuatu produk. Kekecewaan mereka akan
membuatkan mereka melakukan eksperimen dan mencipta prototaip yang baru.
Contohnya, Tim Craft, seorang anesthetist membangunkan pelbagai peralatan baru
kerana kecewa dengan aspek keselamatan peralatan yang beliau gunakan di dalam
bilik pembedahan.

 Ramalan masa hadapan


Salah satu stretgi inovasi adalah melalui imaginasi dan mendalami alternatif-alternatif
kepada sumber sedia ada. Contohnya Shell yang telah banyak menjalankan kajian
untuk menghasilkan sumber-sumber baru pada masa hadapan yang dapat
menggantikan sumber sedia ada.

 Pengiklanan
Melalui pengiklanan, seseorang usahawan dapat mengetahui keperluan pasaran dan
apa sebenarnya yang diinginkan oleh pengguna. Usahawan juga dapat mengenalpasti

85
bahawa produknya diterima atau tidak diterima pengguna dan inovasi dan
penambahbaikan yang lebih baik dapat dilakukan terhadap produk sedia ada.

 Inspirasi
Inovasi melalui inspirasi adalah suatu keadaan di mana usahawan mendapat idea-idea
untuk berinovasi melalui pemerhatian, pembacaan, perbualan dan persekitaran yang
dapat membuahkan idea-idea yang bernas untuk berinovasi.

 Kejutan kepada sistem


Ia adalah suatu keaadaan di mana berlaku perubahan kepada sesuatu sistem di dalam
organisasai, negara atau dunia secara amnya yang telah mengubah pemikiran kita
terhadap sesuatu dan memaksa kita untuk berinovasi ke suatu arah yang baru.

2. Penyesuaian masa adalah sesuai pada zaman sekarang kerana di dalam pasaran
sekarang, tidak semua orang memerlukan produk yang serupa dan adalah menjadi
cabaran seorang usahawan untuk memenuhi setiap permintaan pengguna yang
pelbagai.

3. - Kumpulan inovasi
- Mendalami masa hadapan
- Menggunakan sesawang
- Bekerja dengan pengguna aktif
- Deep-diving
- Menguji dan belajar
- Menggerakkan tenaga pakar
- Usaha teroka korporat
- Keusahawanan Korporat dan usahawan dalaman
- Menggunakan broker dan pengantara
- Kepelbagaian
- Penjanaan idea

86
BAB 7

KREATIVITI DAN PEMBANGUNAN IDEA PERNIAGAAN

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menerangkan perbezaan utama di antara produk dan servis.
2. Mengenalpasti strategi-strategi utama yang mempengaruhi pengenalan servis baru.
3. Memahami organisasi dan proses yang diperlukan untuk membangunkan servis
dengan jayanya.
4. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penciptaan usaha teroka baharu.
5. Memahami proses penciptaan usaha teroka yang inovatif.
6. Memahami cabaran-cabaran di dalam setiap peringkat pembangunan usaha teroka
baharu.

7.0 PENGENALAN

Di dalam bab ini kita akan melihat proses kepada pembangunan produk dan servis. Kita
akan membincangkan mengenai perbezaan di antara produk dan servis serta menilai alat-alat
dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk menyokong proses pembangunan dan
mengenalpasti bagaimana keaslian produk dan servis ini mempengaruhi alat-alat dan kaedah-
kaedah tersebut.

7.1 PEMBANGUNAN PRODUK DAN SERVIS

Negara-negara maju dilihat lebih menjurus kepada sektor servis berbanding sector
pengeluaran, pembinaanm perlombongan dan agrikultur. Sektor servis yang dimaksudkan
termasuklah peruncitan, kewangan, pengangkutan, Komunikasi, hiburan serta servis awam
dan professional. Tren ini berubah apabila sektor pengeluaran semakin efisyen dan
menggunakan teknologi automasi yang tinggi.Hal ini telah mengurangkan kadar keperluan
pekerjaan di dalam sektor pengeluaran. Namun demikian, sektor servis dilihat telah
meningkat dari segi penggunaan buruh kerana memerlukan hubungan dengan pelanggan. Di
negara-negara maju seperti USA dan UK, servis telah menyumbang ¾ daripada kekayaan
dan 85% peluang pekerjaan.

Untuk lebih memahami sektor servis, kita perlu mengenalpasti perbezaan di antara operasi
servis dan pengeluaran:

 Keberadaan: barangan lebih bersifat wujud dan boleh nampak, tetapi tidak bagi
servis yang tidak boleh Nampak dan tidak boleh disentuh, tetapi kita boleh merasai
hasilnya. Oleh yang demikian, persepsi terhadap prestasi servis dilihat sangat penting.

87
 Persepsi terhadap prestasi: Persepsi terhadap prestasi dan kualiti sangat penting di
dalam servis. Pelanggan akan menganggap servis adalah bagus jika melebihi jangkaan
mereka. Persepsi terhadap kualiti servis dipengaruhi oleh:
1. Aspek keberadaan: kemudahan yang disediakan, peralatan dan pekerja
2. Tindakbalas: Servis yang cepat dan keinginan untuk membantu.
3. Kompeten: Keupayaan untuk memberikan servis dengan baik
4. Kepastian: Pengetahuan dan sikap ambil berat pekerja dan keupayaan
mendapatkan kepercayaan dan keyakinan.
5. Empati: Menunjukkan sifat ambil berat dan menarik perhatian pelanggan.
 Kesegeraan: Ruang di antara pengeluaran dan permintaan terhadap produk dan
servis adalah sangat berbeza. Kebanyakan barang dikeluarkan lebih awal daripada
permintaan untuk membolehkan produk diedarkan, disimpan dan dijual. Namun
demikian, bagi servis, kebanyakan servis disediakan sejurus selepas diminta. Ini
membawa masalah terhadap pengurusan kualiti dan perancangan kapasiti. Adalah
sangat sukar untuk mngenalpasti atau membetulkan kesilapan di dalam servis dan
lebih sukar untuk menyesuaikan penawaran dan permintaan.
 Penyimpanan: Servis biasanya tidak boleh disimpan, contohnya tempat duduk di
dalam penerbangan. Ketidakupayaan untuk menyimpan stok di dalam servis akan
menimbulkan masalah di dalam penawaran dan permintaan (Pengurusan kapasiti).
Walaubagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan pelbagai cara Contohnya
memainkan harga seperti memberikan diskaun pada hari-hari biasa akan membantu
pergerakan permintaan. Manakala pada hari cuti sekolah misalnya, kapasiti tambahan
boleh ditambah dengan mengupah pekerja separuh masa atau outsourcing. Manakala di
dalam kes yang lain, pelanggan dipaksa untuk menunggu servis disediakan samaada
mengikut nombor giliran atau berbaris.
 Hubungan dengan pelanggan: Kebanyakan pelanggan tidak mempunyai
hubungan atau mempunyai hubungan yang rendah dengan pihak operasi yang
mengeluarkan barangan. Manakala servis pula memerlukan hubungan pelanggan yang
tinggi dengan pihak operasi dan pelanggan. Contohnya, rawatan perubatan
memerlukan hubungan yang konstan dan kerap, tetapi bagi servis kewangan
hubungan pelanggan hanya berlaku jarang-jarang dan tidak kerap.
 Lokasi: Operasi servis memerlukan lokasi yang lebih strategik kerana hubungan
pelanggan yang lebih rapat dan kesegeraan terhadap permintaan. Contohnya,
restoren, operasi runcit dan servis hiburan semuanya berpusatkan pelanggan. Ianya
berbeza dengan pengeluaran produk yang dikeluarkan di merata-rata tempat dan ia
lebih bersifat kompetitif dan global. Manakala servis pula lebih bersifat lokal dan
kurang kompetitif. Misalnya, hanya 10% daripada servis di negara maju
diperdagangkan secara antarabangsa.
Ciri-ciri servis perlu diambilkira apabila kita ingin merekabentuk dan menguruskan
organisasi dan pembangunan servis baharu.

88
7.2 STRATEGI PEMBANGUNAN PRODUK DAN SERVIS: FAKTOR-FAKTOR
KEJAYAAN

Kriteria-kriteria kejayaan yang terbaik bagi strategi pembangunan produk dan servis baharu
adalah seperti berikut:

 Kelebihan produk – produk mestilah superior di mata pelanggan, mempunyai


kelebihan dari segi perbezaannya dengan produk lain, nisbah prestasi kepada kos
yang tinggi dan mempunyai keunikan.
 Pengetahuan pasaran – usahawan perlu bersedia pada peringkat pra-pembangunan
termasuk saringan awal, penilaian awal pasaran, penilaian awal teknikal, kajian
pasaran yang terperinci dan melaksanakan analisis kewangan/Perniagaan. Analisis
persaingan juga penting sebagai sebahagian daripada analisis pasaran.
 Definisi produk yang jelas – ini termasuklah mengenalpasti sasaran pasaran,
definisi konsep yang jelas, strategi pemposisian yang jelas dan dapat menyenaraikan
ciri-ciri produk sebelum pembangunan dimulakan.
 Penilaian risiko – berasaskan pasaran dan teknologi. Penilaian risiko mesti
dijalankan semasa kajain awal pasaran untuk menentukan keupayaan firma.
 Pengurusan projek – kumpulan-kumpulan kerja dari pelbagai disiplin mestilah
dibangunkan untuk diberikan tanggungjawab projek dari mula hingga akhir.
 Sumber projek – kewangan, sumber bahan dan kemahiran manusia mestilah
tersedia dan firma juga perlu mempunyai kemahiran Pengurusan dan teknologi untuk
merekabentuk dan membangunkan produk baharu.
 Keupayaan pelaksanaan – kualiti teknologi dan aktiviti pengeluaran, analisis pra-
komersil, ujian pasaran dan kajian pasaran yang lengkap akan menentukan kejayaan
produk baharu.
 Sokongan pihak atasan – pihak pengurusan perlu mencipta suasana
kebolehpercayaan, koordinasi dan kawalan sejak konsep produk diperkenalkan
sehingga ianya dilancarkan. Pihak atasan memainkan peranan yang kritikal sepanjang
proses inovasi berlaku.

7.3 STRUKTUR BERKUMPULAN BAGI PEMBANGUNAN PRODUK BAHARU

Struktur Pengurusan projek mempunyai perkaitan yang kuat dengan kejayaan produk.
Berikut adalah struktur berkumpulan bagi pembangunan produk baharu:

 Struktur fungsian – struktur hrarki tradisional di mana Komunikasi di antara


bahagian-bahagian fungsian diuruskan oleh pengurus fungsian dan berdasarkan
piawaian dan prosedur.
 Struktur pengurus produk ringan – struktur hirarki tradisional di mana pengurus
projek mengkoordinasikan struktur dan melaksanakan kerja-kerja dalam fungsian.

89
 Struktur pengurus produk berat – ia adalah struktur matrik yang diketuai oleh
pengurus projek dengan dipengaruhi pekerja yang terlibat tetapi di dalam arah yang
strategic yang menyumbang kepada bahagian kritikal projek. Struktur ini membawa
autoriti organisasi.
 Kumpulan pelaksana projek – kumpulan projek sepenuh masa di mana pekerja
fungsian bekerja di bawah projek yang diketuai oleh ketua projek.

7.4 PROSES PEMBANGUNAN PRODUK DAN SERVIS BAHARU

Terdapat empat fasa yang boleh menerangkan proses pembangunan produk dan servis
baharu seperti berikut:

Penjanaan Konsep

Untuk mengenalpasti konsep produk yang Baharu, kita mestilah memberi tumpuan kepada
tren pasaran dan keperluan pengguna. Tumpuan juga turut diberikan kepada tarikan pasaran
dan tolakan teknologi di mana keperluan pasaran mestilah difahami dan dipenuhi serta diberi
inovasi sewajarnya berdasarkan teknologu Baharu yang ada. Alat dan teknologi yang
digunakan untuk

Pemilihan Projek

Fasa ini termasuk mengimbas dan memilih konsep produk sebelum tiba ke peringkat
pembangunan produk. Terdapat dua peringkat penurasan projek:

1. Perancangan produk agregat – portfolio pembangunan produk baharu dikenalpasti di


mana pelbagai projek berpotensi akan digabungkan untuk memastikan objektif dan
matlamat firma dapat dicapai. Langkah pertama adalah melihat sumber-sumber dan
yang ke dua adalah membangunkan pelan kapasiti untuk mengimbangkan sumber
dan permintaan. Seterusnya menganalisa kesan kepada keupayaan projek untuk
memastikan permintaan dapat dipenuhi.
2. Konsep produk yang spesifik – pembangunan sistem sistem berpagar untuk
mengenalpasti, mengimbas, menilai dan menggabungkan pembangunan projek
sebagai langkah merealisasikan idea kepada pengkomersialan.

Pembangunan Produk

Di dalam fasa ini, konsep dipilih dan produk akan dibawa untuk dikomersilkan. Pada
peringkat ini produk telah dibangunkan dan dikeluarkan dan mendapat kerjasama pekerja
penyelidikan pembangunan, pereka, jurutera dan pekerja pemasaran.

90
Pengkomersilan produk dan penilaian

Di dalam peringkat ini, firma perlu memilih kriteria untuk menilai produk baharu.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah yang mempengaruhi persepsi terhadap kualiti


servis?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.5 JENIS-JENIS USAHA TEROKA BAHARU

Kajian menunjukkan antara 400,000 hingga 500,000 perniagaan baharu dibuka di United
Kingdom setiap tahun. Dan setiap tahun juga 300,000 dilaporkan gagal dan kebanyakan
daripada perniagaan ini tidak begitu kreatif dan inovatif. Setiap usahawan mempunyai
pelbagai sebab mengapa mereka membuka perniagaan, dan adalah sangat kritikal untuk
memahami motif dan mekanisme keusahawanan seperti berikut:

 Usahawan Gaya Hidup - Seseorang yang memilih untuk berdikari dan menjana
pendapatan berdasarkan nilai peribadi di sekitar mereka, contohnya konsultan
peribadi atau perniagaan kraftangan yang diusahakan di rumah. Statistik
menunjukkan kebanyakan perniagaan adalah bersifat gaya hidup yang merupakan
sumber pendapatan bagi individu yang bekerja sendiri. Namun demikian, majority
Perniagaan kecil ini tidak begitu kretaif dan inovatif dan hanya memanipulasi sedikit
aset dan pengalaman.
 Usahawan Pengembangan - Seseorang yang bermatlamat untuk mendapatkan
kekayaan dan kuasa melalui pengembangan yang agresif di dalam perniagaan mereka.
Mereka menilai kejayaan mereka melalui kekayaan, pengaruh dan reputasi. Biil Gates
dan Steve Jobs merupakan antara contoh usahawan pengembangan yang konservatif
tetapi mempunyai modal yabg intensif. Kebanyakan usahawan pengembangan
melibatkan diri di dalam sektor peruncitan, hartanah dan komoditi. Usahawan
pengembangan yang berjaya akan cuba mencipta perniagaan yang besar melalui

91
pengambilalaihan yang akan mendominasi pasaran nasuinal dan penerajunya akan
mendapat kekayaan dan berpengaruh.
 Usahawan inovatif - Individu yang mempunyai keinginan untuk mencipta dan
mengubah sesuatu di dalam sektor persendirian atau awam. Namun demikian mereka
tidak mementingkan reputasi dan kekayaan serta tidak begitu berdikari. Motivasi
usahawan inovatif adalah untuk membawa perubahan dan mencipta sesuatu yang
Baharu. Usahawan yang inovatif termasuklah usahawan teknologi dan usahawan
sosial.

7.6 Usahawan Sosial

Ciri-ciri utama yang membezakan keusahawanan sosial dan keusahawanan komersil adalah
keperluan empati dan keadilan sosial. Empati bermaksud keupayaan untuk mengenalpasti
dan berkongsi emosi perasaan dan keperluan orang lain dan keinginan untuk membantu
orang lain.

Berikut adalah elemen kritikal di dalam keusahawanan sosial:

1. Matlamatnya adalah untuk mencipta nilai dan perubahan sosial berbanding inovasi
komersil dan nilai kewangan. Keusahawanan komersil yang konvensional biasanya
menawarkan produk dan servis baharu yang membawa peningkatan di dalam
ekonomi dan peluang pekerjaan, tetapi kelebihan social bukan matlamat utama.
2. Ia melibatkan perniagaan, orang awam dan sektor ke tiga organisasi untuk mencapai
matlamatnya berbanding keusahawanan komersil yang konvensional lebih
memfokuskan kepada usahawan individu dan usaha teroka baharu.

Contoh-contoh aplikasi keusahawanan sosial adalah:

1. Mengurangkan kadar kemiskinan


2. Pembangunan komuniti
3. Kebajikan dan kesihatan
4. Persekitaran dan kelestarian
5. Seni dan budaya
6. Pendidikan dan peluang pekerjaan

Namun demikian, keusahawanan sosial seringkali gagal di dalam menambahbaik aktivitinya


disebabkan oleh kekangan organisasi, budaya, kekurangan dana dan peraturan.

Keusahawanan sosial mempunyai kebanyakan ciri-ciri usahawan tetapi berbeza di dalam ciri
tertentu:

92
1. Motif dan matlamat – tidak mementingkan kekayaan dan tidak berdikari tetapi lebih
mementingkan matlamat sosial dan penamatnya.
2. Rangka-masa – kurang mementingkan pengembangan jangka pendek tetapi
mementingkan perubahan dalam jangkamasa panjang.
3. Sumber-sumber – kurang bergantung krpada firma dan kumpulan Pengurusan untuk
memulakan usaha teroka tetapi bergantung kepada jaringan pemegang taruh dan
sumber-sumber.

7.7 Usahawan Teknologi

Penciptaan usaha teroka berteknologi adalah interaksi kemahiran individu , teknologi dan
ciri-ciri pasaran. Kajian menunjukkan usahawan teknologi mempunyai ciri-ciri peribadi
seperti latarbelakang keluarga, berorientasikan matlamat, personaliti dan motivasi serta
disokong oleh persekitaran, sokongan institusi dan sumber-sumber. Keputusan memulakn
usaha teroka berteknologi lahir daripada keinginan untuk berdikari serta melarikan diri
daripada birokrasi organisasi besar samaada di dalam sektor awam atau swasta.

Oleh yang demikian, ciri-ciri seperti profail psikologi, pengalaman di dalam kerja dan
teknikalmerupakan factor yang menyumbang kepada keputusan untuk mencipta usaha teroka
baharu. Pendidikan dan latihan juga adalah faktor yang membezakan usahawan teknologi dan
usahawan lain. Kajian menunjukkan kebnayakan usahawan tekno adalah pemegang ijazah
lanjutan dan mempunyai 13 tahun pengalaman kerja sebelum membuka usaha teroka baharu.

Tidak seperti usahawan lain, usahawan tekno mempuyai keinginan ke arah pencapaian yang
sederhana dan keperluan penggabungan yang rendah. Ini mencadangkan bahawa usahawan
tekno inginkan kebebasan berbanding kejayaan dan kebebasan merupakan motivasi kepada
usahawan tekno. Mereka juga mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi di mana
mereka percaya mereka mempunyai kawalan peribadi terhadap hasil.

7.7.1 Peranan Firma Kecil dan Besar

Secara teori, firma kecil dan besar mempunyai kelebihan dan kelemahannya masing-masing:

 Firma besar mempunyai keupayaan untuk mengeksploitasi eknonomiu dan skop


inovasi termasuk penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan jualan. Contohnya
firma besar mendominasi perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan di dalam
industri angkasa atau farmasi dan mempunyai skala ekonomi pengeluaran yang
signifikan di dalam industri automotif atau elektronik. Walaubagaimanapun firma
besar terpaksa berhadapan dengan birokrasi dan menolak risiko atau peluang-peluang
perniagaan yang kecil.
 Firma kecil kurang birokrasi dan berjaya di dalam pasaran yang kecil dan tertumpu.
Motivasi firma kecil lebih tinggi. Namun demikian, firma kecil agak terhad dari segi
sumber-sumber serta terpaksa bergantung kepada sumber-sumber inovasi luaran.

93
Kajian-kajian lepas menunjukkan aktiviti inovasi Enterprais Kecil dan Sederhana
mempunyai ciri-ciri yang sama seperti berikut:

1. Mereka lebih banyak terlibat di dalam inovasi produk berbanding inovasi


proses.
2. Memfokuskan kepada pasaran tertumpu berbanding pasaran besar.
3. Kebanyakan daripada mereka adalah pengeluar produk akhir berbanding
pengeluar komponen.
4. Melibatkan perhubungan dengan pihak luar
5. Lebih menumpukan kepada pengembangan di dalam hasil dan peluang
pekerjaan berbanding keuntungan.

SOALAN DALAM TEKS

2. Apakah ciri-ciri yang membezakan keusahawanan sosial


dan keusahawanan konvensional?
3. Apakah yang mempengaruhi persepsi terhadap kualiti
servis?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.8 PROSES DAN PERINGKAT MENCIPTA USAHA TEROKA BAHARU

Berikut adalah peringkat penciptaan usaha teroka baharu:

1. Menilai peluang-peluang usaha tertoka baharu – menjana, memeriksa dan


menambahbaik konsep perniagaan.
2. Membangunkankan rancangan perniagaan dan menentukan struktur usaha teroka.
3. Mendapatkan sumber-sumber dan dana untuk implementasi termasuk sokongan
pakar dan perkongsian berpotensi.
4. Mengembang dan menuai usaha teroka – bagaimana mencipta dan mendapatkan nilai
daripada perniagaan.

94
Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usaha teroka Baharu mengikut peringkat pembangunan:

 Mengenalpasti peluang – peringkat ini memerlukan keupayaan untuk


menghubungkan teknologi yang spesifik dan pengetahuan kepada aplikasi komersil
dan ia berdasarkan kombinasi kemahiran, pengalaman, aptitude dan keadaan. Isu
utama adalah keupayaam untuk menggbaungkan pengetahuan saintifik dan
pemasaran yang akan meningkatkan modal sosial usahawan serta meningkatkan
jaringan perniagaan.
 Komitmen keusahawanan – tindakan dan pembuatan keputusan di dalam perniagaan.
 Kredibiliti usaha teroka – kredibiliti adalah fungsi kepada kumpulan usaha teroka,
pelanggan utama dan perhubungan modal sosial yang lain. Untuk membina kridibiliti
dan kesedaran, ia memerlukan perhubungan yang rapat dengan pihak penaja dan
institusi kewangan.

7.9 MENILAI PELUANG-PELUANG

Kegagalan di dalam keusahawanan biasanya berlaku apabila usahawana menyangkakan


peluang-peluang telah dikenalpasti walaupun kadangkala ia masih diperingkat penjanaan idea
yang masih samar. Berikut adalah penggerak kepada peluang-peluang usaha teroka baharu:

 Faktor ekonomi – contonhya perubahan di dalam pendapatan per kapita penduduk


 Pembangunan teknologi – yang akan mengurangkan kekangan kemasukan ke
dalam pasaran.
 Tren demografik – contohnya populasi penduduk berusia yang mempunyai masa
lapang yang banyak.
 Perubahan peraturan/undang-undang – contohnya kehendak persekitaran,
kesihatan dan keselamatan.

7.10 MEMBANGUNKAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan penyediaan rancangan perniagaan adalah untuk mendapatkan bantuan kewangan


daripada luar. Ia juga berfungsi sebagai perjanjian formal di antara pemilik dan Perniagaan
untuk perkembangan pada masa hadapan. Rancangan Perniagaan dapat mengelakkan
kekeliruan serta dapat mengelakkan pertelingkahan berkaitan tanggungjawab dan ganjaran. Ia
dapat mentafsirkan matlamat yang kabur ke dalam bentuk operasi yang nyata serta
membantu pembuatan keputusan. Rancangan Perniagaan mempunyai hubungkait yang
positif dengan prestasi perniagaan. Berikut adalah bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam
sebuah rancangan perniagaan:

95
 Penerangan berkaitan produk atau perkhidmatan
 Penilaian peluang pasaran
 Mengenalpasti sasaran pelanggan
 Halangan kemasukan dan analisis pesaing.
 Pengalaman, kepakaran dan komitmen kumpulan pengurusan.
 Strategi harga, pengedaran dan jualan.
 Mengenalpasti risiko.
 Pengiraan aliran tunai dan titik pulang modal.
 Kewangan dan sumber-sumber yang diperlukan oleh perniagaan.

7.11 MENDAPATKAN SUMBER-SUMBER DAN MODAL

Modal permulaan untuk memulakan Perniagaan biasanya bukanlah masalah yang paling
utama kepada usahawan. Kebanyakan modal permulaan diperolehi daripada simpanan
peribadi atau pinjaman daripada keluarga dan rakan-rakan. Pada peringkat ini juga terdapat
sumber-sumber professional lain seperti skim sokongan kerajaan dan sebagainya. Kajian
menunjukkan beberapa peringkat pembangunan perniagaan yang memerlukan keperluan
kewangan. Peringkat pembangunan perniagaan tersebut adalah:

1. Modal awal untuk memulakan perniagaan


2. Modal pusingan ke dua untuk pertumbuhan dan pembangunan awal perniagaan.
3. Modal pusingan ke tiga untuk menjalinkan kerjasama dan perkembangan perniagaan
4. Kematangan atau keluar dari perniagaan

Secara umumnya, badan profesional biasaanya tidak berminat kepada pembiayaan awal
kerana risiko yang tinggi dan jumlah pembiayaan yang kecil. Walaubagaimanapun, modal
pusingan ke tiga lebih mudah diperolehi kerana Perniagaan telah mempunyai rekod prestasi.

Kebanyakan usahawan biasanya akan cuba mengelakkan pembiayaan luar, namun demikian
mereka masih memerlukan pembiayaan ini bagi tujuan perkembangan perniagaan.
Pembiayaan awal biasanya diperlukan untuk membeli bangunan, peralatan dan lain-lain kos
permulaan termasuklah kos harian seperti gaji, elektrik, air dan sebagainya. Kos-kos ini
merujuk kepada modal kerja. Untuk tujuan ini, ramai usahawan mengunapakai pembiayaan
peribadi, pinjaman daripada keluarga/rakan-rakan dan pembiayaan bank. Separuh daripada
usahawan menerima pembiayaan kerajaan dan ada juga yang dibiayai oleh venture capitalist.

Venture capitalist atau dikenali sebagai pemodal teroka biasanya akan membiayai usaha teroka
yang mempuyai rekod prestasi yang baik dan rancangan perniagaan yang meyakinkan.
Sebagai balasan, mereka akan meminta ekuiti atau penglibatan di dalam pengurusan syarikat.
Mereka amat memntingkan kriteria-kriteria berikut di dalam membiayai perniagaan:

96
1. Personaliti usahawan
2. Pengalaman usahawan
3. Ciri-ciri produk
4. Ciri-ciri pasaran
5. Faktor kewangan

7.12 MENUAI PERNIAGAAN: STRATEGI PERKEMBANGAN DAN KELUAR


DARI PERNIAGAAN

Kegagalan adalah lumrah dalam perniagaan, di antara sebab-sebab mengapa perniagaan gagal
adalah:

 Kawalan kewangan yang lemah


 Kurang keupayaan mengurus dan kurang pengalaman
 Tiada strategi transisi, perkembangan atau keluar

Namun demikian, isu-isu di atas dapat di atasi dengan mengaplikasikan cara-cara berikut
untuk mencipta nilai tambah kepada perniagaan:

 Perkembangan organic melalui tambahan jualan dan diversifikasi


 Membeli perniagaan atau bergabung dengan perniagaan lain
 Menjual Perniagaan kepada pihak lain
 Menawarkan initial public offering (IPO) terhadap pertukaran saham.

Kajian menunjukkan kejayaan usaha teroka yang berkembang maju mempunyai perkaitan
dengan rekabentuk dan inovasi yang hebat tetapi tidak semestinya melalui teknologi dan
penyelidikan dan pembangunan. Kejayaan mereka juga bergantung kepada perhubungan
dengan pihak luar termasuk mempunyai kontrak kajian dengan organisasi lain, pembekal,
pelanggan dan universiti.

SOALAN DALAM TEKS

4. Apakah kriteria-kriteria penting yang dilihat oleh venture


capitalist sebelum membiayai sesebuah perniagaan?

97
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.13 KESIMPULAN

Di dalam bab ini kita telah mendalami rasional, ciri-ciri dan cara menguruskan inovasi di
dalam organisasi. Usahawan yang berinovatif akan cuba untuk mencipta sesuatu yang baru
dan melakukan perubahan berbanding mencapai kekayaan dan berdikari. Setiap usahawan
juga memerlukan sokongan kewangan dalam membangunkan perniagaan mereka.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Keusahawanan sosial mempunyai


kebanyakan ciri-ciri usahawan tetapi
berbeza di dalam ciri tertentu: Terangkan.
2. Apakah bahagian-bahagian penting yang
perlu ada di dalam rancangan perniagaan?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Persepsi terhadap prestasi: Persepsi terhadap prestasi dan kualiti sangat penting di
dalam servis. Pelanggan akan menganggap servis adalah bagus jika melebihi jangkaan
mereka. Persepsi terhadap kualiti servis dipengaruhi oleh:
- Aspek keberadaan: kemudahan yang disediakan, peralatan dan pekerja
- Tindakbalas: Servis yang cepat dan keinginan untuk membantu.
- Kompeten: Keupayaan untuk memberikan servis dengan baik
- Kepastian: Pengetahuan dan sikap ambil berat pekerja dan keupayaan
mendapatkan kepercayaan dan keyakinan.
- Empati: Menunjukkan sifat ambil berat dan menarik perhatian pelanggan.
2. Ciri-ciri utama yang membezakan keusahawanan sosial dan keusahawanan komersil
adalah keperluan empati dan keadilan sosial. Empati bermaksud keupayaan untuk
mengenalpasti dan berkongsi emosi perasaan dan keperluan orang lain dan keinginan
untuk membantu orang lain.

98
3. Venture capitalist biasanya akan membiayai usaha teroka yang mempuyai rekod
prestasi yang baik dan rancangan perniagaan yang meyakinkan. Sebagai balasan,
mereka akan meminta ekuiti atau penglibatan di dalam pengurusan syarikat. Mereka
amat memntingkan kriteria-kriteria berikut di dalam membiayai perniagaan:

 Personaliti usahawan

 Pengalaman usahawan

 Ciri-ciri produk

 Ciri-ciri pasaran

 Faktor kewangan

99
BAB 8
KEPIMPINAN ORGANISASI & INDIVIDU KE ARAH KREATIVITI DAN
INOVASI

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari Bab ini, anda seharusnya boleh:

1. Menerangkan maksud Creative at work vs Creative job


2. Menjelaskan faktor individu yang dapat mempengaruhi tahap kreativiti dan
inovasi seseorang.
3. Menjelaskan faktor organisasi yang dapat mempengaruhi tahap kreativiti dan
inovasi dalam organisasi.
4. Membincangkan keperluan dan kepentingan pemimpin dalam
membangunkan organisasi berinovatif.

8.0 Pengenalan

Usahawan merupakan individu yang mempunyai wawasan untuk mengembangkan


perniagaannya. Pengembangan organisasi perniagaan sudah tentu memerlukan kakitangan
tambahan bagi memenuhi tuntutan kerja yang semakin bertambah. Usahawan perlu
mengajikan pekerja dan pekerja tersebut menjadi ahli kepada organisasi perniagaan
usahawan.

Bagi mengembangkan dan mengekalkan prestasi perniagaan, keperluan kepada kreativiti


menjadi semakin penting. Semakin banyak idea kreatif dapat dijana, semakin banyak inovasi
tercipta. Inovasi tersebut mungkin wujud dalam produk yang dapat memenuhi kemahuan
pelanggan, kaedah pengeluaran yang dapat menjimatkan kos, pendekatan jualan yang dapat
menghasilkan lebih banyak jualan atau pengenalan prosedur yang dapat meningkatkan
produktiviti. Kewujudan inovasi ini sudah tentu memberikan banyak manfaat kepada
perniagaan usahawan.

Sehubungan itu, usahawan perlu mempunyai mencari jalan untuk mempromosikan kreativiti
dan inovasi kepada semua ahli-ahli organisasinya. Melalui usaha ini, semua contoh-contoh
yang dinyatakan tadi dapat diwujudkan dalam organisasi. Walau bagaimanapun, sehingga
pada hari ini, tiada kaedah terbaik yang boleh digunakan dalam mempromosikan kreativiti
dan inovasi secara menyeluruh dalam organisasi. Walau bagimanapun, kejayaan usaha
tersebut bergantung kepada dua faktor utama iaitu factor individu dan faktor organisasi.

Dua faktor yang disebutkan tadi akan dapat berfungsi dengan baik jika organisasi mempunyai
pemimpin yang berkeupayaan. Pemimpin dalam organisasi ialah usahawan itu sendiri dan
pengetahuan tentang faktor-faktor ini dapat membantu usahawan untuk mencorak
pendekatan kepimpinan yang sesuai bagi mempromosikan kreativiti dan inovasi. Sejarah

100
telah banyak membuktikan bahawa melalui kepimpinan yang berkesan, bangsa yang mundur
mampu diangkat menjadi bangsa yang maju dan bertamadun. Malah banyak penyelidikan
telah mendapati kepimpinan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian
prestasi tinggi di kalangan organisasi perniagaan.

Bab ini cuba membuka minda usahawan untuk mendapatkan pengetahuan asas bagi
memimpin ahli-ahli organisasinya. Seperti yang dikatakan tadi, tiada kaedah yang terbaik
dapat dicadangkan untuk mengalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan ahli organisasi.
Usahawan perlu aktif berfikir dan kreatif dalam mencari kaedah yang terbaik untuk
organisasinya. Pada bahagian berikutnya akan ditunjukkan keperluan terhadap kreativiti
berkaitan dengan kerja dan perjawatanan dalam organisasi.

8.1 Konsep Creative at work vs Creative job

Sebagai seorang usahawan, anda perlu mengetahui terdapat dua keperluan kreativiti
pekerjaan di organisasi. Kedua-duanya penting kepada organisasi kerana sumbangan daripada
duanya akan dapat membawa organisasi mencapai matlamat yang disasarkan. Maksud creative
at work ialah keperluan untuk pekerja melahirkan idea kreatif yang dapat membantu
menjayakan kerjanya dengan cemerlang. Sebagai contoh, seorang pekerja yang melakukan
tugasan rutin di dalam organisasi melibatkan lima langkah tindakan. Hasil idea kreatifnya,
kerja berkenaan mampu disiapkan hanya melalui empat langkah sahaja dan keadaan untuk
sudah tentu akan menjimatkan masa untuk menyiapkan kerja, seterusnya meningkatkan
produktiviti pekerja berkenaan. Keadaan ini sudah tentu memberikan kesan positif dalam
bentuk produktiviti syarikat secara keseluruhan. Konsep creative at work ini perlu pada setiap
pekerja tanpa mengira tahap-tahap kedudukan mereka dalam organisasi.

Selain itu, di dalam perjawatan dalam organisasi, ada jawatan yang dikelaskan sebagai creative
job. Ia bermaksud bidang pekerjaan atau diskripsi kerja jawatan tersebut memerlukan daya
penghasilan idea kreatif yang tinggi daripada pemegang jawatanya. Jawatan yang berkaitan
dengan bidang tugas seperti pengiklanan, rekabentuk dan pembangunan produk, Sudah tentu
jawatan seperti ini memerlukan individu-individu yang sentiasa berfikiran kreatif. Jawatan
seperti ini wujud dalam semua jenis organisasi terutamanya organisasi perniagaan.

8.2 Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

Jika usahawan mahu menjadikan organisasinya sebagai organisasi kreatif, usahawan perlu
memastikan semua ahli atau pekerja yang terlibat mampu untuk memberikan sumbangan ke
arah hasrat tersebut. Kewujudan organisasi kreatif berpunca daripada sumbangan terkumpul
semua ahli dan bukannya sumbangan daripada seorang atau dua individu sahaja. Walaupun
begitu, setiap ahli perlu mempunyai keupayaan untuk menyumbang dan barulah sumbangan
terkumpul dapat diperolehi. Oleh itu, usahawan perlu mengetahui faktor-faktor yang ada
pada diri seseorang yang dapat menyumbang kepada kewujudan organisasi kreatif.

101
Terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada kewujudan organisasi kreatif. Ia adalah
faktor individu, dan faktor organisasi. Faktor organisasi turut dikenali sebagai faktor dalaman
organisasi. Semua faktor ini adalah berkait antara satu sama lain dan ia boleh bertindak
sebagai pemangkin atau penghalang kepada kreativiti dan inovasi dalam organisasi.

SOALAN DALAM TEKS

1. Terangkan secara ringkas mengapa usahawan perlu


mengambil berat tentang kreativiti dan inovasi dalam
organisasi perniagaannya.
2. Senaraikan dua faktor yang boleh mempengaruhi
perkembangan kreativiti dan inovasi dalam organisasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

i) Faktor Individu.

Antara elemen yang boleh menjadi pemangkin atau penghalang kepada kreativiti dan inovasi
dalam organisasi ialah faktor individu. Faktor individu ini merupakan ciri-ciri yang ada dalam
diri seorang pekerja atau ahli organisasi yang berkait dengan personaliti, keupayaan kognitif,
latarbelakang peribadi, pengalaman dan pendidikan dan profil psychologikal. Semua elemen
mempengaruhi tahap daya kreativiti dan inovasi ahli dalam organisasi.

ii) Personaliti.

Personaliti bermaksud perbezaan-perbezaan yang ada pada seseorang individu yang


mempengaruhi cara berfikir, perasaan dan gelagat seseorang berbanding orang lain.
Terdapat lima jenis sifat personaliti iaitu seperti tahap openness to experience, conscientiousness,
agreeableness, extroversion dan neuroticism. Lima jenis sifat ini dinamakan sebagai The Big Five
Personaliti Traits. Terdapat pihak yang lain pulak menyatakan sifat personaliti seseorang
terbahagi kepada dua iaitu Type A dan Type B.

Sifat personaliti yang dimiliki oleh seorang individu berbeza dengan yang dimiliki oleh
individu yang lain. Sifat personaliti mempengaruhi nilai, kepercayaan, hubungan sosial, cara
berfikir, habit dan kemahiran. Pengaruh ke atas perkara-perkara yang dinyatakan tadi akan
mempengaruhi gelagat seseorang. Oleh itu, mengapa seseorang itu bergelagat dalam cara
yang tertentu adalah disebabkan oleh sifat personaliti yang dimilikinya.

102
Maka, kita boleh simpulkan bahawa memahami sifat personaliti seseorang akan membantu
kita memahami mengapa individu tersebut bergelagat sedemikian. Pengetahuan ini dapat
membantu kita meramal gelagat yang akan dilakukan oleh seseorang jika sesuatu perkara
berkalu ke atas dirinya. Sifat personaliti yang dimiliki oleh individu adalah stabil dan sukar
untuk diubah dalam masa yang terdekat. Pengetahuan ini dapat digunakan oleh usahawan
untuk mengurus kepelbagaian personaliti yang ada di dalam organisasinya supaya dapat
memberikan kebaikan dalam penyuburan kreativiti dan inovasi dalam organisasi.

iii) Keupayaan Kognitif

Selain personaliti, faktor individu seperti keupayaan kognitif turut mempengaruhi keupayaan
kreativiti seseorang. Keupayaan kognitif adalah kemahiran berasaskan minda yang diperlukan
oleh manusia untuk menyiapkan kerja yang paling senang hingga ke kerja yang paling
komplek. Keupayaan ini membentuk kemampuan manusia untuk belajar, mengingati sesuatu,
menyelesaikan masalah dan memberi perhatian kepada sesuatu perkara. Oleh itu, keupayaan
kognitif mewujudkan kemahiran kognitif seseorang. Antara kemahiran kognitif tersebut ialah
seperti berikut:

Jadual 6.1:
Senarai Kemahiran Kognitif
Kepantasan pemprosesan Sejauhmana minda pantas memproses maklumat untuk
berfikir

Pemprosesan auditori Keupayaan untuk menganalisis. Mencerna dan


mengenalpasti bunyi.

Pemprosesan visual Keupayaan untuk memgenal imej visual.

Ingatan jangka panjang Keupayaan menyimpan fakta dan pengetahuan yang


dikumpulkan pada masa dulu.

Ingatan jangka pendek Keupayaan untuk menyimpan maklumat yang diperlukan


untuk menyiapkan kerja yang diperolehi secara mendadak
atau perlu disiapkan dalam tempohmasa yang pendek.

Logik dan memberi sebab Keupayaan untuk memberi sebab, menjustifikasi,


membentuk konsep dan menyelesaikan masalah dengan
mengunakan maklumat yang tidak biasa digunakan atau
kaedah baru.

Kemahiran memberi perhatian Keupayaan untuk focus dan berterusan memberikan


perhatian kepada sesuatu perkara.

103
Bagi Bessant & Tidd (2015) mereka menyatakan keupayaan kognitif yang dimiliki seseorang
penting kepada kreativiti dan inovasi. Mereka berpendapat keupayaan kognitif seseorang
adalah seperti berikut:

Jadual 6.2: Ciri-ciri keupayaan kognitif

Pemerolehan dan penyebaran Keupayaan untuk mendapatkan informasi yang berguna


informasi dari sumber yang pelbagai. Ini memerlukan daya tumpuan
yang tinggi dan persepsi yang membina daripada seseorang
individu.

Kepintaran Keupayaan dan kemampuan untuk menterjemah,


memproses dan memanipulasi informasi.

Sense Making Memberi maksud yang ada dalam informasi. Dapat


mengetahui makna tersurat dan tersirat yang ada dalam
informasi.

Unlearning Keupayaan untuk mengasingkan atau menghapuskan rutin


atau gelagat yang tidak berguna. Ia juga melibatkan
keupayaan untuk mengasingkan informasi yang tidak
berfaedah untuk sesuatu perkara.

Perlaksanaan dan penyelesaian Mengunakan informasi untuk menyelesaikan masalah,


menjalankan eksperimen dan tindakan yang menghasilkan
sesuatu yang bermanfaat.

Sumber: Bessant & Tidd (2015)

Paras keupayaan kognitif seseorang berbeza antara satu sama lain. Ada yang mempunyai
paras yang tinggi untuk kemahiran yang tertentu tetapi rendah pula pada paras keupayaan di
kemahiran kognitif yang lain. Ini merupakan perkara yang normal disebabkan tiada manusia
yang sempurna dari semua segi. Kepelbagaian yang ada dalam diri ahli-ahli organisasi inilah
yang menyebabkan mengapa sesebuah organisasi tersebut unik berbanding dengan organisasi
yang lain.

iv) Latarbelakang peribadi.

Latarbelakang peribadi turut mempengaruhi daya kreativiti dan inovasi seseorang. Untuk
perbincangan ini, mari kita lihat hubungkait kreativiti dan inovasi dengan kemampuan
seseorang untuk membuka sebuah perniagaan baharu. Individu yang dapat membuka sebuah
perniagaan baharu dianggap individu yang kreatif dan inovatif. Individu tersebut dikenali
sebagai usahawan. Menurut Besant & Tidd (2015) menyatakan faktor keluarga, agama dan
etnik mempengaruhi kebarangkalian seseorang untuk terlibat dan membuka perniagaan
baharu.

104
Kajian mendapati 50% hingga 80% usahawan datang daripada keluarga berlatarbelakangkan
professional yang bekerja sendiri. Bekerja sendiri bermaksud ibubapa usahawan berkenaan
menyara keluarga melalui pekerjaan professional seperti peguam atau mempunyai firma
arkitek sendiri. Hal ini berlaku kerana ibubapa tersebut menjadi model ikutan dan juga turut
menyediakan sokongan jika anaknya ingin bekerja sendiri – iaitu membuka perniagaan
baharu.

Faktor agama dan etnik turut mempengaruhi kebarangkalian seseorang untuk membuka
perniagaan baru. Faktor agama dan etnik kadang kala saling berkait antara satu sama lain.
Sebagai contoh, etnik Pashtun yang ramainya berada di Pakistan dan berugama Islam banyak
membuka perniagaan dan boleh dikatakan perniagaan mereka wujud di kebanyakkan negara
dalam dunia ini.

Etnik Cina dan Yahudi pula dianggap etnik yang gemar terlibat dalam perniagaan yang
banyak ditemui di Asia bagi etnik Cina dan Amerika Syarikat Serta Eropah bagi etnik Yahudi.
Di zaman kegemilangan Islam dan sebelum petroleum ditemui di negara-negara Arab,
peniaga dan perdagang Islam menguasai dunia perniagaan dan perdagangan yang terdiri
daripada berbilang bangsa dan etnik. Walaupun agak kontroversi untuk mengaitkan faktor
agama dan etnik dengan penglibatan dalam perniagaan tetapi hakikatnya ia terjadi dalam
lipatan sejarah atau dunia hari ini.

v) Profil Psychologikal

Faktor ini merupakan ciri peribadi yang terdapat pada seseorang yang kreatif dan inovatif.
Untuk lebih spesifik lagi, seseorang usahawan merupakan individu yang mempunyai ciri
lokus kawalan dalaman dan kemahuan tinggi kepada pencapaian. Hal ini telah ditemui di
banyak dapatan kajian dan dianggap ciri yang dapat membezakan antara usahawan dengan
bukan usahawan. Ciri seperti lokus kawalan dalaman yang tinggi adalah kepercayaan
seseorang tentang apa yang akan diperolehi atau berlaku kepada dirinya berpunca daripada
hasil usaha dirinya sendiri.

Ciri kemahuan tinggi kepada pencapaian merupakan ciri yang dapat membina motivasi
dalaman seseorang sehingga ia sanggup untuk mengambil risiko, tabah dan komited dalam
melakukan sesuatu pekerjaan. Walaupun dua ciri ini dilihat antara ciri utama yang perlu ada
dalam diri seseorang usahawan tetapi ia juga dilihat penting kepada individu ingin menjadi
seorang yang kreatif dan inovatif.

vi) Pendidikan dan pengalaman

Pendidikan dan pengalaman yang diperolehi oleh seseorang mempengaruhi daya kreativiti
seseorang. Pendidikan merupakan usaha memberi pengetahuan dan pemahaman tentang
banyak perkara yang membolehkan seseorang tersebut berfikir dan bertindak. Semakin
banyak pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang maka semakin banyak idea yang dapat

105
dijana. Oleh sebab itulah, semakin tinggi status perjawatan, maka semakin tinggi juga
kelayakan akademik yang diperlukan untuk pemegang jawatan berkenaan.

Pengalaman pula ialah sesuatu yang dialami sendiri oleh seseorang melalui perlakuan,
penglibatan dan/atau pemerhatiannya ke atas sesuatu kerja atau kejadian. Sesuatu yang
dialami sendiri dapat memberikan pengetahuan yang berguna kepada individu berkenaan
yang akhirnya dapat digunakan untuk masa hadapan. Semakin banyak seseorang itu terlibat
dengan banyak perkara, maka semakin banyak pengalaman yang diperolehinya. Atas sebab
ini kita selalu mendapati individu yang mempunyai banyak pengalaman dapat memberikan
banyak pendapat dan pandangan untuk sesuatu perkara.

Pendidikan dan pengalaman adalah perkara yang tidak dapat diperolehi dalam masa yang
singkat. Sudah semestinya jika organisasi mempunyai ramai ahli yang berpendidikan dan
berpengalaman, maka organisasi tersebut lebih kehadapan dalam banyak perkara berbanding
organisasi lain.

vii) Faktor Organisasi.

Faktor organisasi adalah berkaitan dengan persekitaran dalaman organisasi. Perkara yang
berkait dengan usaha mengalakkan kreativiti dan inovasi dalam organisasi ialah budaya dan
iklim organisasi. Budaya dan iklim adalah berbeza di antara satu sama lain tetapi saling
berpengaruh di antara satu sama lain. Pemahaman tentang kedua-dua perkara ini dapat
membantu usahawan memimpin organisasi ke arah organisasi yang kreatif dan inovatif.

Budaya ialah nilai, norma dan kepercayaan yang dianuti oleh sekumpulan manusia atau
masyarakat. Budaya ini menjadi panduan bagaimana seseorang itu perlu bertindak atau
berkelakuan di dalam sesuatu persekitaran. Budaya dalam konteks organisasi dipanggil
sebagai budaya korporat. Budaya yang dipegang oleh sekelompok manusia, masyarakat atau
organisasi bersifat mendalam, sukar untuk diubah dan agak sebati dalam diri seseorang.
Budaya membentuk identiti dan dapat dikenali menerusi tingkahlaku yang dilakukan oleh
seseorang penganutnya.

Iklim organisasi bermaksud corak gelagat, sikap atau emosi yang membentuk ciri seseorang
di dalam sekelompok manusia, masyarakat atau organisasi. Jika corak tersebut dilihat dalam
konteks organisasi, ia dikenali sebagai iklim organisasi. Dengan lain perkataan, pemerhatian
ke atas corak gelagat seseorang adalah merujuk kepada iklim dan corak gelagat setiap
individu dalam kumpulan tersebut dikenali sebagai budaya. Iklim adalah bersifat asas, boleh
diubah atau dipertingkatkan. Pada pendapat anda, untuk mengubah gelagat ahli dalam
organisasi, apakah yang patut diubah, budaya atau iklim organisasi?

Untuk mengubah gelagat ahli dalam organisasi, ia mestilah bermula dengan iklim organisasi.
Ini kerana iklim organisasi adalah bersifat individu dan mudah diubah berbanding budaya.
Melakukan perubahan pada individu dan juga pada setiap individu dalam organisasi dapat
membawa kepada perubahan budaya dalam organisasi. Adalah sukar untuk diubah gelagat

106
(budaya) pada sebuah kumpulan manusia tetapi jika gelagat setiap individu dalam kumpulan
itu dapat diubah, akhirnya budaya yang dipegang oleh setiap individu dalam kumpulan akan
dapat diubah.

Pengetahuan dan pemahaman ini penting kepada usahawan jika ingin melakukan perubahan
ke atas ahli-ahli di dalam organisasinya. Sebagai contoh, jika usahawan mendapati ahli-ahli
organisasi lambat menangani rungutan daripada pelanggan. Ia berpunca daripada pandangan
ahli-ahli organisasi yang menganggap pelanggan ialah pihak yang memerlukan perkhidmatan
daripada syarikat dan sudah semestinya pelanggan perlu menunggu untuk mendapatkan
perkhidmatan tersebut. Pandangan ini adalah salah kerana bukan pelanggan yang
memerlukan kepada perkhimatan syarikat tetapi syarikat yang memerlukan kepada
pelanggan.

Pandangan seperti ini menyebabkan usaha untuk menyelesaikan rungutan pelanggan tidak
diberikan keutamaan dan akhirnya diterjemah dalam bentuk tindakan iaitu lambat bertindak
ke atas rungutan pelanggan. Jika pandangan seperti ini dikongsi oleh semua ahli-ahli
organisasi, maka ia telah membentuk sebuah budaya organisasi. Jika masalah ini tidak
diselesaikan, pelanggan akan lari dan berpindah ke organisasi pesaing. Oleh tu, adalah
menjadi keperluan untuk usahawan mengubah budaya tersebut. Perubahan dapat dilakukan
secara berkesan jika pengetahuan tentang iklim dan budaya dapat dihayati sepenuhnya oleh
usahawan.

Kita telah mengetahui bahawa iklim organisasi mampu digunakan untuk mengubah gelagat
individu dan budaya dalam organisasi. Pada bahagian yang berikutnya akan ditunjukkan
faktor-faktor dalam iklim yang boleh mempengaruhi tahap kreativiti dan inovasi dalam
organisasi.

SOALAN DALAM TEKS

3. Senaraikan perkara-perkara dalam faktor individu yang


boleh mempengaruhi tahap kreativiti dan inovasi ahli
dalam organisasi.
4. Apakah itu iklim organisasi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

107
viii) Kepercayaan dan Keterbukaan.

Individu akan menyuarakan idea kreatif dan menghasikan inovasi jika mendapati idea dan
usahanya itu akan diterima, dihargai dan tidak akan dikenakan sebarang tindakan yang boleh
memudaratkan dirinya. Pandangan seperti ini wujud jika semua ahli terutamanya pihak di
peringkat pengurusan atasan mempunyai sikap percaya dan terbuka. Percaya di sini
bermaksud tanggapan bahawa individu yang menyuarakan sesuatu idea adalah seorang yang
kompeten tanpa mengira kedudukannya dalam organisasi. Keterbukaan bermaksud sanggup
menerima apa jua pandangan dan saranan walaupun ia bertentangan dengan pandangan atau
pendapat seseorang itu.

Usahawan tidak boleh menyatakan ia mempunyai kepercayaan dan terbuka kepada sebarang
idea dan pandangan menerusi kata-kata. Ia mestilah diterjemah dalam bentuk tindakan. Jika
keadaan ini berlaku, barulah ahli-ahli organisasi percaya bahawa kepercayaan dan
keterbukaan telah wujud dan mereka mulai berani untuk melontarkan sebarang idea atau
pendapat. Walau bagaimanapun, terlalu percaya dan terbuka juga boleh membawa mudarat.
Jika hal ini berlaku, ia akan mewujudkan keadaan dimana ahli-ahli terlalu bebas untuk
melakukan sesuatu perkara tanpa disoal atau diselidiki dengan teliti dengan terlebih dahulu.
Keadaan ini boleh menyebabkan timbulnya pembaziran dan penyalahgunaan aset organisasi,
memungkinkan berlakunya kesilapan atau hasil yang diperolehi tidak setimpal.

ix) Cabaran dan Penglibatan.

Menyediakan cabaran dalam tugasan boleh memotivasikan seseorang untuk komited ke atas
kerjanya. Keadaan ini akan menyebabkan ahli-ahli organisasi cuba untuk meningkatkan
penglibatan mereka dalam usaha-usaha yang dapat membantu ke arah pencapaian matlamat
organisasi. Cabaran boleh diadakan dalam sasaran prestasi atau objektif yang perlu dicapai
oleh seseorang ahli atau pekerja organisasi. Walau bagaimanapun, jika cabaran yang
diletakkan terlalu tinggi dan tidak munasabah, ahli-ahli tidak akan bermotivasi untuk
melakukan kerja bagi menghadapi cabaran tersebut. Jika cabaran terlalu mudah ia akan turut
memberikan kesan yang sama kepada ahli-ahli organisasi.

Walaupun mewujudkan cabaran dalam sesuatu tugas boleh membawa kepada peningkatan
penglibatan ahli tetapi ia akan menjadi lebih berkesan jika usahawan mampu memberikan
kefahaman dan kesedaran tentang keperluan penglibatan ahli-ahli dalam aktiviti organisasi.
Jika kefahaman dan kesedaran dapat diwujudkan, ahli-ahli akan faham bahawa penglibatan
mereka akan memberikan manfaat yang besar bukan sahaja kepada organisasi malah kepada
diri mereka sendiri.

x) Sokongan dan Ruang untuk Inovasi

Ahli-ahli organisasi perlu diberikan ruang masa untuk berfikir idea kreatif. Penyediaan
kepada ruang masa ini hanya wujud jika ia mendapat sokongan daripada pihak pengurusan
atasan atau usahawan. Adanya ruang masa seperti ini membolehkan ahli berfikir dan

108
menganalisis potensi inovasi yang ingin diwujudkan. Malah ruang masa ini dapat digunakan
bagi membincang dan menguji sesuatu inovasi yang cuba dilaksanakan dalam organisasi.

Jika ruang masa ini tidak diberikan, ahli-ahli akan cenderung untuk melaksanakan tugasan
rutin mereka sahaja dan inovasi tidak dapat diwujudkan. Apabila ruang masa diberikan secara
berlebihan pula, usahawan akan mendapati ahli-ahli mula menunjukkan sikap bosan dan
lambat dalam membuat keputusan dan tindakan.

xi) Pengambilan Risiko.

Untuk menjana kreativiti dan inovasi, ahli-ahli organisasi perlu digalakan untuk berani
mengambil risiko. Jika di dapati ahli-ahli organisasi sukar atau hanya memberikan sedikit idea
jika diminta, ia bermaksud mereka cuba berada dalam zon selamat. Keadaan ini sudah tentu
menyukarkan organisasi menyelesaikan permasalahan yang berlaku jika ahli-ahlinya memilih
bersikap sedemikian.

Oleh itu, usahawan perlu mengalakan ahli-ahlinya berani mengambil risiko supaya lebih
banyak idea dan inovasi dapat diwujudkan dalam organisasi. Pemberian insentif tertentu
kepada ahli-ahli organisasi yang dapat menyediakan penyelesaian inovatif ke atas sesuatu
permasalahan boleh menjadi pemangkin kepada ahli-ahli yang lain untuk berani menyuarakan
idea. Jika ahli mula menyuarakan idea dan mahu menjadi antara yang terawal, ini bermaksud
keberanian untuk mengambil risiko mula ada di dalam diri mereka.

xii) Kebebasan

Kebebasan bermaksud ahli-ahli organisasi diberi ruang untuk menentukan apakah tindakan
yang patut mereka ambil untuk melaksanakan tugasan. Untuk menwujudkan iklim sebegini,
pekerja perlu diberikan kuasa dan ini dikenali sebagai autonomi. Jika kebebasan tidak
diberikan, ahli akan merasa terkongkong dan mula mengurangkan penglibatan dalam aktiviti-
aktiviti organisasi. Kebiasaanya, manusia lebih selesa, produktif dan menghasilkan kerja yang
berkualiti jika mereka bebas untuk menentukan cara dan kaedah untuk menyelesaikan kerja
mereka.

xiii) Memimpin ke arah organisasi kreatif dan inovatif

Kajian telah menunjukkan kepimpinan mampu memberikan kesan positif atau negative
kepada prestasi organisasi perniagaan. Kepimpinan ialah usaha untuk mempengaruhi
pengikut atau orang bawahan supaya melakukan perkara-perkara yang dapat membantu
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan yang merupakan pemilik dan ketua
kepada sesebuah organisasi perniagaan adalah pemimpin kepada ahli-ahli organisasinya.

109
Kepimpinan yang berkesan dan berkeupayaan dapat menjadikan organisasi perniagaannya
sebagai sebuah organisasi yang kreatif dan inovatif.

Satu tinjauan yang dilakukan oleh firma perunding McKinsey ke atas 600 eksekutif, pengurus
dan professional perniagaan di peringkat global mendapati bahawa kepimpinan merupakan
indikator terbaik dalam menentukan tahap inovasi dalam organisasi. Dapatan tersebut
menunjukkan organisasi yang lebih berinovasi daripada organisasi lain ialah organisasi yang
mempunyai pemimpin yang berkeupayaan. Keadaan ini terjadi disebabkan pemimpin yang
berkeupayaan dapat memberikan isyarat yang cukup berkesan kepada ahli-ahli organisasi
supaya berinovasi dalam pekerjaan mereka. Selain itu, pemimpin seperti ini juga berupaya
memenangi hati dan minda ahli-ahli untuk melakukan sepertimana yang dikehendakinya.

Selain itu, pemimpin yang dicop sebagai pemimpin yang lebih cakap daripada perbuatan
tidak mampu mengangkat organisasinya menjadi organisasi yang kreatif dan inovatif.
Pemimpin bukan sahaja perlu untuk mempromosikan budaya yang menjana kreativiti tetapi
juga perlu memperuntukan masa dan aktif serta menjadi peneraju ke arah budaya tersebut.
Maka, dengan lain perkataan, pemimpin perlu dilihat sebagai pemain utama dan bersama
dengan ahli-ahli yang lain untuk mencapai maksud dan tujuan tersebut.

Sebagai panduan dalam memimpin organisasii, tiga langkah berikut boleh digunakan sebagai
panduan untuk membangunkan kreativiti dan inovasi dalam organisasi. Langkah-langkah
tersebut adalah seperti berikut.

1. Menentukan jenis-jenis inovasi yang memacu pertumbuhan dan membantu pencapaian


objektif-objektif strategik. Pemimpin perlu menyuarakan jenis-jenis inovasi yang dikehendaki
dan diterima kepada ahli-ahli organisasi. Maklumat seperti ini dapat membantu ahli
organisasi untuk berfikir dan menghasilkan inovasi-inovasi yang berpotensi untuk dimajukan.
Tanpa panduan seperti ini, dikhuatiri, ahli akan berfikir dan menghasilkan inovasi diluar
kontek yang sepatutnya.

2. Memasukan inovasi sebagai agenda utama dalam mesyuarat. Banyak firma yang
mempunyai tahap inovasi yang tinggi mempunyai pendekatan seperti ini. Keadaan ini dapat
memberikan isyarat yang kuat bahawa pemimpin atau pihak pengurusan organisasi amat
berminat, mengambil berat dan memberikan nilai yang tinggi terhadap inovasi.

3. Sediakan petunjuk prestasi dan sasaran untuk inovasi. Pemimpin perlu menyediakan
petunjuk untuk prestasi yang melibatkan petunjuk kewangan dan gelagat. Meletakan sasaran
untuk mencapai 30% perolehan jualan daripada pelancaran produk sepanjang tiga tahun
adalah contoh petunjuk bagi prestasi kewangan. Untuk petunjuk prestasi gelagat pula,
sasaran seperti 80% penghasilan produk baru daripada usaha dan sumber dalaman adalah
contoh yang dapat dijadikan panduan kepada usahawan.

110
8.3 Kesimpulan

Kejayaan untuk menjadikan organisasi kreatif dan inovatif bergantung kepada banyak faktor
sepertimana yang telah dibincangkan tadi. Usahawan perlu merancang dengan teliti supaya
strategi untuk mencapai matlamat organisasi kreatif dapat dicapai dengan cekap dan
berkesan. Walaupun tiada kaedah terbaik yang dapat dicadangkan dalam bab ini, tetapi
pengetahuan ini dijangka dapat membuka minda usahawan untuk merancang bagi tujuan
tersebut. Malah usahawan perlu kreatif jika mahu menjadikan organisasinya sebuah
organisasi yang kreatif.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Mengapa konsep creative at work dilaksanakan dalam


organisasi?
2. Apakah perbezaan antara faktor organisasi dan faktor individu
yang mempengaruhi tahap kreativiti dan inovasi dalam organisasi?
3. Senaraikan TIGA (3) langkah yang boleh diambil oleh
pemimpin untuk membangunkan organisasi yang kreatif dan
inovatif.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS.

1. Pengurus perlu mengambil berat tentang aspek kreativiti dan inovasi dalam organisasi
perniagaannya disebabkan ia boleh membantu kea rah pencapaian objektif perniagaan dan
survival jangka panjang organisasinya. Hal ini perlu difikirkan kerana usahawan adalah
pemilik dan pemimpin kepada organisasi perniagaannya.

2. Dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kreativiti dan inovasi dalam organisasi
ialah faktor individu dan faktor organisasi.

3.Perkara-perkara dalam faktor individu yang menpengaruhi tahap kreativiti seseorang ahli
ialah keupayaan kognitif, latarbelakang peribadi, pengalaman dan pendidikan dan profil
psychological.

4.Iklim organisasi bermaksud corak gelagat, sikap atau emosi yang membentuk ciri seseorang
di dalam sekelompok manusia, masyarakat atau organisasi

111
BAB 9

HARTA INTELEK

OBJEKTIF BAB

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menerangkan maksud Harta Intelek.
2. Menjelaskan perkembangan sistem perundangan Harta Intelek di Malaysia.
3. Menyenaraikan Akta-Akta berkaitan dengan system perundangan Harta Intelek di
Malaysia.
4.Menyatakan dan Mengenalpasti dan kategori-kategori Harta Intelek yang mendapat
perlindungan di bawah sistem perundangan Harta Intelek di Malaysia.

9.0 PENGENALAN

Manusia sentiasa berfikir dan melahirkan idea. Jika idea berkenaan membawa manfaat
kepada manusia, ia boleh dianggap sebagai idea kreatif. Apabila idea kreatif ini ditukar
menjadi suatu yang nyata, ia dikenali sebagai inovasi. Inovasi boleh wujud dalam pelbagai
bentuk sama ada dalam bentuk alat, mesin, kaedah atau sebagainya dan inovasi tersebut
adalah kepunyaan kita sebagai perekacipta. Inovasi itu akan menjadi lebih penting kepada diri
kita apabila ia mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Inovasi yang mempunyai nilai komersial ini perlu dilindungi daripada dicuri dan digunakan
oleh pihak lain untuk memperolehi manfaat kewangan untuk diri mereka. Sudah tentu,
perkara seperti ini kita tidak mahu terjadi kepada diri kita. Segala tenaga, masa dan wang,
mungkin telah digunakan dalam kuantiti yang banyak dalam menghasilkan sesuatu inovasi.
Kita mahukan pulangan-pulangan tertentu seperti kewangan dan pengiktirafan daripada
inovasi yang kita lahirkan. Segala bentuk pulangan ini mungkin tidak akan kita perolehi jika
tiada sistem perundangan yang dapat melindungi hak kita sebagai perekacipta. Menyedari
kepada permasalahan ini, masyarakat dunia telah bersepakat untuk membangunkan dan
melaksanakan perlindungan tersebut dan ia dikenali sebagai sistem perundangan Harta
Intelek.

Bab ini akan menyediakan maklumat ringkas dan pengetahuan asas berkaitan dengan Harta
Intelek terutamanya dari sudut perundangan Malaysia. Pengetahuan ini diharapkan dapat
menjadi pemangkin dan semangat untuk kita menghasilkan lebih banyak inovasi kerana kita
tahu hak kita sebagai perekacipta dilindungi oleh undang-undang.

112
9.1 KONSEP HARTA INTELEK.

Perkataan harta menunjukkan sifat wujud dan hak pemilikan dan pengertian ini adalah sama
dengan pengertian Harta Intelek. Segala bentuk rekacipta atau inovasi yang datang daripada
pemikiran seseorang dan dizahirkan ke muka bumi ini dianggap sebagai Harta Intelek. Ia
boleh wujud dalam dua bentuk sifat iaitu bersifat nyata dan bersifat tidak nyata. Harta intelek
yang bersifat nyata merupakan rekacipta yang mempunyai aspek fizikal, boleh dipegang,
boleh dilihat dan boleh dimiliki secara fizikal. Antara contohnya ialah seperti penciptaan
telefon, kamera, kereta dan ketuhar.

Harta Intelek juga wujud dalam sifat tidak nyata. Ia adalah sesuatu yang tiada aspek fizikal,
tidak boleh dipegang, tidak boleh dilihat dan tidak boleh dimiliki secara fizikal. Kita cuma
akan merasai, mengalami, menjiwai dan sedar tentang kewujudan dan manfaat yang
diperolehi apabila mengunakannya. Antara contohnya ialah seperti proses untuk
menghasilkan sesuatu, menyelesaikan sesuatu, formula dalam melakukan sesuatu atau kaedah
untuk menjalankan sesuatu. Misalnya, kita telah menemui formula untuk memisahkan lemak
yang ada dalam daging. Keupayaan memisahkan lemak boleh menjadikan makanan lebih
sihat dan mengurangkan risiko lebih kolesterol dalam badan. Ini merupakan satu rekacipta
yang bersifat tak nyata tetapi bermanfaat kepada manusia dan sudah tentu ia menjadi lebih
berharga apabila mempunyai nilai komerial yang tinggi.

Semua bentuk sifat harta yang lahir daripada pemikiran kita dianggap sebagai harta intelek
dan perlu dilindungi hak kita ke atas harta tersebut. Istilah harta intelek akan terpakai jika
idea tersebut wujud dalam bentuk inovasi yang boleh dibuktikan, dizahirkan dan
didokumenkan kewujudannya. Selagi idea tersebut masih tersimpan di dalam minda
seseorang, ia tidak dianggap sebagai harta intelak. Malah perundangan harta intelek tidak
mempunyai klausa yang melindungi idea yang masih tersimpan di dalam minda seseorang.

9.2 PERKEMBANGAN SISTEM PERUNDANGAN HARTA INTELEK DI


MALAYSIA.

Perkembangan sistem perundangan harta intelek di Malaysia adalah selaras dengan


perkembangan sistem perundangan harta intelek dunia. Di peringkat dunia, Pertubuhan
Harta Intelek Dunia atau lebih dikenali sebagai World Intellectual Property Organization (WIPO)
ditubuhkan melalui konvensyen WIPO pada tahun 1967 dan mula berkuatkuasa pada tahun
1970. Ia merupakan agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malaysia
merupakan salah sebuah negara daripada 188 buah negara yang menganggotainya. Organisasi
ini beroperasi di Geneva, Switzerland. Misi WIPO adalah menerajui pembangunan sistem
harta intelek antarabangsa yang seimbang dan efektif yang akan menyuburkan inovasi dan
kreativiti untuk manfaat semua.

113
Selaras dengan keanggotaan tersebut pihak kerajaan telah membangunkan sistem
perundangan berkaitan dengan harta intelek. Usaha ini dapat dilihat di mana sebelum tahun
1983, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan
Jaminhak. Seperti yang dicatatkan dalam laman web MyIPO (MyIPO, 2016), Pejabat ini
kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun
1983 dan telah diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian.

Mulai 27 Oktober 1990, pihak kementerian telah membuat penyusunan semula dan
seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah ditukar nama kepada Bahagian Harta
Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap
Dagangan 1976, dan Akta Hakcipta 1987. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 telah mula
dikuatkuasakan pada 1999, disusuli pada tahun 2000 dengan Akta Susun Atur Litar
Bersepadu 2000. Seterusnya pada tahun 2001, Akta Petunjuk Geografi 2000 dikuatkuasakan.

Dalam menghadapi perubahan pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global,
BHI telah dijadikan sebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) melalui berkuatkuasanya Akta Perbadanan
Harta Intelek Malaysia 2002. Perbadanan telah mengambil langkah penjenamaan semula
apabila singkatan PHIM ditukar kepada MyIPO pada 3 Mac 2005 sempena Pelancaran Hari
Harta Intelek Negara yang pertama.

SOALAN DALAM TEKS

4. Apakah organisasi yang menguatkuasakan undang-


undang Harta Intelek di peringkat dunia dan Malaysia.

5. Berikan maksud apakah itu Harta Intelek?

6. Apakah jenis-jenis Harta Intelek?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

114
9.3 PERUNDANGAN HARTA INTELEK.

Berdasarkan kepada sistem perundangan di Malaysia, Harta intelek yang terdiri daripada
rekacipta nyata dan tak nyata diberikan perlindungan menerusi enam klasifikasi. Setiap
klasifikasi tersebut diperuntukkan Akta masing-masing dan sedang dikuatkuasakan di
Malaysia. Untuk mendapatkan perlindungan seperti yang disebut dalam Akta, anda sebagai
perekacipta perlu mengemukakan permohonan ke MyIPO. Apabila ia diluluskan, rekacipta
anda dilindungi undang-undang dan anda boleh mengambil sebarang tindakan kepada
individu atau organisasi yang melanggar hak anda ke atas rekacipta tersebut.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan Akta-Akta ini hanyalah di Malaysia sahaja. Jika anda
menkehendaki supaya rekacipta anda dilindungi di peringkat antarabangsa, anda perlu
memajukan sekali lagi permohonan ke MyIPO. Perlindungan antarabangsa akan diperolehi
apabila permohonan diluluskan dan sebarang pelanggaran hak oleh individu dan organisasi di
luar negara berlaku, anda boleh mengambil tindakan undang-undang di negara di mana
kejadian tersebut terjadi.

Berbalik kepada sistem perundangan harta intelek di Malaysia, pihak kerajaan telah mendapat
kelulusan untuk menguatkuasa Akta-Akta seperti berikut:

• Akta Paten 291 (1983) (Amendments & Regulations)

• Akta Cap Dagangan 175 (1976) (Amendments & Regulations)

• Akta Rekabentuk Industri Acts 552 (1996) (Amendments & Regulations)

• Akta Hakcipta 332 (1987) (Amendments & Regulations)

• Akta Petunjuk Geografi 602 (2000) (Amendments & Regulations)

• Akta Rekabentuk Susunatur Litar 601 (2000)

Akta ini diwujudkan selaras dengan ketetapan-ketetapan berkaitan dengan perlindungan


Harta Intelek di peringkat dunia yang diurustadbir oleh WIPO. Agensi yang
menguatkuasakan Akta-Akta ini di Malaysia adalah MyIPO. Perbincangan berikut adalah
berkaitan dengan Harta Intelek mengikut klasifikasi yang disebut tadi.
9.4 PATEN DAN PEMBAHARUAN UTILITI

Jika anda merekacipta alat untuk digunakan bagi sesuatu tujuan, proses untuk menghasilkan
kaedah baru untuk membuat sesuatu atau formula teknikal untuk menyelesaikan sesuatu
masalah, anda boleh memohon perlindungan paten. Ini bermaksud paten adalah kewujudan

115
inovasi untuk sesuatu tujuan dan hak ekslusif perlu diberikan kepada perekaciptanya.
Permohonan untuk mendapatkan perlindungan paten perlu dimajukan ke MyIPO.

Melalui perlindungan di bawah Akta Paten (1983), sebarang rekacipta yang diluluskan
mendapat perlindungan selama 20 tahun bermula dari tarikh pernohonan difailkan kepada
MyIPO. Perlindungan yang diberikan ialah pihak selain perekacipta tidak boleh
mengeluarkan dan menjual rekacipta yang telah dipatenkan tanpa mendapat terlebih dahulu
persetujuan dan kebenaran daripada perekacipta. Jika seseorang itu di dapati mengeluarkan
atau menjual suatu rekacipta yang tidak mendapat kebenaran daripada pemiliknya, individu
tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah. Pemilik rekacipta berkenaan boleh menuntut
sebarang jenis dan amaun gantirugi yang dianggap sesuai dan munasabah disebabkan
perlanggaran hak tersebut. Untuk mengetahui rekacipta-rekacipta yang telah dipatenkan anda
boleh melawat laman web WIPO di bawah tajuk Patentscope.

Tidak semua rekacipta yang dimajukan ke MyIPO diluluskan untuk mendapat pelindungan
paten. Rekacipta berkenaan mestilah memenuhi kriteria-kriteria asas seperti berikut:

1. Rekacipta tersebut adalah rekacipta baru atau baharu yang masih belum dizahirkan
kepada orang awam di mana-mana di dunia.
2. Perekacipta mempunyai kelayakan, kemahiran dan pengetahuan atau sesuatu daya
intelek yang sesuai untuk melakukan sesuatu rekacipta.
3. Rekacipta tersebut dapat digunakan dalam mana-mana industri.

9.4.1 Pembaharuan Utiliti


Pembaharuan utiliti merupakan perlindungan kepada sesuatu rekacipta. Perlindungan ini
turut dikuatkuasakan melalui Akta Paten. Pembaharuan utiliti merupakan hak ekslusif
diberikan kepada rekacipta yang kecil dari sudut skop kesempurnaan dan diadakan bagi
memberikan kelebihan-kelebihan seperti berikut berbanding paten.

1. Proses ujian yang lebih ringkas berbanding untuk permohonan paten


2. Kriteria kelulusan yang sedikit dan longgar.
3. Kos permohonan dan yuran tahunan yang lebih rendah.

Jika diluluskan, rekacipta di bawah perlindungan pembaharuan utiliti mendapat perlindungan


selama 10 tahun. Perlindungan akan disambung sebanyak 5 + 5 tahun lagi berdasarkan
kepada permohonan dan penggunaan rekacipta tersebut.

9.5 CAP DAGANGAN.

Cap dagangan ialah simbol yang membolehkan orang ramai membezakan produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah perniagaan dengan perniagaan yang lain. Ia juga
melibatkan simbol kepada sesebuah organisasi yang membolehkan orang ramai
membezakanya dengan organisasi yang lain. Sudah tentu, symbol ini berupaya menjadi
identiti bagi organisasi berkenaan. Symbol ini menjadi lebih berharga jika pemilik symbol
berkenaan dikenali dan memiliki produk atau perkhidmatan yang mempunyai reputasi dan
nilai komersial yang tinggi.

116
Symbol boleh wujud dalam bentuk gambar, huruf, nombor, tanda dan kombinasi antaranya.
Ianya dizahirkan dalam bentuk jenama, tanda dagangan dan logo. Menurut Seksyen 3, Akta
Cap Dagangan 1976, cap dagangan yang digunakan adalah untuk tujuan perniagaan. Justeru
itu, ia merupakan perlindungan harta intelek kepada mana-mana produk, perkhidmatan dan
organisasi yang menjalankan perniagaannya di Malaysia.

Cap dagangan yang diluluskan akan mendapat perlindungan selama 10 tahun. Jika tempoh 10
tahun itu tamat, pemilik cap perlu membuat permohonan semula perlindungan tersebut dan
tempoh perlindungan yang diberikan pada pemohonan berikut adalah 10 tahun juga.
Permohonan yang dibuat kepada MYIPO hanya memberikan perlindungan untuk dalam
negeri sahaja dan jika pemilik cap mahukan perlindungan di peringkat antarabangsa,
permohonan berasingan perlu dibuat untuk tujuan tersebut.

Sebarang cap dagangan yang dilindungi oleh undang-undang memyediakan hak ekslisif untuk
pemilik cap tersebut. Hak ini bermaksud bahawa jika terdapat individu atau organisasi
melanggar hak ini seperti mengunakan atau meniru cap dagangan tanpa kebenaran pemilik,
pihak berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Malah permilik cap boleh
memohon gantirugi kepada pihak berkenaan di mahkamah di atas perlanggaran hak
berkenaan.

9.6 REKA BENTUK PERINDUSTRIAN.

Menurut Seksyen 3, Akta Reka Bentuk Perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau
hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian,
iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan
pandangan mata Akta ini memberi fokus kepada sesuatu barang atau produk siap yang
dikeluarkan dan hanya melibatkan aspek luaran sahaja. Aspek luaran bermaksud ciri-ciri yang
dapat diperhatikan sama ada secara tiga dimensi atau dua dimensi atau kedua-duanya sekali.

Ciri tiga dimensi adalah adalah objek yang dapat ditentukan melalui pandangan mana ke atas
sifat lebar, tinggi dan kedalaman atau ketebalan sesuatu benda. Ia seumpama kita melihat
sebuah benda yang nyata seperti kita melihat sebuat basikal. Ciri dua dimensi pula ialah kita
hanya dapat menentukan lebar dan tinggi sesuatu objek. Ia seumpama kita melihat garisan,
corak, atau warna pada atau sesuatu objek. Ciri-ciri inilah yang perlu dilindungi kerana ia
memberikan keistimewaan dan mempunyai satu nilai komersial kepadanya.

Reka bentuk perindustrian ini melibatkan pelbagai jenis produk sama ada ia dikeluarkan
secara pengilangan atau kraftangan. Malah simbol grafik, graphical user interfaces (GUI) turut
disifatkan sebagai perkara yang berkaitan dengan rekabentuk perindustrian. Oleh itu,
pemohon secara individu atau organisasi boleh memohon kepada MyIPO untuk
mendapatkan perlindungan kepada barang atau produk keluaran mereka. Jika permohonan
diterima, barang atau produk berkenaan akan mendapat perlindungan selama lima tahun. Jika
tempoh lima tahun tamat, permohonan perlanjutan boleh dibuat selama empat kali di mana
tempoh diberikan bagi setiap kali perlanjutan ialah selama lima tahun. Maka, tempoh
perlindungan dapat diberikan paling maksimum ialah selama 25 tahun.

117
Anda mungkin keliru antara sesuatu yang dilindungi secara paten dengan rekabentuk
perindustrian. Perbezaan utama antara kedua-dua ketegori tersebut ialah rekabentuk
perindustrian hanya memberikan perlindungan kepada sifat-sifat yang ada pada objek yang
boleh dilihat menerusi pandangan mata dan tidak lebih daripada itu. Untuk paten pula, ia
melibatkan rekacipta-rekacipta yang tidak boleh dilihat dan diukur ketentuan dan sifat
istimewanya menerusi pandangan mata.

9.7 PETUNJUK GEOGRAFI

Barang atau produk yang dikaitkan dengan sesuatu kawasan geografi boleh memohon
perlindungan di bawah sistem perundangan harta intelek. Petunjuk geografi adalah satu
petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang kerana berasal dari sebuah negara atau wilayah
atau satu kawasan atau tempat dalam atau negara wilayah, di mana mutu yang ditentukan,
reputasi ciri-ciri lain barang itu pada asasnya berpunca dari asal geografi mereka. Barang atau
produk tersebut boleh wujud secara semula jadi, dikeluarkan secara pengilangan, hasil
pertanian, makanan atau kraftangan.

Tujuan untuk diwujudkan undang-undang untuk barang atau produk dalam kategori ini ialah
supaya pengguna tidak ditipu oleh peniaga. Ini kerana terdapat barang atau hasil produk
tertentu yang mempunyai sifat istimewa disebabkan oleh factor geografi di sesuatu kawasan
dan sifat istimewa itu tidak akan diperolehi jika dihasilkan di kawasan geografi yang lain. Jika
anda mendapati produk anda mempunyai kriteria di bawah petunjuk geografi, anda boleh
memohon untuk mendaftarkan produk berkenaan daripada pihak MyIPO.

Perlindungan akan diberikan selama 10 tahun dan boleh diperbaharui bagi setiap 10 tahun.
Walau bagaimanapun, Akta tersebut menyatakan jika sesuatu barang atau produk walaupun
tidak didaftarkan tetapi memenuhi sifat produk di bawah petunjuk geografi, tindakan
undang-undang boleh diambil kepada pihak yang melakukan penipuan berkenaan.
Walaupun tindakan undang-undang dapat dilaksanakan tanpa perlu mendaftarkan produk ke
MyIPO tetapi jika produk tersebut didaftarkan, individu atau organisasi yang membuat
permohonan boleh memperincikan sifat atau keistimewaan yang berpunca daripada keadaan
geografi pada produk berkenaan. Jika maklumat ini tersedia, maka proses prosiding
mahkamah dapat dijalankan dengan lebih cepat.

SOALAN DALAM TEKS

4. Berikan enam akta yang melindungi Harta


Intelek di Malaysia.

5. Senaraikan empat kelemahan perlindungan


Paten.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

118
9.8 HAKCIPTA

Manusia adalah insan yang kreatif di mana mereka berkarya dalam bentuk penulisan seperti
novel, program-program computer, lukisan, fotografi, musik dan filem. Perlindungan
hakcipta ke atas karya-karya tadi terletak di bawah Akta Hakcipta 1987. Pengkarya yang
mempunyai hasil kerja tidak perlu untuk mendaftarkan karyanya dengan MyIPO seperti
mana lain-lain bentuk rekacipta. Walau bagaimanapun, pada 1hb Jun 2012, sistem
pendaftaran secara sukarela ke atas karya-karya telah beroperasi di MyIPO. Sesuatu karya
yang dizahirkan akan mendapat perlindungan secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi
syarat-syarat seperti berikut:

 Usaha yang mencukupi telah dilakukan oleh pengkarya untuk menjadikan karya
tersebut bersifat asli.
 Karya tersebut telah dizahirkan secara bertulis, dirakam atau wujud dalam bentuk
bahan.
 Pengkarya adalah seorang yang berkelayakan dan
 Karya tersebut telah dihasilkan di Malaysia atau Malaysia menjadi tempat di mana
penerbitan pertamanya di lakukan.

Perlindungan yang disediakan oleh Akta tersebut hanya berfungsi di dalam negara sahaja.
Perlindungan ke atas karya sastera, seni dan muzik diberikan perlindungan sepanjang hayat
sehingga ke tahun ke 50 kematian penciptanya. Sementara itu, untuk karya yang berbentuk
rakaman bunyi, filem dan siaran, perlindungan selama 50 tahun diberikan selepas tarikh ia
mula diterbitkan.

9.9 REKABENTUK SUSUNATUR LITAR

Rekabentuk susun atur litar bersepadu merupakan susunan atau konfigurasi tiga dimensi
unsur-unsur sesuatu litar bersepadu dan sebahagian atau semua hubungan litar bersepadu
atau apa-apa susunan tiga dimensi disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan
untuk dikilang. Susunatur litar ini juga dikenali sebagai integrated circuit (IC). Litar bersepadu
ada dalam peralatan elektronik dan menyediakan fungsi elektronik kepada peralatan tersebut.

Sesuatu litar bersepadu yang dibangunkan dapat memberikan fungsi dan ciri-ciri istimewa
pada sesebuah peralatan elektronik. Daya kreativiti jurutera elektronik berupaya
membangunkan fungsi elektronik pada peralatan yang diciptanya untuk peralatan tersebut
berfungsi sepertimana yang dikehendakinya. Sudah tentu, hasil kreativiti berkenaan perlu
dilindungi kerana rekacipta jurutera ke atas litar bersepadunya merupakan satu harta intelek
miliknya. Harta tersebut perlu dilindungi dan jurutera berkenaan wajar diberikan hak ekslusfi
ke atas litar bersepadu atau harta inteleknya itu.

119
Perlindungan diberikan mengikut Akta Rekabentuk Susunatur Litar 601 (2000) adalah selama
10 tahun yang bermula pada tarikh litar tersebut digunakan untuk tujuan perdagangan.
Perlindungan akan tamat secara automatik apabila usia litar bersepadu berkenaan mencapai
15 tahun bermula daripada tarikh ia mula diciptakan. Pihak yang memegang hak
perlindungan ini boleh terdiri individu atau organisasi yang terlibat dalam merekacipta litar
bersepadu berkenaan.

9.10 KEPENTINGAN KEPADA PERLINDUNGAN HARTA INTELEK.

Kepentingan perlindungan harta intelek dapat dilihat dari sudut perekacipta, masyarakat dan
negara. Butiran penjelasannya adalah seperti di perenggan-perenggan berikut.

Perlindungan harta intelek mampu meningkatkan lagi semangat kepada individu untuk terus
mencipta dan berkarya disebabkan beliau tahu terdapat undang-undang yang ada akan
melindungi hasil ciptaanya daripada dicuri manfaatnya oleh orang lain. Sudah tentu
perekacipta akan menghabiskan banyak wang, masa dan tenaga untuk mewujudkan sesuatu
ciptaan dan ia sudah semestinya mahukan pulangan sama ada dalam bentuk kepuasan diri,
wang atau nama baik daripada ciptaanya tersebut. Wujudnya perlindungan ini akan
meningkatkan lagi ciptaan inovasi yang akhirnya dapat meningkatkan kualiti hidup manusia.

Sitem perundangan harta intelek dapat melindungi kepentingan pengguna kerana pengguna
akan dapat memperolehi produk yang bersifat asli. Produk yang bersifat asli sudah tentu akan
berfungsi seperti sepatutnya, dan selamat untuk digunakan. Jika harta intelek ini tidak
dilindungi, maka produk tiruan akan berlambakan dalam pasaran yang mana ia boleh
merugikan pengguna kerana tidak mampu berfungsi seperti sepatutnya dan boleh
memudaratkan jika ia digunakan.

Perlindungan harta intelek penting kepada negara kerana ia dapat menarik ramai usahawan
dalam dan luar negara untuk melabur dan membuka perusahaan di dalam negara. Keadaan
ini berlaku kerana mereka tahu bahawa harta intelek keluaran syarikat akan dilindungi.
Keadaan ini memberi banyak kelebihan kepada negara dari sudut peluang pekerjaaan kepada
warga negara dan hasil kepada pembendaharaan negara melalui kutipan cukai langsung dan
tak langsung.

SOALAN DALAM TEKS

6. Apakah nama yang sinonim tentang


Hakcipta?

7. Senaraikan lima contoh ciptaan atau inovasi


dalam kategori Hakcipta

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

120
9.11 KESIMPULAN

Pengetahuan tentang perundangan berkaitan harta intelek penting kepada kita. Sedar
ataupun tidak, mungkin satu hari nanti kita berjaya membangunkan sesuatu inovasi dan
sudah tentu dengan pengetahuan ini ia dapat melindungi inovasi kita. Oleh itu, bagi
meningkatkan kefahaman dan pengetahuan anda berkaitan harta intelek. Anda boleh
mengunjungi laman web Myipo atau WIPO bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Maklumat yang lebih khusus dan terperinci boleh diperolehi menerusi kedua-dua laman
web berkenaan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1. Bincangkan TIGA (3) kebaikan melindungi Harta
Intelek menerusi peruntukan undang-undang.
2. Senaraikan TIGA (3) kelemahan perlindungan
Hakcipta.
3. Nyatakan ENAM (6) jenis perlindungan yang
disediakan dalam Undang-undang Harta Intelek yang
boleh digunakan atau dipilih oleh perekacipta melindungi
rekaciptanya.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS.

1. World Intellectual Property Organization (WIPO) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia
(MyIPO).

2. Segala bentuk rekacipta atau inovasi yang datang daripada pemikiran seseorang dan
dizahirkan ke muka bumi ini dianggap sebagai Harta Intelek.

3. Terdapat dua jenis harta intelek iaitu harta bersifat nyata dan tidak nyata.

4. Akta-akta tersebut ialah:


 Akta Paten 291 (1983) (Amendments & Regulations)

 Akta Cap Dagangan 175 (1976) (Amendments & Regulations)

121
 Akta Rekabentuk Industri Acts 552 (1996) (Amendments & Regulations)

 Akta Hakcipta 332 (1987) (Amendments & Regulations)

 Akta Petunjuk Geografi 602 (2000) (Amendments & Regulations)

 Akta Rekabentuk Susunatur Litar 601 (2000)

5. Kelemahan paten adalah seperti berikut:


 Paten adalah hak ekslusif yang diberikan kepada perekacipta sebagai pertukaran
kepada pendedahan maklumat penciptaan sesuatu inovasi. Semua maklumat
lengkap boleh dilihat oleh sesiapa sahaja dan termasuklah pesaing bagi
perekacipta berkenaan.
 Paten mendapat perlindungan selama 20 tahun dan selepas itu mana-mana
individu atau organisasi bebas untuk mengunakan ciptaan berkenaan tanpa perlu
mengambil kebenaran, membayar yuran atau royalty kepada perekaciptanya.
 Proses untuk mendapatkan hak paten adalah rumit dan mengambil masa yang
lama.
 Kos untuk mendapatkan hak paten adalah tinggi dan perekacipta perlu
membayar yuran tahunan kepada pihak pendaftar paten.

6. Copyrights
7. Contoh-contoh inovasi dalam Hakcipta ialah seperti berikut.
 Sajak
 Muzik
 Lukisan
 Novel
 Filem

122
BAB 10

JARINGAN PERNIAGAAN UNTUK KREATIVITI DAN INOVASI

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menerangkan maksud Jaringan Perniagaan.
2. Menjelaskan keperluan kepada Jaringan Perniagaan dalam proses Inovasi Menyedari
kesukaran menguruskan proses di luar jangkaan dan berisiko.
3. Menyenaraikan kepentingan Jaringan Perniagaan.
4. Membincangkan konsep Inovasi Terbuka.
5. Menerangkan jenis-jenis jaringan untuk Inovasi.
6. Menjelaskan kaedah mengurus Jaringan Perniagaan untuk Inovasi.

10.0 PENGENALAN

Dalam dunia perniagaan, usahawan memerlukan ramai kenalan. Perniagaan bukan satu
bidang yang dapat dilakukan secara berseorangan. Usahawan memerlukan dan bergantung
kepada ramai pihak. Semakin ramai kenalan maka semakin ramai pihak yang dapat
membantunya. Ini sudah tentu dapat meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya di dalam
perniagaan yang dijalankannya. Dalam bahasa yang lebih formal, aspek kenalan untuk
perniagaan disebut sebagai jaringan perniagaan.

Jaringan perniagaan ialah hubungan antara usahawan dengan individu dan organisasi yang
dapat membantu memperolehi peluang, sumber-sumber, dan maklumat untuk kepentingan
perniagaannya. Kepelbagaian pihak yang wujud dalam jaringan perniagaan bagi seseorang
usahawan sudah tentu dapat menyediakan kepelbagaian dari sudut peluang-peluang
perniagaan, sumber-sumber dan maklumat. Atas dasar ini, ramai pihak telah bersetuju
bahawa jaringan perniagaan merupakan salah satu faktor yang dapat menyumbang kepada
pencapaian prestasi perniagaan yang lebih baik.

Oleh itu, bab ini akan menjelaskan tentang perkara-perkara yang perlu diketahui berkaitan
jaringan perniagaan dan hubungkaitnya dengan kreativiti dan inovasi. Kita mengetahui untuk
mewujudkan sesuatu inovasi ia bermula dengan idea kreatif. Bagi mewujudkan sesuatu
inovasi, ia bukanlah satu perkerjaan yang boleh dilakukan secara solo. Syarikat Samsung iaitu
peneraju dalam pengeluaran telefon pintar tidak mampu menghasilkan inovasi terbarunya
tanpa bantuan daripada syarikat lain.

123
Sebagai contoh, cermin di skrin telefon keluaran syarikat Samsung adalah bersifat kalis calar
dan tahan lasak iaitu Gorilla Glass diperolehi daripada syarikat Corning dari Amerika Syarikat.
Syarikat Corning lebih dikenali oleh kita sebagai syarikat pengeluar pinggan mangkuk.
Syarikat Samsung tidak mampu dan tidak berkeupayaan untuk mengeluarkan kesemua
komponen-komponen yang diperlukan untuk telefon pintarnya. Walau bagaimanapun
disebabkan ia mempunyai ahli di dalam jaringan perniagaan iaitu syarikat Corning yang
terbaik dalam penghasilan cermin skrin, maka Samsung dapat menghasilkan telefon
pintarnya yang terbaik.

10.1 KEPERLUAN JARINGAN PERNIAGAAN DALAM PROSES INOVASI.

Proses inovasi melibatkan tiga fasa iaitu bermula dengan idea kreatif disusuli dengan proses
transformasi dan diakhiri dengan inovasi. Anda boleh lihat dengan jelas fasa-fasa tersebut
pada Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Proses Inovasi.

Sumber: Adaptasi daripada Bessant & Tidds (2015)

Fasa idea kreatif adalah fasa di mana idea mula dibentuk, diperhalusi dan dianalisis
kebolehpasarannya. Fasa transformasi iaitu fasa di mana idea ini cuba untuk ditukar menjadi
produk atau perkhidmatan melalui aktiviti pengilangan atau operasi servis. Fasa yang terakhir
iaitu inovasi ialah kewujudan produk atau perkhidmatan yang dapat ditawarkan kepada
pelanggan. Jadi, pada pendapat anda, pada fasa manakah jaringan perniagaan diperlukan?

Jawapan pada persoalan tadi ialah jaringan perniagaan diperlukan dalam ke semua fasa-fasa
dalam proses inovasi. Misalnya, untuk memperolehi idea yang boleh diketengahkan bagi
tujuan perniagaan, usahawan memerlukan maklumat berkaitan dengan kehendak dan
kemahuan pelanggan. Maklumat ini hanya boleh disampaikan oleh pihak pihak pemborong
atau peruncit kerana mereka merupakan pihak yang berada paling hampir dengan pelanggan.
Atau, mungkin melalui hubungan langsung dengan pelanggan, maklumat yang segar lagi
tepat akan diperolehi oleh usahawan. Ini akan membantu usahawan berfikir untuk
menghasilkan inovasi yang sesuai dengan kehendak dan kemahuan tersebut.

Untuk fasa proses transformasi, hubungan usahawan dengan pihak pembekal, institusi
penyelidikan, saintis atau jurutera dapat membantu usahawan menukar idea kreatif menjadi

124
sebuah inovasi. Hal ini tidak mampu dilakukan oleh usahawan secara berseorangan. Syarikat
pengeluar kereta tidak mampu untuk menghasilkan jumlah keluaran kereta yang banyak jika
mengunakan tenaga manusia. Hubungan dengan pengeluar “robotic arms” iaitu Syarikat
KUKA Roboter GmbH yang berpengkalan di Augsburg, Jerman membolehkan kereta di
keluarkan secara besar-besaran.

Apabila sesuatu produk telah siap dikilangkan, ia boleh dipasarkan kepada pelanggan.
Usahawan memerlukan jaringan dengan pihak tertentu seperti agen pemasaran, pemborong
atau peruncit untuk membantunya memasarkan produk berkenaan. Kejayaan tidak akan
dicapai jika usahawan tidak mempunyai jaringan dengan mereka. Penanam sayur di Cameron
Highlands tidak mampu untuk memasarkan hasil keluaran mereka tanpa bantuan pemborong
yang membeli hasil tersebut dengan kuantiti yang besar dan peruncit yang akan menjual sayur
berkenaan di pasar-pasar kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah maksud jaringan perniagaan?


2. Fasa manakah dalam proses inovasi yang memerlukan
jaringan perniagaan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

10.2 MANFAAT JARINGAN PERNIAGAAN DAN PENDEKATAN INOVASI


TERBUKA

Pada bahagian ini akan dinyatakan manfaat jaringan perniagaan kepada usahawan dalam
kontek pembangunan inovasi. Antara manfaat tersebut adalah seperti berikut:

 Dapat memperolehi idea dan kombinasi kreatif baharu.


 Dapat berkongsi sumber-sumber yang terhad.
 Dapat menyediakan sokongan untuk perkongsian pembelajaran.
 Dapat mengurangkan risiko melalui penyebaran risiko kepada ahli jaringan.
 Dapat memperluaskan skop keupayaan untuk melakukan sesuatu perkara.

125
Terdapat banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi oleh usahawan melalui jaringan
perniagaan. Hanya sebahagian sahaja yang dinyatakan dalam teks ini. Walaupun begitu, ke
semua manfaat yang dinyatakan tadi tidak akan diperolehi daripada ahli jaringan jika
usahawan dan organisasinya tidak mengamalkan prinsip inovasi terbuka.

Pendekatan inovasi terbuka adalah sikap mengakui pihak luar diperlukan dalam membantu
ke arah kejayaan inovasi disebabkan oleh banyak pengetahuan tidak dimiliki oleh usahawan
atau ahli-ahli organisasinya. Usahawan dan organisasinya perlu sentiasa memantau
persekitaran dalam mengenalpasti pihak-pihak yang memiliki pengetahuan yang boleh
membantu membangunkan dan menjayakan inovasinya. Jika dikenalpasti, maka usaha untuk
membina jaringan tersebut perlu dirancang supaya kelebihan yang ada pada pihak berkenaan
boleh dimanfaatkan oleh usahawan.

Terma Inovasi terbuka diperkenalkan oleh Henry Chesbrough yang berpendapat organisasi
masa kini tidak lagi boleh untuk bersikap inovasi tertutup. Inovasi tertutup bermaksud
organisasi cuba mewujudkan inovasi secara dalaman iaitu melalui idea kreatif ahli-ahli
organisasi sendiri. Segala pengetahuan berkaitan pembangunan inovasi berkenaan
disembunyi dan tidak dikongsi dengan pihak luar. Walau bagaimanapun sikap berkenaan
semakin pupus disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut.

 Banyak individu yang mahir dan berpengetahuan berada di luar organisasi usahawan.
 Pekerja saling bertukar kerja akan membawa bersama-samanya pengetahuan ke
organisasi lain.
 Peranan ahli-ahli dalam rantaian pembekalan seperti pembekal atau pengeluar yang
amat diperlukan oleh organisasi dalam pembangunan sesuatu inovasi.

Oleh itu, untuk bersikap inovasi tertutup adalah tidak lagi sesuai kerana pengaliran
pengetahuan akan mengalir keluar walaupun cuba dikawal oleh organisasi. Perkongsian
pengetahuan antara pihak-pihak yang berada diluar sana perlu diadakan. Perkongsian ini akan
mewujudkan pengaliran masuk dan pengaliran keluar pengetahuan antara organisasi
usahawan dengan pihak luar. Walaupun sesetengah pihak melihat ia seperti membuka rahsia
perniagaan usahawan tetapi sikap inovasi terbuka dapat meluaskan pengetahuan organisasi
yang boleh menyebabkan organisasi mampu melakukan sesuatu diluar had yang sedia ada.

Pengetahuan yang diperolehi dapat membina keupayaan organisasi untuk menghasilkan


inovasi yang lebih canggih tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak. Keadaan ini berlaku
apabila dalam era inovasi tertutup, organisasi perlu berbelanja besar untuk tujuan
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pembelanjaan digunakan untuk mendapatkan
pengetahuan dan membangunkan ciptaan atau komponen tertentu melalui penyelidikan
secara dalaman untuk pembangunan sesebuah produk. Dalam era inovasi terbuka, akibat
daripada perkongsian pengetahuan atau ciptaan oleh ahli dalam jaringan perniagaan
perbelanjaan untuk penyelidikan dapat dikurangkan.

Untuk memahami dengan lebih jelas, mari kita lihat siapakah yang menjadi antara yang
terawal membangunkan inovasi “touch screen” yang banyak digunakan pada komputer riba dan
telefon pintar. Inovasi tersebut mula dikaji oleh E. A Johnson pada tahun 1967. Walau

126
bagaimanpun inovasi “touch screen” menjadi hampir sama dengan yang ada pada hari ini
melalui usaha Siemen Corporation pada tahun 1997 yang membiaya penyelidikan oleh Sam
Hurst dan ia dikenali sebagai Elo TouchSystems. Perkongsian pengetahuan ini membolehkan
semua syarikat yang memerlukan inovasi berkenaan dapat mengunakannya di dalam produk
masing-masing tanpa perlu melakukan penyelidikan.

Dalam konteks yang lain pula, inovasi yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak dan
kemahuan pelanggan apabila pengetahuan mengenai inovasi dikongsi dengan pembekal.
Melalui jaringan yang baik dengan pihak pembekal, mereka dapat menyampaikan maklumat
tentang keupayaan yang ada pada komponen yang dibekalkan. Maklumat yang disampaikan
oleh pembekal dapat membantu usahawan menilai keupayaan dan tahap prestasi produk
yang akan dikeluarkan. Malah, perkongsian pengetahuan dan maklumat ini membolehkan
pihak pembekal menghasilkan komponen-komponen yang diperlukan sesuai dengan fungsi
sesuatu produk yang telah diinovasikan.

10.2.1 Perlaksanaan Inovasi Terbuka.

Untuk melaksanakan pendekatan inovasi terbuka, ia memerlukan komitmen daripada


usahawan atau pihak atasan bagi sesebuah organisasi. Golongan ini memilik kuasa untuk
membuat keputusan dan turut berkuasa untuk menguatkuasakan apa-apa saja perkara yang
perlu dilakukan oleh ahli-ahli organisasi yang lain. Komitmen ini dapat membantu ke arah
kejayaan strategi-strategi yang dirangka bagi memenuhi tuntutan perlaksanaan inovasi
terbuka – iaitu carian kepada pengetahuan.

Begitu banyak pengetahuan berada di luar organisasi dan pengetahuan tidak bergerak sendiri
kepada kita. Kita perlu mencarinya sama ada kita sudah tahu apakah jenis pengetahuan yang
ingin kita miliki atau kita secara secara rambang mencarinya. Penubuhan satu unit carian
untuk mencari pengetahuan diluar organisasi merupakan salah satu strategi yang boleh
dilaksanakan. Unit ini perlu disalurkan pengetahuan yang ingin diperolehi oleh ahli-ahli
dalam organisasi. Unit carian akan cuba mengimbas persekitaran bagi mengenalpasti sama
ada pengetahuan yang diingini telah wujud ataupun tidak, siapa yang memilikinya dan
merancang hubungan dengan pihak berkenaan bagi mendapatkan pengetahuan tersebut.

Bagi usahawan kelas perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mereka boleh mengunakan
pihak ketiga dalam membantu mereka menjayakan pendekatan inovasi terbuka. Sebagai
contoh, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) Sdn Bhd merupakan
sebuah syarikat modal teroka yang menyediakan perkhidmatan yang dapat membantu
usahawan PKS memperolehi pengetahuan melalui strategi perkongsian pintar dengan
pelbagai pihak. Malah dengan mempunyai hubungan dengan organisasi seperti MTDC,
usahawan akan mendapat bantuan kewangan dan bukan kewangan dalam memajukan
sesuatu inovasi terutamanya yang berteknologi tinggi.

10.3 JENIS-JENIS JARINGAN PERNIAGAAN UNTUK INOVASI.

Jika kita melihat secara umum, rakan atau ahli dalam jaringan perniagaan adalah satu set
individu dan organisasi berhubungan dengan usahawan. Walau pun begitu, dalam satu set
yang besar, ahli-ahli jaringan tersebut dapat kita bahagikan kepada beberapa subset. Subset
127
tersebut disebut di sini sebagai jenis-jenis jaringan. Jenis-jenis jaringan ini mempunyai
peranan dan fungsi tertentu terhadap hubunganya dengan usahawan. Jika usahawan dapat
mengenali dengan sebaiknya tentang jenis-jenis jaringan ini, maka usahawan akan dapat
memperolehi manfaat yang sepatutnya diperolehi daripada jenis jaringan tersebut.

Antara jenis jaringan berkenaan ialah jaringan perniagaan dalam rantaian bekalan atau dalam
Bahasa Inggerisnya dipanggil supply chain. Terdapat banyak pihak yang berada di sepanjang
rantaian tersebut sama ada di peringkat huluan atau hiliran rantaian. Organisasi yang berada
di bahagian huluan rantaian akan membekalkan usahawan dengan komponen atau bahan
yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu inovasi. Organisasi di peringkat hiliran pula
akan bertindak untuk mengedar dan menjual inovasi yang dihasilkan kepada pengguna yang
sebenar. Manfaat yang boleh diperolehi daripada ahli-ahli dalam jaringan ini ialah organisasi
di peringkat hiliran dapat membekalkan maklumat tentang maklumbalas pengguna ke atas
produk keluaran usahawan. Maklumat ini dapat digunakan oleh usahawan untuk melakukan
inovasi tertentu supaya kepuasan pengguna dapat ditingkatkan bagi memenuhi kehendak dan
kemahuan mereka.

Maklumbalas daripada pengguna dapat diperolehi dengan lebih jelas jika usahawan membina
hubungan langsung dengan pengguna produk dan perkhidmatan perniagaannya. Pengguna
boleh dilibatkan dalam mencari idea-idea kreatif atau sebagai pihak yang dapat memberikan
pandangan untuk penambahbaikan inovasi semasa di fasa pembangunan produk. Pandangan
golongan ini amat berguna kepada usahawan kerana mereka merupakan pengguna sebenar
produk usahawan. Mereka adalah pihak yang lebih mengetahui apa yang perlu ada pada
sesuatu produk kerana mereka merupakan pihak yang akan mengunakannya. Jaringan ini
dikenali sebagai jaringan pengguna.

10.4 MENGURUS JARINGAN PERNIAGAAN

Usahawan perlu mempunyai kemahiran untuk mengurus jaringan. Kemahiran ini akan
menjadikan jaringan perniagaan usahawan dapat dimaksimumkan keberkesanannya untuk
tujuan perniagaan. Untuk mengurus jaringan perniagaan, ia melibatkan tiga langkah.
Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut.

i) Merancang Jaringan Perniagaan.


Sebelum memulakan sesuatu jaringan, usahawan perlu merancangnya terlebih dahulu. Usaha
merancang ini melibatkan aspek penilaian kepada objektif-objektif perniagaan. Keperluan
yang diperlukan untuk mencapai objektif perniagaan inilah yang akan menentukan dengan
siapakah usahawan perlu menwujudkan jaringan. Sebagai contoh, jika usahawan perlu
mendapatkan pinjaman bagi menjayakan pembangunan inovasi, maka pegawai bank
merupakan pihak yang perlu diwujudkan jaringanya dengan usahawan.

Apabila pihak yang perlu diwujudkan jaringan dengannya telah dikenalpasti, usahawan perlu
memikirkan apakah kaedah atau cara yang paling sesuai untuk berkenalan dengan individu
tersebut. Mungkin perkenalan tersebut boleh dibuat melalui ahli jaringan sedia ada yang telah
mengenali individu berkenaan. Mungkin juga usahawan boleh melibatkan diri dengan aktiviti
atau program yang selalu disertai oleh pihak-pihak tersebut. Melalui penglibatan dalam
program dan aktiviti itu, ia dapat memberi ruang untuk usahawan berkenalan dengan
individu yang telah diperlukan dalam jaringan usahawan.
128
ii) Mewujudkan Jaringan

Langkah kedua ini bermula apabila usahawan memulakan langkah untuk mendekati dan
berkenalan dengan individu yang diperlukan dalam jaringan. Untuk menjadikan usaha ini
berjaya, usahawan perlu mempunyai kemahiran interpersonal. Kemahiran tersebut
merupakan kemahiran yang digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan semua
orang baik secara individu maupun berkumpulan. Keupayaan memiliki kemahiran
interpersonal yang baik dapat menarik minat untuk pihak lain membina jaringan dengan
usahawan. Malah tahap kemahiran yang baik dan mewujudkan hubungan yang berjaya
dengan pihak-pihak yang berada di dalam jaringan.

Langkah kedua ini merupakan langkah yang sukar. Oleh itu, usahawan perlu mempelajari
sebanyak mungkin kemahiran yang dapat membantunya berjaya. Pemilihan pendekatan yang
silap dalam memulakan perkenalan boleh menyebabkan individu yang diperlukan akan
menjauhi atau mengelak daripada bertemu dengan usahawan untuk pertemuan seterusnya.
Jika usahawan dapat berkenalan dan mewujudkan hubungan dengan individu berkenaan,
maka fasa pengurusan jaringan perniagaan usahawan akan berubah ke langkah yang ketiga.

iii) Mengekalkan Jaringan.

Dalam langkah ini, usahawan perlu memikirkan apa dan bagaimanakah yang perlu
dilakukannya untuk mengekalkan hubungan dengan ahli baru di dalam jaringan perniagaan.
Usaha ini perlu dilakukan supaya hubungan akrab melebihi daripada hubungan berdasarkan
kerja dapat diwujudkan antara usahawan dengan ahli tersebut. Jika hubungan akrab dapat
diwujudkan ia merupakan satu usaha yang berjaya. Kita tahu bahawa apabila wujud
hubungan akrab antara kita dengan individu lain, maka kita tidak lagi rasa malu untuk
berkongsi masalah dan meminta pertolongan daripada individu tersebut. Individu berkenaan
juga akan cuba membantu kita dengan sedaya mungkin disebabkan hubungan yang akrab itu.
Kadang kala hubungan dengan ahli jaringan mungkin terpaksa dibubar atau ditutup. Keadaan
ini berlaku apabila hubungan yang wujud dengan ahli jaringan merupakan hubungan
berasaskan kerja dan kerja yang dilaksanakan itu telahpun siap. Oleh itu, ahli jaringan melihat
tidak ada lagi keperluan untuk meneruskan jaringan disebabkan tugasan yang telah diberikan
telahpun siap dilaksanakan.

129
SOALAN DALAM TEKS

3. Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi terbuka?


4. Senaraikan langkah-langkah dalam mengurus jaringan
perniagaan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

10.5 RUMUSAN

Jaringan perniagaan adalah antara faktor yang boleh menentukan kejayaan sesebuah
perniagaan. Bukan itu sahaja, jaringan perniagaan amat penting dan berguna untuk kejayaan
pembangunan sesebuah inovasi. Walau bagaimanapun, untuk menjadikan jaringan
perniagaan bermanfaat, pengetahuan asas mengenainya perlu ada dalam diri usahawan.
Usahawan perlu mencari seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran yang dapat
meningkatkan lagi kejayaan dalam berhubungan dengan ahli-ahli jaringan. Oleh itu, bab ini
diharap dapat menjadi asas kepada para pelajar untuk memperolehi lebih banyak ilmu
pengetahuan berkaitan dengan jaringan perniagaan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan EMPAT (4) kebaikan jaringan perniagaan


kepada usahawan.
2.Terangkan TIGA (3) kebaikan amalan pendekatan
inovasi terbuka.
3.Senaraikan EMPAT (4) faktor yang boleh
menghalang keberkesanan jaringan perniagaan kepada
usahawan.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini

130
JAWAPAN KEPADA SOALAN DALAM TEKS.

1. Hubungan antara usahawan dengan individu dan organisasi yang dapat membantu
memperolehi peluang, sumber-sumber, dan maklumat untuk kepentingan
perniagaannya.

2. Semua fasa dalam proses inovasi memerlukan jaringan.

3. Sikap untuk mengakui pihak luar diperlukan dalam membantu ke arah kejayaan
inovasi disebabkan oleh banyak pengetahuan tidak dimiliki oleh usahawan atau ahli-
ahli organisasinya.

4. Langkah-langkah dalam mengurus jaringan melibatkan tiga langkah iaitu:

a. Merancang jaringan perniagaan.

b. Mewujudkan jaringan perniagaan.

c. Mengekalkan jaringan perniagaan.

131
JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI BAB 1-10
BAB 1
1. Menurut Frederick, Kuratko & Hodgetts (2007), kreativiti adalah penghasilan idea yang
dapat meningkatkan keefisyenan dan keberkesanan sesuatu sistem. Kreativiti adalah satu
kebolehan untuk menjana idea manakala proses inovasi menukarkan idea tersebut kepada
realiti. Adalah menjadi satu kerugian sekiranya idea kreatif tidak ditukar kepada produk yang
boleh dipasarkan. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui aspek-aspek kreativiti
kerana ianya penting untuk memastikan idea kreatif dapat direalisasikan. Aspek utama
kreativiti adalah proses dan manusia. Proses haruslah berorientasikan matlamat serta
digunakan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah. Manusia pula adalah sumber
yang boleh mengenal pasti jalan penyelesaian tersebut. Proses penyelesaian masalah biasanya
sama, tetapi kaedah yang digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan masalah adalah
pelbagai. Sebagai contoh, manusia kadangkala mengadaptasikan bentuk penyelesaian masalah
daripada pengalaman lampau, tetapi adakalanya mereka sendiri yang mencipta formula
penyelesaian masalah yang baru. Kreativiti juga mempunyai peranan dan kepentingan
tersendiri. Antara peranan lain kreativiti kepada usahawan ialah:
• Kreativiti dapat menaikkan jenama produk dan nama perniagaan.
• Kreativiti dapat menjadikan usahawan mempunyai perasaan yang kuat (passionate)
terhadap produk yang diniagakan.
• Kreativiti menjadikan usahawan lebih berkeyakinan tinggi dan cekal dalam
perniagaan.
• Kreativiti menjadikan usahawan berfikiran kritis dan dinamik.
• Kreativiti dapat mengetengahkan produk di pasaran tempatan mahupun
antarabangsa.
2. Perbezaan antara adaptor dan innovator ialah:
ADAPTOR INNOVATOR
 Disiplin, jelas dan mengikut kaedah  Melihat kepada sudut yang berbeza
tertentu

132
 Memberi tumpuan kepada  Mencari dan menemui masalah dan
menyelesaikan masalah berbanding jalan penyelesaian bagi masalah
mencari masalah
 Menentukan amalan semasa  Mempersoalkan andaian asas
berkaitan dengan amalan semasa
 Cenderung untuk menjadi orientasi  Cenderung untuk melihat hasil
 Melanjutkan kerja secara terperinci  Kurang bertoleransi terhadap kerja
rutin
 Sensitif kepada perpaduan kumpulan  Tiada keperluan untuk keizinan dan
dan kerjasama insentif

BAB 2
1. Terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada
usahawan terutama usahawan PKS. Keusahawanan sosial merupakan satu konsep baru yang
diketengahkan oleh kerajaan, bagi melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat,
usahawan memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta spiritual yang tinggi dalam
menjayakannya. Mengurus keusahawanan sosial bukanlah perkara yang mudah. Kajian oleh
Siwar dan Hossain (2009) mendapati bahawa hanya sebahagian kecil Perusahaan Kecil dan
Sederhana di Malaysia mempunyai polisi tanggungjawab sosial. Berdasarkan dari angka
statistik, PKS di Malaysia kurang melibatkan diri secara aktif dalam program-program sosial
berbanding dengan syarikat korporat yang berstatus syarikat multinasional. Perlaksanaan
CSR di negara-negara Asia sangat rendah namun, jika diperincikan secara spesifik, Visser
(2007) menyatakan perlaksanaan tanggungjawab sosial di Malaysia relatifnya rendah dan agak
lemah berbanding negara-negara Asia yang lain. Hanya 32 peratus syarikat besar di Malaysia
yang menunjukkan kesungguhan dalam perlaksanaan aktiviti keusahawanan sosial
berbanding Thailand iaitu 42 peratus.

Amalan yang kurang dipraktikkan oleh industri ini adalah berkait rapat dengan masalah
kewangan organisasi dan kebergantungan mereka terhadap kerajaan untuk melaksanakan
amalan keusahawanan sosial di organisasi. Cabaran yang dihadapi oleh usahawan kecil dan

133
sederhana ialah berkaitan dengan sumber kewangan perniagaan yang merupakan cabaran
utama untuk melaksanakan keusahawanan sosial (Fara & Waddel, 2009).

5. Antara kepentingan tanggungjawab sosial korporat kepada usahawan ialah usahawan


dapat merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan masyarakat, seterusnya dapat
menaikkan imej perniagaan di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Usahawan
juga dapat membina reputasi perniagaan dengan melaksanakan tanggungjawab sosial
kepada masyarakat. Ini merupakan satu strategi untuk mempromosikan perniagaan
kepada pelanggan. Jaringan mahupun perhubungan yangluas dapat dipertingkatkan
antara usahawan, pelanggan, pemegang taruh mahupun pihak kerajaan dalam
membina empayar perniagaan. Justeru, adalah diharapkan dengan melaksanakan
tanggungjawab sosial, usahawan dapat merancang kewangan dengan baik seterusnya
perniagaan mendapat pengecualian cukai daripiahk kerajaan.

BAB 3
1. Pembangunan Modal Insan (Human Capital Development-HCD) adalah satu teras dalam
Perancangan Malaysia sejajar dengan Misi Kebangsaan. Program Pembangunan Modal Insan
dalam aspek Sains, Teknolgi dan Inovasi (STI) merupakan satu usaha dan pelaburan kerajaan
unutk meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi dalam menuju ekonomi
berasaskan pengetahuan.

Objektif Kluster Pembangunan Modal Insan ialah:

 Untuk meningkatkan massa kritikal penyelidik, sainstis dan jurutera (RSE) bagi
mencapai nisbah 50 RSE: 10,000 buruh bagi bidang keutamaan
 Untuk meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan kualiti tinggi dan hala tuju
pasaran penyelidikan bagi memenuhi standard global dan,
 Untuk meningkatkan kelebihan kompetitif dan kemahiran pengurusan penyelidikan
dan pembangunan.

BAB 4

1. Idea-idea
2. Keinginan untuk mengubah sesuatu dengan tujuan bukan untuk mencipta nilai
komersil tetapi untuk meningkatkan kondisi dan perubahan di dalam persekitaran
sosial.
3. Perubahan di dalam model mental yang membingkaikan aktiviti organisasi. Contoh:
servis penerbangan tambang rendah atau produk minuman yang diubah menjadi
minuman premium dan mewah.
4. Strategik

134
BAB 5

1. Mitos mampu menjadi penghalang kepada penjanaan idea kreatif dan pembangunan
inovasi kerana ia mampu membentuk kepercayaan dalam diri seseorang. Kepercayaan
yang dimiliki oleh seseorang tersebut akan membentuk gelagat. Kepercayaan tersebut
akan menimbulkan perasaan takut, bimbang dan was-was dalam menjana idea kreatif dan
membangunkan inovasi. Walhal kepercayaan tersebut adalah salah dan tidak benar sama
sekali.

2. Lima mitos yang didedahkan oleh Kuratko dan Hodgetts (2007) ialah seperti berikut:

i. Inovasi ialah sesuatu yang dirancang dan dapat diramal.


ii. Spesifikasi teknikal perlu disediakan sepenuhnya.
iii. Kreativiti bergantung kepada mimpi dan angan-angan.
iv. Projek besar dapat membangunkan inovasi yang lebih baik berbanding dengan
projek kecil.
v. Teknologi adalah pemangkin kepada inovasi dan kejayaan.

3. Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku jika organisasi gagal


memperkenalkan pembaharuan melalui inovasi.

i. Organisasi akan kehilangan daya saing kerana kelebihan daya saing yang sedia ada
mungkin dapat ditiru atau diikuti oleh pesaing-pesaing lain.
ii. Organisasi akan mengalami kehilangan pelanggan dan jualan kerana produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan sudah lapuk atau tidak lagi dapat memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah-ubah.
iii. Organisasi akan mengalami kegagalan dalam perniagaan kerana tidak dapat
berubah selaras dengan perubahan dalam factor-faktor persekitaran. Perubahan
dalam factor persekitaran memerlukan organisasi berinovasi melalui strategi-
strategi perniagaan yang dapat digunakan untuk menangani perubahan tersebut.

4. Ciri-ciri usahawan sosial:

 Motif dan matlamat – tidak mementingkan kekayaan dan tidak berdikari


tetapi lebih mementingkan matlamat sosial dan penamatnya.

 Rangka-masa – kurang mementingkan pengembangan jangka pendek


tetapi mementingkan perubahan dalam jangkamasa panjang.

 Sumber-sumber – kurang bergantung krpada firma dan kumpulan


Pengurusan untuk memulakan usaha teroka tetapi bergantung kepada
jaringan pemegang taruh dan sumber-sumber.

135
a. Berikut adalah bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam sebuah rancangan
perniagaan:

 Penerangan berkaitan produk atau perkhidmatan


 Penilaian peluang pasaran
 Mengenalpasti sasaran pelanggan
 Halangan kemasukan dan analisis pesaing.
 Pengalaman, kepakaran dan komitmen kumpulan pengurusan.
 Strategi harga, pengedaran dan jualan.
 Mengenalpasti risiko.
 Pengiraan aliran tunai dan titik pulang modal.
 Kewangan dan sumber-sumber yang diperlukan oleh perniagaan.

BAB 6
1. Faktor tolakan adalah lebih penting kerana Penyelidikan dan Pembangunan yang
terhasil daripada komitmen tenaga pakar, peralatan, kemudahan dan sumber-sumber
yang disasarkan kepada masalah dan cabaran teknologi melibatkan inovasi kenaikan
yang bergerak secara perlahan dan sistematik bersama-sama pengetahuan yang ada.
Manakala tarikan keperluan adalah komplimentari kepada tarikan pengetahun di
mana inovasi akan berlaku bilamana adanya perubahan kepada keperluan.

2. Berikut adal jadual yang menunjukkan jenis-jenis penyesuaian massa beserta contoh.
Jenis-jenis Ciri-ciri Contoh
penyesuaian

Penyesuaian Pelanggan akan Penghantaran buku


pengedaran menyesuaikan kepada seorang kawan
produk/servis dari segi melalui Amazon.com.
pembungkusan, masa Buku boleh dibungkus
penerimaan dan lokasi secara peribadi dan
penerimaan tetapi ditulis mesej peribadi
produk/servis adalah secara atas talian di
setara. gudang pengedaran.

Penyesuaian Pelanggan ditwarkan Pembelian komputer

136
pemasangan beberapa pilihan. daripada Dell secara atas
Produk/servis talian. Pelanggan
disediakan selepas memilih komputer yang
pesanan dibuat sesuai dengan mereka
menggunakan daripada pelbagai
komponen-komponen pilihan, tetapi pihak Dell
setara. hanya akan memasang
produk tersebut apabila
pesanan telah
muktamad.

Penyesuaian Pelanggan ditawarkan Pembelian kereta


fabrikasi pelbagai rekabentuk. mewah seperti BMW di
Produk/servis mana pelanggan terlibat
dikelaurkan selepas di dalam pemilihan
pesanan muktamad. rekabentuk dan aksesori
kereta mengikut
kesesuaian mereka.
Protitaip secara maya
akan disediakan. Apabila
pelanggan berpuas hati,
kereta akan mula
dikeluarkan dan
pe;langgan boleh datang
ke kilang pada bila-bila
masa untuk melihat
pengeluaran kereta
mereka.

Penyesuaian Pelanggan akan Penggunaan co-creator di


rekabentuk melakarkan idea mereka mana pelanggan dan
sebagai permulaan pereka akan bekerjasama
proses pengeluaran. di dalam penghasilan
Produk/servis tidak akan produk. Contohnya:
wujud sehingga rekaan baju pengantin,
pelanggan memulakan bangunan dan
pesanan. sebagainya.

137
BAB 7
1. Ciri-ciri usahawan sosial:

 Motif dan matlamat – tidak mementingkan kekayaan dan tidak berdikari


tetapi lebih mementingkan matlamat sosial dan penamatnya.

 Rangka-masa – kurang mementingkan pengembangan jangka pendek


tetapi mementingkan perubahan dalam jangkamasa panjang.

 Sumber-sumber – kurang bergantung krpada firma dan kumpulan


Pengurusan untuk memulakan usaha teroka tetapi bergantung kepada
jaringan pemegang taruh dan sumber-sumber.

2. Berikut adalah bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam sebuah rancangan perniagaan:

 Penerangan berkaitan produk atau perkhidmatan


 Penilaian peluang pasaran
 Mengenalpasti sasaran pelanggan
 Halangan kemasukan dan analisis pesaing.
 Pengalaman, kepakaran dan komitmen kumpulan pengurusan.
 Strategi harga, pengedaran dan jualan.
 Mengenalpasti risiko.
 Pengiraan aliran tunai dan titik pulang modal.
 Kewangan dan sumber-sumber yang diperlukan oleh perniagaan.

BAB 8
1. Konsep creative at job perlu dilaksanakan dalam organisasi kerana ia boleh memberikan
impak positif kepada prestasi organisasi. Ia adalah konsep yang mengkehendaki pekerja
bersikap kreatif dalam melaksanakan tugasan kerja masing-masing. Pekerja yang berkerja
secara langsung ke atas sesuatu kerja adalah individu yang tahu selok belok tentang
pekerjaannya dan dapat mengetahui kaedah terbaik untuk melaksanakan kerja tersebut.
Memberi kebebasan untuk pekerja kreatif dan inovatif dalam melaksanakan kerjanya dapat
memberikan banyak manfaat kerana kemungkinan inovasi tersebut boleh membantu
peningkatan produktiviti kerja individu atau kaedah yang dapat menjimatkan kos operasi
perniagaan.

138
2. Perbezaan antara faktor organisasi dengan faktor individu ialah faktor organisasi
merupakan perkara-perkara yang berkait dengan keseluruhan ahli-ahli dalam organisasi.
Sebagai contoh, budaya organisasi/korporat merupakan merupakan satu amalan perbuatan
yang dilakukan oleh seluruh ahli dalam organisasi. Faktor individu pula ialah faktor yang
terdapat pada seseorang individu yang mungkin sama atau tidak sama dengan apa yang ada
dan dimiliki oleh orang lain.

3. Tiga langkah untukmembangunkan organisasi kreatif dan inovatif ialah seperti berikut.

i) Menentukan jenis-jenis inovasi yang memacu pertumbuhan dan membantu pencapaian


objektif-objektif strategik.
ii) Masukan inovasi sebagai agenda utama dalam mesyuarat.
iii) Sediakan petunjuk prestasi dan sasaran untuk inovasi.

BAB 9
Soalan 1

i. Individu yang merekacipta akan dapat memperolehi manfaat kewangan dan bukan
kewangan daripada rekaciptanya. Peruntukan undang-undang memberi ruang untuk
mengambil tindakan mahkamah kepada mana-mana pihak yang mencuri atau
mengambil kesempatan daripada rekacipta tanpa kebenaran pemiliknya.

ii. Mengalakkan kemasukan pelaburan luar negara kerana firma luar negara mendapati
negara mempunyai peruntukan undang-undang untuk melindungi rekacipta mereka
yang dihasilkan di dalam negara.

iii. Pengguna akan memperolehi produk yang selamat digunakan kerana peruntukan
undang-undang akan menghalang kewujudan produk tiruan dalam pasaran. Produk
tiruan yang tidak dibuat mengikut spesifikasi yang tepat boleh mendatangkan
kemudaratan kepada pengguna.

Soalan 2

i. Maklumat atau hasrat sebenar daripada rekacipta tidak dapat disebarkan kepada
umum kerana hanya perekacipta sahaja yang dibenarkan untuk membuat penyebaran
tersebut.

ii. Perekacipta hanya memperolehi perlindungan yang terhad di amna perlindungan


hanya diberikan kepada ekspresi idea yang nyata seperti bunyi, perkataan atau imej.
Perlindungan tidak dapat diberikan kepada idea atau konsep rekacipta.

139
iii. Perekacipta hanya memperolehi tempoh perlindungan yang terhad. Selepas tempoh
tersebut, ia bebas digunakan atau dibuat apa sahaja oleh mana-mana pihak yang
berminat ke atas rekacipta tersebut.

Soalan 3

i. Paten danPembaharuan Utiliti


ii. Cap dagangan.
iii. Reka bentuk perindustrian.
iv. Petunjuk geografi
v. Hakcipta
vi. Rekabentuk susunatur litar

BAB 10
Soalan 1

i. Ahli jaringan dapat membuka peluang-peluang perniagaan yang boleh dimanfaatkan


oleh usahawan.
ii. Melalui jaringan, usahawan dapat memperolehi bantuan kewangan dan bukan
kewangan daripada ahli-ahli jaringan.
iii. Ahli jaringan dapat membantu usahawan mengenali pihak lain yang begitu diperlukan
untuk kejayaan perniagaan.
iv. Perlaksanaan inovasi terbuka dapat meningkatkan keuntungan apabila semua pihak
berkongsi maklumat dan inovasi yang mana sebelum ini melibatkan kos kewangan
dan memperolehi maklumat dan membangunkan inovasi.
Soalan 2

i. Inovasi terbuka dapat mempercepatkan masa untuk memasarkan produk baru kerana
perkongsian inovasi ini membolehkan kita memperolehi inovasi yang tidak dapat
dimajukan secara dalaman tetapi penting dalam produk yang sedang dalam
pembangunan.
ii. Pendekatan inovasi terbuka dapat mengurangkan risiko inovasi kerana sebahagian
inovasi dibangunkan oleh syarikat lain yang diperolehi menerusi perkongsian inovasi.
iii. Melalui jaringan, reputasi perniagaan dapat ditingkat di mata semua pihak melalui
promosi daripada ahli-ahli dalam jaringan perniagaan.
Soalan 3

i. Kurang yakin tentang keupayan ahli jaringan.


ii. Merasakan diri boleh melakukan semua perkara tanpa bantuan daripada pihak lain.
iii. Tidak mengetahui apa sebenarnya yang diperlukan daripada ahli-ahli jaringan.

140
iv. Hanya mengambil kesempatan ke atas ahli jaringan dan tidak pula menghulurkan
bantuan apabila diperlukan oleh ahli-ahli jaringan.

141
RUJUKAN

Abagail, M. & Donald, S. (2001), Corporat Social Responsibility: A Theory of the Firm
Perspective, Academy of Management Review 26(1), 117-127.

Bessant & Tidd (2011). Innovation & Entrepreneurship (Second Edition). United State:
John Wiley & Son.

Bessant & Tidd (2015). Innovation & Entrepreneurship (Third Edition). United State: John
Wiley & Son.

Frederick, H.H., Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2007). Entrepreneurship: Theory, process
& Practice, Australia: Thomson Publication.

Jain M (2012). Social entrepreneurship-using business methods to solve social problems: The
case of Kotwara Decision, 39(3), 168-177.

Kamus Dewan (2010). Kamus Dewan (Edisi ke-empat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Kostetka I, Berezyak I (2014). Social entrepreneurship as an innovative solution mechanism


of social problems of society. Management Theory and Studies for Rural Business and
Infrastructure Development 36(3), 569-577.

Kuratko, D.F & Hodgetts, R.M. (2004). Entrepreneurship: Theory, Process & Practice (6th
Edition), United State: Thomson South Western.

McFee, JK. (1978). Cultural influences on aesthetic experience in Condous, J, Howlett, J and
Skull, J, (eds). 1980. Arts in Cultural Diversity. Sydney, Australia. Holt, Rinehart and
Winston.

Peter Drucker (1985). Innovation and Entrepreneurship. New York: The Library Book.

142
Fara, A. & Waddel, D. (2009). Understanding the dynamism between corporate Social
Responsibility and social capital in family business, Proceedings of the 9th Global Conference on
Business & Economics, Oxford, England.

Rahman M., Hasan M.R, & Floyd,D. (2013). Brand Orientation as a Strategy That Influences
the Adoption of Innovation in the Bottom of the Pyramid Market, Journal of Entrepreneurial
Finance, Volume 22, Issue 3-4, 225–239.

Siwar, C. & Hossain, M. T. (2009). An analysis of Islamic CSR concept and the opinions of
Malaysian managers, Management of Environmental Quality: An international Journal, 20(3),
290 – 298.

Torrance, E. P. (1980). Growing Up Creatively Gifted: The 22-Year Longitudinal Study, The
Creative Child and Adult Quarterly, 3, 148-158.

Rahman,M., Hassan, M.R & Floyd, D. (2013). Brand Orientation as a strategy that influences
the adaptation of innovation in the bottom of the pyramid market, Strategic Change, 22(3-4),
225-239.

Runco, M. A., Millar, G., Acar, S., Cramond, B. (2010). Torrance Tests of Creative Thinking
as Predictors of Personal and Public Achievement: A Fifty Year Follow-Up, Creativity
Research Journal, 22 (4).

Visser, W. (2007) Corporate Social Responsibility in Developing Countries, dalam Visser,


W., Matten, D., Pohl, M. & Tolhurst, N. (2007). The A to Z of Corporate Social
Responsibility, London: Wiley, 154-157.

William J. Mitchell, Alan S. Inouye, and Marjory S. Blumenthal, (2003). Beyond Productivity:
Information, Technolgy, Innovation & Creativity, The National Academies Press.

143
Website:
www.mosti.gov.my

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20140609/st_03/Inovasi-tulang-
tiruan#ixzz4OY220lwY/diakses pada 25 Oktober 2016.

http:/granulab.com/diakses pada 25 Oktober 2016.

144

Anda mungkin juga menyukai