Anda di halaman 1dari 95

PEMANASAN

GLOBAL: APA
YANG BERLAKU?
NORAZIAN MOHAMED NOOR
AIN NIHLA KAMARUDZAMAN
AYU WAZIRA AZHARI
NABILAH AMINAH LUTPI
MOHD MUSTAFA AL BAKRI ABDULLAH
ABDUL HAQI IBRAHIM

2
ISI KANDUNGAN

BAB 1
PENGENALAN 1


BAB 2
KESAN RUMAH HIJAU 3

Apakah Kesan Rumah Hijau? 3
Bila Ia Mula Di Kesan? 3
Proses Bagaimana Kesan Rumah Hijau Berlaku 3
Punca dan Faktor Penyumbang kepada Kesan Rumah Hijau 4
a. Kegiatan Perkilangan dan Perindustrian 4
b. Penerokaan hutan 5
c. Pengangkutan 6
d. Peningkatan populasi penduduk dunia 6

Akibat daripada Kesan Rumah Hijau 6
a. Kenaikan Paras Air Laut 6
b. Perubahan Iklim 6
c. Gangguan kepada Kesihatan 6
d. Gangguan kepada kegiatan Harian 7

Apakah Perbezaan antara Pemanasan Global dengan Kesan Rumah Hijau? 7


BAB 3
PEMANASAN GLOBAL DAN PUNCA PUNCA 8

Punca-punca Pemanasan Global 8
Aktiviti Manusia: Punca Pemanasan Global 9
(a) Karbon dioksida yang dibebaskan oleh pereputan atau pembakaran tumbuhan 9
(b) Karbon dioksida yang dibebaskan oleh asap kenderaan dan asap kapal terbang 9
(c) Gas metana 10

(d) Nitrus oksida 10

(e) Penebangan pokok-pokok hutan yang tidak terkawal 10


(f) Pembangunan yang tidak terancang 10

Pemanasan dan Penyejukan Bumi: Fenomena semulajadi yang menyangkal
pemanasan global berpunca daripada aktiviti manusia 11
Bukti-bukti Pemanasan Global 11
• Pemanasan Laut 13

3


BAB 4
KESAN PEMANASAN GLOBAL 15

Pengenalan 15
Perubahan Cuaca 15
Laut 19
• Kenaikan Paras Air Laut 19
• Corak Taburan Hujan 20
• Cuaca Tidak Menentu 20
• Kesan kepada Glasier 22
• Penyebaran Penyakit 23
• Kesan Kewangan 23
• Kesan Alam Sekitar 23


BAB 5
LANGKAH PENGAWALAN DAN PENYELESAIAN 24


BAB 6
PROTOKOL KYOTO 27

Pengenalan 27
Negara-negara Anggota 27
• Negara-negara Annex I dan II 28

• Bukan Annex I 28
• Negara-negara berkecuali 28

Prinsip Utama Proto Kyoto 29
Isu-isu Dalam Perlaksanaan Protokol Kyoto 30


BAB 7
PROTOKOL MONTREAL 32

Pengenalan 32
Penipisan Lapisan Ozon 32
Pembentukkan Protokol Montreal 33
Pematuhan kepada Protokol Montreal 34
Strategi Pelaksanaan Protokol Montreal di Malaysia 35

4
BAB 1

PENGENALAN

Pemanasan Global (Global Warming) adalah isu global yang semakin


sering diperkatakan dan menjadi tajuk perbincangan utama oleh pelbagai pihak
belakangan ini. Tetapi sayangnya kesedaran mengenai hal ini dikalangan
masyarakat amat kurang dan tidak hairan ada dikalangan masyarakat lansung
tidak tahu mengenai pemanasan global. Dalam media tempatan juga jarang
dibincangkan isu ini dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai
pemasanan global ini. Untuk itulah buku kecil ini diadakan untuk memberikan
pengetahuan kepada pembacanya mengenai pemanasan global, punca
pemanasan global, kesan-kesannya, serta langkah-langkah pencegahan yang
perlu dimainkan oleh semua pihak.

Panasnya hari ini! Pernahkan anda mendengar rungutan atau keluhan


seperti ini keluar dari mulut masyarakat sekitar anda? Atau anda sendiri pernah
mengalami hal ini. Anda tidak salah, data-data yang ada memang menunjukkan
bumi kita mengalami peningkatan suhu yang amat merisaukan sejak akhir-akhir
ini dari tahun ke tahun. Selain daripada peningkatan suhu di sekitar kita, anda
tentu juga menyedari berlakunya bencana alam dan fenomena-fenomena alam
yang semakin tidak mampu diselesaikan sejak kebelakangan ini. Mulai dari
banjir, puting beliung, semburan gas serta hujan yang tidak menentu dari tahun
ke tahun. Sedarilah bahawa semua ini adalah tanda-tanda alam yang
menunjukkan bahawa bumi kita tercinta ini sedang mengalami proses kerosakan
akibat daripada perbuatan manusia yang menghuni bumi ini juga. Hal ini berkait
langsung dengan isu global yang belakangan ini makin hangat diperkatakan oleh
masyarakat dunia iaitu Pemanasan Global (Global Warming).

Malaysia tidak ketinggalan menghadapi masalah global ini. Hampir


seluruh negara kita kini menghadapi cuaca panas yang terik sejak beberapa

5
minggu lepas dan menjadi bertambah buruk apabila berlakunya kawasan hutan
yang terbakar. Biasanya, suhu di negara ini hanya hanya berada di antara 28°C
hingga 34°C sepanjang tahun. Tetapi pada masa sekarang suhu di negara kita
mencecah sehingga 40°C. Masihkah anda ingat kepada banjir besar di Malaysia
di antara hujung tahun 2006 sehingga awal tahun 2007? Ada pakar beranggapan
bahawa faktor penyebab adalah kesan pemanasan global ini.

Satu kajian mengenai pemanasan global di Malaysia oleh sebahagian


penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia mendapati peningkatan yang
nyata dalam suhu purata tahunan terletak antara 0.99°C ke 3.44°C bagi 100
tahun, di mana Kuala Lumpur mencatat peningkatan paling tinggi berbanding
negeri-negeri lain di Malaysia.

Apakah pemanasan global itu? Secara mudah, pemanasan global adalah


peningkatan suhu rata-rata permukaan bumi. Persoalannya adalah, mengapa
suhu permukaan bumi boleh meningkat? Buku ini dapat menjawab segala
persoalan yang bermain di fikiran masyarakat sekarang.

Bagaimanakah pemanasan global terjadi? Secara mudahnya, apabila


gas-gas seperti karbon monoksida (CO), karbon dioksida(CO2),
kloroflourokarbon (CFC), metana dan nitrus oksida menyerap sinaran daripada
matahari dan mengeluarakan semula sinaran tersebut, suhu purata atmosfera
bumi akan meningkat. Gas-gas ini juga menyerap tenaga haba yang dikeluarkan
daripada sistem atmosfera bumi. Ini secara kolektif akan meningkatkan lagi suhu
purata atmosfera bumi. Hal ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam bab-bab lain
dalam buku ini.

6
BAB 2

KESAN RUMAH HIJAU

2.1 APAKAH KESAN RUMAH HIJAU?

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang berlaku kerana


pencemaran udara dan sangat berkait rapat dengan pemanasan global. Kesan
rumah hijau berlaku disebabkan pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau.
Pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian, perkilangan dan
pengangkutan merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada peningkatan
mendadak gas-gas rumah hijau di atmosfera. Antara beberapa jenis gas-gas
rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, karbon monoksida,
metana, ozon, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.

2.2 BILA IA MULA DIKESAN?

Sejarah kesan rumah hijau bermula sejak pada zaman revolusi


perindustrian. Pada zaman ini manusia mula menggunakan bahan api fosil
secara meluas. Ini menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah.
Selepas revolusi perindustrian tahun 1700, kesan rumah hijau semakin
meningkat disebabkan pembebasan gas-gas antropogenik semulajadi seperti
karbon dioksida, ozon dan nitrous oksida.

Teori kesan rumah hijau telah ditemui selepas tahun 1980-an iaitu selepas
bertahun-tahun isu peningkatan pembebasan karbon dioksida ke atmosfera
diperkatakan. Intergovernmental Panel on Climate Change (PICC) telah
ditubuhkan oleh United Nations Environmental Programme (UNEP) dan World

7
Meteorological Organization untuk mengkaji impak daripada kesan rumah hijau
berdasarkan model cuaca dan kajian penyelidikan.

Namun begitu, dalam tahun 1990-an para saintis mula mempertikaikan


teori kesan rumah hijau berikutan timbulnya beberapa kekeliruan di dalam set
data dan model yang digunakan. Para saintis ini percaya bahawa pengukuran
data tidak dijalankan dengan betul. Walaubagaimanapun, kesan rumah hijau
tetap ada berikutan beberapa kejadian yang berlaku dan hasil pemerhatian
menggunakan satelit menunjukkan terdapat beberapa perubahan suhu dan
cuaca di bumi telah dapat dikesan.

2.3 PROSES BAGAIMANA KESAN RUMAH HIJAU BERLAKU

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau


seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat
melebihi tahap normal. Secara amnya, di dalam atmosfera sesuatu ruang
tertutup, komposisi gas ini tidak akan melebihi 0.03%. Apabila matahari
memancarkan sinaran ultraungu (UV) ke bumi, sinaran ini akan menembusi
atmosfera dan hanya sedikit yang diserap di atmosfera sebagai haba. Namun,
apabila komposisi gas rumah hijau meningkat, molekul-molekul gas ini yang
bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses
pembebasan haba. Haba yang terperangkap inilah yang seterusnya akan
meningkatkan suhu pada permukaan bumi. Rajah 2.1 menunjukkan bagaimana
proses kesan rumah hijau berlaku.

8
Rajah 2.1 : Model kesan rumah hijau

2.4 PUNCA DAN FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KESAN RUMAH


HIJAU

Kesan rumah hijau berlaku disebabkan sama ada secara semulajadi


ataupun kegiatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca
daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur dan karbon.
Manakala, kegiatan-kegiatan manusia yang menyumbang kepada kesan rumah
hijau adalah seperti;

9
2.4.1 Kegiatan Perkilangan dan Perindustrian

Peningkatan kegiatan perindustrian juga merupakan salah satu


penyumbang kepada meningkatnya gas-gas rumah hijau di atmosfera.
Penggunaan bahan api fosil bagi menjana tenaga untuk aktiviti perindustrian
telah menyebabkan banyak gas karbon dioksida dan karbon monoksida yang
dibebaskan. Kedua-dua gas ini telah dikenalpasti sebagai gas pencemar yang
utama di kawasan bandar. Selain itu, peningkatan kegiatan perindustrian turut
meningkatkan penghasilan bahan pencemar udara lain. Sebagai contoh
pelepasan asap-asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong-
cerobong asap kilang. Asap-asap yang dikeluarkan ini turut mengandungi PM10,
nitrogen oksida, sulfur oksida dan sebagainya yang juga merupakan penyebab
utama penipisan lapisan ozon. Rajah 2.2 menunjukkan pembebasan asap ke
atmosfera daripada kegiatan perindustrian.

10
Rajah 2.2: Pembebasan asap daripada kegiatan perindustrian

2.4.2 Penerokaan hutan

Penerokaan hutan secara berleluasa menjadi penyumbang kepada kesan


rumah hijau. Pembukaan kawasan baru bagi tujuan pembangunan boleh
menjejaskan kitaran karbon, yang mana merupakan proses semulajadi
pengurangan karbon dioksida di atmosfera. Pokok-pokok akan menyerap karbon
dioksida dan membebaskan oksigen ke sekitarnya yang mana ia membantu
untuk mengimbangkan gas-gas di atmosfera. Oleh itu, jika lebih banyak pokok
yang ditebang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3, ianya akan
menyebabkan keseimbangan kitaran karbon terganggu. Keadaan ini akan
menyebabkan kandungan karbon dioksida semakin bertambah di atmosfera.

11
Rajah 2.3 : Penerokaan hutan dan penebangan pokok-pokok menganggu
kitaran karbon

2.4.3 Pengangkutan

Seiring dengan kemajuan perindustrian dunia, secara tidak langsung telah


memajukan sistem pengangkutan. Keperluan penduduk dunia terhadap
pengangkutan sama ada darat, udara mahupun laut telah meningkatkan
penggunaan bahan api fosil. Pelepasan asap daripada kenderaan bermotor
secara tidak langsung telah meningkatkan pembebasan gas karbon dioksida dan
nitrous oksida ke atmosfera. Selain itu, pembakaran tidak lengkap bahan api
kenderaan bermotor turut menyumbang kepada penghasilkan gas karbon
monosida dan karbon dioksida. Kenderaan bermotor juga merupakan pencemar
utama hidrokarbon kerana menggunakan bahan bakar petroleum. Rajah 2.4
menunjukkan pelepasan asap daripada kenderaan bermotor. Kewujudan bahan

12
hidrokarbon di atmosfera boleh mengganggu kesihatan manusia dan alam
sekitar.

Rajah 2.4 : Pembebasan asap daripada kenderaan bermotor

2.4.4 Peningkatan populasi penduduk dunia

Bilangan penduduk yang semakin ramai juga penyumbang kepada kesan


rumah hijau. Peningkatan penduduk dunia akan menggalakkan lagi aktiviti-aktiviti
seperti perindustrian, pengangkutan dan penggunaan bahan api fosil. Di
samping itu, penerokaan hutan untuk dijadikan kawasan pembangunan dan
pertanian juga akan semakin meningkat bagi menampung penempatan
penduduk yang semakin bertambah. Keadaan ini secara tidak langsung akan
meningkatkan kandungan gas-gas rumah hijau yang dibebaskan ke atmosfera.

2.5 AKIBAT DARIPADA KESAN RUMAH HIJAU

13
Terdapat beberapa kejadian akibat daripada peningkatan kesan rumah hijau:

2.5.1 Kenaikan Paras Air Laut

Kenaikan paras air laut mula dikesan di Artik dan Antartika disebabkan
oleh pencairan ketulan-ketulan ais. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
kejadian banjir di beberapa kawasan persisiran pantai. Pelimpahan masuk air
laut ke kawasan daratan menyebabkan tahap kemasinan tanah meningkat. Ini
menyebabkan tanah kurang sesuai untuk aktiviti pertanian. Keadaan ini secara
tidak langsung telah mengurangkan sumber pendapatan penduduk setempat,
terutamanya yang bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai punca
pendapatan.

2.5.2 Perubahan Iklim

Perubahan arah angin dan arus menyebabkan berlakunya bencana alam


seperti ribut dan taufan. Kejadian iklim ekstrem telah mengakibatkan kemarau
dan banjir yang teruk di beberapa kawasan. Keadaan ini menyebabkan hasil
hutan dan pertanian semakin berkurangan. Perubahan taburan hujan dan
kekurangan sumber air tawar telah menyebabkan masalah kepada hasil
pertanian dan perhutanan.

2.5.3 Gangguan kepada Kesihatan

14
Perubahan suhu boleh menyebabkan berlakunya ‘heatwave’ di beberapa
tempat. Penduduk terutamanya warga tua mudah mengalami ‘heatstroke’ yang
boleh mengakibatkan kematian. Di samping itu, kekurangan sumber air tawar
dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar. Keadaan
ini mengakibatkan wabak penyakit seperti cirit-birit, malaria dan lain-lain.

2.5.4 Gangguan kepada Kegiatan Harian

Perubahan iklim dan kejadian bencana alam yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau menjejaskan kegiatan harian manusia. Bencana alam seperti banjir
mengakibatkan banyak penempatan yang terpaksa dipindahkan. Penduduk
tidak dapat menjalankan kegiatan harian seperti biasa dan keadaan ini secara
tidak langsung menjejaskan sumber ekonomi penduduk.

2.6 APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMANASAN GLOBAL DENGAN


KESAN RUMAH HIJAU?

Umum diketahui kesan rumah hijau adalah proses yang menyebabkan


permukaan bumi menjadi lebih panas disebabkan pemerangkapan haba oleh
gas-gas rumah hijau. Manakala, pemanasan global ialah keadaan alam sekitar
yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal. Oleh itu,
daripada penerangan yang telah dinyatakan di atas dapat dirumuskan bahawa
fenomena kesan rumah hijau adalah sangat berkait rapat dengan pemanasan
global. Ini kerana kesan rumah hijau telah dikenalpasti antara penyumbang
utama kepada pemanasan global. Jadual 2.1 di bawah menunjukkan anggaran
gas-gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global.

15
Jadual 2.1: Kesan gas-gas rumah hijau terhadap pemanasan global

Gas Sumbangan kepada pemanasan global, %


Karbon dioksida 57
Kloro-floro karbon 25
Metana 12
Nitrous oksida 6
Sumber: Bhatia(2007)

Kesan rumah hijau menyebabkan pemanasan global berlaku secara


berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran udara yang teruk akan
mengalami suhu yang lebih panas. Pemanasan global yang berlaku akibat kesan
rumah hijau akan mempengaruhi iklim dunia. Perubahan iklim dunia yang
berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang
disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian,
pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan
alam sekitar.

BAB 3

PEMANASAN GLOBAL DAN PUNCA-PUNCA

3.1 PENGENALAN

Pemanasan global merupakan pemerhatian terhadap peningkatan suhu


atmosfera bumi dan lautan yang berpunca daripada peningkatan jumlah gas-gas
karbon (wap air, karbon dioksida, karbon monoksida) yang turut dikenali sebagi
gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang kebiasaannya
dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya
terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat.

16
Sebuah model yang dihasilkan oleh Panel Antara Kerajaan Perubahan
Iklim (IPCC) menganggarkan bahawa suhu global semakin meningkat sebanyak
1.1 hingga 6.4°C (2.0 hingga 11.5°F) antara tahun 1990 hingga 2100. Andaian ini
dilakukan berdasarkan anggaran yang dilakukan terhadap pembebasan gas
rumah hijau pada masa akan datang dan kepekaan perubahan suhu.

Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC) ditubuhkan pada 1988


oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan
menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam
sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan
iklim dan cuaca seluruh dunia secara sistematik. Dapatan daripada kajian ini
amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan
kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

Laporan pertama (1990) dan laporan kedua (1995) IPCC menunjukkan


banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif di mana pemanasan global
ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya. Laporan ketiga (2001) berkisar
kepada "Menangani Perubahan Iklim” manakala laporan penilaian keempat
adalah berkenaan “Perubahan Iklim 2007”.

Kajian mendapati 98% punca pemanasan global ialah pelepasan karbon


dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad
ke-18. Perubahan penggunaan tanah pula menyumbang 30 peratus pelepasan
karbon dioksida. Ini ditambah dengan lebih hebat lagi akibat kesan rumah hijau
yang berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

3.2 PUNCA-PUNCA PEMANASAN GLOBAL

17
Berlaku perdebatan antara saintis-saintis berhubung punca sebenar yang
mengakibatkan pemanasan global dimuka bumi. Ada yang berpendapat bahawa
aktiviti manusia merupakan punca utama pemanasan global dengan
meningkatnya tahap karbon dioksida di atmosfera. Ini adalah kerana sebelum
kemunculan revolusi perindustrian, tahap karbon dioksida didapati berkadaran
tetap, namun setelah kemunculan revolusi perindustrian, kandungan gas ini
menjadi semakin meningkat di atmosfera. Fenomena ini di jangkakan akan
bertambah serius jika tidak ditangani melainkan jika manusia sendiri menyekat
aktiviti-aktiviti perindustrian yang menyumbang kepada pemasalahan ini.

Pada sudut yang berlainan, ada pula yang berpendapat pemanasan


global adalah fenomena semulajadi yang tiada hubungkaitnya dengan aktiviti
manusia dimuka bumi. Ini adalah kerana bumi mempunyai tempoh kitaran
panjang yang melibatkan corak pemanasan dan penyejukan berulang yang
merupakan proses kitaran semulajadi yang rutin. Kitaran ini mempunyai
beberapa penerangan semulajadi yang berkait dengan pergerakan bumi pada
paksinya justeru menyangkal aktiviti manusia sebagai penyebab utama
pemanasan global.

Oleh yang demikian, topik-topik yang berikutnya akan mengupas dengan


lebih lanjut lagi berhubung dua pandangan ini dari sudut berbeza berkenaan
punca yang menyebabkan pemanasan global.

3.2.1 Aktiviti Manusia: Punca Pemanasan Global

Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC) berpendapat bahawa iklim


dipengaruhi oleh aktiviti manusia yang banyak menyumbang kepada
peningkatan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan nitrus
oksida. Sumber utama peningkatan konsentrasi karbon dioksida adalah seperti
penggunaan bahan bakar fosil dan perubahan permukaan tanah (penebangan

18
hutan, pembakaran hutan, pencairan ais). Kombinasi ketiga-tiga komponen
utama ( karbon dioksida, metana, nitrus okdida) gas rumah hijau ini menjadi
penyumbang terbesar terhadap pemanasan global dan akan di terangkan secara
terperinci pada bahagian berikutnya.

(a) Karbon dioksida yang dibebaskan oleh pereputan atau pembakaran


tumbuhan

Pada tahun 2002, kira-kira 40% daripada jumlah karbon dioksida yang
dibebaskan adalah berasal daripada pembakaran bahan api fosil yang
digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Pembakaran arang batu sahaja
merupakan 93% daripada hasil penjanaan tenaga elektrik tersebut untuk
industri.

Arang batu menghasilkan kira-kira 1.7 kali lebih banyak karbon per unit
tenaga apabila terbakar berbanding gas asli dan 1.25 kali lebih banyak
daripada minyak. Arang batu mengandungi kira-kira 80% lebih banyak per
unit tenaga berbanding gas dan minyak pula mengandungi kira-kira 40%
lebih banyak. Bagi kegunaan biasa di Amerika misalnya, satu tan metrik
karbon dioksida bersamaan dengan 10,000 batu pemanduan pada jarak 25
batu per gelen gasoline atau kira-kira setahun kegunaan untuk memanaskan
rumah bagi penggunaan gas asli atau boleh membekalkan elektrik bagi
penggunaan selama kira-kira empat bulan jika menggunakan arang batu.

(b) Karbon dioksida yang dibebaskan oleh asap kenderaan dan asap
kapal terbang

Kira-kira 20% daripada pembebasan karbon dioksida berasal daripada


pembakaran gasolin di dalam enjin kereta dan trak ringan seperti minivan dan

19
jip. Panel Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
menganggarkan bahawa kapal terbang menyumbang sebanyak 3.5% kepada
masalah pemanasan global dan angka ini dijangka akan meningkat sebanyak
15% pada tahun 2050.

(c) Gas metana

Gas metana adalah gas kedua terpenting sebagai penyumbang kepada


kesan rumah hijau selepas karbon dioksida. Menurut IPCC, metana adalah
20 kali seperti karbon dioksida apabila terperangkap dalam haba di
atmosfera. US Emission Inventory 2004 menyatakan bahawa kandungan
metana di dalam atmosfera telah meningkat sebanyak 145 % sejak 100
tahun lalu.

Metana terhasil daripada sumber seperti beras padi, bakteria di kawasan


paya dan hasil pembakaran bahan api fossil. Kebanyakan beras di dunia
dan di tanam di kawasan yang boleh menakung air. Apabila kawasan
tersebut dipenuhi air, keadaan anaerobik akan terbentuk dan bahan organik
dalam tanah akan mereput, dan menghasilkan metana ke atmosfera,
terutama menerusi penanaman padi.

(d) Nitrus oksida

Satu lagi gas penyumbang kepada kesan rumah hijau ialah nitrus oksida,
sejenis gas yang tidak berwarna, tidak mudah terbakar dan mempunyai bau
yang ‘manis’ serta lebih dikenali sebagai ‘gas ketawa’ dan kadangkala
digunakan sebagai anasthetics. Gas nitrus dioksida terbentuk secara
semulajadi di laut dan hutan hujan. Kegiatan manusia juga menjadi

20
penyumbang kepada panghasilan gas ini menerusi pembuatan nylon dan
asid nitrik, penghasilan baja dalam pertanian dan pembakaran bahan organik.
Nitrus oksida akan terurai dalam atmosfera kesan daripada tindak balas yang
melibatkan cahaya matahari.

(e) Penebangan pokok-pokok hutan yang tidak terkawal

Selepas penghasilan karbon daripada aktiviti manusia, penebangan hutan


turut menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida dalam atmosfera.
Pembersihan hutan menyumbang kepada pembebasan sebanyak 25%
karbon dioksida di atmosfera menerusi pembakaran dan pemotongan kira-
kira 34 juta ekar hutan setiap tahun. Kehilangan jutaan ekar hutan hujan pada
hari ini adalah hampir sama dengan saiz negara Itali. Kemusnahan hutan
tropika sahaja telah menyebabkan pembebasan beratus juta tan karbon
dioksida ke atmosfera setiap tahun. Selain itu, hutan di kawasan beriklim
sederhana turut mengalami kemusnahan. Hutan di kawasan beriklim
sederhana di dunia ini boleh menyerap sebanyak 2 billion tan karbon dioksida
setiap tahun. Tetapi di kawasan Siberia sendiri misalnya, hutan ini hilang
hampir 10 juta ekar setiap tahun.

(f) Pembangunan yang tidak terancang

Pada hari ini masih lagi terdapat pembangunan yang tidak terancang.
Pada tahun 1996, berdasarkan kepada kajian tahunan oleh jurutera trafik
(seperti yang dilaporkan di dalam San Francisco Chronicle 10 Disember,
1996) daripada Universiti Texas A dan M, mereka menyatakan bahawa
pemandu-pemandu kenderaan di Los Angeles dan New York sendiri
membazirkan 600 juta gelen gas setiap tahun semasa mengalami kesesakan
jalan raya. Hasil pembakaran sebanyak 600 juta gelen gas boleh
menghasilkan kira-kira 7.5 juta tan karbon dioksida di kedua-dua bandar
tersebut.

21
3.2.2 Pemanasan dan Penyejukan Bumi: Fenomena semulajadi yang
menyangkal pemanasan global berpunca daripada aktiviti manusia

Saintis-saintis yang mengkaji sejarah berdasarkan sampel teras ais


melaporkan bumi mempunyai jangka masa pemanasan dan penyejukan yang
berulang sejak 4-billion tahun yang lampau, yang mana pada ketika itu karbon
dioksida di atmosfera masih belum dijadikan isu oleh manusia sebagai kuantiti
yang penting dalam memberi impak kepada pemanasan global. Apa yang ingin
dijelaskan disini adalah perubahan iklim mahupun suhu tidak dipengaruhi oleh
aktiviti manusia kerana iklim dan suhu telah pun mengalami perubahan yang
tidak sekata disebabkan kitaran semulajadi yang berlaku sejak dahulu lagi.
Kitaran semula jadi yang dimaksudkan dapat dijelaskan melalui ‘kitaran
Milankovitch’ yang bergantung pada kecondongan paksi putaran bumi dan
orbitnya mengelilingi matahari. Faktor kitaran ini memberi kesan kepada iklim
kerana dipengaruhi oleh berapa banyak taburan radiasi matahari yang akan
menyinari permukaan bumi. Akibat daripada kitaran Milankovitch, paksi
kecondongan bumi dan keeksentrikan orbit akan berubah dalam ribuan tahun
akan datang. Ini adalah kerana darjah kecondongan paksi bumi berubah-ubah
dari 22.1° hingga 24.5° bagi setiap kitaran 40 000 tahun. Justeru itu, perubahan
iklim adalah satu fenomena semulajadi yang tiada kaitan dengan aktiviti
manusia, malah, perubahan yang berlaku adalah kerana pusingan kitaran
semulajadi.

3.3 BUKTI-BUKTI PEMANASAN GLOBAL

Kebanyakan saintis bersetuju bahawa suhu bumi telah meningkat


sebanyak satu darjah Fahrenheit pada abad ke dua puluh. Saintis-saintis juga
melaporkan bahawa tahun 1990-an adalah dekad yang terpanas semenjak suhu

22
mula direkodkan, di mana pada ketika itu bukti pemanasan telah wujud pada apa
sahaja iaitu daripada penipisan kepingan ais sehinggalah kepada peningkatan
cuaca yang buruk.

Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam


gelombang haba di Eropah yang menyebabkan beratus atau mungkin beribu
kematian sejak tahun 2000. Gelombang ‘kepanasan’ ini telah menyebabkan
suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi
daripada kebiasaannya.

Perubahan yang sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang
menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika
Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina
pada tahun 2005. Manakala pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling teruk
dilanda bencana alam adalah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam,
Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania.

Dari segi kuantitatif, pemanasan global dibuktikan berdasarkan kepekatan


karbon dioksida di atmosfera yang semakin meningkat. Ini terbukti berdasarkan
laporan teras ais yang menganggarkan karbon dioksida telah meningkat
daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era
revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.

Sekiranya manusia di bumi masih kekal dengan corak kehidupan


sekarang, dijangkakan karbon dioksida akan meningkat kepada 700 ppm
menjelang 2099. Oleh yang demikian, Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim
(IPCC) menggesa seluruh dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon
dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm.
Walaupun tindakan pemulihan untuk mengurangkan konsentrasi karbon dioksida
di atmosfera agak sukar kerana dijangka mengambil masa antara 200 atau 300

23
tahun, namun masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk jika
terus diabaikan atau gagal dikawal.

Berikut adalah gambar-gambar yang membuktikan pemanasan global itu


benar-benar wujud dan bukan khabar angin yang dicipta untuk menggemparkan
dunia.

Rajah 3.1: Ais di kutub utara yang makin berkurang dari tahun 1979 ke tahun
2005

24
Rajah 3.2: Kawasan batu karang berdekatan Pulau Seychelles, Afrika.

Sumber: National Geographic

Kajian baru menunjukkan banyak kawasan batu karang musnah pada tahun
1998 kerana kepupusan ikan-ikan yang dahulunya menghuni batu karang.
Sesetengah kawasan, menurut kajian jangka panjang tentang kesan pemanasan
menyebabkan kelunturan (bleaching) pada batu karang dan ikan. Contohnya,
kajian yang berfokus kepada kawasan batu karang berdekatan Pulau
Seychelles, utara Madagascar yang mengalami kemusnahan akibat daripada
kelunturan pada tahun 1998.

25
3.3.1 Pemanasan Laut

Kenaikan suhu yang sedikit dalam jangka masa yang panjang memaksa
koloni terumbu karang meninggalkan simbiotik dan penghasilan makanan (algae)
melalui proses yang dikenali sebagai pelunturan. Semasa proses tersebut (di
mana batu karang akan bertukar ke warna putih), sesetengahnya mampu untuk
kembali normal dan sesetengahnya tidak. Semasa El Nino pada tahun 1998,
kejadian kelunturan yang paling buruk telah direkodkan di mana lebih 16 peratus
terumbu batu karang dunia musnah dalam satu tahun. Selain itu, pemanasan
laut juga menyebabkan pengurangan phytoplankton salah satu penyerab karbon
dioksida.

Rajah 3.3: Sebahagian batu karang yang luntur.

Sumber: National Geographic

26
Rajah 3.4: Fajar menyingsing di Tasik St. Mary, Taman Glasier Nasional
Montana. Semasa taman ini dibina dalam tahun 1910, ianya mempunyai 150
glasier tetapi sekarang hanya 30 glasier sahaja.

Sumber: National Geographic

Kebanyakan glasier di seluruh dunia semakin berkurang akibat daripada


kenaikan suhu yang ketara. Sebahagiannya telah cair sama sekali. Glacier di
Gunung Himalaya dan Gunung Kilimanjaro adalah antara yang diperhatikan
semakin hilang dan fenomena ini amat membimbangkan.

27
Rajah 3.5: Algae memenuhi tasik hasil daripada glacier Kanada di lembah kering
Antartika. Sekiranya ketulan ais besar di Greenlands cair, kejadian jangka
panjang yang dijangkakan berlaku adalah kenaikan paras laut setinggi 23 kaki (7
meter).

Sumber: National Geographic

28
Rajah 3.5: Beruang kutub berjalan melintasi kawasan berbatu berdekatan Wager
Bay, Kanada.

Sumber: National Geographic

Beruang kutub menghadapi ancaman serius akibat daripada pemanasan


global. Beruang ini bergantung kepada laut beku untuk memburu anjing laut.
Apabila semakin banyak laut beku cair, yang tinggal hanya permukaan batuan
seperti ini, kerja memburu menjadi sangat sukar untuk mamalia besar ini. Seperti
mana banyak spesies lain, termasuk ikan jerung putih, beruang kutub berpindah
ke kawasan utara. Sebahagian saintis meramalkan pemanasan global akan
menyebakan kepupusan berjuta-juta spesies, termasuk beruang kutub dan
pelbagai spesies burung dan amfibia dalam masa 50 tahun akan datang.

29
Rajah 3.6: Male, bandar utama Pulau Maldives di Lautan India

Sumber: National Geographic

Banyak kawasan populasi padat, termasuk Florida di Amerika Syarikat


mula memandang serius populasi tepian pantai kerana kenaikan paras air laut
tetapi tiada yang mengambil langkah yang terlalu serius seperti Male. Apa
tidaknya, dengan ketinggian maksimum hanya 8 kaki (2.4 meter) dari aras laut,
sedikit kenaikan akan memberi ancaman kepada penduduk. Oleh itu, tembok
batu dibina di sepanjang pantai bagi mengelakkan bandar ini tenggelam.

30
Rajah 3.7: Taufan Katrina yang berlaku pada 28 Ogos 2005 sebagai bukti kesan
daripada pemanasan global

Terdapat banyak bukti pulau-pulau yang telah tenggelam disebabkan


pemanasan global. Ini adalah kerana pencairan ais yang berlaku dengan
cepatnya rentetan daripada perubahan iklim yang juga berlaku secara
mendadak. Mengikut kajian, didapati 18 pulau telah tenggelam di seluruh dunia
akibat perubahan iklim, manakala lebih dari 40 buah negara yang terlibat
mempunyai pulau terancam di sebabkan kenaikan air laut. Antara pulau-pulau
yang telah tenggelam dan terancam adalah seperti berikut:

31
• Ghoramana dekat India – 2/3 tenggelam pada tahun 2006 dengan 7000
penduduk telah direlokasikan.
• Sekitar 50 pulau terancam di Sundarbans, India-Bangladesh yang
membahayakan 2 juta penduduk.
• Kutubdia di timur laut Bangladesh kehilangan lebih dari 200 000
penduduk, manakala baki 150 000 penduduk lagi di pindahkan.
• Maldives – Presiden Maldives ingin merelokasikan seluruh negeri itu
daripada tenggelam yang mana melibatkan 369 000 penduduk.

Penilaian impak cuaca Artik telah disediakan oleh Pertubuhan Artik dan telah
dijadikan maklumat umum pada 2004. Laporan ini telah memberikan ringkasan
yang sangat bagus tentang negeri yang wujud di kawasan Artik dari sudut
pandangan perubahan cuaca.

Berdasarkan hasil penemuan daripada laporan tersebut, beberapa bukti yang


menunjukkan pemanasan global memberi kesan terhadap kawasan Artik,
antaranya ialah:

• Beberapa dekad yang lampau, purata suhu artik meningkat dua kali
ganda daripada keseluruhan suhu dunia.
• Menurunnya litupan salji dan merebaknya pencairan ais laut dan glasier.
• Meningkatnya aliran sungai: aliran sungai ke laut telah meningkat dan
kemuncak aliran sungai pada musim bunga berlaku lebih awal.
• Meningkatnya pemendakan yang mana wujud dalam bentuk hujan,
dengan peningkatan yang besar ketika musim luruh dan musim sejuk.
• Meningkatnya suhu fros kekal kepada pencairan fros kekal.

32
Rajah 3.8: Pencairan ais di Kutub Utara

Sumber: National Geographic

Satu imej grafik juga telah di bongkarkan oleh bahagian pertahanan


Amerika Syarikat berkenaan kesan pemanasan global di Artik. Gambar pada
Rajah X di ambil oleh penyiasat satelit lebih sedekad yang lalu dan telah
mengesahkan dalam beberapa tahun ini kebanyakan kawasan di latitud yang
tinggi telah kehilangan litupan ais pada musim panas.

33
Rajah 3.9: Imej satelit lapisan polar ais yang di ambil pada Julai 2006 dan Julai

Rajah 3.10: Keratan akhbar tentang kesan pemanasan global

34
BAB 4
KESAN PEMANASAN GLOBAL

4.1 PENGENALAN

Untuk mengetahui apakah kesan pemanasan global pada masa hadapan


adalah sangat sukar, atau dengan kata lainnya mustahil. Saintis menggunakan
model untuk mengkaji kesan-kesan pemanasan global. Model-model ini agak
konsisten dalam meramalkan tren general masa hadapan tetapi selalunya
sanagt berbeza apabila melihat kepada perkara-perkara spesifik. Sebahagian
saintis mengatakan pemanasan global telah lama berlaku manakala
sebahagiannya mengatakan masih tidak cukup maklumat yang mengesahkan
kewujudan fenomena ini.

Di sebalik rasa tidak setuju, rata-rata bersetuju dan yakin bahawa gas-
gas rumah hijau sedang memanaskan bumi. Apa yang mereka sedang usahakan
adalah secepat mana suhu meningkat dan apakah kesannya?

Perubahan cuaca akibat daripada pemanasan global sangat sukar


diramal. Cuaca bergantung kepada banyak faktor; oleh itu terlalu banyak yang
perlu dipertimbangkan sehingga perdebatan sering berlaku di antara saintis
kerana masing-masing mempunyai pendapat dan pegangan sendiri. Perubahan
suhu bumi semestinya mempunyai kesan ke atas perubahan cuaca tetapi
kesannya hampir tidak boleh diramal.

Sekiranya suhu naik mendadak, satu kesan terpenting adalah kecairan


bongkah ais yang akan menyebabkan kenaikan paras air laut. Kenaikan paras
air laut pula akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah dan pulau-pulau akan
tenggelam dan berjuta-juta penempatan manusia perlu dipindahkan. Banjir akan
berlaku di kawasan yang berhampiran laut dan kemusnahan kawasan pertanian
akan menyebabkan gangguan bekalan makanan.

35
Pemanasan global sekiranya tidak dikawal akan menyebabkan
kemusnahan yang besar manusia, binatang, tumbuhan dan harta benda.

4.2 PERUBAHAN CUACA

10 tahun terpanas telah direkodkan sejak 1983 dan 7 tahun terpanas telah
direkodkan sejak 1990. Sekiranya semuanya berjalan seperti biasa, kadar
penggunaan bahan api sekarang menunjukkan kandungan karbon dioksida
dalam udara akan berganda pada tahun 2100. Kesan-kesannya adalah seperti
berikut:-

• Penggandaan ini akan meningkatkan kesan rumah hijau dan akan


menyebabkan peningkatan suhu dunia sebanyak 1 hingga 5 °C.
• Kawasan bumi akan mengalami pemanasan lebih kerap daripada purata
global memandangkan suhu lautan akan diseimbangkan dengan kapasiti
haba air.
• Pemanasan akan lebih dirasai di kawasan berlatitud lebih tinggi.
• Kesan kelembapan, termasuk indeks haba, akan memburukkan lagi
kesan pemanasan.

Rajah 4.1 menunujukkan unjuran peningkatan suhu dunia sekiranya tiada


langkah-langkah pengawalan diambil. 8 model digunakan untuk membuat
unjuran ini dan dapatannya adalah hampir serupa. Berdasarkan rajah ini,
diramalkan untuk 1 abad, sekiranya tiada langkah-langkah pencegahan di ambil,
suhu akan meningkat sebanyak 5°C. Model-model yang digunakan adalah
seperti berikut:

36
• CCSR/NIES: Center for Climate System Research & National Institute for
Environmental Studies, CCSR/NIES AGCM + CCSR OGCM Models 1890-
2100.
• CCCma: Canadian Center for Climate Modelling and Analysis, CGCm2
Model 1900-2100.
• CSIRO: Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation,
CSIRO-Mk2 Model 1961-2100.
• Hadley Centre: Hadley Centre for Climate Prediction and Research,
HADCM3 Model 1950-2099.
• GFDL: Geophysical Fluid Dynamics Laboratory, R30 Model 1961-2100.
• MPI-M: Max Planck Institute für Meteorologie, ECHAM4/OPYC model
kembar 1990-2100.
• NCAR PCM: National Center for Atmospheric Research, PCM Model
1980-2099.
• NCAR CSM: National Center for Atmospheric Research, CSM Model
2000-2099.

UNJURAN PEMANASAN GLOBAL

Rajah 4.1: Unjuran peningkatan suhu dunia sekiranya tiada langkah-langkah


pencegahan di ambil

37
4.3 LAUT

Fungsi utama laut dalam pemanasan global adalah sangat kompleks. Lautan
berfungsi sebagai penyerab karbon dioksida, walau bagaimanapun, peningkatan
kandungan karbon dioksida telah menyebabkan keasidan lautan. Dengan
peningkatan suhu, kebolehan lautan untuk menyerab karbon dioksida menjadi
kurang.

4.3.1 Kenaikan paras air laut

Dengan kenaikan purata suhu global, isipadu air laut pun bertambah. Bagi
kebanyakan glasier seluruh dunia, diramalkan akan megalami kekurangan
isipadu sebanyak 60 peratus sehingga 2050. Sementara itu, diramalkan jumlah
keseluruhan ais yang cair di Greenland adalah 239 ± 23 kilometer padu setahun,
kebanyakannya di Timur Greenland. Bongkah ais di Antartika pula diramalkan
akan membesar semasa abad ke 21 disebabkan oleh pemendakkan. Menurut
Laporan Khas Senario Pencemaran IPCC, pada pertengahan 2090 paras laut
dunia akan mencecah 0.22 m hingga 0.44 m lebih tinggi daripada paras air laut
pada tahun 1990, atau kenaikan sebanyak 4 mm setahun. Sejak tahun 1900,
paras air laut telah meningkat secara purata 1.7 mm setahun. Satelit altimetri
daripada TOPEX/Poseidon menunjukkan kadar kira-kira 3 mm setahun.

38
STATUS TERKINI KENAIKAN PARAS
LAUT
23 rekod tahunan (tolok terikat)
Tiga tahun purata
Satelit Alimetri

Rajah 4.2: Kenaikan paras air laut

Rajah 4.2 menunjukkan perubahan purata tahunan paras air laut di 23


tempat seluruh dunia. Garis hitam pekat adalah purata 3 tahun rekod instrumen.
Data ini menunjukkan kenaikkan paras air laut sebanyak 18.5 cm daripada tahun
1900 – 2000. Oleh kerana kekurangan rekod liputan geografi, ianya masih tidak
pasti sama ada data berikut benar-benar menunjukkan variasi global paras air
laut sepanjang lebih satu dekad atau tidak.

Sebagai tambahan kepada kenaikan paras air laut, suhu air laut yang lebih
tinggi akan menyebabkan kesan kepada:

39
(a) Corak Taburan Hujan

Perubahan cuaca akan merubah corak taburan hujan. Keadaan yang


bertambah panas dan kering menggalakkan kebakaran hutan manakala di
kawasan yang lebih lembap akan menyebabkan masalah serangga seperti
nyamuk dan kumbang. Peningkatan karbon dioksida di dalam atmosfera boleh
menggalakkan pertumbuhan pokok tetapi terdapat bkti yang mengatakan
tumbuhan yang membesar dengan kadar karbon dioksida yang tinggi
mengandungi kurang nitrogen dalam dedaun dan menyebabkan mereka kurang
nutrisi.

(b) Cuaca tidak menentu

Kejadian ribut petir yang makin meningkat adalah salah satu kejadian
cuaca ekstrim akibat daripada pemanasan global. Kerry Emanuel menyatakan
bahawa tenaga angin ribut yang tinggi adalah bergantung rapat dengan suhu
yang menyebabkan pemanasan global. Walau bagaimanapun, kajian lanjutan
Emanuel dengan menggunakan model terkini menunjukkan bahawa
pertambahan dalam pembebasan tenaga tidak bergantung sepenuhnya kepada
pemanasan global. Begitu juga dengan kajian menggunakan model ribut taufan
yang dilaksanakan dalam keadaan lebih panas dan kandungan karbon dioksida
yang tinggi akan menyebabkan pembebasan tenga yang lebih tetapi frekeunsi
kejadian dikatakan berkurang.

Di seluruh dunia, ribut taufan yang mencecah kategori 4 atau 5 - dengan


kelajuan angin melebihi 56 meter per saat - telah meningkat daripada 20 % di
tahun 1970an kepada 35% di era 90an. Kejadian ribut di Amerika Syarikat telah
meningkat sebanyak 7 % semasa di abad ke-20. Setakat mana kejadian
pemanasan global ini menjadi penyebab kepada kejadian ribut taufan ekstrim ini
masih samar. Sesetengah kajian mendapati kenaikan suhu air laut mungkin

40
menjadi penyebab kepada keadaan angin dan mempengaruhi sedikit atau
langsung tidak mempengaruhi aktiviti ribut. Hoyos et al. (2006) mengaitkan
secara langsung pertambahan kejadian ribut kategori 4 dan 5 untuk jangka masa
1970-2004 dengan keniakan suhu permukaan air laut.

Jumlah kejadian
per tahun Tren dalam kejadian
yang dilaporkan
Semua kejadian
Banyak peningkatan dalam
kejadian-kejadian berbahaya
dilaporkan akibat daripada
penambahan populasi tetapi
bilangan banjir dan taufan lebih
Semua kejadian tinggi daripada gempa bumi.
termasuk angin, Adakah pemanasan global menjadi
gempa bumi, punca kejadian ini?
suhu ekstrim,
banjir, tanah
runtuh, gunung
berapi, rebut
petir
Gempa bumi melawan bencana
alam akibat perubahan cuaca

Banjir

Gempa bumi Taufan

Gempa bumi

Rajah 4.3: Kejadian bencana bencana alam sejak tahun 1900

41
Rajah 4.3 menunjukkan kejadian-kejadian bencana alam yang berlaku
sepanjang tahung 1900 – 2000. Didapati kejadian bencana alam meningkat
secara mendadak sejak tahun 1960 manakala kejadian gempa bumi meningkat
dengan banyak sejak tahun 1980. Apabila dikaitkan kejadian gempa bumi dan
bencana yang melibatkan cuaca seperti siklon dan banjir, didapati trennya
adalah hampir sama walaupun bilangan kejadian bagi gema bumi adalah lebih
rendah.

Peningkatan kandungan karbon dioksida juga dikatakan penyebab


keadaan cuaca yang tidak menentu. Dalam keadaan cuaca ekstrim, boleh
membunuh tumbuhan dan hidupan liar. Sebagai contoh, bayangkan satu
jangkamasa di mana ketidaktentuaan cuaca meningkat. Tumbuhan boleh
terbunuh sekiranya suhu jatuh di bawah takat beku untuk hanya beberapa jam.
Manakala burung-burung dan serangga akna mati sekiranya suhu terlalu tinggi.

4.4 KESAN KEPADA GLASIER

Glasier terbentuk semasa musim sejuk daripada tahun 1550 sehingga


1850 dan dikenali sebagai Zaman Ais Kecil. Malangnya, sehingga tahun 1940,
glasier serat dunia terancam akibat pemanasan global. Sejak tahun 1980,
semakin banyak glasier yang hilang dan banyak lagi yang sedang terancam.
Proses ini dikatakan sangat mendadak pada tahun 1995.

Selain daripada bongkah-bongkah ais di Artik dan Antartika, jumlah


keseluruhan luas permukaan glasier dunia menurun sebnayak 50 % sejak akhir
abad ke -19. Sekarang, kadar kehilangan glasier dan jumlah keseimbangan jisim
yang hilang sedang meningkat di Andes, Alps, Pyrenees, Himalaya,
Pergunungan Rocky dan Utara Cascades.

42
Kehilangan glasier bukan sahaja menyebabkan kejadian tanah runtuh,
banjir kilat dan limpahan tasik glasier tetapi meningkatkan variasi tahunan aliran
air di sungai-sungai. Glasier menahan air di pergunungan sementara salji
menutup kumpulan glasier bagi mengelakkan ais daripada cair. Di tahun-tahun
yang lebih panas dan kering, cabang glasier mengurangkan amaun pemendakan
dengan input kecairan yang lebih tinggi.

Perubahan Glasier di Pergunungan Sejak 1970

Penipisan Efektif Glasier (m/tahun)


Rajah 4.4: Perubahan Ketebalan Glasier di Pergunungan sejak tahun 1970

Kadar efektif perubahan ketebalan glasier adalah ukuran purata


perubahan ketebalan glasier selepas pembetulan kepada ketumpatan dilakukan
bersama dengan pemampatan salji dan perubahan kepada ais. Rajah 4.4
menunjukkan purata tahunan kadar penipisan glasier sejak tahun 1970 untuk

43
173 glasier yang telah disukat sekurang-kurangnya 5 kali di antara 1970 dan
2004 (Dyurgerov and Meier 2005).

Semua kawasan pemerhatian kecuali Scandinavia menunjukkan


penipisan. Ancaman besar-besaran terhadap glasier menunjukkan petanda
pemanasan global. Semasa ini, 83% glasier yang diperhatikan menunjukkan
penipisan dengan anggaran purata kehilangan adalah 0.31 m/tahun. Glasier
yang membesar dengan cepat adalah Glasier Engabreen di Norway dengan
ketebalan 0.64 m/tahun manakala glasier yang menipis dengan kadar yang
paling pantas adalah Glasier Ivory di New Zealand di mana kadar pengurangan
sebanyak 2.4 m/tahun. Glasier Ivory hilang sepenuhnya sekitar tahun 1988.

4.5 PENYEBARAN PENYAKIT

Pemanasan global akan meyebabkan pertambahan vektor pembawa


penyakit terutamanya malaria. Infeksi Hantavirus, demam hemoragik Crimean-
Congo dan tularemia meningkat di kebanyakan kawasan di Rusia semasa tahun
2004-2005. Ini disebabkan oleh kelimpahan binatang yang mengunggis (rodents)
dan predator-predator mereka. Walau bagaimapun, sebahagian kesalahan
mungkin boleh diletakkan kepada kerajaan kerana kelemahan dalam vaksinasi
dan program pengawalan unggas.

4.6 KESAN KEWANGAN

Institusi kewangan, termasuk 2 syarikat insurans terbesar dunia, Munich


Re dan Swiss Re, menganggarkan dalam kajian di dalam tahun 2002 bahawa
peningkatan kekerapan beberapa bencana alam bergabung dengan tren social
akan melibatkan kos sebnayak 150 billion USD setiap tahun pada dekad akan

44
datang. Kos-kos ini termasuk pertambahan kos untuk insurans bencana alam,
pelanggan terbeban dan pembayar cukai individu dan industri.

Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) baru-baru ini


mengumumkan bahawa keadaan cuaca dunia yang tidak menentu
menyebabkan tahun 2005 adalah tahun yang melibatkan penggunaan kos
tertinggi walau pun tiada bukti jelas yang mengaitkan semua bencana alam yang
meningkat disebabkan oleh pemanasan global.

4.7 KESAN ALAM SEKITAR

Kawasan hutan yang terpelihara mungkin akan berkurang. Sempadan


hutan di selatan akan berubah ke utara sekitar 400 batu, manakala sepadan
utara akan bergerak ke selatan sejauh 60 batu. Komposisi hutan juga akan
berubah akibat daripada perubahan suhu yang mengurangkan paras
kelembapan tanah. Sebahagian spesies, seperti pokok gula maple Michigan dan
oak, akan digantikan dengan rumput mendatar, manakala pokok campuran
Minnesota Boreal akan digantikan dengan kayuan keras yang terdapat di
bahagian utara. Perubahan-perubahan ini akan berlaku dengan kenaikan suhu
sebanyak 1 °C (30-60 tahun dari sekarang) dan akan terus berlaku selama
beberapa abad. Kesan rumah hijau juga diramalkan akan mengancam 400
spesies mamalia, 460 spesies reptilia, 650 spesies burung, 660 spesies ikan
segar dan 10,00 spesies invertebrata dan tumbuhan di Amarika Syarikat.

45
4.8 KESAN MENYELURUH PEMANASAN GLOBAL

Insiden pelbagai kesan pemanasan global adalah kompleks dan berbeza-


beza di seluruh pelusuk dunia. Berikut adalah ringkasannya:

• Pelbagai aktiviti-aktiviti pembangunan telah menyebabkan situasi


alam sekitar semasa merosot. Kemerosotan keadaan persekitaran
mengakibatkan pemanasan global. Paras air laut meningkat dan
menyebabkan situasi menjadi lebih buruk terutama di kawasan
rendah. Kekurangan tanah akibat daripada aktiviti perhutanan
berleluasa juga menyebabkan banjir di sesetengah kawasan. Di
tempat-tempat lain, penebangan hutan juga menyumbangkan
cuaca yang lebih panas dan pengurangan dalam pertanian
mampan.
• Untuk respon kepada kesan akibat daripada pemanasan global,
adalah sebaiknya kita menyesuaikan diri dengannya. Dalam
banyak kes, ini akan menyebabkan perubahan dalam infrastruktur
seperti rekabentuk baru untuk benteng pertahanan laut atau
bekalan air. Walau bagaimanapun, kesan jangka pendek adalah
selalunya merugikan dan melibatkan kos yang banyak.
• Suhu ekstrem juga menyebabkan gangguan kepada bekalan
makanan. Kekurangan bekalan makanan bukan sahaja disebabkan
migrasi serangga tetapi juga gangguan cuaca seperti banjir, musim
kering yang lebih lama atau musim sejuk yang lebih lama.
• Perubahan cuaca juga mengakibatkan perubahan serius kepada
ekosistem semulajadi terutama pada latitud petengahan kepada
tinggi. Suhu yang lebih tinggi akan mengurangkan hasil hutan dan
secara tidak langsung meningkatkan kandungan karbon dioksida.
Suhu panas yang lebih lama juga menjadi punca kepada wabak
penyakit berjangkit seperti malaria yang akan merebak ke
kawasan-kawasan baru.

46
• Pakar ekonomi meramalkan peningkatan dalam belanjawan negara
akibat daripada kesan perubahan iklim dunia. Diramalkan
peningkatan sebanyak 1-2 peratus daripada KDNK untuk negara-
negara membangun dan sekitar 5 peratus atau lebih untuk negara-
negara maju.

Jadual 4.1 menunjukkan contoh-contoh variasi cuaca dan kejadian-kejadian


cuaca ekstrim dan kesan-kesannya.

4.9 PEMANASAN GLOBAL DI MALAYSIA

Malaysia juga tidak terkecuali dalam bahana pemanasan global dunia.


M.W. Ng et al. (2005) dalam kertas kerjanya melaporkan bahawa 1) peningkatan
suhu purata tahunan yang ketara dari 0.99 hingga 3.44°C untuk seratus tahun
dan 2) garis regresi suhu purata tahunan (bagi semua stesen yang dikaji)
menunjukkan tren pemanasan suhu telah meningkat dalam tempoh 30 tahun
lalu. Keputusan ini menunjukkan persetujuan dengan laporan terbaru
Intergovernmental Panel of Climatic Change.

Rajah 4.5 hingga 4.7, menunjukkan dengan jelas pertambahan suhu


sepanjang 50 tahun di Kuala Lumpur, Cameron Highland, Kota Kinabalu dan
Kuching. Pada ketiga-tiga tempat didapati, suhu purata tahunan tertinggi
direkodkan pada tahun1997.

47
Jadual 4.1: Contoh-contoh Variasi Cuaca dan Kejadian-kejadian Cuaca Ekstrim
dan Kesan-kesannya

Perubahan-perubahan yang dijangka pada Contoh Kesan-kesan yang dijangka


abad ke 21

Peningkatan suhu-suhu maksimum, lebih - Peningkatan insiden kematian dan


banyak hari-hari panas dan haba di penyakit serius di kalangan golongan
kebanyakan negara. tua dan golongan miskin Bandar.
- Peningkatan bebanan haba dalam
hidupan hutan.
- Perubahan destinasi pelancongan.
- Peningkatan risiko kerosakan
tanaman.
- Peningkatan tenaga elektrik untuk
tujuan penyejukan.
Peningkatan suhu-suhu minima, pengurangan - Pengurangan kematian akibat
hari-hari sejuk, hari beku dan ombak sejuk di kesejukan.
kebanyakan kawasan. - Pengurangan risiko kerosakan
tanaman dan peningkatan risiko-risiko
lain.
- Pemanjangan musim untuk sesuatu
wabak dan vektor pembawa penyakit.
- Mengurangkan keperluan tenaga untuk
pemanasan.
Kejadian pemendapan yang lebih serius - Peningkatan banjir dan tanah runtuh
- Peningkatan hakisan tanah
- Peningkatan banjir kilat
- Peningkatan tekanan kepada kerajaan
dan sistem insuran banjir persendirian.
Peningkatan bilangan hari musim panas di - Kekurangan hasil tanaman
kebanyaka latitude dan terdedah kepada risiko - Meningkatkan kerosakan kepada asas
kemarau bangunan disebabkan pengecutan
tanah.
- Mengurangkan kuantiti dan kualiti
sumber air.
- Meningkatkan risiko kebakaran hutan.
Peningkatan dalam kekuatan dan intensiti - Meningkatkan risiko kepada kehidupan
siklon tropika manusia, risiko penyakit berjangkit dan
lain-lain.
- Meningkatkan hakisan dan kerosakan
kepada bangunan dan infrastruktur.
- Peningkatan kerosakan ekosistem laut
seperti kerumbu karang dan paya
bakau.
Pertambahan kemarau dan banjir bersama - Pengurangan produktiviti pertanian di
dengan kejadian El Nino kawasan kemarau dan banjir.
- Pengurangan punca tenaga hidro
kuasa di kawasan kemarau.

Sumber: Watson, R. et al. (eds.), 2001

48
Suhu (°C)

Tahun

Rajah 4.5: Garis regresi purata suhu tahunan Kuala Lumpur dari 1951-2001
Sumber: M.W. Ng et al. (2005)

Kuala Lumpur merekodkan tren pemanasan tertinggi daripada 0.99


kepada 2.69°C/100 tahun. Kuala Lumpur mengalami kesan pemanasan
berganda kerana pembangunan pesat yang dialami selepas kemerdekaan.
Suhu (°C)

Tahun

Rajah 4.6: Garis regresi purata suhu tahunan Cameron Highland dari 1951-2001
Sumber: M.W. Ng et al. (2005)

49
Cameron Highland pula mengalami kesan yang paling minima pada kadar
0.99 °C/100 tahun. Ini adalah kerana keadaan cuacanya yang diliputi awan yang
melindungi pancaran matahari menembusi atmosfera berbanding dengan
kawasan-kawasan rendah yang lain.
Suhu (°C)

Tahun
Rajah 4.7: Garis regresi purata suhu tahunan Kota Kinabalu dari 1951-2001
Sumber: M.W. Ng et al. (2005)
Suhu (°C)

Tahun

Rajah 4.8: Garis regresi purata suhu tahunan Kuching dari 1951-2001
Sumber: M.W. Ng et al. (2005)

50
Rajah 4.7 dan 4.8 menunjukkan garis regresi suhu tahunan selama 50
tahun di Kota Kinabalu dan Kuching. Berbanding dengan Semenanjung
Malaysia, kadar pemanasan untuk Malaysia Timur adalah ketara lebih tinggi.
Kota Kinabalu merekodkan 3.44°C kenaikan per 100 tahun dan Kuching pula
2.84°C/100 tahun.

51
BAB 5

LANGKAH PENGAWALAN DAN PENYELESAIAN

5.1 PENGENALAN

Ancaman pemanasan global adalah yang terpenting daripada semua


masalah alam sekitar masa kini. Terdapat banyak cara mengatasinya, yang
mana setiap satunya untuk melawan satu daripada banyak sebab-sebab
pemanasan global. Masalah yang menyumbang kepada pemanasan global
dikenalpasti termasuk limpahan populasi, penebangan hutan, penipisan ozon,
jerebu, kesan rumah hijau, pembuangan sampah dan banyak lagi. Semua ini ada
penyelesaian unik yang sedang dipromosikan oleh pencinta-pencinta alam.
Antara langkah-langkah pengawalan dan penyelesaian kepada masalah
pemanasan global adalah seperti berikut;

5.1 Kecekapan Tenaga

Kecekapan tenaga boleh didefinasikan sebagai kaedah pengunaan


tenaga dengan bijak dalam menjalankan sesuatu tugas sama ada dirumah
mahupun di pejabat. Ini termasuk sebarang perubahan yang berlaku dalam
penghasilan satu unit aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan tenaga semasa.
Kecekapan tenaga adalah amat penting dalam pemuliharaan alam sekitar,
penjimatan bahan api fosil, wang dan tenaga tidak terbuang serta dapat
memperbaiki rizab asing negara.

Cara hidup masyarakat moden pada masa kini banyak melibatkan


penggunaan tenaga elektrik. Antaranya peti ais, televisyen, mesin basuh,
pendingin udara, komputer dan banyak lagi. Jelas menunjukkan peralatan-

52
peralatan ini amat membantu dalam kehidupan seharian. Namun begitu,
penggunaan peralatan elektrik yang tidak terkawal boleh menyebabkan
peningkatan kepada pemanasan global. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini,
penggunaan tenaga elektrik di rumah dan di pejabat perlu dijimatkan. Sebagai
contoh, lampu dan alat-alat elektronik seperti televisyen, komputer dan alat
pencetak yang tidak mustahak hendaklah dipadamkan. Penggunaan mod
’standby’ akan meningkatkan penggunaan bekalan elektrik sebanyak 5-13%.

Selain penggunaan tenaga elektrik di rumah, sektor industri merupakan


pengguna utama tenaga elektrik dimana penggunaan oleh industri adalah
sebanyak 60% daripada jumlah keseluruhan tenaga di dalam negara.
Pengunaan tenaga yang tinggi ini adalah untuk pengoperasian mesin-mesin bagi
tujuan penghasilan produk, penyejukan dan pengcahayaan kemudahan.
Pengunaan mesin-mesin berat di industri dalam masa yang panjang
mengakibatkan permintaan tenaga yang tinggi dalam sektor tersebut. Bagi
mengurangkan kesan ini, sektor industri boleh mengaplikasikan pelbagai kaedah
untuk menggurangkan penggunaan tenaga dalam operasi mereka.

Pendekatan kejuruteraan seperti penggunaan mesin berkecekapan tinggi


dan mempelajari proses yang terlibat, keperluan dan jadual penggunaan tenaga.
Kebiasaannya, kebanyakkan proses boleh dijadual semula untuk mengurangkan
bahan pencemar serta meningkatkan produktiviti.

Manakala dibangunan-bangunan komersial pula, alat penghawa dingin


telah menjadi satu kemestian dan ianya menggunakan sejumlah tenaga yang
tinggi. Di sesetengah bangunan, penggunaan teknologi termaju telah berjaya
mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Salah satu penyelesaian yang
effektif adalah dengan menukar penetapan suhu alat penghawa dingin kepada
suhu yang lebih tinggi. Dengan meningkatkan penetapan suhu kepada 24 darjah
Celsius contohnya, banyak tenaga yang boleh dijimatkan disamping
menghasilkan suasana yang lebih kondusif. Selain itu, penggunaan mentol jimat

53
tenaga menggantikan mentol berkuasa tinggi turut membantu mengurangkan
penggunan tenaga di bangunan-bangunan komersial.

Antara kaedah yang dapat dilaksanakan dalam memaksimumkan


kecekapan tenaga ialah melalui Permintaan Pengurusan Tapak (DSM) dimana
melalui kaedah ini, penggunaan tenaga daripada sumber-sumber yang sedia ada
amat dititikberatkan. Ini termasuk keperluan perancangan, perlaksanaan dan
pemantauan aktiviti utiliti yang direkabentuk sejajar dengan keperluan tenaga
serta kaedah yang akan membawa kepada perubahan yang diingini dalam
bentuk beban.

Antara contoh projek dibawah program kecekapan tenaga ialah


pembinaan bangunan Pejabat Rendah Tenaga bagi Kementerian tenaga,
teknologi hijau dan air (LEO KTAK) di Putrajaya. Bangunan ini telah menjadi
model kepada pembinaan bangunan-bangunan Pejabat Rendah Tenaga yang
lain di Malaysia. Pembangunan projek KTAK ini adalah hasil usahasama antara
pihak DANIDA dalam mendapatkan bantuan dari segi perolehan input dalam
rekabentuk bangunan disamping penyediaan spesifikasi tender bagi komponen
kecekapan tenaga.

Dalam sektor pengangkutan pula, kenderaan banyak menggunakan


sumber hidokarbon untuk menjanakan tenaga yang mana ianya secara lansung
melepaskan karbon ke atmosfera. Sebagai langkah awal yang boleh diambil
adalah dengan berkongsi kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat
lain serta menggalakkan pengangkutan awam.

54
Rajah 5.1: Penjimatan tenaga elektrik

5.2 Mengurangkan penyingkiran karbon dioksida

Faktor utama pemanasan global adalah karbon dioksida yang terhasil


daripada penggunaan bahan api dan perindustrian. Penyumbang lain adalah
aktiviti pertanian (penggunaan baja nitrogen) dan penebangan hutan
(pengurangan penyerapan karbon dioksida). Karbon dioksida boleh dikurangkan
dengan mengurangkan jumlah penggunaan tenaga tetapi ini bermaksud

55
pengurangan taraf hidup atau usaha berganda harus dilakukan untuk
mengkomersialkan proses penjimatan tenaga.

Cadangan lain adalah peralihan daripada penggunaan bahan api kepada sumber
tenaga lain seperti tenaga solar, nuklear atau cantuman proses-proses. Dengan
penerimaan tenaga nuklear, yang sememangnya diketahui mempunyai masalah-
masalah lain, semua ini memerlukan kajian dan pembangunan yang lebih
sebelum boleh dikomersialkan. Jadual 5.1 menunjukkan kepekatan dan jangka
hayat gas-gas rumah hijau. Seperti yang boleh dilihat, jangka hayat untuk karbon
dioksida menjangkau 250 tahun manakala kloroflorokarbon pula adalah 100
tahun. Oleh itu, sepantas mana pun langkah-langkah pengawalan dijalankan,
hasilnya tidak dapat akan dapat dirasai serta merta.

Jadual 5.1: Kepekatan dan jangka hayat gas-gas rumah hijau

Gas Kepekatan Peningkatan Jangka Proses


troposfera, kepekatan hayat dalam penyingkiran
ppm tahunan di atmosfera, Utama
dalam tahun
atmosfera, %
CO2 351.0 0.4 250 Digunakan oleh
laut
CH4 1.7 1 10 Transformasi
kimia kepada
CO2 dan air
N2O 0.31 0.3 150
CFCl3 2.6 x 10-4 5 70 Fotopengasingan
kepada klorin
dan asid
hidroklorik yang

56
disingkirkan
melalui
pemendakkan
CF2Cl3 4.4 x 10-5 5 120 Fotopengasingan
kepada klorin
dan asid
hidroklorik yang
disingkirkan
melalui
pemendakkan
C2Cl3F3 3.2 x 10-5 10 90 Fotopengasingan
kepada klorin
dan asid
hidroklorik yang
disingkirkan
melalui
pemendakkan

Sumber: Bhatia, 2007

5.3 Kawalan Perundangan dan garis panduan

Beberapa undang-undang dan akta telah diperkenalkan bagi mengurangkan


pencemaran yang menyebabkan pemanasan global. Pada tahun 1988,
persidangan antarabangsa dalam perubahan atmosfera telah mengumpulkan
saintis dan ahli politik daripada 48 negara. Sebahagian polisi berjaya
mengurangkan pemanasan global. Antara peraturan dan garis panduan yang
diperkenalkan di Malaysia dalam mengurangkan masalah-masalah berkaitan
pencemaran udara dan secara tidak langsung membantu dalam mengatasi
masalah pemanasan global adalah;

57
i. Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas), 1977
dan dikuatkuasa di bawah Ordinan Lalu lintas, 1958.
ii. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978.
iii. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan ke Atas Penggunaan CFC dan
lain-lain Gas sebagai Propelan dan Agen Pengembang), 1993.
iv. Garis Panduan ‘Protection of the Ozone Layer’, 1994.
v. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran),
1999.
vi. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Halon), 1999.

5.4 Kawalan kejuruteraan

Kawalan kejuruteraan melibatkan kawalan dari segi teknikal seperti


proses penghasilan dan pengeluaran bahan pencemar. Kebiasaannya kawalan
kejuruteraan penting semasa proses rekabentuk sesebuah kilang atau jentera.
Pemilihan kaedah kawalan kejuruteraan yang digunakan mestilah sesuai dengan
jenis dan sifat bahan pencemar serta punca pencemaran. Kaedah kawalan yang
berkesan dapat membantu mengawal pencemaran. Contoh kawalan kejuruteran
yang boleh digunakan untuk mengawal zarah-zarah dan gas-gas yang terhasil
daripada terlepas ke atmosfera adalah seperti berikut; saiklon, pemendakan
elektrostatik, saringan, pembakaran pemangkin dan sebagainya.

5.5 Peranan sektor perindustrian

Sektor perindustrian perlu mengurangkan pencemaran daripada proses-


proses mereka dan mengambil langkah meneliti penggunaan tenaga dalam
proses-proses dan bagaimana tenaga boleh dikurangkan. Lebih banyak barang-
barang yang menjimatkan tenaga seperti automobil, barangan elektrik, motor
dan lampu perlu dicipta. Penambahbaikkan teknologi terkini dapat
mengurangkan pembebasan karbon dioksida. Sebagai contoh,
penambahbaikkan kepada sistem penebatan rumah akan mengurangkan jumlah

58
tenaga yang digunakan untuk pemanasan sebanyak 90 %. Lampu komersial
yang terbaru mampu menjimatkan lebih 70 % tenaga.

Sebahagian alat elektrik menggunakan tenaga walau pun dalam keadaan


yang tidak digunakan. Dengan merekabentuk semula televisyen dan komputer,
alat-alat ini dapat menjimatkan tenaga semasa dalam mod sedia (stand by
mode) tanpa perlu menggunakan tenaga dengan banyak. Untuk menstabilkan
kandungan karbon dioksida pada tahap biasa, kita perlu mengurangkan
pencemaran sebanyak 8 hingga 10 %. Ini sememangnya boleh dilaksanakan
asalkan mendapat sokongan daripada sektor industri.

5.6 Meningkatkan kesedaran masyarakat

Selain itu, ilmu pengetahuan adalah kunci kepada cara mengurangkan


kesan rumah hijau. Dengan mengajar penduduk tentang penebangan hutan,
aktivis-aktivis alam sekitar berharap dapat mencegah masalah-masalah yang
menyebabkan pemanasan global. Sebagai contoh dengan menggalakkan
penduduk mengambil langkah pendekatan alam sekitar seperti penanaman
pokok banyak membantu dalam mengurangkan fenomena ini. Ini kerana setiap
hari pokok-pokok tetap ditebang bagi penempatan baru. Ini sepatutnya
digantikan dengan penanaman pokok-pokok baru bagi menggantikan pokok
yang telah ditebang. Selain itu, perhatian media dengan menyebarkan punca
dan kesan-kesan pemanasan global dapat memberi kesedaran kepada
penduduk dunia. Ini akan memastikan tindakan individu dan kerajaan dalam
memastikan fenomena ini dibendung.

59
Rajah 5.2: Kempen galakan penanaman semula pokok

5.7 Perancangan keluarga

Oleh kerana banyak masalah pemanasan global berpunca daripada limpahan


populasi, manusia seluruh dunia berusaha mengurangkan saiz keluarga.
Perkhidmatan perancangan keluarga sebenarnya banyak membantu menangani
gejala ini.

60
BAB 6

PROTOKOL KYOTO

6.1 PENGENALAN

Protokol Kyoto 1988 dirangka selepas kejayaan Protokol Montreal


mengenai pengawalan emisi gas kloroflorokarbon (CFC) dan bahan kimia lain.
Protokol ini merupakan satu pakatan oleh negara-negara semasa Persidangan
Bangsa-bangsa Bersatu PBB di Kyoto pada tahun 1997 untuk mengurangkan
emisi gas rumah hijau dimana ianya telah mendapat persetujuan antarabangsa
di dalam Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim (UNFCCC) dan hanya
boleh ditandatangani atau disahkan oleh pihak yang bersekutu dengan
UNFCCC.

61
Nama rasmi bagi protokol ini ialah Kyoto Protokol to the United Nations
Framework Convention on Climate Change atau Protokol Kyoto dalam
Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim. Protokol ini merupakan protokol
kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim (UNFCCC) yang ditubuhkan
semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 3 -14 Jun 1992
yang kemudiannya telah dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997.
Seterusnya protokol ini telah dibuka untuk penandatanganan pada 16 Mac 1998
dan ditutup pada 15 Mac 1999. Persetujuan ini mula berkuatkuasa pada 16
Februari 2005 setelah pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia pada 18
November 2004.

Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah atau komitmen negara-negara


perindustrian berkaitan pengurangan pembebasan gas rumah hijau mereka
secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990. Sasaran pengurangan gas
rumah hijau ini bermula dari tahun 2008 hingga 2012. Objektif utama Protokol
Kyoto ialah untuk menstabilkan gas rumah hijau didalam atmosfera kepada
tahap yang tidak akan menjejaskan sistem iklim. Enam gas rumah hijau yang
dimaksudkan ialah karbon dioksida (CO2), metana (CH4), nitrus oksida (N2O),
sulfur heksaflurida (SF) serta dua kumpulan gas iaitu hidroflorokarbon (HFCs)
dan perflurokarbon (PFCs).

Sehingga Disember 2009, sebanyak 189 buah negara dan 1 organisasi


integrasi ekonomi serantau (EEC) telah menandatangani serta meretifikasi
protokol ini kecuali Amerika Syarikat. Malaysia telah mengesahkan perjanjian ini
pada September 2002. Dibawah UNFCCC, negara-negara peserta terbahagi
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan negara-negara Annex I atau negara-
negara maju dan negara-negara bukan Annex I iaitu negara-negara

62
membangun. Dibawah Protokol Kyoto, negara-negara bukan Annex I tidak
dikenakan sebarang sasaran bagi mengurangkan gas rumah hijau mereka
manakala negara-negara Annex I dikenakan sasaran pengurangan emisi gas
rumah hijau.

Jadual 6.1: Kuantifikasi sasaran had emisi dan pengurangan di dalam


Protokol Kyoto.

Negara-negara Annex I
% Had/ Pengurangan
Austria, Belgium, Bulgaria, Republik Czech, Denmark,
Estonia, Kesatuan Eropah, Finland, Perancis, German,
Greece, Ireland, Italy, Latvia, Liechtenstein, Lithuania,
-8
Luxembourg, Monaco, Netherlands, Portugal, Romania,
Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden, Switzerland, United
Kingdom dan Ireland Utara
Amerika Syarikat -7
Canada, Hungary, Jepun, Poland -6
Croatia -5
New Zealand, Rusia, Ukraine 0
Norway +1
Australia +8
Iceland + 10

6.2 NEGARA-NEGARA ANGGOTA

63
Menurut sumber UNFCCC, sehingga Disember 2009 sebanyak 189 buah
negara dan 1 organisasi Integrasi Ekonomi Serantau (EEC) telah
menandatangani serta mengesahkan protokol ini. Semua 39 buah negara
Annex I dan 21 buah negara Annex II telah menandatangani dan meretifikasi
protokol ini dan selebihnya terdiri daripada negara-negara bukan Annex I.
Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara yang tidak mempersetujui
protokol ini.

6.2.1 Negara-negara Annex I

Australia, Austria, Belarus, Belgium, Bulgaria, Kanada, Croatia, Republik Czech ,


Denmark, Estonia, Finland, France, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Ireland,
Itali, Jepun, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Netherlands, New
Zealand, Norway, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Slovakia, Slovenia, Spain,
Sweden, Switzerland, Turkey, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat

6.2.2 Negara-negara Bukan Annex I

Malaysia, China, India, Fiji, Singapura, Thailand, Indonesia, Panama, Bahamas,


Mongolia, Argentina, Bangladesh, Uganda, Timor-Leste, Malta, São Tomé,
Príncipe, Comoros, Saint Kitts, Nevis, Republik Afrika Tengah, Tonga, Serbia,
Montenegro, Angola, Côte d'Ivoire, Bosnia Herzegovina, Congo, Gabon,
Lebanon, Sierra Leone, Suriname, Libya, Zambia, Cape Verde, Bahrain, Syria,
Swaziland, Guinea-Bissau, Nepal, Iran, Eritrea, Mauritania, Haiti, North Korea,

64
Ethiopia, Albania, Burkina Faso, Congo, Kuwait, Kenya, Venezuela, Algeria,
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Dominica, Oman, Mozambique, Egypt, Qatar,
Pakistan, Saint Vincent, Grenadines, Nigeria, Republik Macedonia, Sudan,
Niger, Yaman, Rwanda, Togo, Israel, Filipina, Fiji, Antigua, Barbuda, Tuvalu,
Maldives, Turkmenistan, Trinidad, Tobago, Georgia, Federated States of
Micronesia, Jamaica, Cyprus, Paraguay, Guatemala, Uzbekistan, Nicaragua,
Bolivia, Palau, Ecuador, El Salvador, Honduras, Barbados, Equatorial Guinea,
Lesotho, Guinea, Kiribati, Mexico, Azerbaijan, Samoa, Uruguay, Mauritius,
Gambia, Vanuatu, Senegal, Nauru, Burundi, Malawi, Colombia, Morocco,
Republik Dominican , Benin, Djibouti, Mali, Papua New Guinea, Cuba,
Seychelles, Africa Selatan, Grenada, Costa Rica, Cambodia, Brazil, Bhutan,
Chile, Tanzania, Cameroon, Sri Lanka, Peru, Vietnam, Liberia, Korea Selatan,
Jordan, Tunisia, Laos, Kepulauan Solomon, Moldova, Armenia, Kyrgyzstan,
Ghana, Guyana, Botswana, Kepulauan Marshall, Burma, Saint Lucia, Namibia,
Madagascar, Belize.

6.2.3 Negara-negara Berkecuali

Afghanistan, Brunei, Chad, San Marino, Tajikistan, Zimbabwe, Andorra, Iraq,


Somalia, Vatican City, Palestinian Authority, Sahrawi Arab Democratic Republic,
dan Taiwan.

65
Menandatangani dan mengesahkan
Menandatangani dan pengesahan tertangguh
Menandatangi tetapi pengesahan ditolak
Tidak menandatangani

Rajah 6.1: Negara-negara anggota dalam Protokol Kyoto

6.3 PRINSIP UTAMA PROTOKOL KYOTO

Terdapat lima prinsip utama dalam Protokol Kyoto yang mana ianya
diharapkan dapat mencapai objektif protokol ini. Lima prinsip di dalam Protokol
Kyoto adalah:

1. Unsur utama dalam protokol ini adalah berlandaskan kepada komitmen


negara-negara Annex I untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau
seperti yang telah disepakati secara perundangan begitu juga dengan
komitmen umum negara-negara membangun.

66
2. Untuk mencapai objektif protokol, negara-negara Annex I harus
menyediakan polisi dan langkah-langkah pencegahan untuk
mengurangkan emisi gas rumah hijau.

3. Mengurangkan kesan terhadap negara membangun dengan mewujudkan


dana untuk kesan perubahan iklim.

4. Melaporkan dan menilai dalam memastikan integrity protokol.

5. Mewujudkan satu badan yang memantau kepatuhan negara anggota


terhadap protokol.

6.4 MEKANISMA PERLAKSANAAN PROTOKOL KYOTO

Negara-negara yang telah memberikan komitmen untuk menghadkan


atau mengurangkan kadar emisi gas rumah hijau perlu mencapai sasaran yang
telah ditetapkan melalui mekanisma tertentu yang selaras bagi setiap negara.
Menerusi Protokol Kyoto, tiga mekanisma telah dibentuk bagi memastikan
sasaran yang telah ditetapkan tercapai dan pada masa yang sama mewujudkan
apa yang dikenali sebagai “pasaran karbon”. Mekanisma-mekanisma tersebut
ialah Mekanisma Perdagangan Karbon, Perlaksanaan Bersama (JI) dan
Mekanisma Teknologi Bersih (CDM). Setiap mekanisma ini dibangunkan degan

67
tujuan memberikan kelonggaran kepada Negara-negara Annex I untuk mencapai
sasaran yang telah dipersetujui melalui perkongsian kredit karbon antara sesama
negara anggota.

Selain daripada itu, mekanisma-mekanisma ini juga bertujuan untuk:

• Menggalakkan pembangunan mapan melalui pemindahan dan


pelaburan teknologi.

• Membantu negara-negara berkomitmen mencapai sasaran dengan


pengurangan atau penghapusan karbon di atmosfera bagi negara-
negara lain melalui kaedah yang lebih kos efektif.

• Menggalakkan sektor swasta dan negara-negara membangun


memberi sumbangan dalam usaha pengurangan emisi.

6.4.1 Perdagangan Karbon

Model Perdagangan Karbon ini dimajukan berasaskan kepada


perdagangan emisi sebatian sulfur di Amerika Syarikat yang telah berjaya
mengatasi masalah hujan asid menerusi penguatkuasaan Akta Udara Bersih
1990. Melalui Perdagangan Karbon, negara-negara Annex I boleh
memindahkan atau membeli kredit karbon daripada negara-negara lain yang
turut menandatangani Protokol Kyoto termasuk Malaysia. Kaedah ini dapat
memastikan bahawa jumlah kredit karbon keseluruhan yang telah ditetapkan
dapat dipatuhi dengan membahagikannya semula sesama ahli anggota. Tiada
had yang ditetapkan untuk sesebuah negara daripada membeli kredit karbon.
Namun begitu, bagi negara-negara yang ingin memindahkan jumlah kredit
karbon haruslah tidak melebihi kadar yang telah ditetapkan bagi negara tersebut.

68
6.4.2 Perlaksanaan Bersama (JI)

Melalui mekanisma Perlaksanaan Bersama, negara-negara Annex I


dibenarkan untuk melaburkan wang bagi membekalkan teknologi yang mesra
alam kepada negara-negara membangun. Pada masa yang sama, negara-
negara ini akan mendapat kredit, iaitu Unit Pengurangan Emisi (ERU) diatas
kejayaan projek yang telah dilaksanakan sekiranya sesuatu sasaran
pengurangan karbon tercapai. Mekanisma Perlaksanaan Bersama tidak akan
mempengaruhi sasaran jumlah unit keseluruhan kerana Unit Pengurangan Emisi
ini akan ditukarkan daripada Jumlah Unit Dipertanggungjawabkan (AAU).

6.4.3 Mekanisma Pembangunan Bersih (CDM)

Mekanisma Pembangunan Bersih (CDM) merupakan satu mekanisma


berasaskan projek, dimana kredit boleh di hasilkan melalui projek-projek
pengurangan emisi ataupun projek-projek penanaman semula oleh Negara-
negara bukan Annex I. Berbeza daripada mekanisma Perdagangan Karbon dan
Perlaksanaan Bersama, projek-projek dibawah Mekanisma Pembangunan
Bersih ini menghasilkan unit-unit Kyoto baru yang mana perolehan unit-unit ini
oleh negara-negara Annex I akan meningkatkan jumlah unit keseluruhan sedia
ada serta had emisi dibenarkan untuk setiap negara terbabit.

Namun begitu, projek-projek dibawah CDM ini perlu mematuhi beberapa


keperluan serta prosedur yang telah ditetapkan untuk tujuan pengesahan dan
pendaftaran projek-projek serta verifikasi dan pengesahan pengurangan dan
penghapusan emisi. Projek-projek dibawah CDM ini akan menghasilkan tiga
jenis unit Kyoto iaitu Pengurangan Emisi Disahkan (CERs) bagi projek-projek
yang telah Berjaya mengurangkan emisi, manakala CERs sementara (tCERs)
serta CERs jangka panjang (lCERs) diberikan kepada projek-projek yang berjaya

69
menggalakkan pengurangan emisi melalui projek-projek perhutanan dan
penanaman semula.

6.5 KRITERIA KELAYAKAN MEKASNIME PROTOKOL KYOTO.

Protokol Kyoto mensyaratkan bahawa sesebuah negara atau badan perlu


memenuhi enam kriteria spesifik untuk melayakkan mereka mengambil bahagian
didalam mekanisme Kyoto dimana kriteria ini diwujudkan berdasarkan kepada
keperluan kaedah dan laporan. Kriteria kelayakan ini adalah bagi memastikan
sesebuah negara atau badan menilai emisi mereka dengan tepat. Kelayakan
sesuatu negara atau badan untuk mengambil bahagian di dalam mekanisme
Kyoto akan ditentukan berdasarkan hasil normal daripada penilaian dan
kepatuhan prosedur di ikuti dengan penyerahan laporan awalan dan di susuli
dengan laporan tahunan serta prosedur kepatuhan.

Berikut adalah enam kriteria spesifik kelayakan untuk mengambil bahagian


didalam mekanisme Kyoto Protokol:

a) Negara anggota merupakan ahli kepada Protokol Kyoto.

b) Jumlah awal yang disasarkan telah di bangunkan dan di rekodkan dalam


Pengakalan Data Kompilasi dan Perakaunan.

c) Negara anggota memenuhi keperluan yang telah dibangunkan dibawah


Artikel 5, perenggan 1.

70
d) Pendaftaran sesuatu negara anggota memenuhi keperluan yang telah
dibangunkan dibawah Artikel 7, perenggan 4.

e) Negara anggota telah menghantar inventori untuk tahun yang terkini dan
ianya memenuhi keperluan yang telah dibangunkan dibawah Artikel 7,
perenggan 1.

f) Negara anggota telah menghantar maklumat berkenaan jumlah yang telah


disasarkan dibawah Artikel 7, perenggan 1.

6.6 ISU-ISU DALAM PERLAKSANAAN PROTOKOL KYOTO

Dibawah Protokol Kyoto, negara-negara bukan Annex I iaitu negara-


negara membangun tidak dikenakan sebarang sasaran bagi mengurangkan gas-
gas rumah hijau manakala negara-negara Annex I dikenakan sasaran tertentu
dalam pengurangan emisi gas-gas rumah hijau. Ini selaras dengan prinsip yang
dinyatakan dibawah UNFCCC bahawa negara-negara maju adalah
bertanggungjawab untuk mengurangkan emisi gas-gas rumah hijau masing-
masing. Sehingga Desember 2009, peratus emisi bagi Negara-negara Annex I
ialah sebanyak 63.7%.
Namun begitu, walaupun Amerika Syarikat merupakan negara pengeluar
karbon dioksida tertinggi dan merupakan negara kedua tertinggi dalam
penetapan sasaran pengurangan gas rumah hijau, negara ini masih berkeras
untuk tidak mempersetujui Protokol Kyoto dengan alasan ia akan menelan
belanja yang terlalu tinggi dan perjanjian itu mempunyai banyak kelemahan.
Antara yang menjadi penghalang ialah tindakan mewajibkan pemasangan alat
penapis karbon, usaha membina sumber tenaga yang mesra alam dan
penyediaan teknologi baru yang akan menelan belanja yang besar.

71
Bagi negara-negara membangun seperti China dan India, walaupun tiada
sebarang sasaran ditetapkan untuk pengurangan gas rumah hijau, namun
mereka juga telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan inventori gas-gas
rumah hijau, menggubal program-program kebangsaan untuk mengurangkan
emisi gas-gas rumah hijau dan mengambil langkah mengadaptasi kepada
perubahan iklim. Namun begitu, kesediaan negara-negara ini mengurangkan
emisi gas rumah hijau bergantung kepada bantuan kewangan dan pemindahan
teknologi yang dihulurkan oleh negara-negara maju. Tanpa bantuan kewangan
daripada negara-negara maju ini, program-program yang dicadangkan tidak
akan dapat dijalankan kerana ketiadaan sumber.

Oleh yang demikian, sungguhpun tanpa sasaran yang ditetapkan dibawah


Protokol Kyoto, negara-negara seperti China, India dan juga Malaysia masih
tetap berusaha untuk mengurangkan emisi gas-gas rumah hijau mereka dan
salah satu kaedah yang digunakan ialah melalui projek Mekanisma
Pembangunan Bersih (CDM) seperti yang diperuntukkan dibawah Protokol
Kyoto. Pada ketika ini, India adalah merupakan antara negara terbanyak yang
mempunyai bilangan projek CDM yang telah didaftarkan manakala Malaysia
berada di kedudukan keenam.

Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim (UNFCCC) telah bersetuju untuk


menetapkan satu tanggungjawab bersama tetapi berbeza didalam Protokol
Kyoto. Setiap ahli telah bersetuju bahawa:

1. Negara-negara maju merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran


gas-gas rumah hijau global sama ada pada masa dahulu mahupun
sekarang.
2. Pengeluaran gas hijau perkapita bagi negara-negara membangun adalah
masih rendah.

72
3. Pembahagian emisi gas rumah hijau global daripada negara-negara
membangun akan meningkat sejajar dengan kehendak pembangunan
negara-negara tersebut.

Dalam erti kata lain, China, India dan negara-negara membangun yang lain
tidak termaktub di dalam mana-mana perkiraan pengurangan gas hijau kerana
negara-negara tersebut bukan merupakan negara-negara penyumbang kepada
emisi gas rumah hijau semasa dizaman perindustrian sebelum ini. Namun
begitu, walaupun tidak mempunyai sebarang komitmen dan sasaran tertentu
dalam mengurangkan emisi gas-gas hijau, neraga-negara membangun ini turut
bertangungjawab dalam memastikan pengurangan emisi gas-gas hijau secara
global sama seperti negara-negara maju yang lain.

6.7 MEMPERKASAKAN PROTOKOL KYOTO

Sempena Persidangan Perubahahan Iklim Sedunia Bangsa-Bangsa


Bersatu yang berlansung di Copenhagen, Denmark pada Disember 2009, satu
persefahaman yang dinamakan Persefahaman Copenhagen telah
mempersetujui beberapa perkara yang berkaitan dengan pemanasan global.
Antara intipati persefahaman tersebut adalah negara anggota bersetuju bahawa
perubahan iklim merupakan cabaran paling hebat masa kini. Untuk mengatasi
perubahan iklim ini, penekanan terhadap penggunaan kuasa politik negara
anggota adalah amat kritikal berdasarkan prinsip-prinsip persamaan tetapi
berbeza dari aspek tanggungjawab dan kebolehan. Negara-negara anggota turut
bersetuju bahawa dalam mencapai objektif utama persidangan, perubahan iklim
dunia haruslah berada kurang daripada 2 darjah Celcius dalam mengelakkan
kesan bahaya terhadap hidupan akibat perubahan iklim ini.

Negara anggota juga bersetuju bahawa pengurangan mendadak emisi


gas rumah hijau global adalah amat penting berdasarkan fakta-fakta sains dan

73
seperti yang termaktub dalam Laporan Penilaian Keempat IPCC dalam
memastikan peningkatan suhu global adalah tetap dibawah 2 darjah Celcius.
Negara anggota akan bekerjasama dalam mencapai kemuncak dalam emisi
global dan kebangsaan secepat mungkin serta sedar rangka masa untuk negara-
negara membangun adalah lebih panjang. Negara anggota juga prihatin bahawa
pembangunan sosial dan ekonomi serta pembasmian kemiskinan adalah
keutamaan paling penting di negara-negara membangun dan strategi
pembangunan yang rendah emisi gas rumah hijau adalah penting kepada
pembangunan mapan.

Mengadaptasi kesan negatif perubahan iklim dan impak-impak yang


berpotensi hasil daripada tindak balas adalah cabaran yang dihadapi oleh semua
negara. Penambah baikan tindakan dan kerjasama antarabangsa adalah
diperlukan segera dalam memastikan implementasi konvensyen. Negara
anggota juga bersetuju bahawa negara-negara membangun perlu menyediakan
sumber kewangan teknologi dan kapasiti pembangunan yang mencukupi dan
mapan.

Negara anggota yang terdiri daripada negara-negara Annex I telah


bertekad untuk mengimplimantasi secara invidu atau bersama sasaran emisi
ekonomi terbuka bagi tahun 2020. Negara anggota Annex I akan
memperkukuhkan pengurangan emisi gas rumah hijau yang ditelah di
bangunkan melalui Protokol Kyoto. Pengurangan dan pembiayaan kewangan
oleh negara maju akan di ukur, dilaporkan dan disahkan berdasarkan garis
panduan yang sedia ada atau lain-lain garis panduan yang diadaptasi oleh
persidangan. Negara anggota juga akan memastikan bahawa pelaksaan sasaran
dan kewangan adalah padu, mantap dan telus.

Negara-negara anggota juga telah mengiktiraf peranan penting


penanaman semula hutan dalam mengurangkan emisi gas rumah hijau serta
meningkatkan penyingkiran gas rumah hijau oleh kawasan hutan serta

74
menyediakan insentif positif untuk membolehkan penyaluran sumber kewangan
daripada negara-negara membangun.

Negara anggota turut bersetuju untuk mewujudkan Geran Iklim Hijau


Conpanhagen sebagai satu entiti operasi bagi mekanisme kewangan untuk
persidangan ini dalam menyokong projek, program, dan lain-lain aktiviti yang
dijalankan di negara-negara membangun berkaitan dengan kaedah mitigasi
kesan perubahan iklim. Selain itu, untuk menggalakkan tindakan dalam
pembangunan dan pemindahan teknologi, negara-negara anggota turut
membangunkan Mekanisme Teknologi untuk mempercepatkan pembangunan
dan pemindahan teknologi dikalangan negara anggota.

Selain daripada itu, peningkatan serta penambahan geran-geran baru


turut dicadangkan selain peningkatan perolehan geran-geran dikalangan negara-
negara membangun berdasarkan kepada keperluan semasa. Selain itu,
sokongan terhadap program-program mitigasi turut diberikan termasuk sumber
kewangan yang mencukupi untuk mengurangkan emisi melalui projek-projek
penanaman semula, adaptasi, pembangunan dan pemindahan teknologi serta
pembangunan kapasiti bagi menambahbaik perlaksanaan persidangan ini.
Komitmen bersepadu daripada negara-negara membangun diperlukan dalam
menyediakan sumber-sumber baru dan sedia ada termasuk perhutanan dan
pelaburan melalui instisusi-institusi antarabangsa. Pengagihan geran-geran
akan memberi keutamaan kepada negara-negara menbangun yang paling
memerlukan seperti negara-negara mundur, kepulauan kecil dan Afrika.

Negara anggota juga telah bersepakat untuk menilai implementasi


persidangan ini menjelang 2015 sejajar dengan objektif utama persidangan. Ini
adalah termasuk pertimbangan untuk mengukuhkan matlamat jangka panjang
yang merujuk kepada pelbagai permasalahan yang dibangkitkan sains, termasuk
hubungkait berkenaan peningkatan suhu.

75
BAB 7

PROTOKOL MONTREAL

7.1 PENGENALAN

Lapisan ozon semulajadi meliputi kira-kira 16 km dari permukaan bumi


dan ianya bertanggungjawab untuk menyerap sinaran ultra ungu (UV) yang

76
berbahaya dari matahari. Lapisan ozon berperanan sebagai lapisan
perlindungan kepada segala bentuk kehidupan di bumi. Lapisan perlindungan ini
perlu dikekalkan supaya hidupan tidak terdedah secara berlebihan kepada
sinaran UV yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti radang kulit,
sakit mata serta melemahkan sistem ketahanan badan. Peningkatan sinar UV
juga akan mengurangkan hasil tanaman dan akan mengganggu rantaian
makanan hidupan akuatik dan daratan.

Malangnya, lapisan ozon ini semakin terancam disebabkan oleh


penggunaan secara berlebihan beberapa jenis bahan kimia yang umum dikenali
sebagai bahan pemusnah ozon atau ozone depleting substances (ODS). Antara
bahan yang dikenalpasti boleh memusnahkan lapisan ozon termasuklah Kloro-
fluoro-karbon (CFC), Hidro-kloro-fluoro-karbon (HCFC), Halon, Metil Klorofom
dan Karbon Tetraklorida. Bahan-bahan kimia ini biasanya digunakan di dalam
pengeluaran pelbagai produk kelengkapan rumah, industri dan pertanian.
Umpamanya CFC dan HCFC digunakan secara meluas sebagai bahan
pendingin.

Bahan pendingin ini lazimnya digunakan dalam alat pendingin hawa yang
dipasang dalam bangunan dan kenderaan. Selain itu, bahan ini juga digunakan
dalam sistem penyejukan seperti peti sejuk, penyejuk beku dan mesin
pembuatan ais. CFC juga digunakan sebagai aerosol dalam tin penyembur
seperti penyembur rambut. Di samping CFC, bahan pemusnah ozon seperti
‘halon’ digunakan dalam alat pemadam api, ‘metil klorofom’ dan ‘karbon
tetraklorida’ digunakan dalam bahan pencuci serta ‘metil bromida’ digunakan
dalam racun makhluk perosak bagi kegunaan pertanian, aktiviti kuarantin dan
rawatan dagangan terutamanya merawat produk berasaskan kayu.

7.2 PENIPISAN LAPISAN OZON

77
Penipisan lapisan ozon berlaku apabila molekul-molekul bahan pemusnah
ozon bergerak ke arah lapisan atas atmosfera dan selepas beberapa tahun
sampai ke lapisan stratosfera yang terletak 16 km daripada permukaan bumi. Di
lapisan stratosfera ini, sinaran UV dari matahari akan bertindak balas dan
memecahkan molekul bahan pemusnah ozon. Hasil tindakbalas ini, molekul
CFC, HCFC, karbon tetraklorida, metil klorofom dan lain-lain gas akan terurai
dan membebaskan atom klorin, manakala halon dan metil bromida pula
membebaskan atom bromin. Kedua-dua atom klorin dan bromin ini berupaya
untuk memusnahkan lapisan ozon. Di samping itu, bahan pemusnah ozon juga
bertindak sebagai bahan pencemar yang menyebabkan suhu di atmosfera
meningkat dan proses ini menyumbang kepada fenomena pemanasan dunia
(global warming). Rajah 7.1 menunjukkkan kesan penggunaan bahan kimia
seperti CFC dan halon terhadap lapisan ozon.

Rajah 7.1: Kesan penggunaan bahan penghapus ozon terhadap lapisan


ozon

7.3 PEMBENTUKAN PROTOKOL MONTREAL

78
Pelbagai usaha dan langkah penting telah diambil untuk mengelakkan
penipisan lapisan ozon dari terus berlaku. Kerjasama dalam menangani masalah
ini kini dilakukan secara bersepadu oleh sebahagian negara di dunia. Oleh itu
atas persetujuan dunia, United Nations Environment Programme (UNEP) telah
memulakan satu Penyelidikan Ozon Global dan Projek Pemantauan bagi
menyelaras semua aktiviti pemantauan dan penyelidikan berkaitan untuk jangka
panjang. Melalui projek ini, kesemua data yang diperolehi daripada tapak
pemantauan di seluruh dunia akan dihantar ke Pusat Data Ozon yang bertempat
di Toronto, Kanada.

Isu penipisan lapisan ozon buat pertama kalinya dibincangkan oleh UNEP
pada tahun 1986. Pada tahun 1977, UNEP telah mengadakan perjumpaan
bersama pakar-pakar lapisan ozon dan hasilnya satu tindakan perancangan
dunia terhadap lapisan ozon telah diwujudkan. Seterusnya, pada tahun 1987,
satu kesefahaman dunia mengenai pengurangan pengeluaran bahan yang
menyebabkan penipisan lapisan ozon telah ditandatangani dan dikenali sebagai
Protokol Montreal. Protokol ini memperkenalkan siri sukatan, termasuk jadual
tindakan, mengawal penghasilan dan pembebasan gas CFC dan bahan kimia
lain ke alam sekitar. Perjanjian Protokol Montreal ini mengambarkan satu
pencapaian yang hebat di peringkat global. Perjanjian ini juga telah diiktiraf
sebagai satu contoh kerjasama yang sangat berjaya di antara negara-negara
membangun dan sedang membangun dalam membantu mengatasi masalah
penipisan lapisan ozon dunia.

Semenjak perjanjian ini ditandatangani pada tahun 1987, terdapat


beberapa penyelarasan dan pindaan yang telah dilakukan di dalam kandungan
asal Protokol Montreal. Sehingga kini Protokol Montreal telah dipinda sebanyak 4
kali. Di antara pindaan-pindaan yang telah dibuat adalah ‘London 1990’,
‘Copenhagen 1992’, ‘Montreal 1997’, dan ‘Beijing 1999’. Sebagai contoh,
Protokol Montreal (Pindaan London, 1990) adalah bertujuan mewujudkan

79
Tabung Multilateral Protokol Montreal bagi membantu negara-negara
membangun menghapuskan bahan pemusnah ozon. Bantuan adalah dalam
bentuk teknikal dan kewangan. Manakala, Pindaan Copenhagen (1992) pula
melibatkan penyenaraian HCFC dan metil bromida sebagai bahan kawalan baru.

7.4 RASIONAL KEPADA PEMBENTUKAN PROTOKOL MONTREAL

Protokol Montreal menyatakan bahawa negara-negara anggota kepada protokol


perlu;

• Kenal pasti pelepasan secara meluas bahan-bahan pencemar udara yang


boleh menipiskan lapisan ozon dan secara tidak langsung memberi kesan
sampingan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

• Tegas dalam melindungi lapisan ozon dengan mengambil langkah


pencegahan awal untuk mengawal pelepasan bahan-bahan pencemar global.
Antaranya dengan meningkatkan pengetahuan saintifik dengan
mengambilkira kemajuan teknikal dan ekonomi negara-negara sedang
membangun.

• Memperakui bahawa peruntukan khas adalah amat diperlukan bagi


memenuhi keperluan negara-negara sedang membangun. Ini termasuk
peruntukan dari segi bantuan sumber kewangan dan teknologi baru.

• Bersetuju dengan siri langkah-langkah menghadkan penghasilan dan


penggunaan bahan-bahan yang menipiskan lapisan ozon.

7.5 KATEGORI NEGARA ANGGOTA

80
Protokol Montreal telah menstrukturkan beberapa bahan yang
dikenalpasti memberi kesan kepada penipisan lapisan ozon kepada dua kategori
negara anggota, yang mana setiapnya dijelaskan di dalam Artikel 2 dan Artikel 5
yang terkandung dalam protokol tersebut. Dua kategori negara anggota; negara
membangun [merujuk kepada Artikel 2, iaitu negara di mana penggunaan per
kapita CFC dan halon melebihi 0.3 kg] dan negara sedang membangun [merujuk
kepada Artikel 5 iaitu negara di mana penggunaan per kapita CFC dan halon
kurang daripada 0.3 kg].

Bagi setiap kategori negara anggota, satu jadual tindakan yang spesifik
telah disediakan. Sasaran tindakan yang berbeza telah ditetapkan untuk negara-
negara membangun dan sedang membangun dalam usaha mengurangkan dan
seterusnya menghentikan penggunaan bahan-bahan pemusnah ozon. Sebagai
contoh, untuk negara membangun sasaran ditetapkan sehingga tahun 2000
untuk memberhentikan pengeluaran CFC dan halon. Manakala bagi negara
sedang membangun, tempoh kelonggaran selama 10 tahun diberikan untuk
melaksanakan kawalan sehingga tahun 2010.

Semua negara yang menganggotai protokol juga diminta supaya berhenti


daripada mengeksport atau mengimport bahan-bahan yang mengandungi bahan
pemusnah ozon ini, seperti kloro-fluoro-karbon (CFC), hidro-kloro-fluoro-karbon
(HCFC), halon, metil Klorofom dan karbon tetraklorida. Penghasilan dan
penggunaan CFC, halon dan lain-lain bahan kimia pemusnah ozon di negara-
negara perindustrian telah dikaji semula dan penggunaannya akan diganti
dengan bahan lain yang lebih selamat. Terdapat juga bahan-bahan pemusnah
ozon yang mendapat pengecualian dari segi penggunaannya, tetapi terhad
kepada bahan yang tiada alternatif baru sebagai pengganti. Sebagai contoh,
negara-negara anggota protokol telah bersetuju untuk menghapuskan secara
berperingkat penggunaan metil bromida sebagai racun serangga, kecuali untuk
kegunaan yang kritikal.

81
7.5.1 Negara-negara Anggota Protokol Montreal

Sehingga tahun 2009, sebanyak 196 buah negara telah


menandatangani perjanjian sebagai anggota kepada Protokol Montreal. Negara-
negara yang menandatangani Protokol Montreal adalah seperti yang berikut;
Afghanistan, Albania, Algeria, Andorra, Angola, Antigua and Barbuda, Argentina,
Armenia, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahamas, Bahrain, Bangladesh,
Barbados, Belarus, Belgium, Belize, Benin, Bhutan, Bolivia, Bosnia Herzegovina,
Botswana, Brazil, Brunei Darussalam, Bulgaria, Burkina Faso, Burundi,
Cambodia, Cameroon, Canada, Cape Verde, Central African Republic, Chad,
Chile, China, Colombia, Comoros, Congo, Cook Islands, Costa Rica, Côte
d'Ivoire, Croatia, Cuba, Cyprus, Czech Republic, Korea, Congo, Denmark,
Djibouti, Dominica, Dominican Republic, Ecuador, Egypt, El Salvador.

Equatorial, Guinea, Eritrea, Estonia, Ethiopia, European Community, Fiji,


Finland, France, Gabon, Gambia, Georgia, Germany, Ghana, Greece, Grenada,
Guatemala, Guinea, Guinea-Bissau, Guyana, Haiti, Holy See, Honduras,
Hungary, Iceland, India, Indonesia, Iran, Iraq, Ireland, Israel, Italy, Jamaica,
Jepun, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kiribati, Kuwait Kyrgyzstan, Republik
Demokratik Lao People's, Latvia, Lebanon, Lesotho, Liberia, Libya,
Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Madagascar, Malawi, Malaysia, Maldives,
Mali, Malta, Kepulauan Marshall, Mauritania, Mauritius, Micronesia, Monaco,
Mongolia, Montenegro, Morocco Mozambique, Myanmar, Namibia, Nauru,
Nepal, Netherlands, New Zealand.

Nicaragua, Niger, Nigeria, Niue, Norway, Oman, Pakistan, Palau,


Panama, Papua New, Guinea, Paraguay, Peru, Philippines, Poland, Portugal,
Qatar, Republik Korea, Republik Maoldova, Romania, Russian, Rwanda, Samoa,

82
San Marino, Sao Tome dan Principe, Saudi Arabia, Sinegal, Serbia, Seychelles,
Sierra Leone, Singapura, Slovakia, Slovenia, Kepulauan Solomon, Somalia,
Afrika Selatan, Spain, Sri Lanka, St. Kitts and Nevis, St. Lucia, St. Vincent and
the Grenadines, Sudan, Suriname, Swaziland, Sweden
Switzerland, Syria, Tajikistan, Thailand, Macedonia, Timor-Leste, Togo, Tonga,
Trinidad and Tobago, Tunisia, Turki, Turkmenistan, Tuvalu, Uganda, Ukraine,
Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Ireland, Tanzania, Amerika Syarikat,
Uruguay, Uzbekistan, Vanuatu, Venezuela, Vietnam, Yemen, Zambia dan
Zimbabwe.

Negara yang menandatangani Negara yang tidak menandatangani

Rajah 7.2: Negara-negara anggota dalam Protokol Montreal

7.6 PEMATUHAN KEPADA PROTOKOL MONTREAL

Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh negara-negara anggota


yang menandatangani Protokol Montreal bagi menghapuskan penggunaan CFC
83
secara berperingkat telah berjaya dicapai. Negara-negara sedang membangun
juga bersetuju untuk menghadkan penggunaan CFC bermula 1 Julai 1999 dan
mengurangkan penggunaan sebanyak 50% pada Januari 2005 dan seterusnya
memberhentikan terus penggunaannya pada tahun 2010.

Sekurang-kurangnya lima buah negara seperti Sri Langka, Maldives,


China, Indonesia dan Fiji telah menghentikan penggunaan CFC dua tahun
sebelum tahun yang disasarkan iaitu 2010. Tindakan ini membuktikan sekiranya
ada inisiatif dari segi politik dan keadaan yang kondusif, negara di rantau ini
bukan sahaja mampu mencapai malah mendahului sasaran perjanjian komitmen
mereka. Jadual 7.1 di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan atau sasaran
komitmen yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota dalam perjanjian
Protokol Montreal.

Jadual 7.1 : Jadual pelaksanaan tindakan di bawah Protokol Montreal

Bahan Negara-negara Membangun Negara-negaraa Sedang


Membangun
Pembekuan Sasaran Pembekuan Sasaran
Penggunaan Penghapusan Penggunaan Penghapusan
Kloro-fluro- 1 Julai 1989 1 Jan 1996 1 Julai 1999 1 Jan 2010
karbon (CFC)
Halon - 1 Jan 1994 1 Jan 2002 1 Jan 2010
Karbon - 1 Jan 1996 - 1 Jan 2010
Tetraklorida
Metil 1 Jan 1993 1 Jan 1996 1 Jan 2003 1 Jan 2015
Klorofom
Hidro-kloro- 1 Jan 1996 1 Jan 2030 1 Jan 2016 1 Jan 2040
fluoro-karbon
(HCFC)
Metil 1 Jan 1995 1 Jan 2010 1 Jan 2002 1 Jan 2015

84
Bromida

Sumber: United Nation Development Program (UNDP), 2007

Malaysia dijangka menghentikan sepenuhnya penggunaan CFC


menjelang 2010 seperti yang dijadualkan. Data Jabatan Alam Sekitar
menunjukkan penggunaan CFC tahunan negara secara konsisten berada di
bawah paras syarat yang dikenakan Protokol Montreal sejak tahun 2002 hingga
2007. Setakat ini 14 buah negara di rantau ini telah menghentikan penggunaan
CFC dan 13 buah negara telah menghentikan penggunaan halon lebih awal
daripada jadual yang disasarkan. Sebagai contoh, China telah menutup
beberapa buah kilangnya yang menghasilkan CFC dan Indonesia juga telah
mengharamkan import ke atas CFC ke negara tersebut mulai Januari 2008.

Ini jelas menunjukkan bahawa rantau Asia begitu memberi komitmen


terhadap pematuhan yang telah dipersetujui dalam Protokol Montreal. Manakala
untuk penggunaan metil bromida yang biasa digunakan sebagai racun serangga,
negara membangun telah bersetuju untuk membekukan penggunaannya pada
tahun 1995 dan akan menghapuskan penggunaan sepenuhnya menjelang tahun
2010.

7.7 KOMITMEN DAN PELAKSANAAN PROTOKOL MONTREAL DI


MALAYSIA

Malaysia menganggotai Protokol Montreal pada 29 Ogos 1089.


Malaysia juga telah meratifikasi Pindaan London pada 16 Jun 1993, Pindaan
Montreal pada 26 Oktober 2001 dan Pindaan Beijing pada 26 Oktober 2001.
Penguatkuasaan berkaitan CFC di Malaysia adalah dibawah bidang kuasa
Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jabatan ini telah menguatkuasakan undang-undang

85
dan peraturan-peraturan berkaitan CFC di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling,
1974 sejak tahun 1994 lagi. Hasil daripada tindakan pemantauan dan
pengawalan yang ketat, Malaysia telah berjaya mengurangkan penggunaan
bahan pemusnah lapisan ozon termasuk CFC daripada 4193.6 tan metrik pada
tahun 1990 kepada 309.4 tan metrik pada tahun 2007. Rajah 7.3 menunjukkan
graf aliran penggunaan CFC di Malaysia bagi tahun 1995 sehingga 2010.

Metrik
ton (MT)

Tahun

Import Peruntukan Permit Import Kawalan Protokol Montreal

Rajah 7.3 : Aliran penggunaan CFC di Malaysia ( 1995 – 2010)

Berdasarkan Pelan Kebangsaan Penghapusan CFC, Malaysia sebagai


negara anggota kepada Protokol Montreal bertanggungjawab untuk
menghentikan penggunaan bahan CFC menjelang 1 Januari 2010. Bagi

86
mencapai objektif ini, Kerajaan Malaysia telah merangka dan melaksanakan
beberapa strategi seperti mewujudkan sistem perlesenan dan menghadkan
kuota import kepada syarikat pengimport. Hasil kerjasama yang bersepadu di
antara agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam (KDRM)
dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kaedah dan
strategi ini berjaya dilaksanakan.

Selain itu, dalam usaha untuk menghapuskan penggunaan bahan


CFC, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bahan alternatif baru yang lebih
mesra kepada lapisan ozon iaitu R-22. R-22 ialah sejenis
Hydrochlorofluorocarbon (HCFC) yang digunakan secara meluas oleh sektor
industri termasuk industri penghawa dingin. Penukaran bahan CFC kepada R-22
adalah sebagai langkah sementara sehingga bahan alternatif yang lebih sesuai
dan mesra alam dikenal pasti.

Namun begitu, berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat ke-19


Negara Anggota Protokol Montreal pada September 2007, Malaysia perlu
mematuhi obligasi dalam menghapuskan penggunaan bahan R-22 dan semua
HCFC mulai tahun 2030. Bagi memenuhi komitmen negara kepada keputusan
ini, Jabatan Alam Sekitar telah memulakan beberapa program kesedaran seperti
proses perundingan dengan pihak industri dan juga seminar. Tujuan program ini
dijalankan ialah untuk memberi penerangan kepada semua ‘stakeholders’
mengenai kawalan bahan HCFC dan R-22 yang perlu dipatuhi. Kerajaan juga
telah memberi kelonggaran untuk membolehkan industri dan pihak
berkepentingan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan
bagi menukar kepada bahan alternatif dan teknologi baru.

Di samping itu, kerajaan juga akan menjalankan kaji selidik yang


menyeluruh untuk mengenalpasti industri-industri yang layak menerima bantuan

87
kewangan dan teknologi bagi menukar kepada teknologi baru. Jabatan Alam
Sekitar juga akan mengkaji semula peruntukan undang-undang di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk mengawal penggunaan R-22 melalui sistem
pelesenan. Dalam pada itu, buat masa ini pengimportan bahan R-22 dari luar
negara sedang dipantau oleh agensi Kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar,
Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI).

7.8 KAWALAN PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Bagi mencapai sasaran pengurangan CFC dan halon, beberapa kawalan


perundangan dan garis panduan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun
1990. Di antaranya adalah;

1. Perintah Pentadbiran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, 1990


• Melarang penggunaan halon dalam setiap sistem pencegahan api
yang baru.

2. Perintah Pentadbiran oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia


(MIDA), 1992
• Melarang penggunaan CFC dalam mana-mana pelaburan baru dalam
sektor pembuatan.

3. Perintah Duti Kastam (Pindaan), 1989


• Untuk mengawal import dan penggunaan CFC dan halon.

4. Aplikasi Permit Import (AP) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa


dan Industri (MITI), 1994
• Untuk mengawal import dan penggunaan CFC bukan sahaja kepada
negara-negara anggota tetapi juga negara-negara bukan anggota.

88
5. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan ke Atas Penggunaan CFC dan
lain-lain Gas sebagai Propelan dan Agen Pengembang) 1993.

6. Garis Panduan ‘Protection of the Ozone Layer’, 1994.

7. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran), 1999.

8. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Halon), 1999.


BAB 8

FAKTA TENTANG PEMANASAN GLOBAL

8.1 FAKTA TENTANG SUHU GLOBAL

• Sepanjang seabad lepas, suhu dunia meningkat secara purata sebanyak


1 darjah Fahrenheit.
• Dekad yang paling panas direkodkan adalah 1990an. (Rekod mula
disimpan sejak pertengahan 1800an.)
• Suhu global dijangkakan akan meningkat kepada tiga hingga sepuluh
darjah Fahrenheit berdasarkan IPCC.
• Di Alaska, barat Kanada dan timur Rusia, suhu purata meningkat dari
empat kepada tujuh darjah Fahrenheit sepanjang 50b tahun lepas
berdasarkan laporan terkini Penilaian Impak Cuaca Artik. Peningkatan ini
adalah jauh lebih tinggi berbanding peningkatan suhu global.
• Peningkatan suhu global didapati tidak sekata. Sesetengah kawasan
antaranya kawasan tenggara Amerika Syarikat menyejuk sepanjang abad
lepas.

89
8.2 FAKTA TENTANG PROTOKOL KYOTO

• Protokol Kyoto dicipta pada 1997 yang memerlukan negara-negara


perindustrian mengurangkan tahap pencemaran gas-gas rumah hijau
bergantung kepada jumlah spesifik dan jadual spesifik.
• Protokol Kyoto menunjukkan kesannya pada Februari 2005.
• Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara daripada 36 negara
bersekutu yang masih tidak menandatangani perjanjian tersebut.

8.3 FAKTA TENTANG GAS GAS RUMAH HIJAU

• Gas- gas utama rumah hijau adalah wap air, karbon dioksida dan metana.
• Pengeluar terbesar gas–gas rumah hijau adalah Amerika Syarikat. Pada
tahun 2004, pembebasan gas-gas di Amerika Syarikat bertambah
sebanyak 15.8 peratus sejak 1990.
• Berdasarkan kepada Pusat Data Cuaca Kebangsaan, tahap karbon
dioksida di atmosfera hari ini adalah tertinggi sekurang-kurangnya dalam
420 000 tahun.
• Kebanyakan karbon dioksida adalah hasil aktiviti manusia seperti
pembakaran arang batu, minyak dan gas untuk tenaga.

8.4 FAKTA TENTANG AIS KUTUB DAN PARAS AIR LAUT

• Purata aras air laut global meningkat dari 4 hingga 8 inci sepanjang abad
lepas, berdasarkan IPCC.
• Laporan IPCC tahun 2001 meramalkan peningkatan aras laut sebanyak 4
hingga tiga puluh lima inci untuk abad lepas.
• Bongkah ais di Greenland mampu meningkatkan aras air laut dunia
sebanyak 23 kaki. Antartika pula mampu meningkat aras air laut kepada
215 kaki.

90
• Projek Penilaian Impak Suhu Artik meramalkan bahawa sekurang-
kurangnya separuh daripada laut ais musim panas Artik cair pada akhir
abad ini.

Rajah 8.1: Bongkah ais Antartika telah kehilangan 1255 batu persegi ais, di
antara yang terbesar pernah direkodkan. Gambar satelit ini telah direkodkan oleh
satelit sensor NASA MODIS pada 23 Februari 2002.

Sumber: National Geographic

8.5 FAKTA TENTANG RIBUT TAUFAN

• Berdasarkan Kevin Trenberth dan DennisShea daripada Pusat


Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan, pemanasan global menjadi

91
penyebab kenaikan suhu laut pada tahun 2005 dan haba ini
menyebabkan peningkatan kejadian ribut.
• Berdasarkan Christopher Landsea, seorang pengkaji cuaca di Makmal
Atlantik Grafik Lautan dan Meteorologi, peningkatan mendada kejadian
ribut dan taufan adalah sebahahian daripada kitaran semulajadi yang
dinamakan Atlantic multi-decadal mode.

Rajah 8.2: Gambar satelit yang di ambil di Utara Amerika Syarikat

92
RUJUKAN

1. A. Denny Ellerman et, al(1998), The Effect of Developing Countries of the


Kyoto Protocol and Carbon Dioxide Emission Trading, Policy Research
Working Paper, Policy Research Dissemination Center.

2. Al Gore (2006), An Incovenient Truth.

3. Annual Report 2004, Department of Environmental, Ministry of Natural


Resources and Environment, Malaysia (2004).

4. Bhatia, S.C. (2007), Textbook of Air Pollution and Its Control. Atlantic
Publishers and Distributors LTD.

5. Climate Action. Sustainable Development International and United Nations


Environment Programme (UNEP) (2007).

6. Dan Minkel (Eds) (2007), Global Warming. Thomsom Gale, United States
of America.

7. Emanuel, K.A.(2007): Phaeton’s Reins - The human hand in climate


change. Boston Review.

93
8. Emanuel, K.A.(2007): What We Know About Climate Change, "The MIT
Press" A Boston Review Book.

9. Emanuel, K.A.(2008): Hurricanes and Global Warming: Results from


Downscaling IPCC AR4 Simulations. Bulletin of the American
Meteorological Society.

10. Enzler, S.M. (2008), The Greenhouse Effect and Global Warming.
Lenntech Holding.

11. Enzler, S.M. (2008), The Greenhouse Effect and Global Warming.
Lenntech Holding.

12. Handbook for the Montreal Protocol on Substances that Deplete the
Ozone Layer, Ozone Secretariat, United Nations Environment Programme
(2009)
13. Houghton, J. (2004). Global Warming The Complete Briefing 3rd Edition.
Cambridge University Press.

14. Hoyos, Carlos D. (2006). "Deconvolution of the Factors Contributing to the


Increase in Global Hurricane Intensity". Science 312 (5770): 94–97.
doi:10.1126/science.1123560. PMID 16543416

15. Malaysia Environmental Quality Report (2006), Department of


Environmental, Ministry of Natural Resources and Environment, Malaysia
(2006).

16. Malaysia Environmental Quality Report (2007), Department of


Environmental, Ministry of Natural Resources and Environment, Malaysia
(2006).

94
17. Malaysia’s Success Story: in the Implementation of the Montreal Protocol
on Substances that Deplete the Ozone Layer, Department of
Environmental, Ministry of Natural Resources and Environment, Malaysia
(1999).

18. Ng Meng Wai, Alenjandro Camerlengi & Ahmad Khairi Abdul Wahab,
(2005); A Study Of Global Warming At Malaysia, Jurnal Teknologi, 42(F)
UTM (pg 1–10)

19. Pelaksanaan Program Protokol Montreal Malaysia, Jabatan Alam Sekitar,


Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli, Malaysia (2004).

20. Protecting The Ozone Layer; Malaysia Implementing the Montreal


Protokol, United Nations Development Programme (UNDP), Malaysia
(2007).

21. The National CFC Phase Out Plan Refrigeration Service Sector Training
Manual, Department of Environmental, Ministry of Natural Resources
and Environment, Malaysia (2007).

22. United Nation Frame Work Convention on Climate Change, Ad Hoc


Working Group On Long-Term Cooperative Action Under The Convention
(2009), Seventh Session Bangkok, 28 September to 9 October 2009, and
Barcelona, 2–6 November 2009.

23. United Nation Frame Work Convention on Climate Change, Report of the
Conference of the Parties serving as the meeting of the Parties to the
Kyoto Protocol, Montreal (2005).

95
24. United Nation, Kyoto Protocol To The United Nations Framework
Convention On Climate Change (1998).

25. United Nation Frame Work Convention on Climate Change, (2009)


Methodological guidance for activities relating to reducing emissions from
deforestation and forest degradation and the role of conservation,
sustainable management of forests and enhancement of forest carbon
stocks in developing countries.

26. United Nation Frame Work Convention on Climate Change (2008), Kyoto
Protocol Reference Manual: On Accounting of Emissions and Assigned
Amount.

27. http://news.nationalgeographic.com/

96

Anda mungkin juga menyukai