Anda di halaman 1dari 2

Sebab-sebab berlakunya Jerebu

Sebab utama berlakunya jerebu adalah disebabkan oleh pembakaran hutan secara terbuka.
Hal ini adalah kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia seperti pembakaran hutan
menyebabkan belakunya jerebu kerana aktiviti ini akan memburukkan lagi kualiti udara. Pembakaran
hutan secara terbuka juga akan menyebabkan asap-asap berterbangan dan seterusnya membawa
kepada berlakunya kejadian jerebu.

Selain itu, masalah jerebu turut berlaku disebabkan oleh peningkatan jumlah kenderaan.
Jumlah masyarakat yang semakin meningkat menyebabkan jumlah kenderaan di jalan raya juga
meningkat. Apabila kenderaan di jalan raya meningkat, keadaan ini akan menyebabkan berlakunya
kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas menyebabkan asap kenderaan dikeluarkan walaupun
kenderaan tidak bergerak. Gas-gas yang dikeluarkan merupakan bahan terampai yang memenuhi
udara dan gas-gas ini terperangkap dalam lapisan bumi dan seterusnya menyebabkan berlakunya
jerebu.

Seterusnya, kegiatan industri yang tidak terkawal turut menyebabkan berlakunya fenomena
jerebu. Sesebuah negara bergantung pada bidang perindustrian untuk meningkatkan pendapatan
negara dan menjaga kestabilan ekonomi. Bidang perindustrian banyak membebaskan gas-gas atau
asap-asap yang mengandungi sulphur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara
menjadi berjerebu. Tambahan pula, terdapat sebilangan pengusaha kilang yang memasang corong
asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara.

Masalah jerebu juga berlaku disebabkan pembakaran hutan dan pembukaan tanah
pertanian. Pembakaran hutan merupakan kaedah tradisi untuk membuka tanah pertanian
Pembukaan tanah pertanian biasanya melibatkan proses “tebang dan bakar” yang menyumbang
kepada penghasilan bahan pencemar udara yang tinggi. Keadaan ini bertambah teruk apabila proses
pembukaan hutan ini dijalankan di kawasan tanah gambut yang menyebabkan proses pembakaran
mengambil masa yang lama untuk dipadamkan. Aktiviti pertanian dijalankan oleh petani kecil-
kecilan dan juga syarikat perladangan besar dan keadaan ini menyebabkan kerap berlakunya
pembakaran hutan dan pembukaan tanah.

Di samping itu, jerebu juga berlaku disebabkan faktor semulajadi iaitu cuca panas dan
pergerakan angin. Pergerakan angin dan cuaca yang panas menjadi faktor utama pembakaran kecil
merebak menjadi pembakaran dalam skala yang besar. Jumlah hujan yang terlalu rendah yang sering
berlaku pada antara bulan Jun hingga September dan Januari hingga Mac setiap tahun. Keadaan ini
mengakibatkan cuaca panas dan seterusnya menyebabkan pembakaran berlaku dengan mudah dan
merebak dengan cepat dari satu kawasan ke kawasan yang lain

Akhir sekali, masalah jerebu turut berlaku disebabkan sumber-sumber tempatan dan
sumber luaran. Sumber tempatan adalah seperti kenderaan bermotor, tapak pelupusan sampah,
kilang industri dan juga tapak pertanian manakala sumber luaran pula bermaksud pergerakan
sumber pencemar yang merentas sempadan negara Malaysia. Sumber-sumber ini membentuk
episod jerebu yang dahsyat terutamanya di kawasan berdekatan pinggir pantai dan tanah rendah.
Jerebu merentas sempadan ini boleh dikatakan telah menjadi satu ‘fenomena tahunan’ di Malaysia.
Sebagai contoh, pada tahun 2015 berlakunya fenomena jerebu yang berpunca dari Sumatera
Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai