Anda di halaman 1dari 2

Masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun.

Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali
melanda negara.

Bincangkan punca-punca berlakunya masalah jerebu dan kesan-kesannya .

Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh
negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca
negara kerana acap kali melanda negara Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai
di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di
Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti
udara yang teruk ialah IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di
negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat. Persoalannya, apakah punca-punca
berlakunya masalah jerebu?

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya
melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam
sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan
Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia
membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN
Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari
kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai
Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu yang
membimbangkan

Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang melakukan
pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-
jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti
sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya,
sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah
mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat
pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain,
papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka
tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka
itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa
asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin
dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap
dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.
Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat
9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan
dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan
jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang
mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah
asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera
dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini
menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti
kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama
jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara
di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan
alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-
asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan
udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang
yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara.
Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat
dan kemakmuran negara. sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan
terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-
menerus menghantui negara kita. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk
memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'.

Anda mungkin juga menyukai