Anda di halaman 1dari 3

TIPS & PANDUAN - PENULISAN PENDAHULUAN KARANGAN

MENGGUNAKAN TEKNIK ARCA + PENANDA WACANA


TIPS & PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN YANG MANTAP
Contoh 1:
Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi.
Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabung ini.
Analisis soalan:Tema/Isu

: Amalan menabung (AR-ayat rangsangan)

Contoh

: Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan


Nasional (AC-ayat contoh)

Tugasan/arahan soalan : Kebaikan menabung (AA-ayat arah)


TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN
TEKNIK ARCA
PW: Penanda Wacana
AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-T/Tanya)
AC: Ayat Contoh ( merujuk contoh tema)
AA: Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalan
PW: penanda wacana
PB : Peribahasa
KH : Kata hikmat
[AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan
mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi. [AR-PU] Persis mutiara kata, melentur buluh
biarlah dari rebungnya(PB), sewajarnyalah ibu bapa dalam menerapkan amalan
menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. [AC] Sebagai contohnya, ibu
bapa boleh membuka akaun simpanan anak-anak di mana-mana institusi kewangan
seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini,
apakah kebaikan menabung kepada individu? [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan
amalan menabung yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci
untuk kepentingan bersama.

LATIHAN 1:
Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan. Berikan
pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di
negara kita.

Analisis soalan :
Tama/Isu
Contoh
Arahan/Tugasan

:
:
:

kemalangan
jalan
raya
semakin
meningkat(AR)
ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau cuti
umum (AC-merujuk tema)
usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA


(PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di negara kita
semakin meningkat saban tahun. (AR)Saban hari kita dapat membaca berita tentang
kemalangan yang bukan sahaja mengakibatkan kecederaan malahan kehilangan
nyawa. (AC)Sebagai contoh, ketika cuti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau hari-hari
kelepasan umum yang lain , jumlah kemalangan turut meningkat apabila warga kota
berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. .(AR)Bilangan kenderaan
yang bertambah di jalan raya umpama cendawan tumbuh selepas hujan turut menjadi
punca peningkatan kes kemalangan di negara kita. (AR-T)Persoalannya, haruskah kita
hanya berpeluk tubuh melihat peningkatan kes kemalangan ini tanpa berbuat apa-apa?.
(AA)Jelaslah bahawa, usaha-usaha yang drastik perlu diambil oleh pelbagai pihak
untuk membendung masalah ini daripada terus bereleluasa.
LATIHAN 2:
Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk 'Langkahlangkah yang Paling Berkesan untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat", sempena Hari
Kesihatan Sedunia di sekolah anda. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
Analisis soalan:
Tema
: amalan gaya hidup sihat (AR)
Contoh
: kebaikan - meningkatkan kesihatan, menghindari diri daripada mudah
dijangkiti penyakit dan menjalani kehidupan dengan berkualiti(AC)
Arahan/tugasan: langkah-langkah berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA


(PW)Pada era globalisasi kini, (AR)amalan hidup sihat sangat penting untuk
dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. (AR) Hal ini demikian
kerana, amalan gaya hidup sihat memberi berbagai-bagai faedah dalam kehidupan kita.
(AC) Contohnya, tahap kesihatan akan meningkat dan menghindari diri daripada
mudah dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya (AR) seperti cogan kata, mencegah lebih
baik daripada mengubati. (AR)Apabila kesihatan terjamin, seseorang itu akan dapat
menjalani kehidupan seharian dengan lebih berkualiti. (AA-T) Persoalannya, apakah
langkah-langkah yang berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini? Tepuk dada
tanya selera.

Tips untuk pelajar menengah rendah:


pendahuluan tidak perlu terlalu panjang:
Formula : Pendahuluan = ( PW) + (AR) + (AC) + (AA - U/T) + Peribahasa
(Jika ada)

Anda mungkin juga menyukai