Anda di halaman 1dari 2

Punca-punca Masalah Jerebu

Masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini
seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda negara.

Bincangkan punca-punca berlakunya masalah jerebu dan kesan-kesannya .

Analisis soalan:

Tema/Isu : Masalah jerebu

Tugasan : bincangkan punca-punca berlakunya jerebu dan kesan-kesannya

Format : tiada (perbincangan)

Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh
negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara
kerana acap kali melanda negara Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera
seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia tahap kualiti udara
ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400.
Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat.
Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu?

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui
pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar.
Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya
bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah
dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga
menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah,
Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia
mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang melakukan
pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi.
Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap
atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota
masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu
malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran
sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri
bahan buangan kilang mereka. Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap
daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga
tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan
ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan
asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah
kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium
dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah
kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan
jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos
kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak
dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di
negara kita.

Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu. Sikap
pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan
asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak
sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis
asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur
dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk
apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga
menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan
Lembah Klang.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi
masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
negara. sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya perlu mengorak
langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui negara kita. Rakyat
yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara
Maju'.

Anda mungkin juga menyukai