Anda di halaman 1dari 46

BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 Markah]
Praktis 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.

Bahan 1 - Petikan
Pengangguran merupakan satu isu sensitif dalam era globalisasi yang
semakin menular di negara kita. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu
kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah,
berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali
keputusan peperiksaan awam negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah
universiti dijalankan.
Sudah pasti punca utama pengangguran berkaitan dengan keadaan ekonomi
negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang
terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang
kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat
akibat tiadanya aktiviti ekonomi di dalam negara. Pasaran kerja yang suram
menggambarkan graduan universiti tidak bernasib baik dalam pasaran buruh kerana
kekangan pengambilan pekerja baharu. Sudah tiba masanya graduan menumpukan
minat ke arah keusahawanan dengan nilai komersial sama ada bekerja sendiri
dalam sektor gig ekonomi, menjadi usahawan serta melibatkan diri mencari lebih
banyak peluang ekonomi secara dalam talian.
Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak
mempunyai kemahiran. Belia kini hanya didedahkan dengan konsep teori baik
ketika di sekolah mahupun di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran
berfikir, yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan
komputer. Graduan harus bijak menguasai kemahiran komputer secara aplikasi dan
teknikal. Graduan yang berkebolehan dalam pelbagai kemahiran menjadi rebutan
majikan. Mereka perlu aktif berpersatuan dapat meningkatkan pelbagai kemahiran
dalam diri mereka. Kepentingan komunikasi penting untuk menunjukkan keberanian
menyuarakan pendapat, yakin membuat keputusan, mempunyai disiplin dalam
menepati masa, berketerampilan dan belajar menjaga hubungan sosial dengan
lapisan masyarakat.
Di samping itu terdapat siswazah yang terlalu memilih pekerjaan, Mereka
hanya mahu membuat kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka supaya tidak
menjejaskan imej. Oleh itu, mereka tidak mahu menerima kerja kolar biru atau kerja
di ladang-ladang walaupun ada kekosongan. Dari satu sudut, pemilihan begini
memang wajar bagi menentukan kestabilan pekerjaan mereka tetapi hakikatnya
amat sukar untuk memperoleh pekerjaan di syarikat berkenaan kerana kekurangan
pengalaman. Memang bukan mudah bagi siswazah mendapat pekerjaan yang
diingini kerana mereka tidak berpengalaman. Oleh itu, mereka harus bersedia
membuat apa-apa kerja yang ada sementara mencari kerja lain.
Masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus
berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Graduan perlu
mengkaji terlebih dahulu kecenderungan diri sendiri untuk dipadankan dengan
program pilihan di universiti yang membawa kerjaya idaman. Dunia pekerjaan
sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan
kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka.

Bahan 2 - Grafik
Praktis 2
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 - Petikan

Aktiviti sukan, khususnya sukan air, merupakan suatu aktiviti yang sangat
menyeronokkan. Ramai pelancong gemar berkelah dan bersantai di badan air
seperti di tepi pantai, jeram, dan taman tema air. Namun, selain menghirup udara
segar dan berenang di tepi pantai, pelancong juga boleh mengambil bahagian
dalam aktiviti sukan air, antaranya termasuklah luncur jet, luncur air, luncur angin,
layar-layang, luncur udara, bersnorkel, mahupun selam scuba. Oleh itu, marilah
sama-sama kita telusuri kepentingan sukan air kepada kita.

Kebanyakan sukan air memerlukan stamina, kecergasan fizikal, dan


kecerdasan mental selain kemahiran khusus tentang sukan tersebut. Oleh itu,
sukan air membantu meningkatkan stamina dan ketahanan. Kita ambil contoh
aktiviti berkayak. Pengalaman menyusuri jeram yang deras mampu mempercerpat
pengeluaran adrenalina. Jantung juga akan berdegup kencang bagi menghantar
oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Proses ini menyebabkan pembakaran lemak
dalam badan berlaku.Hal ini menyebabkan peminat sukan air ini bukan sahaja kekal
sihat, memiliki berat badan yang ideal. Bagi mereka yang suka berenang pula,
kajianyang dilakukan oleh penyelidik di Universiti South Carolina, Amerika Syarikat,
mendapati bahawa jangka hayat perenang berkemungkinan lebih panjang
berbanding dengan atlet lain seperti atlet olahraga.

Sukan air juga mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri. Oleh sebab
kebanyakan sukan air ini melibatkan kemahiran menggunakan peralatan, peserta
mestilah mematuhi arahan yang diberikan. Aspek keselamatan perlulah
diutamakan. Bagi sukan air secara berkumpulan, berada di dasar laut dalam aktiviti
selam skuba misalnya, sudah pasti akan memupuk sikap saling mempercayai,
persefahaman, dan perpaduan yang erat, Banyak lagi nilai murni lain yang dapat
diterapkan antaranya termasuklah keberanian, yakin diri, dan menghargai masa.
Pendedahan yang berterusan kepada sukan air ini berupaya untuk meningkatkan
kualiti hidup.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Menawan Samudera'


Buku Teks Tingkatan 4

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019

Bahan 2

Peminat Sukan Air

 Kecekalan mendepani cabaran


 Membina disiplin diri
 Mempunyai semangat
bekerjasama
Praktis 3

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Bahan 1 – Petikan
Kesejahteraan rakyat yang menghuni kota menjadi agenda penting dalam
transformasi pembangunan bandar di negara ini. Perancangan itu meliputi
kewujudan bandar dalam taman dengan perekaan bentuk landskap dan pokok-
pokok untuk mewujudkan keseimbangan fizikal dan pemuliharaan alam sekitar bagi
mencapai taraf bandar hijau di negara ini.
Pembangunan yang diimbangi oleh keindahan Iandskap dan kawasan hijau
sangat mustahak untuk memperlihatkan kawasan penempatan di bandar nampak
lebih ceria dan segar. Suasana yang ditampilkan itu juga dapat menjarnin
kehidupan yang lebih berkualiti, sejahtera, dan sihat. Konsep pembangunan
landskap yang mampan menunjangi asas utama untuk memastikan keperluan
rneningkatkan kualiti alam sekitar di kawasan bandar. Menerusi pembangunan
kawasan hijau yang melibatkan taman poket dan legaran bandar, kualiti visual dan
nilai estetika sesebuah bandar dapat dipertingkatkan. Selain itu, penanaman pokok
peneduh di tepi jalan dan di tempat terbuka pula mampu menurunkan suhu di
kawasan sekitarnya. Bagi menyediakan akses kepada ruang yang segar, maka
tanaman renek pelbagai warna dan tekstur berupaya mewarnai dan menyejukkan
ruang bandar yang keras dan panas.
Pembangunan keindahan landskap di kawasan bandar pula dapat meningkatkan
nilai hartanah di sesebuah kawasan. Hal ini demikian kerana kawasan tersebut
mampu memberi pulangan ekonomi dengan menyediakan ruang yang kondusif
kepada peniaga untuk menjalankan urusan harian di kawasan yang selesa. Selain
itu, kewujudan suasana hijau itu menggalakkan masyarakat tempatan melestarikan
pembangunan taman di kawasan kejiranan mereka. Sehubungan dengan itu,
tertunailah hasrat pihak berkuasa untuk menyemaikan sikap menghargai alam
sekitar dalam kalangan penghuni bandar. Projek pembangunan bandar dalam taman
untuk menyejahterakan penghuni bandar akan diteruskan bagi meningkatkan nilai
etika terhadap pemuliharaan alam sekitar OIeh itu, pembangunan bandar yang
seimbang bagi memenuhi keperluan rekreasi serta peningkatan tahap kesihatan dan
kualiti hidup
.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Melestarikan Pembangunan Bandar Hijau”)
Berita Harlan, 9 Mac 2014)

Bahan 2 – Gambar

Tujuan rekreasi membentuk integriti Warganya beriadah dan


berinteraksi.ekologi kawasan berkenaan.

Kawasan berhutan membantu menurukan suhu Mengeratkan hubungan


masyarakat
pelbagai kaum di
negara ini.

Praktis 4
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.

Bahan 1 – Petikan

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memainkan peranan


penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi terus mampan dalam menjana
kekayaan kepada negara. Yang lebih utamanya ialah kekayaan itu dapat diagih
dengan lebih rata dan meluas dalam kalangan rakyat.
Bidang kemahiran ini menjanjikan peluang pekerjaan lebih banyak, berbanding
bidang akademik dan secara langsungnya dapat mengurangkan jumlah
pengangguran dalam kalangan graduan institusi pendidikan tinggi. Ketika ini, kadar
pengangguran graduan program akademik agak serius dan Kementerian Pendidikan
Tinggi mengambil langkah awal menangani masalah itu.
Lulusan TVET yang menerima imbuhan tinggi mampu menjadi pengimbang
kepada jurang pendapatan antara kaum. Agihan kekayaan yang lebih sekata ini
akan mengharmonikan hubungan antara etnik, seperti yang mahu dicapai melalui
Wawasan Kemakmuran Bersama.
Penggunaan teknologi tinggi juga menjadi serampang dua mata untuk
mengurangkan kebergantungan kepada buruh tidak mahir dalam kalangan warga
asing dan pada masa sama, memberi pekerjaan kepada warga tempatan. Keadaan
ini sekali gus menjadi penyelesaian jangka panjang kepada kebanjiran warga asing
di negara ini.
Dengan visi bergerak ke depan, TVET perlu diperkasa dengan penggunaan
kurikulum yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan
Kemajuan Pembangunan Sumber Manusia, di bawah Kementerian Sumber
Manusia. Langkah penambahbaikan ini adalah untuk melahirkan 20 peratus graduan
institusi kemahiran yang melanjutkan pengajian ke universiti. Sejajar dengan itu,
penubuhan Rangkaian Universiti Teknikal (MTUN) yang menggabungkan universiti-
universiti teknikal di Malaysia merupakan laluan mudah pelatih TVET untuk
meneruskan pendidikan ke taraf lebih tinggi.
Pemerkasaan institusi TVET dengan memberi peluang dari segi insentif, elaun,
biasiswa kepada remaja dan belia dari negeri yang dikategorikan miskin
berdasarkan indikator ekonomi, juga akan membantu perkongsian kekayaan negara
antara wilayah. Sebagai contohnya lulusan sekolah di Kedah, Perlis, Kelantan,
Sabah dan Sarawak perlu dibantu untuk menyertai program TVET kerana mereka
adalah dari negeri yang agak mundur berbanding negeri lebih maju seperti Selangor,
Pulau Pinang dan Johor.
Selain menangani isu jurang kekayaan antara wilayah, latihan kemahiran juga
mampu menyelesaikan isu miskin bandar dan miskin pedalaman. Program TVET
akan menjadi jalan keluar kepada ahli keluarga kumpulan 40 peratus pendapatan
terendah (B40) dan mendapat gaji lebih tinggi.
[ Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Lulusan TVET Lebih Mudah Dapat
Pekerjaan’ oleh Mohd Feroz Abu Bakar, Berita Harian, 28 September 2019.]

Bahan 2 - Grafik

Praktis 5
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini. Kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Bahan 1 : Petikan
Pada 4 Februari setiap tahun, dunia akan meraikan sambutan Hari Kanser
Sedunia. Pada tahun ini, sambutan Hari Kanser Sedunia adalah bertemakan “Saya
Sedar dan Saya Akan Lakukan Perubahan”, pastinya pelbagai program kesedaran
dilaksanakan bagi mengajak orang ramai untuk sama-sama memainkan peranan
dalam membendung penyakit kanser.
Sehingga kini, penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan kanser
menunjukkan trend yang semakin meningkat di Malaysia. Penyakit-penyakit
berkenaan merupakan penyakit berkaitan gaya hidup seperti pekerjaan, pemakanan
tidak seimbang, penggunaan tembakau dan alkohol. Persoalannya, bagaimanakah
cara pencegahan risiko kanser berkaitan amalan pemakanan?
Kita perlu mengawal penggunaan minyak dan lemak dalam masakan di
samping mengutamakan cara masakan yang lebih sihat seperti goreng ringkas, gril,
rebus atau sup. Oleh itu, kita perlu membaca label dan memilih minyak masak yang
rendah lemak tepu, sederhana lemak poli tak tepu dan tinggi lemak mono tak tepu
dan mengelakkan minyak yang mengandungi lemak trans.
Selain itu, kita juga digalakkan makan sekurang-kurangnya lima sajian sayur dan
buah setiap hari. Pengambilan daging merah juga perlu dikawal agar tidak
berlebihan.
Pengambilan kalori daripada gula tidak seharusnya melebihi 10 peratus
daripada saranan pengambilan kalori harian, termasuk gula tersembunyi. Kita perlu
mengurangkan gula dalam penyediaan makanan dan minuman secara beransur
kerana satu sudu teh gula sudah cukup untuk satu hidangan minuman.
Pengambilan garam tidak harus melebihi satu sudu teh garam sehari, termasuk
garam tersembunyi. Oleh itu, kita perlu memilih garam beriodin sekiranya
menggunakan garam dalam penyediaan makanan.
Akhir sekali, kita seharusnya mengekalkan berat badan dalam lingkungan yang
sihat, berat badan juga perlu ditimbang secara berkala dan kenaikan atau
penurunan berat badan yang tidak dirancang juga perlu dikawal.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cara Mudah Kurangkan Risiko Kanser”
Sinar Harian, 3 Mei 2021

Bahan 2 : Grafik
Praktis 6

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan
dan bahan.

Bahan 1: Petikan
Kecemerlangan beberapa orang atlet negara kita di arena antarabangsa
baru-baru ini cukup menggembirakan seluruh peminat sukan tanah air. Pada masa
yang sama, kita turut diceriakan dengan kejayaan hebat atlet paralimpik di peringkat
antarabangsa. Muhammad Ziyad Zolkefli meneruskan kecemerlangan dengan
memecah satu lagi rekod dunia acara lontar peluru lelaki F20 pada kejohanan
Olahraga Paralimpik Dunia 2017 di London. Seorang lagi atlet paralimpik, Abdul Latif
Romly turut cemerlang dengan meraih emas dan memperbaik rekod lompat jauh
yang diciptanya sendiri pada tahun 2015. Kejayaan mereka membuktikan bahawa
atlet Malaysia juga mampu pergi jauh dan mencipta kegemilangan di peringkat
antarabangsa. Namun kita sering kali masih berhadapan dengan masalah
ketandusan atlet terutamanya barisan pelapis untuk beberapa jenis sukan. Misalnya,
kita belum pasti dan jelas siapa pengganti jaguh perseorangan badminton negara,
Datuk Lee Chong Wei dan juga jaguh skuasy dunia, iaitu Datuk Nicol Ann David.
Jika keadaan seperti ini masih berterusan kita akan menghadapi masalah yang
sama selepas Jun Hoong, Pandelela Rinong, Khairul Hafiz, Ziyad dan juga Abdul
Latiff. Masalahnya, pengurusan bakat sukan di negara ini tidak konsisten dalam
melahirkan atlet sukan yang hebat di peringkat antarabangsa. Misalnya, apabila
seseorang muncul secara tiba-tiba kita hanya fokus kepada seseorang atlet tanpa
mempedulikan pelan penggantian kepada atlet tersebut. Selain itu, negara juga
berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan
negara-negara yang maju industri sukannya. Hal ini menyebabkan para atlet tidak
mendapat latihan yang sewajarnya untuk menghadapi kejohanan pada peringkat
antarabangsa.
Salah satu masalah yang terlalu lama berlaku tanpa sebarang penyelesaian
ialah tampuk kepemimpinan persatuan sukan yang sering bertukar ganti. Malah
tidak kurang hebatnya individu yang terpilih untuk mengetuai sesebuah persatuan
sukan namun hakikatnya keadaan yang sama terus berlaku. Masing-masing masih
gagal untuk melahirkan barisan atlet bertaraf antarabangsa secara konsisten.
Hakikatnya negara ini tidak pernah ketandusan bakat baharu. Malang sekali apabila
wujudnya pelbagai kerenah birokrasi sehingga menghancurkan masa depan atlet
muda berbakat dengan begitu sahaja. Hal inilah yang menjadi masalah dan dilema
sukan negara. Hentikanlah daripada terus bersandiwara dan bersembunyi di sebalik
bayangan kejayaan seorang dua atlet tetapi lupa akan hakikat bahawa mereka tidak
ada pengganti apabila bersara kelak. Pihak yang bertanggungjawab tidak boleh
sekadar mahu menjawat jawatan untuk pelbagai kepentingan peribadi sebaliknya
perlu teliti dalam melaksanakan tanggungjawab hakiki yang telah diamanahkan .
Malah, banyak pihak yang hanya menabur pelbagai janji sebelum dipilih tetapi
setelah mendapat jawatan tidak mempu menunaikan janji-janji tersebut. Untuk itu,
kita berharap agar Kementerian Belia dan Sukan dapat memantau setiap persatuan
sukan secara rapi agar mencapai pelan pembangunan sukan negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Konsisten Lahirkan Atlet Kelas Dunia oleh
Noor Muhammad Shakil Hameed, Julai 2017)

Bahan 2: Grafik
USAHA-USAHA UNTUK MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA

Anugerah Sukan Negara


Kemudahan dan peralatan sukan
Skim Insentif Majlis Sukan Negara Jurulatih yang berkualiti

Praktis 7
Baca petikan dan teliti lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.

Bahan 1- Petikan

Pada era serba canggih dan moden ini, sukan elektronik atau e-sukan telah
menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat dunia, terutamanya golongan
remaja. Secara umumnya, sukan elektronik merupakan satu bentuk sukan yang
menggunakan medium elektronik, iaitu permainan video untuk bersaing dengan
individu lain secara dalam talian. Di Malaysia, e-sukan merupakan antara bidang
sukan yang baharu dan sedang berkembang. Dahulu, masyarakat beranggapan
bahawa sukan elektronik tidak mendatangkan faedah kerana permainan ini
membuang masa dan melalaikan golongan muda sehingga mengabaikan pelajaran.
Tambahan pula, permainan ini tidak menyihatkan badan kerana para pemain tidak
melakukan pergerakan yang banyak berbanding permainan sukan tradisi. Namun
begitu, persepsi negatif terhadap bidang ini seharusnya diubah memandangkan e-
sukan telah diiktiraf pada peringkat global dan terbukti memberikan banyak faedah
kepada para pemainnya.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa individu yang terlibat


secara langsung dalam arena e-sukan mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi
kerana mereka mampu melakukan 400 pergerakan dalam masa seminit di atas
papan kekunci. Pemain e-sukan juga berkemahiran untuk menyelesaikan masalah
dan berfikiran kolektif serta kreatif. Bagi mereka yang sudah biasa bermain
permainan video, pastinya mereka perlu berhadapan dengan pelbagai pilihan yang
berbeza-beza untuk melepasi halangan atau memenuhi matlamat permainan video
tersebut. Hal ini membuatkan para pemain mempunyai ketajaman minda untuk
berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan risiko sebelum membuat
keputusan. Sukan elektronik juga turut memupuk nilai kerjasama dan sikap tidak
mudah berputus asa dalam mengharungi permainan kerana e-sukan memerlukan
kerjasama yang erat antara ahli pasukan untuk memenangi sesuatu pertandingan.

Permainan video berkait rapat dengan perekaan grafik komputer,


pengaturcaraan komputer, perisian baharu dan pembangunan perkakasan komputer
yang lebih canggih. Hal ini secara tidak langsung menjadikan sukan ini sebagai
platform untuk memacu negara ke arah yang lebih maju dalam mengharungi
Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan teknologi. Melalui e-sukan, para pemain
dapat memperluas jaringan sosial para pemain, sehingga mempunyai kenalan yang
berada di luar negara kerana setiap pemain perlu berinteraksi dengan pemain lain
yang tidak diketahui latar belakang dan asal usul mereka untuk mendapatkan
keserasian ketika bermain bersama-sama. Oleh itu, tidak hairanlah para pemain e-
sukan ini mempunyai komuniti yang begitu besar.

Selain itu, pelbagai pertandingan e-sukan telah dianjurkan pada peringkat


antarabangsa yang melibatkan pemain dari seluruh dunia yang berbeza agama,
bangsa, budaya dan bahasa. Oleh hal yang demikian, secara tidak sedar, individu
yang terlibat dalam bidang ini dapat mempelajari pelbagai budaya dan bahasa yang
terdapat di seluruh dunia. Hal ini secara tidak langsung mengajar kita sikap
bertoleransi antara satu sama lain dan menghargai setiap perbezaan yang ada di
sekeliling kita. Di samping itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa
pelibatan individu dalam permainan video dapat menambah baik kualiti penglihatan
mereka. Kajian ini mendapati individu yang kerap bermain permainan video dapat
meningkatkan kemahiran visual seperti mengesan beberapa objek pada satu-satu
masa dan menajamkan penglihatan mereka.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat


Sukan Terhadap Remaja’ oleh M. Farhan
Zaman Dewan Siswa, Bil.3 2019)

Bahan 2- Grafik

Praktis 8
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Sejumlah 20 buah bandar di 20 buah negara sudah diisytiharkan sebagai Ibu


Kota Buku Dunia (WBC) oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Kuala Lumpur ialah bandar ke-20
dinobatkan, menjadikan Malaysia negara kedua di Asia Tenggara selepas Thailand
yang menerima status berkenaan pada tahun 2013.

Sejurus Kuala Lumpur menerima pengesahan status WBC 2020, berita itu
mula tular di media sosial sebelum disambut oleh media perdana dengan pelbagai
skop dan polemiknya. Karyawan buku yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan
dokumen pembidaan, adalah kepuasan yang sangat besar atas dua sebab.

Pertama, kita mengakui bahawa industri buku tanah air berhadapan dengan
cabaran yang besar. Kedua, tahun 2020, bersinonim dengan hasrat untuk
menyambut aspirasi besar wawasan yang digagaskan oleh Perdana Menteri
keempat pada 1991, kerana Malaysia kembali dipimpin oleh tokoh yang
mencetuskan idea wawasan berkenaan. Oleh itu, menjadikan tahun
penganugerahan berkenaan, yakni 2020, membawa erti yang lebih manis lagi.

Dalam proses pembidaan, negara pembida perlu menyenaraikan segenap


kekuatan sesebuah negara dalam aspek perbukuannya. Pelbagai usaha telah
dilakukan bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat
Malaysia sekaligus memenuhi keperluan pembidaan itu. Antaranya sekretariat yang
dipengerusikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut dianggotai agensi dan
pemain industri mengumpulkan setiap butiran acara dan agenda perbukuan negara.

Selain itu, pelbagai acara perbukuan dilancarkan oleh DBP sepanjang tahun.
Berpuluh-puluh agensi yang menggubal program dan aktiviti hampir setiap minggu
dan bulan. Tidak ketinggalan inisiatif oleh pejuang buku secara individu, memenuhi
sebuah kolaj mujahadah perbukuan tanah air. Setiap entiti yang mengisi dan
menggerakkan ruang perbukuan tanah air ini bukan hanya memenuhi
tanggungjawab dan mandat profesion semata-mata. Sebaliknya, dinukilkan hasil
daripada keyakinan bahawa usaha memandaikan bangsa melalui pembacaan
sebagai mujahadah yang perlu digalas sebagai taklif rabbani, yakni sebagai
pertanggungjawaban kudus dalam menyalurkan ilmu dan makna.

Sewaktu Conakry, dinobatkan oleh UNESCO sebagai WCB pada tahun 2017,
status tersebut mengubah landskap malap bandar itu kepada pesta sastera.
Berbanding Conakry, Incheon yang mendahului dua tahun dinobatkan sebagai WBC
menggunakan kesempatan status itu untuk memposisikan bandar mereka sebagai
hab perdagangan kandungan serantau dan meletakkan simbol keramat Sungai Han
sebagai dorongan kepada kejayaan kemajuan menerajui sektor industri teknologi
dunia.

Kini, kementerian yang terbabit sudah mula sibuk membincangkan agenda


dan meneruskan usaha termasuk untuk mula menjadikan #KLbaca semakin zahir
dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk di Pesta Buku Frankfurt, yang dianggap
sebagai kiblat kepada industri buku dunia. Kepada pemain industri dan karyawan
buku, anugerah ini ialah laungan perjuangan untuk digegak-gempitakan. Kita perlu
terus menyalakan obor kecintaan kepada ilmu melalui wahana pembacaan kerana
itulah kritikan kita selama ini iaitu ingin kemajuan negara diisi dengan pembangunan
yang benar-benar bermakna.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana KL Ibu Kota Buku Dunia –
Mengapa Tidak oleh Sayed Muawar Sayed Mustar, Berita Harian,1 Oktober 2018)

Petikan 2 – Grafik (Pantun)


Pokok pegaga tumbuh di taman, Cantik sungguh sinar mentari,

Elok dihidang di hari raya, Sinarnya terang menyuluh bonda,

Jadilah buku sebagai teman, Bacalah buku setiap hari,

Pasti kita akan berjaya. Agar bertambah ilmu di dada.

Tumbuh melati di taman herba, Mekar sejambak bunga kejora,

Cantik tersemat hiasan puteri, Gugur sekuntum di tepi paya,

Buku dibaca ilmu ditimba, Marilah sahut seruan negara,

Itulah ciri insan bestari. Bangsa membaca bangsa berjaya.

(Dipetik dan diubahsuai daripada http://tengkufatimah.blogspot.com/p/pantun.

html-2014)

Praktis 9
Baca petikan dan sajak serta teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini,
kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 : Petikan

Jururawat Lelaki Kerjaya Istimewa

Hari Jururawat Sedunia disambut pada 12 Mei setiap tahun. Hal ini
menunjukkan bahawa masyarakat sentiasa menghargai jasa jururawat dalam dunia
perubatan.Kerjaya jururawat ialah pekerjaan yang paling mulia dan profesional. Dahulunya,
kerjaya jururawat lebih sinonim dengan kaum wanita.Kini,perubahan zaman telah
membuktikan bahawa kaum lelaki juga diperlukan dalam bidang ini.

Tugas seseorang jururawat adalah untuk membantu para doctor merawat dan
menguruskan pesakit. Mereka juga perlu merancang keperluan pesakit mengikut
keadaannya dengan pemantauan para doktor. Jururawat lelaki amat diperlukan untuk
bekerja dalam situasi yang berisiko. Selain itu, di beberapa buah hospital, jururawat lelaki
banyak ditempatkan di unit kecemasan dan trauma. Hal ini disebabkan mereka cenderung
mengambil tindakan yang praktikal serta tidak mudah mengalami gangguan emosi atau
berputus asa semasa menjalankan tugas.

Selain itu, jururawat lelaki juga lebih sesuai mengendalikan pesakit yang agresif dan
sukar dikawal. Kadangkala, pesakit ini boleh mencederakan orang lain. Dalam sesetengah
kes, masalah berat badan atau obesiti dalam kalangan pesakit menyebabkan jururawat
lelaki diperlukan untuk membantu pesakit sedemikian.

Kehadiran jururawat lelaki memberikan pilihan kepada pesakit untuk menerima


bantuan.Terdapat pesakit lelaki yang lebih selesa diuruskan oleh jururawat lelaki. Hali ini
dinyatakan demikian kerana bagi sesetengah pesakit, mereka berasa malu sekiranya
diuruskan oleh jururawat wanita.

Jururawat lelaki mempunyai keupayaan untuk mengendalikan peralatan yang lebih


canggih dan memerlukan tenaga yang lebih berbanding dengan jururawat wanita. Lebih-
lebih lagi, pada era ini, teknologi perubatan banyak menggunakan peralatan yang pelbagai
fungsi.Sesetengah peralatan ini bersaiz besar dan berat.

Bahan 2
Lulus dengan kredit dalam
mata pelajaran Sains dan
Umur antara 17-25 tahun
Matematik serta tiga mata
pelajaran lain. pada tarikh permohonan

Mempunyai kesihatan fizikal dan mental


yang baik serta tidak mengalami
kecacatan yang boleh menyebabkan
calon-calon tidak sesuai menjalankan
tugas selepas tamat latihan.

Praktis 10
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.

BAHAN 1
Ramai beranggapan menjaga kesihatan gigi sekadar memberusnya setiap hari,
namun tahukah anda sebenarnya fakta menunjukkan memberus gigi hanya
membersih 25 peratus daripada mulut dan ini pastinya tidak mencukupi.Malah,
mungkin tidak ramai yang mengetahui kesihatan mulut turut berkait dengan pelbagai
penyakit kronik jika diabaikan. Justeru, sebagaimana setiap orang berwaspada
dengan tahap kesihatan anggota tubuh badan yang lain, begitu juga perhatian
sewajarnya terhadap kesihatan mulut.

Kajian yang dijalankan baru-baru ini sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia
membabitkan hampir 380 rakyat Malaysia menunjukkan hanya 31 peratus daripada
mereka mengetahui penyakit diabetes mempunyai kaitan dua hala dengan kesihatan
mulut.Hanya 34.6 peratus daripada mereka saja mengetahui penyakit mulut yang
tidak dirawat boleh memberi kesan kepada wanita hamil dan bayi dalam
kandungan.Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia Dr Teh Tat Beng berkata,
penjagaan mulut yang baik bukan sekadar senyuman manis dan nafas segar, malah
kajian menunjukkan kaitan antara kesihatan mulut dan kesihatan
keseluruhan.Kesihatan mulut boleh memberi kesan kepada beberapa penyakit
kronik dan berjangkit yang menunjukkan simptom di dalam mulut. Pada masa sama,
penyakit mulut boleh menyebabkan jangkitan, keradangan dan kesan serius yang
lain terhadap kesihatan diri keseluruhannya.

Masalah mulut boleh memburukkan penyakit kencing manis sementara penyakit


berkenaan pula boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan memburukkan
penyakit gusi. Apatah lagi, penyakit mulut yang tidak dirawat sering dikaitkan dengan
risiko tinggi kelahiran bayi pramatang dan berat badan rendah.“Malangnya,
kesedaran mengenai isu ini amat rendah dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu,
pendidikan berterusan penting untuk memastikan lebih ramai orang menjaga mulut
mereka untuk menghindari masalah kesihatan yang lain,” katanya pada majlis
perasmian Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 (Malaysia) di Petaling Jaya,
Selangor, baru-baru ini.
Lazimnya, masyarakat umum hanya berjumpa doktor gigi apabila mengalami
sakit atau menghadapi masalah gigi, justeru Hari Kesihatan Mulut Sedunia adalah
masa terbaik untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa penjagaan mulut yang
baik penting dan perlu diberi perhatian oleh semua orang tidak kira usia atau jantina.

“Banyak penyakit mulut boleh dielakkan, justeru saya menggalakkan kerajaan,


persatuan kesihatan, sokongan pembiayaan dan sosial bagi pencegahan,
pengesanan dan rawatan program untuk keadaan dan penyakit mulut,”
katanya.Bagaimanapun, katanya setiap individu mempunyai peranan masing-
masing terhadap penjagaan diri yang baik.

Justeru katanya, usaha seperti yang diadakan sempena Hari Kesihatan Mulut
Sedunia 2015 amat membanggakan kerana membantu meningkatkan kesedaran
mengenai kesihatan mulut kepada rakyat serta usaha semua pihak berkepentingan
yang menjayakan program berkenaan.

[ Dipetik dan diubah suai daripada “


Kesihatan Mulut”,

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib,Metro,Mac 2015]

BAHAN 2 - Grafik

CARA MENJAGA MULUT

Gunakan produk
kebersihan gigi dan
mulut
Mengunyah sesuatu
untuk mengurangkan
nafas berbau
Menggunakan air
untuk mengatasi nafas
berbau
Praktis 11
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran, serta
tenaga yang banyak. Sementara itu, apa-apa sahaja aktiviti yang tidak membabitkan
sebarang amalan atau kerja formal harian, melupakan sama ada kesedihan atau
tekanan kerja untuk seketika, itulah dikatakan rekreasi.

Belakangan ini, masyarakat semakin cenderung untuk menjalankan aktiviti


senaman di gimnasium berbanding di kawasan terbuka seperti di taman, di padang
permainan atau sebagainya. Di pusat ini, lazimnya terdapat pelbagai jenis
kelengkapan kecergasan termasuk papan senaman pijak, basikal senaman, alat
kelengkapan latihan kekuatan, serta angkat berat daripada pelbagai jenis jenama
yang tersohor. Laman-laman web juga menawarkan panduan senaman secara
interaktif akan membolehkan pengguna Internet mengikuti latihan sambil dibantu
oleh “jurulatih” maya. Walaupun konsep mengikuti senaman di Internet ini masih
baharu, tetapi semakin popular kini kerana kemajuan teknologi yang membolehkan
komputer dihubungkan ke televisyen dan kemudahan rangkaian jalur lebar.
Seterusnya, berjalan kaki dengan pantas juga merupakan bentuk senaman paling
baik dan boleh diamalkan oleh semua golongan kerana kita menggerakkan segala
otot luaran serta dalaman.

Selain itu, paintball juga merupakan antara aktiviti lasak yang kian mendapat
tempat dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Permainan ala-perang ini
memerlukan mereka memasang strategi, membuat serangan, dan mempertahankan
diri daripada ditembak peluru cat warna-warni. Senamrobik dan senaman meditasi
seperti yoga dan tai chi juga dikatakan dapat membantu memperbaik aliran tenaga
dalam badan dan menjamin keharmonian, serta keseimbangan. Tidak ketinggalan
juga, bentuk rekreasi termasuk aktiviti memancing seolah-olah menjadi trend
sebahagian besar masyarakat negara ini. Bagi memberi peluang kepada golongan
remaja menjalani gaya hidup yang cergas dan sihat, pelancaran Sukan Malam turut
diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Oleh itu, setiap individu mestilah serius
menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang baik bagi membolehkan
mereka menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan negara.

( Dipetik dan diubah suai daripada “Sukan


dan Rekreasi: Gaya Hidup Baharu” oleh Hj
Samat Buang, Koleksi Rencana Umum untuk
Rujukan Karangan SPM & STPM, Jilid 3.)

Bahan 2 – Grafik
Praktis 12

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah amksud asal petikan.

Bahan 1 : Petikan

Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan


manusia dan akan berasa puas dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu
pekerjaan yang tetap serta terjamin. Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status
masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan. Bekerja bererti seseorang itu mesti
aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada dirinya, orang lain, dan
bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep kendiri, perasaan
nilai, kesejahteraan, dan identiti keperibadian seseorang.

Kekeliruan tentang pemilihan mata pelajaran yang perlu dipelajari akan


menimbulkan masalah kepada pemilihan kerjaya. Pelajar sekolah, khususnya pelajar
sekolah menengah sering menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Masalah-
masalah yang sering dihadapi ialah mereka tidak dapat membuat keputusan, kurang
maklumat tentang diri dan kerjaya, tiada kepastian tentang kerjaya yang dipilih,
kurang minat untuk merancang, dan tidak mampu menyelesaikan masalah. Masalah-
masalah ini berkait rapat dengan kurangnya kematangan kerjaya. Masalah kurang
kematangan kerjaya ini akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar apabila berada di
institusi pengajian tinggi, institusi latihan kemahiran dan dalam bidang pekerjaan.

Hampir setiap pelajar akan mencari pekerjaan setelah dia menamatkan


pelajaran atau latihannya. Pekerjaan yang diceburi bergantung kepada jenis
pendidikan, jenis latihan, dan tahap pencapaian yang diperoleh semasa di sekolah.
Terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih dan membuat keputusan jenis
pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang cetek tentang pemilihan
pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak gembira dengan kerjaya yang dipilih dan
melakukan pekerjaan tersebut dalam keadaan terpaksa. Personaliti pelajar
mempunyai pengaruh kepada pemilihan kerjaya pelajar. Seseorang itu tertarik
kepada sesuatu pekerjaan disebabkan personaliti dan beberapa faktor lain.

Bahan 2 :

Minat dan cita-cita sejak


Latar belakang akademik
kecil

Faktor-faktor
Prospek kerjaya Pemilihan Kerjaya Keadaan ekonomi
masa hadapan semasa

Pengaruh dan sokongan Suasana pekerjaan yang


ahli keluarga kondusif
Praktis 13

Baca petikan dan teliti bahan grafik di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1: Petikan
Kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular
dalam kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu,
obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk
penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun
kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata
adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan
menyumbang kepada penyakit-penyakit serius kepada individu yang terdedah
kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes. Statistik melalui National
Health Morbidity Survey yang dijalankan menunjukkan bahawa Malaysia merupakan
negara tertinggi mempunyai kadar obesiti dalam kalangan negara-negara Asia
Tenggara. 
Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan
masyarakat Barat. Terdapat banyak faktor penyumbang kepada obesiti. Peningkatan
umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat
badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan dalam
tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan. Kaum wanita
mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki.
Hal ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah
berbanding kadar metabolisma yang tinggi oleh kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan
menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.
Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor
yang sangat penting dalam peningkatan obesiti. Selain itu, faktor psikologi
menyumbang kepada ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi
tekanan atau mempunyai ketidakstabilan emosi. Walaupun tidak kerap, obesiti juga
boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan
atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan secara berlebihan.
Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang
kepada obesiti.
Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat
rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimanapun, pembedahan juga adalah
satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.

(Dipetik dan diubah suai daripada Portal Rasmi My HEALTH Kementerian Kesihatan
Malaysia)

Bahan 2: Grafik
Praktis 14
Baca petikan dan teliti bahan grafik di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1: Petikan
Menjalani fasa perintah kawalan pergerakan (PKP) mungkin menjadi detik
sukar untuk pelajar-pelajar yang berada di IPT. Selain meneruskan sesi
pembelajaran secara atas talian, pelajar perlu memanfaatkan masa dengan aktiviti
yang sihat. Berdasarkan tinjauan, segelintir daripada mereka mungkin memilih
permainan video sebagai alternatif mengisi masa terluang. Bermula dengan
keterujaan untuk mencuba aktiviti permainan video, tanpa disedari corak tingkahlaku
pelajar terhadap aktiviti ini boleh berubah sehingga menyebabkan ketagihan. Pelajar
boleh menjadi terlalu asyik bermain sehingga mengabaikan waktu makan, belajar
dan tidur.
Permainan video boleh memberi implikasi negatif kepada kesihatan pelajar
sekiranya dilakukan secara berlebihan. Aktiviti ini boleh menimbulkan tindak balas
neurologi yang memberikan perasaan gembira dan mendorong pemain untuk
bermain secara berterusan. Selain itu, sistem ganjaran yang menawarkan item maya
seperti senjata dan perisai atau hadiah sebenar seperti langganan ’video
streaming’ menjadikan permainan sukar dihentikan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) telah mengklasifikasikan ketagihan permainan video atau ’gaming
disorder’ sebagai masalah kesihatan mental. Kajian menunjukkan bahawa
ketagihan permainan video boleh mempengaruhi kesihatan fizikal, psikologikal dan
fungsi sosial pemain. Ketagihan ini juga menyebabkan pemain mengalami tekanan,
perubahan corak pemakanan dan tidur, kurang tumpuan semasa belajar atau
bekerja dan kurang pergaulan sosial. Kesan paling serius ketagihan termasuklah
kegagalan belajar, kehilangan pekerjaan dan kegagalan hubungan.
Dari segi kajian klinikal, ulasan komprehensif terhadap beberapa hasil kajian
di peringkat antarabangsa menunjukkan perkaitan antara ketagihan permainan
video dalam talian, gejala Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan
Hiperaktif (ADHD) dan kemurungan. Terdapat juga perkaitan antara ketagihan
permainan video dan masalah gangguan kerisauan. Sejauh mana perkaitan
ketagihan aktiviti ini dan kesihatan mental di Malaysia perlu dikaji secara terperinci.
Permainan video boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat jika
dilakukan dengan cara yang betul. Pelajar seharusnya tidak terlalu taksub dengan
aktiviti permainan ini dan memastikan segala aktiviti harian dilakukan secara
seimbang. Tumpuan terhadap pelajaran perlu diberi keutamaan bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran di IPT tidak terjejas sepanjang tempoh PKP.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ketagihan Permainan Video (Video Game) Dan
Kesihatan Mental Pelajar Institut Pengajian Tinggi’ oleh Prof. Datin Dr. Sherina Mohd
Sidik,dalam care.upm.edu.my )

Bahan 2: Grafik
Hadkan jadual waktu Lebihkan aktiviti
bermain dan luar atau kekal aktif
lebihkan belajar dengan senaman

CARA MENGATASI
KETAGIHAN PERMAINAN
VIDEO

Paksa diri untuk


Tinggalkan
mengurangkan
permainan video
bermain permainan
video

Praktis 15
Baca petikan dan teliti bahan grafik di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1: Petikan

Selain menjaga pemakanan, melakukan senaman adalah antara perkara


yang amat penting dalam penjagaan kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa
melakukan kerja-kerja rumah juga dapat membantu menyihatkan badan. Seseorang
itu perlu kerap melakukan senaman bagi mengekalkan kecergasan. Hal ini demikian
kerana, senaman membuatkan jantung bertambah kuat, membolehkannya
melakukan pengepaman lebih banyak darah bagi setiap denyutan. Hasilnya dapat
menyediakan lebih banyak oksigen kepada tubuh.

Beberapa kelebihan senaman termasuklah dapat menguatkan tulang untuk


mengurangkan kesan osteoporesis, mengurangkan serangan sembelit dan
mengawal sesetengah bentuk diabetes. Seseorang yang menghidap takanan darah
tinggi, senaman dapat membantu merendahkan tekanan darah. Senaman berfaedah
kepada semua peringkat umur. Melakukan aktiviti dengan bersenam boleh
menambah kekuatan fizikal bagi yang telah lanjut usia. Kajian menunjukkan bahawa,
badan akan bertambah lemah bukan sahaja akibat daripada peningkatan umur,
malah kerana kurang melakukan aktiviti senaman. 

Selain itu, senaman dapat mengurangkan lemak badan dan kolesterol jenis
“low density lipoprotein (LDL)” .Kesan sebaliknya akan terasa sebaik sahaja berhenti
daripada melakukan senaman. Kekuatan jantung dan otot akan menurun. Untuk
mengekalkan kecergasan, keperluan senaman adalah sebanyak 3 kali seminggu,
selama 30 minit setiap kali. Sementara itu, melakukan senaman secara berselang
hari membenarkan otot-otot badan (selain otot jantung) yang rosak semasa
melakukan senaman diperbaiki semula. Sehari selepas melakukan senaman yang
berat, pendarahan dan pengoyakan mikro pada gentian otot akan dapat dikesan dan
menyebabkan kesakitan pada otot-otot badan pada hari berikutnya.

Kecergasan diukur dengan kelasakan melakukan senaman berbanding


dengan tempoh melakukannya. Senaman yang lasak akan menyebabkan kesakitan
pada otot-otot tubuh keesokan hari dan kembali pulih pada hari berikutnya.
Senaman yang berlebihan boleh mengakibatkan kecederaan otot, tendon, tulang
dan bahagian penyambungan. Namun, pemilihan jenis-jenis senaman adalah
penting agar dapat melakukan senaman secara yang selamat.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana Faedah


Senaman dalam blog Tips-kesihatan.com)
Bahan 2: Grafik

Praktis 16
Baca petikan dan teliti bahan grafik di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1: Petikan
Ternyata Covid-19 yang mencengkam dunia sejak awal tahun lalu menjadi
asbab kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi
sesi persekolahan. Isunya sekarang ialah bagaimana dengan nasib sekolah, guru
dan murid di luar bandar berdepan dengan realiti capaian Internet? Satu kenyataan
yang agak pahit untuk kita akui bahawa capaian internet di luar bandar amat
menyedihkan. Penyelesaian masalah capaian Internet di luar bandar seharusnya
diambil secara tanggungjawab bersama oleh pihak kerajaan dan syarikat pengendali
telekomunikasi yang boleh dicapai secara menang-menang.
Secara ringkasnya, cabaran isu pengajaran dan pembelajaran dalam talian
ialah ketiadaan peranti dan jaringan Internet yang sempurna di kawasan luar bandar.
Persekitaran hidup murid yang kurang kondusif menjadi kekangan terutamanya
kepada murid luar bandar. Penguasaan kemahiran guru terhadap pedagogi digital
turut menyumbang kepada cabaran dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian. Bagi ibu bapa pula, pendidikan anak-anak tentunya
merupakan pelaburan untuk masa depan. Penting juga untuk ibu bapa kini
mengambil sikap tidak lepas tangan di rumah dengan turut sama memikul
tanggungjawab menjadi ‘pembantu guru’ untuk pembelajaran anak-anak. Jadi,
mentaliti ibu bapa terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah merupakan
antara cabaran terbesar dalam isu ini.
Selain itu, tahap keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran
juga menjadi cabaran terhadap guru dan murid. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim bahawa pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di rumah tidak hanya terbatas kepada pembelajaran dalam talian
semata-mata malah, juga boleh diadakan secara di luar talian iaitu menerusi bahan
bercetak dan juga TV Pendidikan bagi menambah baik keberkesanan kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam situasi Covid-19 sekarang.
Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian perlu diambil
kira seperti melaksanakan pembelajaran dalam talian yang bukan ‘real time’ seperti
menggunakan ‘Google Classroom’ dan aplikasi Telegram. Jadual waktu pengajaran
dan pembelajaran dalam talian secara anjal mengikut tahap murid bagi mengatasi
masalah ibu bapa yang mempunyai masalah kekurangan gajet tetapi memiliki anak
sekolah yang ramai. Dengan cara jadual waktu anjal itu, anak-anak boleh
menggunakan gajet bukan secara serentak. Penyediaan modul standard kaedah
pengajaran dalam talian oleh semua guru dapat mengatasi cabaran pengajaran dan
pembelajaran dalam talian. Ternyata, sektor pendidikan ini sememangnya
mempunyai pemegang taruh yang amat besar membabitkan jumlah sekolah, guru,
murid dan juga ibu bapa yang mempunyai kepentingan di dalamnya. Namun, aspek
‘kemenjadian murid’ menjadi satu elemen yang amat penting dalam apa-apa jua
kaedah pengajaran dan pembelajaran sama ada bersemuka di sekolah ataupun
dalam talian.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Pendidikan dalam Talian; Realiti atau
Fantasi oleh Datuk Mahdzir Khalid,dalam www.utusan.com.my )
Bahan 2: Grafik
Praktis 17
Baca petikan dan teliti bahan grafik di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1: Petikan
Masalah pengangguran terus menjadi salah satu masalah ekonomi yang
sangat penting dan harus ditangani dengan segera. Pengangguran dalam kalangan
penuntut universiti akan terus berlaku sekiranya mereka takut untuk mencuba
mencari alternatif baru. Mereka boleh menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi
seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu mereka untuk mencari rezeki
masing-masing. Salah satu sebab para penuntut universiti menganggur adalah
kelulusan mereka yang tidak bersesuaian dengan keperluan industri. Graduan yang
mempunyai kelulusan yang tinggi ini akan menghadapi krisis dan terpaksa
menganggur dalam tempoh yang lebih lama. Sebenarnya, peluang pekerjaan yang
ditawarkan di negara kita ini masih banyak tetapi mereka tidak tahu mengambil
peluang sebegini kerana kurangnya kemahiran bekerja dalam diri mereka.
Keluarga merupakan aset yang sangat penting dalam memberikan kita
sokongan untuk melakukan suatu perkara yang positif. Ibu bapa pada masa ini tidak
memberikan dorongan yang padu terhadap bidang kerjaya yang ingin diceburi oleh
anak mereka selepas tamat pengajian. Contohnya, penuntut universiti yang ingin
bekerja di sektor swasta tetapi ibu bapanya ingin dia bekerja di sektor awam bagi
memenuhi kehendak mereka.
Sikap individu yang terlalu memilih pekerjaan yang sesuai padahal pekerjaan
yang diminta tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang mereka sewaktu
belajar di universiti.Malahan majikan lebih berminat untuk menggunakan tenaga
asing berbanding warga tempatan. Hal ini kerana, jumlah bayaran gaji untuk warga
asing lebih murah berbanding warga tempatan.
Sesetengah institusi pengajian menawarkan kursus yang tidak mendapat
pengiktirafan oleh kerajaan dan industri. Lambakan institusi pengajian ini hanya
bermain dengan kata-kata apabila menawarkan jurusan yang tidak mendapat
pengiktirafan dan memenuhi spesifikasi perkerjaan yang ditetapkan. Kesimpulannya,
para graduan juga perlu belajar untuk memulakan sesuatu  dari bawah untuk
mendapatkan pengalaman, bukannya berharap untuk terus berada di atas.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Faktor Utama Pengangguran


di Malaysia dalam blog dailyrakyat.com)

Bahan 2 : Grafik
Inisiatif kerajaan bantu atasi pengangguran

KUALA LUMPUR: Menurut, Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir


Adnan, jumlah pengangguran yang direkodkan itu adalah yang paling tinggi sejak 34
tahun lalu. “Walhal kerajaan telah membantu memberikan insentif kepada majikan
untuk mengekalkan tenaga kerja.

Berkata Shahir lagi, anak muda perlu proaktif dan kreatif dengan memanfaatkan
inisiatif PENJANA yang memberi ruang kepada golongan belia untuk meningkatkan
lagi kemahiran dan kemampuan diri supaya dapat memenuhi keperluan pasaran
kerja. Tambahnya, inisiatif ini merangkumi program latihan dan penempatan serta
pelaksanaan kursus jangka pendek di institusi terpilih.

Dalam pada itu, dasar kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing di negara
ini adalah satu daripada kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah
pengangguran. Sebelum ini, Kementerian Wilayah telah memulakan inisiatif
mengambil golongan gelandangan untuk bekerja dan mengurangkan penggunaan
pekerja asing di pasar-pasar di Wilayah.

Sumber: Internet

Praktis 18
Baca petikan dan teliti bahan grafik di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1: Petikan

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan program


pendidikan dan kurikulum berbentuk latihan yang dilaksanakan di negara ini. Objektif
utama pelaksanaan program ini adalah untuk menghasilkan individu yang kompeten,
berkemahiran dan berdaya saing sebelum menempuhi alam pekerjaan. Inisiatif
kerajaan Malaysia dalam memberi penekanan kepada TVET bertujuan
meningkatkan kecekapan tenaga kerja yang berkemahiran terutamanya dalam
sektor perindustrian seterusnya menghasilkan tenaga kerja tempatan yang mahir.

Tenaga kerja berkemahiran merupakan aset terpenting untuk negara bagi


mencapai negara berstatus maju sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pada
peringkat sistem TVET, cabaran utamanya adalah untuk menghasilkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Selain itu, kualiti pelajar
hasil program TVET juga perlu seiring dengan perkembangan teknologi dan
perubahan ekonomi yang mencabar.

TVET juga mendepani pelbagai cabaran dalam sektor pekerjaan pada hari ini
sebagai satu peluang untuk meningkatkan kemajuan dan menyokong pembangunan
negara. Kemajuan dalam bentuk ekonomi dan pembangunan kemahiran rakyat
dapat direalisasikan melalui program TVET menerusi struktur kurikulum dan
program pendidikan kemahiran yang seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
Namun, wujud pandangan dan tohmahan skeptikal berkaitan TVET di negara ini
yang masih meragui peluang masa depan kerjaya khususnya pelajar-pelajar lulusan
TVET. Program TVET yang dilihat hanya sesuai untuk sekelompok pelajar yang
keciciran akademik telah menjumudkan pemikiran masyarakat justeru program
TVET kurang mendapat tempat di hati mereka..

Program-program TVET di negara ini mampu merungkai masalah


pengangguran dalam kalangan lepasan kolej vokasional. Lepasan TVET yang
berkemahiran mampu menjana sektor pekerjaan baharu justeru membuka peluang
kepada lepasan dalam bidang lain untuk turut menyumbang bekerja dalam sektor
perindustrian berasaskan berkemahiran. Kesamarataan peluang perlu diberikan
kepada lulusan kolej vokasional supaya pilihan sama ada untuk bekerja atau
meneruskan pengajian dapat menentukan masa hadapan mereka. Orientasi
pekerjaan pada masa ini bukanlah hanya melihat kepada pencapaian akademik
semata-mata sebaliknya kepada kemahiran dan kemampuan untuk melaksanakan
tugas yang diamanahkan majikan.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Beri Lebih Peluang Kepada Lulusan Kolej
Vokasional’ oleh Dr Muhd Khaizer Omar dalam www.bernama.com)

Bahan 2: Grafik
Praktis 19
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1
KEPENTINGAN SUKAN AIR

Yang Berusaha, Tuan Haji Kuswandi bin Tayen, Pengetua Sekolah


Menengah Kebangsaan Seri Jauhari, barisan guru penolong kanan, guru kanan
mata pelajaran, guru cemerlang, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Bersempena dengan Hari Air Sedunia yang akan disambut pada 22 Mac setiap
tahun, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk , “Kepentingan Sukan Air”.
Hadirin yang dihormati,
Aktiviti sukan,khususnya sukan air meruapakn suatu aktiviti yang sangat
menyeronokkan. Saya percaya hadirin juga gemar berkelah dan bersantai di badan
air seperti di tepi pantai, jeram dan taman tema air, bukan? Namun,selain menghirup
udara segar dan berenang di tepi pantai, pernahkan hadirin mengambil bahagian
dalam aktiviti sukan air, antaranya termasuklah luncur jet, luncur air, luncur angin,
layar-layang, luncur udara, bersnorkel, mahupun selam skuba? Saya yakin bilangan
yang pernah mencubanya boleh dikira dengan jari. Oleh itu, marilah sama-sama kita
telusuri kepentingan sukan air kepada kita.
Hadirin yang dihormati,
Kebanyakan sukan air memerlukan stamina, kecergasan fizikal dan
kecerdasan mental selain kemahiran khusus tentang sukan tersebut. Kita ambil
contoh aktiviti berkayak. Pengalaman menyusuri jeram yang deras mampu
mempercepat pengeluaran adrenalina. Jantung juga akan berdegup kencang bagi
menghantar oksigen ke seluruh bahagian tubuh.
Proses ini menyebabkan pembakaran lemak dalam badan berlaku. Hal ini
menyebabkan peminat sukan air ini bukan sahaja kekal sihat, malahan memiliki
berat badan yang ideal. Bagi mereka yang suka berenang pula,kajian yang
dilakukan oleh penyelidik di Universiti South Carolina, Amerika Syarikat mendapati
bahawa jangka hayat perenang berkemungkinan lebih panjang berbanding dengan
atlet lain seperti atlet olahraga.

Sukan air juga mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri. Oleh sebab
kebanyakan sukan air ini melibatkan kemahiran menggunakan peralatan, peserta
mestilah mematuhi arahan yang diberikan.Aspek keselamatan perlulah diutamakan.
Bagi sukan air secara berkumpulan, berada di dasar laut dalam aktiviti selam skuba
misalnya, sudah pasti akan memupuk sikap saling mempercayai, persefahaman dan
perpaduan yang erat. Banyak lagi nilai murni lain yang dapat diterapkan antaranya
termasuklah keberanian, yakin diri dan menghargai masa. Pendedahan yang
berterusan kepada sukan air ini berupaya untuk meningkatkan kualiti hidup.
Hadirin yang dihormati,
Ada banyak lagi kepentingan sukan air. Namun disebabkan masa
mencemburui kita, hanya setakat ini sahaja syarahan daripada saya. Saya berharap
agar syarahan ini akan dapat membuka mata pelbagai pihak tentang tanggungjawab
kita dalam memajukan sukan air demi faedah kita bersama. Akhir kata, “Majulah
Sukan untuk Negara”.
Sekian terima kasih.
(Dipetik daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM, DBP 2019 ms 4)

Bahan 2
BERITA AKHBAR KOSMO :11 NOVEMBER 2018
nslibrary.gov.my

Praktis 20
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1

MAKANAN SIHAT UNTUK OTAK CERDAS BUAT PELAJAR!

Sesi persekolahan 2021 telah pun bermula. Pasti banyak pelajar sangat
bersemangat untuk belajar bagi memulakan proses pembelajaran di sekolah. Ibu
bapa dan guru turut akan mula menitik berat dalam penyediaan makanan yang baik
untuk anak-anak mereka. Hal ini bertujuan bagi meningkatkan kecerdasan minda
agar kekal aktif di sekolah dan belajar di rumah.
Sebenarnya amalan gaya hidup sihat diikuti diet yang seimbang merupakan
kunci penting yang dapat membantu otak kita menjalankan fungsinya dengan lebih
baik. Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga. Otak
menggunakan kira-kira sebanyak 20 peratus kalori dalam badan, jadi otak
memerlukan makanan yang bagus untuk mengekalkan konsentrasi yang baik
sepanjang hari.
Perkongsian pada kali ini akan menekankan aspek penting dalam diet anda
yang akan membantu anda dapatkan otak yang cantik dan sihat. Di sini disenaraikan
makanan terbaik untuk otak yang disarankan oleh pakar kesihatan di Malaysia.
Kekacang merupakan sumber nutrisi yang baik untuk otak. Hal ini demikian
kerana terdapat bahan asid lemak omega-3 dan antioksida di dalamnya.
Pengambilan kekacang secara menyeluruh dapat menjana fungsi otak dengan lebih
baik.
Individu yang mengamalkan pengambilan minyak ikan juga mempunyai
kebolehan berfikir dengan lebih baik. Minyak ikan yang mengandungi tahap omega-
3 yang tinggi termasuklah salmon, tenggiri, tuna, ikan parang dan juga sardine.
Buah avocado juga mampu meningkatkan prestasi otak. Avocado dapat
menciptakan sarung di sekitar otak yang dikenali sebagai mielin. Mielin dapat
membantu memproses informasi dengan lebih cepat iaitu sekitar 300km/jam.
Brokoli juga terdapat Vitamin C dan flavonoid. Bahan-bahan ini merupakan
agen antioksida yang boleh meningkatkan kesihatan dan prestasi otak seseorang
individu.
Oatmeal tergolong dalam kumpulan bijian penuh. Oatmeal berperanan
penting untuk membekalkan tenaga yang konsisten dalam sistem tubuh. Oatmeal
membebaskan tenaga dengan perlahan, jadi tenaga yang dibekalkan dapat
bertahan lama. Ini membuatkan kita akan kekal fokus walaupun perlu bekerja untuk
tempoh yang lama.
Teh hijau juga boleh meningkatkan fungsi otak. Teh hijau telah terbukti dapat
meningkatkan kepekaan, prestasi memori dan juga focus dalam sesuatu perkara.
Kesimpulannya, makanan yang terbaik untuk otak akan memelihara dan
meningkatkan keupayaan otak.
(Dipetik dan diubahsuai daripada http:/blog.pandai.org/
Mac 2021)
Bahan 2

Dipetik daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM, DBP 2019 ms 16

Otak akan bekerja dengan lebih lancar dan berkesan dengan bantuan
vitamin. Vitamin-vitamin berikut diperlukan untuk memelihara dan meningkatkan
keupayaan otak.
Vitamin B1 untuk otak adalah sebagai penghadaman karbohidrat. Diperoleh
daripada makanan seperti oat dan sesetengah jenis ikan. Vitamin B3 adalah
berfungsi sebagai pengukuh keupayaan mental. Antara sumber makanan yang
membekalkan vitamin ini termasuklah ayam dan mentega kacang. Vitamin B6 pula
adalah berfungsi untuk menghasilkan ketenangan diri. Sumber makanan adalah
seperti hati dan pisang. Manakala Vitamin B12 adalah untuk membantu
pembentukan sel-sel darah untuk menyalurkan oksigen ke otak. Terkandung dalam
susu, hati dan keju. Selain itu, Vitamin D adalah penting untuk pertumbuhan mental
serta sel-sel saraf dalam tubuh. Boleh didapati daripada cahaya matahari dan
makanan berasaskan susu. Vitamin E adalah berfungsi mengarahkan sel saraf
menggunakan oksigen dengan teratur. Antara makanan yang mengandungi vitamin
ini termasuklah gandum dan bijirin.

Praktis 21
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan1

Dipetik daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM DBP 2019 ms 38)

Bahan 2
ALAM KERJAYA TERBENTANG LUAS

Karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Yayasan Anak Watan Malaysia


(Yawam) dan Persatuan Mahasiswa Muda (Permam) telah memberikan peluang
kepada anak muda untuk mendapatkan maklumat pekerjaan. Program yang berjalan
lancar pada 2 Mac 2020 ini menyediakan lebih 3000 peluang pekerjaan dalam
pelbagai bidang.

Pengerusi Yawam, Encik Muhammad Zaki bin Zahid, mengatakan bahawa


program itu turut dijayakan oleh lebih 50 buah organisasi termasuklah syarikat
swasta, kementerian, jabatan kerajaan, Universiti Awam (UA), Universiti Swasta
(US) dan Pusat Latihan Kemahiran Awam (PLKA).

Pelbagai aktiviti menarik dan sarat dengan ilmu turut disediakan. Antaranya
termasuklah acara senamrobik, program bual bicara bersama panel jemputan dan
uji bakat kerjaya dalam bidang penyiaran bersama RTM, Bernama dan Radio IKIM.
Selain itu, karnival ini turut menyediakan ruang niaga untuk 30 buah gerai makanan,
pakaian, barangan digital pelbagai jenama, dan kaunter kesihatan. Hospital Kuala
Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan. Di samping itu, para pengunjung juga
boleh menonjolkan bakat kreatif dalam pertandingan melukis komik adaptasi
daripada cerpen terpilih.

Menerusi program Bimbingan Tatacara Temu Duga dan Taklimat Industri


pula, pengunjung mendapat beberapa tip untuk temu duga antaranya termasuklah
penyediaan resume, kemahiran berkomunikasi, persembahan pitching, dan etika
berpakaian. Bengkel dan taklimat semasa Kaunseling Kerjaya bersama panel
penganjur membolehkan para pengunjung mendapatkan panduan dan latihan temu
duga sebagai persediaan untuk temu duga sebenar.

Sesungguhnya, karnival kerjaya ini sangat memberikan manfaat kepada para


pengunjung. Para belia yang ingin berjaya dalam permohonan kerja mestilah
berusaha menimba ilmu dengan menghadiri karnival kerjaya ini. Bak kata pepatah
Melayu, jika pengayuh saying dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.

(Dipetik daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM , DBP 2019 ms 37)

Anda mungkin juga menyukai