Anda di halaman 1dari 2

Soalan Contoh Karangan Jerebu, Punca Masalah

Jerebu di Malaysia?
Sebenarnya, tanpa kita sedar masalah jerebu berpunca daripada perbuatan
dan salah laku manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pembakaran hutan
secara besar-besaran tanpa menghiraukan dan mengambil berat kesan
terhadap alam sekitar. Contohnya, kepada negara Singapura dan Malaysia
seringkali menjadi masalah tahunan dengan berlakunya asap tebal, selalunya
bermula pada pertengahan tahun apabila peladang Indonesia mengambil
jalan mudah dengan melakukan pembersihan ladang secara murah dengan
hanya membakarnya. Lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di
Sumatera Tengah, Wilayah Riau, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat
Semenanjung telah ditunjukkan dan maklumat diperolehi daripada ASEAN
Specialised Metereological Centre (ASMC). Masalah jerebu ini sangat
membimbangkan warganegara Malaysia dengan keadaan yang berlaku.
Saban tahun negara kita seringkali mengalami masalah jerebu yang sudah
menjadi fenomena cuaca pada setiap tahun. Acap kali negara kita dilanda
jerebu seolah-olah fenomena ini seperti sudah termaktub dalam takwim
ramalan cuaca negara disebabkan kehadiran partikel dan habuk-habuk
terampai di atmosfera seperti debu, habuk, gas-gas dan zarah di dalam
keadaan udara zarah kering. Tahap kualiti udara di Malaysia akan ditunjukkan
oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU terkini). IPU 101-400 adalah tahap kualiti
udara yang teruk. Namun, realitinya kesihatan rakyat akan berada di dalam
bahaya jika keadaan udara yang berjerebu penuh dengan partikel asing.
Persoalannya, apakah punca-punca berlaku dan terjadinya masalah jerebu di
negara ini?

Selain itu, keadaan jerebu akan semakin menjadi-jadi apabila


ada faktor yang memburukkan lagi keadaan iaitu pembakaran secara terbuka
tanpa kawalan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Kebiasaannya pihak
yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan
sama ada milik individu ataupun pemilik kilang melakukan pembakaran
terbuka ini. Contohnya, pembakaran terbuka dilakukan di belakang kawasan
rumah mereka sendiri oleh sesetengah anggota masyarakat. Sikap terlalu
malas oleh segelintir masyarakat untuk membawa sampah sarap mereka ke
tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula telah
membawa kepada pembakaran terbuka. Ada juga pemilik kilang papan, kain
dan sebagainya yang bertindak dengan membakar sendiri bahan buangan
kilang mereka. Sifat kurang bertanggungjawab dan tidak mengambil peduli
akan asap yang terhasil daripada pembakaran terbuka sedikit demi sedikit
membawa kepada masalah jerebu yang lebih teruk. Asap daripada
pembakaran terbuka ini hanya bukan bersifat setempat sahaja teatpi akan
ditiup angin dan dibawa jauh dan meliputi kawasan yang sangat luas.
Natijahnya, asap yang dilepaskan ke udara adalah akibat daripada
pembakaran terbuka dan mengakibatkan berlakunya jerebu.

Tambahan pula, masalah jerebu juga diakibatkan oleh jumlah


kenderaan di jalan raya yang semakin meningkat yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Di Malaysia, jumlah kenderaan di jalan raya adalah
sebanyak 9.3 juta dan menyebabkan pengeluaran gas berbahaya iaitu 16.2 tan
karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida pada setiap hari. Keadaan
jerebu bertambah parah dan serius dengan kesesakan lalu lintas kerana asap
masih tetap dikeluarkan yang akan mencemarkan udara walaupun kenderaan
tidak bergerak. Bertambahnya jumlah kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan peningkatan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos
kenderaan dan seterusnya berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di
lapisan ozon dan akhir sekali tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Kesannya,
udara menjadi tebal dan jerebu berlakulah di negara kita.

Selain itu, punca utama jerebu adalah daripada kawasan


perindustrian yang tidak mengawal pengeluaran asap seperti kawasan
perindustrian yang mengunakan arang batu dan minyak. Udara di negara kita
telah dicemarkan yang berpunca daripada asap-asap dari kilang dilepaskan ke
udara akibat perbuatan dan sikap pengusaha kilang yang seperti enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Wang yang banyak tidak sanggup
dibelanjakan oleh mereka untuk mendapatkan alat penapisan asap bagi
proses penapisan asap yang dikeluarkan sedangkan mereka mengetahui
terkandungnya nitrogen dan sulfur dioksida di dalam asap-asap ini yang
boleh mengakibatkan jerebu. Situasi menjadi semakin buruk apabila corong
asap yang dipasang terlalu rendah oleh pihak pengusaha kilang yang tidak
beretika sehingga asap beracun disalurkan ke udara. Contoh situasi ini seperti
di kawasan Lembah Klang dan Seguntor di Sandakan.

Konklusinya, konsep bagai aur dengan tebing haruslah


dipraktikkan dan ditanam dalam diri semua pihak demi mengatasi masalah
jerebu ini. Kesejahteraan dan keharmonian negara dapat dijamin melalui
usaha ini. Bagi mengatasi masalah jerebu dari terus menghantui dan
membelenggu negara kita, pihak kerajaan khususnya perlu mengambil
langkah yang lebih drastik dan efektif. Demi memastikan kemajuan negara,
rakyat yang sihat tubuh luar dan dalam merupakan tonggak utama sesuia
dengan slogan ‘Rakyat Sihat Negara Maju’.

Anda mungkin juga menyukai