Anda di halaman 1dari 11

Mutakhir ini, negara Malaysia mengalami perubahan cuaca panas dengan suhu purata

antara 34 dan 36 darjah celcius di kebanyakkan negeri di semenanjung Malaysia yang


mengakibatkan keadaan yang sangat kering. Keadaan cuaca kering ini berlaku di dalam
bulan januari dan febuari dan ia adaah merupakan situasi normal di negara ini dan belom
lagi mencapai tahap kemarau. Keadaan cuaca yang kering ini akan menimbulkan masalah
kepada negara bahkan kepada dunia juga terutama pembakaran hutan, pembakaran
terbuka yang akan mengakibatkan kejadian jerebu. Tambahan lagi, perubahan tiupan angin
monsun memang tidak dapat dinafikan mampu membawa kepada perubahan mikro cuaca
yang menyebabkan berlakunya fenomena kurang hujan dan cuaca panas di negara
Malaysia. Selain itu, kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena
El-Nino dan amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatera
menjadi penyebab dan penggalak masalah jerebu di Malaysia.
Namun, pada masa ini di mana-mana negara sekalipun, baik di negara membangun
mahupun negara sedang membangun seperti Republik Indonesia, Republik Singapura,
Thailand , masalah pencemaran udara sering berlaku dan tidak dinafikan negara kita turut
mengalami masalah tersebut. Namun begitu, hutan yang menjadi habitat bagi flora dan
fauna memainkan peranan dalam mengekalkan rantaian yang mengikut antara satu sama
lain. Flora dan fauna mewujudkan ekosistem yang sejahtera. Hutan yang tidak diusik atau
tidak pernah diterokai menyumbang kepada kestabilan iklim setempat. Iklim tidak berubah
secara drastik sekirannya persekitaran tidak diubah. Namun, iklim boleh mempengaruhi
kemandirian flora dan fauna. Pembakaran hutan atau pembakaran secara terbuka akan
menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering serta menjejaskan kesihatan kita dan turut
menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat. Pembakaran hutan juga akan
mengakibatkan berlakunya fenomena jerebu yang saban tahun melanda beberapa kawasan
di rantau ini.
Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran
tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia boleh jadi
sengaja atau tidak sengaja. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan atau
kemusnahan pada binaan dan kecederaan atau kematian kepada manusia. Kebakaran
kadangkala turut menyebabkan ribut kebakaran atau kebakaran liar. Kebakaran boleh
menyebabkan kecederaan atau kematian yang berpunca daripada terhidu asap ataupun
melecur.
Jerebu ialah sejenis kabut yang yang mengandungi zarah-zarah kecil, debu, asap
dan bahan pencemar yang lain. Kebiasaannya , jerebu berlaku di bandar-bandar besar
kawasan perindustrian akibat pencemaran udara. Bahan-bahan pencemar tidak dapat
1

diserakkan semasa cuaca kering. Bahan-bahan pencemar berasal daripada pembakaran


bahan api fosil seperti petroleum oleh kenderaan dan kilang. Selain itu, hasil dari
pembakaran sisa tumbuhan dan sampah sarap secara terbuka. Jerebu berlaku apabila
zarah yang terapung-apung di dalam atmosfera menyebabkan keadaan di sekitarnya diliputi
kabut. Jerebu boleh bewarna coklat atau biru dan bergantung kepada saiz zarah,
kebiasaannya jerebu tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Selaian itu, jerebu tebal juga
dikenali sebagai asbut.
Tambahan pula, pada aras pandangan jarak jauh (contohnya kapal terbang yang
menghampiri) serta bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan
matahari, jerebu mungkin dilihat bewarna keperangan ataupun kebiruan, manakala kabus
pula cenderung kelihatan biru-kelabu.Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu
fenomena

udara

kering,

pembentukan

kabus

merupakan

fenomena

udara

lembap.Walaubagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan


untuk membentuk titisan kabus berikutnya, jerebu berbentuk demikan dikenali jerebu
basah. Manakala, dinegara luar istilah jerebu dalam bidang meteorologi umumnya
digunakan untuk mewakili aerosol jenis basah yang mengurangkan penglihatan. Aerosol
seperti itu biasanya timbul akibat daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku
seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan
seni asid sulfuric.
Reaksi ini di pertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi,
dan keheningan udara. Satu komponen halus aerosol jerebu basah kelihatannya datangnya
dari bahan yang dikeluarkan oleh pokok, seperti terpenes. Bagi semua sebab-sebab ini,
jerebu basah cenderung untuk wujud sebagai fenomena musim panas lembab. Kawasan
luas yang diseliputi jerebu yang meliputi beribu-ribu kilometer mampu terhasil dalam
keadaan yang sesuai pada musim panas. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub
dalam takwim ramalan cuaca Negara kerana acapkali melanda Negara kita dan rantau ini.
Masalah jerebu yang banyak mendatangkan kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh
beberapa punca, persis kata orang tua-tua, jika tiada angin, masakan pokok bergoyang.
Bahkan jerebu juga akan mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada semua hidupan jika
tidak ditanggani segera.

Faktor dominan yang menyumbangkan kepada masalah jerebu adalah daripada


kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar iaitu melakukan
aktiviti pembakaran hutan secara besar-besaran tanpa memikirkan kesannnya terhadap
alam sekitar dan juga negara. Jerebu di rantau ini sering disebabkan oleh kebakaran hutan
di indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah. Contohya, Ogos 2005, kebakaran
hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di
Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang dan dua
kawasan di istiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua
kawasan itu mencecah lebih 500. Pada tahun 2006, masalah ini berulang lagi dan yang
terkini pada Mac 2014 jerebu datang kembali seluruh asia tenggara terutamanya di
Singapura dan di Malaysia akibat daripada pembakaran hutan di wilayah Riau Indonesia dan
kebanyakkan kebakaran besar berlaku di kawasan tanah gambut yang menghasilkan
kepulan asap tebal dipenuhi karbon dioksida. Tujuan aktiviti pembakaran hutan dilakukan
adalah untuk tujuan perladangan. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di
daerah Klang dan Kuala Langat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi
300 iaitu tahap bahaya pada 14 mac 2014. Keadaan ini telah menyebabkan 202 buah
sekolah terpaksa ditutup. selain itu, pembakaran hutan juga berlaku di negara kita, sebagai
contoh febuari 2014 hampir lima kes pembakaran jerami padi, belukar, bukit serta hutan kecil
berlaku setiap hari di Perlis. Keadaan ini juga akan mengakibatkan jerebu.
Selain dari pembakaran hutan, pembakaran terbuka yang dilakukan oleh segelintir
masyarakat tanpa kawalan juga merupakan salah satu punca terjadinya jerebu di rantau ini
termasuk juga Malaysia. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin
menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada oleh individu
ataupun pemilik kilang. Sebagai contoh, sesetengah anggota masyarakat melakukan
pembakaran terbuka di belakang rumah sendiri. Hal ini kerana, mereka telalu malas untuk
membawa sampah sarap ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah
semula. Begitu juga dengan pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar
sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil
kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada
masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan
berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat
luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan
mengakibatkan jerebu.
Di samping itu, pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga merupakan
punca berlakunya pencemaran udara yang akan membawa kepada kejadian jerebu. Bahan
api, merupakan bahan organik yang mempunyai unsur karbon, maka pembakaran yang
3

kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Selain itu, arang adalah suatu bahan
yang mengandungi sulfur, apabila terbakar akan berpadu dengan oksigen di sekeliling
seterusnya menghasilkan sulfur dioksida, sulfur dioksida kemudiannya akan berpadu dengan
ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida
kemudiannya akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid
sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid
karbonat.
Seterusnya, proses urbanisasi yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah
bandar dan mewujudkan lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang juga
merupakan punca berlakunya masalah jerebu. Pertambahan kawasan perindustrian
memberikan kesan positif dan negatif terhadap proses kehidupan manusia zaman moden
ini. Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama
jerebu.

Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk

masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah


mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang
banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari
kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan
nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk
apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah
sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah
Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Selain itu, industri yang berasaskan kayu juga
akan mengundang masalah-masalah jerebu. Hal ini kerana, bahan-bahan buangan sisa
industri seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan kayu kebiasaannya
dilupuskan secara dibakar. Pembakaran inilah yang akan menyebabkan karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon disamping debu dan habuk yang terampaiampai di udara akan memburukkan lagi keadaan jerebu.
Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di
Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan
karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu
lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak
tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.

Gas-gas punca pencemar ini

merupakan bahan terampai yang akan memenuhi ruang udara. Justeru, apabila berlakunya
peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya secara tidak langsung akan menyebabkan
jumlah asap yang di keluarkan melalui ekzos kenderaan semakin meningkat dan berlegar4

legar di atmosferan dan asap-asap ini terperangkap di lapisan ozon sahaja, maka akan
menyebabkan udara menjadi semakin tebal dan boleh menyebabkan masalah jerebu di
negara kita.
Punca seterusnya adalah semulajadi iaitu El-nino. El-nino terjadi apabila suhu
diperairan di lautan pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang
perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama juga Asia Tenggara
turut mengalami musim kemarau yang kering.Situasi ini, membolehkan kebakaran hutan
mudah berlaku di Sumatera dan Kalimantan.Akibatnya, asap dilepaskan ke ruang udara dan
terperangkap diruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu. Dikawasan
tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera
sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini pembentukkan
awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering .Tempoh cuaca kering yang panjang,
atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada
punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu.
Partikular dan bahan-bahan pencemar lain yang dibebaskan akan terperangkap dalam
atmosfera jisim udara dan meningkatkan kepekatannya. Situasi ini turut mewujudkan jerebu.
Jerebu juga berlaku akibat letusan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi
Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali (1963), yang telah banyak
mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara.

Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, fenomena jerebu mendatangkan pelbagai
kesan negatif terutama terhadap kesihatan rakyat di negara kita. Jerebu akan
mengakibatkan kanser paru-paru kepada manusia. Golongan yang paling terjejas akibat
jerebu adalah kanak-kanak, orang tua, perokok dan golongan yang mengalami penyakit
seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung serta alahan. Orang ramai yang terdedah
kepada keadaan berjerebu dalam tempoh lama berisiko menghidap penyakit kanser serta
mengalami gatal kerongkong, batuk dan sukar bernafas. Menurut pakar perunding perubatan
Kajang Plaza di Kajang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad, udara ketika jerebu amat
berbahaya kerana ketika bernafas, manusia bukan sahaja menyedut gas oksigen tetapi
termasuk bahan-bahan asing yang terkandung dalam udara terus memasuki par-paru.
Selain itu, bahan-bahan asing yang berupa sisa toksik yang terkandung dalam jerebu itu
kemudian akan merangsang perkembangan sel-sel kanser di dalam tubuh manusia. Ketika
krisis jerebu, udara di sekeliling mengandungi debu, habuk halus dan gas toksik seperti gas
sulfur dioksida dan karbon monoksida. Meskipun, udara yang di sedut manusia akan melalui
beberapa tapisan seperti hidung dan tekak tetapi organ penapis semula jadi itu tidak mampu
menyekat 100 peratus apa yang disedut dari udara dan udara yang tercemar itu akan terus
masuk kedalam paru-paru yang akan mengakibat badan manusia mungkin di jangkiti
bakteria, virus dan paling menakutkan penyakit seperti kanser paru-paru dan radang paruparu.
Selain dari kanser paru-paru, fenomena jerebu juga akan mengakibatkan masalah
penglihatan yang rendah. Masalah ini dapat dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku
di bandar Kuching apabila darjah penglihatan hanya 5 meter sahaja ketika dilanda jerebu
pada tahun 1997. Darjah penglihatan yang rendah boleh mengakibatkan kemalangan udara,
darat dan laut yang ngeri. Kesan ini juga dapat dibuktikan apabila dua buah pesawat
penumpang hampir-hampir berlanggar semasa berlakunya jerebu pada bulan September
1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melintasi Kuala Lumpur. Selain itu,pada
tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di Medan, Indonesia akibat daripada jerebu yang
telah menyebabkan penglihatan juruterbang tersekat. Malaysia juga tidak terkecuali daripada
mengalami kejadian jerebu yang teruk apabila kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di
beberapa tempat yang dilanda jerebu pada tahun 2005. Di samping itu, kapal juga terdedah
kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk. Hal ini dapat dilihat apabila
beberapa kes pelanggaran kapal kargo berlaku di Selat Melaka. Tragedi ini bukan sahaja
mengakibatkan nyawa terkorban tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran alam
yang serius.

Seterusnya, salah satu kesan jangka panjang akibat jerebu ialah akan menyebabkan
ekonomi negara terjejas. Kesan ini dapat dilihat apabila pembatalan penerbangan kapal
terbang terpaksa di buat dan salah satu syarikat penerbangan yang mengalami kerugian
besar akibat daripada pembatalan penerbangan ialah Syarikat Penerbangan Malaysia
(MAS). Selain dari itu, kilang-kilang perindustrian, kuari juga sektor pembinaan terpaksa
menghentikan operasi buat sementara waktu. Tambahan pula, industri pelancongan juga
turut terkena tempias kesan daripada kejadian jerebu apabila pelancong terpaksa
membatalkan lawatan ke Malaysia. Di samping itu, pekerja-pekerja yang bekerja di luar
pejabat mungkin terpaksa mengambil cuti demi kebaikkan kesihatan mereka. Para nelayan
juga tidak keluar kelaut kerana keselamatan dan kesihatan tidak terjamin. Penjaja-penjaja di
tepi jalan juga tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan mereka akibat jerebu. Hal ini
mengakibatkan sumber rezeki dan pendapatan terjejas serta pengusaha mengalami
kerugian besar.
Jika dilihat dari perspektif lain, jerebu juga telah mengakibatkan hasil dan
kualiti sektor pertanian terjejas. Hal ini berlaku apabila jerebu menghalang kepadatan cahaya
rendah yang diperlukan oleh tanaman untuk membesar. Kadar pancaran cahaya yang
rendah mengurangkan proses fotosintesis tanaman. Hal ini menyebabkan tempoh matang
tanaman menjadi lebih panjang. Selain itu, aktiviti serangga pemangsa juga terjejas
seterusnya menyebabkan letusan populasi makhluk perosak akan berlaku. Justeru,
pendebungaan juga akan terganggu. Gejala seumpama ini telah menyebabkan hasil
pertanian negara terjejas sebanyak 30 peratus. Lantaran itu, kualiti tanaman akan merosot
dan menjejaskan pendapatan petani sekali gus ekonomi negara turut terjejas.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi
menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam
mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Pelbagai langkah-langkah yang efektif

perlu diambil sebelum kemelut tersebut

berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya
masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang
ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Salah satu langkah yang utama adalah, kerajaan
perlu mengariskan dan mengaplikasikan undang-undang tegas kepada mereka yang terlibat
dalam pembakaran terbuka. Contohnya, pihak kerajaan Indonesia telah bertegas akan
mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan
yang menjalankan pembersihan ladang menggunakan kaedah tebang dan bakar secara
tidak sah. Selain itu, kilang-kilang di wajibkan memasang alat penapis asap di serombong
asap dan serombong asap hendaklah di tinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera
bumi. Selain itu, pelbagai undang-undang telah pun di gubal dengan tujuan mengawal kualiti
alam sekitar. Peraturan ini telah dibahagikan kepada enam bahagian. Antaranya, peraturan
kenderaan bermotordan peraturan kualiti alam sekitar. Peraturan kenderaan bermotor
(kawalan perlepasan asap, 1977), menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu di hadkan
kepada 50HDU.
Tambahan lagi, mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) , jarak
industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter). Jabatan Alam Sekitar
(JAS) juga telah merancang satu Indeks Pencemaran Udara yang juga dikenali sebagai
IPU.Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu
kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan Malaysia berkaitan pembangunan
dan alam sekitar telah ditetapkan.Kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan dengan adanya
pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pertanian, malah secara tidak
langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial.Aktiviti-aktiviti seperti ini
sebenarnya menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar.Oleh demikian, perkara penting
dalam dasar ini ialah keseimbangan dalam kedua-dua proses proses tersebut iaitu wujdkan
Pembangunan Tanpa Kemusnahan.Bagi mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah
menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan
untuk mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai
ekologi.
Selain itu, JAS menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
Parameter

yang

diawasi

termasuk

Karbon

Monoksida,

Sulfur

Dioksida,Nitrogen

Dioksida,Ozon dan habuk terampai (PM10). Alat pengawasan secara telemetri memberikan
bacaan serta-merta tentang tahap pencemaran udara. Alat ini dipasang di kawasan
8

perindustrian, kedamaian, komersial dan kawasan-kawasan yang sesak dengan lalulintas.


JAS juga menjalankan program AWASI (Area Watch and Sanction Inspection) bagi
penguatkuasaan ke atas pelepasan asap kenderaan bermotor. Di samping itu, program
bersama melalui pengawasan udara antara JAS dan Unit Udara Polis DiRaja Malaysia juga
dijalankan bagi mengawal selia dan mengesan aktiviti pelepasan asap berlebihan dari kilang
dan pembakaran terbuka. JAS turut mengaktifkan Tindakan JAS turut mengaktifkan
Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Operasi Tetap Program
Pencegahan Kebakaran di Tanah Gambut Mudah Terbakar. JAS juga meningkatkan aktiviti
rondaan darat bagi tujuan pemantauan ke kawasan yang dikenal pasti mudah terbakar
selain mengambil tindakan mahkamah bagi kes-kes pembakaran terbuka
Di samping itu juga, akibat daripada fenomena El-nino, cuaca kering dan kemarau
melanda negara, ekoran daripada itu, telah memburukkan lagi keadaan situasi jerebu. Oleh
yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa di lakukan untuk mendapatkan hujan.
Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi dan titisan air menjadi ringan, titisan yang
sangat ringan tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu, proses untuk
mempercepatkan hujan adalah menggunakan larutan garam biasa iaitu natrium klorida
(benih basah) yang akan di sembur ke dalam awan. Seterusnya, ais kristal akan terbentuk
dan semakin membesar lalu di tarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi
titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan yang turun akan
meredakan keadaan jerebu sedikit demi sedikit.
Seterusnya, memperketatkan lagi kempen Hijau yang telahpun dilaksanakan oleh
kerajaan. Kempen Hijau yang dilaksanakan menggalakkan penanaman pokok di rumah,
pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau membantu
menyerap Karbon Dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada alam
sekitar kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat besar kepada alam sekitar kerana ia
mempunyai

fungsi-fungsi

yang

amat

penting

seperti

dapat

mengukuhkan

tanah,

membenarkan peredaran air, befungsi mengawal komposisi atmosfera, menghadkan


perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun begitu, proses urbanisasi yang
tidak dikawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar yang serius pada masa
kini. Oleh itu, pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif dengan melakukan penggezetan
hutan yang sedia ada. Sebagai contoh hutan simpan yang telah digezetkan ialah Taman
Negara, Hutan Belum, Tanah Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Highlands
mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya.Contohnya
sebagaimana yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah
mengezetkan hutan simpan Pantai Acheh sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat
banjir.
9

Di samping itu, bagi mengurangkan pengeluaran asap pencemar yang boleh


membawa kepada jerebu adalah mengadakan kempen berkongsi kereta dan menggalakkan
pengguna menggunakan pengangkutan awam seperti kerera api, LRT dan sebagainya. Hal
ini, akan mengurangkan bilangan kenderaan di jalan gas karbon dioksida juga berkurangan.
Penggunaan petrol tanpa plumbum dan pemasangan alat penukar bermangkin akan dapat
mengurangkan asap pencemar kenderaan. Alat penukar bermangkin berfungsi sebagai alat
yang menukarkan hidrokarbon dan nitrogen dioksida kepada karbon dioksida, nitrogen dan
wap air yang tidak berbahaya. Selain itu, motosikal berenjin dua lejang harus di haramkan
dan di gantikan dengan motosikal berenjin empat lenjang. Oleh yang demikian, pengeluaran
gas beracun dapat di kurangkan dan masalah jerebu pasti tidak akan berlaku.
Langkah seterusnya adalah melakukan kerjasama antarabangsa dan langkah ini juga
amat penting dalam mengurangkan jerebu. Kerjasama ini di perlukan untuk memadamkan
kebakaran hutan kerana kejadian jerebu yang berlaku di rantau ini terutama yang berlaku di
dalam Malaysia pada tahun 2013 dan 2014 adalah di sebabkan kebakaran yang berlaku di
Indonesia. Kerajaan Indonesia haruslah bertanggungjawab dalam mengawal kebakaran
hutan yang berlaku dengan ketat dan harus mementingkan kemajuan bersama negara jiran
yang lain. Selain langkah-langkah di atas, sebagai individu kita juga boleh mencegah
penyakit akibat jerebu adalah di larang keluar rumah atau melakukan pelbagai aktiviti luar
ketika jerebu berlaku. Sekiranya terpaksa keluar rumah, haruslah memakai topeng muka
yang mempunyai penuras bagi melindungi saluran pernafasan. Selain itu, harus
memperbanyakkan minum air masak dan sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit
pernafasan.

10

Seperti

yang

telah

kita

sedari,

jerebu

merupakan

fenemone

alam

yang

mendatangkan kesan yang buruk kepada semua hidupan. Fenomena jerebu yang di
sebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk
berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia terutamanya dalam
mengawal pembakaran terbuka yang merupakan penyumbang utama jerebu secara tegas.
Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini dan tindakan perlu di ambil
segera oleh pelbagai pihak. Hal ini kerana, jika di pandang ringan akan masalah ini,
nescaya generasi akan datang ketandusan nilai cinta alam sekitar. Komitmen daripada smea
peringkat

sangatlah dituntut seperti masyarakat setempat boleh membantu melaporkan

kawasan kejadian pembakaran kepada pihak penguatkuasa supaya tindakan tegas dapat di
ambil seperti pepatah yang selalu di katakan sepakat membawa berkat.
Oleh itu, semua wargabumi perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
mengatasi masalah jerebu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pelbagai
langkah perlu diambil dengan mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya
Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat
berkembang

maju

dalam

semua

bidang

terutamanya

bidang

pelancongan

yang

sememangnya berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Usaha ini sangat penting demi
menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Tidak gunanya kita meratapi
kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan
dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk
memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'. Marilah kita sama-sama
berusaha mengurangkan masalah jerebu dan muwujudkan negara yang bebas jerebu untuk
kepentingan bersama.
Justeru itu, semua pihak tidak boleh memandang ringan atas kejadian jerebu ini
bukan dengan kata-kata tetapi tindakan harus di ambil segera kepada yang bersalah.
Semoga segala tindakan atau usaha yang di jalankan dapat mengurangkan kejadian jerebu
yang kerap berlaku sekaligus mengurangkan segala masalah akibat dari kejadian jerebu.
Akhir sekali, berfikirlah secara waras sebelum melakukan sesuatu tindakan kerana kesilapan
kecil akan mengundang bahaya kepada alam sekitar dan semua hidupan. Sayangilah alam
sekitar kita sebelum terlambat kerana menurut pepatah kita tidak mewarisi bumi ini dari
nenek moyang kita namun hanya sekadar meminjamnya daripada anak cucu kita.

11

Anda mungkin juga menyukai