Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Eutanasia adalah pengakhiran kehidupan seseorang dalam keadaan tenat atau sakit dan
ingin membebaskan daripada penderitaan yang dialami oleh pesakit. Seseorang yang mengalami
eutanasia kebiasaannya mempunyai dan mengalami keadaan penyakit yang tidak dapat
disembuhkan. Namun begitu, euthanasia juga memberi maksud seseorang yang ingin hidupnya
berakhir untuk mengelakkan penderitaan yang dialami. Dalam hal ini, sesetengah pesakit atau
saudara yang terdekat akan membuat keputusan dalam eutanasia berdasarkan keadaan yang telah
dialami oleh pesakit.

Secara etimologi, eutanasia berasal dari bahasa Yunani, iaitu "eu" bermaksud baik, bagus,
dan "thanotos" ertinya mati. Eutanasia juga bermaksud mati dalam keadaan yang baik tanpa
melalui proses kematian dengan rasa sakit atau penderitaan yang berlarutan. Dalam istilah Arab,
euthanasia dikenal dengan Qatl ar-Rahmah yang membawa maksud membiarkan perjalanan
kematian menuju kematian kerana belas kasihan. Selain itu, Taisir al-Maut juga merupakan salah
satu istilah Arab bagi euthanasia iaitu memudahkan proses kematian atau tindakan memudahkan
kematian seseorang dengan sengaja tanpa merasakan sakit kerana kasih sayang dengan tujuan
meringankan penderitaan orang yang sakit. Dalam konteks terminologi perubatan, eutanasia
adalah tindakan memudahkan kematian atau mengakhiri hidup seseorang denga sengaja tanpa rasa
sakit, kerana kasihan untuk meringankan penderitaan si pesakit. Tindakan ini dilakukan kepada
pesakit penyakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh.

Eutanasia akan terjadi di beberapa negara sahaja seperti Belanda, Swiss atau Amerika.
Namu begitu, kebanyakan negara melarang pelaksanaan eutanasia. Dalam kajian ini, pelaksanaan
euthanasia sukarela akan dibincangkan secara terperinci supaya masyarakat sekekliling
memahami pengertian eutanasia secara terperinci. Eutanasia sukarela terjadi atas permintaan
daripada pesakit atau orang yang mengetahui keadaannya yang akan meninggal. Misalnya,
seseorang pesakit menolak perawatan yang telah ditawarkan oleh pihak hospital atau pesakit
meminta perawatannya dihentikan.

Eutanasia berlaku melalui beberapa faktor seperti rasa sakit yang tidak tertahan. Melihat
keadaan ahli keluarga atau saudara mara terdekat menderita akibat penyakit dialami. Penyakit yang
dialami oleh pesakit kemungkinan memberi penderitaan kepada pesakit dan membuat orang
sekililing tidak sanggup untuk melihat keadaan pesakit. Ahli keluarga pesakit juga terasa terseksa
1
dengan penyakit yang dialami. Oleh sebab itu, mereka setuju untuk melakukan eutanasia.
Seterusnya faktor yang menyebabkan eutanasia ialah manusia memiliki hak untuk secara
bermartabat. Sesetengah manusia beranggapan menjalani proses kehidupan yang panjang dan
begitu banyak pengalaman membuat kehidupannya sangat tertekan. Oleh itu, sesetengah manusia
memilih jalan kehidupannya dengan mengakhiri hidupnya. Pemilihan untuk meneruskan dengan
kehidupan atau mengakhiri hidupnya merupakan hak manusia untuk membuat pemilihan tersebut.
Faktor ketiga iaitu tidak mampu untuk membiayai kos perubatan. Pembiayaan kos perubatan yang
tinggi terutamanya pesakit tergolong dalam golongan berpendapatan rendah membuat keluarga
mereka tidak mampu untuk membiayainya. Pembiayaan kos yang tinggi menyebabkan pesakit
mengambil keputusan untuk melakukan eutanasia untuk mengelakkan perbelanjaan yang tinggi.
Faktor lain ialah keadaan seseorang yang tidak berbeza dengan orang mati iaitu pesakit tersebut
mempunyai peluang yang sangat tipis dan dibantu dengan bantuan pernafasan. Seseorang pesakit
yang bernafas dengan bantuan pernafasan dan ubat-ubatan membuat seseorang untuk melakukan
eutanasia. Mereka berfikir bahawa seseorang yang hanya bernafas dengan bantuan mesin tidak
menunjukkan interaksi dengan orang orang lain atau respons dan hanya dapat bernafas dengan
bantuan kecanggihan dari penerapan teknologi sehingga meraka berasa tidak salahnya untuk
melakukan eutanasia.

2
2.0 Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme

Teori etika klasik teleologi merupakan perkataan yang berasal daripad istilah Greek yang
bermaksud hasil atau keputusan. Oleh itu, istilah teleologi memberi maksud pengurusan
menekankan kebergantungan penuh kepada hasil dan bukannya kepada niat tindakan seseorang.
Selain itu, teori etika klasik teleologi juga bermaksud nilai moral kelakuan peribadi boleh
ditentukan hanya oleh akibat kelakuan berkenaan. Namun begitu, sesuatu keputusan atau tindakan
adalah “betul” jika ia mendatangkan faedah kepada orang ramai. Sebaliknya, jika “salah” ia akan
membawa kepada kerosakan atau kemudaratan sebagai akibat. Secara tidak langsung, teori etika
ini menunjukkan nilai moral kelakuan peribadi seseorang yang akan dilihat melalui beberapa
faedahnya kepada orang ramai di samping melihat berapa banyak kerosaka atau kemudaratan yang
akan timbul.

Secara keseluruhannya, kehidupan seharian ini memerlukan lebih daripada faedah


kebendaan. Aspek persahabatan, pengetahuan, kesihatan dan kepuasan dalam hidup juga harus
dititikberatkan. Selain itu, kepuasan atau faedah kepada semua pihak dalam masyarakat juga perlu
dipertimbangkan. Oleh itu, wujudnya eutanasia sukarela dalam beberapa keadaan bagi memenuhi
permintaan seseorang untuk mengelakkan penderitaan yang dialami. Kebahagiaan tercapai apabila
ia memiliki kesenangan dan bebas daripada kesusahan. Dalam pandangan utilitarisme klasik ialah
kebahagian yang sebesar-besarnya bagi semua pihak. Hal ini, difahami bahawa di mana
kebahagiaan di samakan dengan kenikmatan dan dengan kebabasan perasaan sakit yang telah
dialami.

Walau bagaimanapun, bukan semua faedah atau perkara bersifat positif sepenuhnya kerana
sesetengah daripada perkara tersebut mempunya kesan negatif dan akibat buruk yang akan berlaku
oleh setiap tindakan yang dilakukan di mana ia perlu diambil kira untuk mewujudkan
keseimbangan. Antara perkara negatif yang akan berlaku seperti rasa kesakitan, kematian,
kejahilan, keterasingan dan kesedihan yang dialami. Utilitarianisme adalah tentang bagaimana
menilai baik buruknya suatu kebijaksanaan sosial politik, ekonomi dan legal secara moral. Dalam
etika utilitarianisme, manfaat dan kerugian selalu dikaitkan dengan semua orang yang terkait,
sehingga analisi keuntungan dan kerugian tidak lagi semata-mata tertuju langsung pada
keuntungan bagi perusahaan.

3
Oleh itu, antara teori etika klasik teleologi dan eutanasia memberi jalan penyelesaian
kepada seseorang yang ingin mengambil jalan untuk membebaskan diri daripada terikat dengan
penderitaan. Hal ini disebabkan, sesetengah perkara yang dialami oleh seseorang individu tidak
mendatang faedah dalam kehidupan mereka dan membuat mereka berasa tertekan dengan
kehidupan yang dilalui olehnya. Akhir sekali, jalan penyelesaain yang diambil oleh seseorang
individu yang terikat dalam keadaan tersebut ialah dengan menga,bil keputusan melalui eutanasia.

4
3.0 Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme

Teori deontologi merujuk kepada nilai moral sesuatu tindakan yang tidak boleh bergantung
akibat tidak jelas dan tidak menentu semasa keputusan untuk bertindak. Secara umumnya, nilai
moral sesuatu tindakan bergantung kepada niat sesorang untuk membuat keputusan atau
mengambil tindakan itu sendiri. Hal ini boleh diberikan contoh dalam keadaan seperti seseorang
yang inginkan yang terbaik untuk orang lain, maka tindakan moral diri sendiri perlulah yang terpuji
walaupun seseorang individu tersebut kurang menarik dan kurang cekap serta dianggap sering
melakukan perkara yang salah. Kebiasaanya niat yang baik akan menghasilkan kesan yang
berguna.

Istilah universalisme dalam konteks agama adalah peringkat keyakinan mengenai


penyebab, sifat dan tujuan dari alam semesta. Hal ini boleh dianggap sebagai pembentukan badan,
kebiasaanya melibatkan ketaatan ibadah dan ritual, dan sering mempunyai nilai moral yang
mengatur urusan manusia. Universalisme adalah salah satu istilah yang akan digunakan untuk
menidentifikasikan doktrin-doktrin tertentu untuk mempertimbangkan semua orang dalam
pembentukan mereka. Istilah universalisme telah menekankan prinsip-prinsip universal agama dan
menerima agama lain secara inklusif iaitu percaya pada rekonsilasi universal antara manusia dan
Allah S.W.T. Sebagai contoh, agama Abrahamik seperti Yudaisme, Kristian dan Islam masih
menerapkan nilai universal doktrin dan prinsip-prinsip moral kerana mereka berasa meraka adalah
inklusif.

Selain itu, teori universal juga memberi perhatian kepada pemilihan atau tindakan yang
akan memberikan kesan akhir sekaligus akan mendatangkan faedah menyeluruh dan merangkumi
semua lapisan masayarakat dan manusia sejagat. Melalui konsep yang telah diterangkan, konsep
ini menerangkan kepada faedah yang akan diterima oleh masayarkat. Sebagai contoh, penghasilan
ssenjata kimia dan biologi dilihat sebagai tindakan yang salah kerana dihasilkan untuk keselamatan
Negara tetapi tanpa disedari ia juga akan memusnahkan kehidupan sejagat manusia.

Seterusnya, teori universalisme juga memberi maksud yang tersirat dalam membuat
keputusan atau tindakan adalah penting. Hal ini kerana, seseorang tidak dapat meramalkan apa
yang akan terjadi dengan tindakan atau keputusan dibuat. Prinsip universalisme telah menjelaskan
keputusan atau tindakan akan dikira betul, tepat dan baik sekiranya seseorang yakin bahawa
seseorang individu yang mengalami masalah sama akan melakukan tindakan yang sama seperti

5
yang kita lakukan. Oleh itu, universalisme telah menerangkan dan memberi tumpuan kepada
maksud sesuatu tindakan atau keputusan. Kepentingan sistem ini telah memberi tumpuan kepada
tanggungjawab seseorang individu terhadap individu yang lain.

Secara umumnya, universalisme adalah ajaran etika yang bermaksud sesuatu yang dapat
dinilai perkara berfaedah apabila dapat memberikan kebaikan kepada orang ramai. Universalisme
juga memberi kepentingan umum di mana kepentingan individi tidak tersenarai di dalamnya.
Selain itu, prinsip universalimse adalah tauladan atau pedoman bagi menilai sesuatu kaedah
tindakan yang dibenarkan. Sebagai contoh, menggosok gigi perlu dilakukan terlebih dahulu
sebelum mandi dan bukan sebaliknya tetapi hal ini boleh dilakukan mengikut gaya seseorang
individu kerana ia bukan merupakan sesuatu kewajiban yang mengikat setiap orang.

Prinsip daripda universalisme adalah prinsip Kant yang berkaitan dengan kategori
imperatif seperti seseorang harus memilih untuk melakukan tindakan kerana untuk memberi
peluang kepada seseorang individu untuk membuat keputusan yang sama dan bertindak dengan
cara yang sama. Kategori kedua ialah seseorang harus dilayani dengan tujuan, bukan semata-mata
untuk mencapai tujuan. Oleh itu, pendekatan ini teleh telah membantu seseorang untuk fokus pada
kewajiban yang harus dilakukan seseorang individu terhadap individu lain.

Tujuan universalisme ialah melayani seseorang individu sebagai matlamat akhir dan bukan
sebagai alat atau cara. Setiap individu dilihat sebagai matlamat tersendiri yang berharga,
bermaruah dan harus dihormati dan bukannya sebgai alat yang bersifat insani untuk mencapai
matlamat sendiri. Secara tidak langsung, tiada tindakan boleh dikira “betul”, sekiranya tiak
memppedulikan nilai moral manusia lain yang begitu besar. Walau bagaimanapun, apabila prinsip
universalisme tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan memudaratkan seseorang individu
menyebakan eutanasia adalah salah satu jalan penyelesaian untuk mengelakkan sesuatu masalah
tidak berlanjutan dan mengelakkan diri sendiri terbeban dengan pelbagai isu.

Dalam sesuatu keadaan yang sukar sesetengah individu berasa melayani orang lain sebagai
matlamat adalah sukar kenea lebih kepada sebagai alat untuk sepanjang masa seperti bekerja
sebagai alat atau cara kea rah pencapaian matlamat peribadi diri sendiri.Sebagai contoh, peniaga
adalah cara untuk mendapatkan barangan, pelanggan adalah kaedah pencarian untuk hidup dan
kakitangan adalah sumber untuk mengendalikan kilang-kilang. Oleh itu, eutanasia sukarela adalah
salah satu kaedah dalam teori ini bagi golongan yang berasa dirinya tidak memberi sebarang faedah

6
dan kesan positif dalam sesuatu perkara. Mereka menganggap dirinya, tidak dapat memberi
sebarang impak yang positif dalam kehidupannya dan membuat keputusan eutanasia sukarela bagi
melepaskan segala beban yang ditanggung.

7
4.0 Teori Keadilan Teragih
Teori keadilan teragih telah diutarkan oleh John Rawls yang memberi keutamaan kepada
satu nilai tunggal secara eksplisit iaitu keadilan. Aspek keadilan adalah salah satu sifat kebaikan
pertama institusi social seperti kebenaran adlah sifat kebaikan pertama bagi sistem pemikiran.
Terdapat dua elemen yang menjelaskan antara masyarakat dan insstitusi iaitu kerjasama dan
konflik. Aspek kerjasama ialah sesuatu perkara yang timbul disebabkan oleh seseorang individu
berpendapat usaha bersama akan membawa leboh banyak faedah berbanding usha berseorangan.
Selain itu, konflik merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan kerana semua individu
mementingkan keadilan dalam pembahagian faedah yang boleh didapati.

Dalam sistem ekonomi terdapat lima prinsip iaitu sama rata, keperluan, usaha, sumbangan
dan kecekapan. Sebagai contoh, bantuan pendidikan awal pada teorinya perlu diagih sama rata
manakala bantuan kebajikan perlu diedarkan berdasarkan keperluan, komisen jualan perlu diberi
berdasarkan usaha, penghormatan awam diberikan melalui sumbangan manakala gaji pengurus
diedarkan berdasarkan tahap kecekapan.

Majoriti semua individu tidak memilih hak yang betul seperti kesamarataan yang mutlak
sebagai asas pengagihan faedah. Ini kerana, sesetengah mereka lebih berusaha, memiliki
kemahiran yang tinggi dan menyebabkan tidak setuju dengan ketidaksamarataan yang mutlak
berasaskan usaha, kemahiran atau kecekapan kerana seseorang individu yang memiliki kualiti
tersebut akan menerima lebih faedah atau kurang. Teori ini juga bergantung sepenuhnya kepada
penerimaan saranan bahawa kerjasama masyarakat perlu dijadikan asas bagi pembahagian faedah
ekonomi dan sosial.

Pembentukan konsep ketidaksamarataan perlu dijustifikasikan kerana perbezaan kualiti


seseorang individu. Cadangan untuk sesuatu peraturan perlu dijustifikasikan untuk mengeluarkan
atau mengahsilkan faedah yang seimbang untuk semua individu terutamanya masyarakat yang
kurang mampu. Namun begitum terdapat beberapa kekurangan dalam teori ini kerana kekurangan
ini bergantung kepada penerimaan saranan di mana kerjasam masayarakat merupakan
pembahagian kesemua faedah ekonomi dan social manakal usha individu tidak diambil peduli

8
Oleh itu, eutanasi sukarela tidak disyorkan dalam teori ini kerana sesuati faedah atau
sumbangan akan diedarkan oleh seseorang individu berdasarkan kemampuan seseorang. Keadilan
bagi pembahagian faedah akan dijustifikasikan untuk mengelakkan ketidaksamarataan.

9
5.0 Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, eutanasia sukarela merupaka salah satu
jalan penyelesaian bagi seseorang untuk membebaskan diri daripada hidup dalam keadaan yang
mnenderita. Dalam hal ini eutanasia dilihat dar sudut etika iaitu eutanasia tidak boleh dipandang
dengan satu sudut pandangan sahaja untuk memastikan tindakan yang diambil adalah betul
berdasarkan beberapa pandangan yang di ambil.
Teori-teori yang dinyatakan juga perlu diambil daripada sudut pandangan yang betul
supaya eutanasia dilaksanakan berdasarkan aspek yang bersesuaian bagi mengelakkan eutanasia
dijalankan tanpa mengetahui tujuannya. Pelaksanaan eutanasia perlu dielakkan oleh semua
individu kerana dianggap berdosa dalam Islam namun begitu sesetengah individu akan mengambil
jalan ini seperti pesakit untuk mengurangkan penderitaan yang telah dilalui olehnya.
Eutanasia merupakan tindakan yang melanggar hokum dan tindakan ini adalah dilarang
oleh ajaran agama Islam. Pihak pengurusan dan pemerintahan harus menyusun tindakan ini supaya
istilah eutanasia lebih jelas dan difahami oleh semua masyarakat. Selain itu juga, eutanasia juga
dilarang oleh setiap individu, walaupun dalam beberapa teori eutanasia ini boleh dilakukan bagi
mengelakkan diri daripada terjerumus dalam masalah dan mengambil jalan singkat dengan
pelaksaan eutansia ini.

10

Anda mungkin juga menyukai